no2umno

no2umno

  • About|
  • Archives|
  • RSS Feed

Archive for May 15th, 2008

Bahasa Penghantar Matematik dan Sains

In Belit BN on May 15, 2008 at 11:56 pm

malaysiatoday – [...] Orang politik di Kementerian Pelajaran nampaknya sudah sedar perkara asas ini. Angin kencang sedang bertiup mengatakan dasar bahasa penghantar itu akan dibetulkan semula.

Pada saat ini para penerbit buku-buku teks sekolah sedang bersiap sedia, menunggu sahaja, bila-bila masa jikalau kerajaan tiba-tiba membuat pengumuman Bahasa Melayu akan dikembalikan menjadi bahasa pengantar mata pelajaran matematik dan sains di sekolah.

Masing-masing sudah mula mendapatkan penulis-penulis buku teks mereka supaya mula menyediakan manuskrip Bahasa Melayunya.

Sebagaimana yang dijangka, yang paling kuat menentang nanti adalah golongan berpendidikan Inggeris yang tinggal di bandar-bandar besar, tanpa mengira kaum. Baca apa mereka kata di sini.

Golongan kaya yang tinggal di bandar-bandar, baik mereka itu Cina, baik India, baik Melayu, Iban dan Kadazan, mereka mahukan bahasa Inggeris.

Golongan kaya adalah golongan yang terputus hubungan daripada golongan miskin dalam bandar, dan dengan penduduk di luar bandar.

Cina-cina kaya di bandar tidak peduli apa yang dialami oleh Cina-cina miskin di pekan-pekan kecil. India kaya di bandar tidak peduli apa yang berlaku dalam estet-estet. Begitu juga Melayu, Iban dan Kadazan kaya yang tinggal di bandar.

Golongan kaya hanya memikirkan diri mereka sahaja.

Golongan kaya adalah golongan bermentaliti kolonial.

Golongan kaya masih tidak sedar bahawa bahasa Inggeris telah, dan masih terus gagal memandaikan golongan miskin dalam bandar dan penduduk luar bandar di India, di Pakistan, di Bangladesh, di Sri Lanka, dan di seluruh benua Afrika, serta di Myanmar dan di Filipina. >> selanjutnya

▶ Comment

Disrespectful to Islam? Porah!

In Malaysiatoday, Raja Petra on May 15, 2008 at 11:49 pm

ImageNO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin

malaysiatoday - [...] Now they want to retain the Internal Security Act without any amendments. Who in Parliament voted in favour of this? This goes against Islam. This defies Islam. Islam forbids this. These Parliamentarians who voted in favour of the Internal Security Act are enemies of Islam. These Parliamentarians who voted in favour of the Internal Security Act are the enemies of God. But I will not declare their blood as halal. If I do that then I can be punished under a ‘kafir’ British law called the Sedition Act. But this is not God’s law. This is man’s law. This is a law that allows Rulers to defy God and allows Rulers to violate God’s law.

To insult or defy Rulers goes against Islam, say the men of the cloth. Is this so? Well, then Rosmah, the wife of the Deputy Prime Minister, has committed a serious crime and should be punished. Rosmah phoned His Highness the Sultan of Selangor and scolded him. Rosmah spoke to His Highness the way you would scold a dog that shit on your new carpet.

Rosmah is angry that Raja Petra Bin Raja Kamarudin wrote an article called Let’s send the Altantuya murderers to hell. And Rosmah phoned His Highness the Sultan of Selangor and shouted at him. That is worse than what Karpal Singh did.

Rosmah wants to become the ‘First Lady’ of Malaysia even though the First Lady is the Agong’s consort. But Rosmah has committed treason against the Ruler. 200 years ago Rosmah would have been put to death. Today she will be rewarded with a RM100 million budget to renovate the Prime Minister’s residence in Putrajaya when her husband becomes Prime Minister.

And Raja Petra Bin Raja Kamarudin now challenges Rosmah for her to deny this allegation. Or maybe she would like to make a police report instead. That is what they normally do anyway when they are not able to reply. Porah Rosmah. Please don’t phone my cousin His Highness the Sultan of Selangor. Please don’t shout at my cousin His Highness the Sultan of Selangor. The Perak Mufti said that if you do that then you are disrespectful to Islam. You are only the wife of the Deputy Prime Minister who shall never become the Prime Minister of Malaysia. This quarrel is between you and me. Leave my cousin His Highness the Sultan of Selangor out of it.>> selanjutnya

▶ Comment

Rosmah Mansor hina Sultan

In UMNO Derhaka on May 15, 2008 at 11:46 pm

matsamankati - [...] Raja Petra ada cerita hot tentang Rosmah Mansor. Lepas ni aku nak tengok, berapa repot polis orang Umno nak buat. Berapa majlis Penerangan Mat Taib nak buat. Berapa demonstrasi Pemuda Umno nak buat. Isteri Timbalan Perdana Menteri menghina Sultan Selangor!

Rosmah bukan nak bagi tau pasai peruntukan undang-undang. Tapi pasai marah Raja Petra tulis tentang laki dia, dia pi telefon maki Sultan. Ada akai ka?

Hang nak marah kat Petra, pi la marah kat dia. Yang pi telefon Sultan Selangor pasai apa? Dia ingat dia dah besaq sangat kot.

Mungkin lepas laki dia jumpa Mahathir, dia rasa dia dah boleh naik tocang. Lepas ni, laki dia mungkin dah kuat sikit, pasai Mahathir dah sokong.

Aku kesian la kat Najib. Kehidupan dia penuh kontroversi. Dan setiap kontroversi itu melibatkan….perempuan. Aku pun minta Pak Lah kesian la sikit kat dia ni. Bagi la can Najib ni jadi PM sebelum Umno bungkus.>> selanjutnya

▶ Comment

Tidak Bijak Bergaduh Dengan Akhbar Arus Perdana

In Msomelayu on May 15, 2008 at 11:43 pm

msomelayu – [...] CADANGAN dan seruan majlis Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) agar rakyat memboikot atau tidak membaca Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia terasa semacam jenaka pula. Cadangan itu menyebabkan tengkuk saya merasa geli-geli dan loya macam gadis sunti mengandungkan anak di luar nikah.

Rasanya sudah berpuluh kali pembangkang mengambil pendekatan demikian dan bersikap tidak mesra alam dengan akhbar berkenaan. Tindakan memboikot itu bukan perkara baru. Ianya sudah lama dianjurkan sebelum ini dan berkala-kala pula lagaknya.

Kalau baru pun ialah kerana orang yang bercakap mengenainya itu adalah orang baru. Misalnya MB Selangor, Khalid Ibrahim yang dipetik sebagai mencadangkan demikian adalah orang baru dalam dunia kepembangkangan di negara ini.

Selepas beliau menjadi MB Selangor atau berada di pagar pembangkang baru beliau menyedari betapa perit dan sedihnya permainan berat sebelah media berkenaan. Khalid merasakan itu mungkin apabila kenyataanya atau isu yang timbul di Selangor dieksploitasi dan sengaja disalah laporkan oleh akbar berkenaan sehingga menimbulkan masalah kepadanya.>> selanjutnya

▶ Comment

The mysterious pamphlet in Parliament

In Sidang Parlimen on May 15, 2008 at 11:40 pm

malaysianinsider – [...] The pamphlet noted that this was not the first time Umno and its coalition partners ruled without a two-third majority in Malaysia’s history, which it disclosed would not prevent the passing of bills or budget.

“This is not the first time the Alliance/Barisan did not gain a two-thirds majority. In 1969, the alliance failed to secure more than 50% vote and failed to obtain a 2/3 majority. Tun Razak ruled the country from Feb 20, 1971 to the 1974 elections on a simple majority in the Dewan Rakyat.”

Those behind the pamphlet also said anti-defection laws are currently defective as it breached the freedom of assembly guaranteed under Article 10 of the Federal Constitution.

As the current government did not have a two-third majority in Parliament, the pamphlet had the advice to draft an Emergency Ordinance to provide:

“i) Anyone who is expelled or resigns from the party on whose ticket he was elected to the Dewan must vacate his seat and return to the electorate at a by-election.

ii) Alternatively, provide that the ‘hopper’ is disqualified to contest for five years. This will be similar to Article 48 (6) which deals with those MPs who resign from the Dewan Rakyat.”

It noted that the Emergency Ordinance can be enacted outside Parliament and only required the king’s consent if there was an emergency in operation and if the two Houses in Parliament were not sitting concurrently, both of which is the case in Malaysia now.

“This ordinance is justified because ‘collapse of civil government’ is a form of ‘emergency’ as laid down by the Privy Council in Stephen Kalong Ningkan vs Government of Malaysia (1968),” it said.>> selanjutnya

▶ Comment

Di mana RM 3 bilion ? Deris takut dipersalahkan

In Monsoon Cup, Wang Ehsan on May 15, 2008 at 11:37 pm

buletinonline - [...] Penjelasan Deris setelah pendedahan oleh Amirsham agak mengejutkan kerana selama ini dia tidak membuat kenyataan apa-apa yang berkaitan wang royalti.

Deris berkata lagi, kerajaan negeri yang ketika di bawah pimpinannya hanya dimaklumkan sebanyak RM1.3 bilion diberikan kepada Terengganu pada setiap tahun dalam tempoh tiga tahun tersebut.

“Wang royalti petroleum itu diberikan dalam bentuk wang ehsan dan ia kemudiannya digunakan bagi tujuan pembangunan Terengganu serta pentadbiran kerajaan negeri,

“Ia sebenarnya diselia oleh Kerajaan Pusat atau Kementerian Kewangan dan kerajaan negeri sendiri tidak mengawal segala perbelanjaan yang dibuat oleh kementerian terbabit.

“Kita juga tidak pernah diberikan maklumat mengenai jumlah sebenar wang itu dibelanjakan dan baki yang ada.” Ujarnya.

Dengan penjelasan yang dibuat oleh Deris Jusoh, kini rakyat Terengganu mengetahui bahawa selama ini, Deris yang dikatakan hebat dalam mentadbir negeri Terengganu dengan segala macam program dan sering mengutuk PAS rupa-rupanya hanyalah boneka yang dikawal oleh kerajaan pusat.

Rakyat negeri Terengganu harus sedar, rakyat dan negeri Terengganu sepatutnya menerima kesemua RM 7.3 bilion dalam masa 4 tahun ini.>> selanjutnya

▶ Comment

Geram nasi sepinggan RM1.50

In Naik Harga on May 15, 2008 at 11:34 pm

kosmo – RESIT menunjukkan nasi putih RM1.50 sepinggan yang dijual di sebuah restoran di Kuala Terengganu semalam.>> selanjutnya

▶ Comment

Dibelasah pelanggan – Didakwa jual nasi, lauk mahal

In Naik Harga on May 15, 2008 at 11:29 pm

ABU BAKAR menunjukkan tangannya yang berbalut akibat dibelasah oleh seorang pelanggannya di Taiping semalam.

kosmo – “Sudahlah terhimpit dek harga barangan terutama beras yang semakin melambung harga kebelakangan ini, saya pula dibelasah pelanggan kononnya tidak berpuas hati dengan harga nasi bungkus yang dijual.”

Demikian cerita peniaga nasi campur, Abu Bakar Jaafar, 58, berhubung tindakan ganas seorang juruteknik yang membelasah dan memalukannya di depan khalayak di Pasar Malam Simpang di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 petang itu, isteri juruteknik terbabit dikatakan telah menengking sekuat hati kepada isterinya, Hamidah Omar selepas dua bungkus nasi campur yang dibeli wanita itu dimaklumkan harganya.>> selanjutnya

▶ Comment

Mustapa Mohamed kata pembangkang tamak kuasa?

In Belit MUstapa on May 15, 2008 at 11:24 pm

Utusmeloya – [...] Tawaran kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti merupakan taktik pintu belakang pihak pembangkang yang tamak kuasa selepas Pilihan Raya Umum Mac lalu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mustapa Mohamed berkata, taktik tersebut merupakan strategi politik yang tidak demokratik dan tidak beretika sama sekali.

Beliau berkata, rakyat sudah membuat keputusan pada pilihan raya umum lalu dengan memberikan mandat sekali lagi kepada BN.

Oleh itu, kata beliau, semua pihak perlu meneruskan kehidupan dan tugas seperti biasa.

”Pada masa ini, banyak tugas perlu dilaksanakan dan saya berharap tidak ada gangguan melalui permainan politik seperti ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mustapa diminta mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mendakwa ditawarkan sejumlah wang yang lumayan untuk menyertai parti pembangkang.

Beliau ditemui selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Kebangsaan 2008 dan Pelancaran e-pasartani@FAMA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Abdul Rahman dilaporkan berkata, jumlah yang ditawarkan oleh pembangkang supaya beliau menyertai mereka cukup untuk beliau hidup senang-lenang tiga generasi.

Mustapa ketika mengulas lanjut berkata, pihak pembangkang sepatutnya menunggu pilihan raya umum akan datang dalam tempoh empat atau lima tahun lagi.

Beliau berkata, pembangkang tidak seharusnya menggunakan taktik kotor seperti ini.>> selanjutnya

▶ Comment

BPR diminta siasat wang Pakatan

In Lompat parti on May 15, 2008 at 11:20 pm

Bharian – [...] Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata siasatan itu penting untuk melindungi kepentingan rakyat di negara ini daripada menjadi mangsa penipuan pemimpin pembangkang yang terbukti sanggup menggunakan wang untuk berkuasa dan melanggar prinsip demokrasi.

“Ada dakwaan mengatakan wujud pihak luar membiayai kewangan segelintir pemimpin pembangkang, jadi BPR perlu menyiasat perkara ini dan ambil tindakan terhadap mereka,” katanya ketika melawat tapak pembinaan Hotel Way, di Ayer Keroh, dekat sini, semalam.

Mohd Ali berkata, jika terbukti dakwaan itu benar, jelas pemimpin pembangkang sanggup menipu dan mengkhianati mandat rakyat negara ini yang diberikan kepada kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Perbuatan pembangkang itu jelas tidak demokratik dan mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada BN untuk terus membentuk kerajaan,” katanya. >> selanjutnya

▶ Comment

ADNAN DAN VINCENT TAN PENGARUHI PERLANTIKAN HAKIM

In vk lingam on May 15, 2008 at 11:16 pm

BHarian – [...] Ini adalah antara kesimpulan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat klip video yang didakwa mengandungi perbualan seorang peguam dengan hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim, yang mengadakan inkuiri selama 17 hari berakhir 15 Februari lalu.

Suruhanjaya itu, dalam laporannya, juga menyatakan keraguan terhadap keterangan Tengku Adnan dan Tan dalam inkuiri berkenaan kerana mereka sekadar menafikan pelbagai soalan daripada peguam yang mewakili pihak berkepentingan.

Hasil siasatan suruhanjaya itu juga jelas bercanggah dengan kenyataan Tengku Adnan dalam inkuiri itu yang menyebut: “Saya tiada kena mengena dengan pelantikan hakim”. Tan juga ketika memberi keterangan, mendakwa beliau tiada kaitan dengan pelantikan hakim.

Laporan suruhanjaya itu mendapati, peguam, Datuk VK Lingam, menyebut nama Tengku Adnan sebanyak 11 kali dalam rakaman klip video selama 14 minit itu, ketika bercakap dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Sehubungan itu, suruhanjaya berkenaan mencadangkan beberapa individu yang memberi keterangan dalam inkuiri berkenaan disiasat mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan >> selanjutnya

▶ Comment

Umno pernah beli Adun PAS, tumbangkan kerajaan di Terengganu

In Lompat parti on May 15, 2008 at 10:41 pm

harakahdaily – Menurut Dahlan, jumlah sebenar yang ditawarkan oleh �utusan khas� hantar untuk bertemunya sebelum ini hanya akan didedahkan apabila tiba masa yang sesuai.

Sebelum itu Menteri Besar menyampaikan saguhati kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM, STAM dan STPM di Pusat Tarbiah Islamiah (Putik) di sini, petang tadi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Umno sebenarnya menjadi guru dalam semua kerja jahat termasuk membeli undi, menyogot wang termasuk membeli wakil rakyat untuk mendapatkan kemenangan.

�Inilah bahananya Umno, dia buang najis, lepas tu dia suruh orang lain basuh, mana boleh, padan dengan muka Umno, tak perlu pertikai lagi la (beli Adun), sebab dia selama ni yang mengajar orang lain,� ujarnya.

Menurutnya kerajaan Terengganu pernah jatuh ketika di bawah kerajaan PAS yang diterajui Allahyarham Daud Samad kerana Umno menggunakan kaedah itu untuk menawan negeri berkenaan.

�Kerajaan Kelantan yang jatuh pada tahun 1978 juga kerana Umno menculik seorang wakil rakyat PAS ketika itu, Haji Omar untuk tujuan menumbangkan kerajaan PAS,� katanya.

Selain itu tiga Adun PAS yang menang pada pilihan raya umum 2004 turut ditawarkan dengan harga yang cukup tinggi tujuan untuk melompat parti kepada BN.

Beliau mendakwa wakil rakyat terbabit ditawarkan hingga RM5 juta. Siapa yang melakukan semua itu kalau bukan Umno.

�Jadi Umno kena faham apa yang berlaku jangan marah sebab mereka sendiri yang mengajar (memulakannya), jadi jangan marahlah, padan muka dia (Umno),� tambahnya. >> selanjutnya

▶ Comment

RM3 bilion royalti T’ganu lesap

In Seleweng, Wang Ehsan on May 15, 2008 at 10:37 pm

malaysiakini – [...] Datuk Amirsham A Aziz memberitahu, dalam tempoh tiga tahun sehingga 2007, Petronas telah membayar sejumlah itu kepada Terengganu, RM1.2 bilion kepada Sabah dan RM4.8 bilion (Sarawak) dan RM13.4 (kerajaan Persekutuan).

Dalam satu kenyataannya hari ini, Salahuddin berkata kenyataan menteri itu bertentangan dengan dakwaan bahawa Terengganu menerima hanya RM4.3 juta.

“Dengan pendedahan oleh menteri besar Terengganu ini (Datuk Ahmad Said), bermakna sebanyak RM3 bilion telah tiris daripada dana rakyat Terengganu,” katanya.

“Itupun, wang sebanyak RM4.3 bilion yang diterima oleh Terengganu adalah melalui dana khas kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih dikenali sebagai wang ehsan.”

Beliau juga menimbulkan keraguan kepada pentadbiran negeri Terengganu sebelum ia diambil alih oleh Ahmad.

“Lebih membimbangkan lagi jika wang ini diselewengkan oleh menteri besar sebelum ini, Datuk Idris Jusoh. Kerana itu beliau berkeras mahu terus menjadi menteri besar bagi mengelakkan penyelewengan ini didedahkan,” kata Salahuddin.>> selanjutnya

▶ Comment

PENYOKONG HALIMEY BUAT KECOH?

In Keadilan on May 15, 2008 at 3:50 pm

Radenjowo
Untuk menang satu perjuangan. Untuk kekalkan kemenangan itu satu seksaan. Itu lah yang kita lihat apabila berlaku nya tsunami yang menimpa Selangor menyebabkan UMNO tersungkur dari kuasa yang tak pernah lengkang dari mereka. UMNO perlu tahu bahawa Rosaknya UMNO adalah kerana UMNO sendiri. UMNO tidak jatuh kerana parti lawan tetapi kerana sikap UMNO yang tak kenal di untung. Diberikan betis, mahukan peha. Dah bagi sedikit nakkan semua. Ini perangai UMNO. Tapi biasalah….kalau dah kalah, semua orang lain yang salah.

Dek kerana kesilapan UMNO ini lah maka Pakatan Rakyat merasa melonjak tinggi pada tahun ini. Pakatan Rakyat sedar bahawa kemenangan ini bukan lah kerana kewibawaan kepimpinan yang ada di sekitar Selangor. Akui lah bahawa kemenangan Pakatan Rakyat adalah kerana Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul dan kepimpinan senior di dalam Pakatan Rakyat. Orang tak kenal siapa wakil Keadilan di Selangor. Orang tak kenal siapa ketua bahagian dan ada rakyat yang tidak kenal pun calun calun yang diletakkan. Setakat nama, kita tak hairan kerana kita tahu bahawa di dalam keadaan seperti ini, batang kayu pun boleh menang. Semuanya gara gara orang dah benci pada UMNO. Boleh lah dikatakan sebagai menang percuma. Macam Cina buta, kawin free, belanja pun di beri.

Kalau aku tanya korang, siapa Ketua Pemuda Keadilan? AKu rasa muntah darah orang tak boleh jawab. Kalau orang tanya siapa Ketua Angkatan Muda Pusat? Makcik dan pakcik serta remaja di bandar dan kampung tak tentu pun kenal. Maka aku nasihatkan jangan lah ada yang tunjuk samseng untuk gila kuasa kerana saham kemenangan Pakatan rakyat pada PRU 12 lepas bukan lah datangnya dari mereka tetapi kerana kepimpinan atasan Pakatan Rakyat seluruhnya.

Pada yang tidak tahu tentang pemuda keadilan, aku nak cerita sikit.

Baru baru ini sudah ada rombakan yang berlaku ke atas Angkatan Muda Keadilan di seluruh malaysia. Maka ada yang jatuh dan ada yang di bawa ke pusat dan ada nama yang tidak disebut pun. Itu semua adalah diatas kebijaksanaan kepimpinan Keadilan Pusat. Kalau prestasi baik, maka baik lah dia. Kalau setakat merapu dan mendabik dada nak tunjuk hebat. Maka pemimpin sebegini, tidak akan kemana …. duduk lah kat ceruk dapur, susun kayu api.

Dan berikut adalah senarai baru yang diperolehi,

Ketua AMK Perlis: Zamri Sapar (kekal)
Ketua AMK Kedah: Cikgu Azman

Ketua AMK Pulau Pinang: YB Yusmadi Yusoff

Ketua AMK Perak: Anuar Zakaria (kekal)

Ketua AMK Wilayah Persekutuan: Md. Zaman Md. Tasi (kekal)

Ketua AMK Selangor: Khairul Annuar Ahmad Zainudin

Ketua AMK Negeri Sembilan: Halim Abd Aziz (kekal)

Ketua AMK Melaka: Tan Seng Toh

Ketua AMK Johor: YB Amirudin Shari

Ketua AMK Terengganu: Fariz Musa

Ketua AMK Kelantan: Wan Khairul Ihsan
Ketua AMK Pahang: Zulfikar Ali Ariffin (memangku)

Ketua AMK Sabah: Abd Razak Jamil

Ketua AMK Sarawak: Rahamat Idil Latif

Aku tak nak cerita tentang negeri lain tapi aku nak cerita tentang negeri Selangor, tempat tumpahnya darah ku.

(imej: Halimey Abu Bakar, Bekas ketua AMK Selangor)

Dahulunya jawatan AMK Selangor di pegang oleh, Halimey Abu Bakar (Ketua Angkatan Muda Selangor / Ketua Angkatan Muda Kelana Jaya). Di atas alasan alasan tertentu, beliau dikatakan akan di bawa ke pusat dan diganti dengan orang baru. Pengganti ini bukan lah orang baru, tetapi juga orang lama di dalam perjuangan Keadilan dan mempunyai rekod ISA. Pada Pakatan Rakyat, ISA adalah lambang perjuangan. Kalau tak der ISA, tak layak untuk jadi pemimpin. Beliau adalah Khairul Annuar Ahmad Zainudin, yang dikenali dengan nama ‘Jonah’.

Nak tahu siapa Jonah ni? Kalau jawa dipanggil Jono tapi disebabkan dia ni bukan jawa maka gelarannya Jonah.

Beliau adalah calun yang menentang Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan pada pilihanraya yang lalu. Beliau telah kalah kerana undi pos yang di lambakkan di Pekan sehingga majoriti kemenangan Najib sebanyak 36,262 undi. Itu kita tak hairan kerana Najib adalah menteri pertahanan@TPM dan undi pos adalah dari tentera dan polis. Dia nak longgok berapa trak undi POS pun kita tak heran.

(Imej: Jonah@Khairul Annuar Ahmad Zainudin)

Bila Jonah di pilih sebagai Ketua AMK Selangor, maka kecoh lah penyokong penyokong si Halimey yang tak tahu hujung pangkal cerita. Kalau penyokong ’sengal’ kita tak hairan tapi dengan si Halimey sendiri pun ’sengal’ sama. Panas sungguh agaknya sampai tak mahu berkompromi dan membiarkan penyokong cakap apa yang mereka suka. Meronta dan melonjak serta mengutuk kepimpinan pusat yang pada mereka tidak tahu membuat perubahan. Maka berkumpulah lebih 100 orang pada malam ini, dibawah pejabat tanpa dapat di kawal. Kalau di tengok pada keadaan, tak ubah seperti mesyuarat pemilihan UMNO. Kalau silap pandang, ingatkan penyokong Dacing, tapi Keadilan rupanya. Suasana mesyuarat malam ni sungguh memalukan. Macam budak budak kecik yang tak dapat gula gula pengantin.

Kerana keadaan kecoh sebegitu, maka Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin terpaksa lah turun padang untuk meredakan keadaan. Setelah perbincangan di jalankan, keadaan beransur pulih dan menurut beliau akan membawa perkara ini ke pusat untuk dibincangkan semula.

Apa yang menarik di sini adalah sikap kepimpinan Pemuda yang layaknya seperti gembala lembu. Lembu memang lah tak der akal, tapi terletak kepada si gembala untuk kawal kumpulan lembu tersebut. Kalau dah gembala pun macam lembu, baik tak payah bela lembu. Kumpul bersama sama dengan lembu dan makan rumput ramai ramai. Selepas makan, buang najis merata rata dan bila tiba Raya Haji, kita sembelih buat korban. Itu kalau lah mereka ini lembu ….

Sekali lagi aku nak jelaskan. Sebelum ini aku tak kenal siapa adun, siapa ketua bahagian dan siapa ketua pemuda. Malah aku tak kenal pun si Halimey ni. Yang aku tahu adalah Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul, Ezam dan kepimpinan senior yang lain. Kalau tiada Keadilan pun, aku undi PAS, kalau tiada PAS dan KEADILAN pun, aku akan undi DAP kerana aku benci pada UMNO.

Aku Undi PAS dan KEADILAN kerana mereka lah calun yang ada dikawasan aku. Pemuda perlu tahu bahawa tiada pemuda yang angkut dan pimpin aku untuk datang mengundi dan tiada Pemuda yang memberikan aku cenderamata dan menghantar aku pulang. Ini semua adalah kerana tanggung jawab pengundi dan rakyat demi perubahan.

Maka, sedar sedar lah diri sikit. AMK tu siapa? Rakyat tak pandang pun AMK ni. Biarlah nama ketua kalian cukup terkenal di dalam Harakah atau Suara keadilan, pada aku setakat baca je. Tengok pakai mata, esok aku dah lupa.

Oleh itu buatlah perangai baik sikit. Kawal penyokong. Api kalau disimbah dengan minyak, api makin marak. Kalau dijirus air, api kan padam. Sebagai pemimpin, kena tahu kawal keadaan. Kalau tak tahu, duduk belakang, angkat bendera. Bila orang suruh lonjak, kita lonjak. Kalau orang suruh diam, kita diam. Kalau dah berangan nak jadi pemimpin, kena ada sikap kepimpinan. Kalau dah gila sangat pada kuasa, aku nasihatkan korang pegi ke pejabat UMNO dan tampal dahi tu dengan lambang dacing. Nasihat aku buat Halimey, Jangan kurang ajar pada Ketua AMK dan Keadilan pusat. Kalau kalian terus dengan watak UMNO ni …. lebih baik gulung tikar dan minta jadi ketua pemuda UMNO. Disana baru tau dunia tinggi rendah. Keadilan bukan parti samseng untuk jadi topeng perjuangan.

Nak jadi pemimpin tak payah sekolah tinggi tinggi. Kalau belajar sampai ke OXFORD sekali pun sedangkan otak letak di kasut, Korang lebih kurang sama je dengan UMNO. Korang kena ingat, tanpa korang Keadilan boleh hidup, tanpa korang, kitorang tetap undi Pakatan Rakyat. Bukan lah penting sangat pun jawatan kalian sehingga boleh melumpuhkan parti dan merosakkan undi. Itu sendiri mau ingat.

▶ Comment

No misappropriation of funds, welfare dept says

In Seleweng on May 15, 2008 at 12:56 pm

sun2surf - The state has dismissed a claim that its welfare department may be involved in misappropriation of funds.

State Health, Welfare and Caring Society Committee chairman Phee Boon Poh said today some welfare allowances to needy citizens have been left unissued due to an administrative oversight.

He explained that registered welfare recipients are required to update their bank passbooks by the 25th of each month, but many failed to do so, resulting in their allowances being channelled into an accrued account.

He said all pending monies will be disbursed into the accounts of the relevant individuals once they update their passbooks.

Phee was responding to criticism by Women, Family and Community Development Minister Datuk Dr Ng Yen Yen who was quoted in the vernacular press as expressing suspicions about misappropriation by state welfare officers.

Phee said today the disbursement process, now being done through Bank Simpanan Nasional (BSN), follows the federal government system of giving allowances.

“This is the problem we have inherited from the former Barisan Nasional government,” he said. “The system is a little chaotic.

“If Ng does not understand this, she can come to Penang and we will give her a briefing.” >> selanjutnya

▶ Comment

Klip video kaitkan latihan komando ATM keterlaluan

In Tentera on May 15, 2008 at 12:45 pm

bharian - Kementerian Pertahanan diminta memberi penjelasan sama ada modul latihan asas komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membabitkan tindakan penderaan keterlaluan dengan memijak kepala pelatih sebagai amalan biasa.

Perbuatan yang disifatkan melanggar tatasusila dan menjatuhkan maruah individu itu didedahkan sekumpulan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi klip video dua minit yang diketuai Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang).

Klip video itu turut ditontonkan kepada wakil media di lobi Parlimen, hari ini.

Saifuddin berkata, sebaik menerima klip video yang disertakan dengan nota: ‘Latihan Asas Komando’ minggu lalu, beliau membuat semakan dengan beberapa bekas anggota komando ATM dan mereka mengesahkan ia adalah sesi latihan komando berdasarkan pakaian seragam yang dipakai jurulatih.

“Bagaimanapun, mereka mengesahkan sepanjang pengetahuan mereka, tiada modul latihan yang menetapkan jurulatih perlu memijak kepala pelatih dengan kerap. >> selanjutnya

video yang dimaksudkan ….

▶ Comment

Pandikar Amin letak jawatan Ketua Umno Bahagian Kota Marudu

In Sidang Parlimen on May 15, 2008 at 12:43 pm

bharian – an Sri Pandikar Amin Mulia meletak jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Marudu bagi memberi tumpuan kepada tugas barunya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Pandikar Amin memberitahu selaku Speaker Dewan Rakyat, beliau perlu dilihat sebagai individu yang adil dari segi tindakan dan juga tingkah laku dan adalah wajar beliau tidak begitu aktif dalam politik.

“(Bekas Speaker) Allahyarham Tun Zahir (Ismail) tidak pernah selama 32 tahun memegang mana-mana jawatan dalam parti politik, tidak pernah bergiat aktif dalam politik. Jadi, saya juga perlu buktikan saya juga tidak terbabit secara aktif sebab saya adalah Speaker untuk semua pihak,” katanya.

Pandikar Amin berkata, walaupun beliau begitu berat hati untuk meninggalkan bidang politik, tindakan itu merupakan sesuatu yang sudah lama difikirkannya sebelum beliau bersetuju menerima jawatan sebagai Speaker. >> selanjutnya

▶ Comment

Siasat PM ‘cuba derhaka’ pada Raja

In UMNO Derhaka on May 15, 2008 at 12:36 pm

malaysiakini - [...] Dalam laporannya di ibu pejabat daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini, Shamsul Iskandar merujuk kenyataan dan insiden sewaktu perebutan jawatan menteri besar Terengganu hujung Mac lalu.

Mengulas pelantikan Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar baru Terengganu pada 23 Mac lalu sebagai ganti Datuk Seri Idris Jusoh yang menjadi pilihannya, Abdullah berkata istana Terengganu “tidak mengikut perlembagaan”.

idris jusoh terengganu natang binatang animal banner 260308 01“Semua Adun yang bilangannya agak besar itu tetap menyokong Datuk Seri Idris Jusoh. Itu satu perkara yang tidak ada perubahan dari segi sokongan.

“Dengan itu, maka sebarang lantikan yang dibuat terhadap orang lain itu, tidak kena dengan Perlembagaan,” kata perdana menteri.

Pada hari yang sama, sewaktu Ahmad menerima watikah pelantikannya, sekumpulan penyokong Idris dan 22 wakil rakyat BN berdemonstrasi membantah wakil Kijal itu dekat kediaman menteri besar Terengganu.
Beberapa orang daripada mereka menaikkan kain rentang yang menyebut “Kami nak Idris, natang”.

“Natang”, dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.
>> selanjutnya

▶ Comment

BANTUAN MENYIAPKAN SURAU

In Khidmat Masyarakat on May 15, 2008 at 10:52 am

Pesanan Email

Aku perolehi email hari ini untuk memberikan sedikit perhatian dari pembaca tentang keadaan sebuah surau yang terletak di Rawang. Menurut penghantar email, surau ini masih belum siap dan tidak berapa selesa untuk digunakan. Terdapat beberapa bahagian surau ini yang terpaksa menanti bantuan kewangan daripada sesiapa yang berniat mulia untuk melengkapkap kannya ….

Bahagian solah muslimah yang belum settle / kalau nampak lampu pun tarak lagi

bahagian mimbar [MIHRAB] yang kekurangan kemudahan asas

Tiada lampu yang mampu di pasang di luar surau

Kawasan luar surau yang tidak sempurna

Di bahagian depan surau

Pondok kongsi/pekerja binaan yang dijadikan store sementara untuk simpan barang

Pihak surau berusaha untuk mengumpul tambahan modal sebanyak RM100,000 lagi untuk menyiapkan perkara perkara asas pembinaan. Namun kerjasama dari mana mana pihak diharapkan agar ianya menjadi sebuah surau yang sempurna untuk beribadat. Pihak Jabatan Agama islam dan pusat zakat telah memberikan dana awal tetapi ia tidak mencukupi.

Sebarang bantuan dan derma boleh di lakukan melalui akaun Tabung Pembinaan Surau Al-Radhiyah.

Maybank Acc : 56201 200 1777
Affin Bank Acc : 10 543 0000 342

Sebarang pertanyaan boleh di buat di dalam ruangan komen di bawah dan anda akan di balas oleh Ahli Jawatan kuasa surau berkenaan…Disamping itu, anda boleh melayar laman web surau tersebut di http://alradhiyah.com/. No2umnO akan mempamirkan no akaun di bahagian atas untuk memudahkan sebarang bantuan di beri.

Selamat menunaikan tanggung jawab ….

▶ Comment

KJ – Khinzir Jantan@Jalang

In Beruk Rembau on May 15, 2008 at 10:36 am

zul4kulim

Assalamua’laikum,

Saya mintak maaf pasal tersangkut teruk. Dia punye bizi giler babi..babi giler pun tak bizi macam ni. Cakap pasal babi..baru ni menantu Rembau fitnah Kerajaan Selangor nak laksanakan Projek Khinzir Raksaksa…atau singkatannya PKR. Saya bangun dan kata kenapa tak tukar jadi Projek Babi Negara atau Projek BN. Saya mula nak tambah lagi semalam yang Selangor bersetuju untuk projek itu diasingkan mengikut jantina dan kita tumpukan kepada yang babi jantan sahaja.. dan kita namakan projek tu sebagai Projek Khinzir Jantan..atau singkatannya Projek KJ…dan kita akan gunakan teknologi canggih pemantauan babi-babi ni dengan menggunakan helikopter Nuri untuk memantau KJ-KJ ni… kerana daripada maklumat yang kita dapat Khinzir Jantan ni memang kuat menyondol.. ;)

Anyway… saya tak dapat nak menulis banyak kerana terpaksa beri tumpuan kepada petisyen pilihanraya pulak. Oh ya..by the way… Aziz dah failkan petisyen terhadap saya di Mahkamah Tinggi Alor Setar melalui petisyen no: PP-26-01-2008. Kes ini akan dibicarakan pada 26,27 & 28 Mei 2008… lebih kurang 10 hari lagi. So kena beri tumpuan 101%. Insyallah selepas perbicaraan nanti saya akan ada masa untuk berblog. In the meantime, saya mintak kalu dapat kengkawan semua tolong doakan saya dalam perbicaraan ini. Insyallah doa kengkawan ALLAH akan makbulkan..amin. Chiow for now..Adios

Zulkifli Noordin

▶ Comment

Krisis Umno Pahang semakin panas

In Adnan Yaakob on May 15, 2008 at 10:30 am

siasah – [...] Setelah tuduh menuduh diantara Adnan dengan seorang pimpinan Umno dinegeri itu yang dipercayai tercetus ekoran daripada krisis kepimpinan, suhu politik Umno Pahang semakin panas apabila penyelewengan melibatkan penjualan tanah turut didedahkan kepada umum.

Antaranya Seorang Ketua Umno Bahagian, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman yang juga bekas Setiausaha Umno Pahang, mendedahkan beberapa fakta terhadap Adnan yang beliau percaya tidak mampu dinafikan lagi malahan telah direkodkan rakaman ucapan Adnan berkaitan fakta-fakta tersebut di dalam cekera padat (CD).

Adnan didakwa ugut dan bohong

Dalam suratnya (gambar atas) kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Ahmad Tajuddin berkata, dalam rakaman itu terkandungnya ugutan dalam usaha menutup kemungkinan pendedahan salah guna kuasa, penyelewengan atau pun rasuah dalam satu urusan penjualan tanah Umno Pahang beberapa tahun lalu.
Turut disebut Adnan berbohong dengan menyatakan tanah dijual kepada Yayasan Pahang sedangkan berdasarkan kepada bukti tanah tersebut sebenarnya dijual kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh peniaga Cina. >> selanjutnya
▶ Comment

Dewan Rakyat Speaker to quit Umno position

In Lompat parti on May 15, 2008 at 10:25 am

Kejutan demi kejutan … Bacakan lapuran berikut

Speaker quits Umno post
Dewan Rakyat Speaker to quit Umno position. Veteran Sabahan politician Pandikar Amin Mulia, the Dewan Rakyat Speaker, is said to have tendered his resignation as the Umno division chief for Kota Marudu. Pandikar Amin is said to have told some people from his Bahagian that in order to serve as the Speaker for the Dewan Rakyat, and NOT the Speaker for Umno, he would have to resign from holding any post in Umno more at Rockybru

▶ Comment

Amirsham blunders by reading from text

In Sidang Parlimen on May 15, 2008 at 10:21 am

sun2surf - [...] Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Amirsham A. Aziz – a newbie in the administration – was caught with his pants down when he was spotted reading the answer to a supplementary question in Parliament today.

Ironically, the topic was the New Economic Policy (NEP) – already a controversial subject – and the first supplementary question was posed by Khairy Jamaluddin (BN-Rembau).

Amirsham was meat to the prey when the Pakatan Rakyat (PR) parliamentarians pounced – all with a wide grin on their face – on his antics of bowing his head to read from his prepared text.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) was the first to let all hell loose in the House, saying the supplementary question was already prepared.

“It was a planted question. The answer is all ready,” charged Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam).

“The question was leaked!” shouted Khalid Abd Samad (PAS-Shah Alam) and in the background someone was heard screaming “Crony! Crony!”

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) also rose to add to the ruckus by accusing Amirsham of having his answers ready.

“Siap jawapan sampai dua muka! (Prepared answers run to to pages!)”said Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Deputy Speaker Ronald Kiandee tried to calmly take charge of the ruckus by saying: “Cukup lah Yang Berhormat (enough Yang Berhormat), Yang Berhormat sila duduk (Yang Berhormat, please sit down). Sila duduk Yang Berhormat (Sit down Yang Berhormat),”. However, he seemed to have had little control over the situation as the shouting continued while Amirsham went on reading his answer.

Khairy asked if he (Amirsham) thought Penang Chief Minister Lim Guan Eng (DAP-Bagan)’s vow to abolish the use of NEP in the state administration is because “it breeds corruption, cronyism and systemic efficiency”.

“If that is his conclusion, then anyone who got assistance from it whether in loans, job opportunities, scholarships, entrepreneurship opportunities and others are cronies and corruptors,” he said, going on to provide figures while the ruckus continued.>> selanjutnya

▶ Comment

Barisan reps questioned on pledge to resign

In UMNO Derhaka on May 15, 2008 at 10:19 am

thestar – [...] The backbenchers repeated pledges made by the 23 Barisan assemblymen that they would resign if Jertih assemblyman Datuk Seri Idris Jusoh was not reinstated as Mentri Besar.

The first salvo came from Mohd Abdul Wahid Endut (PAS – Wakaf Mempelam) who criticised Barisan representatives for reneging on their promise.

“I see that most of you are still here. What about your pledges to resign?” he asked, drawing no response from the Barisan side.

Another PAS assemblyman, Dr Alias Razak (Bukit Tunggal), labelled the Monsoon Cup and the Crystal Mosque at the Islamic Civilisation Park in Pulau Wan Man as extravagant projects that did not benefit locals.

He said that foreigners benefited from events like the Monsoon Cup and locals were left in the lurch.

“For instance, fogging is carried out during dengue outbreaks, but each year during the Monsoon Cup, Pulau Duyong is fogged not to control any outbreaks but to protect foreigners,” he said>> selanjutnya

▶ Comment

Sharlinie may be a victim of trafficking

In Sharlinie on May 15, 2008 at 10:17 am

thestar – [...] Sharlinie Mohd Nashar may have been smuggled out of the country by a human trafficking syndicate.

This is an angle police are investigating since the five-year-old had gone missing on Jan 9.

For the first time, Inspector General of Police Tan Sri Musa Hassan said that Sharlinie’s case might involve an international syndicate.

He was speaking to reporters after launching the First Asean Regional Crime Prevention Foundation (ARCPF) working group meeting yesterday.

He said this when replying to a question on whether Sharlinie’s case was linked to international human trafficking syndicate.>> selanjutnya

▶ Comment

NGO chief nabbed for graft

In Rasuah Parah on May 15, 2008 at 10:15 am

thestar – [...] A 57-year-old chairman of a non-governmental organisation here has been detained for allegedly demanding and accepting bribes to “settle” a civil case in the Kuala Lumpur High Court.

It is learnt that the suspect, who is also a businessman and well-known figure here, was arrested by Anti-Corruption Agency (ACA) officers at a club in Jalan Kapar at 4pm on Wednesday after receiving a cheque from a man.

He is said to have asked for RM1mil to “settle” a civil suit on behalf of a businessman accused of murdering a teenager in Ampang a few years ago.

The suspect was taken to a magistrate’s court here yesterday and remanded until May 20 for further investigation.>> selanjutnya

▶ Comment

BN gagal: "Abdullah salah semua orang kecuali dirinya," Dr Mahathir

In Belit Mahathir on May 15, 2008 at 10:09 am

klpos - [...] 7. Ahli UMNO tidak mahu parti mereka kalah. Tetapi mereka rasakan perlu untuk hantar mesej kepada Dato Seri Abdullah dan konco-konconya yang hanya berminat untuk mengiakan setiap apa yang dia katakan. Mereka (ahli UMNO) tidak boleh meluahkan perasaan mereka kerana semua jalan telahpun tertutup. Perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO dipilih kerana mereka tidak akan mengkritik Presiden. Anak saya Mukhriz apabila menyatakan tidak ada benda baru yang disampaikan presiden parti dalam ucapan 2006 telah dipanggil oleh Jawatankuasa Pemuda, dimarahi dan diarah untuk memilih antara bapanya dan Presiden.

8. Majlis Tertinggi UMNO dan Kabinet dipenuhi “Yes-Men” yang tidak pernah menyuarakan ketidakpuasan hati ahli UMNO di peringkat akar umbi. Ahli UMNO diugut tindakan disiplin jika mendengar ucapan sesiapa yang tidak mendapat restu atau kelulusan Presiden. Ini termasuk saya. Polis dan UMNO Negeri akan memanggil pihak yang menjemput saya dan diarah menarik balik jemputan mereka.

9. Apabila ahli UMNO tidak dapat menyuarakan pendapat sebenar mereka berkenaan Kerajaan, hanya terdapat satu cara sahaja bagi mereka untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka, iaitu dengan undi mereka dalam Pilihanraya Umum. Undi secara dasarnya adalah rahsia. Begitu takutnya pengundi UMNO ini akan orang lain mengetahui tentang niat mereka, maka mereka tidak mendedah kepada sesiapapun niat mereka untuk mengundi pembangkang. Begitulah sehinggakan tiada siapa dapat meramal dengan tepat peralihan sokongan yang besar yang berpihak kepada pembangkang.
>> selanjutnya

▶ Comment

Boikot Utusan

In Belit media on May 15, 2008 at 10:05 am


5 MB Pakatan Rakyat ajak rakyat boikot akhbar Utusan
harakahdaily - [...] Majlis Menteri-menteri Besar lima buah negeri yang ditadbir di bawah Pakatan Rakyat, menyeru rakyat supaya memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

Salah seorang ahli majlis, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berpendapat akhbar itu bersikap keterlaluan dan tidak profesional serta tidak adil, kerana terus memburuk-burukkan serta memutar-belit berita tentang pentadbiran negeri dan juga gabungan Pakatan Rakyat.

Khalid juga menegaskan akhbar terbabit membesar-besarkan isu untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap pentabiran serta parti dan juga membakar api perkauman yang sempit.

Katanya, semua ahli majlis ini meminta semua jabatan dan institusi kerajaan di lima negeri di bawah pentadbiran Pakatan berhenti membeli akhbar tersebut dan juga berhenti memberikan iklan kepada mereka.

Justeru, ahli majlis ingin menyeru supaya semua pembaca Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia berhenti membeli akhbar tersebut serta-merta.

Sehubungan itu, katanya, para pemimpin parti-parti dalam Pakatan Rakyat kesal dan bimbang kerana kontroversi mengenai kuasa serta kedudukan

Raja-Raja dipolitikkan secara besar-besaran dan tidak bermaruah, terutama oleh media milik parti-parti dalam kerajaan BN Pusat dan sesetengah pemimpin Umno.

“Kami berpendirian tegas mendukung kedudukan Raja-Raja sebagai Raja ber-Perlembagaan, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, semua pihak harus menerima bahawa seseorang Menteri Besar mempunyai bidang kuasa untuk memindahkan mana-mana pegawai eksekutif di negerinya. >> selanjutnya

No2umnO – Gua boikot beli, tapi gua cilok berita dia …. hehehehe

▶ Comment

DAKWA PAK LAH

In UMNO Derhaka on May 15, 2008 at 10:03 am

Hina Raja – Pemuda Pakatan Rakyat mahu Abdullah Badawi didakwa

harakahdaily – [...] Kenyataan tersebut disuarakan oleh Pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP hari ini di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

“Pada kebiasaannya, setiap kali Umno menghadapi krisis dalaman mereka akan cuba untuk mengalih perhatian umum dengan menjadikan isu Karpal Singh untuk menutup kelemahan mereka,” ujar Setiausaha Kebangsaan Pemuda DAP, Anthony Lok pada sidang Media di sini ketika membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung kes yang membabitkan istana dan perlembagaan ini.

Tegasnya, pihak polis perlu adil dan telus dengan mengambil kes yang berlaku kepada kes kenyataan media yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri berhubung perlantikan Menteri Besar Terengganu sebelum ini sehingga menuduh Yang DiPertuan Agong sebagai tidak mematuhi perlembagaan.

“Abdullah telah membuat kenyataan akhbar yang disiarkan di akhbar-akhbar utama bertarikh 24 Mac 2008 sebagaimana yang disertakan (The Sun) yang mendakwa kononnya YDPA telah membuat suatu tindakan yang tidak mematuhi perlembagaan,” kata Ketua Pemuda KeADILan, Samsul Iskandar Mat Akin pula.

Pada masa yang sama, ujarnya pemimpin, ahli dan penyokong Umno Terengganu juga telah membawa sepanduk bertulis ‘Kami Ndak Idris, Natang’ sewaktu demonstrasi menolak pelantikan Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

“Ini boleh difahami sebagai menggelarkan Tuanku sebagai binatang, dan ini adalah suatu tindakan yang biadap dan menghasut,” ujarnya lagi.

Tambahnya, kedua-dua tindakan ini memberi maksud Abdullah dan Umno tidak menghormati kedudukan Raja-raja Melayu dan berani mempersoalkan tindakan Yang DiPertuan Agong.

“Kami sangat tidak berpuas hati kerana ini menunjukkan Abdullah cuba menderhaka kepada institusi istana,” katanya lagi. >> selanjutnya

▶ Comment

Isu raja: Tidak wajar dakwa Karpal saja

In Karpal Singh, UMNO Derhaka on May 15, 2008 at 10:01 am

malaysiakini – [...] “Majlis Peguam mendesak pihak berwajib berpada-pada dalam hubungannya dengan tindakan yang dicadangkan terhadap Karpal,” kata presidennya Datuk Ambiga Sreenevasan.

Siasatan terhadap peguam terkenal itu susulan 20 laporan polis yang dibuat terhadapnya selepas kenyataannya mengulas dakwaan “campur tangan” Raja-raja Melayu dalam pentadbiran negeri, termasuk di isu pelantikan menteri besar Terengganu dan pertukaran pengarah jabatan agama Perak.

Ambiga berkata perkembangan politik selepas pilihanraya umum 8 Mac telah melonjakkan perdebatan banyak pihak, termasuk pemimpin-pemimpin BN, tentang kuasa dan bidang Raja-raja Melayu dalam pentadbiran politik di Terengganu, Perlis dan Perak.

“Sekarang kelihatannya hanya Karpal diugut untuk dikenakan pendakwaan akibat terlibat dalam perbahasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.>> selanjutnya

▶ Comment

RM36 juta tunggakan sewa PPR

In Belit DBKL on May 15, 2008 at 8:15 am

Bharian - Sebanyak RM36,140,258 jumlah tunggakan sewa dan bil air gagal dijelaskan penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar ibu kota sehingga 31 Mac lepas, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Beliau berkata kebanyakan penghuni berkenaan adalah mereka yang berpendapatan rendah yang juga tidak menjelaskan bayaran caj perkhidmatan.

“Kegagalan mereka menjelaskan sewa menyebabkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menanggung perbelanjaan pengurusan dan penyelenggaraan dengan menggunakan sumber kewangan DBKL sendiri,” katanya menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mengenai dakwaan ada PPR yang disewakan kepada pendatang asing, Zulhasnan berkata perbuatan itu adalah tidak dibenarkan.

“Jika ada laporan tertentu sila kemukakan kepada saya dan kita akan siasat supaya perkara ini tidak berlaku,” katanya.

▶ Comment

Pasang segera meter individu air percuma- MB Selangor

In Air Percuma on May 15, 2008 at 8:08 am

MStar – Rakyat Selangor yang menduduki kediaman bertingkat diminta menyegerakan proses penukaran meter pukal kepada meter individu bagi memastikan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu kepada semua penduduk di negeri itu dapat dilaksanakan mulai 1 Jun ini.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mereka juga dinasihatkan agar bersama-sama pihak pengurusan di pangsapuri masing-masing berbincang dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi melaksanakan program itu.

“Pemberian air percuma tidak ada sebarang masalah, cuma ada beberapa rumah pangsa yang masih belum ada kemudahan untuk mengadakan meter individu di tiap-tiap unit.

“Suka diingatkan kiraan untuk pemberian air percuma untuk seisi rumah ialah berasaskan kepada meter individu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat minggu exco kerajaaan negeri di sini dua hari lepas.

Abdul Khalid berkata, kos pemasangan meter individu itu perlu ditanggung oleh penduduk kediaman bertingkat terbabit.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat antara 200,000 hingga 300,000 unit kediaman bertingkat di Selangor yang masih menggunakan sistem meter pukal.

Mulai 1 Jun ini, kira-kira 1.5 juta pengguna meter individu di Selangor akan menerima air percuma itu sebagai salah satu daripada janji pihak pakatan pembangkang dalam manifesto ketika kempen pilihan raya umum 8 Mac lepas.

▶ Comment

Ant swarms ruin computers

In Berita luar on May 15, 2008 at 7:13 am

'Crazy rasberry ants' are shown Tuesday, May 13, 2008, in Deer ...

newsyahoo – DALLAS – In what sounds like a really low-budget horror film, voracious swarming ants that apparently arrived in Texas aboard a cargo ship are invading homes and yards across the Houston area, shorting out electrical boxes and messing up computers.

The hairy, reddish-brown creatures are known as “crazy rasberry ants” — crazy,  'Crazy rasberry ants' are shown Tuesday, May 13, 2008, in Deer Park, Texas. (AP)because they wander erratically instead of marching in regimented lines, and “rasberry” after Tom Rasberry, an exterminator who did battle against them early on.

“They’re itty-bitty things about the size of fleas, and they’re just running everywhere,” said Patsy Morphew of Pearland, who is constantly sweeping them off her patio and scooping them out of her pool by the cupful. “There’s just thousands and thousands of them. If you’ve seen a car racing, that’s how they are. They’re going fast, fast, fast. They’re crazy.”>> selanjutnya

▶ Comment

Ada orang lontar bom petrol pada ibupejabat DAP Perak

In DAP on May 15, 2008 at 7:09 am

Agendadaily – Polis masih siasat kejadian ibupejabat DAP Perak di Ipoh dilempar bom petrol oleh dua lelaki jam 2.20 pagi ini menyebabkan dua letupan kuat berlaku.Kejadian disedari oleh seorang pengawal keselamatan bertugas di sebuah sekolah berhampiran pejabat itu.Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan.Dua tingkap pejabat itu mengalami kerosakan.Polis nak pastikan samaada sasaran lemparan bom petrol itu pejabat DAP itu atau restoran dibawahnya.Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dakwa perbuatan itu bermotif politik

▶ Comment

Tahanan didera punca rusuhan

In Malaysiakini on May 15, 2008 at 6:43 am

malaysiakini - [...] “Kami mendapati punca rusuhan itu diakibatkan oleh salah guna kuasa dan keganasan oleh kakitangan (jabatan) imigresen, bukannya penolakan permohonan UNHCR,” kata tiga NGO itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pagi ini.

lenggeng detention camp myanmar burmese detainees incarcerated 220408Laporan Tenaganita, Suaram dan Majlis Peguam itu menyebut, sembilan tahanan “ditumbuk, ditendang dan dibelasah oleh lima pegawai”.

Menurut laporan itu lagi, tiga daripada mereka dibelasah lagi sehingga kedengaran jeritan kesakitan oleh tahanan-tahanan lain.

Penderaan ini berlaku kira-kira 8 malam 20 April lalu, sehari sebelum kejadian rusuhan dan kebakaran di pusat tahanan tersebut.

Siasatan NGO itu mendapati laporan-laporan media tentang kejadian itu mengelirukan dan tidak benar dengan keterangan saksi-saksi dalam kalangan tahanan>> selanjutnya

▶ Comment

PAK LAH HINA YDP AGONG

In TErkini on May 15, 2008 at 6:29 am

TERKINI !!!

Diberitahu bahawa pada hari ini, wakil dari Pemuda KEADILAN, PAS dan DAP (Pakatan Rakyat) telah membuat lapuran polis terhadap Pak Lah kerana menghina Yang Dipertuan Agong. Lapuran polis dibuat pada jam 2.30 petang tadi di Balai Polis Jalan Stadium, Kuala Lumpur.

Lapuran terperinci masih belum di perolehi dan kemungkinan ia berkisar tentang sikap derhaka Pak Lah dan Geng 22 menentang perlantikan Mohd Said sebagai menteri besar Terengganu yang lalu. Berita lanjut akan menyusul.

Kita lihat sejauh mana tindakan pihak polis terhadap lapuran ini. Kalau tiada DOUBLE STANDARD di dalam PDRM, maka tindakan akan dibuat…. jika tidak, maka kesudahannya seperti yang kita jangka ……

▶ Comment

Nyamseng !!! Hadhari gang

In Kalimullah Masheerul Hassan on May 15, 2008 at 5:45 am

NST Wine Collection
fadeo.blogspot

Syed Faisal Albar (NST CEO) : Bottoms up Kali muttu … eerrr … mullah.
Kalimullah Masheerul Hassan (NST Group Editor-in Chief) : Party on dude
>> selanjutnya

▶ Comment

Ramalan Yang Benar

In Ilmu on May 15, 2008 at 5:32 am

takgedebe - [...] Saya pernah menulis tentang ramalan orang arab terhadap fenomena pelik yang berlaku pada matahari pada 6hb April yang lalu. Fenomena tersebut adalah terdapatnya lingkaran yang seperti pelangi mengelilingi matahari. Boleh baca di sini…

Saya gagal mempotretkan fenomena tersebut dan saya juga tidak dapat melihat dengan jelas. Namun melalui Utusan Malaysia pada 7hb april ada disiarkan gambar tersebut, malangnya saya tidak berpeluang untuk scan kannya. namun begitu untuk gambaran, bayangkan lingkaran besar pada gambar di atas berupa seperti pelangi dan kedudukannya lebih kurang waktu zohor.

Ramalan orang arab, sebagaimana yang diberitahu oleh adik saya yang pernah belajar di negara arab, ialah akan berlakunya ribut besar dan kemungkinannya berlaku tsunami. Dua tiga hari selepas itu saya asyik tertunggu2 apa yang akan berlaku, namun tiada ribut atau tsunami yang datang. Ah, bentak hati saya, itu kan ramalan sahaja, tak mungkin tepat. Namun dua tiga hari lepas, apabila isteri saya memberitahu kaitan taufan Narjis dengan ramalan tersebut, baru saya tersedar. Lalu saya mengumpulkan peristiwa2 berkait bencana alam yang telah berlaku selepas dari tarikh tersebut. Semoga mendapat iktibar.>> selanjutnya

▶ Comment

Sogok ahli Parlimen: Laporkan pada BPR

In Lompat parti, Rasuah Parah, Roslan SMS on May 15, 2008 at 5:27 am

roslansms - [...] Dalam akhbar THE STAR hari ini ahli Parlimen Kota Belud (Umno-BN) Rahman Dahlan mendedahkan bahawa ada pihak-pihak yang telah menawarkan beliau “big sum” atau sejumlah besar wang untuk melompat ke Parti Keadilan Rakyat, PKR.

Kata beliau pihak tersebut telah dua kali menghampirinya iaitu sekali minggu lepas dan sekali lagi pada minggu ini. Beliau tidak menyebut jumlah wang yang kononnya ditawarkan kepada beliau itu tetapi ianya jika diterima, konon-kononnya boleh menyenangkan dua ke tiga jenerasi kaum keluarganya.

Boleh atau tidak BPR bertindak ke atas ahli Parlimen ini?

Beliau mendakwa dirinya telah disogok, tetapi tidak pula membuat laporan BPR atau polis, mengapa BPR tidak sibuk-sibuk meminta beliau membuat laporan atau mengenakan tindakan kepada beliau di bawah Seksyen 17 akta yang dimaksudkan?
>> selanjutnya

▶ Comment

ISA tidak zalim?

In Abolish ISA, Roslan SMS on May 15, 2008 at 5:24 am

roslansms - [...] Kalau benar seseorang itu bertindak sedemikian, mengapa tidak disiasat dan diseretnya ke mahkamah. Pasti rakyat jelata akan menyokong usaha kerajaan itu, kerana tidak ada diantara kita yang mahu melihat negara ini terancam keselamatannya. ISA menjadi zalim kerana seseorang itu dituduh tetapi tidak pernah diberi peluang untuk membela diri, kalau itu bukan zalim, apa lagi isitlah yang sesuai baginya?

