no2umno

PULAU PINANG SYURGA PELACURAN

In Metro on January 16, 2008 at 9:40 am

Suami boneka
Oleh Zainuddin Zain
Metro

GEORGETOWN: Gaji RM33,000 hasil melacur selama dua minggu! Ini penemuan Jabatan Imigresen Pulau Pinang apabila menahan empat wanita warga China disyaki pelacur dalam empat bilik berasingan di sebuah hotel di Jalan Penang di sini, malam kelmarin.

Serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di tingkat bawah tanah hotel sama kemudian mendedahkan taktik sindiket tertentu membawa masuk wanita warga China yang berkahwin dengan ‘suami boneka’ bagi mendapatkan pas lawatan sosial jangka panjang sebagai isteri kepada lelaki tempatan.

Bagaimanapun, hubungan itu hanya di atas kertas apabila wanita terbabit tidak tahu di mana suami mereka dan hanya mempunyai nombor telefon jika mereka berhadapan dengan masalah seperti ditahan pihak berkuasa.

Timbalan Penolong Pengarah, Jabatan Imigresen negeri, Khairul Nizam Murez, berkata pihaknya menahan 25 wanita warga China di hotel berkenaan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti menggalakkan maksiat selain menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Menurutnya, dalam serbuan pertama, pihaknya menahan empat wanita di dalam bilik berasingan dan merampas wang tunai, masing-masing lebih RM28,000 dan 10,000 yuan (kira-kira RM5,000) daripada semua wanita terbabit dipercayai hasil menjual tubuh selama dua minggu.

Difahamkan, ketika serbuan semua wanita berkenaan berpakaian menjolok mata dan sedang menunggu pelanggan di dalam bilik mereka.

“Selain wang tunai, kami juga merampas empat dozen kondom, krim pembersih vagina, pil mengelak penyakit kelamin serta pencegah kehamilan daripada empat wanita berkenaan berusia antara 20 dan 25 tahun.

“Mereka berada di negara ini kurang daripada dua minggu lalu dengan menggunakan pas lawatan sosial,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen negeri di Seberang Jaya.

Difahamkan, Jabatan Imigresen menemui wang tunai antara RM2,700 dan RM9,000 selain mata wang asing pada setiap seorang wanita berkenaan.

Dalam operasi dua jam bermula jam 7.45 malam itu, pasukan membabitkan 18 pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri itu kemudian menyerbu sebuah pusat karaoke di tingkat bawah tanah hotel yang sama.

Khairul Nizam berkata, pihaknya menahan 21 wanita warga China berusia antara 20 dan 35 tahun kerana disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di pusat hiburan itu kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Empat daripada wanita itu mempunyai pas lawatan sosial sebagai isteri kepada lelaki tempatan,” katanya.

Bagaimanapun, ketika Harian Metro cuba mendapatkan maklumat lebih lanjut daripada dua wanita terbabit di mana suami mereka menerusi terjemahan seorang wartawan akhbar berbahasa Cina, mereka sendiri tidak tahu lokasi tepat lelaki berkenaan berada.

Semua 25 wanita warga China itu kini direman mengikut Seskyen 51(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 selama dua minggu untuk membantu siasatan.

“Suami saya berada di Kuala Lumpur. Saya ada nombor telefon dia, tetapi kami tidak dibenarkan membuat sebarang panggilan telefon,” kata seorang daripada mereka.

Apabila ditanya adakah suaminya tidak marah berikutan dia bekerja di pusat hiburan dan terpaksa melayan lelaki lain, wanita warga China itu hanya mendiamkan diri.

Difahamkan, pass lawatan sosial isteri atau suami kepada warga tempatan membolehkan seseorang itu tinggal sehingga setahun di negara ini berbanding pas lawatan sosial biasa selama 30 hari.

Khairul Nizam berkata, selain empat wanita berkenaan, 14 wanita lain memasuki memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial selama 30 hari, dua (pas lawatan sosial jangka panjang) manakala seorang lagi gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri.

“Ketika ditahan sebahagian daripada mereka berada di dalam bilik berasingan bersama pelanggan masing-masing manakala sebahagian lagi di bilik khas untuk menunggu dipilih pelanggan,” katanya.

Semua 25 wanita warga China itu kini direman mengikut Seskyen 51(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 selama dua minggu untuk membantu siasatan.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: