no2umno

Borang keahlian PKR .. HABIS !!!

In Belit BN Belit UMNO on March 11, 2008 at 11:36 pm

Permintaan tinggi: Borang keahlian PKR habis
klpos.com
Oleh Mohamad Mukhreez
Rabu, 12 Mac 2008

TSUNAMI politik yang melanda Malaysia 9 Mac lalu menyebabkan borang keahlian Parti Keadilan Rakyat habis diambil orang ramai.

Sumber parti tersebut memberitahu KLpos.com, minat orang ramai untuk menyertai parti itu semakin rancak sejak hari penamaan calon lagi.

“Kami ada bekalkan kepada setiap perhubungan negeri 10 ribu borang pada awal Februari lalu, sehingga kini semua pejabat perhubungan negeri kehabisan borang keahlian,” katanya yang enggan dikenali.

Pun begitu, menurut beliau, pihaknya sedang mencetak ratusan ribu lagi borang kehalian parti.

“Kami akan edarkan dalam majlis-majlis yang dianjurkan PKR secepat mungkin,”

Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim kini sibuk dengan persiapan membentuk kerajaan Selangor tidak dapat dihubungi untuk memberikan komen.

PKR mencipta sejarah apabila menjadi parti poliik kedua selepas Umno memperolehi kerusi Parlimen terbanyak. PKR menang 31 kerusi dari 97 yang ditandinginya.

Umno mempunyai 77 kerusi Parlimen manakala sekutu rapatnya MCA hanya mempunyai menang 15 dari 40 kerusi yang ditandinginya.

No2umnO – Aku dah agak pasak senario cam nih….Maka yang membimbangkan benak hati aku nih, kalau kalau umat UMNO masuk bukan untuk berjuang tetapi membawa masuk budaya asing mereka. Guna politik untuk jadi kaya, Berhati hati beb !!! Kalau nak tau … ianya di mulai dengan tolak kawan sebab nak jadi ketua cawangan. Kalau dah ada perkara cam nihhh….SAH UMNO dah ada di dalam keadilan.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: