no2umno

Archive for March 29th, 2008

Khir Toyo penulis blog

In Khir Toyo on March 29, 2008 at 11:42 pm


kosmo
SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (gambar) kini menjadi seorang penulis blog.

Laman blog beralamat www.drkhir.blogspot.com itu sebagai salah satu saluran untuk Mohamad Khir menyuarakan pandangannya terhadap pentadbiran baru kerajaan campuran di negeri itu.

Menurut Mohamad Khir, ia juga diwujudkan supaya setiap permasalahan rakyat diambil kira oleh kerajaan negeri termasuk melaksanakan janji-janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

“Saya kini ada banyak masa berbanding sebelum ini yang sebahagian besarnya ditumpukan kepada tugas sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional Selangor,” katanya di sini semalam.

‘Saya ingin tahu pembunuh Noritta’

In Noritta Samsuddin on March 29, 2008 at 11:34 pm


HANIF BASREE ketika dibebaskan daripada tuduhan membunuh Noritta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2004.

kosmo
SHAH ALAM – “Walaupun saya bebas, namun saya sendiri ingin tahu siapakah pembunuh sebenar Noritta.”

Demikian harapan Hanif Basree Abdul Rahman, 40, yang dibebaskan Mahkamah Persekutuan kelmarin daripada tuduhan membunuh Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Noritta Samsudin, 22.

Jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam itu berkata demikian ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam bagi mengulas perkembangan kes pembunuhan Noritta yang juga peragawati sambilan. more…

No2umnO – Mungkin ada kaitan beliau secara peribadi antara Haniff dan Noritta tetapi tidak membunuh. Itu ramai kita tahu. Tapi ada pihak yang sengaja mencari bukti yang berkaitan agar pembunuh sebenar dilupakan. Noritta dan Haniff adalah mangsa. TEmpoh untuk melalut lalut cukup panjang, bukti dah lama kena buang. Ramai sangat yang buat siasatan. Tak tahu sapa yang betul betul siasat dan tak tahu dalam ramai ramai tu, mungkin ada yang tukang bersihkan bukti. Biasa lah …. Malaysia boleh. Ada kuasa, ada wang…..semua aku punya.

Pengarajan kepada semua. Sosial, terlalu bebas, selingkuh, kuasa politik, rasuah …. banyak pengajaran beb.

SENARAI EXCO CAMPURAN PERAK

In PERAK Govt on March 29, 2008 at 11:28 pm

Mansuh sistem kuota – Dr. Mahathir

In Belit Mahathir on March 29, 2008 at 11:17 pm

KUALA LUMPUR 29 Mac – Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu sistem kuota yang dilaksanakan semasa beliau memegang jawatan Presiden UMNO dimansuhkan kerana telah disalah gunakan pemimpin- pemimpin parti.

Bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri itu memberitahu, sistem kuota itu telah disalahgunakan oleh pemimpin-pemimpin yang berkuasa dengan menghalang Bahagian UMNO mencalonkan orang lain dalam pemilihan parti.

“Pada masa dulu, sistem kuota itu bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pemimpin parti yang benar-benar ingin bertanding dan untuk mendapat pencalonan dari 60 bahagian bagi bertanding jawatan presiden adalah mudah.

“Tahun 2004 menyaksikan ia disalahgunakan di mana bekas Naib Presiden UMNO yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang ingin bertanding untuk jawatan presiden UMNO hanya mendapat satu pencalonan sahaja itupun dari bahagiannya sendiri. more…

No2umnO – Seronok juga tengok apabila Mahathir sekarang pun sudah berubah. Mungkin nyanyuk atau benar benar mudah lupa sehingga kan beliau turut menjadi bidadari di dalam menyatakan pendapat. Sedangkan pada waktu pemerintahan beliau, apa pun tak boleh nak sebut, bakal kena tindakan. Bukan orang tak tahu pekungnya, tapi sebab mungkin kemajuan yang dibawa ketika itu.

Menarik di dalam wawancara oleh Pihak TV semalam, Shahrir Samad yang kini sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melalui nada sinis berulang ulang kali menyatakan kesyukurannya kerana Mahathir bekas PM dan bekas Presiden Parti telah mengakui yang sistem diguna pakai oleh UMNO sejak pemerintahan beliau itu adalah salah. Merujuk kepada temubual tersebut, beliau sememangnya tidak bersetuju, namun apakan daya kerana bukan mudah untuk menyanggah ketika itu dahulu.

Selain Rosol, turut berada di LTSM ialah kesemua ADUN BN yang lain kecuali Idris

In UMNO Derhaka on March 29, 2008 at 11:13 pm

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail (tengah), Tengku Muhammad Mua’az (depan) dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berdoa sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, semalam. – Gambar Fauzi Baharudin. more…

CELAKA PUNYA BELANDA !!!

In BELANDA CELAKA on March 29, 2008 at 3:45 pm


Kalau orang Islam bersatu kita mudah saja ambil tindakan. Kalau kita pulau barangan dari Belanda dia tutup negeri, pasal yang beli banyak sekali, yang kaya sekali di dunia ini adalah orang Islam.

“Kalau semua 1,300 juta orang Islam kata kami tidak kan beli barang dari Belanda, maka barulah berkesan.

Mahathir gesa umat Islam seluruh dunia pulau produk Belanda

KUALA LUMPUR 29 Mac — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda sebagai satu bantahan berkesan berikutan sebuah filem Belanda, Fitna, yang mengkritik Al-Quran yang disiarkan di Internet…. Berita Penuh

Up to 3,000 Dutch rallied Saturday against the film by far-right politician Geert Wilders, who has yet to secure an outlet for it.
Protest: Up to 3,000 Dutch rallied Saturday against the film by far-right politician Geert Wilders, who has yet to secure an outlet for it.

Kenali musuh anda !!!

Sedikit tentang sibangsat Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel. Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas. Kenali Musuh anda !!!

“Land improprieties” under probe

In DAP Penang on March 29, 2008 at 3:38 pm

Land fraud cases took place in 2003, says CM

(The Star) – PENANG: The “land improprieties” involving “tens and tens of millions of ringgit” here which is under probe by a special state exco committee occurred back in 2003, said Chief Minister Lim Guan Eng.

He said although the previous state administration and the Anti-Corruption Agency (ACA) had completed investigation into the matter, the present administration was not happy with the outcome of the probe.

“There are many parties involved,” he told a press conference yesterday.

In a related development, former Chief Minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon’s political secretary Mark Ooi said the previous state administration had “initiated investigations and taken some action on land fraud cases” which were repeatedly mentioned by Lim and reported in the press.

He said a task force was established because Dr Koh was not satisfied with the outcome of an earlier round of investigations conducted internally by the state administration and the ACA which “identified certain weaknesses in the procedure and documentation but could not confirm any wrongdoing.”

“The task force was in the process of getting more information and exploring avenues to resolve the matter when Parliament and state legislative assembly were dissolved on Feb 13,” Ooi said in a press release yesterday.

RASUAH POLIS TURUN 0.1% …. satu kejayaan?

In Rasuah Polis on March 29, 2008 at 12:22 pm

Gejala rasuah dan salah guna kuasa di kalangan anggota polis menurun sebanyak 0.1 peratus sejak kempen pemakaian lencana ‘Saya Anti Rasuah’ dijalankan pada 2005.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata ini menunjukkan keberkesanan kempen yang telah dilancarkan itu bagi memerangi rasuah di kalangan anggotanya.

“Kita masih teruskan kempen tersebut bagi memerangi gejala rasuah habis-habisan dengan pemakaian lencana baru iaitu ‘Integriti Amalan Kita,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian program polis bersama masyarakat di perkarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di sini.

Musa berkata pemakaian lencana baru itu dapat membina kerohanian dan sahsiah diri anggotanya di samping membangunkan modal insan yang dapat melatih anggota supaya tidak terjebak dengan rasuah dan salah guna kuasa.

“Walaupun bermacam-macam program telah dilancarkan, sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada mengalami perubahan. Saya tidak nafikan masih ada pegawai dan anggota yang terlibat dengan gejala tidak baik ini. Tak ada sesiapa pun yang dapat lari daripada undang-undang,” katanya. Musa berkata pihaknya akan meneruskan usaha untuk mendidik anggota dan supaya ia dapat dihayati oleh semua pegawai polis.

Katanya setiap anggota bawahan akan dipantau oleh pegawai atasan supaya tindakan tegas dapat diambil bagi membanteras gejala tidak sihat ini.

“Sesiapa yang ingkar, tindakan tegas akan dikenakan,” tegasnya.

Berucap ketika melancarkan program itu, Musa berkata ia bertujuan memperhebatkan lagi dasar kemasyarakatan yang dilancarkan di seluruh negara sempena sambutan Hari Polis ke-201 bagi menonjolkan tahap profesionalisme Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mata masyarakat. more…

ACA release JB city councillor on bail

In Rasuah BN on March 29, 2008 at 11:16 am

Star

JOHOR BARU: A Johor Baru city councillor who was detained by the Anti-Corruption Agency has been released on bail after his statement was recorded.

State ACA director Simi Abdul Ghani said that the councillor was released within 24 hours after he was detained on Friday.

He was caught red-handed and we have recorded his statement and released him,” he said but declined to elaborate if the councillor would be charged.

The councillor was detained on Feb 28 at around 1pm in Permas Jaya for allegedly accepting bribes from a Singaporean businessman to “settle” a problem involving a kindergarten here.

The Singaporean, who runs a kindergarten, was slapped with a notice some time ago to cease operations after residents complained of traffic jams.

The businessman sought the help of the councillor who asked for several thousands of ringgit to help “settle the matter”, but the deal went sour when the Singaporean was hauled to the council court and fined heavily despite paying the bribe.

It is learnt that the councillor in his 50s, who is active in politics and picked as a candidate in the general election before being dropped was also questioned by the ACA in 2006.

He was investigated for submitting false claims over the purchase of electrical items.

The case is still pending.

MB Kelantan berkhutbah di Masjid Shah Alam?

In TG NIK AZIZ on March 29, 2008 at 11:11 am

KOTA BHARU, 28 Mac (Hrkh)- Masjid Negeri Selangor yang tersergam indah di Shah Alam kemungkinan besar memberi ruang kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkhutbah pada masa akan datang.

Kalau sebelum ini semasa di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja masjid negeri dihalang, malah masjid di seluruh Selangor tidak dibenarkan diadakan kuliah oleh penceramah jemputan.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, rakyat di Selangor akan berpeluang untuk mengikut kuliah daripada ulama yang cukup dikenali di rantau ini.

“Situasi itu berlaku ekoran tsunami politik politik yang melanda negara baru-baru ini sehingga memberi peluang kerajaan rakyat berkuasa di Selangor dan empat negeri lain,” katanya pada ceramah sempena kemenangan PAS di Dataran Stadium Sultan Mohammad ke IV di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Menteri Besar, Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa, Setiausaha Agung, Dato’ Kamarudin Jaafar dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Takiyuddin Hassan.

Ceramah tersebut mendapat sambutan menggalakkan apabila setiap ruang dataran tersebut dipenuhi orang ramai. Ia kali pertama diadakan selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

BEKAS MENTERI UMNO DAH JADI BLOGGER

In Belit Khir Toyo on March 29, 2008 at 9:54 am

BUkan hanya shahidan tetapi Khir Toyo juga. Sudah kurang projek dan banyak masa lapang nampaknya …..


Kalau ada masa kunjung kunjung lah laman blog Bekas MB yang dahulu nya asyik robohkan bukit dan robohkan rumah rakyat serta sensasi dengan hadiah penyapunya. www.drkhir.blogspot.com

Jenguk jenguk la ye … jangan lupa tinggal kan komen. Hehehe !!!

CLIP UNTUK PAK LAH

In Sultan Tganu on March 29, 2008 at 8:40 am

Sambutan Luar Biasa – Tuanku Terharu!

In Sultan Tganu on March 29, 2008 at 6:51 am

//buletinonline.net/images/berita2/luarbiasa1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Buletinonline

Kuala Terengganu, 29 Mac – Keberangkatan pulang Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Dipertuan Agong dan Sultan Terengganu ke negeri Terengganu diberikan sambutan luar biasa oleh rakyat jelata yang datang dari segenap pelusuk. Pesawat khas yang membawa Tuanku mendarat sekitar jam 10.00 pagi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

//buletinonline.net/images/berita2/luarbiasa2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Semua orang kenamaan dan VIP kelihatan telah memasuki terminal eksklusif yang belum dinamakan lagi, kerana seluruh terminal masih dalam pembinaan

Diantara mereka adalah pemimpin PAS termasuk Dato’ Wan Mutalib Embong, Dato’ Tengku Hasan Tengku Omar dan Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Rakyat berdiri di kiri kanan jalan sejauh tidak kurang dari 5km, telah menunggu seawal jam 7.00 pagi, berasa lega apabila pintu terminal ekskusif di buka dan Tuan Ku Mizan muncul disambut dengan laungan takbir dan Daulat Tuanku.

Rakyat Terengganu hari ini benar-benar telah mencipta sejarah, berduyun-duyun menyambut keberangkatan pulang Tuanku,setelah Tuanku menggunakan kebijaksanaan melalui wakilnya Majlis Penasihat Pemangku Raja(MPPR), menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu.

//buletinonline.net/images/berita2/luarbiasa3.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Pelantikan Ahmad Said pada 22hb Mac sekaligus mengenepikan Idris Jusoh, mendapat sokongan rakyat. walaupun Ahmad sendiri tidak mendapat sokongan dari rakan-rakan seperjuangannya didalam UMNO.

Majlis penerimaan watikah pelantikan Ahmad pada pagi 23hb Mac telah diboikot dan dibantah oleh Geng 23 ADUN UMNO/BN Terengganu yang diketuai oleh Rosol Wahid, Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu.

Tidak cukup dengan menghantar nota bantahan yang ditandatangani oleh Geng 23, penyokong-penyokong taksub Idris Jusoh dan UMNO Terengganu telah mengadakan perhimpunan haram dan menaikkan kain rentang yang telah menghina Institusi Beraja.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru awal-awal lagi menegaskan melalui kenyataannya kepada media, PAS menyokong keputusan MPPR melantik sesiapa saja sebagai MB Terengganu, namun bukan menyokong individu yang dilantik secara peribadi.

//buletinonline.net/images/berita2/luarbiasa6.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Kenyataan Presiden disokong oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Mustafa Ali yang mengajak rakyat berdiri teguh dibelakang Tuanku dan MPPR, mempertahankan Institusi Raja Berpelembagaan.

Presiden UMNO Abdullah Ahmad Badawi yang telah mengeluarkan watikah pelantikan kepada Idris Jusoh membuat kenyataan mengatakan pelantikan Ahmad Said adalah bertentangan dengan perlembagaan, sekaligus menolak titah Tuanku dan istana Terengganu.

//buletinonline.net/images/berita2/luarbiasai5.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Namun akhirnya Perdana Menteri itu tunduk dan meyedari bahawa kuasa UMNO tidak berupaya melampaui kuasa Sultan dan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 27hb Mac, akhirnya memperakui pelantikan Ahmad Said.

Kemelut pelantikan MB Terengganu telah berlanjutan sejak pembatalan majlis angkat sumpah MB pada 10hb Mac disebabkan oleh kemurkaan Tuanku dan pihak istana Terengganu yang tidak perkenan kepada Idris Jusoh.

Dianggarkan lebih 10,000 orang telah menyambut keberangkatan pulang Tuanku Sultan Mizan hasil usaha kesedaran rakyat yang dibangkitkan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan(NGO), MAMPAT disokong oleh beberapa Alumni sekolah-sekolah sekitar Kuala Terengganu serta beberapa pertubuhan lain termasuk Pertubuhan Kebajikan Penduduk Pulau Duyung(Pekeduy).
Lensa Buletin Online sempat merakamkan wajah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, berubah kerana terharu menerima sambutan luar biasa yang tidak pernah berlaku sejak Tuanku ditabalkan menjadi Sultan Terengganu pada 4hab Mac,1999

Sultan Di sambut Rakyat – Penderhaka Menyembunyi diri

In Sultan Tganu on March 29, 2008 at 6:49 am

tranungkite
Daulat Tuanku , Hidup Sultan , Allah hu Akbar : Begitu lah laungan nyaring dan jelas menunjukkan sokongan kepada Sultan Terengganu yang juga Yang DiPertuan Agong Malaysia dalam kes penderhakaan UMNO terhadap Sultan Melayu. Lebih kurang 60 ribu rakyat Terengganu menunjukkan sokongan mereka kepada Sultan Terengganu dalam krisis pelantikan MB sementara ketua penderhaka Deris Jusoh dan pembantu penderhaka Rasool bersembunyi entah ke mana.

