no2umno

IBU TUNGGAL BOLEH DAPATKAN BANTUAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

In Kerajaan Selangor on May 13, 2008 at 4:11 am

Aku baru mendapat panggilan dari seorang kawan. Menurutnya, beberapa klinik tersenarai sebagai lokasi pendaftaran untuk ibu ibu tunggal. Bantuan akan disalurkan kepada ibu ibu tunggal tidak kira apa bangsa sekali pun. Di Kelang sahaja beberapa klinik milik ahli pas telah dijadikan tempat pendaftaran dan mungkin ini yang dimaksudkan dengan perubahan ketara sejak pemerintahan Pakatan Rakyat menerajui Selangor. Kepada sesiapa yang mempunyai saudara atau jiran, sila dapatkan kepastian dari wakil wakil PAS dan KEADILAN berhampiran. Tak kira parti apa sekali pun. Tidak terkecuali kepada UMNO dan BN. Bantu lah ibu ibu tunggal yang ada di Selangor. Semuga seluruh rakyat dapat manafaatkan perubahan pemerintahan yang ada sekarang. [Maaf….belum ada lagi berita bantuan untuk BAPA BAPA TUNGGAL] Rujuk jua berita berikut ..

Imageharakahdaily - […] Demikian ditegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib. Beliau berkata demikian sewaktu ditemui di Majlis Meraikan Ibu Tunggal Bersama Adun Hulu Klang di Dewan MPAJ AU2, Taman Keramat, dekat sini hari ini. Kira-kira 500 ibu tunggal di Dun Hulu Klang hadir pada majlis tersebut.

Jelasnya, pihaknya akan membantu ibu tunggal dengan mendaftarkan mereka terus kepada kerajaan negeri termasuk menyediakan bantuan guaman kepada mereka.

“Apabila kerajaan negeri mempunyai polisi mengenai bantuan kepada golongan seperti ini, memudahkan bagi proses pelaksanaan tersebut kerana kita telah mempunyai senarai penerima,”katanya.

Jelas Saari, berdasarkan soalan yang dikemukakan beberapa ibu tunggal dalam sesi soal jawab bersamanya, kebanyakan mereka tidak mengetahui hak mereka sedangkan hak tersebut sudah dilindungi undang-undang.
…selanjutnya [KLIK DI SINI]

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: