no2umno

Archive for January 12th, 2008

Inikah dia Setiausaha Agung UMNO?

In Belit UMNO, Perlis war on January 12, 2008 at 1:54 pm


Nazree Mohd Yunus
dipetik: umno-reform

UMNO merupakan institusi politik orang Melayu yang sudah pun membuktikan keberkesanannya dalam memecahkan kemunduran orang Melayu satu persatu. Cuma ada lagi agenda pemecahan kemunduran sama ada yang bersifat ekonomi, minda, politik dan pendidikan yang perlu dipecahkan dan dibangunkan. Sudah seharusnya kenyataan Setiausaha Agung UMNO yang dikeluarkan perlu mewakili institusi dan lebih bersifat global. Dalam keadaan UMNO mahu menjerumuskan diri dalam Pilihan raya Umum yang ke-12, kenyataan seumpama itu adalah tidak dialu-alukan terutamanya di peringkat akar umbi. Biar ahli yang menentukan sama ada mereka semakin percaya ataupun tidak terhadap seseorang pemimpin itu. Bukannya dengan ada tangan atasan yang akan lebih mencorakkan pola politik di Perlis. Namun yang kita sedari adalah kenyataan SU Agung UMNO yang dikeluarkan itu sudah pun menjurus ke arah mengarahkan ke mana acuan politik UMNO Perlis.

Bagi kita selaku generasi muda melihat perkara ini tidak ada ‘substance’ yang kuat untuk menghujahkan bahawa berlakunya kepincangan dalam UMNO Perlis. Bukan taraf Menteri atau Setiausaha Agung UMNO untuk mencatur sebegitu remeh kenyataan terhadap kepimpinan individu dalam UMNO dengan ‘tool’ hujahan yang tidak kukuh. Dengan alasan ada isteri cantik sebagai subjek tambahan untuk lebih terutama menjadi Menteri Besar adalah keterlaluan. Kenyataan seperti ini bukanlah suatu yang amat menarik untuk didengar dengan kapasiti selaku SU Agung UMNO Malaysia (bukannya cawangan). Justeru mungkin bukan Radhi Sheikh Ahmad untuk terus duduk di situ.

Adalah wajar bagi Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad meletakkan jawatan selaku SU Agung UMNO ataupun beliau balik semula Perlis bertanding sebagai ADUN dan melihat sokongan rakyat terhadap beliau sama ada mahukan beliau selaku MB Perlis atau Shahidan ataupun Azmi Khalid. Kalau Chua Soi Lek boleh meletakkan jawatan atas kesilapan yang sudah pun membebankan parti, mengapa tidak Radzi Sheikh Ahmad tidak boleh melakukan perkara yang sama. Jawatan SU Agung parti adalah suatu jawatan yang tinggi dalam institusi. Persoalannya, adakah Radzi Sheikh Ahmad memberikan kenyataan dengan sudah mengambil kira pendirian parti. Sekalipun tidak bersetuju dengan cara kepimpinan Shahidan, beliau perlu wajar bersemuka dengan cara yang lain. Bukan dengan cara memberikan suatu kenyataan terbuka kepada media tentang kedudukan politik UMNO Perlis. Pemimpin seperti ini adalah pemimpin yang wajar melihat kembali posisinya sebagai pemegang amanah institusi bukannya menyatakan secara membutakan mata dan mentulikan telinga demi kepentingan peribadi. Kenyataan balas UMNO Perlis melalui SU UMNO Perlis, Datuk Che Sulaiman Shapie sudah pun menunjukkan kontradiksi antara SU Agung UMNO Malaysia dan pimpinan UMNO Negeri. Jadi suara siapakah yang dibawa oleh Radzi Sheikh Ahmad? Siapa yang perlu berubah? Posisi MB Perlis atau posisi SU Agung UMNO?

Biarkan pemilihan kepemimpinan UMNO Perlis ditentukan oleh ahlinya. Bukan atas sandaran jawatan tinggi dalam parti memberikan lesen sesuka hati untuk membelakangkan institusi. Kiblat perjuangan UMNO ialah prinsip parti itu sendiri harus ditegakkan dan bukannya kiblat cita-cita individu pimpinan di atas. Ahli yang sebenarnya mempunyai hak yang mutlak dalam memilih sama ada pemimpin itu terus di atas ataupun digantikan dengan yang lain. Sama ada muka baru yang perlu di posisi semula dalam UMNO ataupun yang lama tetapi masih relevan dan lebih cekap memikirkan tentang soal kemaslahatan rakyat dan bukannya soal lebih cekap untuk menilai isteri siapa yang lebih cantik. Justeru, ahli punyai kuasa untuk menentukan arah UMNO Perlis. Arah itu adalah arah yang dapat menjamin kepentingan ahli dan rakyat Perlis. Dan arah itu juga yang akan menentukan survival UMNO Perlis. Jika mahu suara UMNO menjadi pembangkang bagi kiraan masa mendatang. Banyakkan lagi pemimpin seperti Radzi Sheikh Ahmad!

OTAK KOSONG, CAKAP PUN KELENTONG

In Belit Najib on January 12, 2008 at 1:49 pm

Najib guna isu HINDRAF, Batu Burok mulakan kempen pilihanraya di Bukit Payung, Terengganu

Mengulas tentang ‘Peristiwa Berdarah di Batu Burok, Timbalan Perdana Menteri itu, menyembunyikan kebenaran dengan tidak langsung menyebit tentang ‘polis menembak rakyat dengan peluru hidup”.

“PAS dan buat ceramah 200 kali ceramah dengan permit polis, 200 kali tidak ada permit polis, satu sahaja tidak dapat permit polis, dia merusuh, memukul seorang anggota polis yang terpaksa menyelamatkan diri” tuduh Najib didepan hadirin kira-kita 5,000 orang yang hadir.

“Bila HINDRAF pergi ke mahkamah di Kuala Lumpur, mana pemimpin yang turun bersama-sama dengan HINDRAF, Hj Hadi, Anwar Ibrahim”

“Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, siapa dia HINDRAF itu, HINDRAF kalau dia buat pasal dalam negara kita kita, kita bagi dia rehat, atas urusan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong” Ujar Najib.

“Sebab itulah bila pemimpin pembangkang bersama dengan HINDRAF, kita beritahu kepada rakyat, sudah sampai pada masanya, kita tahu menunjukkan sikap kita” Ugut Najib dengan angkuh dan sombong.

Sebelum menutup ucapannya, Dato’Seri Najib merayu supaya rakyat memberi peluang sekali lagi kepada Barisan Nasional, sambil mengakui tentang perbalahan yang berlaku diantara ahli Parlimen Marang dan ADUB Bukit Payong. |more…|

PENJENAYAH TAK HERAN DENGAN POLIS

In Belit POlis on January 12, 2008 at 11:15 am

Kes Culik: Bukti Penjenayah Tidak Takut Polis Lagi !!
Cucumatkilau

10 Jan 2008 Kisah pembunuhan ngeri Nurin Jazlin masih terpahat dalam ingatan kita. Kes tersebut telah menggemparkan seluruh negara. Berita kehilangannya sebelum itu telah menjadi bualan masyarakat terutamanya warga kota Kuala Lumpur. Bahkan sehingga ke hari ini, masih kelihatan poster-poster kehilangan Nurin yang ditampal di merata tempat. Entah mengapa kanak-kanak comel seperti Nurin Jazlin yang hilang itu akhirnya ditemui mati dibunuh dengan kejam. Tragedi ini sebenarnya benar-benar menguji kewibawaan pihak berkuasa dan kerajaan kita. Semua pihak merakamkan simpati yang tidak terhingga kepada keluarga mangsa.

Kisah menyayatkan hati itu benar-benar telah membuka mata rakyat Malaysia agar lebih prihatin dengan penjagaan anak-anak. Biarpun kes tersebut dilihat sebagai satu kes kecuaian oleh pihak berkuasa, namun harus diingat bahawa tidak semua ibubapa yang tidak sayangkan anak mereka. Tambahan pula bagi mereka yang terlalu sibuk dengan urusan kerja masing-masing.

Soalnya disini, siapakah yang harus dipersalahkan sebenarnya? Inilah yang harus kita fikirkan. Sejak sekian lama, kita bukannya tidak pernah mendengar kes-kes jenayah yang dilakukan terhadap kanak-kanak. Banyak kes yang terpencil dan tidak dihebahkan, kerna ia mungkin melibatkan penjenayah yang dikenali oleh mangsa. Kes cabul, rogol, culik dan bunuh kanak-kanak adalah satu jenayah berat yang tidak seharusnya berlaku. Di negara kita, kes-kes jenayah seperti ini seolah-olah sudah menjadi satu kelaziman. Penjenayah sudah tidak lagi takut, bahkan berani untuk bertindak diluar batasan kemanusiaan. Inilah yang kita takutkan sebenarnya. Apakah negara kita kini sudah tidak lagi selamat. Mungkin benar ada telahan sesetengah pihak bahawa, kemasukan terlampau ramai pendatang asing terutamanya PATI telah menyebabkan rakyat tempatan berada dalam ketakutan.

Namun, apakah kesalahan ini dilakukan oleh rakyat asing. Sedangkan dalam masa yang sama kita dapat melihat rakyat kita sendiri sudah mula ganas dan berani bertindak liar. Banyak kes jenayah rompak, ragut, rempit, samseng dan sebagainya melibatkan rakyat tempatan. Kes pembunuhan kini saban hari menghiasi dada-dada akhbar. Bahkan, jika kita lihat di kaca TV3 menerusi rancangan 999 yang dipaparkan jelas sekali menunjukkan kepada kita betapa negara kita sebenarnya dalam bahaya. Kejadian jenayah berlaku disana-sini. Kisah pembunuhan demi pembunuhan jelas sekali membuktikan kepada kita yang penjenayah sudah tidak lagi takut kepada undang-undang. Mengapakah ini terjadi? Apakah kita harus hidup dalam ketakutan dalam negara sendiri? Jika dulu, kita bebas bergerak ke sana-sini. Kini, keadaannya jauh berbeza.

Selang beberapa bulan selepas kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin, baru-baru ini kita digemparkan pula dengan kes kehilangan adik Nur Fateha Zaidi, 6 tahun, yang diculik di Flat Seri Manja, Desa Sepakat, Kampung Medan. Beliau yang dikatakan diumpan oleh seorang lelaki bermotosikal untuk melihat kucing dan burung kemudian dilaporkan hilang pada pukul 5 petang. Apapun beliau akhirnya ditemui kira-kira tiga jam selepas itu di Wangsa Maju. Mujurlah kes adik Nur Fateha Zaidi, tidak tragis seperti Nurin Jazlin.

Bila difikirkan semula, sedarlah kita kini bahawa sememangnya penjenayah di Malaysia sudah tidak lagi takutkan undang-undang. Mereka juga sudah tidak risau untuk berhadapan dengan Polis Di Raja Malaysia. Kerana apa? Kerana polis Malaysia kini telah lupa diri. Lain yang disuruh, lain yang dibuat. Ilmu yang dipelajari dalam bidang kepolisan telah disalah gunakan. Polis Malaysia telah menjadi “Hamba” kepada pemerintah yang zalim dan rakus untuk mengekalkan kuasa. Polis yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat jelata kini dipergunakan sewenang-wenangnya untuk menjaga kuasa politik parti pemerintah. Ini ditambah lagi dengan portfolio pemimpun utama kerajaan iaitu Pak Lah yang juga menjadi Menteri Dalam Negeri yang menjaga urusan polis di negara ini. Lantaran itu, pihak polis terpaksa akur dengan arahan kerajaan. Mereka lebih suka berpolitik, menganggu, menghalang, menyerang parti pembangkang di negara ini. Pembangkang dijadikan sasaran, ceramah diganggu. Perhimpunan aman yang termaktub dalam perlembagaan dikatakan perhimpunan haram. Mereka menzalimi rakyat dan mengabaikan amanah serta tanggungjawab yang telah diberikan. Polis kini menjadi musuh rakyat yang cintakan keadilan. Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pihak polis. Inilah yang berlaku sebenarnya.

Maka itulah, apabila penjenayah melihat polis dipergunakan untuk tujuan politik maka mudahlah mereka melakukan kerja-kerja jenayah di negara ini. Mereka tahu, polis tidak akan menjalankan kerja dengan serius untuk menghalang aktiviti jenayah. Polis lebih gemar serius dalam menghalang gerakan politik parti pembangkang yang dianggap penjenayah. Lantaran itulah, rakyat yang dlihat menyokong parti pembangkang akan diperlakukakan seperti penjenayah. Inilah yang berlaku kepada cucu dalam kes tangkapan baru-baru ini. Cucu diperlakukan seperti penjenayah hanya kerna menyokong parti pembangkang di negara ini. Inilah hakikatnya yang berlaku. |More…|

KITA TENGOK APA KATA NAJIB

In BERSIH, Belit BN on January 12, 2008 at 11:04 am

Bersih to hold event on Feb 23
Star

KUALA LUMPUR: Bersih, a coalition of opposition and non-governmental organisations, will hold a gathering on Feb 23.

Committee member Anuar Tahir said the coalition was considering holding the event, called Jom Bersih People’s Carnival, either at Stadium Bukit Jalil or Stadium Merdeka.

Anuar said Bersih also wanted to consider Dataran Merdeka because it was where the independence of the country was declared.

No2umnO – Kita tengok apa kata Najib Razak. Merujuk kepada ucapannya di Sarawak bulan lepas, menyatakan bahawa kebenaran dan kelulusan akan diberikan kalau BERSIH dan parti pembangkang mahu berkumpul di Stadium. Kita lihat siapa yang akan sabotaj perhimpunan ini. Samada Pihak Stadium, Polis, Kerajaan atau menteri menteri yang ketaq lutut dengan hasrat ini. Ini lah masa nya kalau mahu lihat Najib menjadi Samy Velllu …. berbelit belit

LAGI SATU KES, LAGI SATU GAMBAR

In Uncategorized on January 12, 2008 at 10:57 am


Kenal lelaki ini? Disyaki culik gadis 13 tahun
MStar

BUTTERWORTH: Polis kini memburu seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai menculik seorang kanak-kanak perempuan Khamis lepas sebelum dia ditemui semula semalam di stesen bas Butterworth di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Wan Abdullah Tunku Said berkata lelaki yang diburu itu dikenali sebagai Rahim, berusia 20 tahun dan tiada pekerjaan tetap.

Beliau berkata Rahim turut dikenali dengan beberapa nama lain, antaranya Kalimulah dan hidup berpindah-randah.

“Suspek dipercayai melarikan kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun itu ketika kanak-kanak itu dalam perjalanan ke kelas al-Quran berhampiran rumahnya di Flat Bagan Dalam di sini kira-kira 6 petang Khamis lepas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata bapa kanak-kanak itu, Zakaria Husaain Ahmad, 45, membuat laporan polis pada hari yang sama selepas anaknya tidak pulang ke rumah sehingga pukul 8 malam hari tersebut.

Wan Abdullah berkata kira-kira 1.50 petang semalam, polis menerima maklumat mengatakan kanak-kanak perempuan itu ditemui di stesen bas Butterworth. |more…|

SAMY TAHU KRISHNASAMY DI UGUT?

In S. Krishnasamy on January 12, 2008 at 10:53 am


Krishnasamy bertubi-tubi diugut: Samy
MStar

SEGAMAT: Mendiang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh Datuk S. Krishnasamy menerima beberapa panggilan telefon berbentuk ugutan seminggu sebelum kematiannya akibat ditembak semalam, kata presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata mendiang Krishnasamy yang merupakan timbalan pengerusi MIC Johor memberitahunya tentang ugutan yang diterimanya sebelum beliau (Samy Vellu) berangkat ke India untuk lawatan rasmi.

“Dia beritahu menerima ugutan berterusan selama seminggu, tetapi dia tidak mengambil serius (tentang ugutan tersebut). Saya menasihatkan dia supaya berhati-hati, itu sahajalah yang saya boleh katakan,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi kediaman mendiang di Bandar Putra di sini.

Beliau meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan agar menjalankan siasatan terperinci tentang kejadian tersebut bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Samy Vellu berkata bagi seseorang ahli politik atau anggota yang dipilih, menerima ugutan daripada pihak yang tidak berpuas hati adalah sesuatu yang biasa tetapi keadaan kini agak melampau.

“Apa yang berlaku kepada Krishnasamy juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja,” katanya. |more…|

Phuyoooo …. 100 ribu, Hancur lah UMNO

In PAS on January 12, 2008 at 10:50 am


Hampir 100,000 solat hajat pertahan kerajaan PAS Kelantan
Harakahdaily

Gesaan Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat Kelantan menamatkan pemerintahan PAS tahun ini, bertukar sebaliknya, apabila hampir 100,000 hadir solat hajat mempertahankan kerajaan PAS malam tadi.

Akhbar The Star turut melaporkan 100,000 manusia hadir di program kali kedua di Kelantan itu selepas pilihan raya umum 2004.

Lautan manusia sujud di atas pasir di tepi pantai dengan beralaskan sejadah di bawah langit terbuka dan tiupan angin malam yang menyamankan.

Biar pun kedudukan kawasan tersebut agak tersorok, namun ia tidak menghalang rakyat hadir beramai-ramai sehingga banyak kereta terkandas apabila tayar terjerumus ke dalam pasir.

Deretan kereta yang memanjang sehingga jam 12.45 pagi menghala ke jalan besar di Geting Wakaf Bharu, selepas selesai program ceramah.

Sebelum ini Timbalan Presiden Umno ketika datang ke Kelantan 3 dan 4 Januari lalu menyeru rakyat negeri ini menjadikan tahun 2008 sebagai tahun terakhir pemerintahan PAS. |more…|

Adakah Ini Perang Saraf Pilihan Raya BN?

In Belit BN on January 12, 2008 at 10:46 am


Minyak Masak Sifar: Adakah Ini Perang Saraf Pilihan Raya BN?
sanggahtoksago

By TARMIZI MOHD JAM

ISU kehabisan minyak masak di kedai-kedai dan pasaraya mega, cukup memualkan. Macam tidak percaya.

Seolah-olah ada bidak catur sindikit atau perang saraf dalaman untuk mencemas dan meresahkan hati nurani rakyat.

Bukan kerana “demam pilihan raya” kian teruk, semua isu mahu ditangani ikut acuan politik masing-masing.

Tetapi, agak gusar juga bila minyak masak tiada dalam sebuah negara yang dikatakan negara pengeluar minyak masak utama ini.

Tiada guna buka Felcra dan tanah rancangan untuk tanam kelapa sawit. Bongkar hutan, ambil balak dan tanam sawit, jika akhirnya minyak masak domestik terpaksa dicatu.

Natijahnya, rakyat “kelaparan” dan “kehausan” minyak masak dan rak minyak masak kosong dan kosong, di mana-mana.

Saya terjumpa SMS yang humban ke telefon bimbit Penarik Beca. Kemudian dinukilkan kembali Penarik Beca dalam blognya Penarik Beca.

Makin terserlah andaian saya tadi, bahawa ada sesuatu yang tidak kena di sebalik kain “minyak masak habis”.

Kata Penarik Beca, SMS itu diterima dari seorang bekas Ketua Umno Bahagian yang tertulis begini:

“Pembohongan paling BESAR… minyak masak d Thailand hanya RM2.20 sekilo dan d Msia RM2.70 sekilo. Berita dalam Utusan hanya saraf utk alih pandangan rakyat. Kononnya yang dtangkap sorok utk bawa masuk ke Thailand adalah sengaja drancang utk menutup kelemahan kerajaan, iaitu (kononnya) minyak masak tak ada kerana ada pihak sorok utk bawa ke Thailand. SANDIWARA, PORAH…”

Terdapat kebenaran di sebalik SMS ini. Jika minyak masak di Thailand berharga RM2.20 sekilogram, yakni lebih murah dari harga runcit di Malaysia RM2.70; jadi apakah jadahnya petualang negara menyeludup minyak masak ini ke Thailand?

Berapa pula harga borong yang diperolehi petualang ini dari pemborong Thailand? Ini tidak masuk akal.

Bagi saya, rampasan-rampasan yang kononnya dilakukan di sempadan Malaysia-Thai dan dipaparkan secara meluas oleh media cetak dan elektronik mengandungi signifikan tertentu.

Ia tidak lebih dari gerak saraf politik, seperti kata pengirim SMS itu. Untuk mengangkat pandangan rakyat kepada isu sebenar negara.

Seperti laporan polis YB Salahuddin Ayub terhadap kandungan surat Setiausaha Agung Umno kepada Umno negeri-negeri dalam isu apa yang dikatakan “Perkauman”.

Tetapi, apakah sebenarnya yang berlaku? Hingga minyak masak tiada dalam pasaran? Rakyat bertanya dalam keadaan terpinga-pinga.

Apakah betul, khabar angin kononnya pengilang sedang menekan kerajaan untuk menaikan harga produk itu, seperti mana strategi-strategi yang dilakukan sebelum ini.

Ada juga sumber bertiup kencang, kononnya kerajaan gagal melunaskan subsidi seperti yang dinyatakan kepada pengilang, menyebabkan pengilang rugi dan terpaksa menuntut kenaikan harga minyak.

Lantaran itu, jika diperhalusi betul-betul, kelihatan pihak penguatkuasa Kementerian Hal Ehwal Pengguna di bawah Shafie Apdal hanya menyerbu kedai-kedai dan pasaraya mega bagi mempastikan status ketiadaan minyak masak ini.

Adakah anda menontoni atau berita-berita TV3, TV9, TV8 dan RTM? Atau mendengar berita radio pelbagai siaran?

Adakah anda ketemui pihak penguatkuasa menyerbu kilang pengeluar minyak masak itu?

Walhal, pengedar khabarnya tidak mendapat bekalan dari kilang dan ini menyebabkan pekedai dan pasaraya terpaksa mengeluarkan minyak masak secara sedikit demi sedikit dari stok mereka untuk mengelakkan pengguna panik membeli pada kadar yang banyak.

Jika ini terjadi, akan ada pengguna yang tidak mendapat langsung produk ini pada satu-satu masa.

Bagi saya, langkah itu tepat dan strategik. Tetapi pekedai pula ditahan oleh pengutkuasa yang menyerbu dan disabit kesalahan kerana menyorokkan minyak masak walhal mereka sedang mengagih-agihkan secara berperingkat-peringkat.

Jadi apakah sebenarnya yang berlaku? Kini, isu ketiadaan tepung gandum menyusul selepas negara dilanda sifar minyak masak.

Adakah ini sebahagian perang saraf pilihan raya tajaan BN?

Cina dan India marah dan kesal kepada BN

In Belit BN on January 12, 2008 at 10:42 am

Cina dan India tertekan hidup di bawah BN
Saidah Hairan

KLANG, 12 Jan (Hrkh) – Kaum Cina dan India berharap PAS dapat mengambil alih tampuk pemerintahan BN kerana selama di bawah kuasanya kehidupan rakyat semakin tertekan dan tiada jaminan keamanan.

Tinjauan Harakah mendekati beberapa orang kaum Cina dan India meluahkan perasaan marah dan kesal kerana memberi sokongan kepada BN selama ini tetapi pimpinan mereka hanya mendekati masyarakat ketika mahu pilihan raya.

Mereka ditemui dalam pelancaran Program OPS Pasar-Ning dan mengedarkan risalah bahasa Tamil yang mendapat sambutan membanggakan daripada masyarakat Cina dan India di sekitar pasar Teluk Pulai dan Taman Perumahan Sungai Bertik Utara, Klang, bermula jam 8 pagi tadi.

Program anjuran Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Pusat di ketuai oleh Pengarahnya, Dr Halimah Ali turut mengadakan peperiksaan kesihatan percuma di pasar tersebut.

Peniaga di pasar Klang, Ching Ai Hoe meluahkan pemerintahan BN di Selangor perlu diganti kerana ia tidak menjamin keselamatan dan keamanan.

“Duduk di rumah pun tidak aman, pencuri masuk rumah, barang-barang banyak hilang, kes rompak macam-macam terjadi, macam sudah tidak ada polis, undang-undang tidak ada,” katanya.

Beliau yang sudah 14 tahun berniaga pakaian berkata semakin lama bertambah susah untuk mencari makan dengan kenaikan barang terutama kepada golongan miskin akan bertambah miskin jika di bawah pimpinan BN seterusnya.

“Saya yakin PAS boleh memerintah sebab PAS sudah berani mengeluarkan isu tentang keamanan, macam-macam PAS boleh bincangkan kalau dulu hanya bercakap tentang orang Islam saja tetapi sekarang semua perkara PAS boleh bela,” katanya.

Ini kerana tambah beliau, PAS sudah keluar bertemu dengan masyarakat berbeza dengan dahulu jarang bertemu dengan masyarakat Cina dan India.

Beliau yakin masyarakat Cina boleh menerima PAS sebab sekarang pimpinan PAS sudah membincangkan tentang kebaikan rakyat tanpa membezakan kaum dan agama.

Program yang dilancarkan oleh Ketua DMPP, Ustazah Nuridah Mohd Salleh turut memberi penerangan dan penjelasan berkenaan dengan PAS yang didakwa sebagai parti yang menakutkan masyarakat Cina dan India.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Meru, Dr Rani Osman menjelaskan untuk pertama kalinya dalam ceramah PAS dibuat di rumahnya, masyarakat India telah mendengar ceramah oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar seramai 2000 orang.

“Ini satu perkara yang tidak pernah kita fikir selama ini. Selama ini kita tertipu ada dakwaan mengatakan jika PAS memerintah semua orang India akan dipaksa masuk PAS,” katanya.

Beliau mengingatkan supaya kaum Melayu, India dan Cina di Selangor supaya berusaha dan bekerjasama menumbangkan pemerintahan BN dan memberi sokongan kepada PAS dalam pilihan raya umum akan datang nanti.

Harakah mendapati sesi perkhidmatan kesihatan percuma mendapat sambutan daripada kaum Cina tanpa rasa takut berhadapan dengan muslimat yang memakai tudung labuh dan berjubah.

Masyarakat India turut menyambut kehadiran dilegasi PAS ketika mengedarkan poskad `Kembalikan Bahasa Ibunda’ yang mempunyai empat versi bahasa iaitu bahasa Melayu, Tamil, Cina dan Inggeris di Taman Perumahan Sungai Bertik Utara dari rumah ke rumah.

Kandungan poskad itu mendesak supaya Perdana Menteri mengembalikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada bahasa ibunda.

Peniaga ikan dan sayuran, Muniani ketika ditemui di tepi jalan mengatakan pemerintahan BN semakin lama memerintah barang-barang semakin mahal.

Beliau yakin dalam pilihan raya umum kali ini masyarakat India akan menukar haluan memberi sokongan kepada calon PAS.

Ini kerana katanya, selama berada di bahawa kuasa BN banyak kuil-kuil yang telah dipecahkan sedangkan PAS yang memerintah Kelantan tidak ada satu kuil yang telah dirobohkan.

Beliau yang diberitahu oleh kawannya yang tinggal di Kelantan orang India hidup aman dan mereka boleh datang ke rumah orang Melayu tanpa ada sebarang halangan dan syarat daripada orang Melayu.

Suspect in the murder of MIC leader

In S. Krishnasamy on January 12, 2008 at 6:06 am

mariasamad.blogspot

A man in his early 30s has been identified as the main suspect in the murder of Datuk S. Krishnasamy.

He is Indian, medium-built and about 152cm tall.

An eyewitness saw the man, who was dressed in a black shirt and jeans, running away from the state MIC headquarters in Jalan Segget here, carrying a package and a helmet.

The man fled the scene in a red motorcycle heading towards Jalan Wong Ah Fook, Johor police chief Deputy Comm Datuk Hussin Ismail told reporters at a press conference at the state police headquarters here late last night.

Police recovered a slug believed to have been fired from the murder weapon and are analysing it to trace the weapon used and exploring all angles in the investigation.

However, there was no trace of a struggle during the incident.

The post-mortem results showed the late Datuk Krishnasamy was shot once below the left eyebrow and the bullet went through to the back of his head.

Datuk Krishnasamy was shot point blank, DSP Hussin said, but nothing was taken from him.

All exit points in the state have been blocked to prevent the suspect from escaping.

DCP Hussin urged anyone with information to contact Johor Baru (South) CID Chief Deputy Supt Norhashim Mohamad at 07-223 2222 or the police hotline at 07-221 2999.

PM Terkejut Jenayah Tinggi?

