kalau lah satu klik itu bernilai RM1, wak sekarang ini sudah boleh digelar jutawan. Tapi ianya melebihi dari itu, kerana jumlah klik yang diperolehi, beerti kerjasama, persahabatan dan setiakawan yang memberikan harapan untuk blog ini terus hidup.
Perjuangan masih panjang. Itu kata mereka dan selagi ada hayat dan kederat, insyaAllah blog ini boleh terus bernafas.
Pada jam 4.04 petang semalam [15/5/2008], Blog yang ‘entah apa apa’ ini telah mencapai sasaran 1 juta klik. Bangga juga rasa hati tapi tanpa bantuan rakan rakan dan pembaca, ianya tidak akan mejadi realiti.
Ikhlas dinyatakan bahawa jumlah 1 juta ini membuatkan wak rasa syok sendiri. Kalau hendak di bandingkan dengan Malaysiatoday, Malaysiakini, Newskini dan laman web dan blog lain, mungkin jumlah pencapaian ini dikira tercicir. Tapi pada wak, sudah cukup untuk setakat ini kerana duduk di garaj kereta dengan komputer yang tersenggut senggut jenama tahun 1996, masih mampu untuk memperolehi jumlah pembaca yang bukan mudah untuk diperolehi.
Kalau lah aku orang kaya, sudah pasti sudah kubuat satu jamuan untuk merayakan pencapaian ini, tapi nak beli susu anak pun termengah mengah maka cukup lah sekadar ucapan terima kaseh kepada semua pelayar blog No2umnO. Kepada yang ikhlas melayar, pelayar sekali sekali, yang tersilap tekan dan tersasar ’search’, tak kira di mana anda kerjasama anda amat di hargai.
Kekadang airmata mahu mengalir bila mendapat layanan seperti ini, tapi bila wak lihat dicermin, bukannya air mata tapi hingus yang turun kerana cuaca tak bagus dan wak selsema ketika ini. Perasaan hiba tu ada, tapi untuk kata sedih itu nampak macam tipu sangat.
Semoga kita terus dapat bersama, bertukar tukar pandangan dan memanjang kan persahabatan untuk menghidupkan suasana ceria di dalam blog ini. Kepada pengunjung dan rakan rakan Warung Botox. terima kaseh kerana menceriakan hari hari wak di sini. Sekurang kurang dengan lalutan lalutan dan jeritan tanpa suara kalian dapat mengurangkan rasa kebosanan wak ketika melakukan updating. Kekadang tu bini wak pun bimbang sebab ketawa sendiri sehingga terkekeh kekeh. Pernah anak sendiri berbisik dengan ibunya “Abah tu sihat ke Ma?”
Kekadang bontot terasa kebas dan kemaluan terasa hilang akibat terlalu lama duduk dikerusi tapi kerana sambutan yang diberikan, semua itu tidak menjadi penghalang. Kepada mereka yang menyunting arikel dan memberikan kerjasama menyiarkan artikel dari blog ini, wak ucapkan terima kaseh tak terhingga dan kepada mereka yang tidak bersetuju dan memaki hamun di dalam ruangan komen, wak minta maaf membuat kalian teruja.
Semuga di sihatkan tubuh badan kita semua dan diluangkan lebih masa untuk kita bersama bagi masa masa yang akan datang. IsyaAllah dengan sambutan ini, memberikan semangat untuk wak cari wang bagi membayar terus bill internet. Kalau tiada update yang berlaku, tentu korang dah boleh agak kenapa…..
Salam persahabatan dan terima kaseh tidak terhingga ….. dari
Radenjowo