no2umno

Archive for January 3rd, 2008

YURAN: KONONNYA NAJIB PERIHATIN

In Penipuan Yuran Sekolah on January 3, 2008 at 10:26 pm


“Yuran peperiksaan kita mansuhkan, yuran sekolah pun kita mansuhkan. Kini, ada sedikit bayaran yuran PIBG dan bayaran lain pun kita nak tengok juga… jangan kenakan bayaran berlebihan kepada ibu bapa yang tak mampu,” katanya.

Bayaran yuran tambahan sekolah dikurang: Najib
Berita Harian

KOTA BHARU: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sedia mengurangkan bayaran tambahan yang dikenakan sekolah, termasuk yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) demi meringankan lagi beban yang ditanggung ibu bapa.|more…|

Isu Yuran Sekolah

In Penipuan Yuran Sekolah on January 3, 2008 at 10:24 pm

harapanku.wordpress

Tahun 2008 adalah tahun pendidikan percuma. Tiada lagi yuran sekolah, tiada lagi perbelanjaan untuk buku2 teks. Semuanya percuma atau pon pinjaman. Tapi dalam sibuk2 semua benda free nih, ada gak ibu bapa yang mengeluh mengatakan pihak sekolah masih mengenakan pelbagai jenis yuran seperti yuran PIBG, takaful dan sebagainya. Jika di ambil kira semua tu ada la dalam RM200. Yuran sekolah yang dimansuhkan sebelum ni hanya sekitar RM50.

Maka mereka2 yang punyai anak untuk disekolahkan mempersoalkan, “lagi mahal RM200 itu berbanding RM50.”

Jika kita semua perasan, bila isu berkenaan yuran ini dibangkitkan pihak KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) menunding jari pada pihak sekolah, menyatakan itu bukan yuran yang diwajibkan kerajaan. Memang benar, jawapan yang sangat mudah untuk melepaskan diri. Namun hakikatnya yuran berkenaan dibenarkan oleh pihak KPM juga.

Aku bangkitkan isu ini di sini buat kita semua yang bakal mempunyai anak, dan bakal menyekolahkan anak2 kita di sekolah2 di Malaysia.

Apa pentingnya yuran tambahan yang mencecah RM200 itu? Bapak aku [Seorang pengetua] menyatakan, lebih senang jika pihak ibubapa diberi pilihan untuk bayar atau tidak yuran tambahan itu. Namun jika tak bayar, tak bole la anak2 mereka mengikuti kegiatan khas atau kegiatan tambahan di sekolah, seperti ko-kurikulum, kelas tambahan, kelas inisiatif, program2 motivasi, dsb. Mudah bukan? Tapi akibatnya jangan disalahkan pihak sekolah bila anak2 tak pandai belajar.

Lihat sahaja anak2 cina di sekolah cina. Selalu kita bangkitkan, orang2 cina lebih pandai belajar benbanding org2 melayu. Itu sebab anak2 cina belajar hidup susah untuk menjadi senang. Tapi kita anak2 melayu belajar hidup senang kerana takut menjadi susah. Jika kita nk tgk anak kita berjaya, ajarlah mereka konsep pengorbanan. Tiada benda yang percuma dalam dunia ni. Banyak ibubapa yang sanggup bekorban untuk anak2, tetapi tidak banyak yang sedar pentingnya mengajar erti pengorbanan pada anak2.

Mudah sahaja, katakan sahaja pada anak2, “Ini ayah bayarkan duit RM200 untuk persekolahan kamu, janjilah dengan pengorbanan yg ayah buat untuk menyekolahkan kamu, kamu akan belajar dan berikan yang terbaik utk pelajaran kamu…”

Surat di bawah ni aku amik Dari Utusan Malaysia Online. Bacelah, dan fahamilah betapa pentingnya yuran tambahan sekolah tersebut.

Hargailah yuran PIBG

PENDAFTARAN sesi persekolahan 2008 bermula minggu ini dan ketika itu pelbagai isu akan timbul terutama isu yuran-yuran tambahan yang dikenakan oleh pihak sekolah.

Pasti ramai ibu bapa yang keliru dan mempertikaikan keperluan pembayaran yuran-yuran tambahan lain yang dibahagikan kepada tiga pakej berbeza.

Dalam hal ini, ibu bapa ingin memahami pentingnya aktiviti-aktiviti bukan akademik terhadap psikologi pembesaran dan kemahiran sosial anak-anak mereka.

Salah satunya adalah dengan mengambil bahagian dalam aktiviti anjuran pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Sebagai contoh, setiap tahun Kementerian Pelajaran mengarahkan majlis gotong-royong perdana untuk mewujudkan suasana bersih dan ceria di sekolah.

Program sedemikian bermatlamat mewujudkan kemesraan antara ibu bapa, anak-anak dan guru. Ramai ibu bapa tidak memahami betapa gembiranya bagi anakanak mereka apabila melihat ibu bapa mereka berganding bahu mengecat kelas masing-masing.

Institusi sekolah bukanlah sekadar tempat untuk kecemerlangan akademik semata-mata. Boleh kita bayangkan betapa kosongnya proses pembelajaran anak-anak kita jika tiada aktiviti kokurikulum seperti hari sukan? Atau tiada anugerah pelajar cemerlang untuk anak-anak kita yang berjaya dalam peperiksaan?

Malangnya, tidak ramai ibu bapa yang sanggup meluangkan masa menghadiri mesyuarat agung PIBG. Malah, ramai ibu bapa yang hadir pada mesyuarat agung PIBG semata-mata kerana menemani anak-anak masing-masing yang mendapat anugerah dan hadiah kecemerlangan.

Sebaik sahaja selesai majlis anugerah dan mesyuarat PIBG hendak dimulakan, tinggallah beberapa kerat ibu bapa. Sedangkan mesyuarat agung adalah platform terbaik untuk ibu bapa menilai keberkesanan perbelanjaan oleh pihak PIBG.

Isu-isu seperti PIBG yang menyimpan terlalu banyak wang di dalam bank dan sebagainya boleh dibangkitkan dalam mesyuarat agung PIBG.

Untuk pengetahuan, PIBG tidak boleh sewenang-wenangnya mengendalikan kegiatan mengumpul dana. Aktiviti kutipan dana seperti hari kantin hanya boleh diadakan dua tahun sekali.

Segala jenis perbelanjaan dan pendapatan PIBG disemak oleh Pejabat Pendidikan Daerah. Sebenarnya jika yuran tambahan berjumlah RM130 setahun, itu bersamaan 36 sen sehari. Jika pendapatan isi rumah sebulan RM2,500, yuran tambahan tersebut hanyalah berjumlah 0.0144 peratus.

Kita khuatir jika sikap sebegini berterusan, masyarakat akan sentiasa dibelenggu mentaliti subsidi dan inginkan segala-galanya percuma. Sedangkan kerajaan selain dari menyediakan pendidikan secara percuma, juga banyak dibebankan dengan lain-lain subsidi seperti subsidi beras, minyak dan gula.

Jika ibu bapa memberi alasan bahawa kenaikan kos sara hidup sebagai alasan untuk mempertikaikan yuran tambahan ini, demikian jugalah kesukaran yang dihadapi oleh pihak sekolah dan PIBG dalam mengadakan aktiviti mereka.

Contohnya, anugerah kecemerlangan tahunan. Katakanlah setiap tahun dipilih tiga pelajar bagi setiap kelas. Jika setiap tahun satu hingga enam mempunyai empat kelas, terdapat 72 cenderahati yang perlu dibeli. Jika setiap satu berharga RM20, ia bersamaan RM1,440.

Perkiraan di atas belum melibatkan anugerah-anugerah lain seperti kokurikulum dan kecemerlangan sukan, kelas agama, fardu ain dan bahasa Arab. Demikian juga dengan minuman dan makanan ringan. Jika kos makanan RM0.50 seorang, untuk 1,500 murid dan 500 ibu bapa kosnya mencecah RM1,000.

Ahli-ahli jawatankuasa PIBG kadangkala terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri demi menjayakan aktiviti-aktiviti memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak. Itu belum diambil kira pengorbanan masa yang diluangkan termasuk yang terpaksa mengambil cuti demi menjayakan kegiatan sebegini.

Kita tentu tidak sanggup membayangkan suatu hari nanti, PIBG berkubur. PIBG adalah manifestasi budaya gotong-royong yang kita amalkan selama ini. Jika semangat gotong-royong sebegini beransur-ansur dihakis, masyarakat kita akan menjadi lebih individualistik dan tidak bertamadun.

– MOHD. SIDKI HASAN

TTDI Jaya Shah Alam.

YURAN: KENA DAN KENA

In Penipuan Yuran Sekolah on January 3, 2008 at 10:21 pm

YURAN SEKOLAH

dipetik: kujie2.blogspot

Intan Safura ( Tahun 3 )

1. Kokurikulum RM 2.00
2. Kertas Ujian Dalaman RM 6.00
3. Sukan Tahunan RM 6.00
4. Pendidikan Moral RM 6.00
5. Yuran Takaful RM 1.50
6. Yuran MSSM RM 2.00
7. AIA Student Accident Shield ( pilihan ) RM 20.0
8. Akhbar mingguan ( xin xin) RM 11.00

Bayaran kelas komputer
Pendaftaran ( setahun) RM 20.00
Yuran Bulanan RM 11.00 x 10 bulan = RM 110.00

Bayaran Kelas Tambahan ( PIBG)
Yuran Bulanan RM 17.00 x 10 bulan = RM 170.00

Jumlah saya perlu bayar hari ini = RM 102.00
Jumlah yang saya perlu bayar setiap bulan selama 10 bulan = RM 28.00

2. Amirul Syafiq ( Tingkatan 2 )

Yuran RM 44.50
Yuran PIBG RM 20.00

Jumlah saya perlu bayar = RM 64.00

3. Amirul Syazwan ( Tingkatan 4 )

Yuran RM 44.50

Jumlah yang saya perlu bayar untuk 3 orang anak hari ini = RM 211.00. Jumlah ini tidak termasuk pembelian buku latihan, buku tulis, lencana,t-shirt sekolah,tali leher dan lain² keperluan alat tulis .

Yuran percuma yang diwar²kan dan keluar surat khabar baru dan lama, tv siang dan malam hanyalah RM 4.50 untuk sekolah rendah dan RM 9.00 untuk pelajar sekolah menengah.

What Is This ‘China Big Chicken’? – Stevengoh

In Video Lucah BN on January 3, 2008 at 10:11 pm

via stevengoh

Somebody just playing a joke with Wikimapia users. This guy pin on the Hotel Choo Oh Kim as ‘China Big Chicken’. Check this Wikimapia link out: http://wikimapia.org/1367286/

Actually this hotel is located very near to UMNO building in Penang, yet still I didn’t know where is there? Hotel Choo Oh Kim? (Cook Black Gold?) and what is this China Big Chicken? Is it mean that can order many China prostitutes there? Or the chicken rice there very nice? Will police raid this place if one of them see this information from Wikimapia?

This is one of the disadvantages of Internet.

IS PAK LAH AN ANTI-CORRUPTION LEADER?

In Badawi Style on January 3, 2008 at 10:06 pm

A WORLD UPSIDE-DOWN: LOCK UP THE SQUEALERS, LET THE CROOKED FREE.
mycardinalpoint

For the first time in all my blessed life whistle-blowers are being threatened with custodial terms by the Anti-Corruption Agency (ACA) in Malaysia, including even the Mentri Besar (Chief Minister) of Kelantan, the venerable Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat,generally believed as a man who would never lie.

In light of the losing battle against corruption, the agency has certainly done a vulgar recall of a feudal distaste. Perhaps Pak Lah should quickly act to redress the widespread disenchantment with his leadership and try to win back our confidence.

The general perception is corruption has never been as bad. Now the ACA chief has gone down so low as to threaten anyone who makes an allegation of corruption with custodial sentences if they cannot prove the allegations, a big distance from when the ACA encouraged and would act to investigate allegations made anonymously.

Under Dr. Mahathir, when corruption had become heady at the height of the Malaysia Incorporated exercise, the ACA would still get to work on an anonymous tip. |more…|

YURAN: Kerajaan KELIRUKAN satu Negara

In Penipuan Yuran Sekolah on January 3, 2008 at 9:59 pm

Ibu bapa keliru bayaran tambahan sekolah
www.utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Pemansuhan yuran sekolah rendah dan menengah yang berkuat kuasa serentak dengan bermulanya sesi persekolahan 2008, masih menimbulkan kekeliruan di kalangan ibu bapa.

Ini kerana mereka yang menyangka hanya perlu membayar sejumlah amaun yang kecil terkejut apabila dikenakan caj tambahan mencecah RM100.

Bayaran tambahan tersebut termasuk yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), insurans, kokurikulum dan sukan, melebihi had ditetapkan dalam pekeliling mengenai garis panduan harga siling bayaran tambahan yang diedarkan ke semua sekolah oleh Kementerian Pelajaran, Oktober lalu.

Di KELANTAN, golongan ibu bapa mengeluh apabila terpaksa menanggung bayaran tambahan persekolahan yang mencecah sehingga RM180 sedangkan caj maksimum yang ditetapkan kementerian ialah RM38.50 bagi sekolah rendah dan RM55.50 bagi sekolah menengah.

Mereka mendakwa ada sekolah yang mewajibkan pembelian tudung, alat tulis dan keperluan lain yang tidak tersenarai dalam garis panduan selain bayaran Internet, latih tubi, nota amali sains, baju sukan, buku log dan kertas soalan.

Di PERAK, hal yang sama berlaku apabila pelaksanaan langkah baru itu tidak membawa sebarang kesan sebaliknya kadar bayaran yang dikenakan pihak sekolah adalah lebih tinggi berbanding tahun lepas.

Tinjauan Utusan Malaysia ke Sekolah Kebangsaan Seri Ampang mendapati, kadar yang dikenakan bagi murid tahun satu hingga enam ialah dari RM149.60 hingga RM166.20 seorang.

Di TERENGGANU, bayaran yang perlu ditanggung ibu bapa mencecah RM105.95 bagi sekolah rendah dan RM87.50 untuk sekolah menengah, yang turut melibatkan yuran tahunan PIBG.

Di PERLIS pula, kadar bayaran tambahan bagi murid tahun mencecah sehingga RM116.80.

Bayaran itu termasuk derma PIBG sebanyak RM20 selain yuran khas, keperluan pelajar, buku kerja dan alat tulis.

Di PAHANG, ibu bapa tidak dipaksa membayar yuran PIBG namun mereka digalakkan menyumbang kepada tabung PIBG.

Tinjauan di sekolah-sekolah juga mendapati tiga pakej ditawarkan melibatkan yuran kelas intensif, keahlian koperasi, insurans dan sukan berjumlah antara RM23.50 hingga RM38.50 bagi sekolah rendah manakala sekolah menengah pula antara RM23.50 hingga RM55.50.

Di PULAU PINANG, bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM80 meliputi baju sukan, tanda nama bersulam, yuran PIBG dan keceriaan tanpa melibatkan lain-lain kos.

Di JOHOR, kadar bayaran persekolahan yang dikenakan juga rendah malah serata bagi murid-murid tahap satu iaitu RM30.50.

Murid-murid tahun empat hingga enam pula dikenakan bayaran antara RM24.30 hingga RM73.20.

Begitu juga di SARAWAK
, bayaran tambahan sekolah di kawasan pedalaman hanya sekitar RM9.50 membabitkan sukan RM2, insurans (RM1.50) dan peperiksaan dalaman (RM6).

Di SABAH, kadar bayaran persekolahan juga agak rendah iaitu sekitar RM38 hingga RM45 bagi sekolah rendah dan RM70 untuk sekolah menengah.

Kementerian Pelajaran pada 30 Oktober lalu mengeluarkan pekeliling mengenai garis panduan amaun maksimum atau siling yang boleh dikutip daripada ibu bapa.

Amaun maksimum bayaran tambahan bagi sekolah rendah ialah RM38.50 manakala bagi sekolah menengah pula ialah RM55.50.

Bayaran tambahan itu digunakan untuk tujuan kokurikulum, sukan tahunan sekolah, kertas ujian dalaman, kegiatan pendidikan Islam dan Moral dan Skim Perlindungan Diri.

SUDAH DI JANGKA

In Tentera on January 3, 2008 at 9:55 pm


Gagal patuhi prosedur
www.utusan.com.my

Oleh: ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Kegagalan mematuhi prosedur penerjunan di laut dikenal pasti sebagai punca tiga anggota Pasukan Atur Cepat terkorban semasa menjalani latihan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2007 Disember lepas.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata, siasatan awal juga mendapati tidak ada kecuaian di pihak tentera atau unsur-unsur jenayah yang dikesan dalam kemalangan tersebut.

Beliau berkata, penerjunan dari udara sememangnya berisiko dan ada prosedur keselamatan tertentu yang harus dilakukan oleh individu semasa melakukan penerjunan.

‘‘Dalam kes ini individu berkenaan mungkin tidak mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan, itulah risiko yang perlu dihadapi jika ada prosedur tidak dibuat,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara spesifik apakah bentuk prosedur keselamatan yang gagal dipatuhi kesemua mangsa berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutupan Kursus dan Penyampaian Diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri 27/2007 di sini hari ini.

Hadir sama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Datuk Ismail Omar. |more…|

Rujukan
Penerjun Lima

Indonesia jails former ambassador to Malaysia for graft

In Berita luar on January 3, 2008 at 9:53 pm


Posted by kasee
Malaysiatoday

JAKARTA, Jan. 2 (Xinhua) — Former Indonesian ambassador to Malaysia Hadi Wayarabi Alhadar was found guilty Wednesday of graft and sentenced to 2.5 years in jail along with a close aide.
The former envoy and former immigration office head of the Indonesian Embassy in Malaysia, Suparba Amiarsa, was convicted of illegally collecting fees from applicants of immigration documents during a hearing at the anti-graft court in Central Jakarta.

“We pronounce that first defendant Hadi Wayarabi and second defendant Suparba Amiarsa are convincingly guilty of the acts of corruption,” presiding judge Mansyurdin Chaniago told the court.

The two have illegally raised tariffs on immigration documents but handed much smaller amount of revenues to the state treasurers, the court heard.

The acts have inflicted a loss of 15 billion rupiah (1.59 million U.S. dollars) to the state.

The court also ordered Hadi to repay 1.75 billion rupiah (186,031 dollars) and Suparba 900 million rupiah (95,673 dollars) to compensate for the loss, or their jail terms are added by two years.

PERINGATAN, GEJALA GORES DAN MENANG !!!

In Rashit SPR on January 3, 2008 at 1:47 pm

AWAS dan BERWASPADA …. DENGAN PESANAN INI

Beritanya ….

GUA MUSANG, 3 Jan (Bernama) — Syarikat jualan langsung terbesar dari Ipoh, Perak dipercayai masih menganjurkan kaedah `koyak dan menang’ terutama di kawasan Hulu Kelantan.

Ini berikutan penahanan jurujual syarikat tersebut di Gua Musang pada 29 Disember dan yang terbaru semalam.

Pada 6 petang semalam, enam jurujual yang terdiri daripada dua lelaki dan empat wanita yang berusia antara 20 dan 25 tahun ditahan sepasukan polis ketika berada di Rancangan Tanah Felda Ciku Dua.

“Sepasukan polis dari Balai Polis Paloh yang bergegas ke sebuah rumah peneroka di rancangan tanah berkenaan selepas menerima aduan, telah menemui jurujual berkeliaran di situ.

“Mereka lalu ditahan dan dibawa ke Balai Paloh untuk siasatan,” kata Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna daerah Kuala Krai, Halijah Sandiman.

Lihat contoh berikut

Borangnya …

Petinya …

Pejabatnya ….

Tawkeynya ….

Gores, gores ……dia menang. Gores, gores ……. dia menang.

Kalau bertemu dengan TAWKEY ini, tangkap dan masukkan dalam TONG GORES dan MENANG. AWAS !!!

IT’S A ‘TOP’ YOUTUBE CLIP !!!

In DVD Lucah Pemimpin BN, Video Lucah BN on January 3, 2008 at 1:11 pm

YouTube yearns for minister’s sex tape
blogs.telegraph.co.uk/
Posted by Matthew Moore

The most watched clip on YouTube for the last few days is titled “Malaysia Minister of Health’s Sex DVD Adventure”, a teasing reference to the adulterous video that has forced the resignation of Chua Soi Lek, the country’s health minister. Posted on Jan 1, it has already had nearly a million hits.

But users hoping (or dreading) to see a 60-year-old man’s extra-marital indiscretions will be disappointed (relieved). The clip is just a composite of news reports of the scandal, with only a few grainy seconds of hotel bedroom footage that have been widely broadcast on TV. Any more prurient content would, of course, have been deleted by YouTube.

The reason for the clip’s popularity, I sense, is the engrained faith of Internet surfers in the wisdom of crowds. ‘It’s on the Most Viewed list so it must be good’, is the maxim by which many of us choose which articles and videos to visit on our favourite websites.

Usually it works – the Internet is a highly effective sorter of wheat from chaff. But throw in a spicy headline and the public’s lust for political humiliations, and the system rather comes undone.

No2umnO - I wonder can we claim ROYALTY from Youtube? Hmmmmm…..say RM5 per click … maybe

SOI LEK STYLE

In Video Lucah BN on January 3, 2008 at 12:48 pm

Malaysian Health Minister resigns over sex video scandal

Thu, 03 Jan 2008 07:21a.m.
dipetik: www.tv3.co.nz/

The Malaysian Health Minister has resigned after admitting he participated in a sex video.

The DVD shows the 60-year-old, a married father of three, having sex with a female friend in a hotel room.

It has been copied and widely distributed in his electorate.

Chua Soi Lek yesterday shocked the nation by admitting to being the man in the DVD, and quitting his job.

It is the latest in a series of problems for the Prime Minister Abdullah Badawi, who is expected to call an election in a few weeks.

No2umnO – For those who doesnt have tapes …. lets just imagine. What style? Its a Soi Lek style ….. with friend

JANGAN LUPA YANG INI …

In Video Lucah BN on January 3, 2008 at 12:40 pm

[gombak.jpg]

Yang tidak bermoral di Selangor dari kalangan Umno bagaimana?
Roslansms

Akhirnya kerana kononnya menghormati amalan Islam Hadhari, dan menganggap rakyat Malaysia mengamalkan pendekatan “Holier than thou”, semuanya macam Ulamak (kata Dr Chua), Menteri Kesihatan yang juga ahli Parlimen Labis dan Naib Presiden MCA meletakkan semua jawatannya dalam kerajaan dan parti setelah mengaku beliaulah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita yang rakamannya kini menjadi DVD dan disebarkan ke seluruh negara.

Sekurang-kurangnya kata Dr Chua beliau berani mengaku dan memikul tanggungjawab. Beliau tidak pernah menafikan perkara tersebut atau mengatakan yang rakaman itu direka-reka (sebagaimana setengah-setengah pihak lain).

Lalu episod Dr Chua ini mengingatkan saya kepada apa yang berlaku di Selangor satu ketika dahulu. Kerajaan Selangor bukan sekadar menjaja Islam Hadhari sebagaimana di Pusat malah kerajaan Khir Toyo juga kononnya mengamalkan Dasar Selangor Maju Menuju Wawasan Syumul 2005, dimana melalui dasar itu Selangor mahu melahirkan masyarakat madani yang dilimpahi dengan insan-insan rabbani.

Tetapi apabila meletup skandal seorang ahli parlimen Umno Selangor bergomol dengan seorang ahli dewan negara Umno Selangor (yang kedua-duanya masing-masing telah ada suami dan isteri) tidak pula berlaku apa-apa sebagaimana yang berlaku ke atas Dr Chua seorang tokoh MCA yang bukan Islam! |more…|

LAGI TENTANG YURAN SEKOLAH

In Penipuan Yuran Sekolah on January 3, 2008 at 12:31 pm
“Saya nak Tanya, kenapa setelah dihapuskan yuran persekolahan, bayaran untuk persekolahan semakin mahal ekkk…tak paham.tak paham”, tanya seorang rakan dalam satu Yahoogroups.

dipetik: hanfeitsu.blogspot

Dan, seperti yang kita di peringkat Pemuda PAS Negeri Johor jangkakan tempoh hari, memang benar-benar berlaku, iaitu isu Yuran dan Pakej Bayaran Tambahan (PBT) ini sudah pasti akan menjadi isu yang agak hangat bagi ibu bapa yang mana anak-anak mereka mulai bersekolah dua tiga hari ini.

Mungkin bagi orang muda seperti saya dan rakan-rakan lain, ramai yang tidak mengetahui isu ini. Satunya kerana kita tidak peka dengan isu-isu semasa. Keduanya adalah kita tiada anak-anak yang bersekolah. Bagi yang menguruskan persekolahan adik-adik, mungkin ada yang mengetahui isu ini.

Jadual pembayaran bagi PBT ini saya lihat berkali-kali. Sekali lihat memang ianya sedikit jika dibandingkan dengan nilai pendidikan dan pelajaran anak-anak kita. Itupun, ‘nilai’ yang kecil bagi saya ini semestinya tidak sama dengan mereka yang miskin dan mempunyai anak yang ramai. RM50.00 boleh menjadi satu benda yang cukup besar bagi mereka dalam kehidupan seharian. |more…|

AMARAN UNTUK UMNO DAN BN !!!

In DVD Lucah Pemimpin BN on January 3, 2008 at 12:21 pm

Waspada kamera pengintip di bilik hotel
MStar

KUALA LUMPUR: Persatuan Hotel Malaysia (PHM) menghantar satu surat ingatan kepada anggotanya agar berwaspada dengan pihak yang cuba memasang kamera pengintip di bilik-bilik hotel. Peristiwa ke atas Dr Chua menimbulkan kekhuatiran orang ramai mengunjungi bilik-bilik hotel yang dipasang CCTV.

No2umnO – Yang tak salah jangan bimbang. Yang biasa buat dosa tu kena jaga jaga kerana dunia makin canggih dan “ANDA SEDANG DIPERHATI” ….wakakakakak

Cerita berkaitan : Polis Bukit Aman ke hotel tempat Dr Chua dirakam

Alahai Islam Hadhari!

In Islam Hadhari on January 3, 2008 at 12:18 pm


Isu Chua Soi Lek: Alahai Islam Hadhari!
Anwar Ibrahim
Harakahdaily

Dari rumah saya di Segambut saya ditemubual oleh SCTV Jakarta mengenai perletakan jawatan menteri dan skandal video seks.

Saya tidak bercadang mengeluarkan sebarang kenyataan selain menonton drama MCA dan sokongan padu pemimpin Umno terhadap Chua Soi Lek.

