no2umno

Archive for January 6th, 2008

EASY TO PLANT CAMERAS IN HOTEL ROOMS

In Soi Lek, Video Lucah BN on January 6, 2008 at 11:34 pm

Electric News

THE recent sex DVD scandal involving former Malaysian Health Minister Datuk Seri

Dr Chua Soi Lek shows how easy it is to rig a spy camera and film someone without their knowledge.

Experts tell The New Paper on Sunday that it takes anyone just 30 minutes to rig a spy cam.

It takes the professionally trained even less time.

This has the Malaysian Association of Hotels (MAH) concerned. It will discuss the possibility of getting its more than 400 members to sweep all their hotel rooms for hidden cameras or other spying devices.

Whether or not this suggestion will become reality is not confirmed.

MAH secretary-general Sam Cheah Swee Hee told Weekend Mail that the idea would be discussed during its security committee meeting this month.

The meeting is aimed at enhancing security within the hotel and tourism industry.

The New Paper on Sunday interviewed five PIs and one shop-owner who sells spy cam equipment, and asked them what it takes to plant such equipment in hotel rooms.

PI Charles Gomez said in a telephone interview from Hong Kong: ‘It’s just a matter of getting beyond the closed door.’

More…

AKIBAT TERLALU MEWAH

In Berita luar on January 6, 2008 at 11:23 pm

Britney Spears was rushed to hospital after collapsing from suspected drug abuse

Britney Spears was rushed to hospital last night (03.01.08) after collapsing from suspected drug abuse while caring for her children.

Police were called to Britney’s Beverly Hills home at 8pm after the 25-year-old star refused to return her sons, two-year-old Sean Preston and one-year-old Jayden James, to ex-husband Kevin Federline.

Officers found Britney to be “under the influence of an unknown substance”, and she was taken to Cedars-Sinai Medical Center in an ambulance where she is reportedly undergoing a psychiatric evaluation.

Los Angeles Police Department officer Jason Lee said: “While officers were on the scene, they observed Ms. Spears under the influence of an unknown substance. She is now being taken in for an evaluation.”

Several police officers, fire engines, two ambulances and a police helicopter all appeared at the tumultuous scene.

No2umnO – Selebriti barat kalau terlampau mewah, hisap dadah. Ahli politik Malaysia terlampau mewah, Hidap Dada ….. h

PDRM SANGGUP BERBOHONG KERANA UMNO

In Belit POlis on January 6, 2008 at 11:18 pm

marhaen
Rujuk lampiran (KLIK)

(…) Apa yang menariknya ialah sorong papan, tarik papan yang dilakonkan oleh Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman dengan , Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi GMI. Skripnya adalah sama seperti yang disandiwarakan oleh bosnya Musa Hassan dalam The Star pada 4 Disember 2007 [dalam ucapan Teresa disebut perkara ini], Musa melakukan pembohongan secara selamba yang beliau pernah menawarkan Bersih untuk mengadakan perhimpunan mereka di dalam stadium, tetapi tawarannya itu ditolak.

Lakonan Zulkarnain ini saya rakamkan melalui petikan siaran Malaysiakini.com tanpa ulasan selanjutnya. Tujuannya untuk memberi gambaran kepada rakyat supaya berfikir dan membuat kesimpulan bahawa itulah sikap yang ada pada pasukan PDRM kita selama ini. Harapan saya, semoga pasukan PDRM perlu merubahkan mentali yang pro kepada UMNO, kembali ke tugas asal secara professional menjaga keamanan rakyat dan negara. Persepsi rakyat terhadap pasukan perlu dipulihkan segera kerana semakin keras pasukan polis lakukan terhadap kumpulan yang anti kerajaan [hanya berkisar soal dasar melalui pendekatan yang berbeza], maka semakin benci dan hilang hormat rakyat terhadap pasukan polis. Ini yang sangat ditakutkan. |more…|

Mansuhkan Yuran Tambahan Sekolah

In Penipuan Yuran Sekolah on January 6, 2008 at 11:12 pm

alhusseyn51.blogspot

Tindakan pihak sekolah mengenakan ‘Yuran Tambahan’ yang lebih tinggi adalah kerana penghapusan yuran sekolah.Pihak sekolah terpaksa mengenakan ‘Yuran Tambahan’ yang bukan-bukan bagi menampung urusan perbelanjaan mengendalikan sekolah.Mungkin suatu masa nanti meletakkan basikal atau motosikal bagi para pelajar juga akan dikenakan bayaran melalui cara yang disebut ‘Yuran Tambahan’.

Perkara sebegini berlaku kerana pihak sekolah PCG yang diberi oleh pihak Kementerian Pelajaran tidak mencukupi. Pihak pentadbiran sekolah terpaksa memandai-mandai sendiri mencari wang dari sumber yang akhirnya membebankan murid-murid dan para ibu bapa.

Skandal salah urus jabatan dan kementerian pernah didedahkan oleh pihak Akauntan Negara tidak berapa lama dulu; urusan disekolah-sekolah pun tidak kurang bezanya. |more…|

YURAN: ‘Penerangan tidak jelas’

In Penipuan Yuran Sekolah on January 6, 2008 at 11:05 pm

Berita Haruan

KUALA LUMPUR: Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBGN) mendakwa Kementerian Pelajaran tidak memberi penerangan secara jelas kepada ibu bapa berhubung pemansuhan yuran rasmi sekolah sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan ibu bapa.

Presidennya, Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, berkata ibu bapa hanya mengetahui keadaan sebenar pada hari pertama pendaftaran persekolahan sehingga menimbulkan kekalutan.

“PIBGN sebelum ini sudah mengingatkan setiap sekolah supaya memberi penjelasan terperinci kepada ibu bapa mengenai pemansuhan yuran sebelum bermula sesi persekolahan tetapi tidak dilakukan.

“Ini menyebabkan ibu bapa terkejut dan terkilan apabila mengetahui perkara sebenarnya,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai rungutan ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan kadar bayaran sampingan yang dikenakan PIBG terhadap mereka.

Kelmarin, Berita Harian melaporkan ada sekolah menengah di bandar raya ini memasukkan bayaran ‘tuala wanita’ sebanyak RM25 setahun dalam senarai bayaran sampingan kepada pelajar perempuan.

“Kenapa PIBG perlu mengenakan bayaran bertindih yang ditetapkan pihak sekolah seperti yuran peperiksaan dan kurikulum. Sebagai contoh, yuran peperiksaan yang ditetapkan PIBG antara RM30 dan RM100 adalah membebankan ibu bapa.

“NUTP meminta PIBG tidak mengenakan bayaran sampingan yang sama dengan yuran sekolah dan kedua, membatalkan bayaran kepada perkara yang tidak munasabah,”
katanya. |more…|

NO2umnO - Seebnarnya Kementerian cuba TIPU kerana sikap PM membuat kenyataan tentang penghapusan YURAN dan sekolah pula sudah kebimbangan kerana bimbang ibubapa tahu muslihat KEMENTERIAN. Maka timbul lah isu.

RUMAH SUDAH NAK RUNTUH, PAHAT BARU NAK BERBUNYI

In Penipuan Yuran Sekolah on January 6, 2008 at 10:36 pm

Persatuan syor kutip yuran ikut keperluan
Berita Haruan

(…) “Ibu bapa sudah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli pakaian seragam, buku, alat tulis serta tambang bas pada awal sesi persekolahan.

“Justeru, sumbangan untuk PIBG yang juga dikutip sekali dengan yuran tambahan sekolah dirasakan bebanan kepada mereka,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Beliau berkata, PIBG pula wajar menyediakan susunan program tahunannya yang memerlukan sumbangan ibu bapa dan meminta pentadbiran sekolah membuat kutipan mengikut keperluan semasa.

“Misalnya jika PIBG bercadang mengadakan sesi motivasi bagi pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada Jun, kutipan sumbangan boleh dilakukan pada Mei mengikut keperluan bajet program dan ini akan mengelakkan ibu bapa berasa terlalu dibebani pada awal tahun,” katanya. (more…)

No2umnO – Peliknya persatuan Pengguna di Malaysia ini, sudah berlaku baru nak kecoh. Umpama, rumah sudah nak runtuh, baru pahat berbunyi. Tambah menyedihkan, persatuan seperti badan politik ini tidak mengelakkan bayaran mahal, tetapi lebih mengutamakan bayaran ansuran dan berdikit dikit. Bukan hendak bantu ahli tetapi bantu orang lain. Patutnya pertikaikan jumlah yuran yang mahal.

Kalau setakat nak tubuh persatuan untuk tambah profile politik peribadi, baik jangan berpesatuan. Sebelum ibubapa melenting, semua tidur macam dah tak mau bangun.

YURAN: KP PELAJARAN YANG KELIRU

In Penipuan Yuran Sekolah on January 6, 2008 at 10:18 pm


Asingkan bayaran tambahan elak kekeliruan
Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Bayaran yang berkaitan pelajaran perlu diasingkan daripada bayaran tambahan lain yang dikenakan kepada ibu bapa bagi mengelakkan kekeliruan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, mengikut garis panduan Kementerian Pelaran, bayaran berkaitan pelajaran adalah untuk aktiviti kokurikulum, sukan tahunan, ujian, kegiatan pendidikan Islam dan Moral serta insurans pelajar.

Bayaran tambahan pula, katanya, adalah untuk pelbagai kelengkapan pelajar seperti tali leher dan baju sukan.

“Saya telah arahkan para pengetua supaya mengasingkan kedua-dua bayaran tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, tindakan pihak sekolah menyatukan bayaran kepada pihak sekolah dan bayaran tambahan menyebabkan ibu bapa merasakan jumlah yang terpaksa dibayar terlalu tinggi.

Menurut Alimuddin, beliau akan mengadakan pertemuan dengan para pengarah pelajaran negeri esok bagi menjelaskan perkara berkenaan.

Tambah beliau, ibu bapa perlu diberikan pilihan untuk membeli sendiri kelengkapan yang disenaraikan di bawah bayaran tambahan tanpa melalui pihak sekolah.

‘‘Jika ibu bapa merasakan harga kelengkapan seperti tali leher dan sebagainya yang dikenakan oleh pihak sekolah terlalu mahal, mereka boleh membelinya di luar.
(Radenjowo: Tali leher ada lencana, mana ada jual diluar sekolah….faham ke tak?)

‘‘Sebahagian besar daripada sekolah tidak menghadapi masalah mengenai isu bayaran tambahan ini. Hanya segelintir ibu bapa yang keliru dengan perkara ini,’’ katanya.

(Radenjowo: Siapa kata segelintir? Dah buat kaji selidik ke?)

Kata Alimuddin, ibu bapa juga diberi kelonggaran untuk menyelesaikan bayaran tambahan kepada pihak sekolah secara ansuran memandangkan para pelajar akan berada di sekolah dalam jangka masa hampir setahun.

‘‘Jumlah ansuran bulanan bayaran berkenaan boleh dibincangkan di antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pengetua sekolah,’’ katanya.
(Radenjowo: Menteri kata tak payah bayar, Pengarah kata bayar ansuran …. apa cerita ni?)

KPDNHEP DIKETUK BARU KERJA

In Belit BN, Minyak naik on January 6, 2008 at 10:14 pm

Operasi besar-besaran bermula
Utusan Meloya

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABDUL RAHIM

PUTRAJAYA 6 Jan. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan operasi besar-besaran hari ini di seluruh negara bagi membanteras kegiatan menyorok bekalan minyak masak yang menyebabkan kekurangan bahan keperluan itu.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Iskandar Halim Sulaiman berkata, peniaga yang didapati menyorok bekalan tersebut akan didakwa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

‘‘Minyak masak merupakan salah satu barang kawalan. Di bawah akta ini, jika sabit kesalahan seseorang yang menyorok bekalan boleh dikenakan denda RM100,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan kementerian terhadap peniaga yang menyorok bekalan minyak masak tersebut yang menyebabkan bekalan minyak masak berkurangan di seluruh negara.

Menurut Iskandar, operasi besar-besaran ini melibatkan seramai 1,200 orang pegawai operasi akan terlibat di seluruh negara bagi menyiasat punca tersebut sehingga ke akar umbi.

‘‘Semua negeri telah memulakan operasi hari ini serentak. Di Kuala Lumpur dan Selangor, kita memulakan operasi di sekitar Shah Alam yang mana merupakan tempat paling teruk kekurangan bekalan,” katanya. |more…|

Lesap sebelum kursus tamat

In Berita on January 6, 2008 at 10:01 pm

Kosmo

SEBAHAGIAN daripada mang menunjukkan salinan laporan polis di Kompleks Sukan Kampung Pandan semalam.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 80 peserta Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional (PJKN) di Port Dickson pada 22 hingga 30 Disember lalu, kini dalam dilema apabila semua dokumen serta barang berharga mereka hilang daripada simpanan pengendali program.

Antara barangan peribadi yang hilang ialah dompet, MyKad, wang tunai, kad ATM, lesen memandu serta telefon bimbit.

Mereka sebahagian daripada 120 peserta kursus itu yang menyerahkan barangan peribadi masing-masing atas arahan pengendali kursus sebelum hilang tiga hari sebelum program itu berakhir.

Lebih memburukkan keadaan, kesemua mangsa yang sebelum ini mengikuti program di Kolej Uniti Pasir Panjang, telah diarahkan pergi ke Kompleks Belia dan Sukan, Kampung Pandan di sini semalam bagi menyelesaikan masalah itu, namun terpaksa pulang hampa kerana ia ditangguhkan.

Kejadian itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peserta yang menyifatkannya sebagai kelalaian pihak urus setia.

Seorang peserta, Muhammad Rafiuddin Hussein, 22, berkata, syarat yang mewajibkan peserta program menyerahkan segala barangan penting tidak wajar.

Menurutnya, setiap peserta diberikan satu sampul surat yang kemudian diguna untuk memasukkan dompet dan barang-barang penting yang lain serta menyuruh peserta menyenaraikan pada bahagian luar sampul surat.

“Ia kemudian dimasukkan dalam sebuah kotak dan disimpan dalam almari.

“Pada mulanya kami memang enggan berbuat demikian, tetapi setelah dipaksa dan dijadikan peraturan untuk mengikuti pro- gram berkenaan, kami akur,” katanya ketika ditemui di Kompleks Belia dan Sukan, Kampung Pandan semalam.

Seorang lagi peserta, Zul Imran Ishak, 17, berkata, dia pernah mengikuti kursus yang hampir sama, tetapi tidak pula dikenakan syarat seperti menyerahkan barangan peribadi.

Nor Farhana Mohd. Nor, 18, menyatakan, para peserta hanya dimaklumkan mengenai kehilangan barangan mereka pada 27 Disember lalu.

Katanya, pihak urus setia berjanji untuk membayar ganti rugi, namun semuanya tidak berlaku.

“Kami cukup kecewa kerana pertemuan yang dijadualkan pada hari ini (semalam) tidak ada, sebaliknya hanya notis pembatalan yang tertera pada pintu bangunan kompleks tersebut,” ujarnya.

SEORANG peserta menunjukkan salinan laporan polis di hadapan ibu bapa peserta kursus dalam pertemuan di Kompleks Sukan Kampung Pandan, Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, seorang ibu kepada peserta, Azalah Omar, 43, nyata kecewa kerana pihak urus setia mengabaikan aspek kesela- matan.

“Apabila berlaku kejadian sebegini, sudahlah pihak terbabit sukar dihubungi, malah tarikh perjumpaan juga ditangguhkan,” katanya.

Difahamkan, semua peserta telah membuat laporan polis secara berasingan mengenai kejadian itu.

HUTANG KERANA BAYAR YURAN

In Penipuan Yuran Sekolah on January 6, 2008 at 9:55 pm

Terpaksa berhutang kerana yuran mahal
Kosmo

ALOR STAR – Seorang bapa yang mahu menjelaskan yuran sekolah anaknya yang kini di tahun enam, terkejut besar apabila mendapati dia perlu membayar RM373.80.

Bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail itu berkata, yuran itu yang hampir sama banyaknya dengan kolej swasta, menyebabkan dia terpaksa ‘berhutang’ dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Bohor di Jalan Hutan Kampung, kira-kira 10 kilometer dari sini apabila hanya mampu membayar sebahagian sahaja.

PENYATA yuran murid Tahun 6 sebuah sekolah dekat Alor Star yang menetapkan pembayaran sebanyak RM373.80.

Katanya, yuran itu dibahagikan kepada tiga jenis iaitu bayaran buku dan alat tulis, bayaran tambahan seperti skim perlindungan diri (insurans) serta bayaran lain-lain.

Beliau yang juga seorang penjawat awam berkata, paling mengejutkan ialah bayaran peningkatan prestasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebanyak RM250 yang juga dipercayai kos tuisyen wajib.

“Saya dan ibu bapa lain amat terkejut, tambah pula bayaran RM250 yang dikenakan untuk peningkatan prestasi UPSR tidak logik dan tidak dikenakan oleh sekolah lain di sini,” ujarnya.

Menurut Ismail, sebelum ini, anak sulungnya yang turut menduduki peperiksaan UPSR di sekolah sama tetapi tidak dikenakan bayaran setinggi itu.

Kata Ismail, sekolah terbabit bagaimanapun memberi tempoh sehingga bulan depan untuk menjelaskan hutangnya.

Corrupted, I believe.

In artikel on January 6, 2008 at 9:51 pm

dipetik: jade-kebaya.blogspot.com

(…) Is the Government really corrupted? As the general election of Malaysia nearing soon, if it is true that the current one has despicable capability to run this country with justice, that there is no need of anything else to say.

Here’s story no 2. The bus driver, who is actually a bus company entrepreneur, and a UPM graduate.He talk about politics all the way back to the campus. From the rising oil price, to the condition of our diesel oil quality, to EURO status and what not. He sure do knows a lot for a bus driver! Just what we need in our nation that is lacking of intellectuals.

As a teenager, I only read what is in the paper, so there is a lot that I don’t know of what happens before I came into this world, except for what I studied in History during school days. History book only seem make the government look god, and everything else bad. But later days of politics do seem much more fair and coherent than out current days of civilization.

Our management is bad. And I believe that is true. With simple facts that, I believe many do know about. I’m starting to believe that yes, the government somehow, is having a corruption disease.

Fact #1
The government found oil in Kelantan in 1988, near the bordering seas of Thailand and Malaysia. Did the government send Petronas to go ahead and drill it? No, but Thailand did. And until now, just because Kelantan is under pass influence, the Government refused to let the Kelantanese to receive benefit from the oil’s royalty. How sadistic is that?

Aren’t we all still Malaysians? Isn’t Kelantan a Malaysian state and all the people in there are eligible to vote in the elections? Isn’t PAS also, a malay, dear UMNO? Isn’t the Government suppose to represent us all. There are rumours (Only a rumour) that the government , if they win this coming election in Kelantan ,might announce that the have indeed ‘just’ found and oil reserve on the sea beds of Kelantan ‘recently’ when really, Thailand have been sucking a lot of oil from the same core.

Bull shit. |more…|

BERNAS DIBERI AMARAN KERANA MENYELUDUP

In Pilih Kasih on January 6, 2008 at 9:41 pm

Berita Haruan

(…) Bernas katanya, tidak boleh menganggap kerajaan akan meluluskan apa saja keputusan syarikat itu walaupun mereka adalah pengimport beras tunggal yang dilantik kerajaan.

“Walaupun dilantik kerajaan, tidak ada perbezaan dari segi layanan kerana yang penting dasar kerajaan perlu dipatuhi, bukan bertindak sewenang-wenangnya.

“Ini bukan kali pertama (Bernas buat salah). Sebelum ini pun syarikat itu menaikkan harga beras tanpa merujuk kepada kementerian pertengahan tahun lalu, manakala pada 2004, beras dibawa masuk Bernas juga ditahan kerana tidak mempunyai AP,” katanya.

Beliau berkata, secara umumnya, tindakan Bernas itu tidak melanggar syarat perjanjian syarikat itu dengan kerajaan, tetapi jelas dari segi pentadbiran, tindakan syarikat membawa masuk beras tanpa AP adalah salah.

“Jangan pandai-pandai buat keputusan, terutama hal berkaitan dasar dan jangan buat perancangan sendiri kerana tindakan itu memberi gambaran seolah-olah kementerian tidak betul, cuai dan longgar dalam menguatkuasakan syarat dan peraturan,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu di sini, semalam.
|more…|

TAMBANG BAS PULAK NAIK

In Naik Harga on January 6, 2008 at 9:37 pm

Tambang bas sekolah naik 20%
Utusan Meloya

Oleh AU YEONG HOW

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Belum pun selesai masalah bayaran yuran tambahan sekolah, ibu bapa di Lembah Klang kini menghadapi kenaikan tambang bas sekolah sehingga 20 peratus berbanding kadar tambang tahun lepas.

Tinjauan Utusan Malaysia di Petaling Jaya mendapati bagi perjalanan tiga kilometer (km), kadar tambang sehala meningkat daripada RM50 kepada RM60.

Di Bangi, tambang bas dilaporkan melonjak sebanyak RM5 untuk perjalanan sehala. Jika dahulu ibu bapa membayar RM25 untuk perjalanan sehala sejauh satu setengah kilometer, kini tambangnya naik kepada RM30.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia, Chee Ah Tey mengakui sesetengah ahli persatuan itu menaikkan kadar tambang bas sekolah kerana khuatir harga diesel meningkat dan bas sekolah yang berusia melebihi 12 tahun tidak dibenarkan disewa.

Menurut beliau, gejala itu berlaku di Lembah Klang sekarang dan beliau bimbang ia akan merebak ke seluruh negara menjelang Februari dan Mac ini.

‘‘Pihak persatuan memang tidak bersetuju dan menasihati ahli agar jangan menaikkan tambang.

“Pertamanya, kerajaan belum mengumumkan sebarang kenaikan harga diesel.

‘‘Keduanya, pihak persatuan menerusi bantuan Ahli Parlimen Kota Melaka, Wong Nai Chee bercadang mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan isu sewa bas sekolah itu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas punca kenaikan tambang, beliau menjelaskan, para pemandu bas sekolah tidak dapat mencari pendapatan tambahan melalui aktiviti sewa kerana kebanyakan bas milik mereka telah berusia lebih 15 tahun.

‘‘Mereka tidak berupaya menampung kos operasi dengan hanya bergantung kepada tambang bas. Lebih-lebih lagi sekarang wujud spekulasi kencang mengatakan harga diesel akan dinaikkan,’’ ujarnya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi berkata, tindakan menaikkan tambang tanpa kebenaran pihak berkuasa adalah menyalahi undang-undang.

‘‘Jika dikesan berbuat demikian, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha bas sekolah yang ingkar,’’ katanya.

YURAN: KENAPA KERAJAAN HARUS TIPU?

In Belit UMNO, Penipuan Yuran Sekolah on January 6, 2008 at 12:36 pm

PENGHAPUSAN YURAN YANG MEMBAWA PADAH

Sebenarnya surat pekeliling tentang PAKEJ telah mula diedarkan kepada semua sekolah seawal cuti sekolah tahun 2007. Pekeliling berkenaan adalah untuk pihak sekolah memilih Pakej mana yang dirasakan sesuai dengan keadaan masyarakat sekeliling. Selepas meneliti surat pekeliling tersebut, pihak sekolah akan memberikan jawap balas kepada Kementerian untuk diklasifikasikan status sekolah sekolah tertentu itu dan jumlah PAKEJ yang dipilih.

Nilai Pakej adalah umpama yuran tetapi berlainan istilah sahaja. Tidak dinyatakan, bayaran PAKEJ untuk kegunaan apa tetapi pihak sekolah terpaksa mengutipnya dari ibu bapa. Wang tersebut akan diserahkan kepada kementerian. Jumlah pelajar harus lah bersamaan dengan wang yang dikutip. Sekiranya sekolah mempunyai seramai 2,000 pelajar dan jika PAKEJnya adalah RM20.50, maka jumlah yang akan diserahkan kepada Kementerian adalah RM41,000. Sebarangan kesilapan, pihak sekolah terpaksa menanggungnya.

Bila pekeliling dinyatakan tentang KUTIPAN PAKEJ, pihak sekolah sudah tahu maksud sebenar. Ia adalah untuk menggantikan YURAN KHAS. Ramai guru guru yang bimbang untuk meminta dari ibu bapa kerana walaupun nilai nya sedikit, guru guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai persaoalan dari ibu bapa. Untuk apa kutipan itu? Guru guru perlu menjelaskannya.

Kalau guru memberikan jawapan yang tidak logik tentang perincian butiran tersebut, ianya bakal mengundang padah. Jika YURAN, ianya adalah jelas, dikutip dan diserahkan kepada kerajaan (kementerian). Malangnya istilah itu tidak boleh digunakan lagi selepas PM sendiri menyatakan tentang penghapusan Yuran Khas pada pembentangan Belanjawan 2008 yang lepas.

Selepas istilah itu bertukar kepada PAKEJ, maka guru guru TERPAKSA menjelaskan tujuan kutipan tersebut. Maka timbullah senarai senarai yang tidak logik termasuk, pembayaran pencucian tandas dan kos tuala wanita untuk pelajar perempuan. Selepas dicampur semua butiran tersebut, ia akan bersamaan dengan jumlah PAKEJ yang dipilih. Yakni samaada RM40.50 atau RM30.50, atau RM20.50 dan sebagainya.

Adalah tanggung jawab guru guru dan pihak sekolah untuk mencipta butiran dengan harganya sekali untuk menolak sebarang pertanyaan. Namun ibu bapa sedar, butiran tersebut adalah rekaan semata mata dan ianya akan diserahkan oleh pihak sekolah dan kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian. Dengan bahasa lain, PAKEJ itu adalah YURAN khas yang jumlahnya sudah meningkat dari jumlah asal sebanyak RM18.00 (Sekolah rendah) atau RM25.00 (Sekolah Menengah). Berbeza atau tidak jumlah tersebut, bukan lah isu penting. Yang menjadi kemuskhilan dan rasa tidak puas hati pada ibubapa adalah, YURAN masih ujud.

Kementerian Pelajaran sedar akan hakikat ini tetapi menyerahkan semua tanggung jawab kepada sekolah untuk berdepan dengan ibubapa. Kementerian cukup mudah LEPAS TANGAN, meluluskan jumlah Pakej dan arahan pengutipan dilakukan. Ada guru yang tidak sabar sehingga mereka melenting kemarahan apabila ibu bapa mahukan penjelasan. Cukup mudah untuk menyatakan ianya sebagai gantian YURAN KHAS tetapi itu tidak boleh dijadikan jawapan. Ini bakal mengundang kemarahan.

Sejak sessi kemasukan pelajar ke sessi persekolah 2008, ibu bapa sudah mula bersuara. Jumlah tidak banyak tetapi ianya lari dari kenyataan Perdana menteri. Menteri sudah tidak boleh bersabar dan terpaksa menyerah kalah. Malu pada dirinya dan Perdana Menteri kerana usaha menipu rakyat tidak berjaya. Penipuan ini adalah jelas maka untuk tidak menjadikan ianya lebih panjang, dengan perasaan MALU yang tidak terhingga, Hisammuddin pun melenting kemarahan kerana segala tipu dayanya tidak berjaya. Ada rakyat yang belas melihat dan menyebelahi beliau. Tetapi jumlah yang menentang lebih ramai.

Rakyat gelihati melihat telatah seorang Menteri yang kononnya hebat menjulang keris laksana pendekar Melayu terbilang. Di dalam perkara ini Pendekar telah jatuh MALU bagaikan pihak lawan sedar yang keris dijulang sebenarnya sekadar pisau cukur. Pak Lah kini buat buat tak tahu. Beliau tidak memberikan sebarang komen. Hisammudin tinggal sendirian. dan beliau pun mencabar rakyat untuk mengutip balik wang yang sudah dibayar dan PAKEJ tersebut bukan lagi wajib.

“Nak minta (balik), mintalah. Itu (bayaran tambahan sekolah) bukan suatu bayaran yang wajib,” katanya.

Rakyat mungkin akan berasa lega dengan kenyataan tersebut, tetapi Menteri yang juga di gelar SOTONG ini sebenarnya hanya bercakap tanpa menyerahkan sebarang SURAT PEKELILING kepada sekolah sekolah. Lagi sekali perkara ini tergantung tanpa sebarang keputusan mutlak. Sedangkan pihak sekolah sendiri sedang menanti sebarang surat untuk pemulangan wang. Pihak sekolah kini menjadi serba salah kerana Menteri buat tawaran kepada ibu bapa dan bukan arahan kepada pihak sekolah.

Sebagai ibu bapa, menuntut kembali wang tersebut akan mencalarkan terus hubungan mereka dan ibubapa. Bagaimana pula untuk guru memulangkan wang jika tanpa arahan dari Kementerian? Guru bimbang akan dipersalahkan.

Isu ini akan senyap sekiranya ada isu lain yang timbul. Namun suara suara dibelakang masih terus berkumandang menyatakan rasa tidak puas hati mereka. Makanya, Selepas ini, rakyat tidak mahu lagi memberikan sebarang sumbangan mahu pun derma kepada pihak sekolah. Yang menerima padah adalah pihak sekolah.

Jika menilai jumlah YURAN yang dihapuskan tanpa mengaitkan dengan permasalahan lain yang dihadapi oleh ibubapa, mungkin ianya dianggap kecil. Sebagaimana yang dikatakan oleh Hisammuddin, “Sumbangan RM25, RM30 kepada sekolah itu tidak boleh menyebabkan sekolah ditutup. Demi anak anak, rakyat yang susah pun sebenarnya boleh berusaha untuk mendapatkan jumlah tersebut, biar pun bergolok bergadai, tetapi persoalan pokok disini adalah kenapa KENAPA KERAJAAN HARUS TIPU?

Khairy Jamalluddin Dan Eli Cohen

In Belit Khairy, Belit UMNO, Hindraf on January 6, 2008 at 10:46 am

sangkelembai2006

Perancangan asalnya memanglah di rencana untuk menjadikan isu Hindraf sebagai titik tolak warganegara berbangsa Melayu sama ada yang dalam UMNO, orang Melayu atas pagar dan kalau boleh orang-orang Melayu dalam PAS-Parti Islam Se Malaysia memberikan sokongan kepada “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad yang sedang menurun tangga kepopularannya semenjak tiga tahun dia mengamalkan rasuah, kroni dan nepotisme.

Tetapi perancangan itu tidak menepati apa yang rancangan, bila mana orang India yang tak tahu apa-apa dalam Hindraf tidak melakukan apa-apa tindakan dalam masa perhimpunan seperti mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang-orang Melayu dan bertambah aneh lagi, bila terdapat orang-orang India yang menggunakan jalan tikus di kampung baru ke Jalan Ampang, bila semua jalan ke pejabat Suruhanjaya Tinggi British ditutup tanpa diganggu oleh orang Melayu.

Harapan orang yang merancang ialah akan ada rusuhan kaum yang berlaku, itu sebab sejumlah 4 ribu anggota Polis ditempatkan di Kuala Lumpur pada 25hb November 2006 dan Polis juga digunakan untuk membuat panik dengan sekatan-sekatanya dan kemudian ditambah lagi dengan beberapa SMS hasutan yang dikirimkan kepada orang-orang Melayu. Di mana dijanjikan oleh Polis akan membuat siasatan siapa penyabarnya tetapi sehingga kini seperti kata setengah budak-budak Mat Rempit.. habuk pun tak daa, orang yang ditangkap atau di siasat oleh Polis.

Kedua tujuan orang yang hendak melahirkan suasana tegang dan menjadikan kambing hitam Hindraf ialah untuk memalukan atau menyingkirkan Samy Vellu sebagai Presiden MIC dan pemimpin orang India .

Kenapa Samy Vellu hendak disingkirkan? Itu satu soalan yang baik. Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri pernah mengatakan dia tidak boleh membuang Samy Vellu berdasarkan andaian dia seorang perasuah. Inikan pula “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad yang mana isu-isu rasuahnya dari jam bini yang berharga RM145 ribu membawalah kepada beberapa kepentingan anak dan dan menantunya dalam perniagaan di Malaysia dan sehingga hari ini anak menantunya tidak pernah disabitkan atas tuduhan salah laku dalam akta BAFIA-Bank anda Finance Industry Act dalam isu ICM LIBRA. Belum lagi termasuk pendedahan blog terhadap harta pembantunya yang bernama “Badak”tu.

Sebabnya ialah kerana satu-satunya menteri yang tidak mengikut arahan Khairy Jamalluddin ialah Samy Vellu sendiri dan sebab itulah satu anak syarikat perbadanan Menteri Kewangan diwujudkan untuk mengambil alih tugas-tugas kiraan anggaran pembinaan dan seterusnya menawarkan projek kerajaan khasnya projek-projek Polis dan syarikat itu dinamakan BLT-Pembinaan BLT Sdn Berhad.

Semua orang tahu bahawa kesemua projek BLT yang ditawarkan sama ada secara kontrak terbuka atau rundingan terus diterima oleh BLT dengan harga dua kali lipat dari harga asal. Jika BPR ada telor… pergilah siasat akan harga-harga kontrak yang ditawarkan dan kepada siapa ditawarkan. Kesimpulannya BLT hanya satu syarikat bagi menghalalkan wang kerajaan diberi kepada kroni. |more…|

ENTAHLAH

In Naik Harga, Penipuan Yuran Sekolah on January 6, 2008 at 10:25 am

sahrunizamat

2) Yuran tambahan- Sebelum sekolah dibuka dan selepas sekolah hanya baru dibuka beberapa hari, media khususnya sebuah stesen tv ranking paling atas di negara ini telah berjaya bertindak sebagai penghasut.

Antara yang termakan dengan hasutan ini ialah orang paling penting yang menjaga tentang hal ehwal sekolah. Pelbagai tohmahan dan anggapan liar ditujukan kepada pihak pentadbiran sekolah yang dikatakan mengenakan pelbagai bayaran dari bayaran masuk tandas dan tuala wanita hinggalah bayaran yuran kecemerlangan yang nilainya tidak menjangkau hingga ke angka ribuan ringgit bagi setiap pelajar.

