no2umno

Archive for May 19th, 2008

Reaksi Tok Guru Lambang Kebijaksanaan Ulama

In EMAIL, noontimesilence on May 19, 2008 at 10:30 pm

bulanpenuh2012 - Saya cukup gembira melihat kejernihan wajah Tok Guru Nik Aziz di kaca TV malam tadi. Beliau ditemubual pemberita berkenaan tindakan Mahathir keluar Umno. Rasanya adalah dalam 15 saat. Lokasinya seakan di ruang tamu sebuah rumah kampung (rumah Tok Guru lar kot!).

Kejernihan yang terpancar dari wuduk yang sempurna, dilengkapi perwatakan dan akhlak yang unggul, disantuni melalui lidah yang membawa ayat-ayat al-Qur’an dan hadis nabi s.a.w ke mana-mana kakinya melangkah.

Terubat rindu yang terbuku di hati tatkala melihat senyum yang terpancar dari wajahnya. Rasanya ingin kembali ke masa-masa remaja di tahun-tahun 1990-an di mana banyak masa dipenuhi dengan pengisian kuliah, ceramah, khutbah dan tazkirah yang disampaikannya.

Kerinduan ini membuat mata terpaku ke kaca TV. Namun setiap bicaranya tetap menelusuri ruang hati yang sentiasa merindui beliau. Alangkah bahagianya sahabat-sahabat dan saudara-mara di Kelantan yang bernaung di bawah pemerintahan pewaris nabi ini!… selanjutnya.

Tentang Mahathir …. de’ blog

In Belit Mahathir on May 19, 2008 at 10:06 pm

Apa Anwar kata?

In Anwar Ibrahim on May 19, 2008 at 10:03 pm

anwaribrahimblog

Keluar Umno
Maka lengkaplah sudah urutan Presiden Umno yang meninggalkan parti dari era Dato’ Onn Jaafar hingga Tun Dr. Mahathir

Alasan terkini adalah demi bangsa Melayu, tetapi jika PM Abdullah berundur, beliau akan menyertai Umno semula.

Arakian tambah berkecamuklah Umno. Pemimpin saling berebut dan bercakaran dan rakyat tidak terbela.

Kepada rakan dan taulan, tingkatlah amal, pastikan Parti mantap, program utuh dan agenda membela rakyat terlaksana.

Politik bukan arena sepak terajang tetapi wadah perjuangan!

ANWAR IBRAHIM

Mukhriz…’ku dipersimpangan dilema’

In Belit Mahathir, Mukhriz on May 19, 2008 at 10:00 pm

agendodaily – Datuk Mukhriz Mahathir jarang mengelak dari para wartawan yang hendak mendapatkan komen mengenai isu politik.Sebaliknya sepanjang petang hingga ke malam Isnin Exco Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Jerlun ini tiba-tiba jadi sukar dihubungi oleh para wartawan.Ada yang hanya berpeluang setakat bercakap dengan pembantu khasnya saja.Sebabnya tidak lain tidak bukan ialah berita gempar bapanya,Tun Dr Mahathir Mohamad buat pengumuman di majlis dialog bersama Himpunan Melayu Kedah di Alor Star beliau keluar UMNO pada waktu tengahari.Wartawan Agendadaily agak bernasib baik kerana kebetulan beliau sendiri menjawab telefon bimbitnya ketika ia berdering pada waktu petang.Itupun suaranya kedengaran amat keberatan sekali untuk menyentuh bab itu Akhirnya Mukhriz hanya bersetuju untuk dipetik sebagai berkata buat masa ini beliau enggan memberi sebarang ulasan mengenai tindakan Dr Mahathir umum keluar UMNO.”Sekarang ini saya sedang berfikir,”katanya.… selanjutnya.

Isyarat kuat – UMNO bergolak

In Belit Mahathir, UMNO bergolak on May 19, 2008 at 9:58 pm

umnoreform – Adakah ini tanda-tanda besar kiamat buat UMNO? Adakah UMNO sudah sampai pada waktunya lantas akan turun dari takhta politik tanah air? Dr Mahathir pengasas UMNO Baru sudah melepaskan keahliannya dan akan hanya kembali pada UMNO setelah Pak Lah meletakkan jawatannya.

Kenapa dan apakah sebab langkah itu di buat oleh Dr Mahathir? Persoalan ini akan menimbulkan seribu satu persoalan lain tanpa ada satu jawapan yang konklusif. Apa yang boleh diulas mengenai perlepasan keahlian itu adalah tindakan drastik Dr Mahathir untuk Pak Lah melepaskan jawatan. Spekulasi akan timbul dan mungkin inilah yang Dr Mahathir mahukan. Spekulasi mengenai kestabilan UMNO kala ini.

Kalau dengan melepaskan keahlian maka Dr Mahathir berharap kedudukan Pak Lah akan tergugat sehingga dia mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan Presiden dan Perdana Menteri maka umno-reform.com percaya Mahathir lebih mengetahui. Pak Lah tidak akan melepaskan jawatannya sekarang dan tidak akan tunduk pada desakan biar UMNO diletakan dalam amaran Tsunami peringkat tertinggi. Namun sekiranya berduyun ahli UMNO bertindak untuk melepaskan keahlian dan jawatan maka keadaan itu membungakan kedudukan kritikal buat UMNO.

UMNO akan bergolak. Itu adalah impak perlepasan keahlian oleh Dr Mahathir. Keadaan itu akan meletakkan UMNO dalam keadaan yang terdesak dan ini akan memberi peluang untuk barisan pembangkang muncul untuk menjadi alternatif kepada UMNO dan Barisan Nasional yang semakin lemah. Adakah ini impak yang dimahukan? … selanjutnya.

Anwar bertanding di Gombak?

In Anwar Ibrahim on May 19, 2008 at 9:55 pm

matsamankati - Cerita Mahathir letak jawatan masih panas, macam pisang goreng baru diangkat. Bagi orang Pas, ramai yang gembira malah ada yang menawarkan Mahathir masuk Pas. Bagi orang PKR, ramai juga yang gembira tapi ramai yang mengharapkan Mahathir masuk lokap.

Ada yang kata, “yang sudah tu sudah la, forgive and forget”. Tapi bagi aku, I can forgive but I’ll never forget. Jikalau setiap kesalahan itu boleh diampuni dengan kata maaf, mengapa Tuhan mencipta syurga dan neraka? Biarpun Tuhan itu Maha pengampun, tapi yang salah tetap perlu mendapat pembalasannya.

Aku bukan nak cerita pasai Mahathir. Mampuih pi la. Berani buat berani tanggung.… selanjutnya.

SB dalam PKR

In Matsamankati on May 19, 2008 at 9:52 pm

matsamankati – [...] Bukan aku sorang saja yang tertunggu-tunggu tentang isu ‘lompat’, ramai lagi yang tertanya-tanya. Jadi ke?

Semalam ada program PKR di Manjung, dan aku pun cuba nak korek sikit sebab ada ramai top leader yang datang. Tapi bila aku sampai, aku tengok, program tu program tertutup. Untuk kepimpinan saja. Jadi, walaupun ada beberapa member yang ajak aku masuk, tapi aku cakap tak bagus la. Lunch time nanti aku datang balik, kot-kot boleh jumpa Mustaffa Kamil, Lee Boon Chye.

Sedang aku relax kat lobby, aku nampak sorang SB sedang berlegar dikalangan ahli-ahli PKR yang nak bermesyuarat. Dia ni dulu SB Kuala Kangsar. Masa kempen dulu, dia yang dok rakam muka aku tapi lepas pilihanraya, dia hilang. Tup-tup nampak muka dia kat Manjung.

Dia datang kat aku dan menghulurkan tangan, “Salammelekom yob,ingat lagi ke? dia tanya aku.… selanjutnya.

PM Abdullah in danger as Mahathir quits party

In Belit Mahathir on May 19, 2008 at 9:48 pm

sun2surf – [...] “It’s like pulling another brick out of the crumbling wall,” said Tricia Yeoh, director of the Centre for Public Policy Studies. “Once Mahathir resigns, some others will too.”

If UMNO lawmakers quit the party and declare themselves independents, meaning no party commands a clear majority in parliament, it will send Malaysia into the political wilderness.

Umno, the backbone of the 14-party BN that has ruled since independence from Britain in 1957, holds 79 of BN’s 140 seats.

The opposition, led by former deputy premier and Mahathir’s foe, Datuk Seri Anwar Ibrahim, needs to gain just 30 seats to win a simple majority and form the government.

“Mahathir’s resignation highlighted the precarious political situation in Malaysia and could be negative to the ringgit currency,” markets consultancy 4CAST said in a commentary.

Research house Informa Global Markets (IGM) said the resignation was more likely to undermine Abdullah’s hold on the party rather than remove a thorn from the premier’s flesh.

But it added: “It is too early to determine if it will split the party, and thereby weaken Umno further, which already is facing prospect of defections.”… selanjutnya.

PAS bertepuk gembira bila Dr M diumumkan keluar Umno

In Belit Mahathir on May 19, 2008 at 9:44 pm

Siasah – [...] Pengumuman keluarnya bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir dari parti itu disambut tepukan gemuruh dan laungan takbir oleh lebih 1,000 pemimpin PAS semua peringkat di negeri Selangor jam 1.30 tengahari tadi.

Pengumuman secara sepintas lalu dibuat oleh pengerusi forum sempena Ijtimak PAS Selangor yang diadakan di Dewan Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor dekat sini.

“Saya terima mesej, berita TV mengumumkan keluarnya Tun Dr Mahathir dari Umno sekejap tadi,” kata Cikgu Radzi, pengerusi forum itu.… selanjutnya.

Mahathir keluar parti

In Belit Mahathir on May 19, 2008 at 9:31 pm

Ibu negara dilanda gegaran

In Gempa bumi on May 19, 2008 at 9:23 pm


kosmo - Beberapa lokasi di ibu negara dan Melaka dikesan mengalami gegaran berikutan gempa bumi yang melanda Sumatera Utara pada pukul 10.26 malam tadi.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia menyebut gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter itu adalah punca kepada beberapa gegaran di sekitar Lembah Klang.

Gempa bumi itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang ancaman tsunami.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Yap Kok Seng berkata, gegaran yang berlaku di kawasan Pantai Barat Sumatera itu tidak menjejaskan Malaysia kerana saiz gegaran yang kecil, mengikut kajian jabatan itu.… selanjutnya.

Berita lain – Gempa bumi: KL, S’gor, Melaka bergegar

Kenyataan penuh Dr. Mahathir

In Belit Mahathir on May 19, 2008 at 9:21 pm

buletinonline – [...] Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.

Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.

Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.… selanjutnya.

Askar AS jadikan al-Quran sasaran menembak

In luarne on May 19, 2008 at 9:18 pm

Utusmeloya – Parti Sunah Arab yang diketuai Naib Presiden Iraq, Tareq al-Hashemi menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas seorang askar Amerika Syarikat (AS) yang menjadikan sebuah naskhah al-Quran sebagai sasaran latihan menembak.

Perbuatan keji askar berkenaan turut dikutuk oleh Persatuan Ulama di Iraq yang menganggap tentera AS dan kerajaan Iraq sebagai sama-sama bertanggungjawab.

Parti pimpinan Tareq dalam kenyataannya hari ini menegaskan: “Parti Islam Iraq menuntut pentadbiran AS bertindak tegas terhadap perbuatan mencemarkan kesucian al-Quran itu dan turut menggesa kerajaan kami mengambil pendirian sewajarnya berhubung penghinaan yang melampau batas ini.”

Belum ada kenyataan dikeluarkan oleh kerajaan Perdana Menteri Nuri al-Maliki tetapi staf sarjan tentera AS yang melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah senaskhah al-Quran dan menulis kata-kata menghina di dalamnya telah pun diarah meninggalkan Iraq.… selanjutnya.

Rahman Palil kata Insentif RM1,000 ciplak Idea BN

In Belit BN on May 19, 2008 at 9:16 pm

Insentif RM1,000 ciplak idea BN
Utumeloya - [...] Pemberian insentif RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) oleh kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas, bukan idea baru sebaliknya diciplak daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, pemberian insentif tersebut di bawah kerajaan BN pernah diuruskan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) serta diberikan kepada semua pelajar yang lahir dan bermastautin di negeri ini tanpa mengira jumlah pendapatan keluarga.

Menurutnya, dulu LZS memberikan bantuan RM1,000 setahun sehingga pengajian pelajar berkenaan tamat bagi meringankan beban terutama keluarga yang mempunyai ramai anak, tidak termasuk peralatan pengajian seperti komputer.

“Hari ini sudahlah mereka (pakatan pembangkang) menciplak idea BN, malah nak dihadkan kepada keluarga yang berpendapatan RM1,500 ke bawah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini…. selanjutnya.

Tengku Razaleigh tetap bersama UMNO

In UMNO bergolak on May 19, 2008 at 9:14 pm

utusmeloya – [...] “Saya ahli UMNO dan saya mahu melihat supaya kita dapat memperbetulkan parti ini. Saya tidak akan berundur sehingga tiada jalan keluar.

“Tetapi saya rasa ada lagi peluang untuk kita membaiki UMNO,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra anjuran Pertubuhan Perpaduan Melayu Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Dr. Mahathir keluar daripada UMNO hari ini.

Tengku Razaleigh berkata, Dr. Mahathir telah membuat keputusan tersebut dengan mengambil kira pelbagai faktor berdasarkan pengalaman dan keadaan semasa.

Katanya, bekas Perdana Menteri itu mungkin membuat keputusan berkenaan ekoran kemarahan dan kekecewaannya terhadap pucuk pimpinan parti berkenaan.… selanjutnya.

Mi segera ‘halal’ berperisa babi

In Islam on May 19, 2008 at 9:12 pm


utusmeloya - [...] Jika anda meminati mi segera, berhati-hati ketika membeli makanan tersebut kerana ada yang tertera logo halal tetapi berperisa babi.

Perkara tersebut didedahkan seorang pengguna, Amir Amin yang menghantar e-mel atas kesedaran supaya umat Islam tidak termakan mi segera keluaran Vietnam itu.

Amir memberitahu, hasrat dia dan isterinya menikmati keenakan mi segera dalam mangkuk yang dibeli di Woodland Centre, Singapura pada 4 Mei lalu terbantut apabila mendapati mi segera itu berperisa babi walaupun ada logo halal.

Atas rasa tanggungjawab supaya umat Islam tidak termakan mi berkenaan, Amir kemudian mengambil keputusan untuk membuat aduan kepada pemilik kedai berkenaan.

“Saya turut difahamkan pekedai tersebut mengambil keputusan menghentikan penjualan mi berkenaan.

“Bagaimanapun, saya bimbang seandainya mi ini telah berada di pasaran negara kita memandangkan jarak antara Johor dengan Singapura bukanlah jauh,” kata warga Johor ini.

Justeru, dia berharap orang ramai lebih peka dan mengambil langkah berhati-hati dengan barang yang dibeli walaupun terdapat logo halal…. selanjutnya.

Rujuk juga – Halal tetapi ada perisa babi

Abdullah tak sangka Dr. Mahathir keluar UMNO

In UMNO bergolak on May 19, 2008 at 10:23 am

Alor Star

KUALA LUMPUR 19 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa terkejut dan tidak menyangka bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak keluar daripada UMNO hari ini.

Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan ekoran tindakan terbaru Dr. Mahathir tersebut.

Sambil mengakui tindakan Dr. Mahathir itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan parti, beliau meminta kesemua ahli UMNO supaya bertenang dan menunjukkan kesetiaan kepada parti. – Utusan.

Rujuk jugak
UMNO sedih dengan tindakan Dr. Mahathir – Mattaib
UMNO Perlis rayu Tun Mahathir timbang semula
Ahli-ahli UMNO diminta bertenang
DAP terkejut Dr. Mahathir keluar UMNO
Pemimpin UMNO Johor terkejut Dr. Mahathir keluar parti
Duri dalam daging sudah terkeluar – Musa Hitam

Tajuk tajuk menarik che det keluar UMNO

In Belit Mahathir on May 19, 2008 at 10:12 am

Akhirnya Mahathir Mengaku Kalah Kepada Abdullah?

In UMNO bergolak on May 19, 2008 at 9:52 am

msomelayu - [...] Namun bagi saya keputusan itu tidak sedikitpun merujakan. Malahan ianya sesuai dan kena pada tempatnya. Bahkan beliau tidak perlu mengambil masa begitu lama dan kesempatan pada Hari Wesek untuk mengistyharkan keluar Umno sebaliknya sejak setahun lalu lagi.

Sikapnya yang mengkritik dan dapat melihat (buta) satu pun kebaikan dan kebenaran tindakan Abdullah menyebabkan beliau bukan patut keluar sendiri dari Umno tetapi dipecat daripada parti berkenaan.

Saya yakin kalau orang lain berada di tempat Mahathir sudah lamanya ianya dipecat atau dibuang dari Umno! Tetapi kerana Umno ditangan Abdullah begitu baik dan amat berhati-hati untuk mengambil tindakan kepada ahlinya apa lagi orang ternama seperti Mahathir, telah memberi ruang luas kepada Mahathir untuk menganggui Umno!

Keputusan emosi Mahathir yang dibuat di Alor Star itu memberi kemenangan kepada Abdullah. Kita percaya ianya disambut dengan solat syukur oleh orang-orang dan pencinta Abdullah kerana ia meringankan beban Abdullah. Dengan keluarnya Mahathir kini tidak ada ada lagi duri dalam daging atau sampah dalam mata....seterusnya.

Knife-wielding man threatens reporters at press conference

In Berita on May 19, 2008 at 9:49 am

theStar – [...] He warned pressmen, who were waiting for Deputy Federal Territories Minister Datuk M. Saravanan at a coffeeshop in the Chow Kit market here, not to report on or take pictures of Chow Kit. It was believed that the unidentified 42-year-old man was drunk. He did not put up any resistance when arrested by police and sent to the Dang Wangi station.

Saravanan had missed the excitement because he had been making his rounds at the market accompanied by members of the Chow Kit Small Traders and Hawkers Association and Alam Flora, as well as Kuala Lumpur City Hall (DBKL) officers.

With clogged drains, pools of stagnant water, overflowing rubbish bins and illegal fencing around the area, the backalleys of Chow Kit market have become a breeding ground for both drug addicts and insects, critics say.… selanjutnya.

Apa kata Mukhriz dan para pemimpin UMNO ?

In UMNO bergolak on May 19, 2008 at 9:44 am

agendodaily – Tun Dr Mahathir Mohamad telah umum keluar dari UMNO.Bekas Perdana Menteri itu membuat pengumuman itu di majlis anjuran Himpunan Melayu Kedah di Alor Star.Sebelum itu semasa majlis dailog dengan kira-kira 1,000 orang yang menghadirinya beliau mencadangkan Ketua-ketua UMNO cawangan dan bahagian keluar parti beramai-ramai sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan.Katanya ini kerana jika mereka tunggu sehingga pemilihan UMNO Disember ini Abdullah akan menang tanpa bertanding jawatan itu.Beliau terus membuat pengumuman keluar parti bila salah seorang hadirin mencabarnya buat pengumuman itu.Menjawab soalan para wartawan dalam sidang akhbar lepas majlis itu Dr Mahathir beritahu beliau akan hantar surat rasmi keluar UMNO kepada Setiausaha Agung UMNO dalam masa terdekat.Katanya beliau akan masuk balik UMNO sekiranya Abdullah letak jawatan.Dr Mahathir bagaimanapun tidak meminta para ahli UMNO yang nak ikut tindakannya itu masuk parti lain.Sementara itu Datuk Mukhriz Mahathir kata…. selanjutnya.

The Umno curse strikes, again

In UMNO bergolak on May 19, 2008 at 9:40 am

 malaysiainsider – [...] Surprise, surprise. Then again historically, it is not a surprise for surviving Umno presidents to leave the party because of conflict with successors. The party carries a curse with it where every president since Datuk Onn Jaafar has quit the party later.

Only Tun Razak was spared the curse because he died in office.

While the other party presidents had quit due to disagreements over party policy – Datuk Onn because of the failure to convince Umno to turn multiracial, Tunku Abdul Rahman and Tun Hussein Onn over the deregistration of Umno — I suspect Dr Mahathir’s intention are more personal in nature.

I don’t think that his call for Umno members to leave the party in droves would be answered by members. I wouldn’t be surprised if Dr Mahathir would form a new Malay party if his call to quit Umno fails.

I also worry whether Umno can survive in its present form much longer if Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi does not step down as prime minister soon. Five weeks ago I told Pak Lah to resign to prevent Dr M from disturbing the party. I feel vindicated after today’s announcement by Dr Mahathir…. selanjutnya.

Mahathir test power

In Belit Mahathir on May 19, 2008 at 9:32 am

Mahathir menggunakan strategi yang sama seperti yang pernah di lakukan oleh Tunku Abdul Rahman dahulu. Meletakkan jawatan. Mahathir nak ‘test’ power. Bermula pada hari ini, mari kita kira berapa ramai kah yang akan mengikut jejak langkah beliau? Cuma yang Mahathir lupa nak sebut …. “DAH LAMA DAH !!!” sambil menitiskan air mata dan membuat memek muka kecutnya.

ImageHarakahdaily – [...] Ini seakan-akan membayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam masa terdekat ini selepas kehilangan kuasa majoriti pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

ImagePerletakan jawatannya berkuatkuasa serta merta. Bukan sekadar meletak jawatan sebaliknya beliau menyaran ahli-ahli Umno supaya turut berbuat demikian.

Dr Mahathir memberitahu beliau bertindak keluar Umno kerana tidak yakin dengan kepemimpinan Abdullah.

�Saya akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar,� katanya sebagaimana dipetik Malaysiakini.com.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam satu forum di Alor Setar pagi tadi.

Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.

Beliau bertindak keluar parti yang diterajuinya selama 22 tahun, seakan-akan menurut jejak langkah dibuat Perdana Menteri pertama selepas merdeka, Tuanku Abdul Rahman. … selanjutnya.

PENGANGGUR YANG NAK CEPAT KAYA

In Belit UMNO on May 19, 2008 at 9:24 am

Siswazah buat laporan polis dakwa kerajaan Selangor putar belit isu bantuan
MStar – [...] Dalam laporannya itu, penganggur itu mendakwa kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-PAS-DAP memutarbelitkan isu bantuan pelajaran apabila mengumumkan bahawa bantuan berkenaan hanya untuk mereka dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah.

“Pada dasarnya dijanjikan RM1,000 kepada semua yang berjaya masuk ke universiti, dan terbaru semalam untuk mereka di peringkat diploma dan ijazah dengan pendapatan di bawah RM1,500, jadi bermakna benda ini diputar belit,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Mohd Shaid juga berkata, beliau kecewa apabila tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap laporan polis yang dibuatnya terhadap kerajaan negeri pada 7 Mei lepas atas alasan tiada unsur jenayah.

Sabtu lepas, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bantuan pelajaran RM1,000 untuk anak-anak Selangor yang memulakan pengajian di peringkat diploma dan ijazah akan dimulakan dengan golongan miskin berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan. … selanjutnya.

Dr. M keahlian ‘O1′ keluar Umno

In Belit Mahathir on May 19, 2008 at 9:20 am

Mstar – [...] Selepas melemparkan kecaman bertubi-tubi terhadap kepimpinan Umno sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada Umno.

Beliau mengumumkan keputusan ‘mengejutkan’ itu ketika berucap pada majlis bertajuk Kedudukan Orang Melayu Pascapilihan Raya Umum Ke-12 di Alor Star, Kedah pada pukul 12.35 tengah hari tadi.

Dalam ucapannya, Dr. Mahathir yang mempunyai nombor keadlian ‘01′ dalam Umno juga menyeru ahli akar umbi supaya keluar parti bagi memberikan tekanan kepada pucuk kepimpinan – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya berundur.

Dr. Mahathir yang juga ahli Umno seumur hidup memberitahu, beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

Ketika beliau mengumumkan keputusan itu, Abdullah menghadiri Kongres Dunia Mengenai Teknologi Maklumat (WCIT) Ke-16 di Kuala Lumpur.

Bekas Menteri Kewangan dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang juga menghadiri majlis tersebut dan dijangka memberikan ucapan menyusul Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir berkata, beliau akan berada di luar parti selagi Abdullah masih memimpin Umno dan hanya akan kembali jika Abdullah berundur.

Kata beliau, surat mengenai keputusannya akan dihantar kepada Ibu Pejabat Umno dalam waktu terdekat…. selanjutnya.

Rujuk berita lain
Ku Li kekal Umno untuk cabar Pak Lah
Analisis: Terkejut lagi mengelirukan
Sanusi Junid ikut jejak Dr M keluar Umno.
Perjalanan politik Dr. Mahathir
Terkejut, tidak percaya, reaksi awal
Kenyataan Mahathir sejak pilihan raya umum ke-12

No2umno – Lelong … lelong….lelong …. no 000001 membership UMNO …… lelong …Lelong !!!!

AHLI UMNO 00000001 , KELUAR PARTI

In Mahathir on May 19, 2008 at 9:02 am


bernama - [...] “Saya umum saya keluar parti hari ini,” katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk “Nasib Kedudukan Bangsa Melayu” di sebuah hotel di sini Isnin.

Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

“Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno),” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu kedah itu, Dr Mahathir dengan wajah kecewa berkata beliau terpaksa mengambil tindakan keluar Umno yang dianggotai sejak 1946 kerana berpendapat parti itu tidak lagi dapat berperanan sebagai sebuah parti politik sebenar untuk membela nasib Melayu, sepertimana hasrat sejarah penubuhannya.

Sambil menyatakan rasa tidak puas hatinya, Dr Mahathir mendakwa Umno kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden Umno dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara.

“Saya boleh senaraikan perkara-perkara yang dia (Abdullah) lakukan sehingga merugikan negara kita.

“Umno yang wujud hari ini tidak lagi berpegang kepada hasrat parti yang ditubuhkan 62 tahun lepas. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk keluar dari Umno,” katanya.

Dalam sejarah Dr Mahathir dalam Umno, beliau pernah dipecat daripada Umno pada 1969 kerana melanggar disiplin parti apabila mengkritik kepimpinan Umno ketika itu, tetapi diterima kembali ke dalam parti pada 1972.

Dr Mahathir turut mengajak anggota Umno yang sependapat dengannya berhubung dengan kepimpinan untuk mengikuti jejaknya dengan bertindak keluar dari parti itu tetapi bukan untuk menyertai parti lain.

“Saya yakin cara ini berkesan. Saya tidak akan menyuruh orang membuat sesuatu yang saya sendiri tidak berani melakukannya,” tambahnya.

Bekas Perdana Menteri turut melahirkan rasa kecewa kerana anggota-anggota Umno masih disekat oleh kepimpinan parti daripada berjumpanya.

“Sampai nak adakan perjumpaan, ahli-ahli Umno dan ketua bahagian tidak dibenar berjumpa saya. Ini apa?,” katanya. … selanjutnya.

Baca juga – Dr Mahathir keluar Umno [malaysiakini]
berikutan kenyataan itu, shahrir samad mengeluarkan kenyataan beliau -

shahrir samad 01malaysiakini – [...] Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Shahrir Samad, yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna berkata, keputusan Dr Mahathir amat mengejutkan dan mungkin mendorong ramai lagi turut meletakkan jawatan dan sekaligus memaksa Abdullah mengadakan pilihanraya umum baru.

Keputusan Dr Mahathir itu, tambahnya, boleh mengakibatkan situasi di mana ramai ahli Parlimen Umno mungkin turut meletakkan jawatan.

Jika itu berlaku, kata Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bahru, kerajaan tidak mempunyai pilihan, kecuali menubuhkan sebuah kerajaan baru atau mengadakan pilihanraya umum baru. …. seterusnya.

sesudah itu, imbas kembali artikel yang dibuat oleh Raja Petra …[As they play the final curtain]

Imagemalaysiatoday - “If Najib wants to take over he must do it before the end of May,” said one Umno veteran who would rather remain anonymous. “Najib must make his move on Pak Lah by next week. If Najib waits and does not do it next week he might as well just forget it because most likely by June Umno will be out of power anyway.” …seterusnya.

Apa Sudah Jadi AMK PKR…???

In PKR on May 19, 2008 at 4:58 am

medaninfokita – [...] Lepak teh tarik di Seksyen 7 Shah Alam malam tadi membuatkan blogmaster dan beberapa teman teman agak terkejut mendapat cerita yg susah nak dipercayai tapi…, tak mustahil berlaku!

Teman teman dalam pimpinan Angkatan Muda PKR Selangor yg masih berhubung rapat dengan kami menceritakan insiden demonstrasi aman oleh lebih 100 pemuda dihadapan pejabat ADUN Kota Anggerik Shah Alam Seksyen 9 tempat dimana berlangsungnya mesyuarat Angkatan Muda Selangor beberapa malam yg lalu.

Bantahan terhadap Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar M Akin kerana telah membuat rombakan untuk menggugurkan Ketua AMK Selangor, Halimey Abu Bakar dan mahu menggantikan beliau dengan Timbalan AMK Selangor, Khairul Anuar Zainuddin atau lebih popular dengan nama “Jonah”. Dalam insiden protes itu, suasana menjadi agak tegang dan dikatakan ada pemuda yg berani memaki hamun Shamsul Iskandar dengan kata kata agak kesat kerana terlalu marah dengan keputusan yg dibuat.

Keputusan ini dibantah sekeras kerasnya kerana Shamsul tidak pernah berbincang atau memaklumkan kepada Halimey bahawa rombakan yg akan berlaku turut melibatkan AMK Selangor. Tetapi Shamsul menjelaskan kepada Halimey beliau telah dimaklumkan oleh Jonah bahawa Halimey telah bersetuju dengan rombakan dan mendapat restu kebanyakkan Ketua ketua AMK Bahagian dalam negeri Selangor. Menurut Halimey perkara itu tidak benar sama sekali.

Waduh! Ini betul betul sejarah dalam pimpinan muda PKR…!… selanjutnya.

MAIN BOWLING WAKTU PEJABAT?

In Belit UMNO, n on May 19, 2008 at 4:36 am

hamirdin – [...] Saya katakan tadi tidak terperanjat kerana inilah etika kerja yang selama ini diamalkan oleh UMNO/BN dan segala juak-juak mereka. Mereka tidak berkerja sebagai mana sepatutnya, tetapi mencari seribu helah untuk tidak bekerja, tetapi tetap maukan gaji bulanan. Seperti yang dinyatakan dalam artikel berkenaan, telah menjadi satu kelumrahan bagi mereka yang tidak mengamalkan etika kerja profesional ini untuk bermain golf pada hari jumaat sebelah tengahari, dan ada juga laporan yang mengatakan sebahagian mereka bermaingolf dari waktu pagi lagi pada hari bekerja tanpa mengambil cuti.

