no2umno

Archive for January 11th, 2008

The ten-year mood swings – Raja Petra

In Raja Petra on January 11, 2008 at 11:26 pm


|…| Now, what is 2009, the next ten years (which may be 2008 rather than 2009 if they call an early election) going to look like? We have seen a voters’ mood swing every ten years, just like we saw an economic downturn. Can we expect a downturn of the ruling party’s performance as well?

Most likely. If the Malays and non-Malays unite under a united opposition we can see a 50-50 split in the votes. Of course, Barisan Nasional will still form the government. But it will be without a two-thirds majority and with the loss of a few states.

Kelantan, Terengganu, Kedah and Perlis may fall. Barisan Nasional may lose its majority in Penang, Perak, Selangor and Sabah. And 80 Members of Parliament will sit in the opposition aisle giving Barisan Nasional a mere 64% of the seats, slightly less than the two-thirds it needs to blatantly amend laws such as the recent one that allowed the Prime Minister to extend the tenure of the Chairman of the Elections Commission without seeking the approval of the Agong.

Yes, let us force the opposition to unite.
And if they don’t then let us boycott the opposition. Let us show them we mean business. As Lim Kit Siang said, “The people are the boss.” So let us show them that we really are the boss by telling them what we want and by rejecting them if they refuse to listen to the boss. We want 80 opposition members in Parliament. And we will get it even if we have to vote against the opposition or by not coming out to vote just to teach the opposition a lesson and to show them that if we can’t have it our way then we do not want it any way.

The opposition is arrogant. The opposition has a large ego. They think we need them so they can do what they like. It is time they learned that we do not need them but it is they who need us. Malaysia Today will soon launch a campaign called ONE OPPOSITION OR NO OPPOSITION. The civil society movements and NGOs will soon launch a PEOPLES’ DECLARATION or DEKLARASI RAKYAT. If the ruling party accepts this Declaration we shall support them. Whomsoever accepts it we shall support them, never mind which party they are from. It is time we took back the streets. It is time we took back the ballot box. It is time the Wakil Rakyat learnt the meaning of wakil rakyat. It means we are in charge and they are merely our wakil. |More…|

Kereta termurah di dunia dilancar

In Berita luar on January 11, 2008 at 11:15 pm


Kosmo

ORANG ramai melihat kereta Nano dalam Expo Auto di New Delhi semalam.

NEW DELHI – Syarikat Tata Motors di India semalam melancarkan kereta kecil empat pintu termurah di dunia yang berharga AS$2,500 (RM8,168) termasuk cukai.

Ketua syarikat itu, Ratan Tata berkata, pelancaran kereta itu sekali gus mencipta sejarah pengangkutan di negara berkenaan.

Kereta yang boleh diduduki oleh lima orang itu dijangka mula berada di jalan raya pada lewat tahun ini dan ia dikenali dengan nama Nano.

Ratan yang memandu sebuah kereta itu dalam majlis pelancaran berkata, syarikatnya mahu mengeluarkan kereta yang selamat, mampu dibeli dan sesuai dengan pelbagai keadaan cuaca.

Kereta itu mempunyai enjin berkapasiti kecil dengan had kelajuannya adalah 105 kilometer sejam.

Model asas kereta itu tidak mempunyai pendingin hawa, tingkap berkuasa elektrik dan stering berkuasa.

Syarikat itu menjadikan penduduk India yang semakin mewah berikutan pertumbuhan eknomi pesat sebagai sasaran pelanggan.

Bagaimanapun, setakat ini, syarikat itu tidak mempunyai hasrat untuk memasarkan kereta tersebut ke Amerika Latin.

“Saya melihat sebuah keluarga menaiki skuter di mana bapa mengendalikannya, anaknya yang kecil berdiri di hadapan dia manakala isterinya duduk di bekalang sambil mendukung bayi,” kata Ratan.

“Keadaan itu menyebabkan saya berfikir sama ada seseorang itu mampu mengeluarkan sebuah kereta yang selamat, mampu dibeli dan sesuai dengan semua bentuk cuaca untuk keluarga tersebut,” tambahnya.

Taikun itu menjelaskan bahawa kereta berkenaan adalah lebih selamat berbanding motosikal di jalan-jalan raya India.

“Kereta itu direka bagi memenuhi semua piwaian keselamatan dan ia mempunyai kadar pencemaran udara yang lebih rendah berbanding pengangkutan dua roda di India,” tambahnya

KES PARANJOTHY: LAKUNAN ATAU APA ?

In Belit Gerakan, Paranjothy on January 11, 2008 at 11:13 pm

Paranjothy terima apa sahaja keputusan parti
Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Naib Ketua Pemuda parti Gerakan, S. Paranjothy yang mencetuskan isu mendakwa UMNO sebagai punca kaum India terpinggir di negara ini bersedia menerima apa sahaja keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CCC) parti itu yang dijangka bermesyuarat esok.

Paranjothy ketika dihubungi berkata, beliau diberitahu CCC akan membuat keputusan berhubung hukuman yang akan dikenakan ke atasnya pada mesyuarat tersebut.

‘‘Saya diberitahu CCC akan bermesyuarat esok dan mungkin membuat keputusan berhubung perkara berkenaan. Apa sahaja keputusan yang diputuskan, saya terima,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, katanya lagi, sehingga kini beliau masih belum dipanggil oleh jawatankuasa pusat itu untuk memberi sebarang penjelasan.

Menurutnya, beliau ketika ini masih meneruskan tugas sebagai Naib Ketua Pemuda Gerakan, jawatan yang dipilih oleh perwakilan pada pemilihan parti.

Jelasnya, bentuk hukuman yang akan dikenakan ke atas beliau hanya boleh ditentukan oleh Jawatankuasa Disiplin parti, selepas CCC berbincang dan membuat keputusan mengenainya.

Baru-baru ini, Paranjothy mengeluarkan kenyataan yang disiarkan dalam Internet dengan mendakwa UMNO salah satu daripada punca mengapa kaum India terpinggir di negara ini.

Beliau kemudian menyatakan tidak menyesal mengeluarkan kenyataan itu dan bersedia untuk menerima apa jua bentuk hukuman kerana ia merupakan usahanya untuk meluahkan perasaan rakyat di peringkat akar umbi.

Berikutan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendesak Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon segera memberi penjelasan berhubung kenyataan Paranjothy itu.

No2umno – Apa yang anda saksikan adalah satu cerekarama atau di dalam bahasa indonesia di panggil SINETRON. Samaada ianya lakunan Paranjothy sendirian atau ia sudah dirancang bersama Presiden Gerakan. Kalau disingkir, maka benar lah dan kalau tidak, maka semua ini adalah mainan politik menjelang pilihanraya.

An Attempt To Cover Up Improprieties In Maika Holdings

In Belit MIC on January 11, 2008 at 10:56 pm

Attack On M. Kulasegaran By Johor MIC Assemblyman An Attempt To Cover Up Improprieties In Maika Holdings And Silence Voices Of Shareholders Seeking The Truth

Media Statement; by Lim Guan Eng; (01/11/2006)
(Petaling Jaya, Wednesday): DAP unreservedly condemns the irresponsible, illegal and violently unacceptable behaviour of Johor State Assemblyman for Tenggarah Datuk S. Krishnasamy in attacking DAP National Vice-Chair and MP for Ipoh Barat M. Kulasegaran yesterday during the Maika Holdings Bhd(Maika) Annual General Meeting(AGM). In his police report yesterday, Kula asked police to act against the Johor ADUN for elbowing Kula and pushing Kula away from the mike when Kula was speaking to the Maika AGM at Legend Hotel in Kuala Lumpur. Clearly this attack on Kula by Krishnasmy is an attempt to cover up improprieties in Maika Holdings and silence voices of shareholders seeking the truth and why their investment has not resulted in promised returns.

