Buka baju: 8TV sekat royalti Faizal
Utusan MeloyaSHAH ALAM 19 Jan. – Pengurusan stesen 8TV mengambil keputusan menyekat hasil royalti penjualan album dan pertunjukan pentas penyanyi Faizal Tahir yang mencetuskan kontroversi aksi buka bajunya pada konsert stesen televisyen berkenaan, Ahad lepas.
Ketua Pegawai Operasi 8TV, Ahmad Izham Omar berkata, segala pendapatan yang diterima oleh Faizal menerusi syarikat rakaman yang dinaunginya, Monkey Bone Records Sdn. Bhd., serta syarikat pengurusan kerjaya seninya, 8 Unit akan disekat untuk tempoh masa yang akan ditetapkan.
Tiga rancangan hiburan 8TV yang digantung dari bersiaran secara langsung sepanjang tempoh itu ialah One In A Million 2, American Idol 7 dan Project Superstar
Selain 8TV yang dikenakan hukuman itu, Faizal juga digantung daripada muncul dalam sebarang program siaran langsung berbentuk hiburan di stesen televisyen itu selama tiga bulan bermula tarikh yang sama.
dalam pada itu, berlainan pula dengan Menteri MAMAK ZAM,
RTM tidak gam Faizal Tahir
Utusan MeloyaKUALA LUMPUR 19 Jan. – Penyanyi kontroversi yang menanggalkan baju pada konsert stesen televisyen 8TV Ahad lalu, Faizal Tahir tidak akan dihalang untuk tampil mengadakan persembahan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata, tindakan menghalang Faizal adalah tidak wajar kerana penyanyi itu telah pun dihukum dengan pengharaman persembahan secara langsungnya di stesen-stesen TV swasta selama tiga bulan.“Kita tidak menghalang Faizal untuk membuat persembahan di RTM asalkan mematuhi etika yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Di dalam ZAM MAMAK berlembut dengan Faizal, Zahid hamidi pula mengambil kesempatan memberi ingatan
Artis Dan Stesen Televisyen Perlu Ambil Iktibar, Kata Ahmad Zahid HamidiSHAH ALAM, 19 Jan (Bernama) — Stesen televisyen 8TV dan penyanyi Faizal Tahir perlu menerima hukuman yang dikenakan dengan fikiran terbuka kerana ia bukan bertujuan menzalimi mana-mana pihak, sebaliknya untuk memberi pengajaran.
Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan yang terhadap kedua-dua pihak itu bertujuan bagi memastikan agar perkara tersebut tidak berulang di masa hadapan.
“Apa yang dilakukan oleh Faizal Tahir adalah melampaui budaya dan tatasusila ketimuran,” katanya dalam sidang media selepas majlis Simposim Usahawan Asnaf Selangor anjuran bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMNS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di sini, Sabtu.
No2umnO – 8TV Marah kerana gara gara sifat tidak bermaruah Faizal, mereka telah dikenakan hukuman. Lantas sebarang royalti turut ditahan. Jesteru itu, Zahid Hamidi pula memberitahu bahawa tindakan penggantungan tersebut memberi pengajaran kepada artis dan syarikat penyiaran yang lain. Dan yang pelik, ZAINUDDIN MAIDIN, menteri penerangan Malaysia, membenarkan Faizal untuk membuat persembahan di dalam RTM. Anda nilaikan sendiri bagaimana berceranggahnya tindakan semua pihak dan nilaikan sikap Double Standard MAMAK ZAM. Benar lah, Di RTM, Penceramah mengajar agama pun boleh di GAM, tapi yang berbogel separuh tubuh masih boleh terus ditonton. Ini lah akibatnya sikap menteri yang membuat keputusan dipengaruhi pemikiran POLITIK. Musuh politik walaupun tutup aurat dan tubuh tetap kekal musuh. Biar pun berbogel atau separuh telanjang, selagi tidak keji kerajaan, mereka tetap kawan.














KUALA LUMPUR, 19 Jan (Hrkh) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-12 lebih awal dari yang dijangkakan pelbagai pihak berikutan arahan terbaru yang dikeluarkan Setiausaha Agung Umno, Dato’ Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad kepada pemimpin Umno semalam, kata Naib Presiden PAS, Dato’ Paduka Husam Musa.
Najib: Larangan ke luar negara untuk persiapan pilihan raya
Rumah tersebut masih belum sempurna siapnya, baru dibina sekitar enam bulan lalu. Ia didakwa dimiliki oleh Pegawai Khas(PA) bagi ADUN Alor Limbat yang kenali sebagai Sabri@Ibrahim Ali.