Media milik Umno-BN khususnya NST merayu agar rakyat menghormati pendirian Chua yang bertanggungjawab dan sedia memaafkannya. Mereka yang terlibat merakam dan mengedar akan didakwa! Tanya Musa Hassan dalam kes sebelum ini! Haha!

Perdana Menteri Abdullah menghormati pendirian Chua. Dan MCA serta Umno turut bersedih.

Alahai Islam Hadhari!

MCA DAH KECOH CARI GANTI SOI LEK

In MCA on January 3, 2008 at 11:59 am

MCA serah 3 nama ganti Menteri Kesihatan
Posted by Haniza Talha
Malaysiatoday

KUALA LUMPUR 2 Jan. – MCA telah menyerahkan beberapa nama kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menentukan pengganti Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang mengumumkan peletakan jawatan dalam Kabinet dan parti hari ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, pihaknya akan menghormati apa juga keputusan yang dilakukan oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN).

‘‘Saya telah berbincang perkara ini dengan Perdana Menteri menerusi telefon sebentar tadi dan MCA menyerahkan kepada beliau untuk membuat keputusan.

‘‘Bagaimanapun saya tidak boleh mendedahkan senarai calon yang diputuskan oleh parti,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi MCA berhubung peletakan jawatan Soi Lek di Wisma MCA, di sini hari ini.

Kira-kira 70 wartawan dan jurugambar dari dalam dan luar negara penuh sesak dalam dewan untuk menghadiri sidang akhbar itu.

Soi Lek, 61, yang juga Naib Presiden MCA mengambil keputusan meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti ekoran pengedaran salinan cakera video digital (DVD) aksi beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita.

Beliau turut melepaskan kerusi Parlimen Labis, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor dan Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat.

Semalam pada sidang akhbar di Labis, Soi Lek mengaku lelaki dalam DVD itu adalah beliau dan menyifatkan wanita itu adalah kawan baiknya.

Mengulas lanjut, Ka Ting berkata, MCA akan patuh dengan apa juga keputusan Perdana Menteri untuk menamakan pengganti Soi Lek.

Sementara itu Ka Ting berkata, Majlis Tertinggi MCA kesal dengan keputusan Soi Lek melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti.

Pihak parti juga katanya, kesal menerima keputusan itu tetapi menghormati langkah pemimpin berkenaan yang bertanggungjawab terhadap perbuatan yang dilakukannya.

Mengenai jawatan yang dipegang oleh Soi Lek dalam parti, beliau memberitahu, ia akan diputuskan semasa mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat pada 8 Januari ini.

‘‘Bagi tempoh 6 hari itu, Ecxo Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok, Tan Kok Hong akan memangku tugas Pengerusi Perhubungan MCA Johor sehingga sebarang keputusan diambil.

‘‘Mengikut Perlembagaan MCA pula, jawatan Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat akan diambil alih oleh timbalannya (Koh Chee Chai),” ujarnya.

Ka Ting mengakui peletakan jawatan Soi Lek satu kehilangan besar kepada parti tetapi ia adalah keputusan peribadi yang perlu dihormati. UTUSAN

No2umno - Pelik bin ajaib. Kalau orang melayu bilang, Mayat belum kebumi, harta dah sibuk dibicara. Dan begitu lah sikap MCA yang kononnya kecewa dengan pemberhentian Chua Soi Lek, tapi di dalam masa yang sama mereka sudah mencalunkan 3 nama untuk jadi Menteri Kesihatan. Adakah mereka boleh membuat keputusan untuk meletakkan nama calun atau Pak Lah sudah diperkudakan MCA?

A LESSON TO BN AND MINISTERS

In DVD Lucah Pemimpin BN on January 3, 2008 at 11:21 am

A lesson for public servants
sun2surf

When a sex scandal involving a public figure makes the news, the fate of the leader concerned is all but sealed. So Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, who admitted on Tuesday that he was the person who was filmed having extramarital sex, really had no option but to go.

His resignation yesterday from the cabinet, all party posts and from parliament was the logical next step for the health minister, MCA vice president and member of Parliament for Labis although, clearly, he did not think it was necessary for him to quit.

In announcing his resignation, he accused the public of taking the “moral high ground” and said that he thought his quick admission of guilt was good enough to save his career.

He is wrong. It is not about anyone taking the moral high ground. It is about him losing the moral ground to be a leader. A public servant, more so a cabinet minister, is expected to conform to a higher standard of conduct than ordinary citizens. Admission of guilt to a wrongdoing does not grant one exemption from being penalised for that indiscretion. If that was to be the case, many wrongdoers will escape punishment by merely making a confession.

And no matter what is said about the motives of those who distributed the DVD so widely in Johor and other states, the fact remains that what Chua did he did on his own. It wasn’t an entrapment.

This episode should serve as a lesson to all politicians to stop any shenanigans because if they are exposed, then they just have to go. Perhaps the best thing that can be said for Chua is that his quick admission brought the episode to an early close. If he had chosen instead to indulge in a futile game of denial and raising of doubts about the evidence, there would have probably been more muckraking before the inevitable end.

Chua should now be left to deal with the consequences of his actions on his family life in the interests of decency and compassion.

SOI LEK DIPUJI?

In DVD Lucah Pemimpin BN on January 3, 2008 at 11:10 am


Pemimpin yang tidak bermoral dan berakhlak kini mendapat pujian dari UMNO, pemimpin BN dan ramai rakyat Malaysia hanya kerana sikapnya berterus terang. Hebat…..kalau hendak dihormati, perlu tidak bermoral? Patut di dalam UMNO dan BN ramai pemimpin sebegini.

Mungkin kalau letupkan mangsa guna ‘C4′ akan lebih dihormati. Malaysia ke arah negara yang tidak bertamadddun.

No2umnO - tap payah la…..

TERIMA KASIH BN

In Toll on January 3, 2008 at 11:03 am

Kadar Baru Tol Di Tambak Johor Dan Link Kedua Mulai 1 Februari

SINGAPURA, 3 Jan (Bernama) — Kenderaan yang melintasi Link Kedua Tuas dan Tambak Johor yang menghubungkan Singapura dengan Semenanjung Malaysia terpaksa membayar lebih bila kadar tol yang disemak semula dikuatkuasakan mulai 1 Februari.

Kesemua pengguna kenderaan yang melalui Link Kedua Tuas dari kedua-dua hala perlu membayar tambahan antara $0.10 dan $4.40 sementara kenderaan jenis tertentu yang hanya keluar dari republik ini menerusi Tambak Johor dikenakan bayaran tambahan $0.10 atau $0.20.

Lembaga Pengangkutan Darat Singapura (LTA) berkata kadar tol republik itu dikaitkan dengan tol yang ditetapkan oleh Malaysia.

“Semakan kadar tol semasa Singapura di kedua-dua laluan mengambil kira kadar baru yang dikuatkuasakan oleh Malaysia pada 1 Januari, dan kadar pertukaran Dollar Singapura-Ringgit Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kadar yang disemak semula bagi setiap hala Link Kedua ialah S$0.70 bagi motosikal, naik dari S$0.60 ketika ini, kereta S$4.60 (dari S$3.70), van dan lori kecil S$10.50 (S$8.30), lori S$21 (S$16.60), teksi S$3.50 (S$2.70) dan bus S$5.60 (S$4.40).

Bagi lalu lintas keluar di Tambak Johor, hanya van, lori dan bus kecil dan besar terjejas oleh kadar baru itu, sementara kadar bagi kereta dan teksi masing-masing kekal S$1.20 dan S$0.60.

Bayaran tol bagi van dan lori kecil ialah S$1.90 dari S$1.80 ketika ini, sementara lori besar S$2.60 dari S$2.40.

Tidak ada bayaran dikenakan ke atas motosikal yang menyeberang ke Johor Baharu.

Kadar tol sekarang untuk Link Kedua dan Tambak Johor masing-masing dikuatkuasakan pada Julai 2005 dan Mac 2002.

No2umnO – nampaknya 2008 akan bertambah cermerlang , gemilang dan lintang pukang.

Hanya ini caranya nak ajar wakil rakyat UMNO

In Umno on January 3, 2008 at 10:19 am

PENDUDUK KG. GATCO HILANG KEPERCAYAAN PADA UMNO / BN
amkns.blogspot

…Encik Mohamad Nordin dalam mesyuarat tersebut menyatakan bahawa selepas berita penduduk Kg. Gatco keluar dalam akhbar HARAKAH menderu-deru pemimpin UMNO dan Jabatan Kerajaan datang ke Kg. Gatco untuk bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk Kg. Gatco.

Berita lanjut di sini http://pasjelebu.blogspot.

Kepada pengundi di Rembau, Kuala Pilah, Senawang, Ampangan, Lenggeng dan seluruh Negeri Sembilan, ajarlah wakil rakyat anda dengan cara begini. Gertak sedikit mereka ni , kalau tak mereka akan leka berebut jawatan di peringkat bahagian, berebut nak jadi wakil rakyat, berebut projek, akhirnya tak jenguk rakyat.

MALAYSIA TERUS USAHA DAN BERDO’A

In Pesanan on January 3, 2008 at 10:06 am

“Ini bertambah buruk disebabkan akhbar. Akhbar sentiasa melaporkan bahawa Dr Chua ialah pencabar terhadap timbalan presiden, terhadap presiden.

“Akhbar membantu membunuh karier politik saya, secara jujur… jadi kebenaran ialah mata pena itu lebih tajam daripada pedang,” kata beliau.

Tanpa menuding jari kepada sesiapa, Dr Chua, seorang doktor perubatan, berkata beliau tidak berapa senang dengan “sikap sesetengah pemimpin dalam politik” tetapi ini tidak penting lagi kerana ia telah menjadi sejarah.

Ditanya jika beliau tahu musuh politiknya, Dr Chua menjawab dengan cepat dan tajam: “Orang yang berprasangka buruk dengan saya ialah orang yang akan mendapat kejayaan daripada berprasangka buruk dengan saya.

“Ini Chua Soi Lek. Saya tidak akan berubah. Orang kata saya angkuh tetapi saya tidak fikir saya angkuh. Saya hanya beritahu anda perkara sebenarnya,” kata beliau.

Dengan memberikan nasihat kepada bakal Menteri Kesihatan, kata beliau: “Jika anda naik terlalu cepat, anda mungkin terdedah kepada spekulasi… ini adalah realiti dalam politik.”

“Saya setuju apabila sesetengah orang mengatakan ini ialah Menteri Neraka, bukan kerana kerja di kementerian itu tetapi disebabkan sistem politik, tetapi jika anda bekerja keras, orang ingat anda bercita-cita tinggi dalam politik atau anda ada agenda politik,” kata beliau.

Kenyataan tersebut dibuat oleh seorang Pemimpin MCA yang baru sahaja meletakkan jawatan secara terpaksa. Ungkapan yang biasa kedengaran bila pemimpin BN jatuh menggelepar hilang jawatan. Bukan saingan politik sahaja malah akhbar pun mendapat tempias kerana usaha mereka memutarbelitkan fakta, membesarkan isu dan mencari salah menurut telunjuk kuasa besar politik negara. Jelas Akhbar diakui bersubahat dari bekas pemimpin sendiri.

Jatuh yang terpaksa kerana melakukan perkara tidak bermoral disamping terjerumus di dalam dunia politik Barisan Nasional. Mungkin pada mereka ianya tidak haram tetapi sesungguhnya yang melihat bukan semuanya tidak berilmu dan tidak berotak. Itu lah politik Barisan Nasional.

Parti Barisan Nasional adalah parti keduniaan. Sesiapa yang menyertai parti itu, maka mereka perlu bersedia untuk jatuh dan menjatuhkan. Siapa pandai akan duduk atas, siapa jujur dan bodoh, dia akan terus duduk ditakuk lama atau mungkin terus gugur. Yang amanah dan bertanggung jawab, mereka tiada tempat. Dunia politik Barisan Nasional perjuangannya adalah untuk berlumba sesama mereka, mencipta harta, menonjol nama, memperolehi kekayaan dan merebut kuasa.

Tanggung jawab bukan topik hidup mereka. BN tidak membantu membuta tuli. Semuanya ada rahsia disebalik tirai. Pemimpin parti hanya akan berkongsi kekayaan untuk mereka terus berada ditampuk. Kalau sedikit perbezaan, maka berpecah dan mereka sekarang sedang menuju kehancuran. Di dalam UMNO ada banyak kem. Begitu juga dengan MCA, MIC dan parti parti komponennya yang lain. Tugas mereka adalah mencari salah pemimpin seteru untuk menjatuhkan dan menaikkan gerombolan mereka. Seteru bukan pembangkang tetapi dikalangan mereka. Maka yang jahat dan berhati laknat akan terus berada di atas. Yang berniat baik dan suci, akan jatuh terlentang menyembah bumi. Tidak hairan kalau Imam pun berubah sikap, Ustazah berubah fatwa dan Ulamak pun boleh berubah rupa. Semuanya gara gara racun yang menyentap seluruh tubuh yang dikotori merubah diri. Terpedaya dengan tawaran dunia kerana keraguan tentang kekuasan Tuhan. Kalau boleh disambung “Alhamdulillah” mungkin ada yang merubahnya kepada “Alhamdupaklah”.

Pembangkang bukan lah parti yang boleh mengganggu gugat mereka kerana undang undang tertakluk oleh kuasa rakus yang mereka cipta. Perlembagaan digubal dan diubah ubah untuk menyukarkan pembangkang mencantas kedudukan dan sehingga kini semuanya seperti satu lakunan yang tiada kesudahan. Pembangkang pula terus menentang didalam sistem yang tidak pernah adil. Kerana itu Pemimpin Barisan Nasional berani mencabar dan kini Rashit SPR pun bertindak serupa. Bagi mereka, Malaysia mereka yang punya.

Rakyat wajib berusaha. Sedikit kesilapan akan menjatuhkan kerajaan yang ada. Caranya adalah berdoa, berusaha dan bertawakkal. BN dan komponennya tidak dijatuhkan oleh orang lain kecuali mereka sendiri. Kita tidak tuding jari, kita tidak tonjol kepala, kita tidak tembak dada. Semuanya adalah kerana doa dan usaha.

Bila rakyat berdoa di dalam kepayahan, maka disitu akan tibanya rahmat yang tiada tolok bandingan. Barisan Nasional sudah sampai ke tahap NAZAK. Kalau ianya manusia, tahapnya terlalu kritikal dan Bacaan YASIN adalah kaedah yang paling sesuai untuk dilakukan. Kalau luka itu, ia sudah sampai potong anggota. Menggunakan anggota yang rosak itu akan merosakkan terus kesemua batang tubuh sepemilik. Persoalannya, mereka keliru anggota mana hendak dipotong dulu. Tangan kata kaki, kaki kata mata, mata kata mulut dan mulut kata lutut. Masing masing tidak mahu mengaku salah kerana mereka semua mahu menjadi anggota yang kononnya paling hebat dan paling sihat. Kerana itu Samy Vellu ubah struktur MIC kerana kononnya salah itu adalah orang lain dan bukan dirinya.

Kini luka sudah bernanah. Yang sakit tidak mengaku sakit dan akhirnya menjadi barah. Ianya seperti barah yang menyerang manusia ketika mereka lupa. Semuanya sedang bersukaan kerana kemewahaan dan peluang yang ada didepan mata. Petik jari semua ada, maka perlu apa bercerita tentang kesakitan. Akibatnya, nyawa sudah diembun embun kepala, baru hendak menyebut taubat.

Sedikit demi sedikit mereka akan lumpuh dan akhirnya jatuh. Kedaifan iman dan kemiskinan akhlak pemimpin sudah mula kelihatan. Hanya masa yang akan menentukan. Sejauh mana hebatnya kuasa manusia yang mengungguli tampuk pemerintahan duniawi dengan batasan dibandingkan kuasa Allah swt yang tiada sempadan. Manusia hanya berusaha. Usaha ke arah kebenaran atau sebaliknya, hanya cobaan untuk terus hidup. Sedangkan kebatilan akan menempah jalan yang songsang menuju kehancuran. Menolak kuasa Tuhan adalah cara untuk terus hidup tanpa nyawa yang dibekalkan. Kalau ada kaedah untuk mencipta nyawa, kerajaan akan korbankan seluruh harta dan jiwa rakyat hanya untuk mereka terus hidup. Inilah yang bakal mereka lakukan kerana otak dan iman sudah jauh dari badan.

Cekalkan hati, teguhkan semangat. Bermacam perkara akan berlaku. Sakit, pening, tangisan, cubaan dan himpitan hidup akan berterusan selagi kepimpinan kerajaan berada di bawah pengaruh Syaitan. Yang Haram menjadi Halal dan Halal menjadi HARAM. Semuanya adalah rancangan IBLIS menguasai umat. Mereka yang tidak tahan dengan semua pancaroba ini akan terus menyebelahi kerana sesungguhnya itu lah yang dijanjikan sebelum kita lahir lagi. Kurang iman kita akan kecundang. Kecundang bukan erti kematian tetapi kecundang kerana berserta dengan syaitan.

Keadaan sungguh menghimpit. Ekonomi tidak sebaik cerita. Mewah tidak seperti yang diwarta. Kehidupan tidak seselesa yang pemimpin kata. Tetapi itu langkah menutup kebodohan diri. Bersekongkol dengan mereka adalah seperti menipu seluruh umat. Segala berita yang BURUK ditutup yang BAIK didedah. Bukan kerana takut berlaku rusuhan dan kacau bilau tetapi kerana bimbang rakyat alih pandangan. Mahunya semua langkah kerajaan adalah baik dan yang berlaku adalah sebaliknya.

InsyaAllah, semua nya sudah mula terdedah. Tanya kan pada Perdana Menteri betapa peningnya kepala dengan sikap diri dan barisan kepimpinannya. Ditutup kanan, terbongkar kiri. Ditutup kiri terbongkar disisi. Selagi ditutup, ia terdedah. Disusup, is terjojol keluar. Bukan kerana kita, tetapi kerana mereka dan diri mereka sendiri. Mereka yang dedahkan kejahilan diri kerana sikap buruk dan perlombaan yang tiada penghujungnya. Kita hanya mampu BERDOA.

Bila Haram di lakukan, Jahat perbuatan dan dengki khianat memenuhi ruang otak pemikiran kepimpinan, ianya akan berlaku seperti yang kita lihat sekarang. Terus kan berdoa. Mereka hanya kalah dengan doa. Kalau berkumpul pun tidak boleh, apa lagi yang kita boleh lakukan. Tunggu pilihanraya? Selagi Rashit masih ada, selagi itu lah BN menjadi raja. Rashit sendiri pun keliru antara tanggung jawab dan amanah Tuhan. Mulut kata tidak, hati berdetup detap. Masa akan tiba, Rashit terima habuan. Yang lepas sudah selamat, masa depan, siapa yang tahu. Bila usia sudah tua, dosa bertampuk tidak terhingga, Hidup merana kesengsaraan pun tiba. Sekarang berdabik dada, mati berbekal dosa. Sumpah seranah, kutukan dan dosa rakyat jelata mengiringi kematian. Orang mati berbekalkan amalan, mereka mati berbekalkan dosa dan pengkhianatan. Orang yang tidak ingat semua ini adalah manusia yang tidak percaya ada nya Tuhan.

Yang sudah tersasar, perlu berubah. Yang jauh menyeleweng, ubah haluan dan yang masih berdegil, terima lah habuan. Tanggung jawab kita, berusaha dan teruskan berdoa. Berdoa setiap kali bersolah agar kebathilan dihentikan, kebenaran ditegakkan. Kembali kepada Qada dan Qadar bahawa kebenaran akan muncul dihujung jalan.

KERAJAAN MENIPU TIDAK KEKAL LAMA – NAJIB

In Najib on January 3, 2008 at 6:11 am


“Kerajaan yang menipu tidak akan kekal lama (memerintah) kerana akhirnya rakyat sendiri akan menolak mereka,” kata Timbalan Perdana Menteri ketika berucap di Kota Bharu. – Bernama 3/1/2008

Satu ungkapan yang cukup bermakna dari Timbalan Menteri yang gagap dan cakap berulang ulang. Apa yang dimaksudkan dengan penipuan kerajaan. Adakah ianya tentang kerajaan Kelantan atau Kerajaan Barisan Nasional. Kalau ada penipuan yang dibuat oleh Kerajaan Kelantan, apa kah penipuan yang dimaksudkan?

Najib adalah seorang Timbalan Menteri yang kalau tidak guna skrip akan melalut tak tentu arah. Cukup ghairah dengan tepukan gemuruh “POM POM UMNO”. Kalau tiada golongan tersebut hadir di dalam setiap perjumpaan, maka hambar lah perhimpunan. Bila ada pula, tersasul sasul lah dia sehingga tidak tahu apa yang dimaksudkan. Itu belum tepuk sorak dari 136,000 orang. Dengan jumlah tidak sampai 100 orang pun, Najib Boleh tersasul, melalut lalut.

No2umnO – Kita perlu Sokong BN (Buang Najib)

MUSA HASSAN PERLU USUNG TILAM SOI LEK

In Musa Hassan on January 3, 2008 at 5:51 am

Perlukah polis ‘usung tilam hotel’ siasat kes Soi Lek?
Wan Nordin Wan Yaacob
Harakahdaily

Meskipun kes itu telah diakui oleh Soi Lek akan keterlibatannya dalam ‘adegan lucah’ bersama seorang wanita yang didakwanya sebagai rakan karibnya, namun media seolah-oleh membuat pembelaan dengan membenarkan Soi Lek melepaskan semua rasa ‘kecewa’ melalui laporan khas dua hari berturut-turut.

Media-media eletronik umpamanya menanyangkan hampir keseluruhan kenyataan Soi Lek sewaktu bekas Ahli Parlimen Labis itu mengaku terbabit dengan skandal tersebut selain suara sokongan dari pemimpin bahagian termasuk Ketua Bahagian Umno Labis yang nampaknya menyebelahi Soi Lek.

Alasan konspirasi digunakan bagi menyedapkan ‘hati-hati rakyat’ terutamanya bagi melembutkan kemarahan rakyat yang katanya sukar menerima kenyataan pemimpin mereka terbabit dengan isu sosial.

Pengakuan demi pengakuan dan kenyataan demi kenyataan dilaporan secara penuh seolah-olah untuk membersihkan nama BN, MCA dan Soi Lek sendiri yang kononnya diganggu ‘privacy’ nya.

Malangnya kesempatan mendapatkan ruang dalam media utama termasuk media elektronik tidak dirasai Anwar sewaktu ’tilam’ yang cuba dikaitkan oleh pemerintah zamannya diusung ke mahkamah sebagai bukti kononnya.

Seorang rakan yang menaiki bas bersama penulis dari Seremban ke Kuala Lumpur pagi tadi secara sepontan bergurau dengan penulis menyatakan ‘Jika kes Soi Lek ini disiasat, ada kemungkinan tak polis akan mengusung tilam sama macam kes Anwar’.Penulis terdiam…fikir-fikirkanlah. |more…|

JARUM DAN KONDOM BERJAYA LONJAK JUMLAH PENAGIH

In BARISAN NASIONAL MEMANG LUCU on January 3, 2008 at 5:41 am

Lonjakan penagih baru
Harian Metro

SEREMBAN: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengesan seramai 279 penagih baru di negeri ini sepanjang tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak kira-kira 63 peratus sekali gus meletakkan Negeri Sembilan sebagai negeri paling tinggi dari segi kadar penagih baru di negara ini.

Bagi tempoh itu, agensi berkenaan merekodkan seramai 717 penagih berbanding hanya 438 orang sepanjang 2006.

Situasi itu membimbangkan kerajaan negeri kerana golongan paling ramai yang menagih membabitkan belia berusia 13 hingga 39 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Jamlus Aziz, berkata walaupun dari segi jumlah penagih dadah kurang jika dibandingkan dengan statistik di negeri lain, namun kadar peningkatan itu adalah terlalu tinggi.

Beliau berkata, kerajaan bimbang mengenai rekod yang menunjukkan pembabitan belia dan generasi muda di negeri ini dalam penyalahgunaan dadah mencatatkan kadar tertinggi.

“Berdasarkan jumlah itu, golongan remaja dan belia yang berusia antara 13 hingga 39 tahun membabitkan seramai 543 orang manakala mereka yang berusia 40 tahun ke atas adalah seramai 174 orang.

“Peningkatan ini amat membimbangkan kerana belia adalah generasi yang disandarkan harapan untuk memimpin masyarakat dan membawa kejayaan kepada masa depan negeri dan negara,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, lonjakan statistik itu juga berkemungkinan disebabkan gerakan agresif AADK mengesan penagih baru.

Katanya, bagaimanapun situasi itu perlu diambil iktibar oleh semua pihak kerana kebanyakan mereka adalah dari kalangan Bumiputera yang bukan saja boleh menjejaskan masyarakat malah masa depan negara.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gemas, berharap kerjasama semua pihak terutama ibu bapa supaya mengawasi anak masing-masing bagi memastikan mereka tidak mudah terjebak dalam gejala tidak sihat termasuk menagih dadah.

“Jika jumlah penagih dadah terus meningkat, matlamat kerajaan untuk mencapai sifar dadah menjelang 2015 tidak akan tercapai.

“Sehubungan itu, usaha semua pihak amat penting dalam menangani permasalahan ini kerana musuh nombor satu ini perlu dibanteras sepenuhnya demi memastikan agenda pembangunan untuk memartabatkan bangsa tidak terjejas,” katanya.

No2umnO - Betul ke KONDOM diberikan kepada PENAGIH atau ada yang pakai sendiri? Aku dah mula tak sedap hati ni…… Cuba selongkar kereta Chua Soi Lek.

Artikel berkaitan
Mencari Damai Abadi: Kondom & Jarum Percuma
Malaysia Today: MT-Berita: Bantah dadah, jarum suntikan dan kondom …

MAJU BERSAMA BARISAN NASIONAL

In BARISAN NASIONAL MEMANG LUCU on January 3, 2008 at 5:34 am

30 tahun tunggu bekalan air paip
Oleh Zulfa Mohamad

TASEK GELUGOR: Walaupun sudah 50 tahun negara merdeka, tiga keluarga di Kubang Menerong B di sini, masih menggunakan air perigi untuk mandi manakala pakaian seragam sekolah dibasuh menggunakan air hujan.

Tiga keluarga terbabit yang menetap kira-kira 100 meter dari jalan utama menggunakan air perigi sejak 30 tahun lalu dan jika memerlukan air bersih untuk minum dan memasak, mereka terpaksa menagih simpati jiran serta saudara-mara.

Seorang penduduk, Zamri Ahmad, 40, berkata mereka terpaksa menggunakan air perigi yang keruh dan berbau berikutan tiada pilihan lain sedangkan kedudukan rumah mereka tidak jauh dari jalan utama.

“Sudah beberapa kali kami meminta bekalan air paip dan sudah membayar RM50 kepada kontraktor hampir setahun lalu untuk urusan berkenaan. “Sebelum ini, kontraktor terbabit mengambil gambar dan membuat ukuran, tetapi setakat ini tiada perkembangan. Kami hairan kerana kedudukan rumah kami tidak jauh dari jalan dan Bandar Putra Bertam,” katanya.

Menurut Zamri, baju sekolah anaknya serta pakaian putih lain menjadi kekuningan kerana dibasuh dengan air perigi menyebabkan dia terpaksa menadah air hujan untuk kegunaan harian.

Nasir Mat Isa, 26, pula berkata, mereka juga terpaksa mengangkut air paip dari rumah jiran di seberang jalan setiap kali mengadakan majlis kenduri.

“Keadaan menjadi lebih buruk apabila hujan kerana air telaga menjadi keruh seperti teh susu,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin, ketika dihubungi berkata beliau sudah melawat rumah keluarga berkenaan kerana berada dalam senarai 400 penduduk yang menunggu bekalan air paip.

“Kerja pemasangan paip masih dalam proses kerana ia membabitkan banyak rumah dan bukan hanya tiga keluarga berkenaan saja,” katanya.

“Saya akan menyemak semula supaya kerja pemasangan paip berjalan termasuk di kampung itu,” katanya.

No2umnO - Alamak Silap Tajuk dan Gambar ……. MAAF YE

UMNO PERLU CONTOHI

In PAS on January 3, 2008 at 5:27 am


UNIT AMAL BANTU WANITA UMNO DITIMPA KEMALANGAN
jabamal.wordpress

KUALA KEDAH – Beramal tanpa mengira fahaman politik itulah semangat yang senantiasa dibuktikan oleh anggota Unit Amal dimana jua mereka berada.

Penyelaras dan Timbalan Ketua Unit Amal Kuala Kedah, Mohd Fuad Lazim dan Khairul Mazdi Md Akhir turut membantu salah seorang remaja mangsa kemalangan bas rombongan wanita UMNO Kuala Kedah yang mengalami kemalangan di Plaza Tol Jelapang, baru-baru ini.

Remaja tersebut dibawa balik dari tempat kejadian dengan van tertera logo dan nama salah sebuah UMNO bahagian di Perak ke Kampung Kubang Jawi, Alor Janggus, dekat sini.

Sekalipun mengalami kecederaan teruk dibahagian kepala dan teresak-esak menangis, dia hanya diturunkan di masjid kampung berkenaan bersama empat mayat mangsa kemalangan.

Dua anggota Unit Amal ini mengangkat dan menghantar remaja tersebut ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar diiringi bapanya, Shafie, salah seorang tenaga kerja UMNO cawangan itu.

BEKAS KADI NYANYI DANGDUT !!! …. Phuyoooo

In Islam Hadhari on January 3, 2008 at 5:22 am

Adun BN bekas khadi nyanyi dangdut hiburkan mangsa banjir

Basiron Abdul Wahab
Harakahdaily

MARAN 3 Jan (Hrkh) – Para pemimpin Umno sudah menjadi “gila berkaraoke”, daripada Menteri Besar hinggalah kepada anggota exconya sibuk berkaraoke menyanyi sama ada di radio mahupun di kampung-kampung yang dilawatinya.

Antara anggota Exco yang pandai berkaraoke itu adalah bertaraf ulamak dan merupakan bekas pegawai agama Islam daerah (Khadi) sebelum dilantik sebagai wakil rakyat mewakili Dewan Undangan Negeri (Dun) Luit, Maran.

Ketika rakyat masih berdukacita meratapi kemusnahan harta benda akibat banjir, anggota Exco berkenaan sibuk pula berkaraoke menyambut tahun baru.

Maran adalah antara daerah yang teruk dilanda banjir, dianggarkan lebih 6,000 mangsa dipindahkan. Mereka masih terkejut dan sedih serta menanggung kerugian dan harta benda.

Menurut Adun Luit, Ustaz Dato’ Mohamad Munawar Abdul Jalil kemusnahan harta benda mangsa banjir di Maran dianggarkan berjumlah RM100 juta.

Beliau berkata, pihaknya mengharapkan kerajaan pusat dapat menghulurkan bantuan wang kepada mangsa banjir bagi membantu meringankan beban mereka.

Berucap merasmikan Balai Penerangan Kampung Bukit Batu, beliau berkata rakyat harus beryukur kerana negara ini aman tidak seperti negara lain seperti Pakistan, Palestin dan lain-lain.

Bagaimanapun selepas berucap demikian penduduk diajak berhibur dengan persembahan karaoke yang dimulai oleh semua ketua kampung yang hadir.

Munawar sendiri menyanyikan dua lagu dangdut untuk menghiburkan penduduk kampung.

Ramai berpendapat kehidupan bekas khadi itu sudah jauh tersasar kerana pada masa lalu dia memberi nasihat agama kepada rakyat tetapi hari ini dia datang untuk menyanyi pula.

“Dia benar-benar sudah berubah,” ujar penduduk. – mns

Mufti Johor Halalkan PTPTN Amalkan Riba?

In RIBA on January 3, 2008 at 3:43 am


dipetik: syukran.wordpress

Islam amat menitikberatkan umatnya agar berhati-hati ketika terlibat dalam urusniaga yang melibatkan hutang. Ini adalah kerana semua pinjaman bersyarat terlebih dahulu dalam menetapkan keuntungan adalah riba dan sebarang penambahan pada jumlah pokok hutang adalah dilarang sama sekali oleh Islam bersesuaian dengan ayat Al Quran dalam surah al-Baqarah ayat 279.

Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa riba yang diharamkan adalah jumlah faedah yang mempunyai sifat berganda-ganda sahaja, manakala faedah yang sedikit misalnya tiga peratus seperti yang dikenakan PTPTN ini tidak termasuk dalam riba yang dilarang kerana ia tidak membebankan dan tidak menindas.

Hujah ini dilihat sama dengan kenyataan Mufti Johor yang meletakkan kadar tiga peratus yang agak rendah berbanding caj pentadbiran yang dikenakan oleh syarikat-syarikat yang berorientasikan keuntungan. Mereka berhujah dengan mengatakan bahawa Islam hanya mengharamkan riba yang berganda-ganda sahaja berdasarkan surah Ali Imran ayat 130. Oleh itu, pendapat yang mengatakan riba diharamkan bagi yang bersifat berlipat ganda (ad’af mudho’afah) adalah juga tidak berasas.

Sebenarnya pengharaman riba ad’af mudho’afah melalui ayat 130 Surah ali Imran (wahyu ketiga dalam siri ayat-ayat yang diturunkan mengenai riba ) bukanlah bersifat mutlak. Ayat ini bukanlah bertujuan mengkhususkan jenis riba yang diharamkan kerana ia diwahyukan lebih awal dari ayat terakhir mengenai riba iaitu ayat 275-281 surah Al Baqarah. |more…|

What the Devil Is Going On In Prai?

In Hindraf, Media Putar on January 3, 2008 at 3:21 am


From a report in The Sun.
via the-malaysian.blogspot.com

A series of violent incidents between two ethnic groups has occurred in the last 48 hours following a misunderstanding over a road accident in Prai on New Year’s eve.

Police said it all started when a drunk motorcyclist, in his 40s, was involved in a minor accident with another motorcycle ridden by two youths, in their 20s at about 10.30pm on New Year’s eve.

The accident, in front of a place of worship in Kampung Manis, Prai, was witnessed by two groups of people and a fight broke out between them. The fight resulted in two people being hospitalised for injuries and two others receiving outpatient treatment. The two men who were hospitalised are reported to be in stable condition.

Penang police chief Datuk Koh Hong Sun told a press conference today 16 people, aged between 16 and 30, had been arrested for being directly involved in the fight.They have been remanded until next week while police are still tracking down others involved in the fight, he said. |more…|

***** What contradictory statements from the Penang police chief. At first he claims that the ‘misunderstanding’ had nothing to do with any racial or religious dispute, but then he quickly adds that political and religious representatives have been asked to mediate and calm the situation!

This was the same bullshit that was given during the Kampung Medan massacre. With an almost homogeneous police force can they be expected to exercise reasonable neutrality in handling inter-ethnic strife?

I hope that the Umno-led government is very happy at the brittleness of our ’stability’ as a result of their strategy of divide-and-rule and playing off one race against another by indirectly encouraging religio-racist feelings and animosity from their ‘target’ group. Let’s hope that at least the CPO Datuk Koh Hong Sun can bring a quick end to the explosive situation there.

Berita dari seberang

In Media Malaysia Tidak Boleh Dipercayai on January 3, 2008 at 3:17 am

Karena Sering Bias, Masyarakat Malaysia Boikot Koran Utama
erwinarianto.blogspot.

Kuala Lumpur (ANTARA News) – Masyarakat Malaysia yang disponsori oleh Gerakan Anti Salah Maklumat (Gasak) akan memboikot beli koran-koran utama yang dikelola kelompok bisnis media Utusan Malaysia dan News Strait Times, karena dinilai sering membuat berita yang tidak berimbang dan membohongi masyarakat.

“Kami mulai kampanye untuk tidak membeli koran-koran seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro, News Strait Times, Kamis 29 November 2007. Cara ini cukup efektif ketika dilaksanakan tahun 1999 ketika masyarakat melawan tindakan kerajaan Malaysia soal pencopotan Anwar Ibrahim,” kata Ketua Gasak Khalid Jaafar, kepada ANTARA di Kuala Lumpur, Minggu.

Beberapa aktivis politik dan LSM yang hadir pada peluncuran kampanye boikot koran-koran Utusan Malaysia dan News Strait Times ialah Dr Xavier Jayakumar, Wakil Ketua Angkatan Muda Partai Keadilan Amiruddin Sari dan wakil Middle Eastern Graduate Centre Mustaqim.

Aksi boikot untuk tidak membeli koran targetnya adalah semua produk percetakan dua kelompok bisnis Utusan Malaysia dan NSTP karena kedua-duanya “dibekingi” oleh UMNO dan BN (Barisan Nasional). |.More…|

Soi Lek – Mereka semua bukan bersih!

In Video Lucah BN on January 3, 2008 at 3:13 am


dipetik: alhusseyn51.blogspot

Q: Why is that so? Kenapa begitu?

A: Because then they think all they have in the Government are all very clean. Kerana mereka sangka apa yang ada dalam kerajaan adalah bersih semuanya.

Chua Soi Lek mengingatkan mereka yang masih bernasib baik berada dalam kerajaan atau peringkat negeri dengan kata nasihat ; atau mungkin juga lebih bersifat amaran dengan berkata :

I am not the first and I will not be the last to become the victim in this way to bring a leader down whether at state or national level. I am sure I will not be the first and I will not be the last.

Saya bukanlah yang pertama dan saya bukanlah mangsa terakhir seorang pemimpin dijatuhkan dengan cara begini , samada diperingkat negeri atau kebangsaan.Saya pasti saya bukan yang pertama dan bukan yang terakhir.

Nampaknya episod kebobrokan para pemimpin BN tidak serta merta terhakis begitu sahaja dengan perletakan semua jawatan oleh Soi Lek . Ingatlah sindiran sinis beliau – “Because then they think all they have in the Government are all very clean.”

Ya, masih ramai yang kaki busuk dalam kerajaan BN yang diterajui PM Abdullah Badawi, cumanya belum terbongkar seperti mana yang berlaku kepada Soi Lek.Sebab itu kita dapat lihat kekecewaan Soi Lek yang teramat sekali melalui kata-katanya — ‘ramai yang berpendapat saya ini satu bebanan yang terpaksa dipikul kerana mereka mahu bersikap ‘lebih mulia dari kamu’ |more..|

HALAL ATAU HARAM?

In Samy Vellu on January 3, 2008 at 3:12 am


15,000 Anggota MIC Berhimpun Pada 20 Jan
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) — Lebih 15,000 anggota dan penyokong MIC akan berhimpun di sini pada 20 Jan bagi mengikrarkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kata presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu hari Khamis.

Beliau berkata perhimpunan itu, di Stadium Badminton Cheras adalah yang pertama dalam siri perhimpunan di seluruh negara bertujuan memperkukuh kedudukan parti dan sokongan kepada BN menjelang pilihan raya umum ke-12 akan datang.

Beliau berkata selain Abdullah, selaku pengerusi BN; Timbalan Perdana Menteri dan timbalan pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan diundang ke perhimpunan itu.

Katanya, Abdullah akan menyampaikan amanat penting pada perhimpunan itu.

“Perdana Menteri dijangka menekankan pentingnya rakyat bersatu dalam negara berbilang kaum dan agama,” kata Samy Vellu.

“Perhimpunan serupa akan diadakan di semua negeri secara berperingkat,” kata Samy Vellu dalam satu kenyataan di sini.

MP DIPANTAU DI DEWAN RAKYAT

In Umno on January 3, 2008 at 12:37 am

SURAT TUNJUK SEBAB KEPADA YB
dipetik: adimul.blogspot.


Ahli Parlimen BN yang lantang membuat teguran di Dewan Rakyat sentiasa dipantau bagi memastikan suara rakyat dihalang mengkritik pentadbiran kerajaan, malah ianya dilaporkan beberapa orang YB sudah menerima surat tunjuk sebab, kata Jurucakap PRIMA Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz. Fenomena yang berlaku sekarang seolah-olah memperlihatkan kerajaan sekarang enggan menerima pandangan rakyat, sekalipun ianya mengikut saluran tertentu iaitu melalui wakil-wakil mereka di Parlimen. Menurut Dato’ Kamal Amir beliau dimaklumkan mengenai seorang Ahli Parlimen dari Pahang diberi surat tunjuk sebab apabila membangkitkan isu pembangunan koridor wilayah timur yang membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Endau di Johor.

“Kalau di Parlimen tak boleh mengemukakan pandangan, di mana lagi YB terbabit mahu menyampaikan masalah rakyat yang diwakilinya?” ujar Dato’ Kamal Amir. Beliau mengakui menerima maklumat mengenai Ahli Parlimen yang berani mengkritik projek kerajaan akan menerima surat tunjuk sebab.

Seterusnya Dato’ Kamal Amir berkata, isu pembangunan koridor wilayah timur menimbulkan keraguan majoriti penduduk di negeri Pahang yang melihat tak banyak peluang boleh dimanfaatkan oleh rakyat di negeri itu. Justeru beliau menambah, memang wajar suara rakyat di Pahang disampaikan ke Dewan Rakyat, bagi membolehkan kerajaan mengambil langkah positif.

Crime doesn’t reduce but Our police busy quizzing GMI

In Abolish ISA on January 3, 2008 at 12:28 am

Crime doesn’t reduce but Our police busy quizzing GMI over candlelight vigil

Police quiz GMI over candlelight vigil (Malaysiakini)

Police have sought more information about the candlelight vigil that the Abolish ISA Movement (GMI by its Malay acronym) plans to hold in Kuala Lumpur on Saturday.
GMI president Syed Ibrahim Syed Noh said he was called to the Dang Wangi police station at noon today, to give details in relation to the lobby-group’s application for a police permit.

He said the questions were about the expected number of participants and whether or not banners would be put up during the event.

“We told the police that between 100 and 200 people would attend the event, but it will also be open to the general public,” he said.

Asked if the permit is likely to be issued, he said: “We will just go with the flow, but we stand firm on the fact that it is our right to peaceful assembly.”

The candlelight vigil will be held at Dataran Merdeka to show solidarity for those being held under the Internal Security Act (ISA), which allows for detention without trial for up to two years at a time.

Family-members of ISA detainees as well as civil society groups against the ISA are among those expected to attend the event, more details of which will be revealed tomorrow.

The vigil was originally planned to be held last Saturday but was cancelled at the last minute. Police blocked all access to the venue on Dec 22 and issued a stern warning not to participate in the vigil as it would be deemed an illegal assembly.

GMI then called off the vigil and applied for a police permit last week.

The police have came down hard on recent rallies in Kuala Lumpur, using tear gas and water cannons to disperse the crowd. Roadblocks were mounted around the city to prevent protesters from reaching designated assembly points.

IKAN BILIS LAGI … JERUNG BILA?

In Rasuah Negara on January 3, 2008 at 12:18 am


Kalau ada yang masih bertanya kenapa ‘JERUNG’ tidak ditangkap rasuah. Hah ini jawapannya. Ikhlas dari Perdana Menteri, Dollah Badawi, Imam Hadhari.

BPR tekad banteras ‘ikan bilis’
Berita Haruan

KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) bertekad menghapuskan rasuah jalanan atau rasuah ‘ikan bilis’, bagi memulihkan imej negara terutama di kalangan pelancong asing dan pendatang tanpa izin menerusi pelbagai cara, termasuk mengadakan kempen kesedaran.

Pengarah BPR Wilayah Persekutuan, Moh Samsudin Yusof, berkata secara umumnya, pihaknya banyak menerima maklumat mengenai kes rasuah jalanan.

Sehubungan itu, katanya, kerjasama semua pihak, terutama orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat dan sebagai saksi diperlukan dalam menangani rasuah jalanan.

“Kebanyakan kes rasuah jalanan atau ‘ikan bilis’ berlaku di kaunter awam, sehubungan itu orang ramai diminta untuk tampil sebagai saksi untuk memudahkan kes diselesaikan.

“Kita juga akan mempergiatkan kempen kesedaran mengenai rasuah di kalangan penjawat awam, terutama mereka yang sering berurusan dengan orang ramai termasuk pelancong asing,” katanya selepas majlis penyerahan tugas di sini, semalam.

No2umnO - JERUNG bakal terus mewah dengan rasuah