In trying to stifle the outcry and shut up the debate without revealing the outcome of the voting, Kula was attacked and the meeting was taken over by those displaying hooligan-like behaviour”

According to the report by Kula, “70% of the over 500 shareholders of Maika who attended the AGM had voted against the first agenda ‘to receive and adopt the Audited Financial Statements for the year ended 31 December 2005 together with reports of the directors and Auditors’. Realising that they were defeated the Chairman presiding the meeting refused to declare the results. This caused great unhappiness and dissatisfaction. In trying to stifle the outcry and shut up the debate without revealing the outcome of the voting, Kula was attacked and the meeting was taken over by those displaying hooligan-like behaviour” DAP expresses disgust at the gangster politics employed by BN parties. Apparently UMNO is not the only one to use threats to silence truth-seekers when they can not explain or justify their actions. Recently such threats were employed against Professor Dr Lim Teck Ghee for being seditious in making conclusions from his academic research that the NEP 30% target for corporate bumi equity has been exceeded based on calculation of market value.

Similar violent tactics were employed by supporters of Port Klang ADUN and Majlis Perbandaran Klang Councillor Datuk Zakaria Md Deros when the public went to his palatial mansion on 29.10.2006. As Kulasegaran said, such violent tactics has no place in our Malaysia political culture.
Further violence would not silence ordinary Indians who demand answers why their hard-earned money invested in Maika has not generated returns. MIC President Datuk S. Samy Vellu has a moral obligation and duty to the Indian community to explain the Maika shareholders the value of the investments.

He must also condemn and disassociate MIC and himself from the gangster tactics employed by Datuk Krishnasmy as not only shameful to MIC but also to all Malaysians. Any failure to condemn Krishnasamy and explain to Maika shareholders would only confirm suspicions that MIC is trying to cover up the real truth of what has gone wrong in investments in Maika Holdings. DAP views this incident seriously and expects the police not to be affected by any politicial interference in investigating this incident. Should the police fail to take action then the matter would be pursued further for no one is above the law and even State Assemblyman do not have the right to assault people. |more…|

Yuran Sekolah: Dato Hishamudin Kenal ke Pacat?

In Penipuan Yuran Sekolah on January 11, 2008 at 10:54 pm

tukulbesi

Sesi persekolahan akan masuk minggu ke tiga Isnin depan.Ibu bapa yang gembira dengan pengumuman PM tahun lalu,yuran persekolahan dihapuskan, mengeluh panjang apabila mengetahui bayaran yang dihapuskan itu hanyalah sebanyak RM 4.50 untuk sekolah rendah yang senilai dengan harga seketul ikan patin masak tempoyak di Restaurant Mak Mah Tomyam,Nadi Kota.

Rosdi Pak We Jengka 15 yang mendaftarkan anaknya minggu lepas di SK Jengka 15 bertanya cikgu ,berapa jumlah yuran yang dihapuskan oleh kerajaan?

“RM 4.50 saja”,jawab cikgu.”Kalau banyak tu wak pe dok heboh satu Malaysia”,balas Rosdi geram.

Di SK Bandar Pusat,Lutfi kontraktor letrik yang mendaftar tiga orang anaknya bertanya soalan yang sama kepada cikgu anaknya. Bila dengar jawapan cikgu ‘RM 4.50’,spontan di sambut oleh Lutfi,”Umno ni memang kuat menipu’.Cikgu yang sibuk melayan ibu bapa untuk membayar yuran hanya tersenyum ,mungkin tanda setuju.

Begitu juga denga Keri Bomoh pemandu ambulan Hospital Jengka.Katanya pengumuman kerajaan tahun lalu hanya untuk kaburi mata rakyat untuk terus sokong kerajaan.

Saya yang hanya ada dua orang anak yang bersekolah kebangsaan (setakat ini)masih mengeluh hingga hari ini.Untuk membeli pakaian sekolah kedua anak saya,saya telah mengeluarkan RM 180.00 tidak termasuk sepasang baju melayu dan songkok untuk anak lelaki saya pakai pada setiap Jumaat ataupun ke kelas KAFA pada sebelah petang.Itupun hanya sepasang kasut seorang.Isteri saya terpaksa mengorbankan masa untuk membasuh kasut anak lelakinya setiap hari.maklumlah budak baru masuk masuk Darjah 1,manalah tau jaga kebersihan.

Untuk buku dan bayaran yuran pelbagai jumlah kesemuanya 173.00 .Untuk daftar ke Kelas KAFA,tak kurang RM 150 lagi saya perlukan.Jumlah keseluruhan campur baju melayu yang belum dibeli tak kurang RM 550.00 perlu dikeluarkan.Cuma saya bernasib baik sedikit kerana saya ada kelas KAFA persendirian,tak perlulah saya bayar lebih macam orang lain.

Bagaimana agaknya orang yang ada anak Sekolah Menengah,yang ada anak 3,4 orang bersekolah.RM 1000 pasti perlu dilaburkan untuk pendidikan anaknya.Mana lagi nak korek duit nak bayar pelbagai bil,air,api,telefon,nak beli barang keperluan yang makin naik harga,minyak masak yang ditukar dengan majerin.Pak-pak menteri tak nampak ke?
Ataupun kita pakai fatwa kontroversi Dr Mashitah beberapa tahun lalu yang mengharuskan melacur kerana dharurat,nak sekolahkan anak!

Dato Hishamudin kenapa nak melenting perlekehkan ibu bapa?Jangan persoal sumbangan kami.Kamu boleh pakai kereta harga RM 900 ribu,kamu tak nampak kesusahan kami.Kami buruh kasar,petani,peniaga kecil,pesawah ,RM 500 cukup besar bagi kami.Dato’ Hisham kenal ke lintah?Tahu ke beza yang mana lintah yang mana pacat?

Gambar:Anak saya Ahmad Nasrullah Darjah 1 dan kakaknya Nurus Syuhada Darjah 3

POLIS MINTA BANTUAN DARI PONDOK

In Belit POlis on January 11, 2008 at 12:15 pm

Kerjasama ‘Pondok Polis’ Untuk Kesan Sharlinie

PETALING JAYA, 11 Jan (Bernama) — Polis turut mendapatkan kerjasama setiap “pondok polis” di semua kawasan di Lembah Klang dalam usaha mengesan Sharlinie Mohd Nashar, 5, atau Nini, yang hilang sejak dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata kerjasama baik yang diberikan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan rukun tetangga di kawasan sekitar tempat kejadian juga banyak membantu dalam siasatan yang dijalankan.

“Saya mengalu-alukan pihak lain yang ingin memberikan bantuan dan polis akan memberikan kerjasama yang sewajarnya agar Nini dapat ditemui semula,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini.

Sharlinie dilaporkan hilang kira-kira 11.30 pagi Rabu lepas ketika bermain bersama kakaknya Sharliena, 8, di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan di sini.

Ditanya mengenai kemungkinan kanak-kanak itu telah dibawa keluar dari negara ini, Arjunaidi berkata sehingga kini belum ada maklumat seperti itu.

Katanya sehingga kini, polis menerima pelbagai maklumat berhubung kehilangan Sharlinie dan semua maklumat itu disiasat serta diambil tindakan.

Bagaimanapun, beliau tidak boleh mendedahkan maklumat itu kerana ia akan mengganggu siasatan selain bimbang akan wujud implikasi lain seperti maklumat itu akan dikembangkan menjadi info berangkai.

TUNGGU PILIHANRAYA BARU UMNO BANTU

In Belit UMNO on January 11, 2008 at 12:12 pm

Mak Yan Kecewa YB tak Bagi Bantuan
tukulbesi.

“Dengar cerita yang hantar makanan tengahari pada kami di Matau ni orang PAS”cerita Mak Yan ,penduduk awal Matau yang merupakan penyokong tegar Umno.

Ketika mengunjungi mangsa-mangsa banjir di Matau,kami cuba bertanya Mak Yan kalau-kalau beliau banyak menerima bantuan dari wakil rakyat BN Jengka,apa jawapan beliau?

‘Tak da bantuan apa pun yang kami terima dari Wakil Rakyat,dulu kita yang pilih dia.patutnya tengahari PAS bagi makanan,ptg dia(YB Umno) pula bagi,ni dak!Tunggulah pilihanraya nanti”. Itulah jawapan dari seorang mangsa banjir yang dulunya begitu yakin dengan Umno.

Mak Yan bukan calang-calang kuatnya Umno,menantunya pernah menjadi Setiausaha Umno Kelantan.Gambar:Dato Tuan Ibrahim sedang bertanya khabar kepada Mak Yan ketika bersama Unit Amal menyampaikan bantuan kepada semua mangsa banjir Matau.

BELI UNDI SALAH DI THAILAND … Malaysia ok

In Berita luar on January 11, 2008 at 12:08 pm

Pemerhati Pilihan Raya Mahu ECT Lebih Telus

Oleh D. Arul Rajoo

BANGKOK, 11 Jan (Bernama) — Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand (ECT) perlu konsisten, adil dan telus dalam memberikan kad kuning serta merah kepada pemenang pilihan raya umum 23 Dis lepas, kata pemerhati politik Asian Network for Free Elections (Anfrel) Jumaat.

Penyelaras misinya, Ichal Supriadi berkata ECT perlu terbuka dalam peraturan mereka dan memaklumkan secara terperinci kepada orang ramai tentang keputusan yang mereka buat semasa menyiasat kes pelanggaran pilihan raya yang membawa kepada penangguhan pengumuman pemenang pilihan raya itu dan pembentukan kerajaan baru.

“Ke arah membina kepercayaan orang ramai, ECT perlu menerbitkan peraturan bertulis bagi setiap kes dalam laman web mereka. Sungguhpun sesetengah maklumat daripada siasatan itu jelas sensitif, ECT seharusnya mengeluarkan secara aktif seberapa banyak bukti kepada orang ramai agar peraturan mereka lebih mudah diteliti,” kata Supriad dalam satu kenyataan di sini.

People’s Power Party (PPP), yang diwujudkan oleh penyokong Perdana Menteri yang disingkirkan, Thaksin Shinawatra, memenangi 233 kerusi dalam pilihan raya itu tetapi tidak mencapai 241 kerusi yang diperlukan bagi membentuk kerajaan sendiri dan mungkin kehilangan lebih banyak ekoran pembatalan empat calonnya.

ECT telah pun memberikan tujuh kad merah kepada empat calon PPP, dua dari Chart Thai dan seorang calon Matchimathipataya kerana pembelian undi yang menghalang mereka daripada bertanding dalam pilihan raya kecil manakala berbelas-belas orang lagi diberikan kad kuning yang membolehkan mereka bertanding semula.

ECT turut menyiasat VCD Thaksin yang diedarkan semasa kempen pilihan raya meskipun beliau diharamkan daripada politik selama lima tahun, selain dakwaan PPP menjadi penama parti Thai Rak Thai yang dibubarkan dan kes timbalan ketua PPP Yongyuth Tiyapairat yang disiasat oleh ECT kerana melakukan penipuan dalam pilihan raya.

PPP boleh dibubarkan sekiranya mana-mana dakwaan itu didapati benar.

Anfrel, yang menugaskan 37 pemerhati pilihan raya antarabangsa bagi pilihan raya Thai, berkata ia juga akan memerhatikan pilihan raya semula yang diadakan selepas calon dibatalkan kerana melanggar peraturan pilihan raya, bermula dengan Nakhon Ratchasima pada Ahad ini dan Buri Ram minggu depan.

“Dalam konteks politik yang sensitif ini apabila sebuah kerajaan masih belum ditubuhkan, pilihan raya semula perlu ditadbirkan dengan baik dan keputusannya diterima oleh semua pemegang kepentingan dalam pilihan raya,” kata Supriadi.

Supriadi berkata semua calon perlu mengelak daripada melanggari peraturan pilihan raya bagi memastikan pilihan raya yang lancar dan boleh dipercayai memandangkan pembelian undi yang berulang kali membawa risiko pilihan raya semula yang dapat merenggangkan pengundi dan membazirkan bajet pilihan raya.

JKR diarah segerakan bayaran projek untuk biayai kempen BN

In Belit BN on January 11, 2008 at 10:59 am

Detikdaily
Minda Lutfi
Oleh Ahmad Lutfi Othman

HAMPIR semua bersepakat bahawa tarikh pilihan raya umum ke-12 begitu dekat sekali. Ia bukan lagi diukur dalam tempoh “beberapa bulan”, tetapi hanya tinggal “beberapa hari”. Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi tentu ada formula tersendiri bagi mengulangi kemenangan besar 2004, namun beliau kini tersepit kerana tarikh penting itu. yang dijangka sekitar Mac 2008, sukar dianjak lagi.

Antara persiapan paling penting Umno-BN sebelum Parlimen dibubarkan adalah menilai kemampuannya untuk membeli undi. Bukan rahsia lagi apabila kekuatan gabungan parti pemerintah amat bergantung kepada faktor kewangan yang melimpah. Dana politik Umno-BN mesti dipastikan penuh sebelum Abdullah boleh mencadangkan tarikh strategik supaya mandat baru dicari.

Tanpa bekalan dana yang mencukupi, jentera pilihan raya Umno-BN agak mustahil dapat digerakkan. Segala-galanya memerlukan duit. Petugas dan penyokong parti hanya ghairah berkempen jika disogok dengan material termasuk penampal poster.
Justeru, kocek ahli-ahli parti harus berisi sebelum jentera kempen dilancarkan secara efektif. Ada tempat menyaksikan bendera dan sepanduk BN terperosok di bilik gerakan menjelang hari mengundi ekoran “wang lambat turun”.

Ribuan juta belanja kempen
Soalnya, dari mana Umno-BN mendapatkan sumber kewangan dalam waktu sesingkat ini kalau bukan berpunca daripada khazanah kekayaan negara sendiri. Belanja kempen BN bukannya kecil. Ia tidak diukur dalam jumlah puluhan juta ringgit lagi kerana “bisnes ini sudah melewati angka ribuan juta”, termasuk untuk memastikan tiada suara protes dalam parti terhadap calon yang terpilih.

Lubuknya adalah wang pembayar cukai melalui perlaksanaan projek pembangunan secara rundingan terus. Saya pernah beberapa kali membangkitkan isu projek rundingan terus ini, termasuk membina Istana Negara baru. Hasil pendedahan Harakah, kos pembinaan dapat dikurangkan, dari lebih RM1,100 juta kepada sekitar RM650 juta. Menurut sumber, keuntungan projek rundingan terus begitu lumayan, sehingga 40 peratus kos keseluruhan, berbanding tender terbuka, sekitar 15-20 peratus sahaja.

Fast track
Petanda bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat kian terserlah apabila Jabatan Kerja Raya, pada 14 Disember 2007, diarahkan untuk mengeluarkan Surat Setuju Terima atau Surat Tawaran kepada ratusan projek rundingan terus secara ‘fast track’. Diperingatkan bahawa semua Surat Tawaran itu hendaklah dikeluarkan sebelum akhir tahun 2007.

Ia bagi membolehkan bayaran pendahuluan dapat dibuat secepat mungkin kepada pihak kontraktor, dan dengan itu, bayaran politik untuk dana pilihan raya Umno-BN dapat dilunaskan segera.

Umum maklum bahawa bagi setiap projek yang diluluskan, sekurang-kurangnya 5 peratus dari kos keseluruhan projek akan dialirkan kepada orang-orang politik, khususnya yang rapat dengan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Maknanya, jika projek itu bernilai RM1 bilion, maka ‘ufti’ yang dipungut adalah RM50 juta. Kini projek bernilai kira-kira RM1 bilion merupakan perkara biasa dan tidak dilihat sebagai satu angka yang besar lagi.

Agak aneh apabila pihak JKR terpaksa tergesa-gesa mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada kontraktor projek rundingan terus sedangkan kontraktor berkenaan belum pun mengemukakan cadangan teknikal dan semakan harga. Manakala kos yang dirujuk adalah harga siling yang dibenarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU).

Segala peraturan dilanggar
Namun disebabkan keperluan tabung pilihan raya Umno-BN diisi, maka segala peraturan dan kelaziman dilanggar. Ini meningatkan kita kepada jaminan kosong Abdullah semasa mula-mula menjadi Perdana Menteri lebih empat tahun lalu bahawa beliau akan memilih kaedah tender terbuka dalam memilih kontraktor berwibawa.

Ketika heboh melancarkan projek di bawah RMK9, Abdullah, pada 7 Ogos 2006, sekali lagi menegaskan bahawa ia juga berasaskan “tender terbuka yang pemilihan syarikat pelaksananya dibuat berdasarkan cadangan pelaksanaan projek berdaya maju.”

Semasa menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Mohd Daud Tarihep pada sidang Dewan Rakyat, 25 Jun 2007, Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr Hilmi Yahaya. berkata pendekatan rundingan terus hanya dikhaskan untuk projek-projek tertentu yang memerlukan kepakaran dan kemahiran serta perlu disiapkan segera.

“Sebagai contoh, projek yang melibatkan pertahanan, kerana ia sulit serta memerlukan kepakaran tertentu atau perlu disiapkan segera,” katanya.

Rundingan terus membawa padah
Dua hari sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) Dato’ Shahrir Abdul Samad berkata langkah kerajaan melaksanakan pembinaan bangunan berdasarkan konsep reka dan bina atau secara rundingan terus dikenal pasti sebagai punca mengapa bangunan kerajaan menghadapi masalah penyelenggaraan, daripada kebocoran paip kepada keretakan struktur.

Rundingan terus, kata Shahrir telah mewujudkan konflik kepentingan di antara juru perunding dan kontraktor pembinaan bangunan. “Jika ia dilaksanakan secara tender terbuka, check and balance di antara perunding dan kontraktor adalah lebih ketat,” ujarnya.

Terbukti segalanya palsu. Abdullah tidak memegang kepada janjinya sendiri, malah menjadikan kantung kekayaan negara sebagai sumber utama untuk menjayakan jentera kempen Umno-BN dalam pilihan akan datang. Untuk pengetahuan, segala projek rundingan terus harus mendapat kelulusan Menteri Kewangan. Malah ‘orang-orang Abdullah’ sendiri mengutip ‘cukai 5 peratus’ daripada projek-projek berkenaan.

Projek tersebut langsung tidak berkaitan dengan pertahanan dan keselamatan negara, mahupun memerlukan kemahiran dan kepakaran, atau perlu disiapkan segera. Saya sebutkan beberapa projek rundingan terus yang cadangan harganya belum dikemukakan kontraktor tetapi diarahkan supaya Surat Tawaran dikeluarkan juga, agar bayaran politik untuk dana kempen Umno-BN dapat dilunaskan. Jumlah semua projek berkenaan adalah RM2,900 juta.

Senarai projek untuk kempen BN?
Antaranya ialah empat projek naik taraf jalan bernilai RM75 juta, LHDN Cyberjaya (RM200 juta), JPJ Alor Star (RM50 juta), Intan Sarawak (RM41 juta), IKBN Kelantan (RM40 juta), Terminal Makanan Negara Kota Bharu (RM85 juta), UiTM Kepala Batas (RM80 juta), Universiti Malaysia Sabah (RM115 juta), Politeknik Mersing dan Banting (RM230 juta), Fakulti Pelancongan UUM Langkawi (RM238 juta), UIAM Janda Baik (RM289 juta), Kompleks Kementerian Dalam Negeri (RM130 juta), 6 projek berkaitan hospital (RM340 juta).

Selain itu, Surat Tawaran juga diarah untuk segera dikeluarkan bagi projek di peringkat penilaian dan penyemakan cadangan harga yang telah dikemukakan oleh kontraktor. Sebanyak 15 projek terbabit yang membabitkan kos keseluruhan RM3.3 bilion, menurut harga yang dikemukakan oleh pihak kontraktor. Antaranya ialah projek Hospital Wanita dan Kanak-Kanak HKL bernilai hampir RM1 bilion, selain cadangan naik taraf Jalan Persiaran Kuala Selangor, Shah Alam (RM101 juta).

Perang besar Mac depan
Walaupun tabung kempen BN akan digunakan sepenuhnya untuk membeli sokongan dalam pilihan raya ke-12, mengulangi taktik kotor dalam siri pilihan raya sebelum ini, namun jika aktivis pembangkang memberikan komitmen 100 peratus dalam “perang besar” yang dijangka Mac depan, dan merujuk pergolakan isu-isu semasa, Abdullah dipercayai berdepan situasi lebih sulit yang mungkin tidak diduganya

Siapa tembak mati Adun MIC Johor?

In S. Krishnasamy on January 11, 2008 at 10:55 am

Malaysiakini

Timbalan Pengerusi MIC Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, S Krishnasamy mati ditembak oleh penyerang yang tidak dikenali di ibupejabat MIC Johor hari ini.

Ketika dihubungi, kakitangannya mengesahkan bahawa Krishnasamy, 58, mati sejurus selepas ditembak pada jam 2 petang tadi.

Krishnasamy ditembak dua kali dari jarak dekat.

Laporan yang tidak disahkan, mendakwa Adun tiga penggal itu ditembak oleh dua orang yang mendatanginya dekat lif di ibupejabat parti tersebut.

Krishnasamy dikatakan dalam perjalanan untu menghadiri mesyuarat.

Krishnasamy, seorang kontraktor, meninggalkan seorang balu, Sornavalli dan empat orang anak.

Beliau juga terpilih sebagai ahli jawatankuasa pusat MIC pada tahun 2000, 2003 dan 2006.

Krishnasamy merupakan ahli politik MIC kedua yang ditembak mati. Pada 2000, Adun Lunas ketika itu, Dr Joe Fernandez ditembak mati di Bukit Mertajam oleh orang yang tidak dikenali.

Ketika dihubungi kemudiannya, Aduh Kahang (Johor), S Ramis menyifatkan kematian Krishnasamy’ itu sebagai satu kerugian besar kepada parti tersebut.

“Beliau adalah seorang yang tegas dan berani yang bekerja kuat untuk kawasan pilihanrayanya dan masyarakat India.

“Ini adalah satu kerugian besar. Beliau adalah salah seorang pemimpin yang berpotesni memimpin MIC negeri,” katanya.

GEMPAR !!! SALJI DI IRAQ

In Salji Iraq on January 11, 2008 at 10:49 am

Snow falls on Baghdad for first time in memory
Source: Reuters

BAGHDAD, Jan 11 (Reuters) – Snow fell on Baghdad on Friday for the first time in memory, and delighted residents declared it an omen of peace.

“It is the first time we’ve seen snow in Baghdad,” said 60-year-old Hassan Zahar. “We’ve seen sleet before, but never snow. I looked at the faces of all the people, they were astonished,” he said.

“A few minutes ago, I was covered with snowflakes. In my hair, on my shoulders. I invite all the people to enjoy peace, because the snow means peace,” he said.

Traffic policeman Murtadha Fadhil, huddling under a balcony to keep dry, declared the snow “a new sign of the new Iraq.”

“It’s a sign of hope. We hope Iraqis will purify their hearts and politicians will work for the prosperity of all Iraqis.”

The streets of the capital were largely empty as big, thick, wet flakes fell on Friday morning, a weekend day in Iraq. The temperature hovered around freezing and the snow mostly melted into grey puddles when it hit the ground.

But it was still lovely, said Mohanned Rahim, a baker: “This snow will bring pleasure to the people of Iraq. It’s beautiful!”

DI TEMBAK 2 DAS TEMBAKAN

In S. Krishnasamy on January 11, 2008 at 10:38 am

Timbalan Pengerusi MIC Johor ditembak mati
Harakahdaily

Terkini! | KUALA LUMPUR, 11 Jan (Hrkh) – Bernama melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tenggaroh Dato’ S. Krishnasamy ditembak mati di bangunan MIC Johor di Johor Baharu petang ini, kata Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan, kakitangan pejabat MIC Johor mengesahkan, ahli politik MIC itu mati sejurus selepas ditembak dua kali dari jarak dekat kira-kira jam 2 petang tadi.

Dalam satu laporan yang tidak dapat disahkan, Adun yang mewakili kawasan Tenggaroh itu, ditembak selepas dua lelaki merapati beliau berhampiran lif pejabat MIC Johor ketika Krishnasamy dijadualkan menghadiri mesyuarat.

Krishnasamy, yang merupakan seorang kontraktor meninggalkan seorang balu, Sornavalli dan empat orang anak.

Krishnasamy sebelum ini dipilih tiga kali menjadi AJK MIC Pusat sejak tahun 2000.

Krishnasamy merupakan ahli politik MIC yang kedua ditembak mati selepas Adun Lunas, Kedah, Dr Joe Fernandez ditembak mati di Bukit Mertajam beberapa tahun lepas.

GEMPAR !!! Datuk S Krishnasamy ditembak mati

In Berita Gempar on January 11, 2008 at 8:06 am

Adun Tenggaroh ditembak mati
Harian Metro

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, Datuk S Krishnasamy ditembak mati di hadapan bangunan MIC di sini, tengah hari ini, kata Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mohktar Mohd Sharif.

No2umnO – Berita ini diperolehi dari Harian Metro……Samy Vellu …… Amacam? Apakah kaitan pembunuhan ini dengan upacara ’sembahyang mayat’ yang dilakukan kaum India di Malaysia kepada Samy Vellu? Is there anything that i missed?

GEMPAR !!!

ALAHAI BUCHUKKK POLIS

In Belit POlis on January 11, 2008 at 7:51 am

Tian Didakwa Menggigit Polis, Video Buktikan Polis Pukul Tian

Kuala Lumpur, 11 Jan – Ketua Penerangan Tian Chua hari ini didakwa menggigit polis semasa ditangkap dalam perjalanan ke penyerahan memorandum Bersih ke Parlimen pada 11 Disember, 2007.

Dakwaan tersebut dibuat di makhamah majistret Kuala Lumpur dan perbicaraan akan diadakan pada 16 dan 17 April. Jika didapati bersalah, Tian boleh dipenjarakan 3 tahun.

Menurut Tian, video di bawah membuktikan mustahil beliau menggigit polis ketika dikerasi dan ditangkap dalam insiden tersebut.

No2umnO – Polis makin comel dan manja. Kena gigit tak boleh, kena jentik pun tak boleh. Yang menembak tak kena, yang ditembak ditangkap. Alahai kalau dah manja sangat, jangan jadi polis. Duduk rumah hisap puting la.

RTM: Surat kepada MSTAR

In Belit RTM on January 11, 2008 at 7:32 am

APA nak di hairankan?
dipetik: mstar

Kakitangan Kementerian sendiri pun tentu tahu apa yang di hidangkan oleh suku-sakat kaum puak (RTM) dari kalangan mereka juga.

Termasuklah kakitangan2 RTM sendiri, Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Filem Negara semuanya memang ‘aware’ atau sedar yang segala apa yang dipaparkan oleh RTM, dibawah naungan Kementerian Penerangan hanyalah Info Auta semata-mata.

Jadi takkan mereka sendiri hendak melihat akan hidangan yg rata-rata mereka sendiri tahu apa kontennya. Bodohlah kalau mereka sendiri menjadi penonton hasil dari penipuan dari kalangan mereka sendiri. Betullah, Saluran Infotainmen RTM penuh dengan sampah sarap.

Kenapa jadi begitu? Why? Agaknya kemungkinan besar adalah disebabkan dari beberapa faktor:

  1. Well-known facts that all are really trashy stuff from RTM channels. Therefore, they know too well and simply refused to watch these.
  2. Sabotage (direct as well as indirect) towards their own boss (the DKK minister), who is so ‘loghat’ & ‘menyibuk lebih.’ The way they did or made it to appear as if it is ‘unintentional’ i.e. without intention (tak disengajakan- inadvertently) by making mistakes or blunders, whether stupid mistake or not. So the stupid ‘loghat & menyibuk lebih’ boss got played out by that kind of excuses.
  3. Silent protest is another ways and means to make most programs from RTM to be of low class category to the standard of garbage.
  4. They know very very well where their real ’standard’ is actually. When they (RTM) always mentioned ‘berprestij’ or something of ‘masuk bakul angkat sendiri’ – when in it is really means the opposite.
  5. Too much of favouritism among those ‘who-know-who’ – using the qualification of ‘technical-know-who’ rather than ‘technical-know-how’. That’s why technically all RTM presentations are so damned lousy technically (even in this modern state-of-the-art technology already here years ago) as well RTM has no taste at all in their arts and performance.

How to beat those TV swasta. They are much better and more viewers than you old-fashioned TV station with those sub-standard TV hosts and ‘pengacara’s. Overall RTM is very much below standard compared to those of others.

SAM SEMAUN

GEMPAR !!! Orang kuat MIC Johor ditembak

In MIC ditembak on January 11, 2008 at 7:25 am

MStar

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy ditembak di ibu pejabat MIC di Johor.

Keadaannya, yang juga naib ketua MIC Johor, bagaimanapun belum diketahui setakat ini.

SEJAK BILA RAKYAT BOLEH HARAP PADA BPR?

In BELIT BPR on January 11, 2008 at 7:15 am

Perisikan BPR Siap Sedia Pastikan Pilihan Raya Bebas Politik Wang

JOHOR BAHARU, 11 Jan (Bernama) — Bahagian Perisikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah bersiap sedia untuk memastikan pilihan raya umum ke-12 bebas daripada gejala politik wang.

Pengarahnya, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Datuk Jamidan Abdullah berkata BPR akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang menjalankan aktivti rasuah dalam pilihan raya.

“BPR tidak memilih bulu dan telah bersedia untuk bertindak ke atas sesiapa sahaja yang mengamalkan rasuah dalam pilihan raya itu,” katanya di sini hari Jumaat.

Beliau berkata sejumlah 250 anggota perisikan BPR akan turun padang semasa tempoh pilihan raya umum bagi mengumpulkan maklumat agar siasatan dapat dijalankan secara terperinci oleh Bahagian Penyiasatan BPR.

Katanya tidak ada tumpuan khusus kawasan mana yang akan dipantau BPR pada pilihan raya umum kelak tetapi setiap tindakan adalah mengikut arahan jabatan.

Jamidan berkata satu unit khas perisikan, yang diberi nama Cawangan Kawalan Zon, akan ditubuhkan di setiap negeri tidak lama lagi dan Johor akan menjadi negeri pertama menubuhkan unit, yang dianggotai seramai lapan orang pegawai.

No2umnO – Heheh … bukan hendak memperkecilkan BPR, tetapi sejak beberapa tahun ini, selagi tiada jerung yang dibawa ke muka pengadilan dan dihukum, maka kredibiliti BPR memang boleh di persoal. Bukan caraya untuk menyatakan diri itu bagus, tetapi ianya dinilaikan dengan prestasi yang lepas dan kini. Kalau setakat jadi benteng untuk pemimpin lari dari tuduhan dan hukuman, maka BPR boleh disamakan dengan UMNO. Tangkap lawan, bebaskan kawan. Sejak bila rakyat boleh mengharap kepada BPR?

MALAYSIA CUMA BANGGA JADI PENUMPANG

In Berita luar on January 11, 2008 at 5:21 am

Mungkin kerana semuanya berharap pada minyak maka, pencipta dan menteri Malaysia leka dari menuju ke arah mencipta kenderaan yang lebih berteknoloji, jimat dan tidak menggunakan minyak. Dijangkakan kalau tiadanya minyak lagi di Malaysia, maka ramai lah para menteri yang kebulur dan rakyat yang bakal mati kekeringan. Bayangkan, cuma dengan menurunkan harga minyak pun boleh BANGKRAPkan negara. Ini kan pula tiada minyak.

Tapi ia tidak berlaku di negara yang tidak mempunyai sumber minyak, mereka berusaha untuk menjadi lebih maju.

dipetik: isuhangat (KLIK)

Syarikat kereta di India ketika ini sentiasa memikirkan kereta yang sesuai untuk rakyat mereka. Dalam masa terdekat mereka akan mengeluarkan kereta 1 Lakh atau kereta pada harga 100,000 Rupee bersamaan dengan RM 8,500. Kereta yang mereka cipta untuk rakyat adalah untuk manafaat rakyat. Konsep kereta rakyat ini sebenarnya dipelopori oleh Volkswagen dimana “Volks” bermaksud Rakyat dan “Wagen” bermaksud Kereta. (Rujuk: KLIK) Imej: kiri

Sementara itu sebuah syarikat di Perancis sedang membangunkan model kereta udara OneCAT pada harga sekitar 3,500 Euros atau RM 17,000. (Rujuk: KLIK)
Imej: Kanan

Sekiranya kereta udara ini dapat dibangunkan dan dikeluarkan di Malaysia , sudah pasti ianya akan memberi manafaat yang begitu banyak kepada rakyat Malaysia, dimana ianya akan mengekang kenaikan harga minyak yang seterusnya akan mengekang kenaikan tarif elektrik, kenaikan harga barangan dan lain-lain keperluan asas masyarakat. Bayangkan sebuah kereta yang boleh membawa 5 orang penumpang hanya memerlukan RM 7 untuk bergerak sejauh 200 km tanpa pencemaran udara.

Malaysia tak perlu cipta kerana kita cukup berbangga hanya sekadar menjadi penumpang.

Skandal tanah Mad Aris ADUN UMNO AMPANG

In Belit UMNO on January 11, 2008 at 4:46 am


detikdaily

Dari maklumat yang diberikan oleh penduduk tempatan dan maklumat dalam memorandum-memorandum dan surat-surat aduan penduduk, Malaysiakini menemui sekurang-kurangnya lapan dakwaan membabitkan skandal tanah, iaitu:

1. Restoran Millennium Curry House di Jalan Nirwana, Taman Nirwana.

2. Zon industri ringan yang terletak antara Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Kampung Pandan Dalam.

3. Kedai ‘Perabut Cempaka’ di Jalan Cempaka 3, Taman Chempaka.

4. Zon Industri ringan di Jalan Nirwana 10, Taman Nirwana.

5. Tapak semaian Pandan Puri Corporation di Jalan 1, Taman Putra Sulaiman.

6. Medan selera yang telah dirobohkan bersebelahan SMK Pandan Indah.

7. Padang sasar golf di Pandan Perdana and;

8. Rumah-rumah tiga tingkat di Taman Chempaka dekat tesen Star LRT. |more…|

SHARLINIE: SIAPA BELIT?

In Belit POlis on January 11, 2008 at 4:31 am

Wanita cantik bawa adik
Kosmo

SHARLIENA menunjukkan tempat Sharlinie dibawa menaiki kereta oleh wanita cantik.

PETALING JAYA – Sharliena Mohd. Nashar memberitahu, adiknya dilarikan oleh seorang wanita cantik memakai kasut tumit tinggi ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas bermain di taman permainan di PJS2 Taman Medan di sini kelmarin.

Sharliena, 8, berkata, ketika itu, dia sedang menaiki basikal manakala adiknya mengekorinya dengan berjalan kaki dari belakang.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi tapak kasut orang berjalan. Saya toleh ke belakang dan nampak wanita itu dan semasa itu, adik masih ada lagi.

“Wanita cantik itu kemudiannya memberi adik gula-gula dan terus menarik adik ke dalam sebuah kereta hitam yang dipandunya sendiri,”
katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini semalam.

Semalam KOSMO! melaporkan Sharliena sebagai berkata, adiknya tiba-tiba hilang dari pandangan dan dia langsung tidak perasan bagaimana Sharlinie boleh hilang sebelum terus balik ke rumah untuk memberitahu ibunya.

Dua beradik itu yang sepatutnya pergi ke kelas mengaji al-Quran selepas selesai sekolah agama pukul 11 pagi bagaimanapun pergi bermain di padang permainan.

Cerita Sharliena lagi, adiknya itu terus menjerit semasa dipaksa masuk ke dalam kereta dan dia hanya mampu melihat adiknya dibawa pergi.

Menurut sumber, pihak polis terpaksa mengulangi pertanyaan yang sama kepadanya untuk memastikan maklumat yang diceritakan sahih.

“Walaupun dia banyak memberi maklumat, kita tidak boleh memakai kesemuanya kerana ia sentiasa berubah-ubah. Kita terpaksa bertanya benda yang sama berulang kali untuk mendapatkan jawapan yang sama,” katanya ketika dihubungi semalam.

No2umnO – Kenyataan kanak kanak tersebut bercelaru mungkin kerana bingung dan rasa bersalah kehilangan adik yang dibawah jagaannya. Tak dapat dinafikan. Tapi yang polis pun bagi kenyataan bercelaru kenapa? Tiba tiba keluar muka lelaki pulak yang disyaki. Serkap jarang lagi ke? Tak per la pak polisi, kita semua tahu Polis kerjanya “JANJI SIAP” …….

PERJUANGAN ISLAM OLEH UMNO MEMANG IKHLAS

In Belit UMNO on January 11, 2008 at 4:28 am

Sembahyang Berjemaah atas jalan
Oleh Helmy Abd Rahman
Harian Metro

KAJANG: Agak mengharukan apabila sebilangan besar masyarakat Islam di Kajang Prima di sini, terpaksa menyambut kedatangan Maal Hijrah semalam dalam keadaan serba kekurangan tanpa kemudahan surau selain memerlukan permit polis untuk menganjurkan majlis agama sempena sambutan berkenaan.

Begitupun, keadaan itu tidak melemahkan semangat penduduk terbabit yang tetap bersatu hati dengan bersama-sama bersolat Maghrib secara berjemaah atas jalan dan menjalankan beberapa aktiviti keagamaan serta jamuan.

Setiausaha Persatuan Penduduk Islam Kajang Prima, Mohd Rashdan Rohani, 33, berkata walaupun sebelum ini kerajaan Selangor berjanji membina masjid di kawasan itu, mereka tetap memerlukan surau supaya 600 penduduk Islam dapat menjalankan aktiviti keagamaan dengan lebih terurus.

Katanya, keadaan menjadi bertambah rumit apabila pengurusan Sekolah Menengah Taman Jasmin 2, kira-kira setengah kilometer dari taman itu, tidak lagi membenarkan penduduk menggunakan surau sekolah terbabit untuk solat Maghrib dan Isyak.

“Sepatutnya ada peruntukan membina surau di kawasan sekitar selepas tapak asal diambil Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk pembinaan Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (Silk).

“Kami bukan menolak pembinaan masjid yang akan dilakukan kerajaan negeri, malah cukup gembira dan bersyukur jika perkara itu menjadi kenyataan tetapi persoalannya kini, tapak masjid yang akan dibina itu belum pasti dan berdasarkan apa yang diberitahu pihak bertanggungjawab, satu masjid akan dibina bagi menggantikan tapak surau yang diambil di Taman Asa Jaya kira-kira dua kilometer dari kawasan perumahan itu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Rashdan berkata, penduduk Islam di kawasan itu berasa seperti ditindas apabila perjuangan lima tahun bagi mendapatkan surau ‘musnah’ sekelip mata.

Menurutnya, penduduk terkilan apabila pembinaan surau yang memerlukan hanya 0.1 hektar daripada seluas 3.3 hektar di taman permainan sedia ada, dibatalkan berikutan bantahan beberapa individu yang tinggal berhampiran tapak itu.

“Kami harap mereka boleh bertolak-ansur untuk membina surau kerana ia untuk kemudahan kami menunaikan solat berjemaah. Malangnya, mereka menolak setiap kali kami mahu mengadakan pertemuan bagi membincangkan masalah ini.

“Kami tidak mahu masalah surau dibesarkan dan ia perlu diselesaikan segera sekali gus boleh mengelakkan perasaan tidak puas hati antara penduduk berbilang kaum di kawasan ini,” katanya.

DIMELAKA, MAK DAN ANAK BERMAKSIAT

In Maksiat on January 11, 2008 at 4:26 am

Ibu, anak dicekup bersekedudukan
Oleh Norfaisal Jahuri

MELAKA: Seorang ibu tunggal bersekongkol bersama anak gadisnya untuk bersekedudukan dengan teman lelaki masing-masing di rumah mereka di Taman Indah Seksyen 3, Padang Jambu, dekat sini.

Perbuatan dua beranak itu terbongkar apabila mereka ditahan bersama pasangan masing-masing oleh Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), pagi semalam.

Ibu tunggal berusia 45 tahun dan anak gadisnya berusia 21 tahun dicekup kira-kira jam 5.45 pagi di rumah mereka.

Pasangan kekasih si ibu yang berusia 37 tahun, manakala teman lelaki anak yang berusia 27 tahun turut ditahan sedang tidur dalam bilik kekasih masing-masing.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata siasatan awal mendapati teman lelaki kepada ibu berkenaan sudah tinggal di rumah itu kira-kira tiga bulan lalu.

Katanya, lelaki terbabit yang juga seorang duda menumpang di rumah berkenaan dengan alasan teman lelaki anak perempuan kekasihnya juga tinggal bersama mereka.

“Lelaki berkenaan bekerja sebagai tukang gunting rambut di Tampin, Negeri Sembilan, manakala teman lelaki anak ibu tunggal itu bekerja sebagai jurujual,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Rahimin berkata, siasatan juga mendapati anak perempuan ibu tunggal itu adalah seorang penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Beliau berkata, ketika pegawai penguat kuasa tiba ke rumah berkenaan, semua mereka sedang tidur dan selepas beberapa minit memberi salam ibu tunggal berkenaan membuka pintu.

Katanya, selepas memperkenalkan diri, pihaknya masuk untuk membuat pemeriksaan dan menemui anak gadis ibu tunggal itu sedang duduk di atas kerusi di ruang tamu.

“Pemeriksaan lanjut menemui dua lelaki terbabit di bilik berasingan dalam rumah berkenaan.

“Selepas mendapati mereka tidak mempunyai sebarang hubungan mahram, mereka ditahan untuk siastan lanjut,” katanya.

Menurut Rahimin, semua mereka akan didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991, kerana bersekediaman dengan bukan mahram.

“Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

YB UMNO MUNGKIR JANJI

In Belit UMNO on January 11, 2008 at 4:23 am

Mana janji YB
Harian Metro
Oleh Mohamad Yatim Latip

MELAKA: “Janji tinggal janji“ begitulah perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan nasib seorang lelaki yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah, Rahman Sabirin, 35 dari Kampung Pengkalan Samak, Merlimau dekat sini yang mendakwa masih belum menerima kerusi roda seperti dijanjikan Biro Kebajikan Umno Bahagian Jasin, enam bulan lalu.

Rahman berkata, bantuan kerusi roda itu dijanjikan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof yang melawatnya bersama beberapa pegawainya Jun tahun lalu.

Beliau berkata, kerusi roda itu dijanjikan akan dihantar dalam tempoh dua minggu tetapi sehingga kini bantuan itu belum diterima.

Lebih dikesalkan katanya, pihak terbabit bukan sahaja gagal menunaikan janji mereka malah tiada seorang pun wakil datang mengunjunginya semula untuk memaklumkan alasan gagal menghantar kerusi roda berkenaan.

“Sebenarnya, saya bukan sengaja hendak mensensasikan perkara ini tetapi saya sangat sedih apabila pihak berkenaan tidak mengotakan janji mereka itu sehingga sudah berlarutan selama enam bulan kini.

“Ini kerana, saya sememangnya berharap sangat agar dapat sebuah kerusi roda baru bagi menggantikan kerusi roda lama yang sudah rosak dan berkarat yang saya masih gunakan lebih satu tahun lalu,” katanya.

Rahman berkata, ketika ini, dia menggunakan dua kerusi roda bagi kegunaan untuk mandi dan membuang air besar.

Menurutnya, kedua-dua kakinya lumpuh selepas tulang belakangnya retak akibat terjatuh dari motosikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari bandar Melaka pada 1996.

“Saya dimasukkan ke wad Hospital Melaka selama lebih dua bulan akibat kecederaan teruk dan sehingga kini saya tidak boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk selamanya,” katanya.

Dalam pada itu, Rahman berkata, memandangkan keadaan dirinya yang lumpuh dan tidak mempunyai sumber pendapatan kecuali bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM200 yang diterimanya sejak 1998, dia tidak mampu membeli kerusi baru untuk menggantikan yang lama itu.

“Good Cops, Safe Malaysia” now

In Sharlinie on January 11, 2008 at 4:20 am

Sharlinie -Nurin stark reminders that crime knows no race, religion or politics

It is so heart-rending for Malaysians that so soon after the tragedy of the eight-year-old Nurin Jazimin, who was abducted and murdered with her body found in a sports bag a month after she was kidnapped there is now the case of five-year-old Sharlinie Nashar, abducted in Taman Medan, Petaling Jaya on Wednesday – a few kilometers from where Nurin’s body was found.

The hearts of all Malaysians go out to the aggrieved parents, Mohd Nasyar Mat Hussain and Suraya Ahmad and pray that no harm would come to her and that she would be returned and reunited with her family immediately.

The manhunt for Sharlinie must be supported by every Malaysian in the country and all DAP MPs, State Assembly members, leaders and members join in the call to the abductors to return her to her parents and family safely and immediately.

The cases of Sharlinie Nashar and Nurin Jazimin are stark reminders to drive home three sad but salient points about Malaysia which had just celebrated its 50th Merdeka anniversary:

• The Malaysian society has become a very dangerous and unsafe place for adults, women and children with crime reaching endemic proportion, with the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi expressing alarm at the 13.4% rise in crime rate for last year;

• Crime knows no race or religion as all Malaysians are potential victims of crime including violent crimes, regardless of their racial and religious backgrounds..

• The urgent need for all Malaysians, regardless of race, religion or political beliefs, to unite as one people to demand that the government deliver “Good Cops, Safe Malaysia” as its first duty to citizens, visitors, tourists and investors and to restore to Malaysians the twin fundamental rights to be free from crime and the fear of crime!

It is for this reason that a “Good Cops, Safe Malaysia” theme will feature prominently in the DAP campaign for the forthcoming general election expected to be held within 65 days.

In the past 11 general elections for the past half-a-century, law-and-order and low crime have never featured as a significant election campaign theme. |more…|

Malaysia SAH bukan tempat yang selamat

In No2umno on January 11, 2008 at 12:00 am

Seorang lagi kanak kanak hilang. Nampaknya penjenayah tidak bimbang lagi dengan polis kerana penjenayah tidak berminat di dalam soal menyertai perhimpunan. Kalau penjenayah bersama di dalam perhimpunan aman BERSIH atau pun HINDRAF, sudah pasti dia ditangkap dengan mudah. Atau mungkin tidak sempat untuk menyertainya, di dalam perjalanan pun sudah ditahan di dalam sekatan jalan raya yang dibuat seluruh negara sehingga ke setiap jalan masuk ke ibukota.

Bila rakyat sedang riuh rendah dengan kehilangan Sharlinie, maka kembali dan berulang nya episod pencarian seperti yang berlaku ketika kehilangan Nurin Jazlin beberapa bulan yang lepas. Selepas berita itu tersebar, maka mereka didatangi oleh Gerombolan UMNO dan Mat Rempitnya untuk berkhidmat kononnya untuk membantu keluarga mangsa. Di dalam kes ini, PUTERI UMNO pula mencari peluang. Maka bertaburan lah mereka keseluruh pelusuk Kuala LUmpur untuk menonjolkan wajah dan potongan badan untuk dikeluarkan cerita dan berita di media. Semoga dengan kaedah ‘perihatin bermusim’ itu mampu hendaknya menggoda hati rakyat yang tika ini menanti untuk menyambut Pilihanraya ke 12. Selepas dapat lipuran itu, maka tanggung jawab polis meneruskan penyiasatan dan ketika itu Puteri UMNO akan senyap untuk teruskan persiapan PRU12. Cukup sekadar itu kerana Sharlinie bukan anak aku.

Mungkin ketika ini, ibu bapa mangsa sedang kegelisahan. Tambah tambah lagi apabila mengenangkan kegagalan penyiasatan polis terhadap mangsa Nurin Jazlin. Walau bagaimana pun usaha mesti diteruskan walaupun kekadang sampai ketika selera pun hilang, mood pun tiada. Harapan untuk menemui bertemu jalan buntu dan polis pula bagaikan tidak bersungguh sungguh kerana tanpa maklumat mereka tidak boleh membantu. Ramai yang duduk pejabat dari buat kerja. Siapa sebenarnya yang berusaha kalau jenayah bukan dibuat ditengah jalan tetapi di bilik yang ditutup, jauh dari pengetahun orang lain.

Ibu bapa malang perlu terima hakikat bahawa kehilangan anak anak, tidak sebahaya membuat perhimpunan HARAM. Apabila semua jalan dibuat sekatan dari utara hingga lah selatan. Polis tidak berhasrat untuk menjadikan isu ini besar kerana kehilangan anak bukan lah isu yang boleh merosakkan nama dan masa depan seorang pemimpin. Malah pemimpin pemimpin politik tidak malu pula untuk mengambil kesempatan atas kehilangan anak anak sebagai satu kaedah menonjol muka dan wajah kepada rakyat. Ibu bapa pening kepala, pemimpin politik ambil kesempatan pula.

Dalam mencari siapa pencolek dan penjenayah, maka terkeluarlah keratan lakaran wajah yang disyaki terlibat di dalam kes penculikan ini. Mungkin ada 20 orang yang berwajah sedemikian. Menurut kajian di Amerika Syarikat, lakaran wajah adalah kaedah yang cukup berkesan untuk mengesan penjenayah. Di dalam hal ini mungkin wak bersetuju, tetapi sejauh mana berkesannya lakaran yang dibuat oleh polis berkaitan kes kehilangan Sharlinie ini?

Lakaran itu dibuat selepas lapuran polis dibuat oleh ibu bapa Sharlinie. Tidak diketahui dari mana informasi itu diperolehi sehingga lahirnya lakaran tersebut tetapi jelas bahawa tiada sumber yang boleh dipercayai untuk menyatakan bahawa ianya lakaran sebenar penculik tersebut.

Rujukan berita,

Sementara itu, ibu mangsa, Suraya Ahmad, 28, berkata anaknya Sharliena (kakak mangsa) baru pulang dari sekolah agama dan mengajak Sharlinie pergi mengaji di rumah jiran di belakang rumah mereka.

“Saya nampak mereka bawa Muqaddam, tetapi rupanya mereka ke taman permainan yang tidak pernah mereka pergi sebelum ini.

“Kakak menunggang basikal manakala Nini berjalan kaki,” katanya.

Suraya, seorang suri rumah berkata ketika dalam perjalanan pulang dari taman permainan, Sharliena menoleh ke belakang dan mendapati adiknya tiada di belakangnya.

“Setibanya di rumah, Sharliena memberitahu saya Nini hilang di kawasan buaian dan sebelum itu dia tidak sedar adiknya hilang,” katanya..

Bila kenyataan diatas dibuat, maka ini menjelaskan kepada kita bahawa lakaran itu bukan lah hasil dari keterangan kakak atau pun keluarganya. Lantas siapa kah pemberi maklumat sehingga lahirnya lakaran itu? Adakah ini episod drama untuk sedapkan hati rakyat di Malaysia?

Kalau sumber diperolehi dari individu yang perlu dirahsiakan, mungkin ada betulnya tetapi bagaimana pula kalau lakaran yang dibuat itu datangnya dari saksi yang bukan saksi? Maksudnya saksi yang tiada ketika kejadian itu. Sudah pasti ia bakal mengelirukan. Tidak mustahil akan berlaku tangkapan secara rambang seperti yang berlaku pada kes Nurin Jazlin dahulu. 3 pemuda yang ditangkap, terpaksa dilepaskan kerana kekurangan bukti. Rakyat yang mendengarnya rasa lega seketika dan berasa tertipu apabila yang tertangkap itu dilepaskan kemudiannya. Dan begitu juga lah perasaan ibu bapa kepada Nurin Jazlin.

Adakah lakaran ini sekadar sedap kan hati atau untuk memberitahu bahawa polis sedang berusaha. Sedangkan ianya sekadar “janji buat” seperti yang pernah di dakwa kepada pihak polis di dalam perbicaraan di Pahang beberapa bulan yang lepas. Adalah lebih baik untuk tidak terlalu berharap kepada yang tidak boleh diharap. Usaha mesti diteruskan. Tidak kira secara jelas atau tidak. Mengharapkan pada satu satu kumpulan itu tidak akan menyelesaikan masalah.

Jadikan kes pembunuhan NURIN JAZLIN sebagai pengajaran kepada ibu bapa yang menerima nasib yang serupa. Sehingga kini, kes itu sepi walaupun kononnya ianya dikatakan masih terbuka dan polis masih mencari pembunuh terbabit.

Ini adalah pengajaran kepada ibu bapa yang masih tidak rasa apa yang mereka rasa. Jangan biarkan anak anda berada di luar pengawasan anda. Jangan biarkan kelekaan dan kemudahan itu sebagai satu peluang kepada penjenayah dan penculik untuk melakukan kerja keji mereka kerana yang susah bukan orang lain, tetapi kita sendiri. Malaysia di dalam keadaan yang amat menyedihkan sekarang. Bangsa asing membanjiri negara disamping kurangnya kawalan dari pihak berkuasa.

Jangan berharap kepada mereka yang tidak boleh diharap kerana mereka rasakan ianya sekadar rutin kerja dan bukan satu tanggung jawab. Cukup masa, mereka pulang kerja dan yang menderita adalah kita. Yang susah kita, yang pening kita dan yang rugi pun kita. Maka betul kan sistem negara, perbaiki sistem keselamatan keluarga dan negara. Kita tidak boleh bergoyang kaki, bersenang hati kerana Malaysia bukan lagi tempat yang selamat.