Pemimpin selembut dan sangat disegani dan dihormati seumpama Almarhum Dr Burhanuddin al Helmy, bekas Yang Dipertua Agung PAS (kini Presiden) pun pernah menjadi mangsa merengkuk dalam tanah kerana kononnya dituduh mahu mencetuskan huru-hara, sehingga kini segala pertuduhan terhadap Almarhum tidak pernah dibuktikan di mahkamah terbuka, apakah dosa beliau? (Almarhum kemduiannya dibebaskan pada lewat tahun 60an tetapi meninggal dunia kerana kesan penderitaan semasa dalam tahanan)

Berapa ramai bekas tahanan ISA yang mengakui dibelasah dan dikenakan berbagai tekanan saikologi, disoal-siasat bertalu-talu diluar perikemanusiaan, tetapi Ketua Polis Negara boleh mengatakan yang ISA tidak zalim? Malah bekas-bekas tahanan ini ada menukilkan pengalaman mereka termasuklah bab penderaan fizikal dan saikologi, sila lihat buku karangan Ahmad Boestamam, Kasim Ahmad, Dr Syed Hussin Ali, Suhaimi Said, Said Zahari, Dr Tan Seng Giaw dan lain-lain.>> selanjutnya

▶ Comment

Saksi polis diserang 3 lelaki ketika OCPD bermain golf

In Malaysiatoday, Sabah on May 15, 2008 at 5:21 am

malaysiatoday – [...] “Pada jam lebih kurang 5.15 petang, saya diserang dan ditumbuk seorang lelaki bertatoo yang dikenalpasti sebagai Pengawal Peribadi Alimuddin Mohd Ajay yang merampas tanah kami di Skim Pekebun Kecil, Tingkayu, Kunak dan mengingkari perintah mahkamah. Saya melihat dua orang laki lelaki yang cuba menyerang saya sehingga saya melarikan diri. Saya dikejar dan dikeroyok oleh tiga lelaki (pengikut Alimuddin) atas arahan Alimuddin yang ketika itu berada di dalam Ninja King berwarna putih. Saya melarikan diri dan memasuki kenderaan dan memandu ke Lebuhraya Kunak-Tawau dari lokasi kejadian di sebuah restoran di Simpang Empat Kunak kerana dikejar dengan dua buah kenderaan milik Alimuddin dan terus ke Balai Polis Semporna untuk membuat laporan agar polis menyiasat dan menangkap Alimuddin dan kumpulan samsengnya yang menyerang saya di khalayak ramai. Sekianlah laporan saya.”

Untuk rekod, Lee telah membuat lebih 15 laporan polis terhadap Alimuddin yang telah menceroboh tanahnya di Tingkayu dan memotong jentera pengoreknya sebelum dijual sebagai besi buruk di JJ Recycling Centre di Kunak.Beberapa laporan polis juga di buat terhadap Ketua Polis Kunak kerana bersubahat dan enggan mengambil tindakan terhadap Alimuddin.

Serangan berkenaan dilakukan untuk menakutkan Lee yang selama ini tidak gentar berhadapan dengan pelbagai karenah Alimuddin demi memperjuangkan tanahnya yang dirampas sekalipun mahkamah telah meluluskan injunksi kepada pekebun kecil >> selanjutnya

▶ Comment

SARAWAK: Illegal land transfers probed

In Sarawak on May 15, 2008 at 5:19 am

malaysiatoday – THE Land Development Ministry, with the help of the state attorney-general, is investigating the illegal transfers of four lots of native land from Iban farmers to non-natives in Meradong Land Scheme B in Sarikei Division, its Minister Datuk Seri Dr James Masing said.
The titles to the four lots were issued to Ugon Rimau, Simba Dinggon, Ajai Baka and Imah @ Jembat Inggam, who are participants in the rubber planting scheme of the Sara-wak Land Development Board (SLDB).

The lots were illegally transferred to Chiew Yi Hin, Hong Nyuk Yip, Chew Sui Wui and Chan Poh Fung respectively.

Masing said: “The transfers of the land titles were discovered by the SLDB management to be fraudulent.

“A police report was lodged by the management against a former officer who had authorised the transfers.

“Unfortunately, the officer died on Dec 29, 2001.”

Masing said the scheme was meant to resettle Ibans from the borders and landless Ibans.

He said the Ibans’ eligibility to the land had not been revoked or challenged.

“From the names, it is obvious that the new owners are not natives >> selanjutnya

▶ Comment

Polis Samseng @ Samseng Polis

In Malaysiatoday, Sabah on May 15, 2008 at 5:15 am


Image
HALANG… Para pekebun kecil dihalang samseng daripada memasuki kawasan kebun mereka sehingga menimbulkan ketegangan. Koperasi masih mendirikan papantanda yang mendakwa tanah tersebut milik mereka dan sekaligus menghina mahkamah.

malaysiatoday – [...] Sehubungan itu, Lee telah membuat laporan polis terhadap ASP Tan yang memperdaya beliau dan rombongan di Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu dan telah memberi keterangan terhadap semua empat laporan polis yang dibuatnya kelmarin, termasuk terhadap Ketua Polis Daerah Kunak, Dingka Utoh.

Untuk rekod, 171 pekebun kecil telah memperoleh injunksi mahkamah untuk masuk dan mengusahakan kebun mereka pada 1 Februari 2008 dan menghalang Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad (Koperasi) mendakwa tanah tersebut milik mereka sehingga Mahkamah Tinggi Tawau membuat keputusan milikan tanah berkenaan.

Namun sehingga ke hari ini, koperasi bukan sahaja telah mengingkari perintah mahkamah, malah mengupah samseng dan menggaji lebih 100 pendatang asing tanpa izin untuk mencuri buah kelapa sawit yang diusahakan pekebun kecil.

Kenapa mereka berani mengingkari perintah mahkamah dan menyamun harta pekebun kecil? Mungkin kerana adanya polis samseng yang turut merampas tanah di kawasan pekebun kecil dan menyalahguna kuasa mereka untuk melindungi penjenayah.

Jika polis sudah menjadi samseng, maka para penjenayah yang menggunakan tenaga pekerja asing secara haram kini berbangga kerana mereka menjadi Samseng Polis?

Jawapannya hanya ada pada Ketua Polis Daerah Kunak, Dingka Utoh yang turut menggaji pendatang tanpa izin, Andi, yang menyerang Lee Boon Tiek di khalayak ramai pada 5 Mei 2008.

Sehingga 13 Mei 2008, Dingka masih minum bersama Alimuddin dan kuncu-kuncunya di khalayak ramai walau sudah berkoyan laporan dibuat terhadap Alimuddin. >> selanjutnya

▶ Comment

Brutal murder of a Mongolian beauty

In Raja Petra on May 15, 2008 at 5:12 am

Imagemalaysiatoday – [...] 10 of Ms Shaariibuu’s relatives arrived late amid tight security at Kuala Lumpur International Airport. Her father, Mr Shaariibuu Setev, is believed to be among them. They evaded a waiting media contingent and were taken immediately to the Kuala Lumpur Police headquarters to assist in investigations.

Ms Shaariibuu’s father is expected to provide DNA samples to facilitate the identification of her remains.

Meanwhile, police investigators continued to scour the secluded site outside the city where the bone fragments were found for more evidence.

Some of her personal effects, said to be a ring, a ear-ring and a wristwatch, have also been recovered.

But it is not known if these items, which are being used to help identify her, were recovered from her hotel room or the site where her body was found.

Investigators also brought Mr Abdul Razak yesterday to his office near the Petronas Twin Towers.

They are believed to have seized documents and CCTV footage from his office.>> selanjutnya

▶ Comment

Hanya RM1.3b diterima, bukan RM7.3b – Idris Jusoh

In Wang Ehsan on May 15, 2008 at 4:56 am

atranungkite – [...] Dalam persidangan tersebut, Amirsham memberitahu sebanyak RM13.4 billion wang royalti minyak Petronas diserahkan kepada kerajaan pusat manakala RM7.3 billion diberikan kepada Terengganu manakala Sabah dan Sarawak masing-masing menerima RM1.2 billion dan RM4.8 billion. Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu berkata, kerajaan negeri ketika di bawah pimpinannya sebelum ini hanya dimaklumkan sebanyak RM1.3 billion diberikan kepada Terengganu pada setiap tahun dalam tempoh tiga tahun tersebut.”

Wang royalti petroleum itu diberikan dalam bentuk wang ehsan dan ia kemudiannya digunakan bagi tujuan pembangunan Terengganu serta pentadbiran kerajaan negeri,” ujarnya ketika dihubungi, di sini semalam. Beliau berkata, kenyataan berkenaan (Amirsham dalam Persidangan Dewan Rakyat) seolah-olah menunjukkan pengurusan wang royalti minyak yang dibayar oleh Petronas berada di bawah kawalan kerajaan negeri Terengganu.

” Ia sebenarnya diselia oleh Kerajaan Pusat atau Kementerian Kewangan dan kerajaan negeri tidak mengawal segala perbelanjaan yang dibuat oleh kementerian terbabit. Kita juga tidak pernah diberikan maklumat mengenai jumlah sebenar wang itu dibelanjakan dan baki yang ada. Manakal tuntutan supaya wang royalti petroleum itu diserahkan kembali kepada kerajaan negeri masih dalam proses mahkamah.”>> selanjutnya

No2umnO – Pusat kata lain, negeri kata lain, dalam poket aku pun tak der, cari dalam akaun bank aku pun takder….Kat maner pulak duit ni?

▶ Comment

Tidak Ada MP Lompat Parti Semalam

In Lompat parti, Msomelayu on May 15, 2008 at 4:48 am

msomelayu – [...] Macam mana boleh berlaku tidak tahu. Kalau anak saya tidak menyedarinya mungkin si Putih 1, yang nakal gila itu tersangkut hingga ke malam. Begitulah kalau nakal berlebih akan ada bahannya.

Apa yang ditunggu pengumuman yang mengejutkan kononnya 17 Ahli Parlimen akan menyertai pembangkang seperti diuar-uarkan dan dijaja oleh sebuah blog tidak menjadi. Sampai ke petang orang-orang yang mudah terasuk dengan berita itu menunggu di Parlimen.

Sahlah berita berkenaan satu perang saraf yang ditaburkan oleh pihak Umno kerana rimas dengan dakwaan Anwar Ibrahim itu. Nampaknya strategi itu berjaya! Lepas ini kalau ada kejutan perkara itu orang sudah tidak akan pedulinya lagi.

Semalam saya jumpa dengan Mohd Azmin Ali, Naib Presiden PKR dalam rangka untuk interviu beliau bagi untuk bahan Siasah. Di kesempatan itu saya bertanya hal berkenaan kepadanya. Jawabannya menarik juga. Bahawa dakwaan itu ada asas dan kalau mengikut Azmin pembentukan Kerajaan Persekutuan baru akan dibuat lebih awal. >> selanjutnya

▶ Comment

Para pemimpin BN sudah tekan ‘ panic button’

In Lompat parti on May 15, 2008 at 4:45 am

agendodaily - Pengarah Strategi PKR,Saifuddin Nasution nampaknya tidak terusik dengan cakap-cakap yang tidak yakin dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mereka sudah ada dalam tangan jumlah Ahli Parlimen BN yang cukup untuk membentuk kerajaan.Sewaktu ditemui di bilik rehat Ahli Parlimen petang Rabu ,beliau yang juga Ahli Parlimen PKR kawasan Machang,Kelantan relaks saja kata, “ samada perkara ini real atau persepsi…jawapannya real … do we have the numbers …jawapanya yes …so isunya apa…isunya timing .”Beliau juga dengan penuh yakin berkata semua komponen untuk menjayakan hasrat mereka sudah diambil kira.Ditanya apakah ‘lompat ‘ itu menerusi penyertaan sesebuah parti lain sebelum menyertai pembangkang atau ‘ lompat’ terus masuk PKR,Saifuddin berkata itu soal kaedah.>> selanjutnya

▶ Comment

Mufti Perak di Kuala Selangor malam esok

In Kerajaan Selangor on May 15, 2008 at 4:40 am

Mufti Perak, Dr Haron Din antara panel forum anjuran Jais malam esok
Harakahdaily – [...] Progam tersebut bertempat di Stadium Kuala Selangor akan menampil ahli panel terkenal, Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria, Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Harun Din dan Dato’ Ismail Kamus.

Manakala Moderatornya pula oleh, Dato’ Dr Hassan Ali.

Majlis tersebut akan dimulakan dengan solat Isya dan Hajat berjamah.

Dalam pada itu, penganjur berkata, program Nur Iman itu berobjektifkan dakwah sebagai kunci penyebaran dan kefahaman Islam di dalam masyarakat majmuk.

Justeru Jais meneruskan inisiatif untuk menghidupkan semula era kegemilangan Forum Perdana Ehwal Islam yang berjaya dilaksanakan pada awal tahun 1990an.

Katanya, forum terbuka yang menjadi faktor pembuka minda dan pencambahan budaya ilmu di dalam masyarakat Malaysia yang dilaksanakan semula di Shah Alam dan Kelang baru-baru ini mendapat sambuatan luar biasa masyarakat.

“Siri Ke-3 forum ini bertempat di Daerah Kuala Selangor akan dilaksanakan pada minggu ini Jumaat 16 Mei 2008 bertempat di Stadium Kuala Selangor,” katanya. >> selanjutnya

▶ Comment

Padang jarak padang terkukur

In Berita luar on May 15, 2008 at 4:39 am

Bharian – FOTO diedarkan agensi berita rasmi Xinhua Rabu lalu menunjukkan pemandangan dari udara kawasan bandar yang mengalami kemusnahan teruk di Yingxiu dalam daerah Wenchuan di Barat Daya wilayah Sichuan, dua hari selepas gempa bumi besar berlaku

▶ Comment

Ibu pejabat DAP Perak dilontar bom petrol

In DAP on May 15, 2008 at 4:36 am

Utusmeloya - GEMPAR !!! Ibu Pejabat DAP Perak di Bandar Ipoh Raya di sini dilempar bom petrol oleh dua lelaki awal pagi ini menyebabkan dua letupan kuat berlaku.

Kejadian pada pukul 2.20 pagi itu disedari oleh seorang pengawal keselamatan Ammeri Ahmad, 45, yang ketika itu bertugas di sebuah sekolah berhampiran pejabat itu yang kemudian menghubungi pihak polis.

Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan. Dua tingkap pejabat itu mengalami kerosakan.

No2umnO – kalau cerita pasal BOM ni aku fobia sikit. Teringat lak pasal C4 …. sapa yang nak provok ni agaknya?

▶ Comment

RM2.37 Bilion Dibelanjakan Untuk PLKN Dari 2004 Hingga 2007

In PLKN on May 15, 2008 at 4:33 am

Bernama – Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM2.37 bilion untuk mengendalikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak ia dimulakan pada 2004 hingga tahun lepas, Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata bagi tahun 2004, sejumlah RM608.6 juta telah dibelanjakan, RM604.8 juta pada 2005, RM588.2 juta pada 2006 dan RM565 juta pada 2007.

“Setakat ini kerajaan amat berpuas hati dengan pencapaian PLKN yang telah mencapai objektifnya seperti yang telah ditetapkan,” katanya menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Rasah).

Abu Seman berkata, berdasarkan kajian keberkesanan yang dilakukan, program tersebut didapati berjaya menanam semangat partiotisme sebanyak 82.0 peratus di kalangan remaja, pembinaan jati diri dan kepimpinan sebanyak 88.3 peratus dan pemupukan semangat integriti kaum sebanyak 86.7 peratus.
>> selanjutnya

No2umnO – Elok sangat la tu …. sendiri buat keputusan, sendiri dapat, sendiri kata puas. Apa punya kerajaan la …

▶ Comment

Anak siapa kah ini?

In Belit UMNO on May 15, 2008 at 2:30 am

Aku di beritahu melalui email bahawa remaja ini adalah anak seorang pemimpin Melayu negara ini. Cuma aku tak nak sebut lah …. bagi korang tertanya tanya dan berteka teki…. ada banyak lagi gambar sehingga ada yang menjolok anak mata dan anak tekak. Aku malas nak siar semuanya …. tapi korang cari lah sendiri … anak siapa kah ini?


>> selanjutnya

▶ Comment

Old mosque torn down despite heritage value

In Kerajaan Terengganu on May 15, 2008 at 1:52 am

Despite being considered a heritage site, the 57-year-old Masjid Raja in Cendering, Kuala Terengganu was demolished to make way for a bigger one. While details are a little sketchy, the State Museum shows the 60ft by 70ft mosque was built in 1951 using cengal wood while the roof has a Limas Bungkus and Limas Belanda design, while its walls incorporate a kembung design said to be rare in homes these days.

NST – People here are saddened by the tearing down of the Masjid Raja in Cendering which they consider a heritage site.
While details are a little sketchy, the State Museum shows the mosque was built in 1951 and was originally a house belonging to a Tengku Seri Wa Raja Tengku Abdullah, who donated it for the very purpose.

Tengku Abdullah is a member of the royal family.

The 60ft by 70ft mosque itself was built using cengal wood while the roof has a Limas Bungkus and Limas Belanda design, while its walls incorporate a kembung design said to be rare in homes these days. >> selanjutnya

▶ Comment

Najib berani hanya berkokok di dewan

In Belit Najib on May 15, 2008 at 1:35 am

Beliau tidak pernah mengenali apatah lagi berjumpa dengan Altantuya, 28, yang mati dibunuh pada Oktober 2006.

Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata, perkara itu telah beberapa kali diperjelaskan, tetapi ada sesetengah anggota pembangkang dengan sengaja cuba mengaitkan nama beliau dalam kes tersebut….selanjutnya [Utusmeloya]

Berkokok lagi si Najib di dalam Dewan. Biar apa pun yang cuba dikatakan, orang semua tak percaya. Penglibatan Razak baginda, UTK, C4 dan macam macam lagi, memberikan bayangan yang berlainan dari apa yang dia cuba jelaskan. Tidak di panggil ke mahkamah dan beliau sendiri pun tak berani untuk ke sana. Kalau benar benar tidak bersalah dan mahu mahkamah membuktikan, berkunjung lah ke mahkamah Shah Alam dan tegakkan pendirian. Kalau setakat berkokok di dalam dewan, gua tak caya sama lu….. Sorry la bro.

▶ Comment

Kos Sebenar Pembinaan Putrajaya RM11,831 Juta (11.8 Billion)

In Pembaziran BN on May 15, 2008 at 1:23 am


bernama - [...] Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kos sebenar bagi pembinaan Putrajaya, pusat pentadbiran baru kerajaan pusat sehingga ini adalah RM11,831 juta.

Beliau berkata ia meliputi pembangunan pejabat-pejabat kerajaan, kuarters kerajaan, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan rumah kediaman rasmi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Hakim.

“Selain itu, ia juga turut meliputi pembangunan infrastruktur seperti terowong, jalan, jambatan, menara selain kemudahan awam seperti taman, dataran dan tasik,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari Rabu.

Abdullah berkata pembinaan bangunan pejabat-pejabat kerajaan di Putrajaya dibuat secara penswastaan melalui kaedah bina, pajak dan pindah.

Beliau berkata melalui kaedah ini, Putrajaya Holdings menggunakan pembiayaan sendiri untuk membina pejabat-pejabat kerajaan itu secara berperingkat di atas tanah kerajaan. “Kerajaan menyewa bangunan tersebut dalam tempoh konsesi selama 25 tahun dengan kadar bayaran bulanan yang telah ditetapkan iaitu bermula dengan RM2.50 sekaki persegi.

“Pada akhir tempoh konsesi, bangunan-bangunan ini akan dipindahkan kepada kerajaan tanpa lain-lain bayaran,” katanya.

Abdullah berkata bangunan kerajaan mula diduduki secara berperingkat oleh kementerian dan jabatan kerajaan apabila bangunan-bangunan yang diperuntukan kepada mereka siap.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata jumlah sewa tahunan yang dibayar kerajaan kepada Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. pada tahun 2007 ialah RM929.7 juta manakala pada tahun 2006 ialah RM878.1 juta.

“Pada tahun 2005, kerajaan membayar RM732.0 juta kepada mereka dan pada tahun 2004 sebanyak RM434.0 juta,” katanya….selanjutnya [KLIK DI SINI]

No2umnO – Tu la korang. Nak tengok sangat bangunan … nah ambikkkkk tu. Ada rakyat Malaysia yang tak pernah pun tengok Putra jaya tau…. apalagi tengok kapalselam, sukhoi, kapal terbang perdana Menteri…..hey, kalau bab belanja besar …. serah aje kata kerajaan BN. Sehari boleh langsai billion billion ….

▶ Comment

“Islamnya Siti Fatimah hanya di atas kertas”

In artikel on May 15, 2008 at 1:14 am

republikkata – [...] Klip Video VK Lingam sudah selesai disiasat. Hasil siasatan dan laporannya telah pun diserahkan kepada YDP Agung. Kerajaan menerusi mesyuarat kabinetnya Jumaat ini akan memutuskan sama ada mahu didedahkan kepada umum atau tidak. Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menyeru baru-baru ini supaya didakwa mereka yang terlibat dalamm percaturan hakim-hakim seperti perbualan oleh VK Lingam dalam pita itu. Publik telah mengikuti kes ini dari seawalnya, jadi kemungkinan mereka ingin mengetahui akan akhiran plotnya.

Dalam UMNO sibuk berteriakkan Hidup Melayu, ada permohonan untuk keluar Islam diterima di Mahkamah Penang. Pembenaran oleh mahkamah ini nyarisnya terselindung kerana isu Karpal sedang heboh diperdebatkan.

“Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia (SARM) yang akan ditubuhkan kelak, tidak akan diletakkan secara khusus di bawah tanggungjawab Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.” — petikan Malaysiakini.

Wajar Karpal Singh dikenakan tindakan kerana mempersoal institusi raja?

Mohd Farid, Karpal tidak wajar menyentuh bidang kuasa YTM Sultan Perak, namun ia wajar bagi seseorang menyuarakan atau membantah sesuatu yang tidak memberi kebaikan pada asasnya di atas prinsip demokrasi. Seperti umum mengetahui Datuk Jamry Suri tidak mahu berkerjasama dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sekarang, oleh itu sepatutnya ia ditukar….selanjutnya [KLIK DI SINI]

▶ Comment

Peluang UMNO bertemu Mahathir di Johor

In Belit Mahathir on May 15, 2008 at 1:03 am
Forum: UMNO Pasca PRU 12 : Suara Hati Rakyat
Di Hotel M-Suite, JB, 8am-2pm, Sabtu 17 Mei 2008

kudakepang – [...] Badan Bertindak Gabungan Ahli-Ahli Akar Umbi UMNO Johor dengan kerjasama Mykmu.net (Johor) akan mengadakan forum di atas di mana Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Bin Mohamad dijangka menyampaikan ucaptamanya.

Lain-lain panel adalah Datuk A. Kadir Jasin, YB Dato’ Mukhriz Tun Mahathir, Dato’ Zainal Abidin Zain dan saya sendiri (Ruhanie Ahmad). Bekas Duta, Datuk Syed Hussein Al-Habshee, akan bertindak sebagai moderator.

Masuk percuma, semua dijemput hadir. Sila emailkan nama dan nombor telefon ke mykmujohor@yahoo.com untuk pendaftaran.

Saya pula mengharapkan sahabat-sahabat surfers dan bloggers mengirimkan inputs ke blog ini untuk saya luahkan di forum berkenaan.

Sempena forum itu, buku-buku The Toyol Code, Gelombang Kuning Gelombang Rakyat dan Hindraf: Satu Konspirasi? akan dijual dengan harga diskaun. Oleh kerana stok terhad, hanya 150 buah bagi setiap jodol akan di bawa ke JB….selanjutnya [KLIK DI SINI]

▶ Comment

Pertahankan Hak Melayu 2

In Bangsa Melayu, Matsamankati on May 15, 2008 at 12:41 am

matsamankati – [...] Dari dulu, aku memang tak puashati dengan sistem pendidikan negara ini. Betul la, ada orang kata aku pun lahir dari sistem itu jugak. Tapi sejak lepas sekolah, aku tak pernah menggunakan sijil aku untuk cari kerja. Kali pertama aku minta kerja, tukang interbiu tak pandang pun sijil aku. Sebaliknya dia tanya yang bukan-bukan.

