no2umno

DUNIA GANGSTER DI SARAWAK

In Gangster on January 4, 2008 at 12:20 pm

DUNIA GANGSTER SARAWAK
duniatiger.blogspot

(Bandar Sibu yang sedang membangun. Gambar oleh IY)
Apabila menyebut nama Leh Long di Bumi Kenyalang, anda akan memasuki satu dunia lain yang sering dipaparkan dalam filem-filem China dari Hong Kong – dunia gengster. Walaupun dunia gengster satu kegiatan yang serba terselindung dan tersembunyi, namun bagi mereka yang pernah terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam dunia berkenaan akan dapat merasai peristiwa yang mendebar dan menakutkan.

Bagi mereka yang perlu membayar ufti atau wang perlindungan sudah tentu merasakan keperitannya apatah lagi pendapatan yang tidak seberapa perlu diserahkan kepada golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai pelindung. Bagi yang meminjam wang pula, sudah pasti tidak tidur malam mengenangkan nasib yang akan menimpa mereka jika tidak mempunyai wang untuk membayar hutang dalam tempoh yang ditetapkan.

Leh Long , ketua gengster yang berpusat di Sibu, adalah bekas seorang kelasi kapal. Mengikut cerita penduduk di Sibu, akibat dendam peribadinya maka beliau terjerumus dalam dunia samseng yang akhirnya menjadi ketua gengster yang amat digeruni di Bumi Kenyalang.

Beliau dikatakan mempunyai kaki di seluruh Bumi Kenyalang yang menguasai pelbagai jenis perniagaan termasuk balak dan perkapalan. Pembabitannya dalam kedua-dua bidang ini secara langsung membuat ramai pihak terutama tauke balak dan kapal tidak sedap hati dan tidak senang duduk.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah jua, Leh Long diberkas baru-baru ini berikutan satu kes membabitkan penculikan seorang anak tycoon di Sibu, bandar yang terkenal sebagai tempat membina feri dan pusat keturunan Fuchow. Beliau ditangkap dalam operasi pihak keselamatan dikenali sebagai Cantas Kenyalang.

Kini Leh Long dalam tahanan dan pihak berkuasa sedang mendapatkan pelbagai maklumat lagi mengenai pembabitannya dalam dunia gengster di Sarawak.

Syabas pihak keselamatan yang berjaya mencantas kegiatan gengster di Bumi Kenyalang ini. Semoga tugas mereka diberkati dan mendapat sokongan daripada semua pihak tanpa rasa tertekan atau tidak tenteram.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: