no2umno

Archive for January 18th, 2008

Bila Padang Pasir Pun Banjir

In Berita luar on January 18, 2008 at 11:47 pm

Dubai banjir baru baru ini. Gambar dipetik : wideangle.cafebabel

Parasolka

ulica

nad morzem

dalsze proby

pelerynki

BN serang PKR melalui MEDIA

In Belit media on January 18, 2008 at 11:32 pm

Kebimbangan UMNO menyebabkan PKR diserang. Begitu lah hakikatnya permainan politik UMNO yang menggunaan media arus Perdana sebagai senjata kekal mereka di dalam setiap kali pilihanraya.

Perlu dijelaskan bahawa kebimbangan UMNO terhadap PKR setelah berlakunya penjelajahan Anwar Ibrahim bertemu dengan rakyat berbangsa India keseluruh negara mengenai isu Hindraf dan kaum India. Sambutan hebat yang berlaku di dalam setiap pertemuan sesungguhnya membimbangkan sesiapa sahaja.

Usaha BN untuk mengembalikan sokongan kaum India ternyata gagal. Pelbagai usaha di lakukan masih menemui jalan buntu. Samy Vellu cuba untuk memohon sebarang bentuk bantuan dari kerajaan untuk membantu Kaum India, rakyat tidak layan. Gerakan cuba untuk menghantar seorang HERO TAMILnya untuk memperjuangkan bangsa India, rakyat masih tidak layan. Hakikatnya BN sudah hilang akal berdepan dengan undi tidak percaya kaum India terhadap kepimpinan Barisan Nasional dan parti komponen yang tiba tiba memperjuangkan kaum India. Kini PKR adalah salah satu pilihan untuk kaum India selain parti pembangkang yang lain.

Maka, kesempatan yang diambil oleh Barisan nasional ketika ini adalah untuk memecah belahkan parti pembangkang dan mengelirukan rakyat dengan berita yang disiarkan di dalam TV. Biarpun apa yang media katakan, rakyat seharusnya mendengar sendiri ucapan TG NIK Aziz sebelum membuat sebarang kenyataan. Putar belit media bukan berlaku hanya sekarang tetapi sejak dahulu.

Media boleh ke sampai tahap membakar semangat perkauman dan memecah belahkan rakyat, sekiranya perlu. Kerana itu sesungguhnya adalah tidak menghairankan kalau TG NIK AZIZ dinyatakan di dalam media, mempertikaikan PKR. Tetapi kenyataan tersebut di buat di dalam bentuk TULISAN dan bukan video rakaman ucapan. Berhati hati dengan sendikit penipuan MEDIA TV3 dan sekutunya di dalam menghadapi suasana genting pilihanraya tahun ini. TG Nik Aziz sendiri pun sudah banyak kali mempertikaikan ketelusan media arus Perdana kerana menyiarkan yang bukan bukan.

Berhati hati kerana di dalam setiap musim pilihanraya, ada isu yang berjaya menawan hati para pengundi disaat akhir tempoh pilihanraya. WASPADA SEMUA.

Teman Menjawab

In artikel on January 18, 2008 at 11:16 pm


Sebelum kami berhenti berbual, sempat Ibnu hasyim bertanya dengan nada bergurau pada teman ” apakah bunyi niat pemimpin UMNO semasa hendak mula mendirikan solat”. Teman pun jawab secara berseloroh: “Sahaja aku sembahyang zohor empat rakaat kerana duit”.


Ibnu Hasyim Bertanya: Teman Menjawab
sheikh-telukintan.blogspot

Dalam perbualan kami, teman sempat memberitahunya, bahawa setiap kali Pilihanraya Umum, Kerajaan Pas Kelantan memang dalam keadaan bahaya. UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah tidur dan sentiasa mencari jalan walau dengan apa cara sekalipun untuk menawan Kelantan dari tangan Pas.

Pada pilihanraya Umum nanti, entah berapa lori duit yang akan dibelanjakan untuk membeli undi rakyat Kelantan. Sesungguhnya duit tak jadi masalah pada UMNO. Tokeh judi boleh sediakan. Tokeh arak boleh sediakan. Kontraktor-kontraktor yang diberi beberapa projek besar pun tak kedekut untuk keluarkan duit. Ah, tak payah cerita panjang-panjang tentang hal ini kerana kebanyakkan penduduk bumi dan langit tahu dan teramat tahu , dari sumber mana duit mengalir untuk memenangkan UMNO /BN. Mati dan hidup UMNO / BN adalah kerana duit. more…

ZAM MERAPU LAGI

In Belit Zam on January 18, 2008 at 11:08 pm


Kesal pihak salah guna kebebasan media

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin kesal terhadap sesetengah pihak yang didapati menyalahgunakan kebebasan media untuk memburuk-burukkan negara.

Menurut beliau, pihak terbabit terutamanya media milik pembangkang dilihat lebih gemar melakukan pembohongan daripada melaporkan segala usaha kerajaan dalam memartabatkan negara.

“Apa yang kita (kerajaan) lakukan untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyat tidak dilaporkan.

“Sebaliknya, mereka melakukan pembohongan dengan memburuk-burukkan negara,” katanya pada majlis sepetang bersama media di sini, malam ini.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin dan beberapa ketua pengarang kumpulan media.

Zainuddin berkata, segala pembohongan yang dilakukan bukan sahaja merendahkan imej negara tetapi menghakis nilai kewartawanan dan media.

Jelasnya, lebih memburukkan keadaan, selain menyalahgunakan kebebasan akhbar, ada juga yang dilihat dipengaruhi pemikiran Barat sehingga ingin mengikis nilai budaya setempat melalui penulisan masing-masing.

“Ini satu perkara yang tidak wajar dilakukan kerana media sememangnya mempunyai pengaruh tersendiri,” tambahnya.

8TV KENA TINDAKAN

In Aksi Lucah, Artis Hadhari, Faizal on January 18, 2008 at 11:04 pm


Kerana Faizal, 8TV pun kena tindakan
Kosmo

KUALA LUMPUR – Ekoran perbuatan seorang artis membuka baju ketika menyanyi di konsert siaran langsung, stesen televisyen 8TV dikenakan tindakan tidak dibenarkan membuat siaran langsung mahupun tertunda bagi konsert dan semua rancangan hiburan untuk tempoh tiga bulan bermula 15 Januari.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komuniksi dan Multimedia Malaysia Muhamad Tahir Muhamad Noor berkata, kelulusan juga tidak akan diberikan bagi sebarang permohonan siaran langsung dan tertunda oleh stesen televisyen lain yang mahu menampilkan artis berkenaan dalam tempoh tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, penelitian dan maklum balas umum mengenai siaran langsung Rockin Birthday Concert yang disiarkan pada 13 Januari lalu, pihak Suruhanjaya mendapati 8TV gagal mematuhi syarat yang ditetapkan untuk kelulusan siaran langsung dan tertunda.

Beliau berkata, Suruhanjaya mendapati tindakan artis yang menanggalkan pakaian pada konsert itu adalah sesuatu yang dilakukan dengan niat tanpa memikirkan sentimen dan sensitiviti penonton serta nilai-nilai murni masyarakat negara ini.

“Ini merupakan satu kesalahan yang serius dalam sesebuah rancangan siaran langsung,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ekoran itu, katanya Suruhanjaya menarik balik dengan serta-merta kelulusan yang diberikan untuk siaran langsung dan tertunda bagi rancangan konsert dan program berbentuk hiburan di saluran 8TV.

Bagaimanapun, katanya program prarakaman atau bukan program siaran langsung yang menampilkan artis yang sudah mendapat kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem (LPF), boleh disiarkan.

Dalam siaran langsung rancangan Rockin Birthday Concert itu, penyanyi yang merupakan bekas anggota kumpuan nasyid Mirwana, Faizal Tahir, bertindak menanggalkan baju sehingga mendedahkan badannya yang disembur dengan cat merah berbentuk ‘S’.

Akibat tindakan itu Faizal dikenakan hukuman melakukan kerja amal selama enam bulan oleh stesen televisyen 8TV.

Bila nama PM Malaysia tidak disebut

In Berita luar, klpos on January 18, 2008 at 10:50 pm

Beberapa orang tokoh korporat tempatan yang saya kenali tidak segan silu mengutuk Paklah. Ada juga yang bertanya, “Bila Anwar akan jadi PM?”

Seorang lagi yang memegang jawatan sebagai ketua pelaburan sebuah syarikat gergasi kerajaan Dubai berkata, “Selagi Abdullah menjadi PM Malaysia, kami tidak akan melabur, cukuplah!”

Bila nama PM Malaysia tidak disebut
klpos

PM UAE bersama marhaen dalam lawatan selepas hujan lebat melanda UAE

Oleh Fudzail

BERITA dibawah dari agensi berita WAM mengenai Forum Perikatan Ketamadunan (AOC) yang mana PM Malaysia, sebagai Pengerusi OIC turut serta berucap sebagai ahli panel. Kalau diukur dari segi kedudukan beliau sebagai pengerusi OIC dan Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Muslim, sepatutnya nama Paklah termasuk dalam senarai mereka yang berucap, seperti Erdogan, PM Turki. Tetapi PM Malaysia tidak disebut. Begitulah taraf sebenar Paklah di Timur Tengah. Paklah tidak punya populariti seperti Mahathir. Kedudukan sebagai pengerusi OIC juga sekadar pada nama.

More…

Siapa Parti Mahasiswa Negara?

In Parti Mahasiswa Negara on January 18, 2008 at 2:36 pm

Mahu tahu realiti Mahasiswa Malaysia yang membangkang kerajaan. Ini dia. Kalau ada Mahasiswa yang tidak disekat dan ditegah untuk berpolitik, maka pendirian mereka diragui.

A drunkard never hides the truth

In vk lingam on January 18, 2008 at 2:26 pm

drctoni.blogspot

We are all mature and old enough to know a simple fact of life – a drunkard never tells lies,he speaks the truth,the absolute truth.He does not need to take an oath to tell the truth as many who do so,in reality never speak the truth.

If Lingam was “drunk” there is more reason to believe he is speaking the truth,nothing but the truth.If so why need Royal Commission?

Dr.Chris Anthony

Adnan: Lingam either mad or drunk

Chua Sue-Ann Malaysiakini Jan 17, 08 4:35pm

Senior lawyer VK Lingam must have been “mad or drunk”, said Tourism Minister Tengku Adnan Tengku Mansor in denying any involvement in the appointment of judges as suggested in the VK Lingam tape.

Tengku Adnan was the 10th witness appearing before the royal commission tasked with probing the controversial video exposed by opposition party PKR last September.

In the grainy 14-minute clip, recorded in late 2001, Lingam had mentioned Tengku Adnan’s name 11 times. more…

PEMIMPIN KITA MASIH JUAL PASIR KE SINGAPURA

In Belit BN on January 18, 2008 at 2:19 pm

Kebimbangan Rakyat Malaysia di Singapura
pasjohor bahru.com

E-mail in baru sahaja kami terima dari Sdr yang digelar Cyrus Ibrahim, beliau adalah sekian ramai ribuan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan berulang-alik mencari nafkah kesana setiap hari.

Ingatan beliau ditujukan kepada Sdr Mazlan Aliman yang menjawat jawatan sebagai AJK Pas Pusat merangkap Ketua Penerangan PAS Johor

Kebimbangan beliau berkenaan lori-lori yang membawa pasir melalui tambak Johor dan Link Kedua ada asasnya. Mungkin sahaja ini adalah cara baru pemberian pasir kepada Singapura melalui jalan darat setelah pengangkutan laut dengan menggunakan ponton pasir didedahkan media kepada umum.

Bantahan keras telah disuarakan oleh rakyat Johor 2 tahun yang lalu dengan isu jambatan bengkok,laluan bebas jet-jet pejuang Singapura di ruang angkasa Johor dan pasir-pasir laut yang disedut dari perairan negeri Johor buat tambakan laut untuk menambahkan saiz Pulau Singapura adalah cara kotor pimpinan Johor Barisan Nasional untuk menjual negara kepada Singapura.

Perancangan Wilayah Pembangunan Iskandar yang melibatkan 2 kali ganda keluasan dari saiz Singapura adalah petanda sejarah penjajahan alaf baru akan diteruskan oleh Singapura melalui UmnoBN sebagai agen hartanah mereka.

InsyaAllah PASJB yang terlibat secara langsung memandangkan Parlimen Johor Bahru yang terletak dalam kawasan WPI akan terus menyampaikan bantahan dan suara rakyat sehingga ke Parlimen demi mengingatkan pimpinan negara untuk tidak menggadai negara kepada sesiapapun.. .Allah selamatkan Johor….


Dear Mr. Mazlan Aliman,

I am a fellow malaysian working in Singapore and have found news that may be of concern to you and our country.

There are hundreds or trucks coming in to Singapore checkpoints every day bringing in sand for reclamation and construction uses. This is unacceptable as Malaysians are selling our country away.

Kindly look into the matter please.

Sincerly
Cyrus Ibrahim
graystallion78@yahoo.com

Sumber : Jundullah

Parti Mahasiswa Negara – Boleh pakai ka?!

In Parti Mahasiswa Negara on January 18, 2008 at 2:12 pm

bayu06senja

Masih ragu dengan hasrat Parti Mahasiswa Negara ditubuhkan. Masih berat menyatakan PMN ditaja oleh BN. Bukti?! masih tiada…

Kalau PMN ditubuhkan untuk menentang kezaliman BN, kenapa tidak sahaja menyertai PAS sebagai sebuah Parti Islam. Kalu tidak pun sertai la KeAdilan sebagai sebuah parti Nasional yang menghimpun pelbagai agama dan bangsa. Atau pun mungknkah Barisan Alternatif ini juga tidak telus dan bersesuaian dengan kebenaran? Bila dah sertai pilihanraya nanti, dengan siapa mereka akan berlawan dan dengan siapa pula mereka akan bersama? Kenapa harus berani sangat berhadapan dengan Auku sedangkan masih banyak parti alternatif lain yang bermati-matian menentang kebobrokan BN?

Apa yang masih tetap membingungkan kita, dari mana PMN ini mendapat dana. Bukan sedikit dana yang diperlukan oleh Parti politik untuk menyertai pilihanraya ataupun menyara hidup perjuangan dalam kancah politik.

Walaupun PMN tetap mengatakan dananya tiada masalah….

Lagi, apa yang lebih dicurigakan berlaku klik-klik seumpama diprotes dalam usaha penubuhannya. Parti-parti pembangkang yang lain juga didaftarkan tetapi tidak lah seperti apa yang berlaku kepada PMN. Atau mungkinkah klik-klik tersebut diwujudkan oleh pihak tertentu yang sememangnya berpengaruh untuk cuba mengalih pandangan rakyat kepada parti yang masih kerdil pengaruhnya itu? Mungkinkah pihak tersebut merupakan pihak yang mampu menguasai media dan jentera kerajaan yang lain (termasuk pegawai keselamatan)?!

Oleh sebab itu, BA harus berhati-hati dengan PMN. Cuba jelaskan siapa sasaran politik sebenar PMN. Siapa musuh politik PMN itu harus jelas. Kerana pertandingan di pentas politik akan membingungkan rakyat. BA harus jelaskan hubungannya dengan PMN samada musuh politik mereka atau sebaliknya. Ahli dan Penyokong Pas, KeAdilan dan termasuk juga DAP masih bingung dengan PMN.

Mungkinkah dengan alasan rakyat cerdik memilih calon akan menjadi sebab calon PMN bakal bertanding di kawasan-kawasan BN berisiko kalah yang akhirnya usaha BN memecah undi rakyat dan pembangkang berjaya….??!!

Apa yang bayu dapat simpulkan ialah pilihanraya memang sudah dekat!!!

Satu lagi, Cerita pasal paklah pulak….
Apa la yang YAB Pak Lah suka sangat buat main teka-teki dengan tarikh pilihanraya ni.. Tak ada yang seronok pun. Kalau di banyak negara luar, Tarikh Pilihanraya awal-awal lagi sudah diberitahu. Maka masing-masing mencari pengaruh berdasarkan tarikh ketetapan pilihanraya tersebut. Baru adil dan jantan berlawan macam tu. Sedangkan di Malaysia, tarikhnya dijadikan bahan teka-teki yang sehingga sekurang-kurangnya PM boleh ikut suka hatinya mengumumkan akan ada pilihanraya bila melihat kedudukannya agak selamat dan boleh suka hati juga menangguh andaikata kedudukannya dan partinya masih tidak selamat…

No2umnO – Sampai sekarang, UMNO tak cakap sepatah pun. Sedangkan sebelum ini mereka dok bising pasal mahasiswa yang berpolitik. Hmmmmm ….. macam kawan je.

Forum Perdana Diserang Soalan Politikal

In Media Belit on January 18, 2008 at 1:58 pm

“..mengingatkan dalam masalah budi bahasa amalan kita, dan bersih cekap amanah, pimpinan melalui tauladan, dan apakah sumbangan anda terhadap negara. Dan begitu jugalah kita selalu dengar.. kalau di jepun setiap kali ada masalah, perdana menteri dia letak jawatan. Jadi kita kata islam hadhari, ustaz ashaari imam mahdi, imam ghazali, tetapi macam mana kita sekarang ini di malaysia? dah amat teruk sekali nampaknya,bukan fitnah lagi, buang bayi, macam-macam berlaku masalah gejala sosial, pemimpin rasuah, yang LIWAT..[diputuskan talian]“

Mahathir Hilang Akal atau mudah Lupa?

In Belit Mahathir on January 18, 2008 at 12:23 pm


Mahathir Mudah Lupa?
KeADILan

Kuala Lumpur 17 Jan – Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pagi ini memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja mengenai video VK Lingam.

Dr Mahathir Mohamad memberitahu Suruhanjaya bahawa beliau tidak ingat mengapa beliau mengugurkan nama-nama dua peguam daripada senarai perlantikan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi 2001 ataupun apa-apa yang berkaitan insiden perlantikan hakim tersebut.

Beliau berkata, keputusan muktamad terpulang kepada beliau sendiri dan walaupun ada pihak yang cuba memberi cadangan kepadanya, beliau seorang sahaja yang membuat keputusan untuk melantik hakim.

“Saya mengambil kira pandangan orang lain, tetapi keputusan muktamad dibuat saya sendiri,” kata beliau.

Bekas Perdana Menteri juga disoal mengenai hubungannya dengan VK Lingam dan jika beliau pernah dipengaruhi atas perkara perlantikan hakim.

Tun Dr Mahathir berkata beliau hanya kenal VK Lingam tidak lama dahulu semasa VK Lingam dilantik sebagai peguam beliau selepas bekas Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman defamasi.

Surat-surat di antara bekas Perdana Menteri dan Mohamed Dzaiddin Abdullah telah dikemukan kepada Suruhanjaya sebagai bukti.

Salah satu surat menunjukkan bahawa Mahathir telah menolak dua nama yang disyorkan oleh Mohamed Dzaiddin – Andrew Chew and Zainuddin Ismail.

VK Lingam telah menjangkakan kedua-dua Chew dan Zainuddin tidak akan dilantik sebagai hakim dalam rakaman video yang didedahkan.

SKANDAL SEKS MASALAH PERIBADI?

In Belit Najib on January 18, 2008 at 12:18 pm


minda-kembara

Malang sunggup pemimpin UMNO ini bila beliau menyatakan bahawa masalah yang dihadapi oleh Dr Chua Soi Lek adalah bersifat peribadi. Bermakna, apa yang dilakukan oleh Dr Chua adalah sesuatu perkara yang tidak ada kaitannya dengan perkara lain melainkan ianya satu tindakan yang bersifat peribadi.

Andaikata DVD tersebut tidak disebarkan kepada umum sebelum ini maka tidak menjadi kesalahan kepada mana-mana pemimpin UMNO/BN untuk bertindak seperti mana yang dilakukan oleh Dr Chua tetapi perlu pandai menjaga diri daripada diperangkap atau ditangkap.

Sudah pasti, kenyataan ini melegakan pemimpin UMNO/BN yang lain kerana Najib Razak sudah memberikan kelonggaran terhadap mereka dalam soal bersifat ‘peribadi’ atau mungkin Najib sendiri merasakan bahawa sekiranya perkara yang sama berlaku ke atasnya maka ianya tidak perlu dikecohkan kerana ianya bersifat peribadi.

Maka, rakyat juga tidak perlu membantah ataupun mengecam sekiranya pemimpin mereka melakukan perkara yang terkutuk seperti ini kerana ianya bersifat peribadi.

Akhirnya, mudahlah rakyat seluruhnya memberikan jawapan kepada mana-mana pihak termasuklah kepada pegawai pencegah maksiat, sekiranya mereka ditangkap jawapannya adalah seperti yang disebut oleh Najib Razak…”Ia bersifat PERIBADI!”
Khairul Faizi Ahmad Kamil

BERNAMA MERAPU RAPU

In Belit BERNAMA, Belit media on January 18, 2008 at 12:08 pm


Tiga ulasan dari TG Nik Aziz Nik Mat di dalam BERNAMA,

  1. “Kita sudah ada pengalaman bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, kemudian parti itu berpecah dengan Pas dan dia masuk semula Umno,” kata Nik Aziz.
  2. “Setakat ini itulah sistem yang ada di Malaysia untuk memerintah dan Pas akan menggunakan sistem itu,” katanya.
  3. “Kita ada banyak hasil untuk membangunkan Kelantan,” katanya.

dan cuba anda baca kandungan berita BERNAMA berikut: Nik Aziz Hilang Yakin Terhadap PKR Yang Dianggapnya Bercelaru

No2umnO – Dimana ada kaitannya dengan ulasan yang diberikan oleh TG Nik Aziz?
Hanya 3 ulasan dari TG NIK AZIZ, tapi Bernama memutarbelitkan cerita menjadikan ianya seperti ulasan dari puak puak UMNO pula. Melucukan, TG NIK AZIZ tidak menyebut pun tentang PKR tetapi ulasan wartawan sampai kesana. Mungkin angan angan untuk memecah belahkan BA seperti keadaan BN dan UMNO sekarang.

Inilah matlamat penubuhan BERNAMA, semata mata untuk merosakkan kualiti kewartawan negara. Tidak bebas, hidung dijolok dan diikat dengan tali lantas ditarik ramai ramai oleh pemimpin UMNO.

Mengulas yang bukan bukan seperti lagak seorang anak kecil yang baru belajar melangkah. Kalau ini lah gaya kerja wartawan di dalam BERNAMA, maka lebih baik jadi BLOGGER. Tak payah ada kelulusan, tidak perlu pengalaman dan main belasah semacam je. Free lagi.

Kepada editor dan wartawan BERNAMA, Kesiannya, dan kalau nak biarkan UMNO tarik hidungm jangan sampai koyak rabak.

EUSOFF is becoming LINGAM

In Belit Eusoff, vk lingam on January 18, 2008 at 10:50 am

Eusoff: Hubungan saya dengan Lingam tidak rapat

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

No2umnO – Yeahhh Thamby … which one is Lingam. See….how close they are, Same character, same attitude. All talk shit only….

SIAPA YANG BAYAR NI?

In Parti Mahasiswa Negara on January 18, 2008 at 10:39 am


“Kami akan bertanding. Soal mendapatkan dana untuk menyempurnakan hasrat tersebut nanti kita akan sama-sama tunggu dan lihat,” ujar Azlan.

‘Parti Mahasiswa’ turut mahu bertanding dalam pilihanraya

PUTRAJAYA, 18 Jan (Hrkh) – Belum pun mendapat pengesahan daripada pihak pendaftar persatuan, Parti Mahasiswa Negara (PMN) masih tetap dengan pendirian mereka untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Koordinator PMN, Azlan Zainal ketika bercakap kepada pemberita dalam sidang media yang diadakan di perkarangan Pejabat Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Putrajaya pagi tadi menyatakan bahawa parti tersebut akan meneruskan hasratnya untuk turut sama menyertai pilihan raya umum ke-12 meskipun berhadapan dengan tindakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku). More…

No2umno - Aku ragu ragu betul dengan budak budak ni. Belajar bukan percuma tau, semua kena bayar. Duit pinjaman jangan buat modal politik. Nak tanya, kenal Khairy tak?

JANJI PEMBANGKANG LEBIH ORI

In Minyak naik on January 18, 2008 at 10:32 am


Undi kami, pendidikan percuma kepada semua rakyat – Anwar Ibrahim
Zaili Muhammad
Harakahdaily

TANGGA BATU, 18 Jan (Hrkh) – Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan satu lagi tawaran kepada rakyat Malaysia sekiranya memberikan kemenangan kepada Barisan Alternatif untuk memerintah dalam pilihanraya umum akan datang.

Anwar berkata, beliau akan mempastikan pendidikan secara percuma diberikan kepada semua pelajar dari sekolah rendah sehingga ke peringkat Universiti.

“Turun harga minyak masih ada untung lagi, untuk itu kita akan pastikan semua sekolah rendah, menengah dan universiti anak-anak dan ibubapa tak payah bayar semuanya percuma.

“Pendidikan dari sekolah rendah percuma sehingga ke universiti percuma, RM 4.50 tak payah bayar RM 100 tak payah bayar, jangan ikut macam menteri keris kata RM 4.50 tak payah bayar tapi RM 100 kena bayar,” katanya sambil disambut dengan laungan takbir oleh orang ramai.

Katanya, keuntungan daripada hasil minyak petroleum yang diperolehi oleh Petronas sepatutnya boleh dinikmati bersama seluruh rakyat Malaysia sekiranya ditadbir secara adil dan saksama.

Menurutnya, keuntungan hasil minyak yang dinikmati negara sekarang ini sebanyak RM 80 bilion dan kalau diturunkan sedikit harganya untuk meringankan beban rakyat takkan negara akan bangkrap ketika berceramah di Balai Islam Pantai Kundur, di sini, baru-baru ini.

Turut sama berceramah pada majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan antara pimpinan yang hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Ustaz Khamis Saat serta Ketua Angkatan Muda PKR, Samsul Iskandar Mat Akin.

“Saya selama 8 tahun menjadi Menteri Kewangan harga minyak di paras RM 1.10, walaupun masa harga minyak dunia naik melambung harga tetap sama juga, sekali aje naik 3 sen menjadikan RM 1.13 kemudian turun balik RM 1.10.

“Kalau nak banding harga minyak jangan bandingkan dengan Singapura kerana negara itu tak ada minyak,” kata beliau.

Sambil itu, beliau turut memberi amaran bahawa sekiranya BN menang lagi pada Pilihan Raya Umum kali ini harga minyak akan naik lagi kerana mereka langsung tidak memikirkan permasalahan rakyat.

It’s Zarina An-Julie! (Anak Puntianak)

In Zarina An-Julie on January 18, 2008 at 10:27 am

Surat dari MStar

I would like to bring to your attention of half-naked pictures of Zarina An-Julie which have been circulating in the Internet these recent weeks. There were two e-mails, one set consists of pictures of her and her friends in clubs.

Second, is a set of obscene pictures in which Zarina An Julie claimed as super-imposed. But we, forummers of http://www.cari.com.my have spent our time discussing and from the information we gathered, it is safe for us to say the pictures weren’t at all–super-imposed–as she claimed.

We are very sure it is the original pictures of her, capturing her breasts using digital camera with an anonymous guy.

She said the pictures were super-imposed by people who are jealous of her career, but there were many pictures altogether but these pictures however show to us that Zarina An-Julie has a mole at her left arm, and they do not contradict with the previous pictures, the set that shows her clubbing with her friends.

Furthermore, it is not logical that the second set were superimposed as the pixels were flawless–too perfect–the head and the body part were of the same hue, tone, brightness and contrast that it only makes perfect sense the pictures are real.

And if they were superimposed, it is impossible to match different head angle with body part images flawlessly. It is not possible that some other people have pictures of her head that happen to fit just so nicely and perfectly with the bare body parts.

We are calling for a ban on this actress for:

1) Taking obscene pictures
2) Claiming them as super-imposed when they’re not

Other people who have done similar deeds have had their share of punishment. Take Zarina Zainuddin as reference and Wan Nur Azlin. Faizal Tahir was lambasted severely for taking off his shirt in national television.

Even Vanessa Hudgens have been punished by Disney for taking nude pictures of herself and clumsily had them leaked.

What Zarina did is a lot worse. Zarina An Julie does not sincerely show any remorse and we therefore hope this story will be publicized.

Thank You.

Rakyat Kelantan diperantauan penentu kemenangan BN

In Belit UMNO on January 18, 2008 at 10:22 am


dicetak dan diubah untuk cerita realiti sebena: Berita asal

Kerana bimbang dengan pengaruh UMNO di dalam Kelantan, maka Anuar Musa merayu agar rakyat Kelantan yang berada di luar kawasan negeri itu, agar pulang ketika pilihanraya.

Menurut Annuar Musa, pengundi yang berada di luar Kelantan ini mampu menyumbang kepada kejayaan BN Kelantan pada pilihan raya kali ini, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan dan suasana politik semasa.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata selaras dengan perkembangan itu, BN Kelantan telah memulakan “Gerakan Mesra Jejak Kasih” bagi memastikan anak negeri pengundi yang berada di luar Kelantan, akan pulang untuk mengundi pada pilihan raya nanti.

Beliau juga berangan angan dan berkata, “Kita yakin pengundi yang tinggal di luar Kelantan akan memilih kerajaan baru kerana mereka mahu lihat perubahan yang kita janjikan,” ketika berucap pada majlis Perhimpunan Pengarah-pengarah Peti Undi BN Kelantan yang dihadiri 537 Ketua Peti Undi di sini, Jumaat.

Menurut Anuar lagi, gerakan itu bertujuan mencari pengundi yang tersenarai dalam senarai daftar mengundi tetapi gagal dikesan kedudukan serta lokasi mereka, dan menurutnya kira-kira 200,000 anak kelantan berada di luar kawasan.

“Mereka ini yang akan menjadi penentu sama ada negeri kelahiran mereka akan terus mundur di bawah kepimpinan Pas atau mampu bangkit maju seiring dengan negeri-negeri lain, negeri yang mereka hijrah itu. Sebab itu kita akan usahakan untuk membawa mereka balik dan mengundi dengan menyediakan kemudahan logistik yang perlu termasuk pengangkutan,” tambahnya lagi.

Usaha terdesak Anuar Musa sehingga terpaksa mengeluarkan belanja semata mata bertujuan untuk mengalahkan pengaruh PAS di Kelantan. Entah berapa belanjanya pun kita tak tahu. Yang pasti pengangkutan dan duit poket akan diberikan. Cuma jangan keliru kalau ada pengundi dari Thailand pun akan turut dibawa masuk.

Annuar seterusnya cuba tunjuk baik kepada 46 waris peserta di dalam sumbangan Skim Takaful Merdeka. Setiap waris peserta yang merupakan anggota BN atau anggota keluarga mereka menerima sumbangan berjumlah RM3,500. Kalau bukan BN, tidak dapat bantuan. 46 ….? Kenapa hanya 46?

CERITA YANG SAMA ….. BOSAN LA

In Belit POlis on January 18, 2008 at 10:10 am

Lelaki permainkan keluarga Sharlinie kurang waras

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang dibelasah gara-gara menyamar sebagai anggota polis dari Bukit Aman dan bertanyakan mengenai kanak-kanak hilang Sharlinie Mohd Nashar, 5, di rumah keluarga mangsa di Taman Medan malam tadi, didapati mempunyai masalah mental.

Ketua Polis Dearah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamad berkata lelaki berumur 30 tahun itu dan bekerja sebagai penghantar surat, mempunyai tiga rekod keluar masuk unit sakit jiwa hospital di sini.

Lelaki itu tinggal di kawasan berhampiran rumah mangsa di PJS 2, katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Dalam kejadian malam tadi lelaki itu bersama seorang teman berlagak sebagai anggota polis dan meminta keluarga Sharlinie menyerahkan gambar kanak-kanak perempuan itu yang lebih besar dan jelas, selain mendakwa pernah terjumpa Sharlinie.

Kedu-adua lelaki itu telah dipukul penduduk setempat yang mencurigai perlakuan mereka.

No2umnO – Di dalam kes Nurin Jazlin pun terdapat watak yang sama. Orang tidak waras ditangkap dan dijadikan tajuk utama. Ditahan berminggu minggu dan akhirnya dilepaskan. Alasannya tidak waras ……. DEY TAK DER CERITA LAIN KE? Agenda siapa ni? Ramai sungguh orang tak WARAS kat Malaysia.

Politik BN Dan Pembunuhan

In Jenayah BN on January 18, 2008 at 10:05 am

n9duriantunggal

Seluruh rakyat Malaysia dikejutkan baru-baru ini apabila Dato’ S Krishnasamy, Tim. Pengerusi MIC Johor ditembak di Pejabat MIC, JB pada 11 Januari 2008, lebih kurang jam 2.30 petang. Polis masih menyiasat kes ini.

Pada Tahun 2004, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Sabah, Datuk Norjan Khan Bahadar juga Exco Wanita UMNO Malaysia, mati dibunuh di Hotel Shnagri-La, KK……..KES NI SAMPAI SEKARANG TIDAK SELESAI……seperti ada sesuatu yang disembunyikan.

Pada tahun 2000…..ADUN Lunas, Dr Joe Fernandez juga mati ditembak oleh orang tidak dikenali. Saya kurang pasti, samada polis berjaya menagkap atau tidak penjenayah tersebut.

Lebih 20 tahun lalu, iaitu pada tahun 1982, Dato Taha Talib, Speaker DUN N.Sembilan, ditembak mati oleh Dato Mokhtar Hashim, Menteri Belia dan Sukan Malaysia,,,juga satu lagi catatan kes pembunuhan yang melibatkan pemimpin politik BN.

Pembunuhan pemimpin politik BN tersebut, samada yang telah selesai kesnya di mahkamah atau yang masih belum selesai, semuanya dilakukan atau disyaki dilakukan oleh orang BN sendiri. Pihak pembangkang tidak terlibat melakukan jenayah ini, walaupun pemimpin BN sering menuduh pembangkang suka membuat bermacam perkara yang menyalahi undang-undang.

Orang BN bunuh orang BN sendiri satu hal, orang BN juga turut melakukan jenayah membunuh terhadap orang PAS SEPERTI kes pembunuhan Allahyarham Osman Talib, di Lubuk Merbau semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Padang Terap, di Kedah…… Siapa lagi yang membunuhnya kalau tidak penyokong brutal BN.

Tragedi Memali pada 19 November 1985, pihak pemerintah kerajaan Malaysia pimpinan BN telah membunuh 14 orang termasuk as-Syahid Ustaz Ibrahim Libya, yang tidak berdosa, mereka ini tidak melakukan sebarang jenayah yang melayakkan mereka dihukum sedemikian. Sebaliknya mereka ditembak dan dibunuh seumpama pengganas komunis oleh polis atas arahan kerajaan BN.

DAN…terbaru kes Batu Burok, dua penyokong PAS (Azman dan Suwandi) yang menghadiri ceramah nyaris mati apabila ditembak oleh polis. Kejadian ini juga jelas berlaku atas motif politik BN.

Saya bawakan beberapa kes di atas untuk penilaian dan pertimbangan seluruh rakyat Malaysia akan betapa bahayanya masa depan kesejahteraan dan keamanan rakyat, jika tampuk kepimpinan negara masih berada di tangan kerajaan BN. Pemimpin BN sanggup membunuh kawan apalagi lawan demi memastikan kepentingan peribadi mereka tidak tergugat. Mereka sanggup melakukan apa saja, asalkan motif politik mereka tercapai, tembak, bunuh, letup, siksa, penjara, ugut……dan macam-mcama lagi jenayah terhadap rakyat asalkan mereka terus dapat berkuasa.

Jahaman BN.

POLIS CUBA GERTAK AHLI BARU KEADILAN

In Belit POlis on January 18, 2008 at 9:57 am

Baru dua hari jadi ahli, Ketua Penaja KeADILan dipanggil polis
Mohd Sabri Said
Harakahdaily

KEPALA BATAS, 18 Jan (Hrkh) – Tidak sampai dua hari menyertai Parti KeAdiLan Rakyat (KeAdiLan), Ketua penaja KeADILan Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Gunasegaran dipanggil polis untuk mendapatkan keterangan berhubung program yang beliau laksanakan di kediamannya malam Sabtu lalu.

Harakahdaily difahamkan walaupun tiada sebarang ugutan hanya bualan biasa namun sedikit sebanyak memberikan tekanan kerana mereka orang baru bergelar pemimpin di kawasan itu.

Ketua KeAdiLan Bahagian Kepala Batas, Zaini Awang ketika dihubungi menegaskan, sepatutnya polis menumpukan pencegahan rompakan, kecurian, masalah sosial dan sebagainya bukan menakutkan masyarakat yang ingin menyokong pembangkang.

Ini kerana, pembangkang yang menyertai pilihan raya adalah parti yang sah dari segi undang-undang dan tidak menjadi kesalahan menganjurkan perhimpunan di kediaman sendiri bukan di tempat lapang.

“Saya yakin Gunasegaran merupakan ahli yang berani untuk membawa perubahan demi menjagai maruah negara yang sudah tercemar teruk. Apa yang kami dimaklumkan beliau bertambah kuat bekerja untuk memastikan Barisan Alternatif (BA) berjaya,” terangnya.

Menurut Zaini lagi, pihak polis juga jangan bekerja untuk Umno kerana langkah itu boleh merencatkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem keselamatan negara.

Tambahnya, beliau tidak mahu polis menuruti kehancuran sebagaimana institusi Kehakiman negara sekarang ini terutamanya membabitkan pelantikan Ketua Hakim seperti kes VK Lingam.

“Kita masih hormati polis sebagai penjaga keamanan tetapi haruslah tahu kes mana yang perlu diutamakan bukannya menakutkan orang nak menyertai politik terutamanya pembangkang, ” ujarnya. – mks.

TAK RAPAT TAPI BAYAR TAMBANG SEPARUH?

In vk lingam on January 18, 2008 at 9:50 am

Lingam Tawar Bayar Separuh Kos Pengangkutan Di New Zealand, Kata Eusoff Chin

Suruhanjaya Siasatan Diraja menyiasat klip video yang merakamkan perbualan telefon antara peguam Datuk V.K Lingam dan seseorang kononnya berkaitan pelantikan hakim, diberitahu bahawa bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin dan Lingam berkongsi membayar kos pengangkutan antara dua bandar raya di New Zealand semasa percutian mereka dan keluarganya pada 1994.

Eusoff, yang ketika itu Ketua Hakim Negara, berkata beliau hanya membayar separuh daripada kos pengangkutan tersebut untuk sebuah van dari Christchurch ke Queenstown setelah Lingam menawarkan untuk membayar separuh lagi tambang tersebut. More…

Eusoff Chin Perjelas Nafi Ada Hubungan Rapat Dengan Lingam

(Imej kanan) SAKSI…Bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin tiba di mahkamah untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja yang menyiasat kes klip video “Lingam”, Jumaat. Foto: Noriani Ahmad

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin berkata walaupun beliau meluangkan banyak masa dengan peguam Datuk V.K. Lingam di New Zealand 14 tahun lepas, hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan antara seorang hakim dan peguam.

Ketika memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang mengadakan inkuiri mengenai klip video yang menunjukkan seseorang dikatakan Lingam sedang berbual menerusi telefon kononnya bagi mengatur pelantikan hakim, Eusoff menafikan beliau mempunyai hubungan rapat dengan peguam itu.

Menjawab soalan wakil Badan Peguam Malaysia Ranjit Singh sama ada beliau rapat dengan Lingam, bekas Ketua Hakim Negara itu menjawab: “Tidak”. More…

Rujukan lain : Selepas 13 tahun, Eusoff terpaksa jelaskan percutiannya bers..

ALAHAI BUCHUKKKK… MANJA NYA POLIS

In Belit POlis on January 18, 2008 at 5:48 am

umno-reform.com

Kuala Lumpur 17 Jan 2008 – Aktivis Norazimah Bti Mohd Nor, 33 lebih dikenali sebagai ‘Nora Reformis’ pagi tadi telah didakwa atas tuduhan ‘menghina dan dan membangkitkan provoksi’ terhadap seorang pegawai kanan Polis. Pegawai tersebut ialah ACP Kumaran A/L Karuppanan Ketua Polis Daerah (OCPD) Sentul.

” Kamu dengan sengaja menghina ACP Kumaran A/L Karrupannan (G/11637) dan dengan itu membangkitkan provokasi kepada ACP Kumaran dengan pengetahuan bahawa provokasi tersebut berkemungkinan menyebabkan ACP Kumaran mengganggu ketenteraman awam dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 504 Kanun Keseksaan”

Setakat ini yang menjadi isu adalah Nora di tuduh mampu menganggu emosi ACP Kumaran seorang pegawai polis kanan yang kemungkinan boleh menyebabkan ACP Kumaran mampu mengganggu ketenteraman awam. Provokasi sehingga Pegawai Kanan Polis mampu mengganggu ketenteraman awam! Adakah Nora mampu menggugat kewibawaan dan jati diri seorang anggota kanan polis – lemah sungguh jati diri polis tersebut.

Sumber – ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
Koordinator (012-3966744)
LABOUR RESOURCE CENTRE (LRC)

POLIS tunduk kepada BN UMNO

In Belit POlis on January 18, 2008 at 5:46 am

peneranganmelaka

Hebat sungguh Polis Malaysia, Doktor dan Ustaz yang tidak pernah membunuh, menculik dan melakukan jenayah dengan cepat ditangkap walaupun kesalahannya hanyalah menghadiri perhimpunan aman.

TETAPI PENJENAYAH, PEMBUNUH, PEROGOL, PEROMPAK DAN SEBAGAINYA DIBIARKAN HIDUP BEBAS DAN BERMAHARAJALELA.

KES-KES BUNUH YANG PULUHAN TAHUN PUN MASIH BELUM SELESAI, ANTARANYA KES PEMBUNUHAN MUSTAKIZAH, NORITA SHAMSUDDIN, NURIN JAZLIN DAN RAMAI LAGI.

SYABAS POLIS MALAYSIA YANG SENTIASA TUNDUK DAN PATUH KEPADA UMNO DAN BN

Bawasir, umur 17 hari, mula mengganas – Datuk Bandar di beri Peringatan

In ALAHAI IDRIS .... on January 18, 2008 at 5:40 am

buletinonline

Kuala Terengganu, 17 Jan – Bahang pilihanraya memang sudah mula panas, walaupun hujan turun sejak semalam. Dimana-mana orang bercakap tentang pilihanraya. Dari Madrid, hingga ke Putarajaya, sampai ke Kuala Terengganu.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Bandaraya Warisan Pesisir Air(MBKT-Bawasir) mula mengganas. Anak bungsu Deris, yang baru berumur 17 hari ini bukan calang-calang orangnya. Beberapa kali arahan diulang-ulang oleh Deris, untuk menjadikan bandaraya bersih.

Walaupun Datuk Bandar, yang berasal dari Hulu Terengganu lambat faham, namun beberapa hari kebelakangan ini mula menunjukkan taringnya. Rupa-rupanya ‘kod arahan’ membersihkan Kuala Terengganu adalah merujuk kepada membersihkan bandaraya dari semua ‘bendera besar PAS’ yang berkibar disini sana.

Sekitar empat hari lalu, petugas-petugas MBKT telah menurunkan bendera besar PAS berhampiran dengan Masjid Kg. Pengadang Baru. Entah arahan apa yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar sehingga petugas-petugasnya berani menurunkan bendera besar itu, walaupun diatas tanah persendirian.

Kira-kira jam 5.30 petang hari ini MPKT-Bawasir meneruskan operasi. Lensa Buletinonline sempat merakamkan saat-saat tumbangnya sebuah lagi ‘bendera besar PAS’ yang di kibarkan di atas sepohon mempelam, berhampiran stesyen minyak Shell, Cabang Tiga, Kuala Terengganu.

Operasi disertai oleh dua buah lori pengangkut sampah, sebuah lori ‘pengangkat’ yang digunakan untuk mengangkat petugas MBKT-Bawasir kebahagian-bahagian yang tinggi. Selain kira-kira 20 orang petugas yang dilengkapi dengan 2 buah pacuan 4 roda, termasuk sebuah ‘flying squad’ atau nama lain bagi ‘orang-orang gedebe’ MBKT-Bawasir.

Tepat jam 6 petang, didalam hujan yang agak lebat, setelah mengerat dahan-dahan pokok mempelam tersebut, MBKT-Bawasir telah menumbangkan bendera besar PAS.

Rentetan dua operasi menurunkan bendera besar PAS di Pengadang Baru dan Cabang Tiga, pasti selepas ini lebih banyak lagi operasi seumpama itu akan dijalankan.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu ketika dihubungi Buletinonline lewat malam ini mengatakan bahawa tidak ada bezanya dari segi tindakan antara MPKT dengan MBKT-Bawasir.

“Kedua-duanya menjadi alat UMNO/BN Terengganu dan sentimen politik sempit UMNO yang sudah kecut perut untuk menghadapi pilihanraya yang semakin hampir” kata Wan Faizul.

“Banyak bendera UMNO/BN yang masih terpasang selepas sambutan TPM minggu lepas, mengapa tidak diambil tindakan sekiranya MBKT adil dan saksama” katanya lagi.

Wan Faizul juga memberi ingatan kepada Datuk Bandar Kuala Terengganu, bahawa realitinya, separuh dari warga Kuala Terengganu adalah orang PAS. Sekiranya Datuk Bandar ingin dihormati sebagaimana jawatan yang gah itu, Datuk Bandar sebagai Penjawat Awam harus menghormati orang lain dan mesti pandai berdiplomasi.

Eusoff Chin: Lingam went on NZ trip with me

In vk lingam on January 18, 2008 at 5:38 am

myblogmix

KUALA LUMPUR: Former chief justice Tun Eusoff Chin told the Royal Commission of Inquiry that he knew Datuk V.K. Lingam since 1990 when the lawyer handled a case here where he was a judge.

He also confirmed that despite being the Chief Justice in 1994, he allowed Lingam to follow him on his trip to New Zealand.

Chin was the 11th witness to take the witness stand since the inquiry began on Monday.

The Royal Commission of Inquiry was set up on Nov 16 to investigate a video clip, which allegedly shows Lingam brokering the appointment of judges

Relationship between Mahathir-VK Lingam

In Belit Mahathir on January 18, 2008 at 5:37 am

civilian

During the inquiry today, Mahathir admitted the following:
-Tycoon Vincent Tan might have introduced Lingam to him
-Lingam represented him in a case against Anwar Ibrahim’s defamation suit
-Lingam is still his lawyer

The Star’s report here and here.

Tolak membudayakan kebodohan

In Belit UMNO on January 18, 2008 at 5:34 am


aminiskandar

Novel popular Ahadiat Akashah akan jadi teks sekolah, tiada karya SN (Sasterwan Negara) tersenarai

Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMA) cukup prihatin dengan perkembangan terkini berkaitan dengan pendidikan negara. Keputusan Kementerian Pelajaran untuk tidak menyenaraikan sebarang karya Sasterawan Negara(SN) sebagai buku teks sastera bagi sekolah menengah pada tahun 2010 adalah amat mendukacitakan. Ia tragedi terbaru tanah air setelah kerajaan barisan nasional pimpinan mertua khairy jamaludin menghapuskan pendidikan bahasa ibunda Melayu dalam matapelajaran sains dan matematik.

Pusat Perkembangan Kurikulum(PKK) Kementerian Pelajaran membuktikan betapa dungu dan bingainya pemikiran mereka bilamana memberikan alasan maha bodoh bagi menolak karya SN warisan berharga untuk dipelajari di sekolah-sekolah. PKK yang menyelenggara Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar difahami pelajar. Justeru mereka mencari penulis popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat para pelajar. Antara penulis yang karya mereka termasuk dalam senarai baru itu ialah Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar.

SAMA tidak dapat menerima hakikat novel-novel Ahadiat Akashah seperti Budak Setan, Budak Rap dan Cinta Tiga Hari akan menjadi rujukan para pelajar bagi pembelajaran sastera. Novel dan karya seperti ini tidak mengandung apa-apa nilai kesusasteraan, kemanusian dan pemikiran. Ia tidak lebih daripada sekadar hanya cerita cinta remaja yang cukup ringan dan kosong pemikirannya. Seperti langit dengan bumi jika mahu membandingkan karya-karya Usman Awang dengan penulis seperti Ahadiat Akashah ini.

SAMA melihat tindakan ini sebagai usaha untuk membudayakan kebodohan dalam masyarakat. Pak imam hadhari yang masih tidur dibuai mimpi kuasa dan harta mahu rakyat Malaysia bodoh seperti dirinya. Pemerintah mahu rakyat tidak menyoal dan berfikir. Maka dengan itu lebih mudahlah kerja-kerja perasuah-perasuah untuk merompak dan menindas rakyat jelata.

SAMA juga melihat unsur rasuah dan penyelewengan kuasa dalam hal ini. Siapakah yang akan mendapat keuntungan bagi mencetak sekitar 200, 000 hingga 300, 000 naskhah bagi seorang pengarang yang baru tersenarai itu? Jikalau ada 12 pengarang baru., berapa banyakkah keuntungan yang dikaut hasil kegiatan pembodohan ini?

SAMA akan berjuang bagi mempertahankan rakyat daripada terus diperbodohkan pemerintah. SAMA tidak mahu generasi akan datang miskin ilmu pengetahuan. Justeru SAMA menolak budaya yang memiskinkan ini. Tolak membudayakan kebodohan!

Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMA)

BN Perlis Akan Bergolak?

In Kecoh BN on January 18, 2008 at 5:33 am

dipetik: puteramalaysia

Sumber-sumber memberitahu Suara hari ini, Datuk Seri Shahidan Kassim telah membayangkan untuk keluar daripada UMNO jika beliau tidak dipertandingkan semula dalam PRU12.

Adakah ini benar? Adakah ini hanya propaganda? Dan, betulkah Shahidan akan disingkirkan menerusi PRU12? Shahidan enggan mengulas desas-desus ini.

Bagaimanapun, ramai pemerhati politik berpendapat bahawa Shahidan memang mempunyai sokongan akar umbi yang mantap.

Sebab itu, BN Perlis dijangka menghadapi masalah besar jika Shahidan tidak dicalonkan dan tidak dilantik semula selaku Menteri Besar.

Kata mereka, keadaannya akan jadi lebih gawat jika Datuk Seri Azmi Khalid dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Shahidan.

Oleh itu, terserahlah kepada Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad untuk menggunakan kebijaksanaannya sama ada mahu mendesak pucuk pimpinan BN menyingkirkan Shadidan atau sebaliknya menerusi PRU12.

MENTERI KITA TAK DAK TELOQ

In Belit BN on January 18, 2008 at 4:29 am

Baca PUTAR BELIT KEPIMPINAN DAN INDIVIDU PENTING NEGARA KITA.

Dollah Badawi
“Datuk (Seri) Radzi Sheikh Ahmad kata surat tu palsu, bukan surat dia (Radzi),” kata Abdullah selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, yang pertama diadakan tahun ini, di ibu pejabat parti itu di sini hari ini. Ditanya sama ada Umno mengenal pasti siapa dalang di sebalik surat itu, Perdana Menteri berkata: “Kalau kita tahu senanglah kan? Tapi bukan daripada dia (Radzi).” – Bernama 17/1/2008

Radzi Sheikh Ahmad
Pemimpin Umno nafi Radzi edar surat ‘jayakan isu perkauman’ – Malaysiakini, 10/1/2008

Samsudin Osman
Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja bahawa beliau tidak mengenali peguam Datuk V.K Lingam. – Bernama 16/1/2008

Bajet 2008
Penghapusan YURAN SEKOLAH rendah dan menengah untuk sessi sekolah 2008.

VK lingam
Datuk V. K. Lingam hanya menjawab: “Macam suara saya, macam rupa saya” apabila ditanya tentang kesahihan klip video rakaman perbualan seorang peguam mengatur pelantikan hakim-hakim – klpos 16, Jan

Kita tidak lagi mempunyai pemimpin negara yang telus, jujur, amanah dan bertanggung jawab. Semua yang ada telah terpesong dari etika kepimpinan sebenar. Ia bukan sahaja berlaku ke atas kepimpinan atas, malahan telah menular ke barisan kepimpinan bawahan. Sikap BELIT pemimpin bawahan turut menyamai mereka yang diatas, cuma perbezaan boleh dinilai melalui, lagi besar kuasa, lagi kuat belitnya, lagi sukar untuk kita percaya.

Walaupun sesuatu tuduhan itu cukup kukuh dengan bukti dan saksi, mereka mahu masih terus menafikan. Berani buat TAPI tidak berani tanggung. Kalau bahasa orang utara dipanggil, PEMIMPIN YANG TAK DAK TELOQ.

Merujuk pada surat “PERLAKSANAAN ISU PERKAUMAN” yang diedarkan oleh Datuk (Seri) Radzi Sheikh Ahmad, secara terang surat tersebut dibuat oleh beliau serta di tanda tangani oleh beliau sendiri.

Sekembalinya Dollah Badawi dari sessi lawatannya ke Dubai, beliau terus bersetuju dengan kenyataan bahawa Radzi Sheikh Ahmad tidak melakukannya. Bimbang akan ianya diperbesarkan oleh rakyat dan pembangkang, maka Dollah Badawi bertindak untuk menutup isu tersebut. Kalau secara logiknya, jika tuduhan itu TIDAK BENAR, Radzi Sheikh Ahmad boleh kemukakan saman kepada pihak yang menuduhnya. Tetapi ia tidak dilakukan memandangkan beliau tahu bahawa surat itu ternyata benar dan jangan terperanjat kalau perbicaraan di adakan, surat ASAL akan dibawa ketengah. Maka jalan yang paling selamat adalah untuk menutup kes itu. Kaedah yang sama berlaku pada isu rasuah dan penjenayah yang membabitkan bekas Pengarah BPR, Ketua Polis Negara, Dan menteri Dalam negeri.

Merujuk pula pada perbicaraan Video VK LINGAM pula. Hampir semua yang terlibat cuba menafikan hubungan mereka dengan peguam tersebut. Malah Menteri Pelancongan, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor di dalam sessi soal siasat menyatakan bahawa isi kandungan pita video tersebut adalah `kata-kata lelaki mabuk’. Kenyataan dari Adnan jelas menunjukkan bahawa beliau cuba melabelkan VK LINGAM sebagai lelaki mabuk dan berharap agar segala kenyataan yang dibuat di dalam pita itu tidak boleh dipercayai. Kalau sebelum ini VK Lingam menuduh adiknya SAKIT MENTAL, di dalam kes vide ini, dia dilabelkan sebagai LELAKI MABUK. Mabuk pun tak per, asal lepas dari tuduhan.

Melucukan lagi, VK LINGAM sendiri cuba menolak hakikat bahawa dirinya yang tertera di dalam video tersebut. “Macam suara saya, macam rupa saya” satu jawapan yang diberikan oleh beliau sendiri seolah olah beliau tidak pasti bahawa “BADUT CORRECT CORRECT” di dalam video berkenaan adalah dirinya dengan berlatar belakangkan imej rumahnya sendiri.

Hari demi hari kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk lawak jenaka dari pemimpin yang rata rata terdiri dari PEMUTAR BELIT dan PEMBOHONG. Kini, Peguam dan Menteri yang mempunyai kepentingan bersama adalah spesis yang sukar untuk kita percayai kerana mereka tidak mengaku apa yang mereka sendiri buat , terutama kepada sesuatu perkara tidak baik yang TERBONGKAR.

Adalah realitinya sekarang, sukar benar untuk mempunyai pemimpin yang benar benar ikhlas dan berani di dalam membuat sebarang tindakan. Lontar batu sembunyi tangan. Jerit sorok kepala, adalah tektik pemimpin yang pengecut, bacul dan TIADA TELOQ.

Maka tidak hairan lah kalau, ada Pemimpin Negara yang sanggup sehingga membunuh, menganiaya dan boros berbelanja kerana mereka tahu bahawa undang undang boleh diputar belitkan. Pihak pengadilan dan kehakiman sentiasa tunduk pada jari telunjuk mereka. Berani kerana salah, berani kerana ada kuasa dan bukan lagi berani kerana benar.

Di dalam ramai pemimpin dan menteri, kepujian patut diberikan kepada Chua Soi Lek kerana hanya beliau yang sanggup mengaku sedangkan yang lain bagaikan TIADA TELOQ. Bukan hendak menghina tetapi ianya adalah hakikat taraf kepimpinan negara sekarang. Sudah berbukti, sudah jelas tapi terus berusaha untuk memutarbelitkan cerita. Alhamdullillah, rakyat yang mempunai akal sudah boleh menilai betapa buruknya sikap kepimpinan sekarang yang BERANI BUAT TAPI TAK BERANI NAK TANGGUNG. Kalau antara kita yang memberikan sokongan kepada manusia HIPOKRIT seperti ini, maka taraf kita adalah yang lebih hina dari binatang. Angkara sokongan mereka mereka ini lah menyebabkan orang lain sengsara dan tersiksa. Bersubahat namanya.

Jika ini lah sikap pemimpin negara, beberapa perkara yang perlu kita FIKIRKAN SEMULA. Antaranya

  • Benar atau tidak kenyataan Abdullah Badawi tidak membantu anak anaknya di dalam mendapatkan projek negara.
  • Benar atau tidak, hasrat Dollah Badawi untuk membenteras Rasuah
  • Benar atau tidak, Dollah Badawi tidak mempunyai hubungan CINTA sebelum berkahwin dengan Jeanne
  • Benar atau tidak, Dollah Badawi sedang mencari Al Ghazali dan AS Shafiee
  • Benar atau tidak, Najib razak tidak mempunyai kaitan dengan Pembunuhan Altantuya.
  • Benar atau tidak, Kematian Sujatha melibatkan orang penting negara
  • Benar atau tidak, UMNO bukan parti perkauman
  • Benar atau tidak, BN perjuangkan rakyat
  • Benar atau tidak, UMNO perjuangkan agama dan bangsa
  • Benar atau tidak, Kemenangan BN pada tahun 2004 kerana sokongan rakyat
  • Benar atau tidak, SPR telus dan jujur
  • Benar atau tidak, kematian ramai gadis dikaitkan dengan individu politik
  • Benar atau tidak, menteri lah yang membuntingkan gadis di Melaka
  • Benar atau tidak, Dollah Badawi diberikan hadiah kapal layar oleh Ananda Krishnan
  • Benar atau tidak, Dollah mendiami rumah Patrick Lim ketika di Ausralia
  • Benar atau tidak, Dollah tidak mempunyai kaitand dengan aktiviti niaga Patrick Lim

Kalau semua kenyataan itu diragui, maka kenapa masih ada yang bodoh dan tolol untuk memilih PEMIMPIN YANG TIDAK ADA TELOQ?

POSTER

In Poster on January 18, 2008 at 1:04 am