no2umno

AKU DAN TOK GURU HAJI ABDULLAH LUBUK TAPAH PADA 12 TAHUN YANG LALU

In artikel on March 18, 2008 at 9:59 pm

al-bakistani

Pada 8 mac, iaitu hari pengundian bagi pilihanraya ke 12 baru-baru ini, aku sempat mengambil sedikit masa untuk menziarahi Tuan Guru Haji Abdullah bin Abdur Rahman (orang kelantan memanggilnya dengan panggilan Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah), Guru utama di Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas, kelantan, yang dikhabarkan bahawa beliau sedang sakit sekian lama.

Semasa menziarahi beliau, aku dapati keadaan tuan guru agak terlalu ”berat”, disebabkan keadaan badannya yang agak susut berbanding Tuan guru Haji Abdullah yang aku kenali dulu.

Aku tidak pasti, adakah beliau masih mengenali aku lagi atau tidak. Ini adalah kerana, sudah hampir 11 tahun aku telah meninggalkan pengajianku di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, kelantan itu.

Semasa di tahun pertama pengajianku di Pakistan dulu, aku telah balik bercuti. Dalam bercuti itu, aku sempat datang ke Pondok Lubuk Tapah untuk menziarahi tuan guru.

Selesai dari menunaikan solat asar berjemaah dengan Tuan Guru, aku bersalaman dengan beliau. Aku menjangkakan Tuan guru sudah melupaiku, tetapi jangkaanku itu tidak tepat.

“Mu kelik bila?”, itu adalah soalan yang terpancul keluar dari mulut beliau. “sapa (sampai) kemaring dulu (kelmarin)” jawapanku.

Tuan guru bertanya lagi, “balik buat gapo (balik buat apa)?”, Aku menjawab, “balik bercuti”……..

Tuan guru bertanya, “guano ngaji denu (macam mana pengajian di sana?)”. jawabku, “Alhamdulillah, dapat pengalaman dan sain-sain (kawan-kawan) baru”.

“ngaji mmolek !!” pesan beliau. “Insya Allah” jawapanku.

AKU BELAJAR PONDOK

Pendidikan awalku adalah sekolah Tadika Sungai Buloh. Pendidikan rendahku di Sekolah Kebangsaaan Sungai Buloh dan Sekolah Rendah Agama Zahidiyyah, Sungai Buloh.

Setelah tamat UPSR, aku tidak menyambung pengajianku di sekolah kerajaan, bahkan aku minta dari ibu bapaku agar menghantarku belajar hafazan Al-Quran di salah sebuah Maahad Tahfiz di pasir Mas, iaitu Institut pendidikan Al-Balaghul Mubin yang merupakan sebuah Maahad Tahfiz yang dibawah pembiayaan Kerajaan Brunai Darus Salam bertempat di Kampung Rong Chenok pasir Mas Kelantan.

Kemudian dari itu, aku menyambung pengajianku di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, kelantan. Pondok Lubuk Tapah merupakan antara tempat terawal aku menuntut ilmu pengajian Islam. Aku mengenal kitab-kitab fiqh mazhab As-Syafii dari pengajianku dengan Tuan guru Haji Abdullah bin Abdur Rahman.

Tuan Guru Haji Abdullah adalah antara guru yang amat Aku hormati. Kami yang rapat dengan Tuan guru tidak memanggil beliau dengan panggilan Tok guru, tetapi kami memanggil dengan panggilan ”Abe Haji”.

Tuan Guru Haji Abdullah mempunyai ingatan yang kuat. Pernah di suatu sesi pengajian, ada salah seorang hadirin bertanya kepada beliau tentang perbezaan antara dua orang sahabat yang bernama sufyan. Pertanyaan itu berkisar tentang satu kisah yang telah dilakukan oleh salah seorang dari dua orang sahabat nabi yang bernama sufyan itu, cumanya, pertanyaan itu ingin memastikan sufyan yang mana satukah yang dimaksudkan dalam kisah tersebut.

Tuan guru Haji Abdullah agak lupa antara kedua-dua sahabat yang bernama sufyan tentang kaitan dengan kisah yang ditanya, yang menyebabkan tuan guru minta agar jawapannya diberi selepas dia merujuk dalam kitab terlebih dahulu.

Apabila selesai majlis pengajian, Pak Bilal mula melaungkan azan Isya’. Dikala azan mula dilaungkan, Tuan guru turun dari masjid untuk naik atas rumahnya untuk merujuk kitab.

Apabila azan selesai di laungkan, didapati tuan guru turun dari rumahnya dan terus naik atas masjid untuk menunaikan solat sunat Qabliyyah Isya’. Selesai menunaikan solat Isya’ berjamaah yang diimamkan oleh tuan Guru sendiri, Tuan guru terus menyatakan bahawa dalam kitab ”begian”, Muka surat ”begian” dan jilid ”begian” bahawa jawapan terhadap persoalan tadi adalah sufyan ”begian” (aku sudah lupa jawapan tuan guru itu, disebabkan kejadian ini berlaku sewaktu aku berumur 14 tahun yang lalu).

Melihat kepada kekuatan ingatan tentang kandungan kitab rujukannya itu menyebabkan aku agak taajjub dengan Tuan Guru Haji Abdullah tentang kehebatan ilmu beliau.

TOK GURU HAJI LAH DAN TOK GURU NIK AZIZ

Pondok Lubuk Tapah merupakan tempat aku mengenali PAS dengan lebih dekat. Sebelum ini, aku agak tidak mempercayai kemampuan PAS dalam memerintah. Ianya adalah bersebab, keluargaku ketika itu adalah mereka yang ”bermazhab” UMNO.

Ketika aku berada dalam pengajian di Pondok lubuk Tapah, Tuan Guru Haji Abdullah menampakkan dirinya adalah seorang yang agak agrasif dengan politik. Disamping itu juga, beliau merupakan salah seorang ulama yang sering dikunjungi oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat, Menteri Besar Kelantan.

Dengan hubungan baik antara Tuan Guru Haji Abdullah dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz itulah menjadi satu peluang kepadaku untuk bersalam dan melihat wajah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan lebih dekat buat pertama kalinya.

Ketika salah seorang anak perempuan Tuan Guru Haji Abdullah melangsungkan perkahwinan, Tuan Guru Nik aziz adalah antara jemputan kehormat. Aku telah ditugaskan oleh Tuan Guru sebagai ”juru kako” atau juru hidang bagi hidangan untuk Tuan Guru Nik Aziz dan seangkatan dengan beliau.

Aku masih ingat lagi, semasa sedang Tuan Guru Nik Aziz makan bersama-sama dengan orang sehidangan dengan beliau, antaranya adalah Abe Jak (abdur Razak Abbas) dan Dr Muhamad bin Mad Daud, mereka berbual dan bercerita ketika sedang makan dengan berbagai-bagai cerita.

Tuan Guru Nik aziz tidak berkata apa-apa pun, melainkan makan makanan yang terhidang. Apabila sampai cerita tentang kekuasaan pemerintah, Tuan Guru Nik aziz hanya menyampuk perbualan itu dengan membaca sepatah Ayat Al-Quran, lalu terus sambung makan.

Dari situ, aku agak kagum dengan sikap dan akhlak tuan guru Nik Aziz yang beliau mampu menjadikan majlis hidangan makan juga sebagai tempat untuk menyampaikan ayat-ayat Allah SWT.

AKU DAN TOK GURU HAJI LAH

Hubunganku dengan Tuan guru tidak lebih antara Guru dengan murid. Aku tidaklah serapat dengan Tuan Guru seperti Abang Zul, Abang Harun, Haji Asri dan lain-lain.

Pun begitu, aku pernah makan sehidangan dengan Tuan Guru Haji Abdullah di kedai nasi air Mak Nab, Kota Bharu kelantan.

Itupun adalah dikala pergi ke airport untuk menghantar anak beliau, Hamdan yang menyambung pengajiannya di Jordan.

Aku mengagakkan bahawa antara makanan yang diminati oleh Tuan Guru adalah Nasi Air dari Kedai Mak Nab itu. Agakkan itu adalah kerana, apabila tuan guru ke Kota Bharu, kebiasaannya beliau akan ke kedai tersebut untuk membeli Nasi Air, samada beliau makan di kedai tersebut atau dibungkus untuk makan dirumah.

TUAN GURU ADALAH ORANG TEGAS

Tuan guru Haji Abdullah merupakan orang yang agak tegas dengan pendiriannya. Semasa krisis Tuan Guru Nik Aziz dengan pihak Istana, kononya berpunca dari ”batu api” yang dibuat oleh “ku Razali”, Tuan Guru Haji Abdullah adalah antara orang yang agak marah kepada pihak Istana ketika itu.

Ketegasannya itu lebih menonjol dengan sikap beliau yang tidak berapa mahu menerima sangat undangan menunaikan solat jenazah bagi mayat yang bermazhab UMNO/BN.

Beliau juga amat tegas dengan masalah hukum. Pernah beliau dikunjungi oleh Ustaz as’yaari Muhammad (Al-Arqam). Ustaz As’yaari bertanya kepada Tuan Guru tentang Imam Mahdi. Bagi menjawab persoalan itu, Tuan Guru mengemukakan beberapa buah kitab aqidah dan membahaskan kepada Ustaz As’yaari tentang Imam Mahdi.

Mendengar ulasan Tuan Guru, Ustaz Asy’aari menyatakan bahawa pandangan Tuan Guru tidak sama dengan pandangan Al-Arqam.

Kenyataan Ustaz As’yaari menyebabkan Tuan Guru menjadi Marah seraya berkata, ”ini bukan pandangan aku. Tapi hok ado dalam kitab”.

PENUTUP

Jika mahu diceritakan tentang Tuan Guru, amat banyak yang boleh dinukilkan dalam tulisan ini.

Walau apa pun, tulisan ini sebenarnya mengingatkanku tentang kehidupanku bersama Tuan Guru Haji Abdullah ketika aku sedang menuntut Ilmu dari Tuan guru.

Kini, diberitakan bahawa keadaan Tuan Guru Haji Abdullah sedang tenat, sehinggakan dikhabarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat, Menteri besar Kelantan sendiri ke rumah beliau dan mengepalai membaca Yasin, memohon agar diberikan oleh Allah dengan pemberian terbaik kepada Tuan Guru haji Abdullah.

Didoakan agar Tuan Guru Haji Abdullah bin Abdur Rahman sentiasa berada dalam keberkatan dan rahmat Allah SWT di dunia dan di akhirat nanti.

Amin !!!!!!!

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://al-bakistani.blogspot.com/

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: