Mohd Sabri Said
Harakahdaily
KEPALA BATAS, 15 Januari (Hrkh) – Buat pertama kalinya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bertam, Dato’ Helmi Rashid turun ke Kampung Permatang Kuang, Kepala Batas setelah tersiarnya berita penderitaan Pak Cik Mohd Isa Saleh seorang penjual kelapa membesarkan enam orang cucunya dalam Harakah bulan lalu.
Penduduk memaklumkan kepada Harakahdaily, sebelum ini Helmi tidak pernah menjejak kaki ke perkampungan itu kecuali Permatang Kuang (kampung berhampiran) kerana datang bermesyuarat itupun ketika hampirnya setiap kali pilihanraya umum.
Kunjungan Yang Berhormat ke kampung itu dianggap ‘biasa’ kerana masa untuk pilihanraya sudah hampir maka menjadi rutin hidupnya turun padang melawat sana dan sini walaupun dikatakan namanya kian tersisih daripada senarai nama calon pilihanraya umum ke 12 nanti.
Menurut adik ipar yang juga jiran Pak Cik Mohd Isa, Puan Siti Fatimah sejak siaran Harakah ramai individu menalipon dan ada yang datang sendiri memberikan sumbangan kewangan dan keperluan seharian.
“Saya bagi pihak keluarganya mengucap jutaan terimakasih kepada orang yang prihatin membantu meringankan bebanan kehidupan mereka sekeluarga, ” jelas beliau mewakili abang iparnya kerana semasa kunjungan Harakahdaily untuk mengetahui reaksi pihak tertentu Pak Cik Mohd Isa tiada di rumah.
Bila isu ini menjadi bualan banyak pihak tampil memberikan perhatian termasuk Adun Bertam di mana mereka berjanji memberikan sedikit peruntukan membaiki rumahnya yang usang. – mr
Memang bagitu lah lagak orang Umno jika tak ada apa yang di perlukan ia tak kan mengenali orang yang mereka perlukan umpam PRU yang baru lepas Calun Parlimen dari BN datang melawat bilik gerakan dengan sombong nya pengikut nya menyuruh kita yang berkumpul datang bersalam dengan calun BN salah saorang dari kami bertanya kan pada pengikut nya siapa yang bekehendakan siapa calun yang hendakan saya atau saya yang hendak kan calun dengan muka yang merah pengikut bereda dari tempat kami berkumpul kadang kala pengikut ini bak kata pepatah Lebih Sudu Dari Kuah