no2umno

Biodata Ahmad Bin Said (Bakal MB T’ganu)

In Samseng T'ganu on March 22, 2008 at 11:51 am


Biodata

YB Dato’ Ahmad Bin Said dilahirkan pada 15 Februari 1957 di Kampung Teluk Kalong. Beliau anak bongsu dalam keluarganya hasil perkahwinan Said Bin Mohd dan Wook Binti Ali.

Beliau dibesarkan di Kampung Teluk Kalong dengan penuh kasih sayang oleh keluarganya. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong dan seterusnya hingga ke peringkat tertinggi di Universiti Sains Malaysia dalam jurusan Sains Politik.

Ayah beliau seorang petani @ pekebun yang mengusahakan tanah dengan bercucuk tanam. Juga kemahiran ayahnya ialah menyadat kelapa. Oleh sebab itu, YB Dato’ Ahmad Bin Said tanpa segan silu mengaku beliau seorang anak Tok Nyadat di dalam ceramahnya. Pengakuan itu adalah lambang kepayahan seorang anak kampung yang gigih berusaha dan berjaya mengejar cita-cita apabila berusaha bersunguh-sungguh walau dalam kesulitan ayahnya seorang petani.

Penglibatan awal beliau dalam perkhidmatan awam adalah apabila berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Kemaman pada tahun 1982. Seterusnya, ketokohan beliau dalam bidang pentadbiran semakin menyerlah apabila beliau diberi beberapa tanggungjawab sebagai Pengetua Pusat Pupuk Semangat, Pegawai Pentadbiran Tanah Kemaman, Penolong Pegawai Daerah Setiu dan YDP Majlis Daerah Kemaman.

Dalam karier politik pula, beliau bermula dengan menyandang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kijal apabila memenangi kerusi DUN tersebut dalam pilihanraya kecil 1990. Lawan beliau pada masa itu ialah Ahmad Shabery Cheek (YB Ahli Parlimen Kemaman dan Setiausaha Parlimen, Kementerian Luar Negeri, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman sekarang).

Seterusnya beliau menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kemaman sejak tahun 2000 hingga sekarang. Beliau juga sekali lagi memenangi kerusi DUN Kijal dalam pilihanraya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 dan diberi kepercayaan sekali lagi menerajui portfolio Jawatan Kuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Terengganu dibawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Haji Idris Bin Jusoh, Menteri Besar Terengganu.

Beliau juga menerima 3 pingat kebesaran iaitu ASM dan PJK oleh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud dan DPMT bagi membawa gelaran Dato’ oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan pada tahun 2005.

Di dalam bidang sukan, beliau meminati sukan bola sepak, golf dan badminton. YB Dato’ Ahmad Bin Said mempunyai 2 isteri iaitu To’ Puan Norliza Binti Mahmud dan Nor Hamilah Binti Yahya dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.

  1. abih la. 23 ADUN Ganung nak boikot majlis angkat sumpah. silap ari bulan MAGERAN di ganu.

Leave a comment