Malahan jarang sekalipun ynag menjangkau stengah ribuan pun. Tetapi hebohnya mengalahkan esok hendak kiamat. Ibu bapa melenting apabila diasak oleh soalan- soalan provokosi pihak wartawan. Kesatuan Guru melatah, pihak PIBG peringkat nasional merepek dan yang paling lucu, aneh dan pelik orang nombor wahid menjaga hal ehwal sekolah turut gelabah dan tergagap-gagap di hadapan lensa tv.

Segalanya celaru. Yang terkini inbu bapa yang telah membayar tetapi tidak berpuas hati boleh menuntut balik bayaran. Saya pasti orang nombor satu itu pasti tidak tahu yang akan pening kepala ialah pihak sekolah,yang sebenarnya membuat kutipan tersebut atas arahan pihak yang lebih tinggi. Bayangkan selepas ini, ibu bapa akan berduyun-duyun memenuhi kawasan sekolah untuk menuntut kembali wang yuran yang telah dibayar.

Guru- guru akan dibebani dengan satu tugas tambahan. Bukan lagi memungut yuran tetapi mengembalikan yuran. Apa yang saya lihat dalam isu ini, ibu bapa bukannya tidak berkemampuan, malahan mereka sanggup berhabis- habisan membeli telefon genggam model terkini, kereta mewah, sport rim baru, barang barang kemas dan alat solek yang jauh lebih mahal harganya, tetapi apabila terpaksa membayar yuran demi kecemerlangan pendidikan anak- anak mereka bising. Tukang hasutnya media. Orang yang berkuasa mulai gelabah. Yang penting dalam kepala otak mereka ialah UNDI.

YURAN RAKYAT BHG 2

In Penipuan Yuran Sekolah on January 6, 2008 at 10:16 am

anjunglarik.blogspot

Siapa yang melenting….? Ibubapa atau ..?

Dalam hal ini , Datuk Seri Hishammuddin harus faham dan dapat membezakan antara kedudukan beliau sebagai seorang menteri yang bertangungjawab dengan kedudukan ibu-bapa selaku rakyat pegundi….

Salahkah seorang pegundi yang mengundi kerajaan, mengadu nasib dan masalah nya kepada pemimpin nya? Adakah rayuan dan rintihan ini dinamakan “melenting”? Siapa yang sebenar nya melenting ?, kelihatan nya seperti Datuk Seri Hishammuddin, sendiri yang melenting dan panas baran ekoran diasak masalah ini…. Malah memalukan apabila sangggup, membuat kenyataan seakan-akan mengaku kalah….

Datuk Seri Hishammuddin telah diberi kepercayaan sebagai wakil kepada rakyat…Selaku seorang pemimpin muda yang sepatut nya lebih mesra rakyat…tetapi telah bertindak disebalik nya. Inikah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat atau bakal digelar seorang pemimpin cemerlang, gemilang dan terbilang…? Ataupun inikah pemimpin yang layak menjulang keris warisan pusaka bangsa…? Tepuk dada tanya selera………..

Tahukah Datuk Seri Hishammuddin, kenapa ibu-bapa (selepas ini saya akan gunakan perkataan rakyat) di zaman ini melenting dengan isu-isu yuran ini, sedangkan dahulu nya tidak?. Cuba bukakan mata Datuk Seri Hishammuddin luas-luas, dan lihatlah keadaan persekitaran realiti kehidupan Malaysia yang tercinta ini…ternyata keadaan kehidupan sekarang ini amat jelas mengambarkan kecelaruan…ketidak tentuan, mengambarkan bertapa kos sara hidup dah mula melambung tinggi, sehingga amat payah rasanya, hendak menanggung kos perbelanjaan yang kian menjulang naik ini. Ini belum lagi dengan masalah kekurangan minyak masak, tepung dan berbagai lagi masalah sampingan yang menyesakkan dada…. Jadi terpaksalah suara rakyat ini, terlontar keluar , akibat sudah terpendam begitu lama… Ibarat api dalam sekam, hanya menanti minyak diterkam sang bara…..

Jangan Datuk Seri Hishammuddin sempitkan skop pemerhatian, pada masalah yuran sahaja, lihat lah pada fonomena kenaikan harga minyak, tol, elektrik, air, cukai pintu, cukai tanah, dan pelbagai lagi bayaran yang dahulu tidak wujud tetapi kini perlu wujud…sehinggakan barangan penyewa rumah pun sanggup disita, akibat tuan empunya rumah tidak membayar cukai….. Inilah antara contoh-contoh yang amat berkaitan dengan fonomena apa yang Datuk Sri katakan, ” melentingnya” rakyat kita dewasa ini …?.

Datuk Seri Hishammuddin harus sedar dengan membayar yuran lebih RM 10 ringgit pun akan mengubah corak perbelanjaan sesebuah keluarga…. Sekali lagi diingatkan janganlah dipandang pada masalah yuran sahaja, tapi pandanglah kepada kos sara hidup secara keseluruhan nya… bukankah pihak kerajaan pernah berkata kalau hendak menghukum, hukumlah dengan berita sepenuh nya, bukan berita sekerat-sekerat…..

Lagipun Datuk Seri Hishammuddin harus sedar, rakyat sekarang ramai yang telah berpelajaran , ramai yang sudah tahu menulis dan membaca, ramai juga yang telah celik IT, dan tidak hairanlah mereka tahu hak bersuara yang dimiliki oleh mereka. Takkan hak bersuara ini juga perlukan permit polis….!!!!

Jadi Datuk Seri Hishammuddin jangan lah merasa pelik….Inikan hasil kejayaan bersama, hasil dari kejayaan dasar pelajaran negara…Sekali lagi soalan ini ditujukan kepada Datuk Seri Hishammuddin, “salahkah seorang rakyat mengadu nasib nya kepada pemimpinan nya…?”

Ataupun yang salah nya, kerana membuat Datuk Seri Hishammuddin melenting sebab keselesaan dan keamanan hidup, Datuk Seri Hishammuddin diganggu gugat oleh masalah remeh ini ( ini merupakan anggapan Datuk Seri, sedangkan masalah ini merupakan masalah besar bagi rakyat biasa seperti saya…)

Janganlah Datuk Seri, memulangkan paku buah keras…..sehingga sanggup bertanya apakah sumbangan rakyat kepada negara …..Kerana rakyat juga berhak bertanya apakah sumbangan pemimpin kepada pegundi nya…. Rakyat masih belum puas, dengan jawapan semberono yang didengar dari mulut pemimpin nya… Inikah balasan yang diberi seorang pemimpin kepada orang-orang yang dipimpin nya…?

Kenyataan Datuk Seri Hishammuddin yang mengatakan “sekolah tidak akan ditutup dengan tiada nya sumbangan rakyat”, amatlah angkuh sekali , wahai Datuk Seri… Ingatlah ini bumi tuhan….bukan milik mutlak, kita selama nya….

Hari ini kita berkuasa, esok-lusa kuasa bisa terlucut….
Hari ini kita sihat, esok-lusa kita mungkin sakit tenat….
Hari ini kita kaya, esok-lusa mungkin kita merempat….

Yang pasti nya…

Hari ini kita hidup, esok-lusa pasti kita akan mati………….
Hari ini kita berdosa, esok-lusa pasti dituntut di akhirat kelak……
Kata orang dari hidup bergelumang dosa, lebih baik bergalang tanah……..

Dan jangan sesekali, Datuk Seri, membuat kenyataan streotaip yang bodoh lagi jumud, dengan mengatakan “duit rokok boleh bayar, takkan yuran sekolah tak boleh bayar…” . Rasanya berapa peratus rakyat yang merokok….takkan sebab “nila setitik…semuanya terbalit biru….?” Lagipun, bukankah, semuanya sudah berbayar atas nama cukai kerajaan…..Ataupun Astro boleh bayar, yuran tak boleh bayar.. cubalah buat bancian berapa ramai rumah yang ada Astro di Malaysia ini…? |more…|

The MOST STUPID answers fr the MOST STUPID UMNO@DATO SERI

In Belit UMNO, Perlis war on January 6, 2008 at 10:09 am

Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad says he will only go back to Perlis if the prime minister tells him to do so

via NST
I just cant imagine that UMNO members aka Dato Seri is anwering questions with a most stupid answer.

NST: It is obvious that you feel that Shahidan should be out. Who would you want to be the replacement?

Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad: (Datuk Seri) Azmi Khalid. He’s got a young wife.

NST: What has that got to do with anything?

Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad: She can promote Perlis well.

NST: Datuk Seri Azmi has also come out openly to comment on Perlis. Is there any reason to suggest that you and him are a tag-team against the MB?

Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad: We were childhood friends and classmates 55 years ago, we understand each other.

Related article
Oh dear, Radzi….
the stupidest interview…
ISTERI DATUK AZMI KHALID CANTIK, BOLEH PROMOSIKAN PERLIS

Police break up rally to protest detention without trial law

In Abolish ISA on January 6, 2008 at 7:48 am

The Associated Press
Published: January 5, 2008

KUALA LUMPUR, Malaysia: Banging batons against their shields, Malaysian police Saturday chased away hundreds of demonstrators who held a candlelight vigil to protest against a decades-old law allowing indefinite detention without trial.

A water cannon fired a single burst to drive away the last stragglers among the crowd in downtown Kuala Lumpur, ending a 90-minute standoff.

Police had banned the rally to protest the Internal Security Act. It was the latest in a series of protests that had rocked the government in recent months. Any gathering of more than four people requires a police permit.

“It is a peaceful gathering just to send a message that all citizens have a right to voice their feelings,” said Syed Ibrahim Syed Noh, chairman of the Abolish ISA Movement that organized the rally.

“This law is unjust. I think it is time to voice our human rights,” he said, adding that the group would hold more protests.

About 300 people lit candles and gathered behind a police barricade that prevented them from marching to the nearby Independence Square, where they had originally planned to hold the protest.

Police gave them 15 minutes to disperse, during which the protesters chanted “No ISA!” before being pushed back by riot police and a water cannon truck.

The crowd retreated but gathered again about 100 meters (330 feet) from the police barricade. After a while, riot police began chasing protesters away. One person was seen being dragged away by police but it was unclear if he has been arrested.

Police officials declined to comment.

Malaysian opposition and human rights groups have repeatedly called for the ISA, a colonial-era law allowing indefinite detention without trial, to be repealed, saying the law is abused to silence dissidents. The government has said it is necessary to protect national security and ensure stability.

The ISA was most recently used to detain five ethnic Indian leaders who organized a massive rally on Nov. 25 to demand equal right for their minority community in the Muslim-majority country.

Saturday’s protest was not as large as the one on Nov. 25 involving some 20,000 people, but still reflected growing anger among Malaysians against the law.

“We have heard firsthand experiences of ISA detainees. I cringed when I heard how they were tortured,” said Lim Sze Ming, a 29-year-old engineer. “The law has to go.”

BN GOVERNMENT RACIST

In Belit BN on January 6, 2008 at 7:38 am

williamcheong

I expected it, and hoping that Badawi & MCA will confirm. Finally, in the Malaysia’s Minsters’ Cabinet, there are what we called “menu’ or ‘choy tan”. certain ministership positions are reserved for certain race! Yes, only Malay can fill this position, that position; so forth, Chinese and Indian. No wonder, disaster repeats itself; yet things don’t improve and the minister gets scott-free. Look at Chan Kok Choy, Samy Vellu, Najib, Azalina, Rafidah, Hishamuddin, Ong Kah Ting etc and almost the whole cabinet. When one is caught with wrong-doing, it is OK, and replace by same race or from same party. These is why the big fish getting richer in 1 place. Why not the Health Minister assumed by UMNO, JKR position by Chinese, Transport by MIC?

Forget about a second DPM to be filled by Chinese or highly identifed Ong Kah Ting. We don’t want that. It will create more problem to the already non-peaceful nation. Badawi should stop all these craps ministerships by race; and do a clean-up of his corrupted cabinet. Where is the pledge made 4 years ago???

Kicks out Chan, Hishamuddin, Samy, Rafidah, Zam aka English Clown, Shafie, Nazir, Syed Akbar and Khairy, then economy will be alive again and nation will be more peaceful.

Note: I have less than 3 minutes to write this nonsense article without much details. Evidence is there.

Bila Hishamudin ‘high’

In Penipuan Yuran Sekolah on January 6, 2008 at 7:34 am

matsamankati

Semalam, Hishamudin betul-betul ‘high’. Berapa tin ayaq setan cap brek kapai dia langgah, aku pun tak tau.
Hari tu dia kata Yuran Tambahan adalah dengan persetujuan PIBG, la ni bila PIBG pun dok sanggah kenyataan dia, dia mula merapu. La ni dia salahkan ibu bapa. Hello brader! Lu tau ka apa lu cakap.

PUTRAJAYA 5 Jan. – Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu ibu bapa yang bercadang menuntut balik bayaran tambahan sekolah anak masing-masing, memikirkan pula apakah sumbangan mereka kepada pihak sekolah. (Utusan)

Gua mau tanya sama lu, apa sumbangan lu sebagai Menteri Pelajaran kepada sekolah? Sistem pendidikan pun lu kasi jahanam. Ada sikit-sikit peruntukan untuk sekolah pun lu tarik bailk. Apa punya Menteri? Lu cakap pada rakyat, lu mau kasi pendidikan percuma pada semua orang, kita orang tak mintak pun. Pasai kita orang tau lu kaki chong punya.

“Menurutnya, ini kerana ada sesetengah ibu bapa yang tidak pernah menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau mengambil tahu perihal anak di sekolah tetapi melenting apabila membuat bayaran yuran tambahan yang dianggap mahal.”

Tiu Na Seng. Hishamudin! Lu kena turun ambil tahu sikit pasai PIBG, jangan tau hentam saja. Mesyuarat Agong PIBG setahun sekali. Itu lah masa ibu bapa boleh cakap. Dan yang dengar ialah AJK. AJK ni sapa dia? Depa ni cuma mai dua tahun sekali, bila ada pemilihan. Bila tahun pemilihan, penuh dewan. semua sudah ready nak calunkan siapa. |more…|

AHLI UMNO SAYU DIBANTU OLEH PAS

In Belit UMNO, PAS on January 6, 2008 at 7:28 am


Menitis Airmata Dengan Pertolongan PAS
darigaunghati.blogspot

Seorang ahli Umno, Yang Hassan 50, (gambar) menitiskan air mata menerima pertolongan ahli PAS, Unit Amal dan penduduk kampung yang berganding bahu bergotong royong (gambar) membetulkan rumahnya yang dihanyutkan arus banjir.

Mak Chik Yang, seorang ibu tunggal dari kampung Nyak, Cenur tidak menyangka ahli PAS sanggup membantunya wal hal dia adalah aktivis Umno di kampung itu. Malah, dirumahnya terdapat bendera Umno / BN menandakan dia adalah penyokong umno tulin.

Difahamkan pasukan Unit Amal, ahli PAS dan penduduk kampung sama-sama berganding mahu mengangkat rumah mangsa ke kedudukan asal.

Selain itu, muslimat PAS juga turut membantu membersih pinggan mangkuk yang dibaluti lumpur banjir kepunyaan Mak Chik Yang.

Dalam kejadian banjir 10 December lalu, rumah mangsa dinaiki air sehingga keparas bumbung menyebabkan semua barangan termasuk peralatan menjahit kepunyaan mangsa rosak.

Mak Chik Yang mencari nafkah sebagai tukang jahit secara kecil-kecilan dan kini semua peralatan jahit menjahitnya telah musnah.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Maran, Ustaz Ramli Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak memilih bulu membantu mangsa.

“Pertolongan kami adalah ikhlas membantu mangsa seperti yang dialami oleh Mak Chik Yang ini,” katanya.

7 ditahan edar risalah

In Batu Burok on January 6, 2008 at 7:20 am

a

tranungkite.net

(…) Kuala Terengganu, 6 Jan – 10.20 pagi – Para penyokong Azman dan Suwandi yang berhimpun secara aman pada pagi ini telah menunaikan solat hajat kali kedua sejak minggu lalu.

Tepat jam 10.00 pagi, setelah mendengar capan dari pemimpin pusat dan negeri, Ustaz Adam Said, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut telah mengimamkan solat hajat. Munajat kepada Allah SWT adalah jalan yang terakhir bagi para penyokong Azman dan Suwandi untuk mengadu tentang kezaliman, serta memohon supaya keadilan keadilan ditegakkan.

Hari ini adalah cubaan para peguam untuk membebaskan Azman dan Suwandi dari terus ditahan di penjara. Rayuan ikat jamin Azman dan Suwandi difailkan kemahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

b

Orang ramai semakin membajiri hadapan mahkamah Kuala Terengganu selepas solat hajat dan hujan berhenti. Bantahan diteruskan lagi, sehingga keputusan ditetapkan oleh mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang dijangka tidak lewat dari jam 1.00 Tengahari.

Artikel berkaitan

//buletinonline.net/images/pas/060108solat2.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Solat Hajat Kali Kedua di depan Mahkamah (Buletinonline)

Kepada semua penyokong dan pendokong keadilan, dimana jua berada, marilah kita semua bermunajat kepada Allah SWT. Sekiranya keadilan tidak tertegak lagi, biarlah Allah SWT menentukan arah cara perjuangan ini.
Sementara itu, 7 orang pemuda yang ditahan ketika mengedarkan rislah pada pagi tadi adalah seperti berikut:

1. Ustaz Tarmizi Jaafar
2. Aisamuddin Muhamed
3. Muhammad Ibnu Kasir Mohd Noor
4. Muhammad Zaki Said
5.Muhammad Hilmi Jusoh
6. Hamzah Mohammad

Mereka dipercayai berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu. |more…|

Volkswagen may build factory in Thailand

In Berita luar on January 6, 2008 at 4:30 am

Malaysiatoday

(Deutsche Presse-Agentur) – Automaker Volkswagen confirmed Friday it might build a factory in Thailand after the collapse of its efforts to enter the South-East Asian car market in tandem with Malaysian manufacturer Proton.

Two days after Bangkok news reports that Volkswagen had filed a detailed application in November for an ‘eco-car’ tax break, a company spokesman told Deutsche Presse-Agentur dpa that Volkswagen was waiting for a decision.

‘We want to strengthen in South-East Asia,’ he said at VW’s Wolfsburg head office in Germany,

The Bangkok reports said Volkswagen had told the country’s Board of Investment it would invest 27 billion baht (912 million dollars) in an assembly and parts plant at Samut Prakan, on the outskirts of Bangkok.

The reports did not say where the components would be imported from.

About 65 per cent of the small cars assembled at the plant would be exported from Thailand. Volkwagens are currently a rarity on South-East Asian roads, though the brand is a top manufacturer in China.
|more…|

Surat Kepada MStar

In Belit Rashit/SPR on January 6, 2008 at 4:24 am

Komen Pengerusi SPR tidak wajar dan profesional

(…) BN Melanggari Akta Kesalahan Pilihan Raya

BERSIH mengutuk tindakan Barisan Nasional (BN) yang melanggar Seksyen 3 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.Dalam beberapa minggu yang lalu, kain-kain rentang pilihan raya, poster-poster serta bendera dan banting telah dinaikkan di pusat-pusat operasi BN di kawasan Bukit Lanjan, Tanjong Sepat dan Seri Kembangan. Ianya jelas dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya yang menyebut bahawa sebarang bahan kempen yang mengandungi penghasilan semula kertas-kertas undi tidak boleh dipamerkan semasa bukan tempoh berkempen.

BERSIH menuntut agar SPR mengambil tindakan segera terhadap BN atas tindakan yang menyalahi pilihan raya dan peraturan-peraturan.

Senarai Pemilih Pengundi Mati dan Hantu

Baru-baru ini, BERSIH menerima e-mel berkaitan dengan tiga nombor dari kad pengenalan yang mana sama ada pengundi-pengundi berkenaan berusia 116, 108 dan 109 ATAU 16, 8 dan 9 tahun. BERSIH telah menghubungi ibupejabat SPR pada 31 Disember 2007 yang lalu dan meminta penjelasan berkenaan dengan isu tersebut. Kami dimaklumkan bahawa pengundi-pengundi tersebut sudah meninggal dunia dan dalam proses untuk mengeluarkan nama-nama berkenaan.

Selain itu, kami juga memperolehi panggilan daripada sdri Sharmila Thuraisingam (No KP: 73xxxx145444) yang cuba untuk mendaftarkan dirinya sebagai pemilih di pejabat pos pada Disember 2007 tetapi diberitahu bahawa dia sudah pun didapati namanya berdaftar sebagai pengundi di Wakaf Zain DUN Salor dan Parlimen Kubang Kerian di Kelantan. Sharmila membuat laporan polis berkaitan dengan kesnya.

Memandangkan pilihan raya semakin hamper, BERSIH akan tetap meneliti kes-kes seperti ini dan menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk memeriksa status mereka di laman SPR, terutama sekali sekiranya seseorang itu masih belum mendaftar sebagai pemilih.

BERSIH juga ingin mengajak semua rakyat Malaysia untuk melaporkan sekiranya terdapat sebarang pendaftaran yang meragukan kepada secketariat di (03-79806571; info@bersih.org). Sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat; Faisal Mustaffa 019-2232002 or Medeline Chang 012-2192010. Email: info@bersih.org

De-Cristianising Mission Schools?

In Info, artikel on January 6, 2008 at 4:18 am

do4u.net

(…) Then his sidekick, an even more incredible genius of a man, the representative from Sri Gading (bitch, again – from where?) have to butt in and mentioned that apparently “a father have alerted him that these missionary schools are not close during Raya”. Raya is Eid Mubarak; as in the main festival celebrated by Muslims. Bear in mind, Malaysia is an Islamic nation.

Not close during Raya? Right….

Ok listen up geniuses, I am a Malay woman. A Muslim-Malay woman and my parents sent me to be educated in SRK. Convent Klang and then, oh nooo they didn’t stop there. They then sent me to my high school: SMK. Convent Klang. That’s right bitch, I’m a Convent girl. A Muslim-Malay woman educated the Convent way.

When I went there, there was never a moment where we were made to sing…what did you called it again…right “church songs” during assembly. We did read prayers but it was the Islamic prayer that we read weekly at the assembly while the other students who weren’t Muslims stood in silence of respect to it. Did they other students have parents alerting the Parliament members about how the have to stand in silence when the Muslims were saying their prayers? No. Perhaps its a little thing called religious sensitivity or maybe because they were shit scared of idiots like you who are in the Parliament talking about Islamic supremacy.

Also calling into the demolishing of the crosses and Christianity artifacts. Where I went to school, we no longer have a church in it. The church have been converted into the hall and where the altar where the people used to pray, a stage have built over it. There were no crosses at all though on the walls where they used to hang, one can see the outline of Jesus Christ. When the school was repainted, all that gone missing. So what is there to demolish? We do have a giant cross in front of the school but it never bothered us. It is a part of the British/Malaya heritage, it is a part of Malaysian history. Demolish that? Demolish a part of our country’s history just because you are an uneducated prick that have no religious tolerance? |more…|

JANGAN JADI ORANG MINYAK

In Belit Najib on January 6, 2008 at 4:12 am

duniatiger.blogspot

Jika dulu kurang gula, kini minyak masak pula.

Kekurangan bekalan minyak masak menyusahkan rakyat terutama peniaga yang menggunakannya setiap hari. Amat menyedihkan ialah peniaga yang bergantung hidup kepada perniagaan seperti penjual goreng pisang, penjual vadei atau penjual char kuay. Tiada minyak masak, tiadalah pendapatan. Tiada pendapatan, mana hendak mencari duit untuk menyara keluarga. Apa ni?

Dalam laporan Malaysiakini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika rakyat negara ini tidak bertindak “panic buying” dan tiada kegiatan menyorok, maka bekalan minyak masak akan mencukupi.

Siapa punya kerja menyorok minyak masak ni? Tolonglah jangan berbuat demikian kerana ia menyusahkan orang lain. Mungkin kegiatan menyorok itu boleh mendatangkan “keuntungan” sedikit kepada mereka tetapi ingatlah juga rakyat yang menderita akibat tindakan mereka itu. Carilah keuntungan cara lain dan berhentikan tabiat suka menyorok bekalan harian ini.

Pihak berkuasa tolonglah bertindak segera untuk mengurangkan penderitaan peniaga yang bergantung hidup kepada minyak masak ini. Jangan biarkan rakyat terus susah dan menderita. Kesihan tengok wajah-wajah mangsa ini di kaca televisyen setiap malam yang mengeluh tiadanya bekalan minyak masak ini.

Jika dapat tangkap golongan yang menyorok ini, ambil sedikit minyak dan lumurkan ke seluruh badan mereka dan kemudian bawa mereka keliling kampung atau bandar. Pakaikan pelekat, “orang minyak yang suka menyorok minyak.” Mereka ini memang jahat dan perlu dihukum agar tidak melakukannya lagi. Ada idea lain yang bernas untuk menghukum orang macam ini?

Ex-Indonesian dictator Suharto’s health improves after dialysis

In Berita luar on January 6, 2008 at 4:07 am


30 minutes ago
www.gmanews.tv

JAKARTA, Indonesia – Former Indonesian dictator Suharto responded well to kidney dialysis and his vital signs improved Sunday after he was hospitalized in critical condition, doctors said.

Suharto, 86, quickly showed signs of improvement after being put on a dialysis machine Saturday evening , said chief presidential physician Brig. Gen. Mardjo Subiandono.

Suharto was admitted to Pertamina Hospital on Friday with swollen organs, a dangerously low heart rate and anemia.

Much of the excess fluid in his organs was drained, his blood pressure returned to normal levels and ”he smiled again,” Subiandono said. But he said Suharto was ‘’still in critical condition because his blood pressure could drop at any time.”

Suharto also was receiving a blood transfusion and needs a second pacemaker, doctors said.

Suharto, accused of overseeing a brutal purge of more than a half million left-wing opponents at the outset of his 32-year rule, has been hospitalized several times in recent years for various ailments, including intestinal bleeding and strokes.

”We should pray for the best and hope all efforts to restore his health will be successful,” President Susilo Bambang Yudhoyono said Saturday.

Forty specialists assembled to treat the former strongman, who was toppled by a pro-democracy uprising during the 1997-1998 Asian financial crisis.

”We are afraid he could suffer organ failure, so we have recruited some specialists from several hospitals to try everything to avoid organ failure,” Dr. Joko Raharjo, a member of the medical team, said earlier.

Since his ouster, Suharto has lived a secluded life in Jakarta and is rarely seen in public. In 2000, prosecutors accused him of embezzling US$600 million in public funds, but legal proceedings were suspended because of his poor health.

As an army general, he seized power in a 1965 coup and over the following three decades hundreds of thousands of perceived communists and separatist sympathizers were murdered or imprisoned across the vast island nation. No one has ever been punished for the crimes.

Suharto is said to have suffered permanent brain damage and some speech loss from his ailments, but during recent Islamic holidays he received a stream of high-profile guests and gave a rare media interview in November after winning a defamation lawsuit against Time magazine.

Time published allegations that Suharto and his family had amassed up to US$15 billion in stolen state funds. Transparency International has said the Suharto family robbed the nation of more than twice that amount.

Pakistan is worlds most dangerous place

In Berita luar on January 6, 2008 at 3:57 am


Pakistan is worlds most dangerous place reports Economist
via webtechpoint.com

A leading British journal has claimed and described Paskistan as the worlds most dangerous place. They claim two things that could still help arrest its slide into anarchy- a credible investigation into Benazir Bhutto’s murder and a fair election; but both seem improbable.

The Economist noted the fact that Pakistan is unsafe to live and dangerous.

‘It is time to impress upon him (Musharraf) and the generals still propping him up that democracy is not the alternative to stability, it is Pakistan’s only hope,’ The Economist stressed.

‘Sadly, there seemed little hope that the security forces will abandon the habit of a lifetime and allow truly fair elections,’ it said, adding ‘The delay in the voting, opposed by both main opposition parties, has been seen as part of its plan to rig the results. The violence that has scarred the country since Bhutto’s assassination may intensify’.

The journal observed that the ‘army may be tempted to impose another state of emergency, or it may cling on to ensure that the election produces the result it wants – a weak and pliable coalition of the Pakistan People’s Party and Musharraf’s loyalists’.

Well whats more scaring is, the year 2007, which ended with the assassination of former Pakistan prime minister Benazir Bhutto, saw over 3,400 people falling victims to terror attacks and political violence across the country.

According to a report prepared by the private think tank Pak Institute for Peace Studies, a total of 1,442 terrorist attacks, incidents of political violence and border clashes that occurred in 2007 left 3,448 people dead and 5,353 injured.

Pakistan witnessed 60 suicide attacks in 2007, most of them aimed at the security forces. A total of 770 people were killed and 1,574 injured in these attacks, the report said.

KEKELIRUAN TENTANG TANGGUNG JAWAB DAN SUMBANGAN

In Penipuan Yuran Sekolah on January 6, 2008 at 3:16 am



Ragam Tahun Baru – Yuran Sekolah
perfectexcel.com

Menteri Pelajaran yang terus diasak dengan isu yuran dan pembayaran tambahan persekolahan semalam menetapkan noktah kepada isu itu. Kepada ibubapa yang masih lagi mempertikaikannya mahupun sudah membuat pembayaran, mereka boleh menuntut semula wang berkenaan. Mungkin bosan dengan apa yang berlaku atau merajuk dengan sikap segelintir ibubapa ungkapan tersebut diucapkan oleh Dato’ Seri Hishammuddin, Menteri Pelajaran Malaysia.

Tidak mampu, tidak payah bayar. Siapa dah bayar, boleh ambil balik – Dato’ Seri Hishammuddin

Mmm.. macam-macam berlaku pada awal tahun baru ini. Lebih-lebih lagi dalam isu pendidikan negara. Sudah masuk hari kedua penggal persekolahan tahun ini, tumpuan sepatutnya ke arah pembelajaran anak-anak. Yang paling penting ialah dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Cuba kita renungkan, jutaan ringgit yang kerajaan belanjakan dengan pemansuhan yura-yuran dan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) adalah terlalu tinggi. Rakyat kita masih mengharapkan subsidi. Sehinggakan pembayaran tambahan pun hendak percuma, sedangkan ibu bapa sanggup mengeluarkan wang ringgit untuk membeli rokok dan melanggan saluran televisyen berbayar.

Ibubapa jangan lupa dengan sumbangan besar kementerian setiap tahun. Berapa ramai ibubapa yang berterima kasih dengan sumbangan kementerian pendidikan sebanyak RM 2.5 billion setahun bagi mengurangkan bebanan mereka terhadap anak-anak yang pergi ke sekolah. Tambahan pula lebih ramai yang merungut dan tidak menghantar anak ke sekolah kerana bayaran tambahan. Saya rasa bayaran tambahan persekolahan bukan baru dilaksanakan pada tahun ini, sudah berpuluh tahun dah sebelum ini, masa saya mula bersekolah darjah satu, malahan pihak kementerian telah membenarkan sekolah-sekolah berunding dengan pihak PIBG untuk melaksanakan dan menetapkan jumlah bayaran tambahan ini. Kenapa tahun ini pula macam-macam perkara yang dibangkitkan mengenai yuran?

No2umnoTak syok la nak berbalah dengan blogger. Tak macho sebab masing masing ada pendapatnya masing masing. Cuma disini WAK RADENJOWO nak tanya sikit kepada pembaca, pelayar dan mungkin penulis.

Sumbangan (subsidi) kerajaan? Tentu penulis ini sukar untuk membezakan antara Tanggung jawab dan Sumbangan. Serta penulis ini gagal membezakan antara wang rakyat dan wang kerajaan.

Wang yang disalurkan kepada rakyat, wang siapa? Wang yang digunakan untuk membeli kapal selam, wang siapa? Wang yang digunakan untuk menteri dan pemimpin bercuti keluar negara, wang siapa? Wang yang membayar gaji Pak Menteri semua itu, wang siapa?

Kalau ada pun kerajaan tetapi tidak bertanggung jawab kepada rakyat, maka perlukah kita ada kerajaan? Atau cukup sekadar yang menguatkuasakan undang undang dak tak perlu banyak pemimpin. Agar negara menjadi aman. Tahukah berapa banyak kos yang rakyat perlu bayar kerana MENGSUBSIDIKAN menteri yang TERLALU RAMAI?

Memberikan kemudahan kepada rakyat adalah tanggung jawab dan bukan sumbangan oleh sebuah kerajaan. Sila betulkan fakta.

No need to submit pay slips, tax forms

In Penipuan Yuran Sekolah on January 6, 2008 at 2:59 am

NST

KUALA LUMPUR: Parents do not have to submit their pay slips and income tax returns to schools.
“It is a sensitive and confidential matter to some parents,” Education Ministry school department deputy director-general Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim said.

She said only those parents applying for government aid for their children would be asked to submit these documents.

Noor Rezan said she had briefed all headmasters on this last year.

Similar complaints were received from parents during the beginning of the school term last year.
Noor Rezan said she was aware that despite the ministry’s clarification, some schools were still asking all parents to submit pay slips and income tax returns this year.

“The ministry will send a reminder to all schools,” she said.

Previously, the ministry usually asked for such details only when parents were applying for aid or if they want their children to be included in the text book loan scheme.

Those who have neither a pay slip nor an income tax J form were asked to “provide an income declaration form verified by the employer, a Grade A civil servant, commissioner for oaths, a justice of the peace, a village head or other community heads”.

Other details requested were the names of the parents’ employers, address, their income tax number, basic monthly pay and information related to the child’s transportation to school. |more…|

No2umnO - Masa aku dapat arahan dari sekolah meminta SLIP Gaji dan dokumen menjadikan aku rasa sedikit pelik. Semua dapat bantuan buku dan tiada isu untuk meminta bantuan lagi. Selama ini memang Kementerian yang suruh minta. Bila arahan macam itu, pihak sekolah pun tak banyak soal, buat tanggung jawab semberono. Cikgu cikgu patut kena fikir dulu, mana yang logik dan tidak logik. Nak tunggu arahan baru buat? Kalau semua sekolah macam ni, susahlah. Baik upah robot untuk buat kerja.

Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim pun buat kerja macam nak tak nak. Orang dah bising baru nak terfikir. Ini lah masalahnya kalau takut nak guna tanggung jawab. Tak kreatif langsung. Jangan sampai ibu bapa lebih pandai dari guru besar. Sepatutnya apa pun arahan, kena keluar sebelum buka sekolah. Kenapa soal Pakej Tambahan cukup cepat Kementerian buat pekeliling, tapi soal dokumen ibu bapa dan kini tentang tarik balik yuran tambahan …. bila nak keluar pekeliling? Jangan harap ibu bapa datang tagih duit. Tak syok la. Tak kan DAH kena tibai baru buat.

YURAN: KERAJAAN NAK KELENTONG

In Penipuan Yuran Sekolah on January 6, 2008 at 1:44 am

Tandas Pun Kena Yuran!
nahdah.wordpress.

Semalam saya berpeluang ke sekolah adik saya untuk membayar yuran persekolahannya. Banyak yang saya dengar tentang yuran sekolah ‘indah khabar dari rupa’, justeru saya mengambil peluang untuk pergi dan lihat sendiri apabila diamanahkan ayah.

Semua ibu bapa pastinya menadah tangan mengucapkan syukur kerana melalui Bajet 2008, Malaysia diumum antara negara yang melaksanakan dasar pendidikan percuma di sekolah rendah dan menengah melalui pemansuhan yuran sekolah.

Dan berleluasalah ke seluruh pelusuk Malaysia bahawa sudah tidak ada sebab anak-anak tidak dihantar ke sekolah atas alasan kewangan ataupun kerana faktor kemiskinan.

Tetapi senario berbeza menyambut fakta-fakta di atas. Berlaku kekecohan di kalangan ibu bapa di sesetengah kawasan kerana di saat mereka menyangkakan Malaysia kini melaksanakan dasar pendidikan percuma, rupanya mereka masih dikenakan yuran. Tidak cukup sekadar itu, ada yuran yang dikenakan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Difahamkan, ada yuran yang dikenakan PIBG mencecah RM200.

Dan saya pastinya tidak merasa terkejut dengan yuran ini yang masih wujud setelah membaca rungutan ibu bapa. Malah saya sempat bersembang dengan seorang pakcik yang mengeluh dengan yuran yang tinggi berbanding sebelumnya. “Kerajaan nak kelentong pun agak-agak la, jangan tekan macam ni sekali,” rungut pakcik tersebut.

Ya, yuran dianggarkan agak tinggi sebanyak hampir RM30 – RM50 di sekolah adik saya. Dan kerani bertugas mengakui bahawa memang yang dimansuhkan hanyalah RM4.50, tetapi PIBG masih mempunyai hak untuk mengenakan yuran yang dirasakan perlu. Dan kerani tersebut mengakui bahawa yuran tahun ini lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Cuma saya fikir nasib yang dikongsi oleh ibu bapa saya tidak seteruk di sebuah sekolah di Permas Jaya, apabila tandas pun dikenakan yuran!

Yang ini memang melampau. Memang kebersihan tandas sekolah sering menjadi isu di mana-mana sekolah pun, tetapi mengenakan yuran tandas bukan sesuatu yang bijak. Bukan semua murid pengotor, sehingga perlu dikenakan yuran kepada semua ibu bapa agar ‘bertanggungjawab’ atas kekotoran tandas sekolah.

Syukurlah Jabatan Pelajaran Negeri Johor mengeluarkan arahan memulangkan yuran tersebut. Jika tidak, tidak mustahil pelbagai jenis yuran pelik akan dikenakan ke atas ibu bapa.

Cukup-cukuplah menindas. Warganegara sudah cukup terkesan dengan kos sara hidup yang sangat membeban. Sampai satu tahap, kenaikan gaji tidak memberi apa-apa kesan kepada pengurusan ekonomi keluarga.

Janganlah pendidikan anak-anak menjadi batu pemberat untuk tambah menyesakkan kepala ibu bapa.

TAK BINA MASJID TAPI UMNO ROBOH MASJID

In Islam Hadhari on January 6, 2008 at 1:36 am

dipetik: Cina Muslim

Berita Utusan (Nik Aziz mengaku Pas tidak pernah bina masjid) hari ini melaporkan sebagai dipetik bahawa kelantan tidak pernah bina mesjid selama 18 tahun Kerajaan PAS memerintah Kelantan. Najib Tun Razak, semalam yang kecewa dengan sikap kerajaan Pas Kelantan yang melaung-laungkan slogan Membangun Bersama Islam tetapi gagal membina sebuah masjid di negeri ini.

Persoalannya apa sangat lebih bina masjid kalau jemaahnya kosong dan tidak ada jemaah. Apa yang dilakukan oleh Kerajaan PAS ialah memastikan dulu masjid yang ada sekarang betul-betul dipenuhi oleh jemaah setiap lima waktu. Inilah yang penting sekali.

Samaada sembahyang atau kuliah, Kelantan telah membuktikan masjid nya penuh dengan jemaah. Siapa tidak kenal dengan Masjid Muhammmadi di Kota Bharu yang sentiasa penuh dengan jemaah setiap kali sembahyang 5 waktu.

Selain itu kegiatan kuliah, tazkirah dan sebagainya di Masjid di Kelantan tidak dihalang malah digalakkkan. Ini kelainan berbanding dengan Mesjid-mesjid Hadhari yang dibina oleh UMNO. Bukan setakat dihalang tetapi ada yang dirobohkan di Terengganu.

Mesjid Kristal di Pulau Duyong yang menelan belanja hampir 1 billion dan menjadi kebangaan Idris Jusoh, kosong dengan jemaah. Suatu pembaziran yang melampau dan tidak masuk akal. Semua penduduk pulau duyong pergi berjemaah pun mungkin tidak penuh.

Tetapi kita berjanji kepada Rakyat kalau kita diberi peluang untuk memerintah Malaysia, dan negeri-negeri lain selain Kelantan. Kita akan pastikan masjid yang sedia ada penuh dengan kegiatan dan jemaah, tanpa memikirkan untuk membazir duit nak bina yang baru. Kerna Masjid yang sudah cukup banyak. Faham…….

RASHIT SPR BAHAYAKAN KESELAMATAN NEGARA

In Belit Rashit/SPR on January 6, 2008 at 1:30 am

http://img224.imageshack.us/img224/8919/ybsolahzo0.jpg
Temubual detikdaly

SALAHUDDIN AYUB: Saya merasakan cabaran yang dilemparkan oleh Pengerusi SPR sangat berbahaya kepada keselamatan negara. Sebagai Pengerusi SPR, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan tersebut. Kalau boleh biarlah saya mengibaratkan pilihan raya seperti satu pertandingan bola sepak di mana pasukan tuan rumah berlawan dengan pasukan dari luar.

Pengerusi SPR peranannya sebagai pengadil yang mesti kelihatan adil dan bijaksana. Apa akan jadi kalau dengan tiba-tiba pengadil ini mengatakan kepada pihak yang menentang tuan rumah supaya jangan berlawan? Saya ingin bertanya, bijaksanakah seorang Pengerusi SPR memberikan cabaran tersebut? |Selanjutnya…|

YURAN: ADA YANG HILANG AKAL

In Penipuan Yuran Sekolah on January 6, 2008 at 1:22 am

Ada bayaran tambahan tidak masuk akal – NUTP
Utusan Meloya

Menurut beliau, ada pula sekolah mengenakan bayaran untuk perkhidmatan kad pengimbas perpustakaan dan penyediaan langsir di bilik tersebut.

Yim Pheng berkata, keperluan yang tidak masuk akal itu membebankan ibu bapa kerana ia menjadikan jumlah keseluruhan bayaran tambahan yang dikenakan berlipat ganda.

‘‘Ibu bapa tidak wajar dipertanggungjawabkan dengan bayaran tambahan yang tidak masuk akal dan tiada kena-mengena dengan pembangunan pelajar.

“Pihak PIBG sepatutnya mencari dana bagi membiayai perbelanjaan penyelenggaraan atau mencantikkan sekolah,’’ katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Bayaran yang tidak masuk akal seperti penyelenggaraan tandas itu turut dikenakan terhadap para pelajar sebuah sekolah menengah di Permas Jaya, Johor Bahru, Johor.

Bagaimanapun, Jabatan Pelajaran Johor mengarahkan supaya bayaran itu dipulangkan berkuat kuasa Isnin ini.

Yim Pheng menambah, terdapat sebuah sekolah menengah di ibu kota mengenakan bayaran RM30 untuk kain sarung (pelajar perempuan), manakala pelajar lelaki beragama Islam dikehendaki membayar RM17 untuk kain samping. |more…|

No2umnO – NUTP dan Bernama kerja macam tak der telor. Bila dah kecoh baru nak buat liputan atau kenyataan. Sebelum ini sonyap macam batang buruk. Hoiiiii mamat mamat sekelian, jangan nak berlakun lah…fakta kenyataan aku setuju tapi korang kena jadi JANTAN sikit la. Jangan besar kan hidung untuk ditarik

Former Dictator Suharto’s Health Worsens

In Berita luar on January 6, 2008 at 1:11 am

myfoxkc.com

JAKARTA, Indonesia — Indonesia’s former dictator Suharto was on a dialysis machine in critical condition Saturday, doctors said, as the president called on the nation to pray for his rapid recovery.

Suharto, 86, was admitted Friday to Pertamina Hospital with swollen intestines, a dangerously low heart rate and anemia, said chief presidential physician Brig. Gen. Mardjo Subiandono, adding that he also needed a second pacemaker.

“The dialysis has begun … but he is still in critical condition because his blood pressure could drop at any time,” he said.

Suharto, accused of overseeing a brutal purge of more than half a million left-wing opponents at the outset of his 32-year reign, was conscious but drowsy from medication, several Cabinet members said after visiting him.

“We should pray for the best and hope all efforts to restore his health will be successful,” President Susilo Bambang Yudhoyono said in a statement issued at his palace in the capital. “The country always gives the best health treatment to former leaders.”

A dialysis machine and other equipment was rushed to Suharto’s bedside and 40 specialists assembled to diagnose and treat the former strongman, who was toppled by a pro-democracy uprising during the 1997-1998 Asian financial crisis. |more…|

No2uMNO – Our Malaysian Doctators are all still OK …. Hope later

TEPUNG PULAK KURANG ……

In TEPUNG GANDUM on January 6, 2008 at 1:04 am

Tepung guni kurang
KOSMO

Fenomena itu mencetuskan pelbagai persoalan di kalangan peniaga yang rata-ratanya bergantung kepada bekalan tepung guni yang lebih murah berbanding tepung peket.

Tinjauan KOSMO! Ahad di sekitar ibu negara semalam mendapati, kebanyakan peniaga terpaksa berusaha mendapatkan bekalan sendiri dan tidak lagi bergantung kepada pembekal.

Menurut pemilik sebuah pasar raya mini di Kampung Pandan, Zaliza Roduan, beliau terpaksa keluar mencari bekalan di Pasar Borong Selayang setelah tiga pembekal utama gagal memenuhi permintaannya.

“Merata-rata saya cari tepung, itu nasib baik kalau dapat dan untuk pelanggan pula saya tidak catu, siapa cepat dia dapat, sebab saya tahu mereka berniaga. Tapi sampai bila nak jadi begini?,” soalnya.

Seorang lagi peniaga di Jalan Peel, Cheras yang cuma ingin dikenali sebagai Lim berkata, setelah tiga bulan bertahan dengan bekalan yang ada beliau akhirnya kehabisan bekalan tepung sejak kelmarin.

Bagi peruncit dari Gombak, Akob Mamat, 69, pula memberitahu, beliau tidak boleh lagi memesan seperti dulu sebaliknya pembekal sendiri menentukan jumlahnya.

“Sebelum ini, saya boleh dapat 80 guni tepung gandum sebulan, tapi kini 20 guni untuk sebulan pun belum tentu,” katanya.

Sementara itu, bahang kekurangan tepung di pasaran turut dirasai oleh penjual kuih, Rahimah Ab. Rahman, 45, yang menyatakan, suaminya terpaksa mencari bekalan hingga ke Rawang menyebabkan kos meningkat.

“Saya tiada pilihan lain dan terpaksa menaikkan harga kuih. Dulu sebiji kuih saya jual 35 sen sekarang saya terpaksa jual 40 sen,” kata Rahimah yang menjalankan perniagaan di Sungai Buloh, Selangor. |more…|

Lagi sekolah kenakan yuran tandas

In Penipuan Yuran Sekolah on January 6, 2008 at 12:58 am


Kosmo

JOHOR BAHRU – Rupa-rupanya bukan Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya 2 di sini sahaja yang mengenakan bayaran yuran penyelenggaraan tandas kepada pelajar.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang di sini turut didakwa mengenakan bayaran penyelenggaraan tandas perempuan, tetapi di atas nama Famicare.

Ia melibatkan bayaran sebanyak RM3 dan ia dikenakan kepada pelajar perempuan sahaja.

Malah, resit yuran tersebut diberikan kepada ibu bapa secara berasingan daripada resit yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan resit daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Seorang bapa yang hanya ingin dikenali sebagai Khalid, 41, dari Kota Masai berkata, yuran itu hanya disedari isterinya yang membuat pendaftaran anak sulung mereka bagi memasuki tingkatan satu di sekolah itu Selasa lalu.

Menurutnya, apabila isterinya bertanya kepada guru yang bertugas, dia memberitahu ia yuran ‘Famicare’ atau yuran penyelenggaraan tandas wanita.

“Yuran itu katanya, untuk digunakan membersihkan tuala wanita yang dibuang pelajar di tandas sekolah itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kota Masai semalam.

Khalid memberitahu, sepatutnya pihak sekolah memikirkan cara lain untuk mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan tandas dan bukannya dengan meminta bayaran dari- pada ibu bapa.

No2umnO – Sekolah dah macam DBKL ada TANDAS BAYAR. Hai malaysia …. Makmur dan modennya, semua kena bayar sekarang. Jadi menteri bes, nak mencangkung kat mana pun FREE. Rakyat yang tanggung.

PENDUDUK BANTAH, TENGKU ADNAN DAN DBKL PENING

In Eye on Malaysia on January 6, 2008 at 12:53 am


Penduduk Tasik Titiwangsa bantah ‘Eye on Malaysia’

“Saya harap semua pihak akan memahami keperluan operasi buaian pusing ini dilanjutkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sudut Bacaan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) di Flat Sri Sabah di sini hari ini.

Kementerian Pelancongan baru-baru ini mengumumkan bahawa operasi buaian pusing ala “London Eye” di London yang sepatutnya tamat pada 31 Dis lepas itu dilanjutkan sehingga 31 Ogos ini sebagai daya tarikan pelancong kerana ia menjadi ikon utama bagi bandaraya Kuala Lumpur.

Bagaimanapun perkara itu menimbulkan rungutan daripada penduduk sekitar kerana kawasan itu menjadi terlalu sesak dan ditambah pula dengan masalah sampah sarap, kekurangan tempat letak kereta dan tandas. |more…|

Bukan Matematik dan Sains Sahaja …

In ajaran sesat on January 6, 2008 at 12:47 am

Bukan Matematik dan Sains sahaja, malah guru ajaran sesat pun turut menggunakan bahasa Inggeris untuk bahasa penghantaran. Changgih. Mentaliti guru ajaran sesat dan menteri kita sama. Mungkin KAEDAH kelulusan dengan gred rendah pun turut digunakan. Cuba siasatan … entah entah ada kaitan dengan Kementerian Pelajaran.

Ajaran sesat untuk elit guna bahasa Inggeris

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sedang memantau sebuah kumpulan ajaran sesat disertai ramai golongan elit dan berpendidikan tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajarannya.

selengkapnya

Election fever gets hotter

In PRU 12 on January 6, 2008 at 12:40 am

Barisan Nasional flag up and ready. - By M. Azhar Arif / The Star

Star
PETALING JAYA: The general election fever just got hotter – leave for all police officers and personnel has been frozen indefinitely.

A circular was issued to that effect last month, and Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan told The Star that the main reason for the freeze was to conduct dry runs for the next general election.

“We have several reasons for doing so; the main reason being that we need to have dry runs. There are many things that we need to do when the elections are called. We must be prepared.”

Musa said his officers had been briefed about what needed to be done and he expressed hope they would pass the message down to the men on the ground.

Sources said that leave would only be approved for those facing emergencies, adding that Musa wanted to ensure that fewer than 10% of the 95,000-strong force were away at any one time. |More…|

Aksi cium ular tedung pukau pengunjung

In Rakyat on January 6, 2008 at 12:33 am

Berita Haruan

PUTRAJAYA: Aksi pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, Padang Melangit di Kangar, Perlis, Mohd Hafiz Alias, mencium ular tedung berbisa menarik perhatian pengunjung Karnival Gegar Jelajah Tahun Melawat Malaysia 2007, di sini, semalam. [+]

p/s: Minta maaf stok photo ‘cium ular tedung’ tiada, so…saya gantikan dengan gambar ini untuk sementara. Anggap lah ular sawa dan tedung sama saiznya. Haraf maaf.

MINYAK MASAK: SIAPA YANG LEBIH PANIK?

In Minyak masak on January 6, 2008 at 12:08 am

Sorok punca kurang — Pembelian panik turut menyebabkan minyak masak sukar diperoleh – TPM

PEKAN 5 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembelian panik oleh pengguna dan tindakan segelintir peniaga menyorok bekalan menjadi punca minyak masak kurang dan sukar diperoleh di pasaran.
Pilihanraya semakin hampir. Kenaikan harga minyak dan tol telah menyebabkan kemungkinan barangan lain turut naik harga. Namun sehingga hari ini kerajaan masih berdolak dalik dengan kemungkinan kenaikan harga barangan selain dari TOL yang sudah pun naik awal tahun ini. Mereka bimbang hilang undi. Desas desus sudah pun tersebar, kemungkinan kenaikan harga barangan selepas pilihanraya. Ianya sudah biasa berlaku dan pasti akan berlaku.

Pengeluar minyak masak dan pemborongnya sudah bertambah bijak dengan sikap pemimpin dan kerajaan. Mereka tahu pemimpin kalau ditarik tarik hidungnya, akhir akan tunduk.

Kekurangan stok minyak sudah berlaku sejak beberapa bulan yang lepas. Bermula dengan Kedah dan Terengganu. Tapi sehingga kini tiada ikhtiar yang bersungguh sungguh dilakukan oleh Kerajaan terutama KPDN&HEP, dibawah kawalan Shafiee Apdal. Tiada usaha untuk membawa masuk barangan dari luar mahu pun memantau stok di dalam negara.

Kini kekurangan stok minyak masak sudah menular ke seluruh Malaysia. Rakyat semakin kalut, kerajaan pula semakin terkentut kentut untuk menangani banyak masalah di dalam satu satu masa.

Bukan sahaja suri rumah, malah peniaga gerai dan restoran turut pening kepala dengan keadaan ini. Dimana minyak? Kalau berlarutan mungkin banyak kedai dan restoran akan ditutup. Negara akan lumpuh. Sudah pasti ada yang menyorokkan stok. Kalau mengikut pengeluar, mereka masih keluarkan jumlah yang sama malah sekarang terpaksa mengeluarkan lebihan stok untuk mengelak kekurangan di pasaran.

Kerana sibuk dengan politik dan pilihanraya, pemimpin seharusnya menghabiskan masa merancang dan memilih wakil. Disamping menemui rakyat setempat bagi mengembali kepercayaan mereka. Semua orang sibuk dengan politik sehinggakan perkara berkaitan dengan kekurangan minyak masak ini tidak diambil peduli. Kini Kerajaan Panik. Panik dengan kepincangan yang mereka hadapi. Pemerintahan dan kawalan terlalu lemah dan longlai. Bila bila masa sahaja pembangkang akan gunakan isu ini untuk dedah kepincangan kerajaan.

Ianya bukan baru dan bukan jarang jarang berlaku. Ia berlaku setiap perayaan dan kini bukan pada hari raya, tetapi ketika pilihanraya. Kebimbangan mereka lebih memuncak. Mana satu nak pantau, pilihanraya atau minyak masak?

Maka, media memainkan peranan membantu kerajaan. Menyatakan panik rakyat sebagai punca kepada kekurangan minyak masak. INi semua pembohongan kerana rakyat tidak membeli ikut suka hati. Mereka berpandu pada penggunaan. Kalau keluarga besar maka besar lah keperluan dan sebaliknya. Kenyataan media memutar belit punca, untuk memaksa kita menyalahkan antara satu sama lain. Kalau rakyat terpedaya, kita akan menyalahkan diri kita sendiri kerana kekurangan minyak. Bila alasan STOK DISOROK, maka rakyat akan menyalahkan peniaga dan pemborong. Hakikatnya, kerajaan dan para pemimpin tidak memantau dan memandang remeh apa pun keperluan rakyat sehinggakan ada pihak yang mengambil kesempatan diatas kelemahan mereka. Punca sebenar adalah, KERAJAAN LEMAH DAN LEMBAB. Banyak yang tidur dari berjaga.

Nampaknya kerajaan lebih PANIK dari rakyat.

Tunggul pun Boleh

In Belit MCA on January 6, 2008 at 12:03 am

MCA sambut baik pelantikan Ka Ting

KUALA LUMPUR 5 Jan. – MCA menyambut baik keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melantik Presidennya, Datuk Seri Ong Ka Ting menjadi pemangku Menteri Kesihatan ekoran peletakan jawatan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Rabu lalu.

Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat berkata, sebarang jawatan yang kosong terutama menteri Kabinet perlu diisi segera dan pilihan itu merupakan yang terbaik buat masa ini.

‘‘Semua jawatan perlu diisi, lebih-lebih lagi ini adalah keputusan Perdana Menteri jadi kita semua menyambut baik pelantikan itu,’’ katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Budaya UMNO sudah menular ke MCA. Apa sahaja yang menjadi calun, pasti dipersetujui ramai. Pokoknya, kalau letak kambing atau keldai, pakaikan t-shirt UMNO atau Topinya, maka semua orang akan menjerit …. Hidup BN atau Hidup UMNO atau Hidup MCA atau Hidup MIC.

Kalut punya parti. Mangkuk dan Tunggul pun boleh jadi Calun.