no2umno

Archive for January 8th, 2008

Daripada pendatang asing kepada Pengarah Urusan

In Pendatang on January 8, 2008 at 11:56 pm


Malaysia Today

LAPOR… Zainuddin tidak gentar sekalipun menerima pelbagai ugutan, malah terus membuat laporan polis terhadap Emelda Doliente @ Norsiah Abdullah kerana yakin dengan keluhuran perlembagaan dan masih wujud kedaulatan undang-undang.

“Saya hairan kerana Emelda pernah ditangkap dan diusir beberapa kali ke negara asalnya Filipina tetapi berjaya menyusup semula ke Sabah dan bekerja di beberapa pusat maksiat di Labuan sebelum menjadi perempuan simpanan lelaki Brunei berkenaan,” tegas Zainuddin lagi.

Dengan bantuan Alias, Emelda telah berjaya mendapat kad pengenalan hijau H8032925 yang digandingkan dengan IMM13 iaitu suatu proses yang ganjil dan bercanggah dengan undang-undang.

Setelah lama menjadi wanita simpanan, Emelda memeluk Islam dan menukarkan namanya kepada Norsiah Abdullah semata-mata kerana mahu menukar identitinya dan bernikah dengan Alias.

Alias yang mendapat taraf warganegara Malaysia menggunakan statusnya untuk menjamin isterinya mendapat status kewarganegaraan secara songsang kerana melangkah banyak peringkat penting dan dibuat secara tidak teratur.

“Bagaimana seorang yang mendapat kad pengenalan bertaraf penduduk sementara tiba-tiba menjadi warganegara sebelum mendapat taraf penduduk tetap,” tanya Zainuddin yang membidas Jabatan Imigresen Labuan agar tidak tutup mata dengan kejalangan ini. |more…|

ORANG TUA YANG GILA KUASA

In Betina on January 8, 2008 at 11:05 pm


Selamat datang Anwar – Rafidah

PUTRAJAYA 8 Jan. – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz bersedia berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mahu mencabarnya di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Menurutnya, beliau ada mendengar ura- ura Anwar mahu mencabarnya pada pilihan raya umum nanti dan tidak gentar menghadapinya.

‘‘Saya dengar Anwar Ibrahim hendak bertanding mencabar saya, jadi, selamat datanglah,” kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan dialog bersama Badan-Badan Ekonomi Melayu anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) di sini hari ini.

Terdahulu ketika mengulas kenyataan Anwar yang mahu menurunkan harga minyak seandainya dapat mengetuai kerajaan, Rafidah menyifatkan ia sebagai tindakan tidak rasional.

‘‘Hendak turun minyak apa? Minyak lenga (bijan). Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersidang tiap-tiap hari pun tidak boleh menurunkan harga minyak yang kini melambung di pasaran,” katanya.

POLIS RASUAH LAGI

In Rasuah Parah on January 8, 2008 at 11:04 pm

BPR tahan ASP, anggota polis disyaki rasuah

KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sarawak semalam menahan dua anggota polis masing-masing berpangkat Asisten Superintendan dan Lans Koperal kerana disyaki terbabit dalam perbuatan rasuah.

Ibu Pejabat BPR dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua anggota polis itu disyaki meminta RM6,500 daripada pemilik sebuah stor yang diserbu kerana dipercayai menyimpan 10 karton minuman keras yang tidak dibayar cukai.

Mengikut kenyataan itu, pemilik stor berkenaan dipercayai menyerahkan RM6,000 kepada mereka. |more…|

POLIS SELESAI KES NURIN 20 TAHUN LAGI

In Belit MUsa Hassan on January 8, 2008 at 11:01 pm


Polis terus siasat kes Nurin – Musa

Oleh YUSNILAH YUNUS

KUALA LUMPUR – “Kita tidak pernah tutup kes.”
Demikian jaminan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika ditanya mengenai perkembangan kes culik dan bunuh kanak-kanak malang, Nurin Jazlin Jazimin, 8.

“Polis masih cuba melengkapkan siasatan, walaupun terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk mengkaji semula petunjuk-petunjuk baru dalam menyelesaikan kes tersebut,”
kata beliau.

Pada 20 Ogos 2007, Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak di sini dilaporkan hilang setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju di sini.

Selepas 27 hari Nurin Jazlin hilang, mayatnya ditemui di dalam beg pakaian yang ditinggalkan di sebuah premis perniagaan di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya.

Bagaimanapun sehingga kini, polis belum menahan suspek yang benar-benar terlibat dengan penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak itu.|more…|

Makanan di kantin pun mahal

In Naik Harga on January 8, 2008 at 10:56 pm

Selepas ibu bapa terbeban kadar yuran sekolah mengelirukan, makanan di kantin pun mahal
Kosmo

Oleh NUR AISHAH MOHD. AMIN

PELAJAR-PELAJAR membeli makanan di sebuah kantin sekolah di Keramat, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Belumpun reda isu yuran sekolah yang mengelirukan, ibu bapa kini terpaksa berdepan pula dengan hakikat harga makanan di kantin yang semakin meningkat berbanding tahun lepas.

Keadaan ini sekali gus menghimpit mereka kerana terpaksa menambah wang saku untuk anak-anak agar tidak kelaparan selain mendapat makanan yang berzat di sekolah.

“Apa sangat yang boleh dibeli dengan belanja RM1 pada waktu ini. Kalau nak alas perut, saya perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM2 sehari untuk anak di sekolah.

“Rupa-rupanya tempias kenaikan harga barangan seperti minyak, tepung turut dirasai oleh anak-anak,’’ demikian keluh seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Yati yang mempunyai anak bersekolah di Gombak.

Tahukah anda?

In Belit BN on January 8, 2008 at 10:51 pm


Tahukah anda? UMNO MIC MCA dll Komponen Barisan Nasional Tidak berdaftar sebagai Parti Politik di SPR
p096.blogspot.com

Jadi yang layak berkempen cuma BN , bukan UMNO dan Komponen lain, tidak bendera dan lambang boleh digunakan semasa kempen untuk kesemua komponen parti BN ini.

Tahukah anda, kebanyakkan Bilik Gerakan / Premis yang digunakan oleh Barisan Nasional BUKAN milik mereka, Mereka menumpang atas nama UMNO keatas Balai JKKK, Dewan orang ramai dan milik kerajaan (milik kerajaan adalah milik rakyat) jadi anda boleh buat laporan polis tentang penyalahgunaan bangunan dibalai polis dan SPR perlu ambil tindakan supaya menghalau mereka dari bangunan kerajaan. Gunakan undang-undang untuk mengalahkan UMNO dan BN.

Tahukah anda, Memasang sebarang bahan kempen sebelum pilihanraya adalah salah, jika ada lambang BN dan UNDILAH BN adalah satu kesalahan mengikut

AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA 1954
(8) Apa-apa bahan kempen piihan raya yang dipamerkan atau dilekatkan hendaklah dibersihkan oleh seseorang calon atau ejen piihan rayanya dalam masa empat belas hari selepas hari mengundi dan jika calon itu atau ejen pilihan rayanya tidak mematuhi subseksyen ini-

(a) deposit yang dibayar menurut subseksyen (4) hendaklah dilucuthakkan dan dibayar kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan; dan

(b) Pegawai Pilihan Raya Negeri hendaklah menyebabkan dibersihkan segala bahan itu dalam masa yang munasabah dan kos pembersihan bahan itu hendaklah dibayar daripada jumlah wang yang dilucuthakkan di bawan perenggan (a).

No more phantom voters?

In Belit Rashit/SPR on January 8, 2008 at 10:47 pm

dailyexpress

Image: Mob’s Crib

Tawau: The Election Commission (SPR) has deleted thousands of names from the electoral rolls after it was found that they had either died or were non-citizens.

Disclosing this here, Monday, SPR Chairman Tan Sri Haji Abdul Rashid Abdul Rahman, however, regretted that some deaths among Malaysian voters were not reported to the relevant authorities.

As of now, there are no longer “phantom voters” in the country, and most of those on the electoral rolls are Malaysian citizens after thorough checks with the National Registration Department, he said. |more…|

TIDAK CUKUP ATAU TIADA KAWALAN?

In Minyak masak on January 8, 2008 at 1:40 pm

duniatiger

Semalam, seorang teman menelefon mengatakan bahawa kekurangan minyak masak di negara ini adalah satu misteri apatah lagi memikirkan bahawa Malaysia sebuah negara pengeluar. Jika dikatakan kejadian sorok atau penyeludupan oleh peniaga atau individu dari negara jiran, keadaan ini tidaklah seburuk yang dihadapi sekarang. Masalah sekarang terlalu besar untuk dilakukan oleh “orang kerdil”. Baginya, sudah pasti ia membabitkan kumpulan yang lebih besar dan terancang.

Pagi ini, saya juga membaca perkara yang sama dalam akhbar Utusan Malaysia di mana seorang pembaca Mohd Arif Atan dari Universiti Malaya menyatakan pendapatnya.

Dalam ruangan pendapat beliau menulis: “Adalah musykil, bagaimana sebuah negara pengeluar dan pembekal minyak sawit utama di dunia boleh mengalami krisis ini? Tidakkah wujud “tangan-tangan” yang sengaja mencipta sentimen cemas di kalangan pengguna lantaran mahu menaikkkan harga barang kawalan tersebut dalam jangka masa terdekat? Ke mana perginya hampir 50,000 tan metrik minyak masak di pasaran kini, jika tidak wujudnya kemungkinan pakatan bersama antara 23 buah pengilang minyak masak serta para pembekal yang terbabit? Tidak keterlaluan dikatakan ini adalah petanda untuk harga minyak masak dinaikkan. Lihatlah nanti sekiranya harga minyak masak dinaikkan, secara tiba-tiba pula bekalan minyak masak mencukupi malah melambak-lambah di pasaran.” |more…|

RAJA HANTU SAMBUNG KONTRAK

In Belit Rashit/SPR on January 8, 2008 at 1:35 pm


Imej dipetik: Suara Keadilan

DR CHUA BUAT ORANG MAKAN CILI TAK RASA PEDAS

In Belit UMNO, Soi Lek on January 8, 2008 at 1:29 pm

Minang Menung
dipetik: umno-reform

Saya tabik dan kagum dengan Dr Chua Soi Lek. Kurang 48 jam VCD lucah yang membabitkan dirinya didedahkan media eletronik, dia tampil kemuka dengan pengakuan. “Lelaki dalam adegan itu adalah saya”. Inilah anak jantan. Inilah pemimpin yang dikatakan ada maruah. Dia tidak berdalih seribu bahasa tetapi terus mengaku. Anak jantan yang menepati pepatah, ‘kalau tangan berani mencincang, bahu sanggup memikul”. Bagaimana umum menerima pengakuan Dr Chua – Menteri Kesihatan dan orang penting dalam barisan ketiga kepimpinan MCA, komponan dan kongsi kuat UMNO? Pelik atau heran!

Kalau saya tidak silap dalam sejarah politik negara kita selama ini tiada siapa dalam barisan kepimpinan yang dikatakan terpalit dengan kelakuan tidak berakhlak dan menjijikkan tampil kemuka dan mengaku. Setahu saya belum ada seorangpun. Lantas kelakuan tidak bermaruah dan menjijikkan dalam masyarakat terutama di kalangan orang kenamaan dan kepimpinan seolah-olah dianggap satu kebiasaan dalam dihidup kita. Justeru Dr Chua boleh dikatakan memecah tradisi kita selama ini. Syabas Dr Chua Soy Lek!! Ini dia sikap orang yang ada integrity. Mungkin ada yang ingat dasar “sorong makan tarik makan/double standard’ Mahathir Mohammad semasa menerajui kepimpinan Kerajaan. Apabila pelakuan keji dan terkutuk membabitkan kelompoknya didedahkan, dia bertegas mempertahankan. Sikapnya, yang didakawa konon berlaku curang atau menyeleweng, “belum tentu bersalah selagi belum dibuktikan bersalah” Kerana itu sebut apa sahaja kelakuan keji dan menjijikan terutama sekali di kalangan orang politik dan pentadbiran menjadi-jadi dengan hebat sekali semasa pentadbirannya.

Lebih mengkagumkan dalam sidang media mengumumkan perletakan jawatannya, Dr Chua menyatakan keputusan itu didorong oleh soal maruah (lebih kurang maksudnya). Sambil itu dia juga mengatakan ‘sebagai manusia saya tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Tetapi dalam konteks maruah rasuah dan pelbagai penyelewengan lain juga keji.’ Dalam kata lain orang yang ada conscience tidak boleh tidur lena kerana dihantaui kesalahannya. Memang betul manusia sentiasa dijengok hawa nafsu tetapi conscience/aqal fikiran dapat menundukkannya. Maka itulah kita dikejutkan oleh pengumuman dibuat Dr Chua. Pengakuan Menteri Kesihatan itu nampaknya bersahaja tetapi mengandungi makna yang mendalam sekali dan lebih pedas. Sepatutnya orang yang terpalit atau terkena tempias kenyataan demikian terketuk mindanya dan berfikir panjang. Apatah lagi yang bergama Islam, apakah tidak terdetik imannya!!

Lihat laporan siasatan Public Accounts Committee dan Auditor General berkaitan perbelanjan wang rakyat begitu menakutkan. Tetapi reaksi pihak berkuasa seperti tiada apa yang berlaku. Di Jepun dan Korea Selatan yang menjadi ikutan kita di bawah Dasar Pandang ke Timor rejim Mahathir, akibah pendedahan seperti ini lebih drastic. Kalau kerajaan tidak tersungkur pemimpin yang terbabit rasuah dan penyelewengan bunuh diri. Saya masih ingat dulu pernah terjadi seorang Menteri Singapura membunuh diri sekonyong-konyong dikatakan rasuah. Dalam konteks maruah di negera kita, Dr Chua tidak usah malu dengan apa yang telah berlaku, sebaliknya berjalan dan begaullah dalam masyarakat dengan penuh hormat. Seseorang mesti rasa malu kalau kesalahan yang dilakukan tidak diakui atau dinafikan. Yang sepatutnya malu adalah keseluruhan rakyat Malaysia dari bapak menteri hingga marhaen di ceruk kampong. Ini kerana mereka tahu kemungkaran berlaku tetapi sanggup memejamkan mata demi menjaga sesuap nasi lalu mengenepikan akhlak. Bapak menteri terlebih malu, terutama yang beragama Islam. Tidak cukup dengan Islam yang diturunkan Allah swt sebagai agama yang diredhai, dicipta pula Islam Hadhari konon untuk mencapai kesempurnaan hidup! Ke serata pelusuk dilaungkan juga ‘integrity’ dengan nada hampir memutuskan nafas acap kali berucap. Tahukah bapak menteri pengertian dan nilai terminology itu?

Pilihlah Menteri yang berkelayakan bukan yang suka berangan!

In Belit UMNO, Naik Harga on January 8, 2008 at 1:18 pm

Surat Pembaca kepada MStar

PELIK, musykil dan kelakar bila minyak masak kehabisan stok. Macam biasa pelbagai alasan diberi oleh kementerian yang berkaitan. Pengguna panik (beli banyak untuk buat stok), pengusaha sorok bekalan juga penyeludupan.

Secara tak langsung jelas menunjukkan penguatkuasaan kita terlalu lemah,dangkal dan boleh dikatakan tidak buat kerja. Buat Shafie Afdal bangunlah daripada tidur yang terlampau lama. Jangan hanya berbangga sebagai Menteri KPDN & HEP tetapi tiada apa yang anda telah usahakan.

Setiap kali berlaku masalah Shafie selalu salahkan keadaan juga pengguna. Kes diesel dulu, kata diesel kita murah, berlaku penyeludupan tapi bila harga diesel naik, kes diesel senyap terus.Takkan kes minyak masak ni alasannya sama juga.

Senangnya jadi menterikan. Bila kena tekan oleh pembekal terus cari alasan bodoh dan selalunya punca masalah ini terjadi menjadi tanda tanya kepada rakyat.

Tidak logik sebagai pihak yang berkuasa dalam perdagangan tidak dapat mencari punca setiap kejadian. Ini Malaysia, negara kecil, takkan ‘root’ sesuatu permasalahan tidak dapat diselesaikan. Lembab sungguh kementerian anda bekerja.

Tiada perancangan ke dalam kementerian anda? Kementerian anda ni tidak boleh bekerjesama dengan pihak Polis ke untuk menyiasat kes seperti ini. Yelah kalau anggota kementerian anda terlalu takut untuk menangkap ‘kepala’ atau ‘dalang’ setiap kes.

Tetapi saya rasa sebagai sebuah kementerian, pihak anda pasti ada langkah yang sepatutnyakan.

Pelikkan, tidak pernah kita dengar perancang segala kejadian ini ditangkap. Jangan bagi rakyat bersangka buruk kepada kementerian anda.

Yang paling tidak dapat diterima kementerian selalu salahkan pengguna. Pengguna Malaysia ini dituduh mudah panik seolah-olah pengguna Malaysia ini tidak berakal. Tolonglah fikir sikit masalah rakyat. Rakyat juga ada perancangan dalam kehidupan.

Lainlah saudara yang hidup penuh dengan keistimewaan. Tetapi rakyat tidak pernah pertikaikan kerana itu hak saudara sebagi pemimpin tetapi tolonglah bekerja dengan penuh keikhlasan untuk mempertahankan hak rakyat pula.

Buatlah perancangan yang terbaik untuk keselesaan rakyat. Sudah banyak rakyat dibeban dengan masalah ekonomi yang semakin meruncing ini. Petrol dah naik, tol dah naik, roti dah naik, janganlah bahan asas dinaikkan lagi. Cukup-cukuplah tu.

Sedangkkan gaji tetap sama, terutama kepada bukan yang bekerja dengan kerajaan. Buat kerajaan BN, jangan berasa selesa dengan keadaan sekarang. Pilihanraya kali ini belum tentu lagi anda akan dapat 2/3. Sebenarnya kerajaan bernasib baik kerana berlakunya perhimpunan yang dikelolakan oleh Hindraf. Terus terang saya katakan, tidak banyak, sedikit orang Melayu telah bersatu.

Sebelum ini sudah ramai yang di atas pagar, terutamanya golongan pemuda Melayu Proffesional. Ingat, pemuda kita sekarang bukan pemuda dahulu, boleh terima bulat-bulat semua perkara. Pemuda kita sekarang sudah melangkau dunia cyber yang penuh dengan maklumat. Tetapi kami bukan bodoh untuk terima semuanya.

Buat yang berkenaan, bekerjalah dengan jujur. Simpatilah dengan nasib rakyat. Fikirlah langakah yang bijak untuk mengatasi masalah yang bodoh macam ni.

Keistimewaan yang anda miliki sekarang tidak akan anda kecapi tanpa sokongan rakyat. Jangan bermain wayang hanya bila plilihanraya sudah hampir. Bila habis pilihanraya, anda BERKUASA, tetapi rakyat merana.

“Jangan Jadi Kacang Yang Lupakan Kulit”.

ANAK KERAMAT

Govt of fomenting Islamic ‘puritanism’ for political gain

In Belit UMNO, Perkauman on January 8, 2008 at 1:01 pm

Malaysian opposition leader accuses govt of fomenting Islamic ‘puritanism’ for political gain
chinapost

SINGAPORE — Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim accused the government Tuesday of fanning the fires of Islamic puritanism to gain votes in general elections widely expected to be held this year.

Anwar, speaking at a regional forum in Singapore, predicted that Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi’s government would call an election before April, when a ban preventing Anwar from holding political office will be lifted.

Anwar, a former deputy prime minister, criticized recent government efforts to bolster the status of Islam, Malaysia’s official religion, saying the moves undermined the rights of ethnic minorities of other faiths.

“The real issue is what I would describe as state-sponsored Muslim puritanism borne more by racist sentiments than religious principles,” he said. “It is this kind of theology that leads to the rejection of constitutional freedom of other faiths.”

Ethnic Malay Muslims make up about 60 percent of Malaysia’s 27 million people, while most of the rest are Buddhists, Hindus or Christians from ethnic Chinese and Indian communities.

Decades-long multiracial harmony has come into question in recent years amid concerns among minorities that their religions are getting second-class treatment by the Muslim majority, especially in court cases involving non-Muslim religious rights.

National debates have erupted over issues such as a government ban on non-Muslims using the word “Allah” – an Arabic word used as a synonym for “God” in the national language, Malay. Anwar called the ban “ridiculous nonsense.” |more…|

BILIK GERAKAN PKR DI SABOTAJ

In Belit UMNO on January 8, 2008 at 12:55 pm

Awas , mainan SB /UMNO
keadilanbahagiangombak

Awas mainan SB atau UMNO sewaktu dekat-dekat nak pilihanraya ni. Bilik gerakan KeAdilan DUN Batu Caves di percayai telah diceroboh. Beberapa peralatan seperti micropon dan banner bilik gerakan yang diletakkan di sebelah luar telah dicabut dan hilang. Pasti ni kerja SB atau UMNO. Hati-hatilah. Cuma jangan takut dan putus asa.

UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH

In Belit SPR on January 8, 2008 at 12:53 pm

iskandar56100.blogspot

Menurut para pemerhati politik, Parlimen akan dibubarkan pada hari Chap Goh Mei, penamaan calon pada 8 Mac dan hari mengundi pada 16 Mac.

Kita tertunggu-tunggu akan bentuk Malaysia selepas pilihanraya umum yang ke 12 ini. Adakah satu kerajaan baru akan dibentuk di peringkat Persekutuan atau di negeri-negeri yang dianggap sebagai “panas”? Atau BN akan dapat terus bertahan dan akan menjadi lebih ganas, zalim, gelojoh dan rakus lagi?

Sekiranya BN gagal ditumbangkan, walaupun jangkaan ini berbunyi sungguh pesimistik dan menentang arus, saya berharap di Parlimen dan di Dewan-Dewan Undangan Negeri, mereka tidak akan diberi laluan yang mudah.

Kita semua masih ingat nostalgia pasca pilhanraya umum 1999 di mana BN digasak dan dibelasah oleh ahli-ahli Parlimen BA. Tidak seinci pun ruang diberikan oleh wakil-wakil rakyat BA yang dapat mematahkan hujah dan seterusnya menutup mulut wakil-wakil rakyat BN.

Pada hakikatnya wakil-wakil BA walaupun dipilih untuk mewakil pengundi di kawasan-kawasan mereka namun mereka mewakili kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Ditambah pula dengan jumlah mereka yang sedikit, pada Parlimen kali ini jumlah pembangkang tidak sampai 10% dan wakil-wakil PAS hanya boleh dikiri dengan jari di sebelah tangan, mereka yang dipilih mestilah mempunyai kualiti dan kaliber yang boleh bercakap untuk seluruh rakyat Malaysia dan bukan kawasan yang mereka wakili sahaja.

DAP telah lama menyedari akan hakikat ini dengan memastikan pimpinan tertinggi mereka dapat dihantar ke Parlimen. Itulah sebabnya Lim Kit Siang kerap berpindah, dari Melaka ke Pulau Pinang dan sekarang di Perak. Beliau tidak berucap untuk Ipoh Timur tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Oleh itu, sebagai ahli PAS saya amat berharap agar PAS menurut jejak DAP di dalam hal ini. Hanyalah yang terbaik perlu “dilepaskan” ke Parlimen. Lebih-lebih lagi PAS sebagai suara Islam di Malaysia perlu memastikan bahawa suara ini kedengaran di peringkat yang paling tinggi di negara kita.

Di dalam dunia tanpa sempadan, sentimen-sentimen kenegerian dan kedaerah perlu dileburkan.

PILIHANRAYA SATU PESTA?

Mr Khairy, Don’t lah try to answer on behalf

In Belit Khairy on January 8, 2008 at 12:49 pm


unstoppableme

(…) Why then does Government elected personnel like Election Commission chairman have to declare he knows the Election is round the corner? Does this mean that the Chairman has been speculating or the vow to ensure a free and fair election as declared in the motto, objectives and vision (http://www.spr.gov.my/) are all rhetorics with inclination to serve the ruling Government instead of the rakyat and His Majesty the Yang di-Pertuan Agong after consultation with the Conference of Rulers in Article 114.

If the Chairman could utter quotes like he is aware election is round the corner, then he could have conceal information which he has access and had not made known to all political parties which again shows on whose side EC chairman is. Fair and free election? Ahemmm ……..

Mr Khairy, current issues are for real! It’s happening and how can it happen???? What went wrong? Don’t blame the groups, political parties, individuals on these current issues as any efficient management of such situation requires leaders with absolute integrity and knowledge.

If you have leaders who don’t know what the situation is or what is he talking about then why bother be a Minister even a Prime Minister? In leadership by example, it reflects on the leadership if his subordinates had mismanage, involved with corruption, illicit sex or arrogant in making statements like “Take Your Money Back” This is stupidity and yet, manage education portfolio. |more…|

BUAH FIKIR TAN SRI AISHAH GHANI

In Belit UMNO on January 8, 2008 at 12:47 pm


afyassin.blogspot

Tan Sri Aishah Ghani setelah ditemu bual A.F.Yassin di pejabatnya di KL.22 Oktober 2007

“Pada saya perjuangan hendak mendaulatkan bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan memang dah lama dan agak semarak. Akhir-akhir ni tak tahulah saya kenapa. Nampaknya perjuangan itu sudah ditenggelami oleh masalah-masalah lain.
“…Tidak semestinya. Orang macam Datuk Firdaus tu ada akses. Tetapi dia tak boleh duduk saja di situ (DBP).Dia boleh mendampingi pemuda.Itulah saja cara. Nak jadi orang macam Tun Syed Nasir sekarang jarang dan dah tak ada. Kalau kita ambil orang dalam UMNO yang berkebolehan banyak tapi semangat untuk (perjuangkan) bahasa ini tak sangat. Nak buat apa. Dato’ Firdaus tu boleh.”

Ada ke pendidikan percuma?

In Penipuan Yuran Sekolah on January 8, 2008 at 12:45 pm

kuchalana.blogspot

Smlm ada golongan cikgu cikgi marah ngan entry aku pasal kes yuran skolah tu. But it ok, apa yg kita pikir blum tentu org lain akan berfikir yg sama. Masing2 ada point of view masing2. Kadang2 kita berfikir dalam ruang lingkup kita sahaja dan kadang2 kita berfikir dan melihat dari smua sudut dan ruang. Disebabkan pilihanraya dah dekat. Jadi aku nak kuarkan few entry yg agak radikal dan smoga kita dapat berfikir dari smua sudut dan ruang. Aku xmewakili mana2 parti politik. Aku hanya berckp pasal kegagalan sistem dan sistem itu sendri. Dan loop hole ni membuatkan smua org sakit disana sini.

Sebelum apa2 aku nak jawap few people yg kata mustahil education free dan xda mende free dalam dunia ni. Anda salah sbb anda cuma melihat sistem di negara ni ja, kene ingat sistem kita disini meletakkan xda yg free sbb smua mende dtg dgn kos dan pengguna perlu menanggung kos tu. Sedangkan anda telah membayar cukai yg sebenarnya perlu digunakan untuk menanggung kos tadi, jadi anda telah ditipu. Kemana duit cukai anda pergi tuk menanggung smua kos tadi. Klu anda melihat ke luar skit. Anda akan jumpa byk mende free lagi kat sana.

Actually apa yg aku nmpk skang education bcome a business in this country. Bukan bertani ja, education pon dah jadi satu perniagaan. A big damn business. Kadang2 ada perkara perlu dibusinesskan atau dipolitikkan. Dan ada yg xperlu dibusinesskan. Contoh education, pada aku ianya xperlu dilihat dari satu sudut business. It about pembangunan bangsa. Jadi konsep dan sistem tu nampak pincang bila education diniagakan. Klu kita amek europe sebagai contoh, kebanyakan persekolahan tahap menengah dan rendah is free. Klu ada pon bayor minimum ja. Xda yuran tandas atau yuran ‘pad’. Sbb depa buat mcm tu supaya bangsa drg maju dari sudut akal sbb it totally education. Xda politik atau business dalam citer education ni. They really want to see bangsa depa maju dan anak2 depa ada akal. Kita kat sini dah biasa disogok, apa yg sistem dah tetapkan kene ikut dan mereke yg membuatnya sentiasa betol. Sdgkan dalam hati kita berkata mcm2(Xpyah tipu la). Lagi satu kita xdiajar berfikir betol2 tentang baik buruk apa yg ditetapkan. Trima bulat2. K, sbbnya sistem pendidikan kita yg ajar kita jadi macam tu (sejarah kata ikut kata org yg kasi merdeka, klu dak rusuhan kaum.. apara). Bila yuran tinggi, bayor, bila tol tinggi, bayor, bila minyak naik, bayor, bila barang naik, bayor. Sdgkan kita ada pilihan untuk tidak susah mcm tu. Pada aku kesusahan adalah satu pilihan.|more…|

Akhirnya semua naikkkk….

In Naik Harga on January 8, 2008 at 12:40 pm

mirzamohd.blogspot

yuran persekolahan yang beberapa ringgit itu walaupun telah dihapuskan… namun nilainya tidak dapat menyembunyikan fakta sebenar perbelanjaan yang ibubapa perlu ‘korek kering’ pada setiap kali bermulanya sesi persekolahan di awal tahun.

heboh sana-sini ‘jerik pekik’ betapa yuran-yuran ’sampingan’ yang dikenakan oleh pihak sekolah dan pibg sangatlah memeritkan… namun ianya sudah jadi alah bisa tegal dek biasa kerana ianya sudah berlansung bertahun-tahun… lama dahhh… cuma kecohnya ialah dari segi ’slogan’ (pinjam kata Prof. DiRaja ‘Pak Ungku’ Aziz..) yang dilaungkan ‘kunun’nya yuran yang dimansuhkan itu ’seolah’ akan meringankan beban ibubapa….

kini rakyat kepeningan…. minyak masak yang ‘hilang’ dari pasaran… sehingga terpaksa atau memaksa Memanda Menteri kita ‘Pak Lah’ ambil alih tugas Menteri BarangNiaga membuat kenyataan bahawa ada pihak yang diberi subsidi telah menyalahgunakan ‘privilage’ tersebut dan menyebabkan pasaran minyak jadi huru-hara… dan jika keadaan ini tidak dikawal maka sudah tentu harga minyak masak juga akan dinaikkan…

pengusaha bas sekolah juga tidak mahu ketinggalan dalam siri ‘naik menaik’ ini… mereka menggunakan alasan keadaan semasa, harga minyak, kos operasi dsbnya yang menjadi faktor pendorong atau tekanan untuk menaikkan tambang sehingga 80%… ya jika keadaan ini tidak dikawal, para ibubapa kenalah mencari duit tambahan untuk memastikan anak-anak mereka sampai ke sekolah dengan selamat walaupun ada bas-bas sekolah yang begitu nazak macam lori kutip sampah…

turut mengambil kesempatan ialah para pengusaha bas ekspres yang mahu menaikkan tambang mereka atas alasan ‘penetapan kerajaan agar mereka memasang alat GPS’ memerlukan mereka berbelanja ‘besar’ dan beban ini memungkinkan mereka menaikkan tambang untuk menanggung kos tersebut…. yang ini saya musykil… sebab? sebab hari-hari ke kena pasang alat itu?… its a ‘one-off investment’ dan boleh dicover dari keuntungan operasi… dan ‘idea’ nak naikkan tambang ini memang menggarut… kalau dulu masa pengguna duduk bawah tempurung bolehlah bagi alasan sebegini… |more…|

Kenapa perlu membazir wang?

In No2umno on January 8, 2008 at 3:12 am


Mahu menghubungi rakan?

Blog No2umnO menyediakan ‘Yahoo Messenger’. Cuma perlu aktifkan akaun Yahoo Messenger anda dan gunakan password dan id “Yahoo” lantas anda boleh menghubungi rakan rakan Yahoo anda yang lain.

Scroll ke bawah, perhatikan di sebelah kanan skrin. Anda akan lihat “Yahoo Messenger” column.

Selamat menggunakan perkhidmatan ini dan penjimatan bill talipon itu nanti boleh digunakan untuk bayar yuran anak untuk tahun hadapan.

Salam……

SENATOR UMNO SALAHKAN IBU BAPA

In Penipuan Yuran Sekolah on January 8, 2008 at 2:54 am

Berikut adalah kenyataan yang dibuat oleh Senator Datuk Syed Ali Al Habshee, Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras.

“Kerajaan telah banyak berkorban dalam menentukan setiap kanak-kanak mendapat pendidikan asas menerusi pemberian buku teks percuma kepada semua murid tanpa mengira pendapatan keluarga serta pemansuhan yuran bagi sekolah rendah dan menengah.

“Justeru apalah salahnya ibu bapa menyumbang kepada pihak sekolah sebagai satu aspek pelaburan untuk masa depan anak mereka sendiri,” katanya.

Sambil menyalahkan ibu bapa, beliau menyatakan bahawa lagi,”Masalah timbul kerana ada kalangan ibu bapa tidak pernah menghadiri mesyuarat PIBG sekolah anak mereka dan apabila mendapat tahu mengenai kadar yuran tambahan yang ditetapkan, mereka melenting dan mula melemparkan pelbagai tuduhan terhadap pengurusan sekolah sedangkan mereka tidak mengetahui keperluan sekolah anak mereka kerana tidak pernah menghadiri mensyuarat PIBG,” katanya kepada Bernama. Rujukan: KLIK

Seorang Senator yang dilantik atas ehsan Pemimpin UMNO, maka bahasanya adalah bahasa UMNO. Beranggapan bahawa UMNO lah yang tolong mereka untuk mencapai kemewahan yang dimiliki sekarang.

Rakyat tidak menyalahkan pihak sekolah diatas peningkatan nilai Yuran, tetapi ibu bapa mempertikaikan tentang janji kerajaan untuk menghapuskan YURAN. “Pendidikan secara PERCUMA”, kononnya. Guru setakat penyampai kata kepada kerajaan. Kalau kerajaan suruh kutip, maka guru pun perlu kutip. Rakyat sesungguhnya faham. Tiada apa yang boleh dilakukan oleh Pihak Guru selain dari mengikut kata dan arahan dari Kementerian, yakni Menteri.

Aku pun malas nak cerita panjang tentang perkara ini kerana kalau setakat kenyataan dari pihak kerajaan, Senator atau sesiapa yang bersekongkol dengan mereka maka ianya terus sama melodinya. Menyalahkan rakyat dan menyalahkan rakyat.

Tapi Senator perlu terima hakikat bahawa setiap seorang rakyat di Malaysia mempunyai hak atas ELAUN yang Senator perolehi setiap bulan. Maka sedar sedar lah sebelum buat kenyataan kerana kalau KULI cuba jadi BOSS, buruk rupanya.