In Belit Pak Lah, Islam Hadhari, Jenayah on January 12, 2008 at 5:58 am

Oleh A Kadir Jasin

PADA 8 Jan., media massa melaporkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai bertanya: “Apa yang sedang berlaku? Mengapa tinggi sangat?”Dua soalan serentak daripada Perdana Menteri itu merujuk kepada peningkatan besar kadar jenayah yang dilaporkan kepada polis pada tahun 2007.

Jadi adakah Perdana Menteri atau kita semua perlu berasa terkejut dengan berita “kehilangan” Sharlinie Mohd Nashar, lima tahun, pada 9 Jan. lalu?

Saya rasa kita tidak terkejut lagi. Sebaliknya kita berasa semakin sedih, semakin marah dan semakin ketakutan kerana keselamatan kita, keselamatan orang yang kita sayang dan keselamatan orang yang patuh kepada undang-undang semakin tidak terjamin.

Apakah Perdana Menteri terkejut kerana beliau menyangka negara ini terus selamat atau masih selamat?

Atau apakah sebelum ini pihak polis tidak memaklumkan kepada menteri mereka sendiri bahawa jenayah semakin menjadi-jadi?(Saya tiba-tiba teringat kepada “ancaman” persatuan-persatuan polis tidak lama dulu untuk membiarkan jenayah berlaku jika pemerintah melaksanakan cadangan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salahlaku Polis (IPCMC)).

Dalam taklimat kepada Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Menteri Kewangan itu, polis memaklumkan yang jenayah pada keseluruhannya meningkat tujuh peratus tahun lalu.

Dalam suasana yang membimbangkan ini, kita berdoa dan berusaha sebaik mungkin agar Sharlinie tidak menjadi satu lagi angka dalam statistik jenayah.

Secara kebetulan, sedang saya menulis mengenai “kehilangan” Sharlinie, telefon selular saya berdering. Perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) agensi berita Reuters memaklumkan: “Ethnic Indian politician S. Krishnasamy shot dead in Malaysia.” (Ahli politik etnik India S. Krishnasamy ditembak mati di Malaysia.)

Maka sekarang giliran saya bertanya kepada para pembesar pemerintahan Malaysia; apa yang sedang berlaku? |More…|

SITI BERTUDUNG BUKAN TERPAKSA

In Siti Nurhaliza on January 12, 2008 at 1:38 am

Kosmo

SEMENJAK Datin Seri Siti Nurhaliza kembali daripada menunaikan fardu Haji banyak spekulasi mengenai imejnya timbul. Persoalan pertama wujud apabila dia muncul pada majlis hari jadi Chef Wan malam Ahad lalu dengan mengenakan tudung berwarna hitam rekaan Bernard Chandran.

Pada majlis hari jadi ke-29 Siti yang diaturkan khas oleh suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa pada malam Khamis lalu, Siti sekali lagi diajukan soalan sama mengenai penampilannya tetapi penyanyi nombor satu negara ini menyahut soalan dengan penuh sabar.

Memberitahu dirinya lebih tenang sejak pulang dari Mekah, Siti juga tidak menafikan dirinya akan bertudung tetapi masih memerlukan masa untuk menghadam perubahan ini. |more …|

IBU REDAH LONGKANG CARI ANAK

In Sharlinie on January 12, 2008 at 1:35 am

KOSMO

PETALING JAYA – Kasih Mohd. Nashar Mat Hussin, 29, dan isteri Suraya Ahmad, 28, terhadap anak bongsu mereka jelas terpancar apabila pasangan itu sanggup meredah longkang sebaik menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memberitahu anak mereka mungkin berada di situ.

Walaupun terpaksa berhadapan dengan bau busuk termasuk ancaman binatang berbisa, Mohd. Nashar berkata, mereka tetap turun ke longkang di sekitar Taman Medan.

Bagaimanapun, selepas beberapa jam meredah seluruh longkang itu, dia dan isteri masih hampa kerana Sharlinie tidak ditemui.

Mohd. Nashar memberitahu, sejak kehilangan Sharlinie yang masuk hari ketiga, pasangan tersebut menerima lebih 100 SMS yang memberi maklumat.

Malah selain SMS, katanya, dia juga menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional.

“Bomoh itu mendakwa anak saya disembunyi di sebuah rumah papan berkunci.

“Kami turut mencuba nasib dengan mencari Sharlinie di sebuah rumah papan di kawasan setinggan di taman ini tetapi turut hampa,’’ katanya yang tidak akan berputus asa.

Mohd. Nashar memberitahu, malam kelmarin ada seorang lelaki menghubunginya dan mendakwa ternampak seorang kanak-kanak perempuan ditarik naik ke atas motosikal oleh seorang lelaki di Jalan Pudu.

“Pemanggil tersebut hanya menelefon kami setengah jam selepas kejadian itu tetapi dia sendiri tak dapat mengecam muka budak perempuan itu,’’ katanya.

Ujarnya, selain SMS yang memberi maklumat ada juga antara SMS itu memaki hamun mereka dengan mendakwa dia dan isteri tidak tahu jaga anak.

“Wanita itu menghubungi isteri saya malam kelmarin yang menggelarnya sebagai ibu yang tidak pandai menjaga anak.

“Kami ingat dia telefon untuk memberi maklumat tetapi tiba-tiba saja dia menengking isteri saya dengan suara yang lantang,’’ katanya.

Sementara itu, Suraya pula berkata, dia yakin anaknya masih berada di sekitar Taman Medan dan berharap Sharlinie akan pulang suatu hari nanti dengan selamat.

Menurutnya, media juga diminta supaya lebih banyak menyiarkan tentang kehilangan Sharlinie dengan tidak mensensasikan kehilangan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad berkata, polis akan meneliti setiap SMS yang diterima keluarga tersebut.

“Kita juga akan memantau melalui kamera litar tertutup (CCTV) bila mendapat maklumat mengatakan Sharlinie atau suspek berada di kawasan seperti perhentian bas, stesen LRT dan sebagainya,’’ katanya.

Menurutnya, beberapa peniaga dan orang awam yang berada di kawasan tempat Sharlinie dilaporkan hilang turut tampil membantu siasatan.

Mengenai dakwaan kakak Sharlinie adiknya dilarikan wanita cantik, Arjunaidi berkata, pihaknya masih menyiasat dakwaan tersebut.

KENYATAAN MALAYSIA BERBELIT BELIT

In Belit BN, Belit samy on January 12, 2008 at 1:23 am

Makkal Osai (11.1.2008)
dipetik: Rajarox

Malaysia menafikan pemberhentian pengambilan pekerja India. Lihatkan keratan diatas yang disiarkan melalui akhbar Makkal Osai. Bahagian diatas masih tertera “INDIA” dan selepas itu kenyataan itu di “HAPUSKAN”. Kenapa kenyataan mereka berbelit belit?

Rujukan
Malaysia denies any freeze on Indian workers
Malaysia denies ban on Bangladesh, India workers – The China Post

Datuk S. Krishnasamy – Makkal Osai report

In S. Krishnasamy on January 12, 2008 at 1:15 am


Johor MIC deputy chief Datuk S. Krishnasamy killed by hitman
Makkal Osai

JOHOR BARU: Tenggaroh state assemblyman Datuk S. Krishnasamy was shot dead point blank by a gunman in a lift at the state MIC headquarters in Jalan Segget here.

Murder in an elevator: A curious onlooker taking a peek inside the lift where Datuk S. Krishnasamy was shot dead yesterday.The State MIC deputy head was shot once below the left eyebrow, a mark of a professional hitman. The bullet went through to the back of his head.


Police are looking at all angles and have not ruled out political or business rivalry, or even money lending and gangsterism as motives
The brutal murder occurred at 2.30pm just as Krishnasamy arrived at the party headquarters for a committee meeting and had entered the lift.



The killer is said to have followed him in and shot him while they were in the lift. Eyewitnesses saw a man, dressed in a black shirt and jeans, running away from the building carrying a package and a helmet. He then rode off towards Jalan Wong Ah Fook on a red motorcycle.

Johor Police Chief Deputy Comm Datuk Hussin Ismail told a late night press conference that the suspect was in his 30s, medium-built, about 152cm tall and was an Indian.

Cops have thrown a dragnet around the state to prevent the killer from escaping as Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi expressed his outrage and demanded that the killer be caught quickly

Jangan cabar saja, beri kelulusan saya bertanding – Anwar

In Belit BN on January 12, 2008 at 12:10 am


Malaysiatoday
Posted by Haniza Talha

Mula-mula Datuk Seri Najib Razak membantah cadangan penurunan harga minyak. Kini Rafidah Aziz pula melalak menolak kemungkinan harga minyak turun kerana harga pasaran antarabangsa.

KUALA LUMPUR: Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional telah menuduh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjanjikan suatu yang mustahil dan tidak masuk akal. Perkara itu berikutan tawaran Anwar menurunkan harga minyak jika Keadilan berjaya memerintah negara.

Anwar berkata dalam laman blognya, “Mula-mula Datuk Seri Najib Razak membantah cadangan penurunan harga minyak. Kini Rafidah Aziz pula melalak menolak kemungkinan harga minyak turun kerana harga pasaran antarabangsa.”

“Bukankah kita pengeluar minyak dengan untung bersih RM 80 bilion? Asyik dengan pembahagian AP, mana sempat mencongak harga melambung,” jelasnya sinis.

Beliau hairan bagaimana pemimpin-pemimpin BN mencabarnya untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang, sedangkan beliau dihalang berbuat demikian oleh institusi yang dikuasai oleh kerajaan BN.


KALAU BN TIDAK BACUL, BERI ANWAR BERTANDING !!!!


“Jangan asyik mencabar saya bertanding. Mahkamah diperalatkan untuk menghalang saya. Jika sungguh bagai dikata, sila beri kelulusan saya bertanding! MT