Syarikat yang aku mintak kerja tu adalah sebuah syarikat yang agak besar tapi dimiliki oleh satu keluarga Cina diPenang. Kalau lalu kat Ayer Rajah Road, satu deret banglo anak beranak, tauke Eng Guan Chan Group of Companies.

Tukang interbiu tu adalah MD salah satu syarikat dalam group tu. Dan soalan yang dia tanya mengenai Sun Tze’s Art of War, The 36th Chamber, the Warring Nations….. benda ni bukan ada diajar kat sekolah!

Masa tu, aku lah satu-satunya Melayu yang mintak kerja kat syarikat tu. Dan ditakdirkan, aku dapat kerja. Daripada 7 orang yang datang interview, aku sorang saja Melayu, dan masa tu rambut aku pun panjang lagi, maklum lah masih rockers lagi, tapi dia ambil Melayu, dan reject 6 lagi Cina….selanjutnya [KLIK DI SINI]

▶ Comment

Seks: Muslimat bantah Yen Yen

In PLKN on May 15, 2008 at 12:36 am

malaysiakini - [...] Dewan Muslimat melihat cadangan tersebut dibuat dengan sikap ambil mudah dan seolah-olah melepaskan batuk di tangga kerana kementerian terbabit bersama Kementerian Pelajaran sewajarnya terlebih dahulu meletakkan dan menjelaskan kepada umum akan konsep, objektif dan mekanisme pendidikan seks itu sebelum mengambil tindakan bersifat “tangkap muat” kepada para pelatih PLKN dan seterusnya kepada generasi muda seluruhnya.

Bahkan konsep, objektif dan mekanisma pendidikan seks tersebut mestilah dapat diterima serta mengambil kira pandangan semua kaum dan agama dalam negara ini kerana rakyat Malaysia beragama, beradab dan berbudaya luhur.

Konsep, objektif dan mekanisma itu nanti seeloknya juga dimuatkan dalam Dasar Sosial Negara (DSN) yang telah dilancarkan pada 19 Ogos 2003 kerana yang jelas wujud kelompangan sangat ketara dalam DSN meskipun telah lima tahun berlalu.

Sehingga kini, Dewan Muslimat mengenal pasti bahawa pendapat dan pandangan daripada pelbagai pihak dan lapisan masyarakat belum lagi diambil kira bagi menghasilkan pengisian yang terbaik untuk program tersebut….selanjutnya [KLIK DI SINI]

No2umnO – Aku ingat suruh Ng Yen Yen sendiri ajar anak dia pasal seks. Tak payah nak sibuk pasal anak orang lain. Tak habis habis cerita pasal benda ni …. Ada komisyen ke?

▶ Comment

Kendi lama singkap asal usul Melayu

In Ilmu on May 15, 2008 at 12:25 am


Kendi Mahawangsadetikdaily - [...] Namun, andaian itu gagal dibuktikan. Andaian itu juga menyebabkan para pengkaji serta ahli arkeologi berpendapat bahawa ada kemungkinan, tentera Rom sebenarnya gabungan tentera-tentera antarabangsa dan bukan terdiri daripada warga Rom sahaja.

Hal ini yang menjadi bahan fikiran saya apabila terdengar ungkapan yang menyatakan, tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China. (sesetengah pihak ada yang mendakwa ungkapan ini adalah hadis juga, wallahu ‘alam.)

Jika perihal kejatuhan Rom diwahyukan kepada baginda Rasulullah s.a.w melalui surah ar-Ruum, apakah ada kemungkinan tentera China juga bersama-sama tentera Rom itu ketika angkatan perang tersebut melawan tentera Farsi? Wallahu ‘alam …

Dan, adakah kerana itu (jika ungkapan di atas adalah hadis), maka Rasulullah berkata tuntutlah ilmu walau ke negeri China? Dan, adakah kerana itu, maka pendakwah Islam terulung seperti Sa’ad bin Abi Waqas telah menjelajah jauh sehingga ke negeri China untuk menyampaikan risalah Islam?

Kita tidak ada rancangan dokumentari yang cukup kuat seperti Discovery Channel atau History Channel. Perlunya Melayu menjejak asal usul mereka kerana hal ini bagi saya adalah sunnah nabi dan sunnah para anbiya’ terdahulu.
Beberapa riwayat menunjukkan bahawa Nabi Muhammad pernah melalui beberapa kawasan dan menemui kesan saki-baki peninggalan kaum terdahulu yang ingkar kepada Tuhan, lalu mereka dibinasakan.

Setiap kali melewati kawasan itu, Rasulullah s.a.w bersabda kepada para sahabat agar mereka segera mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa kebinasaan kaum terdahulu daripada mereka. …selanjutnya [KLIK DI SINI]

No2umno – Menarik sejarah melayu….tapi kalau aku berada di zaman dahulu, mungkin kendi tu aku yang punya. Dan bayangkan orang ramai sedang memerhatikan kendi milik ku. Tapi kalau sekarang aku mempunyai kendi dibawah….siapa kah ahli akeologi yang akan temui kendi aku ….

http://www.fomca.org.my/bmalay/UserFiles/Image/kettle.jpg
Phuhhhhh…..aku minta minta kendi aku ni jadi barang sejarah satu hari nanti. Aku nak tanam di bawah tanah jugak.

▶ Comment

BABAK PERTAMA?

In Lompat parti on May 15, 2008 at 12:18 am


Babak pertama lompat parti…debaran berlalu
agendodaily - [...] Hari Rabu berlalu macam biasa…walaupun ada yang mendakwa dan yakin akan berlakunya perubahan landskap politik negara dengan kemungkinan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti, hakikatnya suasana di Parlimen tenang-tenang saja.Wartawan Agendadaily yang memerhati suasana di beberapa lokasi sekitar Parlimen dari waktu sidang Dewan Rakyat bermula jam 9 pagi hingga selesai lewat jam 9 malam Rabu tiada sesuatu ‘pergerakan’ yang boleh mencuri perhatian.Cuma lewat pagi mereka yang masuk ke kantin Parlimen kelihatan tertarik pada kelibat dua Ahli Parlimen – Datuk Ghafur Salleh (BN-Kalabakan) dan Khairy Jamaluddin ( BN-Rembau) sedang serius berbual di satu sudut di situ.Dalam pada itu kalangan para wartawan yang bertugas di Parlimen bertumpu untuk mendapatkan komen dari siapa saja Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang mereka kenal … selanjutnya [DISINI]

No2umnO – Hari Rabu? Siapa cipta cerita? PKR dan kepimpinannya tak sebut pun ……

▶ Comment

Kos Menaiktaraf LTSM Menjadi RM 530 Juta

In Terengganu, Wang Ehsan on May 15, 2008 at 12:13 am

//buletinonline.net/images/berita5/airportrunaways.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

buletinonline - [...] Menteri Besar Terengganu, Dato’ Mad Said tidak tahu dan mempersoalkan mengapakah kos menaiktaraf landasan terbang Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) menjadi RM 530 juta.

Beliau berkata pada awal perbincangan dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kos tersebut adalah RM 300 juta sekiranya landasan tersebut dipanjangkan di daratan dan sekiranya landasan terbang dipanjangkan kearah laut, kos menjadi lebih murah kira-kira RM 200 juta.

”Dalam perbincangan pada awal tahun lalu, diberitahu kos tersebut meningkat kepada RM 250 juta,

“kita (kerajaan negeri) menerima dan bersetuju dengan kos tersebut,
”tiba-tiba dua bulan yang lalu diberitahu bahawa kos tersebut menjadi RM 530 juta.” kata Mad Said.

Beliau berkata sekiranya projek tersebut diputuskan oleh kerajaan negeri kemungkinan ia boleh dikurangkan dan kos menjadi lebih murah, namun ia diluar kuasa kerajaan negeri kerana projek tersebut dilaksanakan oleh kerajaan pusat….selanjutnya [KLIK DI SINI]

dan cerita lain …..
Terengganu tak terima baki RM3b – Sah 50% belanja bina LPT2 duit royalti

▶ Comment
« BeforeMay 14, 2008 
After May 16, 2008   »
    • About

      This is an example of a WordPress page, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from. You can create as many pages like this one or sub-pages as you like and manage all of your content inside of ... Continue reading »

    • Archives

      • June 2009
      • October 2008
      • August 2008
      • July 2008
      • June 2008
      • May 2008
      • April 2008
      • March 2008
      • February 2008
      • January 2008
      • December 2007
      • 100 hari PR
      • 13 Mei
      • 16 September 08
      • 18SG
      • Abolish ISA
      • ADI PUTRA
      • adnan mansur

    •  

      May 2008
      M T W T F S S
      « Apr   Jun »
       1234
      567891011
      12131415161718
      19202122232425
      262728293031  
    • RSS No2umnO blogsport

      • Apa itu Perjuangan ikhlas?
      • Galleri imej menarik sekitar Kongres
      • Laman web FOMCA di godam
      • Ucapan dasar Ketua AMK
      • Yassin lebih berani dari Mawi
      • Naib Ketua AMK Batu Dimasukkan Ke Hospital Kuala Lumpur
      • Bila lagi?
      • Masjid RM10 juta, jemaah 4 orang
      • Hello Mahathir ... mana senarai tu?
      • Monopoli punca Melayu gagal
    • Blogroll

      • azezul
      • bernama
      • bharian
      • detikdaily
      • fuiyoh
      • hmetro
      • isuhangat
      • kosmo
      • malaysia-today
      • marhaen
      • mstar
      • newskini
      • no2umno
      • no2umno.blogspot
      • tranungkite
      • umno-reform
      • utusan
    • Recent Posts

      • Sultan tolak idea jambatan ketiga PM
      • Diskusi : Nasha … sila keluar !
      • Look beyond race in PKNS top job – MB
      • Malaysia rated among ‘most risky’
      • UMNO tiada pilihan
    • Google news

    • Recent Comments

      RuhulAmin on ‘Sakabangsa’ jadi …
      Bani Hasyim Klate on ‘Sakabangsa’ jadi …
      RuhulAmin on ‘Sakabangsa’ jadi …
      joe on KLIP LUCAH IDA NERINA dan FAUZ…
      grkumar on Justice for Raja Petra Ka…
    • Archives

      • June 2009
      • October 2008
      • August 2008
      • July 2008
      • June 2008
      • May 2008
      • April 2008
      • March 2008
      • February 2008
      • January 2008
      • December 2007
    • Top Posts

      • LAMAN WEB LUCAH BUATAN MALAYSIA
      • Hukuman tidak hadir PLKN diubah
      • Bayar RM50 gugur kandungan
      • KLIP LUCAH IDA NERINA dan FAUZI NAWAWI?
      • Gadis litar bikin mata berputar
      • Pelatih PLKN lahir bayi di pusat latihan
      • Keningau, pusat judi sabung ayam terbesar di dunia?
      • "Kita kena jadi Melayu yang liberal"
      • Najib introduced Altantuya to Baginda
      • Bakal MB JOHOR Baru Seorang Veteran UMNO
    • Top Clicks

      • kosmo.com.my/kosmo/conten…
      • feedproxy.google.com/~r/N…
      • blalang.com/pictures/?p=2…
      • feedproxy.google.com/~r/N…
      • bp3.blogger.com/_ilH0AKUT…
      • kosmo.com.my/kosmo/conten…
      • bharian.com.my/Current_Ne…
      • no2umno.blogspot.com
      • bharian.com.my/Gambar_Pil…
      • cradleoflife.wordpress.co…
    • Blogroll

      • azezul
      • bernama
      • bharian
      • detikdaily
      • fuiyoh
      • hmetro
      • isuhangat
      • kosmo
      • malaysia-today
      • marhaen
      • mstar
      • newskini
      • no2umno
      • no2umno.blogspot
      • tranungkite
      • umno-reform
      • utusan
    • Pages

      • About
    • Meta

      • Log in
      • Entries RSS
      • Comments RSS
      • WordPress.com

Blog at WordPress.com. Theme: DePo Masthead by Derek Powazek