Inilah penyakit yang melanda banyak jentera kerajaan, terutamanya kerajaan negeri negeri, yang mana kakitangannya tidak menumpukan tenaga untuk bekerja, tetapi menghabiskan masa bekerja dengan melakukan perkara-perkara yang tadak ada kaitan dengan tugas mereka serta menggunakan segala kemudahan yang disediakan dari wang rakyat untuk keseronokan sendiri.

Kalau di Selangor, sebuah negeri yang paling maju di Malaysia kakitangan awamnya beretika sedemikian, anda boleh bayangkan apakah keadaannya di negeri negeri lain yang tahap kemajuannya lebih jauh terkebelakang.

Kita juga dapat maklumat semasa peralihan kuasa di negeri Selangor dari BN kepada PR, ADUN ADUN dan exco yang mempunyai pejabat di bangunan state secretariat perlu mengosongkan pejabat mereka. Bekas YB dan bekas EXCO dari parti bukan UMNO meninggalkan premis yang dulu mereka gunakan sebagai ofis dalam keadaan seadanya. Tetapi mereka yang dari UMNO, mencuri segala peralatan pejabat, sehinggakan komputer, meja hatta karpet pun divandalisma oleh mereka.

… selanjutnya.

Imam Wanita Liberal

In Islam on May 19, 2008 at 4:28 am

Blalang
Dr. Aminah, imam Islam liberal yang pernah cetus kontroversi… selanjutnya.

cerita lanjut isuhangat

200 demontrasi tuntut wakil rakyat serius bincang isu beras

In Beras on May 19, 2008 at 4:19 am

harakahdaily - [...] Mereka menyifatkan perbahasan di Parlimen sekarang hanya berkaitan isu remeh seumpama dalam pasar.

Oleh itu mereka mahu anggota-anggota Parlimen terutamanya pembangkang bertindak mendesak kerajaan segera mengatasi kemelut kekurangan beras yang melanda negara sejak sebulan lalu.Image

ImageWakil penduduk, Mohd Monier Mat Din meminta anggota Parlimen yang dipilih rakyat pada pilihan raya umum lalu mengutamakan isu yang mencengkam negara sekarang.

Katanya, mereka kena fokuskan isu kekurangan bekalan beras yang disifatkan semakin mendesak.

“Jangan pula wakil rakyat pembangkang turut seronok di parlimen membahaskan isu remeh atau terikut-ikut dengan gelagat Umno dan BN yang sememangnya jauh beza ketika kempen dulu,” ujarnya yang juga seorang blogger.

Katanya, rakyat bawahan terutamanya di pedalaman Kedah semakin sengsara kerana kekurangan beras dan harganya pula melambung tinggi.

Seorang lagi penduduk, Shamugam berkata, golongan miskin kian tertekan apabila harga beras tiba-tiba meningkat berkali ganda. … selanjutnya.

Email to Kang Chai Kee: Whose Ink Is This?

In Pengundi hantu on May 19, 2008 at 12:47 am

kickdefella – [...] This is the sad state Malaysians are in nowadays. Lucky you to be in faraway land where you can walk tall without people knowing you are a Malaysian. I used to be proud to be a Malaysian. I used to walk tall in foreign land and when people approached me asking where am I from, I proudly said, “Malaysia”. And they said, “Malaysian? Mahathir? Good country, we love it!” And when a transvestite or more of a drag queen, passed in front of our cab, the cab driver suddenly turned and pointed at the drag queen as said, “Mr. Anwar!” Yes, we do have good laugh.

Now I wonder what will make the foreign cab driver turns and remind us of our current Prime Minister?

Dearest Chai Kee,

At 6.15 am on the election day, as I about to lie down to sleep, I received a call asking me to shoot immediately to Tanah Merah, because the first sign of clone voters had appeared. The video below is what we captured to prove why we fight for the indelible ink so much. The same video was given to Al Jazeera International as the prove that we are not the boy who cried wolf!

… selanjutnya.

Who are the judges, Dr M? – Karpal

In vk lingam on May 19, 2008 at 12:45 am

theStar - [...] DAP national chairman Karpal Singh, who contacted The Star Sunday, said a tribunal should be set up to investigate these judges.

“I call upon Dr Mahathir to publicly identify the judges. If they are not identified, judges who are not guilty will be tainted with the same brush,’’ he said.

“On the other hand, those judges who are accused of lobbying should be given a chance to clear their name. In the public interest, he should let everyone know who are the judges involved.”

The Royal Commission of Inquiry into the V.K. Lingam video had recommended that Dr Mahathir and several other prominent figures be probed for allegedly being involved in a conspiracy to manipulate the appointment of judges.

Following the findings, Dr Mahathir said on Saturday that he was prepared to be charged in court so that he could reveal many things about the judiciary. read the rest