no2umno

Archive for May 20th, 2008

Baghu 3 bulan Yeop …….

In PKR on May 20, 2008 at 11:55 pm

http://www.motiontrends.com/2006/m02/volvo/volvo_s80_bs.jpgRadenjowo
Hebat…..orang politik, memang hebat. Bukan semua tapi tak ramai. Tak selalu tapi kadang kadang. Yang betul kita puji tapi yang melencong, kita kritik. Kritik membina bukan kritik membabi buta. Bimbang kalau kalau terlanjur, susah nak berundur. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah nanti membawa padah. Jangan dah ngandung, baru nak pakai baju kebaya. Jangan dah botak, baru nak pakai tudung.

Artikel yang wak baru cerita sebelum ini berkenaan dengan bekas Ketua AMK, Johor, merangkap bekas orang kuat Ezam, yang Pulang ke kampung halaman, Sungai Besar nak cipta kuasa. [rujuk: Gila talak dalam politik]

Bukan tak boleh ….. boleh, tapi kena ingatlah, sebelum ini dia dah letak jawatan dan tinggalkan parti, alih alih nak kembali rebut kuasa. Itu kata orang disana.

Ada kemenangan yang membawa berkat dan ada yang membawa mudarat.

Pekan Sungai Besar bukan lah pekan besar. Nama nya saja Besar, tapi kalau duduk disana, semua kenal antara satu sama lain. 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan sebulan kalau kalau ada yang nak cuba jalan kaki.

Pekan kecil itu membolehkan kita Alik alik jumpa muka yang sama. Ke kanan pun dia, ke kiri pun dia. Keluar pagi jumpa si polan, malam pun boleh jumpa muka yang sama. Kalau yang kaki mengeteh (minum teh di kedai) pula, asyik asyik sembang dengan orang yang sama. Kalau tak bertemu satu hari, mereka akan kirimkan berita. Begitu lah perihatinnya orang sana.

Cuma kita kene ingat, Mulut tempayan boleh ditutup, tapi mulut orang ….. lebih besar kalahkan mulut tempayan.

Kali ni wak nak cerita tentang seteru Nasir Tasrip, bernama Bakhtiar. Menyandang gelaran Ketua AMK Bahagian Sungai besar. Bukan YB tapi cuma ketua AMK. Sebelum pilihanraya tempoh hari, dia dan van buruknya kesana kemari. Membawa penuh dengan muatan poster poster pilihanraya untuk ditampal. Macam macam gambar poster yang diusung, termasuklah gambar DS ANwar Ibrahim dan Ustaz Badrul Amin. Perjuangan contoh kepada rakyat setempat.

Ada ahli PAS yang merungut kerana tidak dibenarkan membantu. Tak tahu kenapa, tapi sejak itu, penyokong PAS tidak mahu bertanya soal poster dan masing masing dengan operasi tampal masing masing. Selepas selesai pilihanraya, banyak poster masih berada di dalam Vannya.

Sebelum ini, Bakhtiar memang aktif dengan pasukan kompang dan aktiviti kemasyarakatan. Maklumlah, kuasa belum ada, kerja pun kurang. Kalau nak tengok Bakhtiar menebeng di kedai kopi dan majlis rakyat, pasti ada muka dia. Jolokan mesra alam memang sesuai untuk dia kerana ketika itu Alam pun mesra dengannya.

Pernah sebelum pilihanraya yang lepas, mahu kan namanya menjadi calun pilihanraya, tidak cukup syarat syarat, maka PAS mengambil peluang pencalunan. Tak per la, kerana Bakhtiar pun masih muda dan mungkin pada PRU 13 nanti, akan ada peluang.

Itu Bakhtiar dulu, Bakhtiar sekarang lain pulak ceritanya….. Selepas bekerja keras bersama VAN buruknya ketika pilihanraya, kini Bakhtiar sudah tukar kenderaan. VOLVO S80, baru tu beb….. Waduhhhh tijah, hebatnya. Banggalah penduduk kampung dengan kejayaan anak bangsa. Buat contoh pada jenerasi akan datang ….. atas mana yang baik aje.

Bagaimana dia dapat kereta itu? Itu kena tanya dia beb……gua tak mau cerita, takut tohmah pulak. Bagaimana, siapa dan bila dia mendapat kereta itu bukan wak punya tanggung jawab. Itu adalah tanggung jawab masyarakat dan kepimpinan untuk tanya sendiri. Kalau tak betul….. diingat ingatkan. Kalau melencong….dibimbing bimbingkan. Pada yang tak bertanya sesat jalan. Jalan tak der papan tanda pun boleh buat orang sesat.

Dcngar cerita, Bakhtiar dah tak campur penduduk kampung lagi. Maklumlah, tanggung jawab besar, kerja banyak dan jadual pun penuh. Macam macam nak rancang untuk persedian PRU13 akan datang. Hah….. orang kampung jangan tak tau. Tapi kesian gak orang kampung, duduk tepi kedai ….. vooooossshshhh pemimpin lalu depan dengan kereta yang berkilat belum berkarat.

Cuma tanggung jawab wak adalah mengingatkan kepada para pemimpin agar, jangan lepas geram. Berubah perangai selepas menang. Banyak cerita tentang PKR ni, tapi takut dedah banyak banyak ….. usaha tutup UMNO tergendela pulak. Tapi dalam usaha, kena ingat. Nanti orang kata No2umnO belasah satu pihak aje.

Wak ingat lagi pesan DS Anwar Ibrahim ketika awal tempoh kemenangan dulu, agar jangan belanja pada yang bukan bukan. Sedangkan Exco Selangor sendiri di larang menggunakan rumah banglo EXCO di Shah Alam dan menukar kenderaan baru. Tapi DS Anwar tak boleh kawal semua.

Kalau boleh yang di atas jaga di bawah. Di bawah jaga di dasar dan di dasar jaga akar. Baru lah semua berjaga jaga. Ada mata tengok, ada telinga dengar, ada hidung cium, ada perut … tapi jangan kembong.

Hai Yeob….buat sabor sabor le….baghu 3 bulan. Mate oghang kampung terbeliak tu yeop.

Ezam mengamuk

In Ezam on May 20, 2008 at 11:12 pm

matsamankati - [...] Dua artikel yang siap dengan gambar semasa mesyuarat Gerak telah di’delete’ kan dari blog tersebut. Malah mungkin juga Ezam mengamuk kerana rakan-rakan beliau telah mula mempromosikan Ezam sebagai bakal Ketua Pemuda Umno.

Ezam perlu ingat, dia sudah banyak mengorbankan rakan-rakan didalam reformasi untuk kepentingan dirinya. Lokman Adam banyak mengetahui rahsia beliau.Begitu juga dengan rakan-rakan yang kini terpaksa merempat seperti Zool Helmi Yahya, semata-mata kerana ingin menyelamatkan Ezam dari politik kotornya. Tetapi selepas matlamat Ezam tercapai, rakan-rakan dibiarkan begitu sahaja.

Ezam memang sudah lama mahu kembali kepangkuan Umno. Malah semasa Roslan Kassim dan Gang 12 belot dan menghentam Keadilan dalam PRU11, Ezam sebenarnya merupakan perancang utama. Tetapi apabila dimarahi Anwar, beliau kecut disaat akhir. Apatahlagi permintaannya untuk sebuah kerusi Menteri tidak dilayan oleh Najib. Ezam merelakan rakan-rakanya seperti Roslan Kassim, Hanapiah Man, Hamdan Taha, Zahid Mat Arip masuk kedalam Umno, untuk dijadikan penghubung dan ’safety valve’ bila dia masuk menyertai Umno…. selanjutnya.

Opposition MPs twice tried to refer Azalina to Committee of Privileges

In Belit Azalina, Sidang Parlimen on May 20, 2008 at 11:10 pm

sun2surf - Opposition MPs twice called for Tourism Minister Datuk Seri Azalina Othman Said to be referred to the Committee of Privileges while winding up the debate for her ministry in Parliament today.

Azalina first riled Opposition members when she said the signature events in the Opposition-led states were dropped because of a negative experience in Kelantan before.

“We have experienced it in Kelantan, whereby the staff of the State Tourism Action Council (MPTN) were not paid (their salary) for three months,” she said to a point raised by Mohd Azmin Ali (PKR-Gombak).

She then told Nga Kor Ming (DAP-Taiping), who said she should have displayed a more respected political maturity, that the decision was made because of the contradicting policies between those practised by the federal and state governments.

This prompted shouts of protests from Opposition MPs like M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) and N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) and many of them stood up to argue, including Nga and Mohd Azmin…. selanjutnya.

Politik Tiga Beranak Lawan Politik Dua Beranak

In Belit Mahathir, Mukhriz on May 20, 2008 at 11:08 pm

mesomelayu - [...] Orang cekap dan pintar dalam politik dapat membuat kesimpulan mudah dengan sikap Mukhriz itu. Mengapa beliau tidak keluar Umno dan semacam kontras dengan langkah bapaknya. Ada motifnya! Sebenarnya Mukhriz berbuat begitu bukan kerana politiknya tetapi atas nasihat bapaknya juga. Suara politik Mukhriz sebelum ini pun adalah air liur bapaknya.

Semacam tektik Mukhriz berbuat begitu. Dia mungkin tahu dan sedar kalau dia bertindak keluar Umno ianya tidak memberi apa-apa kesan dan untung. Malahan tindakan itu boleh memberi kesan buruk kepdanya. Begitu juga kalau beliau melepaskan kerusi Parlimen Jerlun ia satu kerugian besar. Menyebabkan suara Mahathir tidak akan sampai lagi ke Parlimen.

Sekurang-kurangnya kalau beliau terus tercokol di situ beliau dapat membawa suara bapanya ke dalam Parlimen.

Apa yang Mukhriz dan bapaknya berharap daripada tindakannya itu ialah mereka mahukan Mukhriz diambil tindakan disiplin oleh Umno. Mereka mengharapkan Mukhriz dipecat daripada Umno. Apabila Mukhriz dipecat maka simpati kepada Mahathir akan bertambah-tambah. Itulah motif di sebalik tindakan Mukhriz itu.… selanjutnya.

Mahathir mulakan plan B

In Belit Mahathir on May 20, 2008 at 11:05 pm


“Saya akan pohon untuk masuk Umno apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden Umno, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia” - Tun Mahathir

“Kita mesti mengelakkan dari terperangkap dengan agenda peribadi untuk menggantikan pemimpin yang lemah dengan pemimpin yang rasuah” – Anwar Ibrahim.

siasah – Selain daripada menyatakan kegembiraan atas keputusan beliau dan menganggap tindakan itu mengambarkan kehancuran yang sedang berlaku dalam parti Umno, ada beberapa perkara yang perlu dilihat serta dianalisis terutamanya oleh pembangkang.

Berpuluh tahun berada kancah politik Malaysia dengan 22 tahun daripadanya sebagai Perdana Menteri adakah Mahathir meninggalkan Umno semata-mata kerana
emosi beliau yang terlalu kecewa dengan pimpinan Umno sekarang yang disifatkan tidak demokratik, lupa perjuangan, pembodek dan macam-macam lagi itu.

Mahathir memulakan apa yang boleh disebut sebagai peperangannya dengan Abdullah tidak lama selepasjawatan Perdana Menteri itu diserahkan oleh beliau sendiri kepada Abdullah. … selanjutnya.

Mukhriz wants to be his own man

In Belit Mahathir, Mukhriz on May 20, 2008 at 11:01 pm

malaysiainsider – There may have been a time when Datuk Mukhriz Mahathir was known for being the son of Tun Dr Mahathir Mohamad, for 22 years the most important man in Malaysian politics. If so, that time has passed.

At 6pm today, Mukhriz stepped out from under his formidable father’s deep shadow when he announced his decision to stay on in Umno and continue to challenge the party leadership from within.… selanjutnya.

KEADILAN tawar Mahathir masuk Parti

In Belit Mahathir on May 20, 2008 at 10:51 pm

MStar - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau sentiasa mengalualukan Dr Mahathir atau anggota Umno lain untuk menyertai PAS, malahan sanggup bekerjasama dengan bekas presiden Umno selama 22 itu dalam perjuangan menuntut kesejahteraan rakyat dan negara.

“Kami sedia terima sesiapa sahaja yang nak sertai PAS termasuk Tun (Dr Mahathir) tapi terpulanglah kepada diri masingmasing,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut membuka pintu parti itu kepada Dr Mahathir sekiranya bekas pemimpin utama negara itu berminat.

“Kami amat mengalualukan mereka (anggota Umno),” kata Dr Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menghormati keputusan Dr Mahathir dan berharap masyarakat Melayu sentiasa bersatu.

“Saya pernah bekerja di bawah beliau (Dr Mahathir), beliau orang yang saya anggap berkebolehan…saya hormati keupayaan dan kebolehan Dr Mahathir,” katanya kepada pemberita di Shah Alam … selanjutnya.

No2umnO – Macam perli je …..

Mukhriz tidak ikut Mahathir, tapi desak PM undur

In Belit Mahathir, Mukhriz on May 20, 2008 at 10:47 pm

Tidak ikut jejak Dr M: Anggota Parlimen Jerlun dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Mukhriz Mahathir bersama penyokong-penyokongnya selepas sidang media di Hotel Seri Pacific hari ini.

MStar - “Saya akan tetap setia sebagai ahli Umno dan akan menjadi suara yang lantang menegur kepincangan kepimpinan parti”.

Demikian pendirian Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir selepas lebih 24 jam ayahnya memutuskan untuk keluar Umno.

Mukhriz yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno bagaimanapun sependapat dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad – terus mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sipaya meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Mukhriz mengumumkan pendiriannya di Hotel Seri Pacific di sini kira-kira pukul 5.30 petang dengan dikerumuni sebahagian penyokongnya.

Laporan wartawan mStar Online, Zanariah Abd. Mutalib dari Parlimen menyebut, malam tadi (Isnin) Mukhriz telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di kediaman Hishammuddin…. selanjutnya.

‘Ayah Pin ipar saya’

In ayah pin on May 20, 2008 at 10:44 pm

Kosmo“Saya tak pernah menuntut ilmu dengan Ayah Pin.”
Demikian penafian Mohamed Nor Awang, 57, ketika mengulas desas-desus bahawa beliau mempunyai hubungan dengan ketua ajaran sesat itu sehingga mendorongnya mengikut gaya hidup Ayah Pin berkahwin empat.

Bagaimanapun, menurut pemandu lori itu, beliau memang mengenali rapat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Mohamad, 68, kerana mempunyai ikatan kekeluargaan dengan lelaki berkenaan.

“Dia menjadi adik ipar saya selepas dia berkahwin dengan adik saya, Che Jahara Awang (isteri kedua Ayah Pin),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Menurut Mohamed Nor, beliau tidak tahu mengenai sebarang ilmu yang dimiliki pemimpin ‘Kerajaan Langit’ itu termasuk kononnya boleh memikat wanita untuk dijadikan isteri kerana tidak pernah menjadi pengikutnya.

… selanjutnya.

Rasuah: Bekas penguat kuasa MBSA dipenjara 4 bulan

In Rasuah Parah on May 20, 2008 at 10:41 pm

utusmeloya - Seorang bekas pembantu penguat kuasa Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), dihukum penjara empat bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah memperoleh rasuah RM150 daripada seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dianggap olehnya telah berkelakuan tidak senonoh.

Hakim Azimah Omar menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Ramdzan Abd. Rahim, 33, yang ketika kejadian bertugas di Unit Taman MBSA. Sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan, tertuduh akan dipenjarakan selama enam bulan lagi.

Ramdzan didapati telah secara rasuah memperoleh suapan tersebut daripada Mohd. Khairol Khelmi Mat Jani untuk tidak mengambil tindakan ke atas dirinya dan rakannya, Puteri Nur Hazwani Megat Mohd. Fauzi.

Suapan tersebut sebagai dorongan kononnya untuk tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang dikatakan oleh tertuduh telah berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

Ramdzan didapati memperoleh suapan tersebut pada pukul 3.55 petang, 9 Mei 2004 di restoran KFC di tingkat bawah, Kompleks PKNS di sini.

… selanjutnya.

Karpal terima ancaman peluru hidup

In Karpal Singh on May 20, 2008 at 10:35 pm

karpal singh live bullet threat police report 200508 03malaysiakini - [...] Dalam aduannya, beliau mendakwa menerima sebutir peluru hidup 9mm dan sepucuk surat dalam sekeping sampul yang dikirim oleh seorang lelaki ke pejabat guamannya di Jalan Pudu.

Menurutnya, seorang lelaki bertopi keledar yang berpenutup muka menyerahkan sampul surat tersebut kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Kandungan surat itu, antaranya, mengancam untuk membunuh peguam terkenal tersebut berhubung isu kuasa institusi raja dan hak orang Melayu.

“Karpal Singh, kau jangan cuba mempersoalkan keistimewaan orang Melayu!… selanjutnya.

Mahathir TERsahut cabaran ahli PAS

In Belit Mahathir on May 20, 2008 at 11:45 am

Mahu tahu wajah orang PAS yang berjaya cabar Mahathir keluar Parti …. ini dia, pahlawan kita. Kalau lepas ni Mahathir perasan….sudah pasti dia geram.

kopitiam bang nan
Mahathir Sambut Cabaran Orang PAS…
Akhirnya, PAS ada juga saham yang memaksa Mahathir keluar UMNO. Ahli PAS Ismail Wan Teh, selepas mendengar desakan Dr. Mahathir kepada ahli-ahli UMNO supaya keluar parti secara beramai-ramai sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Pak Lah, bertanya kepada Dr. Mahathir samada beliau akan menunjukkan contoh? Selanjutnya …

imej oleh minag jinggo

Lihatkan wajah Mukhriz ……. Emmmmm geramnye…..

Penjelasan dari individu yang cabar Mahathir Keluar Umno

In Belit Mahathir on May 20, 2008 at 11:32 am

tranungkite - [...] smail yang ditemui hari berkata beliau tidak nampak cabarannya itu menjadi penyebab Mahathir keluar dari Umno sebaliknya sebagai seorang tokoh negarawan yang terbilang, Mahathir tidak mungkin membuat satu keputusan yang terburu-buru.

“Saya memang seorang ahli PAS, tetapi hadir ke majlis dialog tersebut sebagai wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) Badan Bertindak Warga Kedah atas nama perpaduan Melayu,” katanya yang juga merupakan Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Jerlun.

Mengulas lanjut, Ismail melihat kebenaran dalam ucapan Mahathir selama hampir sejam itu yang mana banyak mengupas tentang kepimpinan Umno masa kini yang takut untuk bersuara dan menjaga kepentingan peribadi.

“Apa yang kita lihat ialah orang-orang Umno gagal mentafsir idea-idea Tun Mahathir untuk merungkai permasalahan bangsa Melayu pada masa kini,” ujarnya.

Justeru katanya, beliau bangun mengemukakan soalan dan mencabar Mahathir untuk keluar dari Umno bagi membuktikan apa yang disebut dalam ucapannya bukanlah satu retorik semata-matanya.

Begitu juga bila ditanya, Ismail tidak berasa terkejut dengan pengumuman yang dibuat Mahathir kerana beliau sudah dapat menjangkanya berikutan apa yang disebut Mahathir dalam ucapannya.… selanjutnya.

GILA TALAK DALAM POLITIK

In PKR on May 20, 2008 at 10:37 am

http://www.legaljuice.com/insane%20insanity%20plea%20straight%20jacket%20crazy%20nuts.jpgRadenjowo
Meriah….suasana politik kat negara kita ni terlalu banyak cerita. Setiap hari ada sahaja berita yang mengejutkan. Banyak masalah tak boleh nak tepis tepis. Kalau nak siarkan semua, boleh gila dibuatnya. Tak payah lah buat kerja lain selain dari mengadap komputer.

Semalam dan hari ini orang kecoh tentang kisah Mahathir yang meninggalkan parti. Dalam pada itu ada banyak isu lain yang kita terlepas pandang. Kalau nak cerita tentang masalah di dalam UMNO, tak habis habis. Tak per….untuk kali ini, kita lari kan sedikit perhatian kepada PKR. Sebelum itu kita rujuk kenyataan Menteri Besar Perak tentang saranan kepada blogger …..

Dalam satu majlis meraikan para blogger dan pemacu laman web yang di adakan anjuran Lajnah Pas Pusat, Datuk Seri Ir Nizar telah menyarankan kepada para juru blog (bloggers) agar terus mengkritik walaupun kerajaan Pakatan Rakyat bagi tidak melupakan tanggung jawab mereka kepada rakyat.

Dan merujuk kepada usul tersebut, No2umnO berbesar hati untuk turut memantau pergerakan parti pakatan rakyat. Bukan marah, tapi sayang. Bukan berhasrat untuk merosakkan parti tetapi untuk mengikis budaya UMNO yang terbawa bawa ke Pakatan Rakyat. Ramai yang tidak sedar, lain padang, lain belalang.

Sebelum kita bercerita panjang tentang kisah gila talak ini, wak nak rujuk kepada kenyataan tahun lepas ….

Ezam Mohd Nor pada Selasa, 27 Jun 2007 dulu telah mengeluarkan kenyataan terbuka bahawa beliau sudah meninggalkan Parti Keadilan Rakyat. (amskeadilan) Pelbagai spekulasi yang timbul tetapi selepas itu beliau menggerakkan NGO yang di gelar GERAK.

Di dalam tindakan pengunduran Ezam, berberapa individu penting turut membuat keputusan yang sama. Ini soal simpati dan solidariti. Kononnya …… (Rujuk: Keluar parti)

Kandungan di dalam UMNO-REFORM pada tahun 2007.
SMS – Bekas Ketua AMK PKR Johor Nasir Tasrip dan Ketua Bahagian Kota Tinggi umum keluar PKR dihadapan Ezam menandakan solidariti mereke terhadap Ezam Mohd Nor serta perjuangan dan pengorbanan Ezam Mohd Nor selama ini.

Berita KLPOS
Sementara itu klpos.com juga diberitahu bahawa bekas Ketua AMK Johor Nasir Tasrip mengumumkan keluar parti di hadapan bekas Ketua AMK Mohamad Ezam Mohd Noor sebagai tanda solidariti.

Dalam kita asyik mendengar dan mengesan puak puak UMNO yang bertukar kulit, ketua Angkatan Muda Keadilan Johor ini lain pulak caranya. Kulit nya tak tukar, tapi disiat dan kemudian pakai semula. Macam kain lampin zaman dulu. Pakai, kotor, cuci, buang dan kutip semula. Kain yang berwarna putih, bertukar kekuning kuningan.

Maklumat yang diperolehi memberitahu bahawa Nasir ini dikesan sedang berada di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Beliau telah meninggalkan KEADILAN kemudian bersama GERAK dan akhirnya pulang ke kampung. Kini cuba untuk berjinak semula dengan Keadilan. Kalau sekadar datang sebagai penyokong dan bantu, tak per…. ucapan terima kaseh kerana pengalaman sangat berharga. Demi untuk perpaduan penduduk setempat, usaha ini di puji. Tapi ini bukan ceritanya. Menurut sumber …. beliau sedang cuba untuk melobi menjadi Ketua Bahagian PKR Sungai Besar. Tak tahu lah benar atau tidak, tapi pokok dan bergoyang kerana angin bertiup kencang.

Bila ada gula, adalah semutnya. Semut tertarik dengan gula dan sejauh mana pun gula, sesunggut tergerak gerak mengesan untuk mencari makan. Disebabkan kerajaan Selangor ini sekarang sudah bertukar tangan kepada Keadilan, maka ramai lah yang mengendeng ngendeng mencuba nasib untuk meminang semula jawatan penting di negeri lain. Usah cerita tentang parti lain yang cuba melompat lompat, tapi ini tentang individu yang sudah buang Keadilan kelongkang dan kini cuba mengutip kembali. Kalau aku….tak tau nak letak muka di mana.

Menurut cerita, beliau ini sudah pun melantik proksinya sebagai Ketua Bahagian Team B di satu kawasan. Mereka ini akan menyokong sekiranya beliau mendapat tempat untuk bertanding.

Nama Nasir ini kalau di kampung tak lah sehebat mana, tapi akibat tindakan dia yang cuba untuk menjatuhkan pihak lain menyebabkan PKR Negeri terpaksa menghantar wakil untuk menemui dan menasihatinya. ‘Prevention is better than cure’, maka sebelum keadaan menjadi diluar kawalan, elok benar lah di tegur tegurkan.

Pengajaran kepada anak anak muda. Jangan biasakan kawin cerai. Kalau nak bercerai, fikir baik baik kerana bila janda mula berhias, hati tak senang, jiwa tak tenteram. Berulang alik di depan rumah tersiul siul terjengkit jengkit. Harap harap janda menoleh untuk rujuk semula. Bila Janda dah dapat buat hati baru, baru lah nyesal nyanyi pun tak berlagu. Ini lah dia gila talak di dalam politik.

Pengajaran tu. Masa nak kawin bersunguh sungguh, bila nak cerai tak bagi tempoh …..

Lingam tape report out today – minus thunder

In Belit Mahathir, vk lingam on May 20, 2008 at 10:33 am

sun2surf - The four-volume report by the Royal Commission of Inquiry on the Lingam video clip goes on sale tomorrow afternoon – with the thunder of its content stolen by an information leak.

The report by the Commission of Enquiry on the “Video Clip Recording of the Images of a Person Purported to be an Advocate and Solicitor Speaking on the Telephone on Matters Regarding the Appointment of Judges”, is made up of the main report (RM161.40), the notes of proceeding (RM123), statutory declaration (RM120) and exhibits (RM136.90).

The public may buy the report from the Legal Affairs Division of the Prime Minister’s Department in Putrajaya, from 2pm.

Last Friday (May 16), Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Zaid Ibrahim announced the cabinet decision to go public with the report, days after three newspapers had published the gist of its findings, quoting excerpts of the comments and recommendations.

The report, in a nutshell, found that the video clip recording of lawyer Datuk V.K. Lingam talking on his handphone with a “Datuk” on appointment of judges is authentic and recommended appropriate action against individuals identified and said to have committed certain offences.

… selanjutnya.

Mukhriz not quitting, urges PM to step down

In Belit Dollah, Belit Mahathir, Mukhriz, UMNO bergolak on May 20, 2008 at 10:31 am

thestar - [...] Umno Youth executive council member Datuk Mukhriz Mahathir said he is not resigning from Umno, but reiterated his call for Datuk Seri Abdullah Badawi to step down as prime minister and party president.

The Jerlun MP, who is expected to contest for the post of Umno Youth chief in December, had previously called for Abdullah to step down after the March 8 polls that saw the Barisan Nasional coalition losing its two-thirds majority in Parliament.

On Monday, Mukhriz’s father, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, resigned from the party, citing his dissatisfaction over the current leadership.

He urged other Umno members to also leave until there was a change in party leadership…. selanjutnya.

Azalina diskriminasikan program pelancongan

In Belit Azalina on May 20, 2008 at 10:27 am

MStar - [...] “Di Kedah acara Visit Malaysia Year Go Green akan diadakan pada 21 hingga 24 Ogos ini, begitu juga di Kelantan penganjuran acara pesta nasi seratus akan diadakan pada 9 hingga 11 Julai. Dengan adanya acara itu terbukti kementerian masih menyenaraikan acara pelancongan di kalendar acara,” katanya ketika menggulung perbahasan menjungjung kasih titah Yang diPertuan Agong bagi kementerian Pelancongan di Dewan Rakyat di sini.

Jawapan Azalina itu bagaimanapun menimbulkan perasaan tidak puas hati daripada kalangan anggota pembangkang yang berulang kali bangkit meminta penjelasan, bagaimanapun Azalina tidak memberi laluan dan terus dengan ucapan penggulungannya.

Keadaan bertambah tegang apabila Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) mencadangkan Azalina dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana memberikan jawapan yang mengelirukan.

“Di bawah peraturan mesyuarat 36(12) saya ingin mencadangkan agar menteri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengelirukan dewan ini pada peringkat jawapannya, ini berdasarkan kepada peraturan 26(1p) di mana kita boleh buat serta-merta tanpa memberikan sebarang notis,” katanya…. selanjutnya.

Tahanan ISA di tendang dan tumbuk

In Abolish ISA, Hindraf on May 20, 2008 at 10:22 am

‘Suami saya didera dalam tahanan ISA’
malaysiakini - [...] Dalam laporan polisnya hari ini, Sharmila Uthiakumar mendakwa Sanjeev Kumar Krishnan dibelasah dalam tempoh siasatan selama 55 hari sejak 28 Julai tahun lepas.

“Bahagian badan dan kepala beliau ditumbuk dan ditendang dengan kasut. Bahagian tulang beliau ditendang beberapa kali dengan menggunakan kaki.

“Kaki kiri dan tangan kiri beliau dipukul beberapa kali dengan menggunakan objek yang keras seperti kayu.

“Selain itu, beliau juga selalu dipukul dengan menggunakan botol yang berisi air,” kata Sharmila dalam aduannya di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau diiringi tiga anggota keluarganya. Hadir sama ialah pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh dan beberapa aktivis gerakan tersebut…. selanjutnya.

Ku Li kempen di Sabah, Pahang

In Tengku Razaleigh on May 20, 2008 at 10:18 am

Malaysiakini - [...] Bagimanapun, tarikh program di dua negeri itu belum diputuskan lagi.

tengku razaleighMalaysiakini difahamkan paling awal, program di Sabah akan diadakan minggu depan.

“Ku Li akan ke sana untuk memenuhi jemputan untuk beramah mesra dengan ahli-ahli Umno akar umbi seperti majlis yang dihadiri beliau di Batu Pahat dan Muar, baru-baru ini,” kata satu sumber yang dekat dengan ahli parlimen Gua Musang.

Mengulas lanjut majlis bekas naib presiden Umno itu di Sungai Petani dan Alor Setar semalam, sumber itu berkata sambutan terhadapnya sungguh menggalakkan.

“Sambutan di Kedah cukup hangat. Di Alor Setar lebih kurang 1,200 orang hadir di majlis ramah mesra dengan beliau dan di Sungai Petani lebih kurang 800 orang datang ke majlis ramah mesra dengan Tengku,” kata sumber.
… selanjutnya.

Mahathir keluar, Ezam masuk

In Analisa, Matsamankati on May 20, 2008 at 5:26 am

matsamankati - [...] Khairy mahu menarik Ezam masuk Umno. Sudah dua kali percubaan dibuat tetapi mendapat tentangan dikalangan ahli-ahli Umno, terutamanya penyokong Mahathir. Untuk membolehkan Ezam masuk, Mahathir perlu ditendang keluar. Usaha untuk menendang Mahathir ini sudah dilakukan lama dulu. Pak Lah pernah mencadangkan supaya Mahathir dikenakan tindakan disiplin tetapi ditentang oleh Ahli MT Umno.

Berbagai isu ditimbulkan untuk menyebabkan Mahathir kegelisahan, dan Ezam yang mempunyai pengalaman diIKD menjadi balaci Khairy untuk menyingkir Mahathir.

Seperti dirancang, Ezam telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi GERAK pada hari Khamis, 15.05.08 dan melantik Mohd. Nazree Mohd. Yunus sebagai Pengerusi baru. Mesyuarat GERAK pada hari itu cukup istimewa kerana semua semua Ahli Lembaga Pengarah GERAK diwajibkan hadir, hatta yang diluar negara pun diarahkan balik.

Mesyuarat yang berakhir dalam suasana tegang itu telah menetapkan dua perkara besar. Satu, perlantikan Pengerusi baru dan seorang lagi Ahli Lembaga Pengarah, Mohd. Faridzul Mohd. Nasaruddin. Keputusan perletakan Ezam hanya boleh diumumkan oleh Ezam sendiri, yang akan dilakukan dalam masa terdekat ini.… selanjutnya.

Mahathir masuk perangkap, tunggu talqin dibaca

In Analisa, Belit Mahathir on May 20, 2008 at 5:11 am

detikdaily - [...] Dr Mahathir akan lebih selesa membela diri sekiranya beliau berada dalam UMNO, berbanding jika beliau bertindak sebagai pembangkang di luar UMNO. Keluar daripada UMNO sebenarnya lebih mendedahkan Dr Mahathir dengan kemungkinan untuk diambil tindakan kerana lazimnya ahli-ahli UMNO lebih berani membela bekas pimpinan yang masih berada dalam parti berbanding dengan mereka yang berada di luar parti.

Kecuali Anwar Ibrahim, kebanyakan bekas-bekas pimpinan UMNO yang berada di luar parti akan berakhir dengan dimuziumkan.

Menyedari hakikat tersebut, dipercayai Laporan Suruhanjaya DiRaja ini bukanlah faktor yang mendorong Dr Mahathir bertindak sedemikian. Ada satu lagi peristiwa penting yang berkemungkinan menjadi dorongan kepada tindakan Dr Mahathir iaitu pertemuannya dengan Timbalan Presiden UMNO, Najib.

Pertemuan Dr Mahathir dan Najib bukan dibuat tanpa pengetahuan Pak Lah, justeru tidak mungkin Pak Lah tidak mengetahui apa-apa perkara yang akan dibincangkan oleh Najib dan apakah pula natijah perbincangan tersebut. Betapa pula pendirian politik Najib mutakhir ini seperti yang diperakui sendiri oleh Dr Mahathir telah berubah 360 darjah.

Berkemungkinan besar perkara yang diperbincangkan oleh Dr Mahathir dan Najib berkisar tentang ‘Pelan Peralihan Kuasa’ sebagai penjelasan kepada Dr Mahathir tentang mengapakah berlakunya perubahan sikap Najib tersebut. Najib dilihat cuba meyakinkan Dr Mahathir tentang pelan tersebut, manakala Dr Mahathir pula melihat ia sebagai satu helah untuk Pak Lah terus menerajui UMNO selepas Perhimpunan Agung UMNO hujung tahun ini. … selanjutnya.

Day to revel for Anwar & Co

In Anwar Ibrahim on May 20, 2008 at 5:08 am

malaysianinsider - Datuk Seri Anwar Ibrahim today poured scorn on Tun Dr Mahathir Mohamad’s decision to resign from Umno. For good measure, he also threw a few barbs at the manner in which the ruling party operates.

Pakatan Rakyat officials say that the resignation and the possible upheaval will help them persuade Barisan Nasional MPs to cross over to the Opposition and force the collapse of the government led by Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. A highly-placed source in Umno said that party officials are working hard to head off defections and maintains that talk of fresh elections is still premature.

Still, yesterday was a day Anwar and the Opposition enjoyed. The de facto leader of the Opposition and the man Dr Mahathir sacked from government and put in jail in 1998 noted that the former prime minister was following the footsteps of former Umno presidents who also left the party due to dissatisfaction.

“The latest excuse is that this is for the sake of the Malay race. But if Prime Minister Abdullah steps down, he will rejoin Umno. So what we see is Umno in more trouble. Their leaders are grabbing for positions while the welfare of the public is ignored,” he said on his blog.… selanjutnya.

read also – Good news for Malaysia, says AWSJ

Parti Keadilan Rakyat statements on Dr M’s resignation

In Belit Mahathir, PKR, UMNO bergolak on May 20, 2008 at 5:04 am

malaysianinsider - Press statement, 20th May, from PKR advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim

Tun Dr Mahathir’s decision to leave Umno today is indicative of Umno’s worsening crisis, where leaders continue to bicker and fight, while the welfare of ordinary Malaysians are increasingly neglected.

The internal problems of Umno are clearly deteriorating beyond any hope of recovery. Nonetheless, we must avoid being trapped by personal agendas to replace weak leaders with corrupt ones.

In view of the worsening crisis, any and all Malaysians of conscience who are concerned for the continued stability, prosperity or unity of the country are invited to join KeADILan and Pakatan Rakyat and pursue our shared ideals for a better, united Malaysia.
… selanjutnya.

Tindakan Mahathir gambarkan hujah Almarhum Ustaz Fadzil benar – Menteri Besar Kedah

In Belit Mahathir on May 20, 2008 at 5:03 am

harakahdaily – [...] Menteri besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, tindakan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari keanggotaan parti tersebut sebenarnya telah mengiyakan semua kenyataan pemimpin PAS selama ini bahawa Umno bukan sebuah parti yang relevan kepada perjuangan kaum Melayu.

“Tindakan Dr Mahathir itu cukup untuk menggambarkan segala yang dihujah oleh pimpinan PAS terutamanya di era kepimpinan Al-Marhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor bahawa Umno gagal sebagai sebuah parti untuk membela kaum Melayu adalah benar,” katanya dalam satu kenyataannya yang disampaikan melalui Setiausaha Akhbarnya, Helmi Khalid kepada Harakahdaily hari ini.

Ternyata bahawa apa yang dibawa oleh pemimpin Umno selama ini hanya retorik, katanya.

Rakyat bukan sekadar rakyat menolak parti itu dalam Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac lalu, malah pada hari ini, bekas Presidennya sendiri bertindak menolak Umno yang dianggapnya sebagai lemah, katanya.

… selanjutnya.

Siti Hasmah pun keluar UMNO

In Belit Mahathir on May 20, 2008 at 4:42 am

malaysiakini - [...] Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali – yang bernombor keahlian ‘2′ dalam Umno – menurut jejak langkah suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari parti itu.

siti hasmah 01Pengumuman itu dibuat dalam lamanweb Dr Mahathir – www.chedet.com – pada jam 10.11 malam tadi.

Semalam, Dr Mahathir – ahli Umno seumur hidup dan bernombor keahlian 1 – mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam lamanweb tersebut, mantan perdana menteri berkata “saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.”

Dr Mahathir berkata, beliau hanya akan kembali menjadi ahli Umno selepas Abdullah yang juga presiden Umno dan perdana menteri, meletak jawatan.

“Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno),” katanya…. selanjutnya.

Keluar Umno, misi Mahathir gagal jika Mukriz tidak ikut sama – Mahfuz

In Belit Mahathir on May 20, 2008 at 2:03 am

harakahdaily – [...] “Tetapi persoalannya kini, misi Tun Mahathir tidak akan sampai ke mana-mana dan gagal jika anaknya, Dato’ Mukriz tidak bertindak keluar parti.

“Orang akan kata, ini signal kepada kelompok yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk bertindak keluar parti, tetapi orang akan melihat bahawa jika Mukriz tidak bertindak mengikuti jejak ayahnya ia satu usaha yang gagal,” kata Mahfuz yang dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut Mahfuz, Sanusi dan Mukriz adalah antara individu yang cukup kuat duduk di belakang Tun Mahathir sejak dua tahun lalu apabila bekas Perdana Menteri itu mula mengkritik Perdana Menteri.

Sementara itu mengulas mengenai tindakan Mahathir mengumumkan keluar Umno, Mahfuz berkata, isu tersebut jangan hanya dilihat sebagai masalah Umno, sebaliknya ia adalah masalah pentadbiran negara.

Ujarnya, krisis kepimpinan negara yang parah hari ini menyebabkan negarawan seperti Tun Mahathir akan melakukan tindakan luar biasa semata-mata untuk membersihkan kepimpinan negara.

Meskipun ketika Mahathir memerintah 22 tahun lalu, beliau turut dikaitkan dengan masalah pentadbiran, namun kata Mahfuz kini Mahathir sendiri telah melihat betapa pentingnya masalah itu diperbaiki. … selanjutnya.

300 di Kedah ikuti Dr M keluar Umno

In Belit Mahathir on May 20, 2008 at 2:01 am

harakahdaily - Kira-kira 300 orang ahli Umno Cawangan Jalan Badlishah di Merbok keluar beramai-ramai dari parti itu untuk bersama-sama dengan bekas presiden mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengisytiharkan keluar dari parti itu semalam.

Ketua cawangan tersebut, Mej (B) Anuar Abdul Hamid memberitahu The Star, ahli-ahli Pemuda, Wanita dan Puteri cawangan tersebut juga keluar dari Umno.

Kira-kira 100 ahli cawangan itu menghadiri majlis bertajuk “Nasib kedudukan Bangsa Melayu” yang diadakan di sebuah hotel di Alor Star semalam di mana Dr Mahathir tiba-tiba mengumumkan keputusannya keluar dari Umno (Video).

Mereka yakin ahli-ahli Umno dari cawangan lain juga akan mengambil tindakan yang sama.

Anuar memberitahu, mereka tidak akan menganggotai mana-mana parti dan akan menyertai Umno semula apabila Presiden parti itu kini, Datuk Seri Abdullah Badawi berundur.

Di Kubang Pasu, beberapa ketua cawangan memberitahu, mereka merancang untuk memulaukan mesyuarat agung parti itu.

Bekas Menteri Besar Kedah yang juga bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid pula mengumumkan beliau “sudah lama” keluar parti itu. … selanjutnya.

Siapa peduli Mahathir keluar UMNO?

In Belit Mahathir on May 20, 2008 at 1:16 am

survival perjuangan – [...] Mantan PM ni sibuk sangat berpolitik kerana suara Pak Lah tidak selaras dengannya. Atau kerana anak yang selalu DEDIKASI tersilap melaung hendak bertarung? Atau kerana dulu terpaksa bersara kerana tersilap cakap dan terperangkap dengan Fidah yang potong cakap hendak bersara? Kini rasa menyesal hendak patah balik semula?

Apapun mamak bendahara ini yang berdarah keling (bahasa orang utara yang hanya bermaksud keturunan india muslim@mamak) katanya cuma dua tiga sudu (seperti yang dicatitkan dalam surat kepada TUNKU yang membandingkan dirinya dengan TUNKU yang ada sedikit campuran berdarah siam) wajar dinilai jasa dan khidmat baktinya kepada negara yang adakalanya penuh kontroversi. Antaranya!

1. Isu Ibrahim Libya.
2. UMNO berpecah dua (UMNO Baharu dan Semangat 46)
3. Isu Kekebalan dan kuasa-kuasa Raja-Raja Melayu.
4 Isu Pasaran Matawang
5. Isu Almaunah.
6. Isu dan pemecatan Anwar Ibrahim.
7. Isu janggut Nabi Muhammad S.A.W
8. Isu pemecatan Mufti Selangor Dato Ishak Baharom
9 Isu DEB, Halim Saad (RENONG), Tajudin Ramli (MAS dan Naluri)
10 Isu MISC.
11 isu ISA
12. Isu klip video Linggam (KEHAKIMAN)
dan banyak lagi kalau hendak direkodkan jasa dan khidmat bakti mantan PM ini.

Dari slot buletin TV3jam 8 Malam 19.5.08 semasa mengumumkan keluar dari UMNO, jelas difahami Mahathir bagaikan terkilan. Ditanya pula apakah tindakkannya itu akibat dari arahan kerajaan untuk membuat tindakkan lanjut berkaitan isu VIDEO KLIP LINGGAM. Jawapannya jika saya didapati salah masuk penjaralah!!!!!….
… selanjutnya.