no2umno

Archive for January 4th, 2008

UMNO TERTARIK DENGAN EMAS KELANTAN

In Umno on January 4, 2008 at 2:59 pm

Keghairahan UMNO untuk menakluk Kelantan bukan lah cakap kosong. Terlalu bersungguh sungguh mereka berusaha untuk mengubah pendirian rakyat Kelantan sehingga UMPAN berbilion ringgit cuba ditaburkan kepada penduduk di sana. Sambil mengutuk rakyat kelantan yang bersikap “Beri Pitih Ambik, Undi pilihan parti lain” menjadikan rakyat Kelantan semakin membenci sikap hipokrit pemimpin Barisan Nasional dan UMNO itu.

Melalui Utusan Malaysia, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tahun ini merupakan peluang terbaik buat rakyat Kelantan keseluruhannya untuk memilih semula Barisan Nasional (BN) jika pilihan raya diadakan.

Beliau berkata tidak ada gunanya memilih PAS yang telah diberi pilihan selama 18 tahun memerintah Kelantan sejak 1990 tetapi terbukti tidak mampu membawanya ke tempat yang selayaknya seperti negeri lain yang diperintah BN.

“Sebab itu kalau pilihan raya diadakan dalam tahun ini, tunjukkanlah sikap untuk rakyat Kelantan membuat perubahan dan sudah sampai masanya rakyat berbuat demikian kali ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Pemimpin Masyarakat Bersama Timbalan Perdana Menteri di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di sini, hari Khamis.

Apakah yang mengundang UMNO untuk bersungguh sungguh menawan kelantan pada PRU ke 12 nanti?


Emas di Kelantan

KOTA BHARU: Beberapa sungai di sekitar jajahan Jeli dikenal pasti kaya dengan sumber emas yang masih belum diterokai, berdasarkan kajian geologi yang dilakukan di kawasan itu sejak beberapa tahun lalu.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan, Zainol Abidin Sulaiman, berkata emas jenis alluvium itu mudah diperoleh dengan cara mendulang tanpa merosakkan struktur tanah dan tebing sungai terbabit.

Beliau berkata, selain Jeli, emas jenis alluvium juga ditemui di beberapa kawasan sekitar Tanah Merah dan Gua Musang yang kini diusahakan syarikat yang dilantik kerajaan negeri.

“Kita sudah mengenal pasti beberapa sungai di Jeli yang mempunyai sumber emas alluvium.

Kajian lanjut mengenainya masih dijalankan dan saya difahamkan, kerajaan negeri akan membangunkan kawasan itu sebagai pusat melombong emas kepada orang ramai,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancang Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Husam Musa, berkata penemuan emas terbabit meliputi lima sungai di sekitar Jeli. |more…|

DAN


Saluran Paip Transpen Bernilai AS$7 Bilion Kurangkan Masa Angkut Minyak

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) — Projek saluran paip rentas semenanjung yang bernilai AS$7 bilion di bahagian utara Malaysia akan mengurangkan tempoh masa mengangkut minyak dari Asia Barat ke Asia Timur kepada tujuh hari.

Ketika ini, tempoh yang diambil untuk mengangkut minyak ke destinasinya menerusi Selat Melaka ialah selama 21 hari.

Saluran paip itu yang mengunjur dari Yan di Kedah ke Bachok di Kelantan akan mengurangkan masa singgah dengan mengelak laluan Selat Melaka yang dikatakan hentian kedua paling sibuk semasa singgahan.

“Penjimatan masa dengan menggunakan saluran paip kami kepada pengeluar minyak dan peniaga minyak, mencukupi malahan untuk membayar nilai sebulan simpanan,” kata pengerusi Trans-Peninsula Petroleum Sdn Bhd (Transpen), Mohd Kamil Sulaiman.

Bercakap kepada sidang akhbar di sini, beliau berkata “masanya sangat sesuai” untuk memulakan projek tersebut kerana pasaran minyak telah beralih ke Asia Timur, dengan China kini menjadi pengimport minyak kedua terbesar.

Transpen merupakan pemilik dan pengusaha projek tersebut. |more…|

Mampukah UMNO memperdayakan rakyat Kelantan dengan UMPAN PEMBANGUNAN mereka? Berbillion peruntukan bukanlah wang kerajaan tetapi ia adalah amanah untuk menguruskan wang rakyat. Maka UMNO jangan nak berlagak untuk menabur janji kononnya hendak bertanggung jawab sedangkan masa depan Kelantan akan bertambah malang dengan kehadiran mereka. Pastinya perubahan yang jelas nanti, Pemimpin UMNO akan lebih kaya dari apa yang mereka perolehi sekarang.

DUNIA GANGSTER DI SARAWAK

In Gangster on January 4, 2008 at 12:20 pm

DUNIA GANGSTER SARAWAK
duniatiger.blogspot

(Bandar Sibu yang sedang membangun. Gambar oleh IY)
Apabila menyebut nama Leh Long di Bumi Kenyalang, anda akan memasuki satu dunia lain yang sering dipaparkan dalam filem-filem China dari Hong Kong – dunia gengster. Walaupun dunia gengster satu kegiatan yang serba terselindung dan tersembunyi, namun bagi mereka yang pernah terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam dunia berkenaan akan dapat merasai peristiwa yang mendebar dan menakutkan.

Bagi mereka yang perlu membayar ufti atau wang perlindungan sudah tentu merasakan keperitannya apatah lagi pendapatan yang tidak seberapa perlu diserahkan kepada golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai pelindung. Bagi yang meminjam wang pula, sudah pasti tidak tidur malam mengenangkan nasib yang akan menimpa mereka jika tidak mempunyai wang untuk membayar hutang dalam tempoh yang ditetapkan.

Leh Long , ketua gengster yang berpusat di Sibu, adalah bekas seorang kelasi kapal. Mengikut cerita penduduk di Sibu, akibat dendam peribadinya maka beliau terjerumus dalam dunia samseng yang akhirnya menjadi ketua gengster yang amat digeruni di Bumi Kenyalang.

Beliau dikatakan mempunyai kaki di seluruh Bumi Kenyalang yang menguasai pelbagai jenis perniagaan termasuk balak dan perkapalan. Pembabitannya dalam kedua-dua bidang ini secara langsung membuat ramai pihak terutama tauke balak dan kapal tidak sedap hati dan tidak senang duduk.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah jua, Leh Long diberkas baru-baru ini berikutan satu kes membabitkan penculikan seorang anak tycoon di Sibu, bandar yang terkenal sebagai tempat membina feri dan pusat keturunan Fuchow. Beliau ditangkap dalam operasi pihak keselamatan dikenali sebagai Cantas Kenyalang.

Kini Leh Long dalam tahanan dan pihak berkuasa sedang mendapatkan pelbagai maklumat lagi mengenai pembabitannya dalam dunia gengster di Sarawak.

Syabas pihak keselamatan yang berjaya mencantas kegiatan gengster di Bumi Kenyalang ini. Semoga tugas mereka diberkati dan mendapat sokongan daripada semua pihak tanpa rasa tertekan atau tidak tenteram.

PENEROKA GATCO TUBUH JAWATANKUASA BERTINDAK

In GATCO on January 4, 2008 at 12:13 pm

pasjelebu.blogspot

Pada 1hb Januari 2008 hari Selasa yang lalu peneroka tanah Kg. Baru Gatco telah bertindak menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Peneroka Kg. Baru Gatco Untuk Menangani dan Menyelesaikan Tuntutan Hak Milik Tanah Penduduk. Saudara Zulkefly Mohamad Omar Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dan juga Tuan Haji Hamran Bin Hj Mohamad Pengerusi JKKK Kg. Gatco yang juga merangkap Ketua UMNO Cawangan Kg. Gatco telah dilantik sebagai Pengerusi Bersama di dalam Jawatankuasa tersebut. Encik Mohd Nordin Bin Ahmad Bakar yang juga Setiausaha UMNO Cawangan Kg. Gatco telah dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa Bertindak tersebut.

Dalam ucapan beliau Saudara Zulkefly menjelaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia tanpa mengira batasan kaum dan agama. Sebelum daripada Kg. Gatco ini PAS Negeri Sembilan turut terlibat dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat di Negeri Sembilan antaranya dalam isu Pembinaan Insinerator di Broga yang melibatkan tanah milik penduduk kaum Cina di Broga yang mana akhirnya pembinaan Insenarator tersebut telah dibatalkan dan juga kes pemilikan tanah penduduk Kg. Abok di Seremban. Menurut Saudara Zulkefly lagi setelah hampir 30 tahun UMNO mempermainkan penduduk Kg. Gatco dan berjanji untuk menyelesaikan isu penduduk tetapi semua itu adalah janji bohong UMNO kepada penduduk. Masalah pemilikan tanah ladang penduduk Kg. Gatco telah dijadikan Manifesto UMNO/BN Negeri Sembilan dalam 5 pilihanraya di Malaysia tetapi sehingga sekarang tidak juga dapat diselesaikan.|more…|

VIDEO SEKS: ADA YANG SUDAH TERASA?

In Ong Tee Keat, Video Lucah BN on January 4, 2008 at 12:11 pm

Dr Chua Seharusnya Dedahkan Dalang, Kata Tee Keat

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) — Bekas Menteri Kesihatan dan Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek seharusnya mendedahkan dalang yang bertanggungjawab memusnahkan karier politiknya, kata Naib Presiden Datuk Ong Tee Kiat.

Ong berkata dengan berbuat demikian, Dr Chua boleh membantu dalam mengenal pasti pihak yang bertindak membuat rakaman DVD yang membawa kepada pengunduran beliau dalam arena politik.

“Saya baca dalam akhbar mengenai dakwaan yang dibuat oleh Dr Chua mengenai musuh politiknya, tapi tidak ada maklumat terperinci. Saya percaya orang ramai, termasuk saya sendiri ingin tahu siapa yang bertanggungjawab dalam kes ini,” katanya kepada pemberita di Taman Muda di sini hari ini.

“Tidak adil bagi kita membuat pelbagai andaian berdasarkan kepada apa yang dia (Dr Chua) katakan. Jadi saya amat mengalu-alukan sekiranya beliau sanggup mendedahkan siapa yang berada di sebalik semua ini. Saya ingin dapatkan lebih banyak maklumat mengenai kes ini,” kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu.

No2umno – Cabaran dari Tee Keat seolah olah mahu memerangkan Chua Soi Lek untuk membuat tuduhan tanpa bukti. Penyiasatan seharusnya dibuat oleh Polis tanpa pengaruh sebarang kuasa politik dan bukan kerja Soi Lek untuk membuat sebarang tuduhan tanpa penyiasatan. Ini jelas menunjukkan bahawa ada pihak yang mahu terus menekan Soi Lek untuk menjauhi wartawan dan akhbar dari memberikan sebarang spekulasi atau gambaran politik MCA. Ada yang sudah bimbang nampaknya.

NAJIB HILANG AKAL KALAU HARGA MINYAK TURUN

In NAJIB YANG AKAN BANKRAP on January 4, 2008 at 12:08 pm


Turunkan Harga Minyak Satu Tindakan Tak Masuk Akal, Kata Najib

MACHANG, 4 Jan (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cadangan pembangkang untuk menurunkan harga minyak sekiranya dapat memerintah negara adalah sesuatu yang tidak masuk akal kerana harganya di pasaran dunia telah meningkat kepada US$100 setong.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun seluruh dunia terpaksa membeli minyak pada harga yang tinggi tetapi pembangkang pula berhasrat untuk menurunkan harga dan ini tidak rasional. (BELI MUNYAK? …. TIPU)

“Ini cakap-cakap untuk menipu rakyat sedangkan dia tahu dia tidak boleh buat,” katanya ketika melancarakan Gerak Kerja Pilihan Raya Pemuda Barisan Nasional Pusat di sini hari ini.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa baru-baru ini berkata pembangkang akan menurunkan harga petrol sekurang-kurangnya 30 sen daripada RM1.98 sekarang sekiranya pembangkang memerintah negara.

Najib berkata bahawa dalam membenarkan harga minyak dinaikkan, kerajaan sentiasa menimbang kebajikan dan keperluan rakyat terutama yang berpendapatan rendah.

“Namun kerajaan masih menanggung RM35 bilion setahun untuk subsidi minyak bagi menjaga kepentingan rakyat dengan niat nak tolong rakyat,” katanya. (TOLONG RAKYAT? … SUBSIDI ATAU BANTUAN ADALAH DARI DUIT RAKYAT ….NAJIB TIPU)

Beliau berkata ada pembangkang mengatakan sepatutnya Malaysia, yang mempunyai sumber petroleum, mampu memperoleh keuntungan yang besar hasil daripada peningkatan harga minyak itu.

Najib menjelaskan bahawa Malaysia mengeluarkan hanya 760,000 tong minyak sehari dan daripada jumlah itu, 600,000 tong digunakan bagi keperluan domestik manakala selebihnya dijual di pasaran luar. (KEPERLUAN DOMESTIK DENGAN HARGA SAMA DENGAN LUAR NEGARA?)

“Kita boleh lihat berapa banyak kita boleh jual di pasaran luar negara. Hakikatnya jumlah tidak banyak.

“Kalau nak dibandingkan dengan Arab Saudi mereka mengeluarkan sebanyak 12 juta tong sehari. Itu tidak termasuk negara-negara Timur Tengah yang lain,” katanya.

Yuran – Kena tipu lagi da..

In Penipuan Yuran Sekolah on January 4, 2008 at 10:30 am

Kena Tipu Lagi Daa…
khayalkhayal.blogspot

Mulai tahun 2008 ni, aku dah tak payah beli buku teks. Yuran sekolah tak akan dinaikkan. Begitulah katanya semasa tahun 2007 dulu. Masa tu aku punyalah melonjak gembira macam monyet baru lepas bersetubuh. Hari Rabu lepas aku ke Sekolah Agama Aiman nak bayar yuran. Hampeh sungguh. Kena tipu lagi untuk ke sekian kalinya. Dalam resit bayaran tu, ada tambahan dua item ditulis tangan. Entah apa-apalah item tu, tapi aku difahamkan ia berkaitan dengan buku kerja dan buku latihan. Jumlah bayaran untuk dua item tambahan tu lebih tinggi pula daripada jumlah beli buku teks. Akhirnya, walhasil tak balik asal, aku (dan semua ibu bapa yang kena tipu) terpaksa bayar lebih mahal daripada tahun sebelumnya, lebih mahal daripada jumlah perbelanjaan beli buku teks + yuran. Gambir tahap sidratul muntaha para penipu berbayar ni semua!

Sampai bilalah nak hidup bergelumang rasuah, korup dan makan harta tak tentu pasal ni? Ada kroni dalam industri percetakan buku ke? Well… at least itu le apa yang aku teorikan masa mula-mula berita keluar bagi ahu tak perlu beli buku teks tu. Teori aku dulu ialah, ibu bapa tak payah beli lagi, tapi sekolah kena beli. Tak taulah setiap tahun ke haper ke, tapi sekolah kena beli untuk provide buku teks secara pinjaman kepada murid-murid yang bertungkus-lumus nak timba ilmu. Lebih senang dapat duit melalui saluran kerajaan daripada ibu bapa secara individu, ye dok?

Dan taraf ilmu sudah ditirunkan ke pinggir jurang kehinaan. Apa lagi yang tinggal?

HINDRAF: P.Waytha Moorthy Statement

In Hindraf on January 4, 2008 at 10:09 am

http://www.nancarrow-webdesk.com/warehouse/storage2/2007-w48/img.83080_t.jpg
via hindrafinternational

RE: HINDRAF’S PEACEFUL STRUGGLE FOR THE RIGHTS OF THE MINORITY INDIANS WILL CONTINUE TO THE ENDHINDRAF WILL NOT GIVE UP EVEN IF WE ARE FIGHTING A LOSING BATTLE.MY STATEMENT TO AP TAKEN OUT OF CONTEXT

On the 30th December 2007 I was interviewed by a journalist from the AP who had spent about 1 ½ hours interviewing me. I am equally disappointed that a small portion of the interview had been blown out of proportion to mean I am giving up the struggle of Hindraf or that the struggle is likely to die soon. I wish to clarify the following:

a) I will continue to lead HINDRAF even if I’m on the move throughout the world.

b) HINDRAF’s struggle will not die “soon” as I have many plans lined up and will reveal to the Malaysian Indians in stages and with the support of PEOPLE POWER which we are witnessing now we will together continue to advocate and assert the rights of the Minority Indian community.

c) I will do all possible within my means to lobby support from the British Government Parliamentarians and Human Rights Organizations and these include our demand that the 5 Leaders of Hindraf be released unconditionally and the Minority Indian Rights which has been neglected over the last 50 years be protected. Thereafter I plan to continue the lobby to Europe, United Nations in Geneva, America, Canada, Australia and New Zealand.

d) HINDRAF would also be organizing various peaceful protests throughout the country to highlight the plight of the 70% poor underclass Malaysian Indian society and for the release of the 5 Leaders of which I would announce the first plan on Monday 7th January 2008.

e) In the interview I was questioned what if after years (5-10years) of campaigning and lobbying the Government still doesn’t budge?My answer was even if we are fighting a losing battle we will continue with the battle because not all battles are meant to be won. Great warriors do not worry about dying in the battlefield. If we are meant to loose we will loose so that someone else who take up the cause after us will win the war. If we loose after years of campaigning so be it we will call it a day. No one organization (including HINDRAF) can ever claim we are here forever and will continue forever. Nothing is permanent in this world and it also applies to HINDRAF. PEOPLE POWER can continue with the struggle but the ultimate power lies in the Government. In Malaysia Indians are minority and the reality is we can’t form a Government to change the situation. So the responsibility lies in this Government to make the necessary changes in the interest of the minority Indian community.

f) In the said interview I repeated my statement which was given to the AFP about 2 years ago when I commented on the issue of temple demolition. I had then said that (on the issue of temple demolition) eventually we too would fail the community but I fear the outcome after that. “At the moment devotees are crying and begging but eventually they would not plead and cry any more”. My fear which I had highlighted about 2 years ago came true when we all saw what happened at Padang Jawa Temple demolition. Devotees who were for the first time protecting the temple with their bare hands and yet the authorities had violently attacked them and though devotees were injured in the attempt they were arrested and charged with criminal offences. I again wish to reiterate my fear. The Government has successfully locked up voices of peaceful struggle for democratic rights and dissent. People have no one they can trust to lead them as they are all locked up. All their hundreds of appeals, memorandums and letters to the Prime Minister written on their behalf by these leaders have gone to waste bins. What can you expect them to do next? These are poor people who are not educated to articulate their grievances in a refined manner. In these circumstances I honestly feel our “chapter” (HINDRAF’S peaceful struggle) has been forcibly closed by the Government and so they must expect a new chapter to be opened but we are not part of that chapter. If a new undesirable chapter is opened in the history of Malaysia then we hold the Government solely responsible for they have killed legitimate voices of dissent and peaceful democratic struggle by HINDRAF.

g) I was also quoted to have said the following, “…..if they can give us real concessions we are willing to keep our mouth shut I don’t look at myself as a sacrifier”. 1 ½ years ago I was interviewed by members of the Police Special Branch who had wanted to know my intentions of leading HINDRAF and my activities. Everyone would know that at that time HINDRAF was practically dealing on issues of Religious conversions (Article 121 1(A)) and Temple demolitions. Yes I did tell the Special Branch then that if the Government resolves at least the temple demolition issue and permanently gazettes all temples existing prior to independence I will “keep my mouth shut” and leave the public scene.

h) I will never regret for initiating HINDRAF and leading it to its current struggle. The Malaysian Indians have been cheated by the UMNO led Government over the last 50 years using “coalition” Indian political parties to pacify the Indian community whenever they complain their rights are trampled upon. The UMNO Government’s “divide and rule” policy seemed to have succeeded but not any longer. The Indian community can no longer be cheated But my heart goes to the 5 HINDRAF leaders who have been made scapegoats by the Government. The irony is even our legal advisers namely Mr.R.Kengadharan and Mr. M. Manoharan who were purely acting for HINDRAF as legal advisers were not spared. They were both vigorously and couragesly defending us when various sedition and criminal charges were levelled against us. Their incarceration in particular are not acceptable for it goes against all tenets of basic Human Rights to detain lawyers who defend their clients. It proves the Government is vindictive and malicious and had intended to warn would be advocates of HINDRAF to “stay away” from representing us.

P.Waytha Moorthy

Related news:
Pemimpin Hindraf saman kerajaan, polis RM100 juta
Pemimpin Hindraf mengaku kalah (Berita Tipu)

PAK LAH DAPAT HADIAH BANTAL !!!

In Dollah on January 4, 2008 at 10:02 am


Anak muda serah bantal kepada PM

KeADILan

PUTRAJAYA: Kerana kecewa dengan sikap Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, sekumpulan anak muda menghantar memorandum berbentuk bantal kepada Perdana Menteri sebagai simbolik kegagalan dan kelemahanya mentadbir negara.

Kumpulan yang terdiri kira-kira 20 orang anak muda dari berlainan latar belakang yang mengelarkan diri Badan Bertindak Anak Muda berhimpun di Pejabat Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya bagi menunjukan protes kepada sikap Perdana Menteri Tersebut.

Menurut Seketeriat badan berkenaan, Badrul Hisham Shaharin, bermula dengan penyerahan pada hari tersebut, anak muda akan terus bangkit bagi menunjukan kepekaan terhadap isu-isu yang melanda negara.

“Tahun ini dan bermula pada hari ini kami anak muda malaysia berjanji akan bergiat dengan aktif untuk memacu negara dan memikirkan masalah negara,” katanya diluar JPM 4 Januari lalu.

Selain bantal, poster-poster yang menunjukan imej Abdullah Badawi sedang tidur turut dihantar kepada jabatan berkenaan.

Katanya lagi, anak muda terlalu kecewa dan malu dengan sikap Abdullah Badawi yang sering tidur sehinggakan beliau sendiri lemah untuk mentadbir negara.

“Bukan lagi menjadi rahsia, Perdana Menteri tidur dalam pelbagai acara atau konvesyen. Bukan sahaja didalam negara malah diluar negara. Ianya mendapat liputan meluas oleh media,” tambahnya lagi yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan.

Badrul menambah, sebagai anak muda jelasnya lagi, terpulang kepada Perdana Menteri tersebut samaada untuk menerima memorandum ini atau tidak, katanya Perdana Menteri boleh terus tidur dengan bantal tersebut jika beliau inginkan.

“Terpulang kepadanya jika dia nak terus tidur, tidurlah dengan bantal yang anak muda serahkan,” katanya.

Selain Badrul Hisham, aktivis hak asasi manusia yang juga penulis bebas Amin Iskandar, Exco Angkatan Muda Ginnie Lim dan juga penggiat seni Rahmat Haron memberi solidariti pada hari tersebut.

Badrul Hisham tidak menyerahkan memorandum berkenaan kepada mana-mana pihak dari JPM, sebaliknya hanya meletakan memorandum berkenaan di hadapan bilik pengawal JPM.

Kira-kira 5 minit selepas itu, seorang kakitangan keselamatan yang tidak berpakaian seragam menghampiri bantal tersebut dan mengacukan satu alat yang dipercayai pengesan bom.

Selepas itu seorang lagi pegawai yang memakai pakaian seragam keselamatan turun dan membawa masuk bantal dan poster berkenaan kedalam bilik pengawal.

KAMERA DI HOTEL …. EEEeeeeee

In Video Lucah BN on January 4, 2008 at 9:32 am


Pelancong usah bimbang
Harian Metro

GOMBAK: Pelancong tidak perlu bimbang untuk menginap di hotel negara ini termasuk di Selangor kerana kewujudan kamera rahsia di bilik hotel seperti berlaku dalam kes membabitkan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, adalah terpencil dan membabitkan perancangan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata bukan perkara mudah bagi individu tertentu untuk memasang kamera berkenaan dalam bilik hotel kerana ia memerlukan perancangan.

“Jadi, pelancong tidak perlu bimbang untuk melawat negara ini terutama Selangor disebabkan timbul perkara seperti itu.

“Bukan mudah untuk meletak kamera itu dalam bilik hotel. Ia adalah plot pihak tertentu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Tabung Khairat Kematian Jasamu Negeri Selangor, di sini, semalam.
No2umnO - Apa jaminan kerajaan? Atau jangan bimbang kalau anda bukan musuh politik UMNO dan BN. Kerana kuasa untuk memasuki hotel untuk memasang kamera tidak semua orang boleh perolehi, kecuali ada lambang kuasa tertentu….

SEKOLAH ATAU KANDANG KUDA?

In Hindraf, Tipu BN on January 4, 2008 at 9:12 am


syukran.wordpress

KLANG (KOSMO) – Pada hari pertama persekolahan semalam, seramai 19 pelajar tahun satu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Tepi Sungai di sini terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa di kelas yang asalnya sebuah kandang kuda.

Bangunan yang dipisahkan dengan dinding separuh konkrit dan jeriji besi selain beratapkan zink itu bukan sahaja panas tetapi juga sempit.

Lebih teruk apabila pihak sekolah terpaksa menempatkan murid tahun satu bersama seramai 19 lagi murid tahun dua dalam kelas yang sama kerana kekurangan kelas kosong.

Tinjauan KOSMO! semalam mendapati, dua subjek pengajian untuk murid tahun satu dan dua terpaksa diteruskan dalam satu kelas oleh dua guru menggunakan satu papan tulis sahaja. |more…|

Thanks to Herman Samsudeen from Radenjowo

LESS WORK MORE SEX

In DVD Lucah Pemimpin BN on January 4, 2008 at 9:07 am


Chua blames downfall on hard work
Star

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek described his move to national politics as a mistake and blamed his downfall on his commitment to his work as Health Minister.

“My biggest political mistake ever since coming to Kuala Lumpur is that I thought I should fulfil my obligations as Health Minister and as (MCA) vice-president,” he said.

The 60-year-old former Health Minister said the job required him to travel around the country to know about hospitals and medical facilities and for people to know him because he was a new face in national politics.

He was speaking to reporters in between packing his files and other belongings at his office here Thursday. |more…|

No2umnO – It’s a lesson to UNMO dan BN members, not to do more work but have more sex with friends.

Cop found guilty of bribery

In Rasuah Polis on January 4, 2008 at 9:01 am

Star 4/1/2008

KUALA LUMPUR: A traffic policeman was sentenced to three years’ jail and fined RM45,000 for three counts of bribery.

Kpl Abdul Rahman Baba, 45, who was suspended from his job four years ago, however got a stay of execution pending an appeal upon an application by his lawyer on Friday.

However, his bail was increased from RM3,000 to RM6,000 and with an additional condition for him to settle his fine on Friday.

He was charged with asking a RM5,000 bribe from unemployed Mohd Hafizi Mohd Hakim as an inducement not to take action against him after he had committed a traffic offence.

He was accused of committing the offence at the police station on Jalan Tun H.S.Lee at about 6.30pm on Dec 11, 2001.

Abdul Rahman faces a second charge of agreeing to accept a RM1,000 bribe from Mohd Hafizi for the same matter at the same place that day.

Abdul Rahman was also charged with accepting a RM1,000 bribe from Mohd Hafizi through his (Abdul Rahman) colleague, K/Kpl Husin Abdul Rahman on Dec 14, 2001 for the same purpose.

In her verdict Friday, Sessions Court judge Nursinah Adzmi ruled that the defence had failed to prove reasonable doubt in the prosecution’s case.

In convicting him, Nursinah said Abdul Rahman’s defence was mere denial.

“An accident had occurred when the accused has chased him (Mohd Hafzi) on his motorcycle,” she said.

The judge said although there are two different versions of the incident, the court noticed that the accused had not taken action against Mohd Hafizi after the accident.

“As a traffic policeman, why is it that he did not take action against him or ask his colleague to issue a summons against Mohd Hafizi after finding out that his car did not have road tax?,” she asked.

In sentencing, Nursinah said she considered bribery a serious offence as it was rampant in the country and the likelihood of him losing his job due to the conviction.

Pleading for leniency earlier, lawyer Dr Mohd Radzuan Ibrahim asked the court to consider that his client had served the police force for 23 years with an excellent service record, was a sole breadwinner for his family and a first-time offender.

DPP Iznina Hanim Hashim pressed for a deterrent sentence saying that the accused had tarnish the image of the police force.

He paid his fine late afternoon.

Tarian Gelek Kelab Umno Mesir

In UMNO GELEK on January 4, 2008 at 8:58 am

Aktiviti Tarian Gelek Kelab Umno Mesir (NUMRAM)
Tranungkite

Di manakah terletaknya pegangan agama dan ciri-ciri seorang pelajar agama yang lebih jelas dengan istilah Azhari dan Azhariah mahupun Ustaz dan Ustazah UMNO..?, kelihatan mereka seolah-olah tidak peduli terhadap apa yang boleh mencemari kesucian Islam. Sekiranya suasana ini dibiarkan berlarutan serta menjadi rutin setiap kali diadakan majlis sambutan perkahwinan tidak mustahil budaya arab jahiliah ini akan di bawa pulang ke Malaysia dan dihalalkan oleh para Ulama UMNO yang telah menerima didikan dan tarbiyah songsang daripada Nadi/Kelab Umno itu sendiri.

-Kelihatan bendera UMNO tergantung di dinding.
-Seorang wanita arab mesir sedang menari gelek.
-Kedua-dua mempelai pengantin lelaki dan perempuan berpakaian putih adalah ahli Nadi UMNO Mesir turut bertepuk serta menari.

-Aksi seorang wanita arab Mesir sedang bergelek.
-Sebahagian ahli NADI UMNO yang hadir juga turut serta acara gelek tersebut..Ish!ish!ish..
-Majlis perkahwinan UMNO (termasuk acara gelek) telah dijayakan di rumah yang merupakan pusat pergerakan NADI UMNO MESIR (NUMRAM)
|More…|

HOW ABOUT MINISTERS?

In Rasuah Negara on January 4, 2008 at 8:50 am


ACA investigating three high-ranking govt officers

By CHRISTINA TAN

SHAH ALAM: Three high-ranking government officers, including a woman, are being investigated by the Selangor Anti-Corruption Agency (ACA) for graft.

Outgoing state ACA director Datuk Mohd Jamidan Abdullah said the probe was based on reports lodged last year.

“We have seized three cars worth RM150,000, RM130,000 and RM45,000 from the Grade A officers after conducting the probe,” he told reporters after handing over duties to his successor Ja’afar Mahat at the new state ACA office in Plaza Masalam, Section 9, here Friday.

Mohd Jamidan, who has been appointed federal ACA Intelligence division director, however, refused to identify the officers.

He added that the agency was also investigating an executive of a private company over suspected bribe money in his bank account totalling about RM500,000.

Mohd Jamidan said the agency arrested 71 people for corruption last year including 28 government servants and 43 members of the public and private sector.

“A total of 29 have been charged in court, while disciplinary action was taken against nine others,” he said.

He also said that general public awareness on the need to stop corruption had improved and this was evident from the 859 tip-offs received from the public last year as compared to 687 tip-offs in 2006.

Federal ACA Investigations Division director Datuk Mohd Shukri Abdul said Selangor ACA had opened 112 investigation files last year and investigations into 80% of the cases had been concluded.

“It is a pretty good result and we hope the agency will further enhance its performance. We are targeting 85% (in completed investigations) next year,” he said after witnessing the handing over of duties.

Ja’afar, the former Penang state ACA director, reported to his new office on Wednesday. He takes over the post from Mohd Jamidan, who served in Selangor from Jan 2 to Oct 1 last year.

No2umnO - ACA can only catch officer level. Not guts…..

NAJIB DAH JADI KETAM

In Video Lucah BN on January 4, 2008 at 8:43 am

Skandal seks Soi Lek, nasihat Najib ‘umpama ketam ajar anak berjalan’? – Kit Siang
Wan Nordin Wan Yaacob
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Hrkh) – Skandal seks membabitkan bekas Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Chua Soi Lek yang menggemparkan negara beberapa hari lalu membuatkan kalangan pemimpin BN ‘ketar lutut’ apabila adanya gambaran dan ingatan secara sinis dikeluarkan Soi Lek mengenai isu moral pemimpin lain.

Meskipun dengan nasa kecewa dan tidak mahu mendedahkan soal isu moral pemimpin lain yang mungkin berlegar dalam minda Soi Lek, namun ianya disahut oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dengan satu peringatan kepada kepimpinan kerajaan agar tidak melakukan perkara yang sama.

Najib dalam laporan akhbar hari ini mengingatkan semua pemimpin BN supaya mengelak pihak tertentu mengambil kesempatan untuk mencemarkan imej mereka dan kerajaan, terutama menjelang pilihanraya umum akan datang.

Peringatan ini nyata mewujudkan suasana gusar lebih-lebih lagi bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Dato’ Ruhanie Ahmad mengingatkan soal adanya desas-desus yang menyatakan isu itu kini mungkin terarah ke negeri Pahang pula.

Mengulas kenyataan Najib itu, Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang dalam satu komentarnya yang tersiar dalam akhbar versi internet memperlekeh kenyataan Najib yang juga Timbalan Presiden Umno.

Kit Siang mempersoalkan sama ada Timbalan Perdana Menteri ‘orang yang sesuai’ untuk menasihatkan pemimpin BN yang lain supaya mengamalkan nilai-nilai yang baik, berdisiplin tinggi dan menjaga tingkahlaku mereka.

“Apakah Najib telah memberi contoh yang baik dalam karier politiknya untuk melayakkan beliau memberi nasihat dan ingatan seumpama itu?

Kit Siang secara sinis berkata, “atau nasihat Najib itu umpama ‘bapa ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul?” soal Lim lagi.

Terdahulu, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar ada menyatakan bahawa skandal seks membabitkan Soi Lek ini ‘mungkin’ sekali sama seperti skandal yang membabitkan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang masih dibicarakan di mahkamah.

Mahfuz ketika mula mengulas isu DVD lucah membabitkan Soi Lek berkata, perbezaan dalam kes DVD lucah ini cuma tiadanya adegan pembunuhan, sebaliknya terdedah dengan rakaman aksi Soi Lek bersama seorang wanita yang dikatakan rakan karib bekas Naib Presiden MCA itu.

Mahfuz juga menyebut supaya siasatan menyeluruh dilakukan polis ke atas wanita yang terbabit dengan aksi lucah bersama Soi Lek itu, selain tujuan di sebalik adegan itu dirakam dan diedarkan.

Pada 2 Januari lalu Naib Presiden MCA mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan dan semua jawatan dalam parti serta anggota Parlimen Labis, berkuatkuasa serta merta.

Peletakan jawatan itu dibuat berikutan desakan rakyat setelah bekas Menteri Kesihatan itu mengaku terbabit dalam DVD lucah bersama seorang wanita muda yang dikatakan rakan karibnya.

Polis kini mula menyiasat dalang penyebaran DVD itu selain pihak yang merakam aksi lucah Soi Lek.Sehingga semalam, polis dikatakan telah mengenalpasti identiti wanita dalam DVD tersebut.

JALANG-JALANG BN KEPANASAN

In Video Lucah BN on January 4, 2008 at 8:41 am

PEMIMPIN JALANG LAIN TIDAK SENANG DUDUK PULA
pemudabukitkatil.blogspot.

Para pemimpin kerajaan dan parti komponen Islam Hadhari yang mempunyai perangai jalang seperti Chua Soi Lek sekarang sedang berada dalam kepanasan berikutan tersebarnya berita bahawa semakin banyak DVD atau VCD membabitkan jantan-jantan atau betina-betina jalang ini akan diedarkan.

