no2umno

Archive for May 13th, 2008

Kalau Gempa bumi di Malaysia …

In Berita luar, Ilmu on May 13, 2008 at 11:45 pm

Melihatkan keadaan di China …sungguh mengerikan. Itu di negara yang tiada budaya korup seperti di Malaysia. Cuba anda bayangkan apa akan berlaku sekiranya gempa bumi di negara kita….

Lihat gambar menarik dari sun2surf

China
China

China

look at the rest – Click here to view album slideshow

Deritanya hospital lembab, lintah darat

In Masalah rakyat, Naik Harga, Penang Politics on May 13, 2008 at 11:36 pm

malaysiakini - [...] Ibu saya Latiffah Hashim, 65, mempunyai penyakit kencing manis yang tidak kronik, paras gulanya tidak pernah mencecah tahap bahaya dan sentiasa terkawal dengan ubat-ubatan yang diperolehi daripada klinik kerajaan.

Pada hari raya Aidilfitri yang pertama 2007, beliau tiba-tiba tergelincir di bilik air, lalu bahunya patah. Kami telah membawanya ke hospital besar Pulau Pinang (HBPP).

Di sana beliau telah dibedah dan dimasukkan klip untuk menyambung bahagian yang patah. Para pegawai perubatan dimaklumkan akan penyakit kencing manis yang dihidapi beliau, tetapi tetap meneruskan pembedahan.

Doktor berjanji akan membuka simen yang telah dibalut dalam tempoh dua minggu. Setelah tempoh itu berlalu, kami membawa ibu kami ke hospital untuk membuka balutan simennya, lebih-lebih lagi ibu merasa kesakitan yang amat pada bahagian yang dibedah.

Malangnya doktor menyatakan bahawa balutan tersebut tidak boleh dibuka dengan alasan klip penyambung belum betul-betul berfungsi. Kami minta penjelasan, kenapa ibu merasa sangat sakit di bahagian yang dibedah tetapi tidak diendahkan oleh pegawai-pegawai perubatan yang bertugas.
…selanjutnya [KLIK DI SINI]

Makanan pengaruh sikap kita

In Ilmu on May 13, 2008 at 11:26 pm

Dulu pernah wak keluarkan artikel tentang ‘pemakanan pengaruhi sikap’. Kenapa kita dilarang makan daging babi dan haiwan yang tidak disembelih dengan sempurna. Tanpa kita sedari berapa banyakkah makanan yang tidak disembelih dengan sempurna dan makanan haram yang memasuki tubuh kita menyebabkan kita ketinggalan dalam semua perkara? …… Lama dah arikel ini tapi berbaloi untuk dibaca.

Makanan tidak halal pengaruhi sahsiah diri
dipetik: jphk
oleh Mohd Zamri Shafie

FIRMAN Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah. Maka, sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedangkan dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah, ayat 173)

Makan dan minum adalah suatu perkara yang harus sifatnya bagi manusia. Oleh itu, ada suruhan dan larangan daripada Allah bagi aspek pemakanan manusia. Ia adalah peraturan bagi memelihara daripada terjebak dalam kemudaratan terhadap kesihatan fizikal dan rohani.

Makanan tidak halal secara maknawiyah amat memberi kesan kepada pembentukan sahsiah diri dan ahli keluarga. Islam menganjurkan agar umatnya berhati-hati dalam pengambilan sebarang bentuk pemakanan.

Begitu juga dengan sumber makanan atau rezeki yang disuapkan ke dalam mulutnya. Unsur riba, rasuah, perjudian dan hasil haram lain wajib dielakkan.

Allah membuat penegasan bahawa rezeki yang diperoleh dengan cara yang tidak halal akan diberi balasan yang setimpal di akhirat nanti.

Firman-Nya bermaksud: “Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba, padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang yang kafir antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah an-Nisa’, ayat 161)

Rezeki daripada hasil haram akan menumbuhkan tubuh, darah dan daging yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Setiap suap makanan yang tidak halal, diisi ke perut akan memberikan kesan kepada tindakannya.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan (sumber) yang haram, maka api nerakalah yang paling layak baginya.”

Perilaku seseorang akan berubah dengan sikap atau perangai yang buruk. Tindakannya akan menjurus kepada hawa nafsu dan mengikut telunjuk syaitan.

Ingatan ini turut dirakamkan menerusi firman-Nya bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kamu yang terang nyata bagi kamu. Ia akan menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) kamu supaya berkata (dusta) terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).” (Surah al-Baqarah, ayat 168-169).

Makanan yang halal menjadi syarat utama bagi kesucian amal yang akan diterima oleh Allah. Orang yang beriman digesa agar segala amalnya bersih, jiwa dan hatinya digerakkan oleh kekuatan darah yang bersih. Sumbernya pula mestilah halal dan tubuh badannya dijauhi daripada hiasan pakaian yang bersumberkan yang haram.

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dari Ibn Abbas, katanya: “Pernah aku membaca di sisi Rasulullah ayat al-Quran (bermaksud): Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik.” (Surah al-Baqarah ayat 168).

Kemudian Saad Bin Abi Waqqas bangun seraya berkata: “Ya Rasulullah! Aku memohon kepada Allah supaya dijadikan aku orang yang diperkenankan doanya. Lantas baginda bersabda : “Wahai Saad! Baguskanlah (Makanlah) makanan engkau, nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan doa (permintaan). Dan demi diri Muhammad di tangannya, sesungguhnya seorang hamba yang menyuapkan sesuap makanan haram ke perutnya, Allah tidak menerima amalnya 40 hari. Dan sesiapa di kalangan hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari makanan yang haram, maka api neraka yang lebih layak baginya.”

Menurut riwayat yang lain, Saad Bin Abi Waqqas yang terkenal sebagai sahabat Baginda yang diperkenankan doanya. Beliau berkata: “Bahawa aku tidak pernah mengangkat sesuap makanan ke mulutku melainkan aku tahu dari mana datangnya dan dari mana keluarnya.”

Sabda Rasulullah daripada Abu Hurairah bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu baik, Dia tidak menerima melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang mukmin apa-apa yang Dia perintahkan kepada Rasul.

Maka, Allah berfirman bermaksud: “Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakan amal-amal yang soleh. Dan Dia berfirman: Wahai orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu.

Kemudian ia menyebutkan seseorang lelaki yang jauh perjalanan, yang kusut rambutnya lagi berdebu mukanya, lalu ia menadah kedua-dua tangannya ke langit (berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Padahal makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram, dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram. Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya?” (Hadis riwayat Muslim)

Faktor lain yang menjurus kepada aspek penting dalam mengambil makanan yang halal juga bersangkut-paut dengan pembentukan kesempurnaan iman. Iman amat berkait rapat dengan hati atau jiwa. Sekiranya sesuap makanan itu tidak halal ia memberi kesan langsung terhadap peningkatan iman dan takwa seseorang itu kepada Allah. Jika hatinya dicemari dengan unsur-unsur yang boleh melemahkan keimanan dan keyakinan yang menjadi dasar kehidupan umat Islam.

Sabda Nabi yang diriwayatkan daripada Anas bermaksud: “Tidak lurus iman seseorang hamba hingga (lurus dulu) hatinya.” Iman yang mantap akan menggerakkan kepada amal kebaikan dan sebaliknya.

Kebaikan dan kejahatan amat bergantung kepada hatinya sebagai pusat menggerakkan arahan. Hati dan jiwa perlu dipelihara dan disuburkan dengan iktiqad yang benar, kepercayaan yang luhur dan keyakinan yang bersih daripada sebarang kekotoran.

Untuk menjadi umat yang kuat dari segi mental dan fizikal, pemakanan yang berkualiti dan seimbang wajar dibudayakan sebaiknya. Fitrah kejadian manusia menghendaki setiap apa yang diterima oleh tubuh badan mestilah yang terbaik.

Tubuh yang baik akan mencerna kehidupan yang produktif dan progresif, seterusnya menjadi umat yang terbaik.

Kesejahteraan hidup haruslah diusahakan oleh tangan manusia, sekiranya manusia lalai dan alpa, maka akan lahirlah masyarakat yang lemah dan tidak bermaya.

China bloggers cook up quake conspiracies

In Blogger on May 13, 2008 at 11:16 pm

timesonline – [...] Broadband connections across the country are pulsing with rumours of “earthquake omens” involving toads or butterflies – all allegedly ignored by the authorities. Some even talk of a vast pre-Olympic conspiracy.

One blogger from Shandong province, in eastern China, wrote that more than a month ago, he went to his local earthquake resesarch centre several times to report that his animals had been disturbed and restless.

But, he wrote: “They not only ridiculed me, they accused me of making up stories.”
Related Links

Other blogs link to Chinese newspaper reports of bizarre natural occurrences in the past few weeks.

The Chutian Metropolis Daily reported that on April 26, 80,000 tonnes of water suddenly drained from a large pond in Enshi, Hubei province. The province shares a border with Chongqing Municipality, which was devastated by the earthquake on Monday.

On May 10, a Sichuan-based newspaper, the West China Metropolis Daily, reported that hundreds of migrating toads descended upon the streets of Mianyang, the second largest city in the province which neighbours Wenchuan County, the epicentre of the earthquake. …selanjutnya [KLIK DI SINI]

"Pemberontakan" Sabahan Bakal Bermula?

In Sabah on May 13, 2008 at 11:09 pm

atranungkite – [...] Rakyat Sabahan sekalian, politik Sabah bakal mengalami gelombang Tsunami ke-2 ekoran dari “cakap-cakap” pemimpin veteran Sabah, tindak-tanduk pemimpin kita yang “pelik” pada persidangan dewan parlimen dan info sulit yang saya perolehi dari maklumat “dalaman” beberapa parti politik di Sabah. Pemimpin-pemimpin Sabah bakal “memberontak” kerana cukup merasa tersisih dari arus perdana medan politik Negara apatah lagi Sabah dan Sarawak memegang “anak kunci” kepada ketuanan mutlak Melayu UMNO. Hati-hatilah kamu BN!

Tidak salah jika saya katakan 1 undi Sabahan atau Sarawakian lebih penting dari 100 undi saudara kita di Semenanjung Malaysia di dalam konteks hidup mati parti “baru” UMNO. Ya, ini bukan parti UMNO yang digagaskan oleh Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil dan Dato Hamzah Abdullah pada 1946 tetapi parti baru yang mengguna-pakai nama UMNO semula yang didaftarkan pada 1988 berdasarkan corak pemikiran pemilik Chedet.com blog.

Inilah masa dan ketikanya pemimpin-pemimpin Sabah mempertaruhkan karier politik serta prinsip perjuangan mereka yang “kotor” selama ini demi kepentingan bersama di masa akan datang. Jatuh bangun mereka selepas ini akan menetukan hala tuju negeri Sabah seterusnya sama ada masih lagi ingin menjadi antara negeri yang termiskin di Malaysia walhal Sabah lebih kaya dari Selangor, lebih kaya dari Terengganu malah jauh lebih kaya dari Kelantan ataupun mahu membangun seiring sejalan dengan pembangunan pesat seperti di Semenanjung Malaysia.

Realitinya Malaysia tidak mampu berdiri se-gah negara-negara membangun yang lain jika bukan kerana sumbangan Trillion Ringgit royalti minyak dari Sabah, Sarawak dan Terengganu selama berpuluh tahun selama ini apatah lagi berbangga dengan pencapaian ekonomi negara yang hanya sekadar meminjam bank minyak Sabah, Sarawak ataupun Terengganu.

Bukan sahaja pinjaman tersebut di”lupa”kan atau di”abai”kan malah isu-isu untuk menaikkan peratus royalti sering dipermainkan oleh pemain-pemain terkenal di dalam gelanggang politik negara. Aiiii takkan duit sendiri pun mahu dikawal oleh orang lain kan! Woiiiiii sedarlah sikit BN, lu guna duit gue lah….duit gue sejak zaman nenek moyang gue lagi. …selanjutnya [KLIK DI SINI]

Reformasi …. siapa punya?

In Radenjowo on May 13, 2008 at 10:49 pm

http://bigdogdotcom.files.wordpress.com/2007/04/reformasi.jpgRadenjowo
Kalau merujuk kepada perjuangan Keadilan pada tahun 1999, mereka lebih kepada usaha reformasi yang berlandaskan kepada pembebasan rakyat dari kuasa diktator Barisan Nasional. Kerana muaknya rakyat dengan Kerajaan tersebut, maka pada pilihanraya ke 12, mac lalu, kejayaan parti Pakatan Rakyat telah tercapai. Namun bukan semua menjadi milik pembangkang kerana pada saat akhir tempoh berkempen, dakwat jari telah di batalkan penggunaannya. Semua ini dilakukan untuk BN terus kekal berkuasa. Dan kini beberapa negeri telah jatuh ke tangan PR sementara kerajaan Pusat masih di kawal selia oleh Kerajaan BN. Bukan mudah, ada perkara perkara yang masih menjadi halangan. Perjuangan masih panjang.

Adun dan Ahli Parlimen lantikan Keadilan kebanyakannya adalah calun lompat. Ramai antara mereka bukan lah wakil tempatan. Kesukaran ketika itu adalah kerana kurangnya pembabitan rakyat tempatan yang mempunyai kelulusan dan layak menjadi pemimpin. Itu lah politik sekarang.

Kerana masa, maka semua di cekau guna jari dan pantang ada lompang, ia nya perlu diisi. Utara turun ke Selatan, Tengah naik ke Utara, Barat lari ke Timur dan pencalunan pun berjaya dibuat.

Jika kalah, tiada lah isu besar yang timbul. Tetapi tanpa di duga, banyak kerusi kerusi di menangi Pakatan Rakyat. Terima kaseh kepada UMNO kerana gagal mengekalkan kepercayaan rakyat pada mereka. Banyak isu yang menjadikan rakyat terlalu benci dan akhinya BN di tolak.

Pucuk sudah kelihatan tapi akarnya tidak mencengkam. Begitu lah yang berlaku pada Keadilan. Kejutan kemenangan telah melupakan seketika tentang tujuan pilihanraya diadakan dan kerana terkejut itu juga Selangor seperti terkapai kapai tidak tahu kemana harus di tuju dan tidak tahu dimana harus dimulakan dulu.

Menurut teman yang hadir di dalam mesyuarat Bahagian di Selangor mendapati, ramai ahli asal Keadilan yang berjuang bersama reformasi dulu, telah pun meninggalkan Keadilan. Bibit bibit perebutan kuasa mungkin dan sedang berlaku di dalam Bahagian Bahagian. Kelihatan beberapa individu yang perasan dirinya berjasa dan meminta balasan dari Ketua Bahagian.

Di dalam dewan semua bercampur, lama, baru dan ada jugak yang cuba menjadi baru, sebagai ahli.

Ada juga orang lama yang tidak ambil kisah dan masih dengan perjuangan reformasi. Tidak mengejar pangkat dan masih terus berdiam diri. Melihat lihat perkembangan yang berlaku dari peringkat cawangan ke bahagian. Kerisauan jelas kelihatan apabila menyedari bahawa perjalanan terlalu perlahan sedangkan rakyat menanti kan perubahan.

Yang menariknya, ada antara orang lama yang bimbang dengan kemasukan ahli baru. Menurut mereka ada usaha MCA dan parti komponen BN yang lain cuba untuk menyerap dan menubuhkan cawangan Keadilan di tempat tempat tertentu. Kerisauan ini membuatkan mereka sentiasa di dalam ketakutan dan berjaga jaga. Yang tambah menariknya, mereka mereka ini bukan dari pucuk pempinan dan tidak dikenali pun. Gaya seperti pahlawan kuntaw tapi rasanya ketika reformasi dulu, wajah pun tak kelihatan. Kalau ada yang mengekori, mungkin kita boleh tahu kemana mereka pergi. berkejaran di ibukota atau lebih kepada perniagaan.

Ada pula ahli lama yang LARANG serah borang kosong keahlian. Ada pula yang mengenakan pelbagai syarat untuk menyertai Keadilan. Keadaan ini menjadikan Keadilan sukar untuk bergerak di dalam Selangor. Di dalam PAS menggalakkan semua orang menyertai dan tidak kira dari parti mana, Keadilan di dalam terumbang ambing dengan perkara yang bukan bukan. Kerana itulah maka banyak isu di dalam menyuarat di bangkit kan sedangkan ia tidak berkaitan menjadikan mensyuarat Bahagian berlanjutan sehingga sampai ke 3 jam.

Walaupun sudah ditegah untuk tidak mendiskriminasikan sesiapa dalam menyertai Keadilan, namun kebimbangan hilang jawatan telah menyelubungi peringkat bawahan sehingga sukar benar ianya untuk menjadi lebih maju.

Kerana itu sekarang, Keadilan di dalam laungan reformasinya, sebenarnya mereka keletihan dengan isu isu yang remeh temeh sehingga bergerak perlahan dan ketinggalan. Beberapa persoalan yang timbul di dalam kepala. Adakah reformasi dahulu benar benar oleh ahli keadilan atau di bantu oleh parti lain? Baik pada tahun 1999 dan selepas itu. Namun sehingga sekarang, bila cerita tentang Reformasi, ahli Keadilan berkata, itu mereka yang punya dan mereka lah yang bereformasi.

Apa yang boleh dibuat kesimpulan, REFORMASI bukan lah milik Keadilan semata mata. Reformasi adalah milik semua orang. Tujuan sebenar adalah untuk menjatuhkan kepimpinan Barisan Nasional dan ini adalah hak semua orang yang mahukan reformasi berlaku. Tak kira dari PAS, DAP, Keadilan mahupun dari UMNO dan BN sendiri. So ….. kalau kita kaji, kenapa reformasi mendapat sambutan? Kita akan kata ianya adalah usaha bersama dan kalau hendak diselidik dari setiap kertas undi, yang tolak BN bukan lah Keadilan sahaja malah semua orang. Kenapa sukar benar untuk menjadi ahli Keadilan sedangkan tujuan kekukuhan parti terletak pada perkara pokok, keahlian.

Pada yang berada di dalam Keadilan, buka lah pintu agar semua orang boleh turut membantu. Kalau boleh hidup sendiri, maka letakkan sahaja notis “Keahlian sudah cukup dan ianya ditutup” Mudah kan? Tak payah nak panjang cerita. Buang masa dan membazir bill elektrik kerana mesyuarat berjela jela, tapi masalah tak selesai.

Sukar nya rakyat nak bantu kerana ada segelintir apek apek dan mamat mamat yang kekang perjalanan menjadi lancar. Berpolitik di peringkat bawahan kalahkan pemimpin besar. Cakap lebih, buat kerja kurang, tapi nak habuan.

Weyyyyy…. kalau betul betul hebat, tunjuk pada kerja dan bukan pada kata. Cakap semua orang boleh cakap, buat kerja belum tentu lagi. Kalau nak layan orang seperti ini, rasanya buang masa kerana mereka mereka ini lah menyebabkan kerja terbengkalai. Kepada pemimpin pemimpin Bahagian. Kamu layan, masa terbuang, lupa kan soal remeh temeh dan teruskan perjuangan. Masih ramai diluar sana yang mahu menjadi ahli dari layan manusia seperti ini.

Kalau di fikir fikirkan, seronok lagi ketika reformasi. Perjuangan ketika itu adalah sama, untuk reformasi dan kejayaan pada waktu itu adalah melarikan diri dari pihak berkuasa. Ingat…..Pakatan Rakyat menang 5 negeri sahaja. Kalau kalian leka ….. yang dikejar tak dapat yang di kendong keciciran

Khalid, beware your balls!

In Khalid Ibrahim on May 13, 2008 at 10:02 pm

selangortoday - [...] I’m not into more about the seminar. Talks during lunch and coffee time were more interesting. First, I had the opportunity meeting old pals during my newspaper days. One guy that really touched me was Nasir. He was the former Selangor Menteri Besar (Mohammad Taib) Press Secretary.

We talked about yesteryears. I still vividly remember helping Nasir writing text for the former MB when he was too exhausted.

“When Abu Hassan came in as Selangor MB, he flushed all of “Muhamadtaibism” in the state secretariat”, recalled Nasir. He further relied to me how he was chased out of his quarters in a manner of a convict. Nasir asked me if I experienced something like him?. I whispered to him, I lost and closed my business.

With this, I pondered why my present MB is a little slow dispensing the many questionable heads in the state secretariat, GLCs and state bodies.

Before goodbye, Nasir asked me to remind my boss TS Khalid to be very careful with some journalists from the MSM . I asked why?

“They will pull his balls down”, as he made his way to the exit.

Back home I browsed the net. I discovered what my old pal said was true. A lot of reports tried to discredit him and even asking him to resign – like one in Malaysiakini.

I remembered what Khalid said in his response to my open letter to him. “ We are not only being smart, but must be smarter. We are not only clean, but must be cleaner than the previous one”.

Khalid seems to be slow in his acts. But no. He was just finding the better solutions to hundreds of problems inherited from the previous administrations. Khalid is the typical perfectionist he was….selanjutnya [KLIK DI SINI]

Hati hati dengan Ali Rustam

In Belit Ali Rustam on May 13, 2008 at 9:59 pm

empanganjernih – [...] ITU DATUK WIRA MOHD ALI RUSTAM YANG BERTANDING DI DUN PAYA RUMPUT ,DI MELAKA DIWARWARKAN AKAN MENJADI KETUA MENTERI MELAKA YANG BARU( JIKA MENANG ) DALAM PILIHANRAYA KE-10 PADA 29 NOVEMBER NANTI.

DAHULU BELIAU MEWAKILI PARLIMEN BATU BERENDAM.

DIA INI ADALAH BUDAK SURUHAN TAN SERI ABDUL RAHIM TAMBY CHIK,BEKAS KETUA MENTERI MELAKA YANG MENJADI KESAYANGAN DR MAHATHIR DAN DR SITI HASMAH MOHD ALI, KERANA ITU BANYAK PERKARA SALAHLAKU YANG DILAKUKAN OLEH TAN SERI RAHIM PM TUTUP MATA TAPI TIDAK BAGI RAKYAT MELAKA.

DATUK WIRA MOHD ALI SEMASA TAN SERI RAHIM MENJADI KETUA MENTERI MELAKA BANYAK MEGALIRKAN AIR MATA KERANA BANYAK TANAH ORANG MELAYU DIAMBIL BALIK KONON DEMI UNTUK KEMAJUAN NEGERI MELAKA DENGAN BAYARAN YANG PALING MEMALUKAN WAKIL PARTI UMNO YANG MELAONGKAN HASRAT MENINGGIKAN MARTABAT BANGSA MELAYU….selanjutnya [KLIK DI SINI]

Tolak Khairy -Pemuda Johor mulakan

In Beruk Rembau on May 13, 2008 at 9:56 pm

kzahmad – [...] Antara intipati ucapan adalah membawa maksud KJ mestilah pandai membawa diri bersama-sama Pemuda UMNO ibarat kalau menuruni lembah, sama samalah dituruni, kalau mendaki bukit sama samalah mendaki, bersama sama Pemuda UMNO. Juga disentuh, betapa mudah mendapat takhta, kelak cepat lupa daratan kalau tidak tahu mengemudinya. Saya masih ingat lagi….

Ketegasan juga diungkapkan sekiranya KJ gagal dalam pembawakannya sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia; prestasinya yang tidak baik, maka pemuda tidak akan teragak-agak menurunkan beliau. Mesej yang jelas itu mendapat tepuk gemuruh dari perwakilan tanda bersetuju. Saya masih ingat lagi…….

2004, kita tidak menolak KJ kerana pada ketika itu keadaan UMNO semuanya adalah baik baik belaka. Suasana ketika itu adalah ‘feel good’ dengan kepimpinan Abdullah Badawi yang mesra dengan gelaran Pak Lah, yang lemah lembut orangnya, yang berbeza watak berbanding Tun Mahathir….selanjutnya [KLIK DI SINI]

Pig Farm Issue in Papar

In Umno Sabah on May 13, 2008 at 9:54 pm

tilltheytellthetruth – [...] Why choose a pig farm to bully?

Is it because those Musa can’t eat pork and he can’t stand the temptation so he wants all Sabahan to follow him not to eat pork?

Both farms have over 1,000 pigs and have been operating since 2000. It’s stupid of the authority to ask them to stop work. What do they mean by stop work?

Stop feeding the pigs until the court verdicts? That will takes months even years by then those pigs would have become skeleton.

About breaching the land usage that was originally meant for agricultural activities, there are hundred of thousands of people breading cow, chicken, goat and etc all over Sabah illegally…

So go catch them all la…

Gila… all they want is under table money! When the owner refuse to pay more than they demanded after 6years! They start kacau2!!!…selanjutnya [KLIK DI SINI]

PENJUALAN LADANG SAWIT KEPADA BUKAN BUMIPUTERA

In Belit UMNO on May 13, 2008 at 9:50 pm

mtdpulautawar - UMNO Pahang semakin bergolak, terbaru semalam bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pahang Dato’ Ahmad Tajuddin Sulaiman yang meletakkan jawatan itu baru-baru ini telah mendedahkan penyelewengan yang berlaku atas penjualan ladang sawit milik UMNO kepada bukan Bumiputera. Pendedahan yang dibuat oleh Ketua UMNO Paya Besar itu membabitkan kawasan ladang sawit milik UMNO Pahang seluas lebih 1000 hektar dengan keuntungan mencecah RM600 juta. Akibat penjualan ladang itu, menyebabkan rata-rata pekerja ladang penduduk tempatan terutamanya di sekitar Kg. Paya Rambutan kini terpaksa berputih mata apabila pemilik baru ladang berkenaan mengambil pekerja asing yang lebih murah untuk bekerja sebagai buruh diladang berkenaan.

Perkara ini didedahkan dalam buletin 7.30 di TV3 pagi tadi. Menurut beberapa orang penduduk yang juga pemimpin UMNO tempatan, perkara ini telah beberapa kali dirujuk kepada pihak UMNO pusat. Namun segala laporan diendahkan oleh pihak berkenaan, mungkin juga mereka turut menerima habuan atas penjualan ladang berkenaan.

Sikap tutup mata pemimpin UMNO Pahang terutamannya Menteri Besar Dato’ Seri Adnan Yaakob amatlah mengecewakan semua pihak terutamanya UMNO Bahagian Paya Besar. Menurut penduduk di kawasan berkenaan, sebelum ini pihak UMNO telah berjanji untuk menjualkan ladang tersebut kepada Yayasan Pahang. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka bukan sahaja menipu rakyat, malahan sanggup bersekongkol dengan menjual ladang berkenaan kepada bukan Bumiputra, sedangkan dalam masa yang sama mereka mengatakan parti pembangkang bekerjasama dan lebih mengutamakan kaum lain dari Melayu.

Ahmad Tajuddin mahukan perkara ini disiasat kerana kemungkinan besar ada pihak yang mendapat keuntungan lumayan atas penjualan harta UMNO itu. Kita menantikan komen daripada MB Pahang atas pendedahan berani TV3 ini.
…selanjutnya [KLIK DI SINI]

SHOULD THEY BE ALLOWED TO STAY?

In Belit UMNO, Lompat parti on May 13, 2008 at 9:46 pm

azizhassan – I MUST declare that I’m not a card-carrying member and have never been a member of any political party. I wish there is another system, a better one, that can do without politics because often times I find politics and politicians suffocating. But having said that, I grudgingly accept that politics is a necessary evil and because of that I am left with no choice but to keep myself up-to-date with everything political.

It is generally agreed that after so many years many Malays suddenly felt that that Umno was becoming too big for its shoes and decided to show many of its politicians and their allies in MCA, Gerakan, MIC and others the door in March. Which then led to political commentators to say that Umno needs to reinvent if it wants to stay relevant.

I think what Umno needs is not so much a massive overhaul but some fine-tuning. A lot of my thoughts were outlined in an earlier posting titled “Is there a shift?”

Over the weekend party president Abdullah Ahmad Badawi spoke on the need for Umno to act to regain the people’s support, that action must be taken so that people who supported the party will continue to place their trust in Umno’s struggle and those who abandoned it will return to the fold….selanjutnya [KLIK DI SINI]

Reaches uneasy truce after meeting key Barisan Nasional MPs from Sabah

In Lompat parti on May 13, 2008 at 9:36 pm

UPDATED: With Datuk Yong Teck Lee quotes below
malaysianinsider – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has managed to head off a possible crossover of Sabah Barisan Nasional MPs to the Opposition by meeting key political players from the East Malaysian state.

The Malaysian Insider has learnt that the Prime Minister had discussions over the past 24 hours with Sabah Progressive Party president Datuk Yong Teck Lee, Upko president Tan Sri Bernard Dompok and several other Sabah politicians to assure them that the administration was serious about developing the state and addressing their concerns over the lack of recognition for BN politicians from Sabah.

He touched on some of the progress made since he met them behind closed doors after Election 2008. At that meeting in April, Sabah political parties put forward several demands including the dismantling of the Federal Development Department, more representation at federal level, more funds from the federal government and concrete measures to tackle the illegal immigrant problem….selanjutnya [KLIK DI SINI]

Nikah segera ‘tok kadi Indonesia’

In Pendatang on May 13, 2008 at 9:30 pm


kosmo – Jika sebelum ini sindiket nikah ekspres sering dilakukan oleh rakyat tempatan dan di negara jiran, kini muncul sindiket nikah yang diuruskan oleh ‘tok kadi Indonesia’ pula.

Difahamkan, sindiket tersebut beroperasi di kawasan yang terdapat banyak komuniti warga mereka di sekitar Lembah Klang terutamanya di Petaling Jaya.

Sindiket ini dipercayai sudah menikahkan puluhan pasangan yang melibatkan rakyat tempatan dengan warga Indonesia yang bekerja di negara ini.

Lebih mengejutkan upacara perkahwinan dibuat seolah-olah ia sah di sisi undang-undang apabila jurunikah dan pembantunya meminta setiap pasangan mengisi borang dan dokumen tertentu termasuk pasport dan kad pengenalan….selanjutnya [KLIK DI SINI]

‘Berpesta, mabuk macam lupa dunia’

In MB NS, Maksiat on May 13, 2008 at 9:26 pm


SAMPAH sarap dan bekas-bekas arak masih bertaburan di tapak pesta liar berhampiran salah satu pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam
.

kosmo - “Malam itu memang dahsyat, muda-mudi berpesta macam lupa dunia.

”Minum arak tanpa segan silu hingga ada terbaring dan pengsan dan dibantu petugas St. John Ambulance,”

Itu antara cerita penduduk tempatan mengenai keadaan ribuan pengunjung yang menyertai ‘pesta liar’ selama dua hari di Port Dickson pada 9 dan 10 Mei lalu.

Seorang penduduk, Syahrul Abidin memberitahu, selain warga asing, kelibat beberapa artis remaja jugau dilihat di tapak pesta yang sama bersama sekumpulan gadis sebagai rakan-rakannya.

“Kebetulan pada malam pertama itu, saya berada di situ, dalam keadaan macam cahaya lampu disko, saya tiba-tiba terserempak kelibat mereka (artis) bersama rakan mereka sedang berpesta,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurut Syahrul, dia pada mulanya macam tidak percaya tetapi itulah hakikat yang disaksikan olehnya dengan mata kepalanya sendiri di sekitar tempat kejadian pada masa kejadian….selanjutnya [KLIK DI SINI]

Pengendali Monsoon Cup bukan milik kerajaan Terengganu?

In Monsoon Cup, Terengganu on May 13, 2008 at 9:22 pm

//buletinonline.net/images/berita4/tbest.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline - [...] Dr. Syed Azman telah memohon kerajaan negeri memberi penjelasan berkaitan pemilikan saham T-Best Event Sdn Bhd yang dimiliki oleh dua syarikat lain.

”Saya ingin memohon penjelasan dari Exco, mengenai T-Best Event, saya membaca ‘company profile’ mengenai T-Best yang perlu kepada penjelasan, antara Pengarah syarikat T-Best Event adalah Chiu Kok Foo beralamat di Kuala Lumpur dan,

”dengan izin according to filing T-Best major shareholders is Prestasi Wangi Sdn Bhd which hold 67.1% dan TDM Bhd which hold 42.9% of the company,

”jadi saya pohon penjelasan atas kepentingan apa Prestasi Wangi Sdn Bhd dan beberapa individu di Kuala Lumpur memegang saham lebih besar daripada kerajaan negeri Terengganu, kalaulah dkatakan program Monsoon Cup ini adalah untuk kepentingan rakyat Terengganu.” tanya Syed Azman

Soalan ADUN Batu Buruk tidak dijawab oleh Rahin, tetapi Rahin mengatakan kerajaan akan membuat kajian terhadap Monsoon Cup dan mengatakan satu perjumpaan akan diadakan dengan syarikat T-Best Event pada 14 Mei akan datang, dan akan memperincikan perjanjian yang telah ditandatangani….selanjutnya [KLIK DI SINI]

berita berkaitan – Rosol kata isu Monsoon Cup dan TTI lapuk?

Monsoon Cup dan T-Best

In Monsoon Cup on May 13, 2008 at 9:20 pm

buletinonline – [...] T-Best telah melancarkan Monsoon Cup yang pertama pada November 2005 dengan perhatian ramai. Penganjuran tersebut berjalan lancar, tetapi pihak pembangkang telah mengatakan bahawa acara mewah yang dibiayai oleh wang ehsan yang sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat menjadikan acara Monsoon Cup berlangsung dalam keadaan yang kelam kabut.

Tiada siapa pun sebenarnya yang boleh menyebut berapa kos penganjuran Monsoon Cup walaupun bajet tersebut dikatakan bernilai RM 250 juta setahun.

Walaupun Meneteri Besar yang baru dilantik, Mad Said, tidak boleh mengesahkan angka tersebut, Mad Said memberitahu akhbar The Edge, angka RM 250 juta adalah sebagaimana yang didakwa, dia sendiri perlu menyemaknya.

Sementara Monsoon Cup kerap kali disebut dalam bajet kerajaan Terengganu sebagai penjana pelancungan negeri, tidak ada perincian sebenarnya jumlah kutipan yang dibuat oleh T-Best dalam menganjurkan sukan tersebut. …selanjutnya [KLIK DI SINI]

Gred Jamry tidak capai taraf jawatannya

In Jaip on May 13, 2008 at 9:17 pm

harakahdaily - Kebanyakan pengarah Jabatan Agama Islam tidak mempunyai latar belakang pendidikan Islam, kata Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar).

Beliau mendedahkan perkara itu ketika mencadangkan usaha-usaha pengukuhan institusi agama Islam supaya setanding dengan institusi-institusi lain.

Sebagai contoh, katanya, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury bukan sahaja tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dalam agama Islam malah gred perjawatannya pula tidak mencapai taraf untuk dilantik sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam.

Dr Mujahid, yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, juga mencadangkan supaya dibentuk jawatankuasa bagi mengukuhkan institusi fatwa dengan mengemukakan acuan fiqh Malaysia dan bukan fiqh yang datang dari suasana dan negara lain. …selanjutnya [KLIK DI SINI]

Orkestra filharmonik satu pembaziran

In Pembaziran, Sidang Parlimen on May 13, 2008 at 9:11 pm

malaysiakini - RM130,000 sebulan? Itulah gaji bulanan yang dibayar kepada konduktor Orkestra filharmonik Malaysia (MP0).

Dan menurut ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, langkah mengekal konduktor dan anggota MPO yang ramai rakyat asing, adalah satu pembaziran wang Petronas.

lim guan engSetiausaha agung DAP itu membangkitkan isu tersebut sewaktu membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Lim mendedahkan bahawa kos membiayai anggota MPO itu mencecah RM3.5 juta sebulan.

Menurutnya, 95 peratus pemuzik asing itu dibayar antara RM16,000 hingga RM28,000 sebulan dan mendapat dua bulan cuti bergaji setiap tahun. Konduktornya pula dibayar RM130,000 sebulan manakala penolongnya dibayar gaji RM50,000 sebulan.

Sejak 10 tahun ia ditubuhkan, kata Lim, kos pembiayaan orkestra tersebut berjumlah RM500 juta….selanjutnya [KLIK DI SINI]

Usul DAP mansuh PLKN ditolak

In PLKN on May 13, 2008 at 9:09 pm

utusmeloya - Dewan Rakyat hari ini menolak usul seorang wakil pembangkang yang mencadangkan supaya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dihentikan serta-merta.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, usul yang dibawa oleh Fong Po Kuan (DAP- Batu Gajah) itu ditolak kerana ia tidak perlu disegerakan memandangkan Kementerian Pertahanan telah mengambil pelbagai cara untuk memastikan keselamatan pelatih pada tahap tinggi.

“Tambahan pula, ahli Parlimen mempunyai banyak ruang untuk membangkitkan perkara itu ketika membahaskan usul menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Po Kuan memberi alasan bahawa PLKN perlu dihentikan serta-merta kerana menimbulkan banyak masalah terutamanya melibatkan keselamatan pelatih.

Boleh caya Malaysia Today ke?

In Raja Petra on May 13, 2008 at 1:29 pm

Image
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin

malaysiatoday – [...] Malaysia Today said that Sabah and Sarawak, which have 56 Parliament seats — 25 and 31 respectively — but were given only three Cabinet posts (and very unimportant ones on top of that compared to MCA which has 15 Parliament seats but were given 13 Cabinet posts) will be very unhappy and they will grumble that they are being treated like anak tiri (stepchildren). Malaysia Today lied. Yesterday they did grumble but they did not mention the word ‘anak tiri’.

Malaysia Today said that for more than 40 years Sabah and Sarawak have been enjoying only 5% oil royalty and that they are very unhappy about this low figure. Malaysia Today also said they will now demand 20%, which will bring in about RM5 billion a year to the two states, and if the federal government does not agree to this then they will leave launch a Referendum for the two states to leave Malaysia. Malaysia Today lied. Yesterday they did grumble about the 5% oil royalty and did demand that it be increased to 20% but they did not launch a Referendum for Sabah and Sarawak to leave Malaysia.

Last year, Malaysia Today said that Tengku Razaleigh Hamzah will be contesting the Umno Presidency with Najib Tun Razak as his running mate versus Abdullah Ahmad Badawi with Muhyiddin Yassin as his running mate. Malaysia Today lied. Tengku Razaleigh Hamzah will be contesting the Umno Presidency with Muhyiddin Yassin as his running mate versus Abdullah Ahmad Badawi with Najib Tun Razak as his running mate.

Sigh….it’s so depressing……I don’t think I can go on. Not a single Malaysia Today prediction and forecast came true. No wonder the Umno website ran that poll. I think I will stop forecasting the future and instead just report about what happened in the past. It’s safer that way and you can’t go wrong when you take advantage of hindsight.
…selanjutnya [KLIK DI SINI]

Keluarga Dhoif

In Masalah rakyat on May 13, 2008 at 1:05 pm

zul4kulim – Selepas solat Jumaat di Masjid Permatang Pasir..saya pergi menziarahi satu keluarga dhoif di Lubok Buntar, Serdang. Saya sangat terkejut melihat kemiskinan keluarga ini yang telah terbiar bertahun-tahun lamanya. Keluarga ini tinggal menumpang di atas tanah orang di Batu 22, Lubok Buntar Serdang. Kedua-dua suami isteri dari golongan bisu/pekak. Suaminya Ahmad Zaini Osman berumor 47tahun(IC 611003025231). Kerja di kilang kayu dengan upah sebanyak RM300 sebulan. Isterinya Nor Azizah Mansor (IC 720525026090) tidak bekerja.

Mereka mempunyai tga orang anak iaitu Nurul Syaniza (17.05.2002) dan Siti Aishah (05.06.2001). Berumur 6 & 7 thn. Nurul kini bersekolah tadika. Kedua-duanya menghadapi masalah pertuturan kerana kedua-dua ibubapa yang bisu. Anak sulong mereka berumur 8 tahun telah diserah kepada orang lain untuk dibela kerana kemiskinan mereka. Ngkorang boleh tengok sendiri gambar-gambar yang saya sisipkan.

Yang sedihnya bekalan letrik kepada keluarga ni pun dipotong 3 bulan lepas kerana tak bayar bil. Saya pun naik tak faham dengan otak TNB ni…..selanjutnya [KLIK DI SINI]

Ainan Lulus Kimia ‘O’ level pada umur 7 tahun

In Berita luar, Islam on May 13, 2008 at 12:06 pm

almuslimin2 – [...] SINGAPURA: Seorang kanak-kanak pintar yang mendapat liputan meluas kerana lulus Peperiksaan ‘O’ Level bagi mata pelajaran kimia ketika berusia tujuh tahun pada 2007, kini diterima belajar di Singapore Polytechnic dan menjadi pelajar termuda di dunia mengikuti pengajian tahun tiga bagi modul institusi menengah tinggi.

Ainan Celeste Cawley, 8, yang berketurunan Ireland-Melayu, mengikuti pengajian bagi pelbagai modul kimia berasaskan makmal, termasuk pengajian tahun satu, dua dan tiga.

Pada mulanya, Ainan mengambil mata pelajaran Analisis Kimia dan Fizikal sebelum mengikuti modul Kimia Inorganik dan Organik tahun pertama, modul Sureh, Unsur Transisi dan Kompleks tahun dua dan modul Wangi-wangian dan Kimia Haruman tahun tiga….selanjutnya [KLIK DI SINI]

Mengingati peristiwa 13 mei 1969

In 13 Mei on May 13, 2008 at 12:03 pm

almuslimin2 – [...] Kita mesti faham bahawa selepas merdeka Komunis telah mengadakan gerakan pemberontakan komunis di hutan dan di bandar dan menyerap dalam persatuan politik dan buruh. Ini lah suasan politik pada masa itu.Orang melayu merupakan tulang belakan pasukan askar yang berjaya mematahkan gerakan pemberontakan kominis. Walau pun sebahagian besar pemberontak kominis adalah orang Cina , ramai orang Cina mahu hidup aman dan berniaga.

Dari situlah tercetusnya 13 mei dan berita berkaitan peristiwa ini ada yang di tulis dan ada yang hanya di ceritakan dari mulut ke mulut. Sebuah buku yang di anggap laporan kertas putih peristiwa 13 mei di keluarkan oleh kerajaan untuk memberi tahu rakyat tentang peristiwa itu . Saya masih ingat kempen jangan percaya khabar angin yang di siar melalui radio dan tv . TV masa itu hitam putih dan saya rasa program yang paling menarik masa itu ialah ultraman.
Pertempuran berlaku hanya di KL dan ia tidak berlaku di Kelantan atau Terengganu. Memang pada masa itu saya masih kecil dan saya tidak mendengar pun orang melayu bunuh orang Cina di Terengganu. perkara ini telah di puji oleh ramai bangsa yang bukan melayu kerana ia menunjukkan Islam mengatasi segala nya dalam tindakan orang melayu terengganu.

Mengikut cerita , terdapat kejadian menyedihkan dan boleh dikatakan pembunuhan beramai ramai terhadap orang Melayu islam di KL dalam kekalutan rusuhan. Di dalam sebuah panggung wayang di kawasan majoriti Cina , penonton melayu melihat tulisan cina disiar pada screen. Orang Cina mula keluar tetapi orang melayu yang tak tahu bahasa cina masih terus menonton. Selepas itu lampu di padam dan orang melayu yang keluar melalui pintu yang sempit di bunuh seorang demi seorang. Sampai sekarang kalau saya tengok panggung wayang lama di KL saya akan teringat kisah sedih itu.

memgikut cerita orang tua , sungai klang penuh dengan mayat orang melayu dan cina dan india yang menjadi mangsa tragedi 13 mei. terdapat serang menyerang kampung stinggan dan usir mengusir . Begitulah kelam kabut nya keadaan. Mujurlah askar berjaya mengembalikan keamanan dan peristiwa itu berakhir dengan cepat walau pun perasaan marah masih membara di kalangan mangsa di semua pihak.

13 mei membawa cerita sedih tetapi 13 mei juga lah yang menyebabkan kesedaran di semua pihak betapa penting nya semua bangsa di malaysia menghormati dan toleransi antara satu lain. Punca ketidak seimbangan pemilikan ekonomi yang di anggap faktor penyebab 13 mei telah cuba di perbetulkan dengan program socio ekonomi Dasar ekoonomi baru yang bermatlamat menjadikan target penyamaan ekuiti bumiputera 30 peratus.
…selanjutnya [KLIK DI SINI]

Prisons officer sues doc, govt for RM2m

In Masalah rakyat on May 13, 2008 at 11:58 am

sun2surf - A prisons officer today filed a RM2 million suit against a doctor and the government for negligence following the death of her newborn son, allegedly due to a botched ventouse delivery (using vacuum).

Noor Hidayu Hashim, 21, who named medical officer Dr Wan Shahruliza Shaharan, the director of Kajang hospital and the government as respondents, is claiming RM1,850 for special damages, RM500,000 for general damages, RM1 million for exemplary damages, RM500,000 for aggravated damages, cost and other cost deemed fit by the court.

In her writ of claim, Noor Hidayu said she went into labour at 3am on April 4 and was taken to the Kajang hospital by her husband.

At about 9am the same day, Wan Shahruliza examined her and found that her cervical opening had dilated by 3cm.

Noor Hidayu claimed she repeatedly told Wan Shahruliza that she was having stomach pains and that her water bag had burst, but was told by the latter this was a normal occurrence for someone in labour and stressed that the plaintiff and her baby were in good health….selanjutnya [KLIK DI SINI]

Memang ada pemimpin ‘dua wajah’

In Belit UMNO on May 13, 2008 at 11:53 am

malaysiakini – [...] “Memang ada pemimpin dalam Umno, di hadapan Pak Lah dia bercakap lain, dan ketika berada di akar umbi dia bercakap lain,” kata ketua bahagian Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.

syed ali al habshee“Sekiranya tidak berpuas hati dengan Pak Lah dan kepimpinan Umno, kemukakan pandangan, dan jangan jadi hipokrit.”

Bagaimanapun beliau enggan menamakan pemimpin Umno yang dimaksudkan oleh Abdullah.

“Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas,” katanya kepada Malaysiakini.

Semasa berucap di majlis sambutan ulang tahun ke-62 penubuhan Umno, Abdullah mengkritik “pemimpin dua wajah”.

“Sudah ada peluang bermusyawarah, bermusyawarahlah kita habis-habisan.

“Jangan kat dalam kata lain, kat luar kata lain pula… kacau-bilau nanti.

“Kita sudah gunakan amalan demokrasi untuk capai keputusan… jadi gunakan sebaik mungkin,” katanya di perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hujung minggu lalu.
…selanjutnya [KLIK DI SINI]

MB dan ADUN Pakatan Rakyat Perak naik bas ke Parlimen

In Sidang Parlimen on May 13, 2008 at 11:26 am

atranungkite – [...] Menjawab pertanyaan wartawan di bangunan SUK Ipoh sebelum melangkah menaiki bas, Ir. Nizar menyatakan langkah yang dilakukan adalah untuk berjimat dan mengurangkan perbelanjaan tuntutan yang besar kalau semua ADUN PR ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereka sendiri.

Dalam Sidang akhbar dibangunan Parlimen, beliau mengatakan lawatan tersebut adalah dengan tujuan mengikuti perbahansan di Dewan rakyat untuk mendapatkan pendedahan dan melihat pengalaman yang ditimba. Kami datang demgan menaiki bas mudah-mudahan dalam sidang DUN Perak kami dapat menjawab soalan dalam sisi perbahasan.

Dalam kesempatan lawatan tersebut rombongan telah mengadakan kunjungan hormat kepejabat Ketua pembangkang, Datin Seri Wan Azizah, Preesiden Pas, Dato’ Seri TG. hj. Abdul hadi Awang dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Sdr. Lim Kit Siang….selanjutnya [KLIK DI SINI]

UMNO JUANG ATAU GADAI MELAYU?

In Belit UMNO on May 13, 2008 at 10:24 am

sebolku - [...]

“Kefahaman kontrak sosial itu, yang harus di kongsi bersama ialah bagaimana Tengku Abdul Rahman memberikan satu juta kerakyatan kepada bangsa Cina, dengan harapan mereka memberi sokongan dalam usaha untuk menuntut kemerdekaan,”

Lihatlah bagaimana UMNO, yang kononnya memperjuangkan “Melayu”, memberi kerakyatan murahan untuk meraih sokongan. Hak siapa yang diambil?

Hak yang diambil ialah Hak Orang Melayu yang asal, Hak Kaum Cina yang telah lama menetap di Malaya, hak orang-orang yang menetap lama di Malaya.

Tidak dinafikan, hak Tan Cheng Lock, yang sudah beberapa generasi duduk di Melaka.

Datuk Onn, dulu susah banyak kali mempersoalkan tindak tanduk Tunku “menjual Kerakyatan secara murahan” kepada orang asing.

Walaubagaimanapun, untuk situasi semasa, “orang asing” itu, tidak lagi asing, kerana kerakyatan telah diberikan. Terlajak perahu tidak boleh diundur.

Keturunan “1 juta orang asing” itu perlu dilayan seperti rakyat Malaysia juga.

Namun, walaupun sebelum merdeka, orang Melayu yang berkiblatkan UMNO masih tetap menyokong UMNO, untuk menumbangkan geng Datuk Onn….selanjutnya [KLIK DI SINI]

Syarikat asing kuasai BERNAS?

In Beras, bernas on May 13, 2008 at 10:17 am

malaysiakini – [...] “Ini kerana jika niat mementingkan keuntungan akan dapat mendatangkan kesusahan kepada pengguna,” kata setiasusaha agung gabungan itu Muhammad Sha’ani Abdullah.

Beliau berkata, bidang strategik seperti pengeluaran beras tidak harus diswastakan seperti yang berlaku sekarang.

Wang Tak Co Ltd, sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong, sejak awal tahun lepas dilaporkan sedang menguasai saham Bernas sehingga lebih 25 peratus.

Syarikat tunggal pengedaran beras negara itu asalnya sebuah agensi kerajaan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) yang diswastakan pada 1996.

Muhammad Sha’ani berkata, Bernas seharusnya melaksanakan tanggungjawab kepada kerajaan dan pengguna untuk memberikan harga yang berpatutan.

Kerajaan, katanya, harus mengawal pihak pemegang saham agar keputusan yang diambil oleh mereka tidak dapat memanipulasi masalah kekurangan bekalan beras.
…selanjutnya [KLIK DI SINI]

Mana Lompat Haiyaa Lompat

In Lompat parti, Radenjowo on May 13, 2008 at 9:55 am

Aku teringat cerita P Ramlee. Alibaba Bujang Lapuk. lagu yang sampai sekarang masih bermain dalam memori card kepala otak aku …. Di dalam satu babak, Marjina [orang gaji Kassim baba] tuntun si apek tukang jahit untuk datang ke rumah untuk jahit badan Kassimbaba yang dipotong oleh perompak. Dia ada menyanyikan lagu, lebih kurang gini (tentang cerita)

Aiya! Cik Siti (Oh My! Miss Siti)
Aiya Cik Siti perempuan banyak muda
Ana banyak susah jalan tutup mata
Wang dan ringgit ana dah tak heran
Ente tutup mata ana tak tentu jalan .

Marilah apek oi mari sayang
Ikutlah ana apek jangan bimbang
Mata tak nampak ana tunjukkan jalan
Kaki melangkah oi perlahan-lahan .

Ana tak nak bimbang ana tak nak takut
Tapi ana jalan banyak sangkut-sangkut
Semua hitam lagi banyak gelap
Macam orang Habsyi negeri Arab .

Oh Apek sayang oi jangan susah
Habis menjahit wang mas ana upah
Marilah jalan ente cepatlah cepat .

Awas Pek longkang oi kaki melompat
Apek jaga depan ada longkang .
Mana Lompat Haiyaa Lompat
Haiyaa Lompat apek lompat .
Haiyaaaaaa……...

dan bila berita tentang lompat parti ini, lebih kurang aje cerita nye. Semua nya kerana lompat longkang untuk jahit masalah …. Orang tu kata orang ni lompat, orang ni kata, orang tu lompat. Sampai sekarang tak der yang lompat. Orang kat luar ni yang melompat lompat …. Rujuk berita ini ….

Adun Pakatan lompat parti?
malaysiakini – “Saya tidak mahu terbabit dalam perdebatan ini, bila tiba tiba masanya kebenarannya akan diketahui juga…masa akan menentukannya,” katanya berulangkali mengenainya hari ini.

hee yit foongHee, yang juga timbalan speaker dewan undangan negeri (DUN) Perak, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tahu mengenai khabar angin itu, tetapi mendakwa tidak tahu siapa yang di belakangnya dan motif mereka berbuat demikian.

“Khabar angin hanyalah khabar angin. Kita tidak boleh menyekat orang nak sebar khabar angin…saya tidak ada masa untuk menyiasat siapakah yang menyebarkannya,” tambah beliau.

Hee mencipta sejarah pada 22 April lalu, apabila dilantik sebagai wanita dan orang kurang upaya (OKU) pertama menjadi timbalan speaker di DUN….selanjutnya [KLIK DI SINI]

Gempaq: Nora Danish Berpisah

In Artis Hadhari on May 13, 2008 at 9:46 am


Murai - [...] Pepandai ajer orang hangat bergosip mengatakan Nora Danish dah berpisah dengan suaminya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai. Hish insurans sikit mulut korang tu!

Sedangkan mereka sedang duduk ‘bergumbira’ di rumah, Murai Batu pun tak faham dengan mulut orang yang sengaja mahu melihat rumah tangga Nora bergoncang lagi. Itulah harga yang terpaksa dibayar Nora dan Jejai kalau sudah jadi selebriti – asyik kena gosip tak habis-habis!

Kisah gosip celah bedah seorang artis ke atas rumah tangga mereka sudah pun berlalu. Bagi Nora, dia sendiri tidak mahu menyebut tentang benda yang sudah-sudah kerana ia hanya merendahkan martabat diri dan kaum wanita saja.

Harmoninya rumah tangga pelakon siri Gaia itu dengan suaminya terbukti dengan mereka selalu makan angin bersama dari Paris ke Milan termasuk bersama keluarga terdekat….selanjutnya [KLIK DI SINI]

Komen aku – cerita ni mesti gempaqnye …………. Tapi Siapa dia Nora Danish? Jahilnya aku pasal artis. SM Salim aku kenal la …

AMARAN ORANG SABAH

In Lompat parti on May 13, 2008 at 9:39 am

‘Lompat parti’ di Sabah akan berlaku sekiranya Kerajaan pusat terus tidak merealisasikan segala janji yang dibuat oleh Kerajaan Pusat. begitu lah yang di nyatakan oleh Datuk Yong Teck lee dari parti Progressif Sabah hari ini.

Sila rujuk kepada berita asal – Sabah party chief’s deadline for BN

No2umno – Ape de hal …. murtad pun orang tak marah, lompat parti mereka nak marah …. Yanadeyyyyy !!!

DEB telah lama diabaikan oleh Umno

In Dasar ekonomi Baru, Negeri Selangor, PAS on May 13, 2008 at 9:29 am

harakahdaily – Dasar Ekonomi Baru telah lama diabaikan oleh Umno dan Barisan Nasional dan ditukar senyap-senyap kepada Dasar Ekonomi Kroni (DEK), kata Haji Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam).

Ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini, beliau menyifatkan keriuhan dan aksi begitu bersemangat yang ditunjukkan oleh Umno hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan orang Melayu demi kepentingan parti itu.

Khalid juga menggambarkan bahawa kronisme begitu berleluasa termasuk dalam projek pembangunan yang dijalankan oleh Barisan Nasional (BN).

Walaupun Umno begitu bangga dengan pembangunan, katanya, pembangunan tersebut penuh dengan pembaziran, kronisme dan penyalangunaan kuasa.

Beliau juga menyeru upaya dihentikan sikap berkompromi terhadap kegagalan kerajaan.

Oleh sebab itu, kata Khalid, kesabaran wakil-wakil BN dari Sabah dan Sarawak tidak sepatutnya dinikmati oleh parti itu.

“Kesetiaan itu wajib dikaji semula,” katanya.

Begitu juga dengan amalan rasuah BN sehingga menyebabkan rakyat tidak sanggup lagi menerima parti itu.

“Ada bau, ada bangkai,” katanya.

Bau dari bangkai amalan rasuah BN telah begitu merebak sehingga rakyat berkata “Enough is enough”.

Kahlid Ibrahim perjelas tindakan pemberian air percuma Selangor

In Kerajaan Selangor, Khalid Ibrahim, MB Selangor on May 13, 2008 at 9:26 am

harakahdaily - [...] Jelasnya kerajaan Selangor bersedia untuk memberi air secara percuma, kerana ia merupakan salah satu usaha kebajikan daripada kerajaan Selangor kepada rakyatnya. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

“Terdapat sebilangan Ahli Parlimen yang ‘mencemburui’ kemudahan yang akan diberikan oleh kerajaan Selangor. Mungkin ramai kerajaan lain yang ‘cemburu’ dengan kebajikan yang diberikan kerajaan Selangor, tetapi kita telah menggunakan mekanisme harga untuk mengurangkan penggunaan yang tidak digunakan,” katanya.

Katanya, mekanisme harga telah menekankan penggunaan 20 meter padu yang pertama yang dikenakan harga 50 sen dan penggunaan meter padu yang kedua yang telah dibuat dalam bil air Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang menunjukkan harga dinaikkan kepada RM1.03. Manakala jika penggunaan melebihi meter padu yang kedua, harganya akan tetap dinaikkan.

“Jika mereka menggunakan air melebihi meter padu pertama, harga yang akan dikenakan dua kali ganda. Oleh itu pemberian percuma ini melatih masyarakat supaya berjimat cermat menggunakan mekanisme harga bagi salah satu cara masyarakat dapat menggunakan dengan sebaik-baiknya. Ini merupakan satu pengajaran kepada negeri-negeri lain supaya mereka dapat mempraktikkan cara ini,” katanya.

Sementara itu, sewaktu Khalid menyampaikan perbahasannya, Ahmad dan Mohd Puad kelihatan bangun beberapa kali untuk memberi penjelasan tetapi tidak diberikan kerana tempoh perbahasan yang diberikan hanya 15 minit kepada setiap ahli parlimen….selanjutnya [KLIK DI SINI]

No2umnO – Kepada ahli UMNO yang keras tak mahu terima air percuma tu nanti ….. pandai pandai lah bayar penuh kepada Kerajaan Negeri atau bayar pada PUAS. Masuk tabung orang miskin.

Sabah, S’wak reject ‘tai ko Umno’

In Lompat parti on May 13, 2008 at 9:23 am

misschickenkiller – [...] The academic, who declined to be named, said increasingly critical parliamentarians from Sabah have raised valid demands, but “federal leaders appear not to be interested”. He warned that
political allegiance could shift any time if this continues.

abdul ghapur sallehKalabakan MP Abdul Ghafur Salleh, a former Sabah deputy chief minister, said yesterday that state leaders would have no qualms about switching parties – although not immediately to Pakatan Rakyat – or forming a new party in the interim.

Abdul Ghafur had questioned why certain states – including Perak which the BN lost to Pakatan – have more representatives in the federal cabinet.

Although Sarawak leaders have been less vocal, they appear to be no less unhappy with Kuala Lumpur. Despite contributing 30 parliamentary seats to the federal BN’s tally in the general election, they feel that they have not been given a fair share of cabinet representation.

“This is clearly a ‘big brother’ attitude, taking the best for themselves and leaving the crumbs to others,” noted a political observer.

Another analyst pointed to the way the Election Commission has listed the political parties in the table of election results. In spite of severe losses, the MCA and MIC are placed second and third after Umno….selanjutnya [KLIK DI SINI]

Muhd Taib: Calon antara punca kalah teruk

In MAT TYSON MAT THAILAND on May 13, 2008 at 9:19 am

mat taibmalaysiakini - [...] Menteri kemajuan dan pembangunan luar bandar itu berkata, kerana masalah tersebut, ada kawasan yang sepatutnya dimenangi oleh calon BN, telah jatuh ke tangan pembangkang.

mat taibDi tempat-tempat tertentu, katanya, pengundi BN tidak mengundi calon parti itu kerana mereka mahu menghantar isyarat kepada kerajaan.

“Mereka sakit hati, oleh kerana ini hal-ehwal rumah tangga Umno, mereka tidak mahu sokong orang (calon) lain (yang dipilih oleh parti).

“Mood pegundi telah beralih ketika itu. Mereka bukan hendak melihat BN kalah, cuma mahu memberi isyarat, iaitu kalah sedikit sahaja.

“Tetapi kalau tiap-tiap bahagian ada fikiran macam tu, maka BN telah kalah teruk. Keadaan ini luar biasa kerana pada mulanya pengundi mereka (setakat) nak beri isyarat sahaja,” katanya dalam temubual dengan Malaysiakini di bangunan Parlimen semalam.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, BN kalah empat negeri – Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor – selain gagal merampas semula Kelantan yang dimenangi PAS sejak 199
…selanjutnya [KLIK DI SINI]

PELAJARAN SEKS DI PLKN OKTOBER INI

In PLKN on May 13, 2008 at 9:01 am

Mulai Oktober 2008, PLKN nak mulakan sessi pelajaran seks dan bahaya aids. Banyak juga persoalan yang timbul di dalam kepala otak emak dan bapak. Sejauh mana bertanggung jawab dan berilmunya tenaga pengajar yang dihantar kepada semua kem kem latihan? Emak dan bapa pula jauh untuk ketahui keberkesanan pelajaran tersebut. Selepas 3 bulan berpisah dengan anak baru tahu apa yang mereka ajar. 3 bulan macam macam boleh jadi.

Apa sebenarnya tujuan pelajaran seks di perkenalkan? Adakah untuk hanya mengurangkan penyakit aids? Kalau gitu tentu di ajar bagaimana melakukan seks sebelum nikah dengan selamat …… Tak berani aku nak letak anak di PLKN lepas ni…..Tak yakin. Dan ustaz ku ajar dulu, kalau tak yakin dengan makanan yang HALAL dan HARAM, lebih baik jangan makan.

Berita berkaitan ….

BHarian – [...] Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen, berkata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai PLKN sudah memberikan persetujuan supaya kursus itu dilaksanakan.

“Kursus ini adalah sebahagian daripada empat modul baru yang turut mendapat kelulusan untuk diperkenalkan dalam program pengurusan kemahiran kehidupan kendiri bagi peserta PLKN akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Larian Siemens 2008 di sini hari ini.

Beliau berkata modul baru itu termasuk kursus pembangunan dan pengurusan remaja dan cara-cara melindungi diri melibatkan pengisian selama 10 jam membabitkan tempoh antara tiga hari dan seminggu. more…

LAMAN WEB LUCAH BUATAN MALAYSIA

In Lucah on May 13, 2008 at 8:52 am

Tak ramai yang tahu tentang ujudnya laman web lucah di Malaysia. Dikatakan terdapat 4,000 clip lucah di dalam satu laman web tersebut. Yang menarik, Pemuda UMNO ni tahu tentang perkara seperti ini. Bagaimana pulak dengan pemantau laman blog? Kadang-kadang ada yang cekap pada benda benda seperti ini…rujuk berita berikut …

Laman web papar video dan gambar lucah rakyat Malaysia
Satu laman web yang memaparkan 4,000 klip video dan gambar rakyat Malaysia dalam pelbagai aksi seks yang melampau telah mendorong Pemuda Umno Negeri Sembilan mendesak pihak berkuasa supaya bertindak.

Ketua Pemuda Umno Negeri, Datuk Jamlus Aziz, berkata video lucah membabitkan gadis-gadis bertudung seperti yang dipaparkan dalam laman web itu, menjatuhkan kesucian agama Islam.

Katanya, laman web itu bukan sekadar memaparkan aksi lucah tetapi mengandungi juga sebuah video memaparkan seorang wanita berstatus isteri ditangkap berkhalwat oleh suaminya dan seterusnya menunjukkan perbuatan suami serta rakannya membelasah lelaki itu.

Jamlus berkata badan yang bertanggungjawab memantau internet sepatutnya menyekat kewujudan laman web seperti itu dari peringkat awal.

“Jangan lupa, kes sumbang mahram, rogol dan kejatuhan moral sebenarnya berpunca dari perbuatan seperti ini,” katanya – Bharian

2004-2007: Petronas paid RM7.364 billion to Terengganu?

In Wang Ehsan on May 13, 2008 at 8:36 am

NST – National oil company Petronas paid out a total of RM26.839 billion in royalties to the Federal Government and the state governments of Terengganu, Sabah and Sarawak for the financial years ended March 2004 till March 2007.

Minister in the Prime Minister’s Department Senator Datuk Amirsham A.Aziz said the royalty paid to the Federal Government was RM13.420 billion, Terengganu RM7.364 billion, Sabah RM1.234 billion and Sarawak RM4.821 billion.

He said the country’s crude oil reserves and condensate were expected to last 22 years while the gas reserves 39 years.

“Although it looks like the reserves period is long, the reality is the country is also importing oil and gas to partly cater to the local demand.
Therefore, the country is expected to become a net importer of energy in the near term projected to be by 2014,” he said during the Question and Answer session at the Dewan Rakyat sitting today.

He was replying to a question from Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh).

On Petronas contribution or royalties to the states, he said they were paid according to the formula that had been fixed which is five percent or half of the royalty received by the Federal Government.
…selanjutnya [KLIK DI SINI]

also refer to Rocky bru

PR perlu pandai menarik rambut dalam tepung

In Karpal Singh, Roslan SMS on May 13, 2008 at 7:31 am

Roslansms - [...] Umno yang sudah pasti mendapat liputan meluas hasil dari tindakan Karpal itu.
Sebelum ini Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz telah menasihatkan agar Karpal berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Kita sekarang bukan lagi berada disaf pembangkang tetapi kita membentuk kerajaan di 5 buah negeri. Dan kebetulan 4 daripadanya diketuai oleh Raja-raja Melayu manakala Pulau Pinang di bawah SPB Yang Dipertuan Agong.

Hari ini AJK DAP Pusat yang juga Spekaer DUN Selangor, Teng Chang Khim pula mengeluarkan kenyataan. Kata Teng kenyataan Karpal berhubung bidangkuasa Sultan Perak terbukti tidak bijak. Tambah Teng Karpal mungkin dianggap sebagai “hero” oleh setengah-setengah pihak kerana kenyataannya itu tetapi beliau tidak sedar yang kenyataannya itu sebenarnya mengancam kedudukan dan masadepan Pakatan Rakyat kerana beliau membuka ruang untuk musuh-musuh politik PR mengambil kesempatan.

Kata Teng lagi apa yang Karpal nyatakan mungkin betul dari segi undang-undang, akan tetapi isu ini tidak hanya melibatkan undang-undang tetapi ia isu politik dan beliau tidak setuju sekiranya pendekatan seperti Karpla itu diambil. Dari segi pentadbiran memang benar MB Perak berkuasa ke atas kakitangan negeri namun, undang-undang tubuh kerajaan negeri meletakkan Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri. Oleh itu ia melibatkan pentafsiran perlembagaan negeri dan politik. Biarlah MB Perak sebagai seorang Muslim menyelesaikan isu ini dan tidak perlu campurtangan pihak lain….selanjutnya [KLIK DI SINI]

UMNO mengajar Karpal menjadi biadab

In Karpal Singh on May 13, 2008 at 7:17 am

penyokongKJ - Jika kita bandingkan kenyataan oleh Karpal dalam beberapa isu ‘hangat’ dengan apa yang berlaku di Terengganu dan Perlis, mana satukah lebih BIADAB?

Setakad ini Karpal tidak pun mengeluarkan kata-kata kasar ‘NATANG’ seperti yang berlaku di Terengganu. Malah Karpal bukan orang Melayu. Sedangkan Natang yang ditujukan kepada Sultan Terengganu diucapkan oleh orang Melayu sendiri. Agaknya Melayu ini dari parti mana?

Jadi kenapa laporan polis yang dibuat di Terengganu itu tidak diambil tindakan dan hukuman terlebih dahulu sebelum pihak berkenaan hendak menjadikan Karpal sebagai sasaran kononnya biadab terhadap Raja-raja Melayu. Siapa sebenarnya yang benar-benar biadab kepada Raja-raja Melayu?

Saya harap kerajaan dibawah pimpinan UMNO sekarang, sila umumkan dahulu hasil siasatan, tindakan dan hukuman bersabit ‘NATANG’ di Terengganu sebelum anda membuat riuh rendah dengan Karpal?
…selanjutnya [KLIK DI SINI]

Polis nafi khabar angin Karpal Singh ditahan

In Karpal bangang on May 13, 2008 at 7:16 am

MStar - [...] “Jangan dengar khabar angin, kita tidak tahan beliau pun,” katanya kepada di sini hari ini.

Khabar angin itu bertiup kencang pagi ini apabila beberapa wartawan menerima SMS yang menyatakan Karpal akan ditahan polis.

Sabtu lepas Karpal telah memberi keterangan selama kira-kira dua jam kepada dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Timur Laut berhubung laporan yang dibuat terhadapnya berhubung kenyataan beliau mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam mengarahkan Menteri Besar Perak Mohammed Nizar Jamaluddin menarik balik arahan menukar Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury barubaru ini.

Salleh berkata kertas siasatan berhubung kes itu telah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Sekarang kita menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwa raya,” katanya.

…selanjutnya [KLIK DI SINI]

Rakyat diseru pertingkat minda politik melalui sumber alternatif

In Belit media on May 13, 2008 at 7:12 am

harakahdaily - [...] Bercakap pada ceramah yang diadakan di Lanchang, dekat sini, baru-baru ini Abdul Rahim menambah, masyarakat luar bandar terutama orang Melayu perlu menjadi fokus utama terhadap usaha menambah maklumat agar mereka tidak hanya terdedah kepada apa yang diperolehi dari pemimpin Umno semata-mata.

“Keputusan pilihan raya umum lalu kita nampak bagaimana pengundi bandar yang dapat banyak maklumat telah melakukan perubahan besar-besaran memilih Pakatan Rakyat. Mereka tolak Umno kerana mereka dapat banyak maklumat tentang penyelewengan pemimpin Umno.

“Di kampung, orang Melayu ditipu pemimpin Umno dengan pembohongan dan ugutan. Mereka cakap pada orang kampung kalau bukan Umno yang perintah akan berlaku huru-hara. Rakyat takut kerana percayakan pembohongan pemimpin Umno yang masuk kampung.

“Mereka bohong rakyat. Di Kelantan PAS dah lama memerintah tak ada huru hara pun. Sekarang di Kedah, di Pulau Pinang, di Perak di Selangor, Pakatan Rakyat berkuasa rakyat undi mereka tak ada pun huru hara. Tak ada huru-hara tapi Umno dan pemimpin mereka yang huru hara kerana kalah, sampai sekarang inipun masih huru �hara. Sebab itu rakyat kena tingkatkan pembentukan minda politik,” katanya.
…selanjutnya [KLIK DI SINI]

Kelantan’s Corridor of Power

In Kelantan, kickdefella on May 13, 2008 at 5:10 am

kickdefella …[...] and The Opposition Leader from Kok Lanas is already sleepy like his boss.

…selanjutnya [KLIK DI SINI]

Kuasa Petronas ke Tangan Parlimen?

In Sidang Parlimen on May 13, 2008 at 5:09 am

suarakeadilan – Pihak kerajaan hari ini mengelak dari menjawab soalan berhubung bilakah rancangan kerajaan untuk memindahkan kuasa ke atas Petronas daripada Perdana Menteri kepada Parlimen. Soalan tersebut telah ditanya oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) yang telah meminta Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi untuk menjelaskan perkara tersebut.

Kamarudin bagaimanapun tidak dapat hadir pada sesi soal jawab lisan pada sebelah pagi bagi mendengar jawapan terhadap soalan tersebut. Situasi ini telah digunakan oleh kerajaan sebagai alasan untuk tidak menjawab soalan berkenaan. Adalah menjadi persoalan besar bilamana pihak kerajaan tidak menjawab soalan tersebut dengan alasan semata-mata kerana ahli dewan yang bertanya soalan tidak dapat hadir dalam sesi berkenaan. Tambahan pula soalan tersebut adalah isu amat penting dan sangat dinanti-nantikan oleh rakyat.

Seharusnya pihak kerajaan mengambil sikap untuk menjawab soalan berkenaan atas dasar ahli-ahli dewan yang lain khususnya dari Pakatan Rakyat di samping rakyat juga perlu dan ingin tahu jawapan kepada soalan berkenaan. Tindakan untuk tidak menjawab soalan berkenaan menunjukkan bahawa soalan yang ditimbulkan itu amat tidak digemari oleh kerajaan sekaligus mencerminkan sikap BN yang masih enggan mengamalkan prinsip ketelusan dan akauntabiliti dalam pemerintahan.

Keengganan kerajaan bagi menjawab soalan tersebut turut menutup peluang kepada dua soalan tambahan yang berkaitan dengan isu Petronas yang pastinya ingin ditagih oleh wakil-wakil rakyat khususnya daripada Pakatan Rakyat. Dengan demikian isu mengenai pemindahan kuasa Petronas daripada tangan Perdana Menteri ke Parlimen masih menjadi tanda tanya kepada rakyat sehingga saat ini ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. – Zuwairi Zakwa.

OXFORD GRAD BULL SHITTING

In Beruk Rembau on May 13, 2008 at 5:05 am

PR ambil alih Ogos ini?

In Lompat parti on May 13, 2008 at 5:03 am

THE CROSSOVER

In Anwar Ibrahim, Lompat parti on May 13, 2008 at 5:00 am

Mahathir sepatutnya boleh dihukum pancung oleh raja-raja Melayu – Ahmad Awang

In UMNO Derhaka on May 13, 2008 at 4:40 am

siasah - [...] “Mengapa pemimpin Umno yang mendakwa membela raja dan ketuanan Melayu bertindak lebih biadap dari Karpal yang mungkin tidak tahu adat resam dan sensitiviti orang Melayu itu?” tulis Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang dalam tulisan keduanya di blog beliau usahmadawang.blogspot.com.

Ahmad Awang dipercayai mengulas kenyataan Pengerusi DAP,Karpal Singh yang kini dihebohkan oleh media dan para pemimpin BN.

Ahmad dipercayai mengaitkan kain rentang yang dinaikkan oleh penyokong Datuk Seri Idris, bekas MB Terengganu dalam kekecohan perlantikan MB Terengganu baru-baru ini.

Dalam kes itu, kain rentang yang dinaikkan berbunyi “Kami nak Idris, natang”. Natang adalah singkatan dari perkataan ‘binatang’ yang dipanggil sebagai ‘natang’ dalam loghat Terengganu atau ‘nate’ dalam loghat Kelantan. (Gambar atas)

Walaupun beberapa laporan polis dibuat, sehingga kini tidak ada sebarang dakwaan dibuat ke atas pihak yang menaikkan kain rentang itu.
…selanjutnya [KLIK DI SINI]

No2umnO – Jebat kadang kadang teringin nak jadi Tuah

Pakatan Rakyat segera kan perubahan !

In Radenjowo on May 13, 2008 at 4:32 am

Sudah diakui oleh rakyat Selangor bahawa Pakatan Rakyat bukan lah faktor kemenangan mereka di Selangor. Tapi kerana rakyat sudah muak dengan karenah dan sikap hidung tinggi kepimpinan UMNO keseluruhannya. Maka kalau sikap seperti ini di buat contoh dan ikutan, maka Pakatan rakyat akan menerima nasib kekalahan yang sama.

Di Selangor sehingga sekarang masih kurang terdapat perubahan. PAS bergerak laju manakala diikuti oleh DAP dan akhir sekali adalah Keadilan Rakyat. Masih banyak yang perlu di lakukan sedangkan rakyat sedang menanti dengan penuh kyusuk akan harapan yang ada untuk dikongsi bersama.

Baru baru ini aku sempat bertemu dengan beberapa orang kuat Pas Selangor dan mereka menunjukkan jadual aktiviti yang mereka akan jalankan pada tahun ini. Perubahan dan pembaikan sistem yang punah ketika bersama Barisan Nasional akan di perhalusi untuk kepentingan rakyat bersama. Majlis majlis ilmu juga tidak ketinggalan.

Selepas kemenangan pilihanraya pada bulan Mac yang lepas, PAS sudah menganjurkan 2 perjumpaan mega di Stadium Melawati. Di hadiri ramai penyokong parti Pakatan Rakyat dan perjumpaan itu ternyata berjaya. Namun, DAP dan PKR senyap seribu bahasa. Sehingga sekarang masih merancang dan merancang.

Kalau melihat kepada keadaan di Shah Alam dan sekitarnya, masih terdapat papan tanda BN yang megah berdiri. Walaupun kerajaan sudah bertukar, ianya masih ada dan tiada sebarang tindakan dibuat. Pelik juga kerana nombor di paparkan itu sudah tidak boleh dihubungi tetapi masih terus menyemakkan pandangan. Mungkin itu kelihatan sebagai isu remeh tetapi sebenarnya ia sering menjadi persoalan penting merujuk kepada bentuk pemerintahan yang tidak berubah sejak dan sebelum pilihanraya. Jangan anggap ianya perkara mudah. Perlu kah dinanti ahli majlis bertukar baru tindakan perubahan dilakukan?

Itu belum lagi persoal tentang pengurusan di Jabatan jabatan. Ramai lagi yang masih kekal dimana mereka mereka itu menjadi halangan kepada usaha merapatkan hubungan antara kerajaan baru dan rakyat. Kalau masih berlengah lengah dan bersopan santun di dalam bertindak, tidak hairan kalau selepas ini kesempatan sebegini akan diambil oleh pihak UMNO untuk memonopoli kemudahan yang ada di Selangor. Bila UMNO yang kukuh bertambah kukuh, jangan harap mereka akan berkompromi seperti yang Pakatan Rakyat lakukan kepada mereka.

Perlu ingat …. berhati hati dengan perangai buruk UMNO yang rakus dan sombong ketika memerintah. Kalau mereka dapat kembali Selangor, susah untuk kembali kepada Pakatan Rakyat kerana UMNO dan BN penuh dengan tipu daya. Maka, jangan berfikir seperti korporat kerana politik tidak kenal kasih dan sayang. Musuh akan di bunuh, biar terlentang sekali pun mereka tetap berjuang. Mereka berjuang bukan untuk rakyat, tetapi untuk kepentingan peribadi. Tempoh lama, beri kita banyak pelajaran. Takkan tak pandai lagi.

PKR, PAS dan DAP ….. musim bulan madu sudah tamat …. kini masa untuk berkhidmat. Tapi ingat waspada dengan pemimpin UMNO kerana membuka ruang kepada mereka adalah seperti mencipta risiko ditindas sekali lagi. Masa itu emas, terlewat, kita yang lemas.

IBU TUNGGAL BOLEH DAPATKAN BANTUAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

In Kerajaan Selangor on May 13, 2008 at 4:11 am

Aku baru mendapat panggilan dari seorang kawan. Menurutnya, beberapa klinik tersenarai sebagai lokasi pendaftaran untuk ibu ibu tunggal. Bantuan akan disalurkan kepada ibu ibu tunggal tidak kira apa bangsa sekali pun. Di Kelang sahaja beberapa klinik milik ahli pas telah dijadikan tempat pendaftaran dan mungkin ini yang dimaksudkan dengan perubahan ketara sejak pemerintahan Pakatan Rakyat menerajui Selangor. Kepada sesiapa yang mempunyai saudara atau jiran, sila dapatkan kepastian dari wakil wakil PAS dan KEADILAN berhampiran. Tak kira parti apa sekali pun. Tidak terkecuali kepada UMNO dan BN. Bantu lah ibu ibu tunggal yang ada di Selangor. Semuga seluruh rakyat dapat manafaatkan perubahan pemerintahan yang ada sekarang. [Maaf....belum ada lagi berita bantuan untuk BAPA BAPA TUNGGAL] Rujuk jua berita berikut ..

Imageharakahdaily - [...] Demikian ditegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib. Beliau berkata demikian sewaktu ditemui di Majlis Meraikan Ibu Tunggal Bersama Adun Hulu Klang di Dewan MPAJ AU2, Taman Keramat, dekat sini hari ini. Kira-kira 500 ibu tunggal di Dun Hulu Klang hadir pada majlis tersebut.

Jelasnya, pihaknya akan membantu ibu tunggal dengan mendaftarkan mereka terus kepada kerajaan negeri termasuk menyediakan bantuan guaman kepada mereka.

“Apabila kerajaan negeri mempunyai polisi mengenai bantuan kepada golongan seperti ini, memudahkan bagi proses pelaksanaan tersebut kerana kita telah mempunyai senarai penerima,”katanya.

Jelas Saari, berdasarkan soalan yang dikemukakan beberapa ibu tunggal dalam sesi soal jawab bersamanya, kebanyakan mereka tidak mengetahui hak mereka sedangkan hak tersebut sudah dilindungi undang-undang.
…selanjutnya [KLIK DI SINI]

Masih ramai perempuan Malaysia di Lombok?

In Hilang anak on May 13, 2008 at 3:39 am

hmetroBukan saya seorang saja perempuan Malaysia yang berada di Dusun Menceh (Lombok, Indonesia) tapi ramai lagi,” itulah pengakuan mengejutkan dibuat Nurul Wahida Hamzah, 20, yang dibawa pulang dari Pulau Lombok, Indonesia, Rabu lalu selepas tiga tahun menderita di sana.

Menurutnya, dia turut mempunyai rakan senasib dari negara ini yang ‘tersangkut’ kerana berkahwin dengan lelaki dari perkampungan sama dengan suaminya, Mohd Yusop Supardi, 40-an.

Nurul berkata selama berada di Dusun Menceh, dia mengenali lebih 30 wanita yang hampir sebaya dengannya menetap di sana.

Ditanya bagaimana dia mengetahui wanita berkenaan rakyat negara ini, Nurul berkata pada mulanya dia mengenali mereka sebagai rakan sekampung ketika sama-sama bekerja di sawah, menanam pucuk paku, tembakau dan padi.
…selanjutnya [KLIK DI SINI]

Cikgu amuk baling kerusi ….. Phuyooo

In Masalah rakyat on May 13, 2008 at 3:36 am

hmetro – [...] Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, guru lelaki terbabit mengamuk apabila beberapa muridnya membuat bising dalam kelas dan tidak mendengar arahannya supaya diam selepas beberapa kali menegur mereka.

Tidak tahan dengan kerenah dan kenakalan murid lelaki tahun lima itu, guru berkenaan secara tiba-tiba naik angin sebelum dia mencapai kerusi lalu membalingnya dan terkena dinding kelas terbabit.

Akibatnya, serpihan kerusi dibaling guru berkenaan terpelanting dan terkena seorang murid yang mencederakan kepalanya.

…selanjutnya [KLIK DI SINI]

Jangan Perbesarkan Isu Remeh Temeh – Sultan Selangor

In Kerajaan Selangor on May 13, 2008 at 3:27 am

Bernama – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menggesa umat Islam di negeri ini agar tidak memperbesarkan isu remeh temeh hingga menjadi punca pertikaian; sebaliknya berusaha mengatasi masalah masyarakat yang lebih besar seperti perpaduan rakyat dan kemajuan Islam.

Baginda bertitah: “Segala sikap negatif seperti hasad dengki, tamak, perasaan curiga-mencurigai, tuduh-menuduh serta syak wasangka yang boleh mengakibatkan persengketaan perlulah dikikis dan dihindari sama sekali.”

Sultan Sharafuddin bertitah demikian di Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri 2008 di Masjid Sultan Ibrahim di sini malam tadi.

Baginda juga menitahkan supaya bantuan kepada 5,042 fakir miskin di Selangor menerusi Lembaga Zakat Selangor ditambah terutamanya makanan asas seperti beras, tepung dan minyak masak, berikutan kenaikan harga barang makanan yang semakin meningkat.

Baginda turut menggesa pembekal-pembekal yang dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor supaya menyampaikan bekalan makanan kepada golongan berkenaan dengan jujur dan amanah dan tidak mengurangi sukatan sambil mempastikan barangan makanan yang dibekalkan berkualiti baik.

Selaku Ketua Agama Islam di negeri ini, baginda juga mengingatkan umat Islam agar mematuhi sebarang keputusan dan ketetapan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam negeri.

Baginda juga mahukan para ilmuan sentiasa bertanggungjawab dalam menyampaikan ajaran Al-Quran kerana sebarang penyelewengan dan penyimpangan dalam mereka menghuraikan Al-Quran akan mewujudkan ketidakseimbangan, kerosakan dan gangguan kepada umat Islam.

Pada tilawah itu, Juara Qari disandang oleh Mohd Noor Abdul Rahman, 33, yang mewakili daerah Klang sementara Juara Qariah ialah Norfaizah Panut, 19, dari daerah Hulu Langat….selanjutnya [KLIK DI SINI]

Menantu siapa yang kurang ajar tu?

In Beruk Rembau, Sidang Parlimen on May 13, 2008 at 2:59 am

Menantu siapa yang kurang ajar? Tinggi mana status seseorang tu, kalau tak berbudi bahasa dan celupat mulut, maka nilai dirinya tiada. Pengajaran kepada rakyat sekelian, kalau nak pilih menantu, biar lah yang berbudi bahasa. Jangan belajar setinggi langit, tapi nilai diri dan budi pekerti serendah dibawah tapak kaki.

Baca teks ucapan Ahli Parlimen yang dimaksudkan di bawah ini ….

klpos – Saya tampil untuk turut serta membahas usul menjujung kasih ke bawah duli Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di atas titah Tuanku di Dewan yang mulia ini.

Izinkan saya bermula dengan merakamkan ucapan takziah dan rasa simpati rakyat Rembau kepada rakyat negara Myanmar atas malapetaka taufan yang mengorbankan puluhan ribu nyawa di negara jiran kita itu. Saya harap bantuan dari masyarakat antarabangsa akan sampai terus kepada rakyat Myanmar tanpa sekatan untuk mengelak krisis yang lebih besar berlaku.

Tuan Yang Dipertua,

Inisiatif Kerajaan untuk menilai semula serta mengambil langkah-langkah untuk memperkasakan beberapa institusi pemerintahan dan pentadbiran adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengukuhkan lagi lunas-lunas demokrasi, ketelusan, accountability dan integriti dalam sistem politik negara. Iltizam politik yang ditunjukkan oleh Kerajaan untuk membawa perubahan yang dituntut oleh rakyat adalah bukti komitmen Barisan Nasional kepada prinsip-prinsip tersebut secara hakiki dan bukan hanya sekadar retorik politik.
…selanjutnya [KLIK DI SINI]

NST’s interesting news today

In NST on May 13, 2008 at 1:27 am

Chua: My name top of hit list
KUALA LUMPUR: Former MCA vice-president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yesterday claimed that his name was on top of the snoop squad’s “hit list”. Full Story

Dewan Rakyat: Uproar over ‘faith-less’ remark
A BACKBENCHER caused a stir when he labelled those who did not appreciate Barisan Nasional’s contributions to the nation as being “tidak beriman” (faith-less). Full Story

Dewan Rakyat: Tee Keat tells why no open tender for LCCT upgrade
THE House was told yesterday that the contract for the upgrading of the low-cost carrier terminal (LCCT) was awarded to Fajarbaru Builder Group Bhd through direct negotiations because the government did not have time to launch an open tender system. Full Story

Karpal: It’s Umno which did not show respect to sultans
KUALA LUMPUR: Karpal Singh, member of parliament for Bukit Gelugor, said it was not he who had been disrespectful to sultans but Umno. Full Story

Families say ISA camp ‘not safe’
PUTRAJAYA: Families of Internal Security Act (ISA) detainees want Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to visit the Kamunting detention centre which they claim is in a deplorable state. Full Story

Former MCA man may join PKR
GEORGE TOWN: Former MCA state assemblyman Lim Boo Chang, who quit the party last month, is expected to join Parti Keadilan Rakyat. Full Story

Grand Saga can rebuild barrier
KUALA LUMPUR: The High Court has refused to grant an injunction to stop Grand Saga from rebuilding a barrier at a Cheras-Kajang Highway intersection. Full Story

Kelantan PKR chief resigns

In PKR on May 13, 2008 at 1:20 am

thestar - [...] Nik Mahmud, 62, confirmed he had notified PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim that he was resigning from his post as state head.

»Anwar has asked me to reconsider but I am steadfast. I will continue to assist PKR in Kuala Lumpur since I now have nothing in Kelantan« NIK MAHMUD NIK HASSAN

“Let someone younger take over. I have been at the helm for the past six years and it is time to step aside,” said the former Land and General Bhd managing director.

Nik Mahmud was a Finance Ministry officer before he was transferred back to his home state in the early 1980s and assumed the role of State Economic Development Corporation (SEDC) general manager.

He also recruited current state Umno liaison committee chairman Datuk Seri Annuar Musa to join the SEDC. Among his contemporaries is Agriculture and Agro-Based Minister Datuk Mustapa Mohamed.

“Anwar has asked me to reconsider but I am steadfast. I will continue to assist PKR in Kuala Lumpur since I now have nothing in Kelantan.”
…selanjutnya [KLIK DI SINI]

PKR came a-courting, say Sabah MPs

In Lompat parti on May 13, 2008 at 1:18 am

thestar – [...] Admitting that he had been approached by PKR, the second-term MP said democracy allowed the “freedom of affiliation”.

“It is a pressure cooker. We are listening to feedback from the ground and we are in the middle of the people and the Federal (Government).

“We are all adults and it is nothing wrong for other people to come and talk to you,” he said, adding that he knew of a few other Sabah MPs who had also been approached by the Opposition.

Asked if he was considering the offer, he said he had not seen PKR’s manifesto but said he was interested in knowing the Opposition’s position regarding Sabah folk.

“I stood against an independent candidate and not PKR so I have not seen their manifesto. I am more concerned about what they can offer the people of Sabah,” he said.

Former deputy minister Datuk Anifah Aman declined to say if he had been approached….selanjutnya [KLIK DI SINI]