Kapal terbang khas Baginda Sultan Terengganu mendarat lebih kurang pukul 10 pagi dan baginda keluar dari lapangan terbang lebih kurang pukul 10.30 dengan di sambut oleh rakyat jelata dari pintu masuk bangunan lapangan terbang sehingga ke kem Askar Melayu Di Raja Seberang Takir. Semua nya bersemangat dan ceria walau pun berada di panas matahari pagi. Kereta di ikat dengan reben kuning dan banner di pamer dengan kata kata menunjukkan sokongan kepada Sultan Turut di pamer. Banner terpanjang ialah banner tandatangan rakyat menyokong sultan yang panjang nya lebih kurang 30 metre. Kanak kanak dan wanita turut serta dengan reben kuning dan baju kuning telur.
Inilah sokongan rakyat walau pun hasrat untuk menyambut Sultan Terengganu itu hanya di sampaikan melalui mulut ke mulut , internet dan surau masjid. Rakyat sentiasa bersama Kesultanan Islam Melayu dan akan bangkit bila bila masa jika perlu.
Allah hu Akbar

Di mana polis ketika Sultan dihina?

In Belit POlis on March 29, 2008 at 6:45 am

harakahdaily

(…) Sensitif terhadap siapa? Ayub risaukan siapa? Adakah Ayub menjangka mereka yang akan menyambut Sultan Terengganu itu akan membawa kain rentang seperti “Kami nak Idris, natang”?

“Kita minta semua yang hadir supaya mengawal perasaan, jaga kelakuan dan jangan melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan ketegangan,” katanya.

Persoalannya, mengapa tidak ada sebarang laporan bahawa Ayob memberikan nasihat yang sama kepada penyokong-penyokong bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang sebelum ini gila-gila menunjuk perasaan di kediaman rasmi Menteri Besar?

Alahai Ayub… Persoalannya bukan sudah kenal pasti atau tidak. Bukan soal peringkat akhir siasatan atau peringkat awal siasatan. Orang tak peduli pun kenyataan-kenyataan yang prosedural yang cuba menunjukkan polis siasat juga kain rentang “Kami nak Idris, natang” itu.

Apa yang lebih penting untuk disedari oleh Ayub dan ketuanya di Kuala Lumpur ialah mata rakyat sekarang sedang menyiasat identiti sebenar polis. Rakyat mungkin malas nak bertanya lagi mengapa polis begitu lemah gemalai dan lembut mesra melayan penunjuk perasaan di Pulau Pinang atau di Shah Alam. Memanglah, itu tunjuk perasaan Umno menghentam pembangkang.

Tetapi, bagaimana pula tunjuk perasaan di Kuala Terengganu? Itu bukan tunjuk perasaan menghentam pembangkang. Itu tunjuk samseng dan gedebe kepada Sultan.

Jika selama ini polis cekap benar menggunakan peluru hidup dengan melepaskan empat atau lima das tembakan rambang sambil berlari menghadapi perhimpunan pembangkang di Batu Burok, mengapa polis tidak ambil tindakan terhadap penyokong-penyokong Idris yang begitu megah dengan kain rentang “Kami nak Idris, natang”? Jika polis berada di tempat kejadian dan tindakan tidak diambil, adakah polis bersubahat dengan mereka yang disebut oleh akhbar sebagai “mempamerkan kain rentang yang didakwa menghina institusi raja”? more…

PERMOHONAN UNTUK DIPANTAU

In Pantau BLOG on March 29, 2008 at 6:42 am

dipetik: sebolku

Hasbullah Pit
77300 Merlimau
Melaka

Datuk Seri Ali Rustam
Pejabat Ketua Menteri Melaka,
Tingkat 4, Blok ‘A’ Seri Negeri,
75450 Ayer Keroh, Melaka Bandar Bersejarah.
Tel: 06-2314343, 06-2328707
Faks: 06-2328400

PER: PERMOHONAN UNTUK DIMASUKKAN KEDALAM SENARAI BLOG YANG DIPANTAU DAN PENYENARAIAN 240 BLOG.

Merujuk kepada perkara di atas, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk memasukkan blog pihak kami kedalam senarai blog yang dipantau oleh unit Siber pihak tuan.

Pihak kami juga memohon untuk mendapatkan senarai 240 blog yang bakal dipantau boleh pihak tuan dalam format OPML, Supaya pihak kami boleh menambahkannya ke Laman Agregator Beras Padu yang beralamat http://taman-pitis.blogsite.org, Supaya memudahkan lagi unit siber pihak tuan untuk memantaunya.

Penyenaraian 240 blog itu juga diperlukan, apabila ramai pemblog tempatan yang belum cukup popular seperti izoblog, risau samada blognya tersenarai atau tidak.

Selain dari itu, Pihak kami ingin juga menyemak status laman blog pembangkang di Negeri Melaka berikut tersenarai di dalam 240 blog itu atau tidak.

Walaubagaimanapun, Pihak kami akan menentang sekeras-kerasnya sekiranya berlaku kakitangan awam negeri melaka, digunakan sebagai unit siber bagi pihak UMNO.

Kerjasama pihak tuan amat-amat dihargai.

BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT MELAKA

HASBULLAH PIT

10,000 sambut Yang Di-Pertuan Agong di LTSM

In Sultan Tganu on March 29, 2008 at 6:39 am

Utusan Meloya

KUALA TERENGGANU 29 Mac — Kira-kira 10,000 rakyat Terengganu menyambut keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini pagi ini.

Mereka tiba seawal 7.30 pagi, membawa bersama sepanduk dan bendera kuning bagi menunjukkan sokongan padu mereka terhadap baginda yang juga Sultan Terengganu, berkumpul di luar bangunan terminal.

Sebahagian besar berbaris di sepanjang jalan menuju ke lapangan terbang itu, sejauh kira-kira 1km.

Laungan “Daulat Tuanku” bergema di lapangan terbang itu sebaik sahaja pesawat khas yang membawa baginda mendarat di LTSM pada kira-kira pukul 10 pagi.

Tuanku Mizan diiringi oleh Yang Di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dalam penerbangan dari Kuala Lumpur.

GEMPAR !!! Gambar Agong & Permaisuri dikoyakkan…

In UMNO Derhaka on March 29, 2008 at 3:48 am


tranungkite
“Gempar… gambar Agong & Permaisuri pada billboard dikoyakkan di beberapa daerah di Terengganu.

Di Dungun Simpang Che Lijah langsung dibuang terus. Kalau sesiapa ada berita ditempat lain tolong maklumkan. Angkara siapakah ini? Cukup kurang ajar, semakin melampau nampaknya.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dijadualkan akan tiba di negeri Terengganu hari ini.

Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Mohamad Fauzi Haron berkata sambutan itu adalah untuk menyatakan sokongan tidak berbelah-bagi penduduk negeri itu terhadap baginda, yang juga Sultan Terengganu. more…

No2umnO – Kalau tanya polis, diorang akan kata “ITU MESTI ORANG PAS PUNYA KERJA.”

Ribuan sambut Agong di T’ganu

In ALAHAI IDRIS .... on March 29, 2008 at 3:27 am

malaysiakini
Ribuan penduduk berada di lapangan terbang Kuala Terengganu bagi menyambut berangkatan pulang Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Terengganu pagi ini.

Mereka berkumpul seawal jam 6.30 pagi dan setakat ini, beberapa ribu orang menyertai sambutan itu yang dianjurkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) negeri itu.

Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang juga Sultan Terengganu, dilaporkan bersedia menerima menghadap pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) Mohamad Fauzi Abu Samah untuk menyerahkan memorandum.

Mohamad Fauzi memberitahu Malaysiakini, kira-kira 5,000 orang rakyat Terengganu sudah hadir dan berkumpul di depan lapangan terbang. more…

No2umnO – Teringat wak minggu lepas bila TV3 (media arus bilut) menemubual Idris jusoh dan dia berkata ” 22 Adun bersama sama, dan saya percaya rakyat juga menyokong saya. Saya menurut apa kata rakyat dan berkhidmat untuk rakyat.” ……… oppppsssss kalau nak muntah pegi bilik air. Jangan muntah depan komputer !!!

Pertemuan bersama MB Kedah

In PAS Kedah on March 29, 2008 at 3:15 am

kedahlanie.blogspot

PENGKALAN CHEPA: Kehadiran Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak ternyata dinanti-nantikan rakyat negeri apabila puluhan ribu orang hadir pada program ceramah perdana meraikan kemenangan PAS dan BA di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), malam tadi.

2mb-putik3.jpg

Kehadiran luar biasa menyaksikan kesesakan teruk lalu lintas menghala ke Putik terutama dari arah jalan utama Pengkalan Chepa menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan Jalan Raja Perempuan Zainab 2 ke Jalan Padang Tembak.

2mb-putik4.jpg

2mb-putik2.jpg Ternyata program yang turut membariskan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abduk Aziz Nik Mat, Naib Presiden, Dato’ Husam Musa dan anggota Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali tidak menghampakan apabila banyak isu-isu semasa dan perkembangan di Kedah dikupas tokoh terbabit.

Ucapan yang diselang-selikan dengan jenaka bersahaja daripada Ustaz Azizan juga menghiburkan orang ramai yang hadir. Ini adalah kali pertama Ustaz Azizan berceramah di Kelantan atas kapasitinya selaku Menteri Besar Kedah.

Isu-isu lain yang dikupas termasuk kemelut di Terengganu dan juga krisis dalaman Umno. Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah bertindak selaku Pengerusi Majlis.

Kalaulah Dia Intelektual?

In Ketua Perusuh on March 29, 2008 at 2:52 am

 Detikdaily

Saya bukanlah mahu mempersoalkan mengenai nilai RM yang dituntut dari semua defenden melainkan saya ingin mempersoalkan tahap keintelektual Dr Nordin Kardi.

1. Adakah Dr Nordin Kardi faham akan konsep internet dan komputer?
2. Adakah Dr Nordin Kardi faham akan perbezaan antara laman web (website), laman blog (weblog) dan laman portal (web portal)?
3. Adakah Dr Nordin Kardi faham akan konsep saman fitnah?
4. Adakah Dr Nordin Kardi faham akan istilah intelektual?

Baiklah untuk pemahaman Dr Nordin Kardi disini saya maklumkan jawapan kepada empat (4) soalan diatas;

1. Internet adalah satu medium perantaraan yang membolehkan data (maklumat) dihantar, dikongsi serta digabungkan untuk kegunaan semua. Ianya memerlukan pekakasan komputer untuk mengoperasikannya. Oleh yang demikian, secara tidak langsung ianya memudahkan para pengkarya memantau mana-mana pihak yang cuba untuk memplagiat karya mereka walau dimana pun ianya berada.

2. Bagi kes Malaysia Today yang dikendalikan oleh YM Raja Petra Raja Kamarudin, ianya bukahlah satu laman blog dan YM Raja Petra Raja Kamarudin bukanlah penulis blog. Beliau adalah pengendali satu laman berasaskan portal yang bersumberkan kepada berita dan dari segi teknikalnya Malaysia Today bukan laman blog. Malaysia Today adalah tidak sama seperti laman blog (weblog) saya ini dimana laman saya ini berasaskan sistem blog. Untuk laman web (website) pula sila rujuk kepada laman web WarkahUntukPM sebagai contoh. Jika anda (Dr Nordin Kardi) seorang intelektual tentunya anda dapat memahami konsep ini.

3. Sepatutnya anda (Dr Nordin Kardi) menyaman penulis artikel tersebut iaitu Muhtar bin Hj. Suhaili (Mantan Presiden MPP UIAM 2003/2004) dalam saman fitnah yang anda buat. Namun atas sebab kekurangan tahap intelektual yang ada pada anda (Dr Nordin Kardi) maka anda terlupa (atau memang tidak tahu) untuk menyaman Muhtar bin Hj. Suhaili tersebut. Ini menunjukkan bahawa memang anda (Dr Nordin Kardi) bukan seorang yang Intelektual seperti yang anda dan ramai sangkakan. Mungkin juga para peguam anda turut sama tidak Intelektual. Kalaulah peguam anda juga tidak intelektual, maka nampaknya buat rugi sahaja anda membayar khidmat mereka.

4. Intelektual adalah satu senario, keadaan atau sikap yang menunjukkan seorang manusia itu faham dan waras dalam mentafsir maklumat, data, idea dan sebagainya. Jika anda (Dr Nordin Kardi) merasakan bahawa anda adalah seorang Intelektual, maka sewajarnya anda boleh membezakan antara yang baik dan buruk, yang benar dan yang salah serta lain-lain lagi. Jadi berasaskan sidang akhbar yang anda buat sesudah memenangi kes saman finah ini, maka terserlah sikap dan taraf keilmuan anda (Dr Nordin Kardi) yang rendah. Oleh yang demikian ingin saya cadangkan anda (Dr Nordin Kardi) belajar lagi bermula dari asas kerana saya rasakan anda masih lagi mempunyai tahap pemikiran kreatif dan lateral yang rendah. more…

PENJELASAN: LEVI DAN SETINGGAN SIFAR

In Khalid Ibrahim, Pendatang, Setinggan on March 29, 2008 at 2:48 am

Oleh Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor

Saya menghargai keprihatinan yang dipamerkan oleh beberapa badan bukan kerajaan mengenai rancangan saya untuk Selangor sejak beberapa hari yang lalu.

Kerajaan Selangor yang baru mendapat dokongan rakyat kerana kami bertekad membuka lembaran baru dalam arus pembangunan Selangor, pendekatan yang akan menumpukan kepada kesejahteraan hidup rakyat, memudahkan perniagaan dan meningkatkan ekonomi untuk semua.

Pertama sekali, cadangan saya untuk mengenakan levi RM9 daripada majikan bagi setiap pekerja asing mereka adalah untuk berdepan dengan isu sebenar berkenaan pergantungan kita kepada pekerja asing dan kepingitan belia kita yang kini menganggur atau tidak mendapat kerja yang sepatutnya.

Wang yang dipungut akan diagihkan untuk meningkatkan kemahiran belia supaya nilai mereka bertambah dan meningkatkan pembangunan Selangor dan Malaysia ke tahap yang lebih mantap.

Kita mesti menerima hakikat iaitu tanpa mengatasi masalah ini kita menjejaskan masa depan negara kita.

Kerajaan Negeri Selangor komited untuk mengatasi masalah ini melalui proses yang sah dan menghormati hak asasi manusia dan akan mengkaji dengan lebih mendalam bagi melaksanakan dasar ini.

Kedua, saya bercadang terus mengurangkan bilangan setinggan di negeri ini untuk membebaskan mereka daripada kitaran kemiskinan dan menjamin hak asasi rakyat untuk mendapat tempat kediaman yang selesa tetapi turut mengiktiraf hak tuan tanah.
Selangor merupakan negeri yang maju dan rakyatnya perlu mendapat rumah yang mampu dimiliki.

Kami tidak akan menangani isu ini sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini, yang melaksanakan polisi setinggan sifar untuk memberi tanah kepada pihak-pihak berkaitan dan tanpa menghormati kebajikan setinggan. Sebaliknya kami akan terus menekankan hak perumahan untuk semua.

Kami juga akan menentukan perumahan kos rendah mencapai spesifikasi minima yang lebih baik. Garis panduan baru akan diwujudkan untuk menentukan hak dan kebajikan setinggan dipertahankan setiap masa.

Namun demikian, tidak boleh dinafikan kita perlu berusaha mengeluarkan mereka dari kawasan setinggan untuk memberi mereka dan anak-anak mereka masa hadapan yang lebih baik disamping untuk menjaga kepentingan hak kepada pemilik harta (property rights) dalam kawasan yang didiami setinggan tersebut.

Kami merancang memperkenalkan proses rundingan dengan semua pihak terbabit, termasuk badan-badan bukan kerajaan dan sektor korporat untuk memastikan semua pihak dapat memberi input dan mendapat maklumat yang sahih mengenai rancangan kami.

Kami tidak berhasrat meneruskan amalan lama meneruskan kesilapan dan kezaliman dengan penguatkuasaan berat sebelah untuk syarikat-syarikat kroni untuk menyelesaikan isu pekerja asing dan setinggan, tetapi kami mengambil pendekatan baru mengikut proses yang sah yang mengambil pendekatan berimbang terhadap implikasi sosial dan komersial untuk pembangunan Selangor.

KELEMAHAN KERAJAAN MENGUNDANG PENDATANG

In Pendatang on March 29, 2008 at 1:56 am


200,000 pekerja enggan pulang cuba dapat PR
bharian
Oleh Abdul Razak Raaff

PUTRAJAYA: Kira-kira 200,000 pekerja asing dikesan sengaja terus berada di negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan, sesetengahnya sehingga 20 tahun, kerana mahu mendapatkan taraf penduduk tetap.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata mengikut peraturan pekerja asing tanpa kemahiran hanya boleh bekerja maksimum lima tahun, manakala pekerja asing berkemahiran sehingga 10 tahun.

Bagaimanapun, katanya, pekerja asing yang sepatutnya pulang ke negara asal selepas tamat tempoh itu, terus bermastautin di negara ini serta cuba mendapatkan taraf penduduk tetap.

“Ada yang ingat mereka ada hak untuk dapatkan taraf penduduk tetap. Mereka tidak boleh terus duduk dalam negara ini seolah-olah seperti rakyat tempatan sehingga ada rakyat Malaysia yang bersimpati dan cuba membantu mendapatkan kerakyatan. more..bharian

No2umnO – Kalau kawalan ketat kerajaan tak der la orang nak duduk lama di Malaysia . Tapi masalah nya rasuah banyak, kerajaan pun lemah. Jadi peluang ada di depan mata. Siapa tak nak? Kalau imigresen tu, kerja ikut time. Hangat hangat taik khinzir. Polis tahan pendatang pulak tak sampai 10 km lepas, sebab dah kena suap. Kalau peniaga ACEH tu, dah berlambak lambak. Buka kedai runcit, kedai buah dan macam macam lagi. Tak kurang juga restoran kedai BAKSO. Semua berani buat sebab penguasa mudah disogok. Kalau tak buat sesuatu, rasanya gadai jer Malaysia ni kat pendatang.

PECAH DARA?

In SITI NOR BAHYAH on March 29, 2008 at 1:07 am


Semua TV perlu ‘banned’ Ustazah cakar rimau
penyokong-kj.blogspot.

Saya ada menerima email dari seorang pembaca mengkritik cara Ustazah ‘cakar harimau’ dalam satu rancangan ‘Takut Kahwin’ yang disiarkan oleh Tv9 pada 27 Mac 2008.

Antara yang diulas oleh Ustazah ini ialah ‘pecah dara’?

Pada pendapat saya Ustazah harimau ini bila dilihat cara atau style dan gaya dirinya lebih menonjol sebagai ‘Ustazah gatal atau Ustazah miang’.

Sepatutnya seseorang yang berimej ‘Ustazah’, beliau perlulah menampilkan diri dan imej serta gaya seorang muslimah yang ada adab dan gaya seorang muslimah. Orang seperti ini jika ditawarkan menjadi YB oleh parti Umno, maka akan menjadi lebih teruk dari anak Pak Ibrahim itu. Tetapi jika diterima oleh PAS, maka itu tanda-tanda Kelantan akan jatuh ketangan BN selepas itu.

Lihat saja Ust Mashitah. Sebelum masuk politik semasa beliau aktif berceramah di TV, beliau sentiasa menyebut aurat sana…aurat sini…sentuh sana haram…sentuh sini haram. Tetapi bila dah masuk Umno dah boleh bersalam menggengam tangan dengan eratnya dengan Zaid Ibrahim semasa selepas upacara angkat sumpah sebagai senator baru-baru ini.

Kenapa mereka dipanggil ustazah/ustaz – kerana mereka menuntut ilmu agama. Kenapa seseorang itu dipanggil Dr. – kerana beliau menuntut ilmu perubatan. Kenapa seseorang itu dipangil cikgu – kerana beliau menuntut ilmu pendidikan. Kenapa seseorang itu dipanggil Ir. -kerana beliau menuntut ilmu kejuruteraan. Kenapa apa seseorang itu dipanggil Lawer – kerana beliau menuntut ilmu perundangan. Kenapa seseorang itu dipanggil Kapten, Mejar atau Jenderal kerana – beliau mununtut ilmu ketenteraan.

Jadi gelaran atau panggilan pada seseorang itu belum tentu menggambarkan dirinya dan hatinya betul-betul kearah itu.

Abdullah bin Ahmad Badawi Telah Kecundang

In Sebastianjoshua on March 29, 2008 at 12:23 am


sebastianjoshua.

Siapa sangka, suatu ketika dahulu, 300 berani mati Spartian bertempur dengan 100,000 Persian dalam suatu sejarah yang gemilang. Keberanian 300 mereka telah meniup semangat seluruh Spartian mempertahankan Greek dari di tawan oleh puak Persian.

Mungkin itu cerita orang kafir, mari kita lihat pentempuran bersejarah Badar yang menyaksikan orang Islam bangkit mempertahankan Agama Allah.

Itu kita tengok sejarah dulukala. Banyak sejarah bermula dari Nabi Allah Adam a.s lagi mencatatkan bahawa ‘Mereka Yang Berada Di Langit’ akhirnya akan runtuh bersama keegoan, kerakusan, ketamakkan diri mereka sendiri.

Siapa sangka rakyat boleh bangkit dan berjuang mempertahankan maruah Agama, Diri, Keluarga, Bangsa dan Negara. Siapa sangka Barisan Nasional yang dulunya di puja-puja telah menjadi racun merosakkan jiwa insan manusia di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Ketika PRU 10, aku merupakan peraih undi di International School kat Ampang (dekat Kelab Darul Ehsan). Setelah jam 5 maka kami bersalam dengan orang-orang BN. Seorang Datin datang kepada ku dan berkata “kamu tahu, kalau bukan kerana Mahadhir, kamu ni tak akan dapat pakai komputer pun.” Aku terdiam, bukan kerana tak terjawab TETAPI aku sedih melihat skop pemikiran mereka yang masih lagi terkunci didalam tempurung.

Singapura tak da Mahadhir, Amerika negara kafir, Eropah lagi jauh negara kafir dari kita. TETAPI mereka cukup maju dan makmur berbanding dengan kita yang kononnya Islam Hadhari.

Sudah 50 tahun merdeka dan sudah 50 tahun kita memberi peluang kepada Barisan Nasional memerintah. KITA MASIH KETINGGALAN dari serba serbi kecuali, Kita transit pelacuran, Kita pusat judi, Kita tempat berkumpulnya pelbagai dadah. Dan macam-macam lagi benda mengarut yang dihumbankan di negara kita.

Bangunan saja moden tetapi mentaliti terlalu kuno. Itu pun kalau bangunan itu tidak retak dan bocor sini sana.

Sudah 50 tahun kawan, sudah 50 tahun rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional untuk memakmurkan negara. Apa yang kita lihat sekarang, jenayah berleuasa, golongan muda yang hilang arah, kemiskinan tegar yang bersepah, kehidupan yang bercelaru dan pelbagai lagi. Cakap apa lagi yang di dunia ini ada, semuanya ada di Malaysia.

Apa yang telah terjadi kepada cucu Syeikh Abdullah Fahim ini. Dari seorang yang kononya ‘Mujahid Islam masa kini’ (Dato’ Pirdaus Haji Ismail) menjadi seorang yang amat dibenci bukan sahaja oleh rakyat jelata malah para puak UMNO hampir seluruh Malaysia.

2004 merupakan tahun kebanggaan Abdullah dengan penampilan beliau sebagai seorang cucu ulama terkenal (mufti pertama Pulau Pinang) malah dilihat cukup baik berbanding era Tun Mahadhir. Kemenangan besar yang diperolehi menyebabkan Manusia Leka Dengan Kuasa Yang Ada.

Teringat kisah seorang kawan yang mengaku diri berasal dari keturunan Nabi Muhammad s.a.w. Aku tanya dia, “kau ni dari susur galur sebelah mana? Sebelah Umar ke sebelah Abdullah? “ Dia terdiam. Aku sambung “Biasa yang terkenal datang dari susur galur Umar”. Dengan cepat dia menjawab “Memang, aku dari susur galur Umar”.

“Umar bin Abdul Mutalib tu kalau kau nak kenal ialah Abu Jahal yang terkenal dengan sifat jahatnya kepada anak buahnya iaitu Nabi Muhammad s.a.w” tempelak aku kepada dia. Inilah akibatnya kalau kita percaya bahawa dari anak cucu orang baik-baik, maka DIA pun baik jugak.

Maka pada kali ini aku mengemukakan firasat aku berkenaan dengan Abdullah ini.

Mengikut pandangan ‘tanah’ melayu Malaysia yang kian lemah diperkosa oleh manusia bernama Ham’No yang rakus silih berganti –
Mengikut perasaan ‘air’ hujan dan banjir yang sentiasa melanda tanpa mengira musim -
Mengikut ‘api’ yang membakar hati menjadi panas membara kesan kenaikan barangan yang melampau –
Serta
Mengikut perubahan ‘angin’ lagu Wind of Change Scorpion yang meniup kencang panji panji kebenaran -

Aku berpendapat, setelah melihat satu bintang yang mulanya bersinar megah ketinggian 35 Darjah ufuk Barat Daya pada kira-kira 5 tahun dulu telah hilang secara tiba- tiba DAN satu susunan gugusan bintang dari timur timur (boleh dilihat selepas solat maghrib) mulai bersinar…

Boleh aku katakan…

Abdullah bin Ahmad Badawi akan diangkat turun dari kerusi Perdana Menteri SEBELUM datang 2009 OLEH orang beliau sendiri.

Abdullah sudah silap memilih tarikh 8 Mac 2008. Menurut ilmu metafizik http://www.askbatrisyia.com/s… nombor 8 itu bermakna Lawan dan orang yang hari lahir adalah 8 akan menjadi orang kuat melawan. Pada tarikh 8 itu aura orang-orang 8 ini begitu tinggi dan semangat melawan mereka amat hebat; Siapa antara orang yang lahir pada 8 ini;

1. Lim Guan Eng – 8 Dis 1960
2. Ir. Mohammad Nizar – 17 Mac 1957 (1+7 = 8)

Orang yang lahir pada tarikh 1 merupakan seorang pemimpin yang hebat, mari kita lihat siapa mereka

1. Anwar Ibrahim – 10 Ogos 1947
2. Mahathir Mohamad – 10 Julai 1925

Abdullah bin Ahmad Badawi? Bintangnya sudah hilang dilitupi permasalahan yang begitu besar yang di dokong oleh perasaan riak takbur sombong bongkak besar diri tak’bur pandang hina dan pandang rendah orang lain terasa diri hebat terasa megah dah ujud

Maka beliau akan tumbang bersama sebuah parti yang begitu megah, Barisan Nasional.

Aku ingin merapu panjang, berkenaan dengan ISA dan BTN tetapi masa tidak mengizinkan. Tunggu sehingga aku kembali.