Terbaru, Ruhanie Ahmad bekas Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan (BNBBC) menukilkan dalam blognya, kuda-kepang bahawa bahan-bahan lucah membabitkan jalang-jalang itu akan disebarkan di Pahang tidak lama lagi. Samada benar atau tidak kami merasakan jantan-jantan dan betina-betina yang pernah melakukan perbuatan seperti Soi Lek sudah tentu pucat gigi sekarang.

Tetapi pemerhati politik melihat andaikata DVD/VCD itu melibatkan pemimpin Umno sudah tentu mereka akan dipertahankan. Antara alasan dan penafiannya boleh kita ramalkan adalah ” alah tape tu lakonan bukan sebenar”;”Periksa dulu kesahihahnya”;”orang dengki,bukan dia yang buat”;”pelanduk dua serupa”;”biasalah tu pemimpin atasan, mungkin perempuan tu bini muda dia” dan macam-macam lagi.

Walaubagaimanapun mereka sudah pasti tidak senang duduk dan tidak lena tidur berikutan dakwaan Ruhanie Ahmad itu.

Berani buat berani tanggung la!!!!!!!!!!

Caj selenggara tandas masuk dalam senarai Yuran Sekolah?

In Penipuan Yuran Sekolah on January 4, 2008 at 8:35 am

KOSMO: JOHOR BAHRU – Yuran penyelenggaraan tandas?
syukran.wordpress.com

Terkejut dan macam tidak percaya. Namun itulah realiti mengenai sebuah sekolah menengah di Permas Jaya, di sini yang mengenakan yuran bagi penyelenggaraan tandas di sekolah tersebut.

Lebih menghairankan, hanya sekolah itu sahaja di negeri ini yang mengenakan yuran sebanyak RM5 itu.

Seorang bapa yang hanya ingin dikenali sebagai Abdullah berkata, dia terkejut apabila mendapati butiran bayaran itu tertera dalam senarai yuran di sekolah itu.

Menurutnya, ia pertama kali diperkenalkan kerana sebelum ini tidak pernah timbul soal yuran terbabit.

“Biarpun cajnya kecil iaitu RM5, tapi sebagai ibu bapa, kami perlukan penjelasan mengenainya,’’ kata beliau ketika ditemui KOSMO! semalam.

Selain hairan dengan yuran tandas, Abdullah juga tidak mendapat penjelasan mengenai yuran yang termasuk dalam kategori ‘pelbagai’ yang berjumlah RM24 serta satu lagi yuran kategori sama bernilai RM22 pada resit rasmi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Bila tanya guru kelas, dia sendiri tak tahu yuran pelbagai itu untuk apa,’’ katanya yang terpaksa membayar keseluruhannya RM86.50.

Sementara itu, dalam reaksi segera, Pengarah Pelajaran Johor, Mokhy Saidon terus bertindak menghubungi sekolah berkenaan bagi penjelasan sebelum mengarahkan wang itu dipulangkan.

Sambil memandang serius yuran seumpama itu, beliau berkata, ia dikenakan selepas perbincangan pihak sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Bagaimanapun, tegasnya, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Johor tidak pernah dimaklumkan mengenainya serta tidak membenarkan ia dibuat.

“Urusan penyelenggaraan tandas adalah tanggungjawab pihak sekolah dengan JPN,’’ tegasnya.

Beliau juga mengarahkan pegawainya ke sekolah itu untuk menyiasat butiran caj di bawah kategori ‘pelbagai’.

YURAN OH YURAN!

In Penipuan Yuran Sekolah on January 4, 2008 at 8:32 am

YURAN
cikgunurionline.wordpress.com

(…) Namun, apa yang lebih menarik perhatian ialah mengenai kadar yuran tambahan yang diwar-warkan oleh Kementerian Pelajaran bahawa ianya hanya boleh di kutip tidak melebihi RM 55 sahaja. Tetapi, sebaliknya yang berlaku. Kenyataan tersebut di lihat lebih bersifat politik ataupun cuba mencari publisiti murahan demi memancing undi rakyat. Kenapa saya berhujah sedemikian? Kerana yang pastinya apabila ibu bapa mendaftar anak-anak, rata-rata pihak pentadbiran sekolah tidak menghiraukan kenyataan tersebut. Pekeliling tersebut hanyalah dipandang enteng, di mana bayaran yang dikenakan kepada setiap pelajar telah melebihi RM 100 dengan pelbagai jenis bayaran tambahan yang dikenakan. Bayaran pakej paling minima yang dikenakan oleh pihak Kementerian sebanyak RM 23.00 pada tahun ini, berbanding tahun lepas ialah sebanyak RM 21.00. Kenaikan sebanyak RM2 berbanding tahun lepas. (more…)

SELAMATKAN MANGSA KERAJAAN !!!

In Batu Burok on January 4, 2008 at 8:30 am

 RAYUAN IKAT JAMIN AZMAN & SUWANDI

Tarikh : 06/01/08
Tempat : Mahkamah Kuala Terengganu
Dan Jangan Lupa !
21 – 30 Januari, 2008
Perbicaraan Azman, Suwandi dan 18 orang

Hadir beramai-ramai memberikan sokongan !