no2umno

Archive for May 21st, 2008

kerajaan katak (II)

In Ulasan Berita on May 21, 2008 at 10:41 pm

penarikbeca – [...] Yang empunya cerita seterusnya menceritakan, Asri tidak mahu mereka menyertai PAS kerana marah. Kalau mahu menganggotai PAS, hendaklah dengan kesedaran.

Saya teringat cerita itu apabila membaca posting bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertajuk “Lompat“.

Petang tadi, saya diberitahu oleh seseorang, ramai dari mereka yang mengikrarkan taat setia kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Selasa lalu (lihat Utusan Malaysia 21/5/08 “Ikrar setia pada PM – Ahli-ahli Parlimen UMNO mahu Abdullah terus terajui parti, negara” dan Malaysiakini 21/5/08 “Umno accepts Mahathir’s resignation“) sebenarnya berada dalam senarai mereka yang akan melompat. Senarai itu khabarnya berada di tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Tetapi, sumber saya bukan kaki kelentong.

Saya tidak tahu mengapa mereka hendak melompat. Saya juga tidak berhajat untuk mengajak mereka merenung cerita yang dikatakan berlaku di rumah Asri ketika Harun akan ditangkap itu. Cerita itu tidak relevan kerana mereka bukan hendak melompat masuk PAS. Tidak relevan untuk ditanya adakah kerana kesedaran atau apa.… selanjutnya.

Kesiaaaan dia!

In Belit Mahathir on May 21, 2008 at 10:36 pm

matsamankati - [...] Najib, hang pi mana? Kawan tu dok jolok hang sampai dapat jadi TPM, tiba-tiba bila kawan tu minta sekupang dua, hang buat bodo saja. Tak kesian ka?

Mukriz ni anak sapa? Kawan tu dok suruh keluaq Umno, keluaq la! Pasai apa yang ketegaq sangat? Tak kesian ka?

Dari 3 juta ahli Umno, cuma tiga ribu saja yang hormat dan ikut cakap Mahathir? Yang lain pi mana? Hari tu hangpa marah kat Pak Lah bukan main. Suruh orang tua ni lawan. Tapi bila orang tua ni suruh keluaq, hangpa tak mau ikut! Hangpa penaya orang tua ni, no! Hangpa tak kesian ka?

Anwar Ibrahim? Ni lagi sekoq, tak dak hati perut. Yang dok perli kawan tu pasai apa? Dia tak dak buat salah kat hang pun. Dia tak masuk pilihanraya pun. Tak kesian ka tengok kawan tu kena semboq Baygon kat Kelantan hari tu? Yang dok bawa video Linggam tu pasai apa? Silap-silap kawan tu mati dalam penjara.… selanjutnya.

Tabiat BN Bukan Rahsia Lagi

In MAT TYSON MAT THAILAND, Video on May 21, 2008 at 10:31 pm

MENGKRITIK BUKAN BERMAKNA BENCI

In Ilmu, artikel on May 21, 2008 at 10:26 pm

albakistani - Semenjak dua ini, ramai yang agak tidak bersetuju dengan tulisanku yang lebih mengkritik kerajaan Pakatan rakyat di Selangor. Berbagai-bagai respon dari sahabat-sahabat seperjuangan tentang isi kritikanku itu.

Aku tidak menyimpan perasaan marah terhadap mereka, bahkan aku sangat suka dengan sikap mereka yang berani menyatakan pandangan mereka atas ketidakpuasan hati itu.

Aku amat tidak menyukai dengan sikap sebilangan mereka yang hanya berbincang sesama mereka sahaja dalam menyatakan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu. Kadangkala dengan sikap dan tindakan mereka itu, akan melahirkan satu keadaan yang membarah yang akhirnya melahirkan perbalahan.

Padaku, budaya kritik mengkritik perlu disuburkan agar segala natijah akan terhasil dengan baik. Jika tanpa kritik, menyebabkan akan lahirlah suasana ”AMPU”. Dengan budaya umpu itulah yang menyebabkan sesuatu pergerakan organisasi akan hancur.… selanjutnya.

PECAT IMAM

In artikel on May 21, 2008 at 10:24 pm

hamirdin.blogspot
Assalamualaikum,

Sekali lagi kita disuapkan dengan berita palsu dari pihak BN bahwa di Perak berlaku kejadian pemecatan imam oleh kerajaan PR. Ini adalah dodoi lama yang mainkan semula oleh BN, kerana mereka menyangka dengan memainkan isu seperti ini mereka boleh mendapat simpati rakyat.

Sebenarnya BN/UMNO dan penyokong-penyokong merekalah yang telah selama ini bertindak zalim bukan sahaja memecat imam dan AJK mesjid/surau seperti yang berlaku diTerengganu, tetapi lebih jahat lagi mereka telah merampas mesjid dan surau, mengunci dan merantai mesjid dan surau serta merobohkan mesjid dan surau. Rekod kehasadan mereka jelas terpahat di negeri Selangor.

Satu lagi perangai busuk mereka ialah terlalu suka mendeskriminasikan rakyat. Kalau rakyat yang tidak menjadi penyokong mereka pelbagai bentuk deskriminasi dikenakan kepada rakyat tersebut. Dengan sebab itulah banyak mesjid dan surau dikuasai oleh puak mereka dengan cara mendeskriminasikan rakyat jelata.

Kehasadan mereka yang besar lagi ialah, mereka hanya menggunakan topeng demokrasi apabila berada dalam suasana pilihan raya. Di luar daripada keadaan tersebut mereka langsung tidak percaya dan tidak mahu menggunakan demokrasi. Contoh yang paling ketara ialah pemiihan AJK surau atau pun mesjid. Banyak mesjid dan surau menentukan AJK masing-masing dengan cara ditunjuk oleh orang UMNO dan direstu oleh YB berkenaan, dan kemudian senarai AJK tersebut terus mendapat pengesahan jabatan ugama Islam yang berkenaan. Anak kariah tidak diajakberunding, dan tidak ada amalan demokrasi dalam perkara ini…. selanjutnya.

UMNO PARTI LAWAK

In UMNO bergolak, UMNO pening on May 21, 2008 at 10:10 pm

selangortoday – Mokhzani perlu diberikan tabik hormat, tabik spring atau segala tabik yang ada dalam kamus politik negara. Mokhzani mengikut jejak langkah ayahnya Dr. Mahathir, keluar dari UMNO.

Anak mana yang tidak terhina jika ayahnda yang dikasehi dinista dan dihina seolah-olah tidak ada langsung kebaikan yang dilakukannya.

“Duri sudah tercabut keluar” ulasan ini datang dari Musa Hitam, yang biarpun terbuang dari kepimpinan Mahathir satu ketika dulu, diambil dan diberi peranan di Bangsa-bangsa Bersatu dan kemudian diberi peranan yang khusus oleh pentadbiran Mahathir.

Hari ini Musa Hitam mengetuai konglomerat perladangan terbesar Sime Darby yang telah mengusai semua kuasa perladangan lain seperti Guthrie dan Golden Hope dengan jentera ambil alih Synergy Drive.

Biarpun terdapat komen lain dari pihak yang lain, komen Musa Hitam ini dianggap keterlaluan. Ulasan seperti ini memberi gambaran bahawa Musa Hitam Masih dendam dengan Mahathir. Bagi ahli PAS Musa Hitam adalah protagonis dalam sejarah Memali yang hingga kini masih misteri. ….seterusnya.

A little bit of Selangor history

In Raja Petra on May 21, 2008 at 10:05 pm

NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin

Imagemalaysiatoday - [...] Tengku Musa’eddin ruled from 1942 to 1945 as Sultan Ghiathuddin Riayat Shah after which Sultan Hisamuddin Alam Shah was given back the throne when the Japanese surrendered in 1945. Tengku Musa’eddin was then sent into exile in the Cocos Islands but was allowed to come home ten years later where he died in Kelang in 1955 without leaving any heirs.

Sultan Hisamuddin Alam Shah became the Second Agong in 1960 and died that same year after which his son, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, became the Eighth Sultan of Selangor. Sultan Sharafuddin Idris Shah, the present Sultan of Selangor, is the Ninth Sultan of Selangor.

Over the last 40 years, Selangor has had 14 Chief Ministers (Menteri Besar), seven appointed and seven elected.

The seven appointed Chief Ministers are:

1. Dato’ Hamzah Bin Abdullah (1948-1949)
2. Raja Sir Tun Uda Al-Haj Bin Raja Mohamad (1949-1953 and 1954-1955)
3. Dato’ Othman Bin Mohamad (1953-1954)
4. Tun Dr Abdul Aziz Bin Hj Abdul Majid (1955-1956)
5. Tuan Muhammad Ismail Bin Abdul Latiff (1956-1958)
6. Tan Sri Abdul Jamil Bin Abdul Rais (1958-1959)
7. Dato Abu Bakar Bin Baginda (1959-1964)

The seven elected Chief Ministers are:

1. Dato’ Seri Hj Harun Bin Idris (1964-1976)
2. Dato Haji Hormat Bin Rafei (1976-1982)
3. Tan Sri Dato Hj Ahmad Razali Bin Haji Mohd Ali (1982-1986)
4. Tan Sri Dato Haji Muhammad Bin Haji Mohamad Taib (1986-1997)
5. Dato Seri (Dr) Haji Abu Hassan Bin Haji Omar (1997-2000)
6. Dato Seri Dr Mohamad Khir Bin Toyo (2000-2008)
7. Tan Sri Khalid Ibrahim (2008- )… selanjutnya.

Kilang Syarikat Senjata Musnahkan Iraq di Johor?

In UMNO Yahudi, palestin on May 21, 2008 at 10:00 pm

http://img99.imageshack.us/img99/5914/nowarforisraellarge1bu3.jpgsuarakeadilan – Sebuah syarikat bernama Hilliburton yang merupakan pembekal senjata terbesar kepada Amerika Syarikat sewaktu Perang di Iraq beberapa tahun yang lalu didakwa telah diberi lesen oleh kerajaan untuk membuka kilangnya di Johor. Perkara ini didedahkan di Dewan Rakyat dalam sesi soal jawab pagi tadi.

Syarikat yang diwujudkan sejak 1919, pada mulanya melabur dalam bidang minyak dan gas kemudiannya telah mula terlibat dalam industri persenjataan mulai tahun 1962, melalui pembelian syarikat Brown and Root atau singkatannya KBR.

Dalam Perang Iraq yang meletus pada 2003, KBR anak syarikat Hilliburton menjadi pembekal senjata kepada pihak tentera Amerika. Perang tersebut telah mengorbankan nyawa lebih 1 juta rakyat Iraq. Syarikat yang sama juga membekalkan senjata ketika Perang Teluk dan Perang di Balkan.

Bagaimanakah sebuah syarikat yang telah membunuh nyawa ramai insan yang tidak berdosa di Iraq boleh dibenarkan Kerajaan untuk membuka kilangnya di Malaysia?

Langkah kerajaan untuk tidak menyelidiki latarbelakang syarikat tersebut sehingga menyebabkan perkara ini berlaku dilihat tidak wajar dan menyinggung perasaan warga umat Islam khususnya Iraq. Tambahan pula Malaysia adalah merupakan Negara Islam. … selanjutnya.

Umno receives, accepts Dr M’s resignation

In Belit UMNO, UMNO bergolak on May 21, 2008 at 9:52 pm

theStar - The Umno Supreme Council has received and accepted Tun Dr Mahathir Mohamad’s official letter of resignation, said Umno deputy president Datuk Seri Najib Tun Razak.

However, the Council also hopes that the former Umno president will return to the party in the future, the Deputy Prime Minister said.

The special meeting was held Wednesday night to discuss Dr Mahathir’s resignation. The former premier had announced on Monday that he was quitting the party he had led for 22 years because he had no confidence in the current leadership.

He urged other members to quit as well, and to only come back to the fold when there is a change in said leadership. He has been scathing in his criticism of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir’s wife Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali and son Datuk Mokhzani Mahathir, formerly Kedah Umno treasurer, have also quit.… selanjutnya.

Abdullah calls emergency talks over Mahathir

In UMNO bergolak on May 21, 2008 at 9:47 pm

sun2surf - Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi called an emergency session of his ruling party’s top policy-making body today, seeking to stamp his authority after the dramatic resignation of ex-premier Tun Dr Mahathir Mohamad form Umno (United Malays National Organisation).

Mahathir’s departure, which cast further doubt on Abdullah’s future, has raised Malaysia’s political risks and spooked investors as the government grapples with high inflation, slowing economy and rising subsidies.

Abdullah, who has scheduled to chair a special meeting of an Umno supreme council at 8pm today, also faced pressure from former deputy premier Datuk Seri Anwar Ibrahim, the leader of the Opposition Pakatan Rakyat (PR) coalition.

Anwar has said his group had the numbers to topple the government.

“The excessive politicking has generated extra uncertainties into the whole political and economic environment,” said Zainal Aznam Yusof, a senior fellow in Malaysia’s Institute of Strategic and International Studies.

Umno has been in turmoil since a poor showing in the March 12th General Election, when the ruling Barisan Nasional (BN) coalition which Umno dominates lost its crucial two-thirds majority in parliament.

Malaysia said today the annual inflation rate hit 3.0% in April, the highest in 15 months, led by firmer food prices. The government is also considering reforms to fuel subsidy policy, aware that substantial fuel price hikes could stoke popular anger.… selanjutnya.

Umno leaders meet as Anwar looks to take over

In Anwar Ibrahim, Belit Dollah, UMNO pening on May 21, 2008 at 9:42 pm

malaysianinsider - Umno president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has begun chairing his party’s supreme council meeting tonight to discuss former leader Tun Dr Mahathir Mohamad’s resignation as another former party leader Datuk Seri Anwar Ibrahim staked a claim to be Malaysia’s next prime minister.

The emergency Umno supreme council meeting began at 9pm at the party’s Menara Dato Onn’s headquarters, officials said.

Earlier in Singapore, Anwar told reporters he was ready to take over the government from Abdullah’s Barisan Nasional which lost its traditional two-third majority in the March 8 general elections.

“I do intend to topple the government, we have the numbers,” Anwar told reporters in Singapore, claiming his coalition now called Pakatan Rakyat is ready for the job.

“I’m looking forward to early elections,” Anwar added, hoping it would take place before September.

Anwar, who outlined his coalition’s agenda in a speech in Singapore yesterday, said Pakatan Rakyat would make its move once it was sure of the contest.

“If you have a one to two majority, the government will be too fragile … You don’t need a two-third majority,” he said, adding that he wanted a majority of five or six and saw a vote of no-confidence in parliament as the best option.

Anwar, who was deputy prime minister and deputy Umno president, was dubbed the prime-minister-in-waiting until Mahathir sacked him in 1998 on corruption and sodomy charges…. selanjutnya.

Video Lingam: Tengku Adnan tenang, AG arah siasat menyeluruh

In Tengku Adnan, vk lingam on May 21, 2008 at 9:38 pm

Mstar - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang merupakan salah seorang daripada enam individu yang disyorkan untuk siasatan lanjut oleh Suruhanjaya Diraja berkata, beliau menghadapi isu tersebut “dengan tenang.”

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pula mengarahkan satu siasatan menyeluruh dijalankan meliputi semua aspek yang dinyatakan oleh Suruhanjaya Diraja Siasatan Mengenai Video Klip Datuk V.K. Lingam.

“Saya mahu satu siasatan adil dan saksama, bukan sahaja satu dua perkara, tetapi setiap perkara yang disenaraikan oleh Suruhanjaya Diraja,” kata beliau kepada The Star semalam.

Pagi semalam, mStar Online difahamkan beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai isu tersebut…. selanjutnya.

Kawal media perdana punca blog berleluasa?

In Belit Shabery Cheek, Blogger on May 21, 2008 at 9:37 pm

MStar - [...] Andaian bahawa kawalan ke atas media baik cetak atau elektronik menjadi punca kepada kemunculan lebih banyak blog di negara ini adalah kurang tepat, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, kemunculan blog sebagai salah satu media alternatif bukan kerana ketidakadilan dalam media perdana, sebaliknya merupakan fenomena dunia.

“Ini trend dunia, bukan kata blog tidak ada di Amerika Syarikat atau Australia di mana medianya lebih bebas… blog ada di mana-mana dan tidak boleh dianggap bahawa kemunculan blog yang banyak di negara kita ialah semata-mata kerana media kita tidak bebas, saya rasa ini tidak begitu tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Titah Yang diPertuan Agong bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
… selanjutnya.

Mukhriz nafi keluar Umno Julai

In Belit Mahathir, Mukhriz on May 21, 2008 at 9:31 pm

Mstar – Anggota Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini menafikan yang beliau akan keluar parti jika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak meletakkan jawatan parti dan kerajaan sebelum Julai ini.

“Saya tidak kata menjelang Julai jika Perdana Menteri tidak berundur, maka saya akan keluar parti,” jelas beliau kepada pemberita di Parlimen di petang ini – beberapa jam selepas Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengecam kenyataannya dikeluarkan semalam.

Jelas Mukhriz, apa yang disuarakan semalam ialah beliau mempunyai hak untuk mengubah pendirian pada bila-bila masa mengikut perkembangan semasa dan beliau tidak menyatakan hanya ada satu cara iaitu keluar parti sedangkan banyak lagi cara lain yang boleh diambil.

Hishammuddin kesal dengan kenyataan Muhkriz semalam sambil menegaskan, beliau akan merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Pengurusan Umno…. selanjutnya.

berita lain
Hishammuddin kecam Mukhriz letak syarat desak Pak Lah undur
Analisis: Pilihan raya umum tergempar tidak mungkin?

Guling Pak LAh: Najib jumpa DrM di Luar Negara

In Belit Mahathir, Belit Najib on May 21, 2008 at 9:30 pm

 tranungkite - Nampaknya Najib telah mula menunjukkan kuku dan taringnya serta seakan telah bersedia menerkam Pak LAh tidak lama lagi demi mengambil-alih singgahsana Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Seolah-olah cita-cita dan mimpi indah Najib hampir menjadi kenyataan!

Najib dalam kenyataan ringkas semalam-Isnin menyatakan bahawa beliau tidak berhajat pulang ke Malaysia dari Mesir. Adakah kebetulan pula DrM hari ini-Selasa berlepas ke Tokyo menghadiri satu persidangan? Umum tentunya masih ingat bahawa sekitar awal 2005 selepas DrM tengah galak menghentam PM atas isu jambatan bengkok, Najib diberitakan ada menemui DrM di Tokyo! Najib menafikan berjumpa DrM di Tokyo namun mengakui menginap di hotel yang sama. Wah! Versinya lebih kurang sama seperti percutian VK Lingam dengan bekas ketua hakim Eusoff Chin di New Zealand..semuanya kebetulan. Atau pengarahnya sama?

Komen Najib tentang DrM keluar Umno juga agak menarik. Beliau menyingkap tentang betapa besarnya jasa-jasa DrM pada parti Umno dan negara…beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan PM tentang usaha pengukuhan (pereputan?) Umno dan pelan peralihan kuasa. Nah! Najib dengan perlahan-lahan telah membuka langkah silat yang diperturunkan oleh mahagurunya-DrM. Apa kaitannya pengukuhan parti dengan pelan peralihan kuasa? Najib sedaya mahunya cuba mengheret Pak LAh kembali membicara isu peralihan kuasa yang cuba diperapkan oleh Pak LAh semenjak-duamenjak ini…. selanjutnya.

BERSIH akan buat laporan polis dalam isu dakwat kekal esok

In Belit SPR Belit BN on May 21, 2008 at 9:27 pm

tranungkite - [...]
Jemputan Media
21 Mei 2008

Kepada Ketua Pengarang,

SIDANG MEDIA BERSIH: Laporan Polis Terhadap Komplot Isu Dakwat Kekal

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) akan mengadakan sidang media selepas membuat laporan polis berhubung dengan laporan-laporan media mengenai percanggahan kenyataan mengenai penggunaan dakwat kekal semasa Pilihanraya Umum 8 Mac yang lalu di antara Perdana Menteri, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

Berikut adalah butiran sidang media:

Tarikh : 22 Mei 2008 (Khamis)
Masa : 11 pagi
Tempat : Balai Polis Dang Wangi, bersebelahan Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Diharapkan Tuan dapat menghantar wartawan/jurugambar untuk membuat liputan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat Faisal Mustaffa 019-2232002 atau Medaline Chang 012-2192010.
Sekian, terima kasih

... selanjutnya.

Ramai Lagi ahli UMNO dijangka keluar parti

In Belit Mahathir on May 21, 2008 at 9:24 pm

buletinonline - Ramai lagi ahli UMNO khususnya di Kedah akan keluar UMNO beramai-ramai apabila bekas Ahli Parlimen Kota Setar Dr Abdul Hadi Derani, mengikuti jejak langkah Mahathir, mengisytiharkan keluar dari UMNO

Akhbar The Star melaporkan, sebelum itu seramai 300 ahli-ahli UMNO cawangan di Bahagian Merbok telah mengikut jejak langkah Mokhzani mengisytiharkan keluar UMNO beramai-ramai.

UMNO Cawangan Kampung Sri Tanjung termasuk nenghadapi kemungkinan dibubarkan apabila seramai 250 ahli bersama 20 orang jawatankuasa cawangan telah keluar UMNO beramai-ramai. Ketua Cawangan tersebut Baharudin Mahmood telah membuat perisytiharan keluar beramai-ramai pada malam kelmarin.... selanjutnya.

Elaun: 20,000 ibu tunggal mahu Selangor tunai janji

In Belit media, Kerajaan Selangor on May 21, 2008 at 9:21 pm

utusmeloya - [...] Beliau berkata, perkara itu sudah diuar-uarkan sejak pilihan raya umum lalu dan sudah tentu para ibu tunggal tertunggu-tunggu pengumuman rasmi daripada kerajaan negeri mengenai pelaksanaannya.

“Kami harap perkara ini dapat dilaksana secepat mungkin memandangkan keadaan hidup sekarang yang semakin mendesak.

“Saya sendiri mahu berjumpa orang dari pejabat kerajaan negeri yang bertanggungjawab mengenai perkara ini untuk mengetahui prosedur permohonan bagi lebih 20,000 ibu tunggal yang berdaftar di Selangor,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selain elaun ibu tunggal, antara tawaran lain yang dibuat oleh pakatan pembangkang negeri Selangor dalam manifesto pilihan raya umum lalu adalah elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak kecil; membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak yang baru lahir; RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak; RM50 sebulan seorang bagi anak yang mengikuti pendidikan prapersekolahan dan RM1,000 bagi setiap anak yang memulakan pengajian peringkat diploma dan ijazah pada tahun ini.… selanjutnya.

Pengguna Internet wajar mendaftar

In Blogger on May 21, 2008 at 9:18 pm

utusmeloya – Setiap pengguna Internet wajar mendaftar identiti diri mereka sebelum dibenarkan menggunakan rangkaian itu,’’ kata Ketua Pegawai Eksekutif MOL Access Portal, Ganesh Kumar Bangah.

Beliau berkata, langkah itu demi keselamatan, keyakinan dan melindungi semua pengguna Internet dan orang ramai.

‘‘Keterbukaan dan demokrasi di Internet masa ini boleh menjadi ancaman terutamanya kepada aspek sosial dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia, justeru, ia perlu dikawal,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi pembentangan kertas kerja bertajuk Masa Depan Internet sempena Kongres Teknologi Maklumat Sedunia (WCIT) 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.… selanjutnya.

Ucapan menteri gambarkan BN selama ini lakukan banyak kesilapan

In Sidang DUN on May 21, 2008 at 9:14 pm

harakahdaily – Ir Khalid Samad (PAS-Shah Alam) menyifatkan ucapan Menteri Kerjaraya, Dato’ Ir Mohd Zin Mohd sebagai menunjukkan kesilapan yang selama ini dilakukan kerajaan BN dalam mengendalikan urusan pembinaan jalan raya.

“Ucapan menteri menggambarkan kelemahan BN sebelum ini adalah natijah daripada tindakan yang salah seperti kontraktor yang menipu, JKR tidak boleh diharap, dan sebagainya.

“Ini hal yang serius, adakah sistem yang ada cukup korup? Dan adakah penjelasan menteri mengenai penyelesaian terhadap masalah pembinaan jalan raya di tanah gambut suatu penemuan baru kepada BN?” ujarnya.

Namun persoalan tersebut dinafikan oleh Mohd Zin untuk meneruskan penjelasan ekoran pada pandangannya ia merupakan anggapan Khalid menggunakan kesempatan tersebut untuk membuat persepsi.

“Kalau Yang Berhormat tidak berpuas hati, saya sedia untuk berdebat secara terbuka dengan Yang Berhormat selepas ini di luar,” tegasnya. … selanjutnya.

Syarikat kaya-raya dapat gas subsidi

In Kroni, Pembaziran BN on May 21, 2008 at 9:12 pm

malaysiakini - [...] Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Petronas sendiri menjual gas kepada IPP di bawah harga kos pengeluarannya, sebanyak RM15 hingga RM16 mmBtu.

Tambahnya, keadaan ini menyebabkan “IPP mampu mengaut keuntungan yang tinggi.”

“Penjualan gas kepada IPP adalah tidak munasabah sedangkan kos pengeluaran gas ialah RM15 hingga RM16 mmBtu dan harga pasaran pula mencecah RM41 mmBtu.

“Harga gas yang rendah ini membolehkan IPP mengaut keuntungan yang tinggi dan kementerian bersetuju untuk memastikan IPP tidak mengaut keuntungan yang berlebihan,” katanya ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Shahziman berkata, sekarang masa terbaik memastikan subsidi yang diberikan kerajaan benar-benar diterima oleh kumpulan sasar yakni rakyat berpendapatan rendah.

“Pembetulan ini akan dilakukan dengan mengambil kira tiga perkara iaitu harga gas, menyeimbangkan keuntungan IPP dan memastikan rakyat tidak terjejas daripada kenaikan tarif elektrik,” katanya…. selanjutnya.

Sultan tegur Adun BN boros

In Pembaziran BN on May 21, 2008 at 9:08 pm

malaysiakini - [...] “Beta memandang serius perbelanjaan peruntukan (seorang) ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun 2008 yang habis dibelanjakan pada dua bulan pertama tahun ini,” titah Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika merasmikan pembukaan persidangan penggal pertama DUN Selangor hari ini.

sultan selangor sharafuddin idris shah 210508“Kerajaan negeri telah melaksanakan budaya perbelanjaan berhemah dengan memastikan semua perbelanjaan dibuat secara lebih efisien dan berkesan bagi mengelakkan berlakunya pembaziran sumber.

“Beberapa surat pekeliling telah dikeluarkan sebagai garis panduan perbelanjaan berhemah yang efektif di mana program-program jabatan dilaksanakan berdasarkan ketepatan kos,” titah baginda lagi.

Sultan Selangor dipercayai merujuk laporan seorang wakil rakyat BN yang membelanjakan RM500,000 tidak sampai 60 hari hingga Februari lalu untuk beberapa projek di kawasan DUN Kampung Tunku…. selanjutnya.

Krisis oh Krisis

In Sebastianjoshua on May 21, 2008 at 10:19 am

sebastianjoshua

Lama dulu kita sibuk pasal krisis kelapa, gula, tepung, minyak masak dan sekarang kita ada krisis beras. Belum kita cerita lagi yang bebarang naik harga mendadak seperti bawang, lada, sayuran, ikan udang sotong daging dan banyak lagi. Kelam kabut dengan barangan yang naik, dalam diam sebenarnya banyak lagi barang naik seperti barangan pembinaan, tol, pakaian sekolah dan bermacam macam. Batu ladung memancing pun naik harga.

Sapa salah ni? Rakyat salah kerana terlalu bermewah ke atau kerajaan yang tidak stabil?

Orang kata puncanya adalah dari minyak kerana minyak dunia sekarang ini dalam sekitar USD 129.50. Kalau harga minyak melambung tinggi maka SEPATUTNYA Petronas jadi makin kaya raya. Petronas tu kan hak kerajaan Malaysia maka SEPATUTNYA kerajaan Malaysia jadi kaya raya dan SEPATUTNYA kerajaan Malaysia ini asalnya dari rakyat maka SEPATUTNYA rakyat hidup senang dan kaya raya.

Sapa salah ni? Rakyat salah kerana terlalu bermewah ke atau kerajaan yang tidak stabil?

Lagi sedikit bab minyak. Rasanya dua tahun lepas Iran telah menyelar dunia kerana menggunakan matawang US Dollar untuk perdagangan. Hari ini terbukti bahawa matawang Amerika penyebab utama barangan dunia meningkat dengan mendadak. Minyak melambung bukan kerana permintaan mendadak tetapi kerana ekonomi Amerika telah runtuh.

Maka barangsiapa yang masih lagi taksub dengan US Dollar akan terperangkap satu hari nanti kerana matawang Amerika tidak akan bernilai lagi.

Itu krisis barangan, krisis moral dan kehidupan rakyat macam mana? Siapakah yang melambakkan pendatang haram di Malaysia? Kes jenayah yang melambung tinggi seolah olah tiada kesudahan. Rasuah seakan sarapan pagi yang wajib diambil untuk kesihatan poket. DAN siapa yang mencipta bohsia, borjan, mat rempit, mat pit, pelacuran dikalangan siswi serta lambakan bayi dalam tong sampah.

Adakah ibu bapa yang salah atau kerajaan yang tidak faham erti nilai modal insan?

Krisis terbaru, DRM keluar UMNO. Dikatakan bahawa salah Pak Lah yang menyebabkan ketidakstabilan UMNO dan salah Pak Lah menyebabkan PRU 12 hilang majoriti di Parlimen.

Siapakah geranan manusia yang memimpin UMNO selama 22 tahun sehingga menyebabkan rakyat jelata memandang UMNO sebagai anjing kurap yang tidak henti menyalak?

Siapakah manusia yang mencipta pemimpin-pemimpin UMNO yang merasakan diri mereka kebal dengan undang-undang?

Siapakah manusia yang menjadikan pemimpin-pemimpin UMNO yang hidup mewah, boros dan laparkan duit?

Siapakah manusia yang mendidik pemimpin-pemimpin UMNO yang riak, takbur, sombong, bongkak, besar diri, bangga diri dan tidak boleh ditegur?

Siapakah manusia yang melahirkan pemimpin-pemimpin UMNO yang menyalahgunakan kuasa, kedudukan, pangkat untuk diri dan sanak saudara?

Dan akhir sekali, siapakah manusia yang meruntuhkan kehidupan masyarakat Malaysia dengan idea dan perancangan serta pembangunan pesat tanpa mengira kemampuan masyarakat untuk mengikutinya.

Oh sebelum itu, siapakah manusia yang mencipta pemimpin-pemimpin UMNO yang cukup berkuasa di dunia ini?

Krisis oh krisis, rakyat yang menjadi mangsa. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana.

Burung Josh

In Hiburan on May 21, 2008 at 10:16 am

sebastianjoshua
An amazing birds from paradise came and build a nest infront of me… Cool without any fear. My neighbours all are really surprise, never before this kind of bird can actually live with human.

People says that these birds brings luck… errr who want to buy my house? RM 1.5 million… Innocent


The nest at car porch


The bird smiling at me


Waiting turns to take care of their eggs

Bersama Umno New-baru!..ayuh.

In Belit Mahathir on May 21, 2008 at 10:05 am

kalamperdana – “Mahathir itu Umno dan Umno itu mahathir” , dahulunya. Namun hari ini tidak lagi. Sebenarnya satu penipuan jika dikatakan Umno yang ada hari ini telah berusia 62 tahun itu cerita karut wal marut. Umno hari ini adalah Umno baru bikinan Tun Mahathir idola saya. Maka setalah idola saya ini keluar dari Umno, sepetutnya rakyat melihat Umno bikinan Mahtahir telah hancur dan yang ada hari ini adalah Umno baru yang benar-benar baru. Lebih baru dari yang baru!

Ayuh bersama Umno ‘New-baru’ (istilah ‘upgrading’ yang belum di luluskan oleh Dewan Bahasa)….hehehe…

Tindakan idola saya semestinya memberi sinafikan yang tersendiri, ramai percaya factor utama adalah kerana Pak Lah cuba membuang Mahathirisme dalam Umno dan cuba mencantas benih Mahathir junior ( Mj) dengan meletakan KJ sebagai pencabar Mj.

Politik Mahathirisme dan ‘politik dua beranak’ ( pinjam istilah orang lain) telah mengalami zaman kemalapan, maka kejutan harus di cipta moga-moga segelintir ahli Umno panik dan menangis teresak-esak lagi persis masa-masa lalu, namun tidak. Nehii!! Umno tidak penik lagi dan saya lihat terus sahaja ‘cool’, lembut serta lemah gemalai…. selanjutnya.

JOM MURTAD DARI UMNO!

In Belit Mahathir on May 21, 2008 at 10:01 am


1426.blogspot- Para ahli totok UMNO sering menyamakan yang UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO. Sekiranya dilihat dari perlembagaan, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Dengan sendirinya UMNO itu Islam.

Begitulah konsep ketuanan Melayu menjadi perjuangan UMNO dulu, kini dan selamanya. Walaupun dari segi perjuangan sebenarnya adalah KETUANAN UMNO di muka bumi tanah Melayu.

Setelah UMNO (original) dikuburkan oleh mahkamah dan UMNO (Baru) dilahirkan, masih sahaja propaganda yang keduanya adalah satu dan sama dicanangkan dengan menyambut ulangtahun UMNO (original) yang sudah tiada di muka bumi.

UMNO bukan agama, malah agama pun ada yang boleh keluar masuk sebagai penganut. UMNO mahu jadi lebih dari agama dan lebih dari Melayu walaupun nama UMNO itu sendiri bukan bahasa Melayu dan tidak semua penganutnya orang Melayu (seperti isteri presiden) dan Islam.

Sehingga dulu, kini dan selamanya menjadi slogan yang sekali pandang memang boleh memesongkan akidah. Masuk kubur nanti tiada pertanyaan, “Apakah nombor keahlian UMNO anda?” … selanjutnya.

I’m no hero, says man who dared Dr M

In Berita on May 21, 2008 at 9:55 am

nst – The reason, they say, is that he dared to challenge former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad to take the lead in quitting Umno after he had goaded party members to leave the party temporarily as a sign of protest against the leadership of his successor, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

But the 42-year-old Ismail, who is Jerlun Pas division deputy chairman, resented the hero tag.

“No. I never intended to challenge or dare him to make the first move,” Ismail said here yesterday.

“I have been following his statements in the newspapers and I think many people would have expected him to make such a move and that it was just a matter of timing, and I am no hero.

“Honestly, I wasn’t challenging him although he had responded by saying that he thought I was issuing him a challenge.

“I also did not ask him as a politician because the organisers had reminded us that it was an event to discuss the future of the Malays, regardless of their political affiliation.”

Ismail added that he had attended the talk, organised by the Kedah Malay Assembly Hall on Monday, representing the non-governmental organisation, Badan Bertindak Warga Darulaman.

Ismail said he wanted to hear what Dr Mahathir had to say about the future of the Malays after the 12th general election.

On Dr Mahathir’s announcement, he said it showed him as a man of his word.

Karpal receives a live cartridge

In Karpal Singh on May 21, 2008 at 9:50 am

sun2surf - [...] A round of live cartridge and a note were sent to DAP chairman and Bukit Gelugor MP Karpal Singh today warning him of impending death if he continues to question the special rights and privileges of the Malays and the Malay Rulers.

Viewing the warning as a serious threat to his life, the lawyer lodged a police report in the Dang Wangi police headquarters at about 5pm today.

Speaking to reporters after making the report, Karpal, who was accompanied by his son and Puchong MP Gobind Singh, Ipoh Timur MP Lim Kit Siang and two other DAP MPs, said the typed note and cartridge came in an envelope hand-delivered by a man to his staff in his office on Jalan Pudu Lama at about 12.45pm.

He said the man, who wore a helmet with a visor covering his face hurriedly left the office and sped off on a motorcycle on handing over the envelope.

Karpal, who was at home at the time, said his staff opened the envelope and a bullet fell out. After reading the note, she immediatly called to inform him.

The note which he showed reporters read: “Don’t you try to question the privilages of the Malays. Dont you try to question the powers of the Malay Rulers. If you do not stop, this bullet will be embedded on your forehead. Remember this Bengali! Do not forget! This is your first warning!!!!…. selanjutnya.

Pas Perlu Waspada Dengan Mahathir

In Belit Mahathir on May 21, 2008 at 9:48 am

msomelayu - [...] Tidak cukup dengan majlis itu pemimpin Pas termasuk Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri menghadiri majlis makan malam bersama Mahathir di sebuah hotel di Kota Bharu. Selepas itu Mahathir dipanggil untuk memberi ucaptama dalam satu persidangan mengenai Dinar Emas Kelantan di PWTC. Pas telah menggunakan pemikiran dan aura politik Mahathir mempengaruhi orang ramai.

Atas kerjasama ataupun layanan politik Pas kepada Mahathir mungkin telah memberi sumbangan kepada kemenangan besar Pas dalam pilihan lalu khususnya di Kelantan?
Berdasarkan strategi itu tidak hairan kini kalau ada orang berpendapat keputusan Mahathir itu terus memberi keuntungan kepada Pas. Malahan ada orang mula mengira bagaimana Mahathir akan turut berceramah di atas pentas Pas selepas ini. Peristiwa tahun 1969 akan berulang kembali.… selanjutnya.

Raja Politik Wang cuna tunjuk alim

In Belit Ali Rustam on May 21, 2008 at 9:44 am


tranungkite – ” Ali Rustam di dalam blognya cuba menunjukkan dirinya seorang bersih, telus dan bertanggungjawab. Beliau menyampaikan kata-kata nasihatnya melalui blognya. Ali Rustam menasihatkan Pakatan Pembangkang supaya perlu menghentikan politiking mereka untuk membeli ahli-ahli parlimen BN. Kata beliau, usaha ini bukan sahaja tidak demokratik, tidak akauntibiliti, tidak telus bahkan korupted.

Seterusnya Ali Rustam mengomel lagi katanya usaha pembangkang yang berterusan ini akan menyebabkan pelabur-pelabur beranggapan politik Negara tidak stabil dan akan membantutkan pelaburan dan pertumbuhan ekonomi kerana mereka akan tunggu dan lihat.

Kerana itu pembangkang patut hentikan taktik kotor ini. Mereka perlu hormati rakyat yang telah memilih BARISAN NASIONAL (BN) Kenyataan kepada pemberita selepas Majlis Gotong-royong Rumah Sejahtera Orang Tua-tua di Paya Ikan pagi ini jam 10.00, 18 Mei 2008 Barangkali Ali Rustam lupa bahawa semua orang termasuk orang Umno tahu bahawa beliaulah sebenarnya pengamal politik wang di mana banyak aduan dibuat oleh ‘kumpulan’ penentangnya dalam Umno tentang pengelibatan Ali Rustam merasuah perwakilan Umno dalam pemilihan Umno untuk jawatan Naib Presiden sehingga beliau berjaya memenanginya di belakang Isa Samad.

Nasib baik Pak Lah dan pemimpin Umno lain menyelamatkan beliau demi sehingga tidak dibuktikan bersalah untuk menyelamatkan maruah Umno kerana jika beliua dihukum bermakna dua orang Naib Presiden Umno terlibat dengan rasuah politik wang setelah Isa Samad dihukum. Semua orang kampong juga tahu siapa di belakang kontraktor-kontraktor melayu di Melaka sehingga projek-projek kecil pun disebat oleh orang-orang tertentu ini.… selanjutnya.

Mahathir is disloyal – Rafidah

In Belit Rafidah on May 21, 2008 at 9:42 am

thestar – Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad’s resignation was an act of disloyalty to the party, said Wanita Umno chief Datuk Seri Rafidah Aziz.

She said she was shocked to hear about Dr Mahathir’s departure, considering that he was someone who always talked about being loyal to Umno.


Talk of the town: Opposition Leader Datin Seri Wan Azizah
Wan Ismail (left) chatting with Rafidah at the Parliament lobby yesterday.

“We understand that the issues raised by Tun was about leadership but this is a process that must take place graciously and it should not come to (the level of) bringing people down.”

Rafidah said that Umno’s position as the backbone of the Government also had to be taken into consideration.… selanjutnya.

Anggota Parlimen kutuk ugutan bunuh terhadap Karpal

In Karpal Singh on May 21, 2008 at 9:39 am

bharian – [...] “Karpal tidak pernah menghina Raja-raja atau orang Melayu,” kata Anggota Parlimen Bagan itu.

Semalam, Karpal membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas menerima surat ugutan berserta sebutir peluru hidup pada kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Karpal dipetik oleh sebuah akhbar tempatan hari ini sebagai berkata, nota ugutan itu antara lain meminta beliau supaya jangan mempersoalkan kuasa Raja-Raja Melayu dan ia merupakan amaran pertama.... selanjutnya.

Golongan muda lebih tertarik dengan sumber berita Internet

In Blog on May 21, 2008 at 9:37 am

utusmeloya – Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini diberitahu bahawa sebahagian besar pengundi muda kini lebih tertarik untuk mendapatkan sumber berita dan maklumat dari Internet atau media alternatif berbanding media perdana.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata kerajaan menyedari hakikat itu dan ia juga dilihat mempengaruhi keputusan pilihan raya umum ke-12 lepas.

“Walaupun tidak ada kajian tepat yang dibuat bagi menyokong kenyataan tersebut setakat ini, suasana dan peredaran masa yang berlaku pada hari ini telah mendorong perubahan tersebut berlaku,” katanya.

Menjawab soalan Pang Tsu Ming (BN-Semambu) berkenaan keputusan pilihan raya ke-12 baru-baru ini adalah akibat golongan muda mendapatkan maklumat dari media alternatif berbanding media perdana, Mohd Sharkar berkata: “Persoalan golongan muda mendapatkan maklumat melalui media alternatif tidak harus menjadi isu kerana kerajaan memberi ruang dan kebebasan kepada rakyat mendapatkan maklumat atau disebut “pendemokrasian maklumat”.

“Tetapi persoalan yang patut diberikan perhatian ialah tentang kesahihan maklumat yang diperolehi daripada sumber tersebut dan sama ada rakyat boleh membezakan antara maklumat yang benar atau dakwaan, spekulasi,” katanya…. selanjutnya.

Angkara Mahathir buat BN kucar kacir di Parlimen

In Belit Mahathir, Sidang Parlimen on May 21, 2008 at 9:35 am

harakahdaily - [...]Kata Mahathir, Abdullah tidak faham signal yang ditunjukkan rakyat pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lepas.

Mahathir menyertai tiga Presiden Umno sebelumnya iaitu Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn untuk bersara di luar Umno.

Ada banyak rumours diperkatakan di kalangan Ahli Parlimen (MP), wakil-wakil media dan orang-orang politik. Di mana sahaja sudut Parlimen, sama ada dalam dewan persidangan, ruang istirehat MP, lobi, kantin dan ruang legar, semuanya membincangkan topik mengenai Mahathir.

Ada yang kata bekas PM itu membuat keputusan tergesa-gesa, spontan dan tidak dirancang ketika dicabar seorang peserta perhimpunan.

Ada yang kata, Mahathir memang merancang untuk keluar Umno dan hanya menunggu masa yang sesuai.

Ada yang kata, tindakan Mahathir keluar Umno didorong oleh tindakan Abdullah yang membenarkan Peguam Negara menyiasat kemungkin berlaku salahlaku bekas PM itu sebagaimana saranan Suruhanjaya Klip Video Lingam.

Apa pun andaian, hakikat yang disebut Mahathir amat jelas, beliau tidak mahu Abdullah menjadi Presiden Umno dan PM. Hanya jika Abdullah meletakkan jawatan baru lah beliau akan kembali kepada Umno.

… selanjutnya.

Azalina berbohong di Dewan Rakyat

In Belit Azalina on May 21, 2008 at 9:34 am

harakahdaily – [...] Tegas beliau, tuduhan Azalina itu bersifat tohmahan dan finah terhadap kerajaan Kelantan apatah lagi ia dijadikan alasan untuk membatalkan perjanjian persefahaman program pelancongan di negeri-negeri Kerajaan Pakatan Rakyat yang lain.

“Menteri tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan tersebut secara terbuka kerana ia boleh memberi kesan kepada semua pihak yang mendengar hal ini, seolah-olah ingin menggambarkan kerajaan negeri Kelantan telah menganiayai staf pelancongan.

“Saya sudah merujuk isu ini kepada lima orang individu yang berkaitan iaitu Exco Perlancongan negeri Kelantan, Dato’ Takiyuddin Hasan; Exco Perlancongan negeri sebelumnya, Dato’ Anuar Tan; Pengarah Pusat Penerangan Pelancongan, Haji Mohd Arif Mohd Nor; Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Kelantan, Nik Azman Nik Ahmad dan Pengarah Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan, Haji Sulaiman,” katanya.

Berdasarkan penjelasan kelima-lima individu ini jelasnya, kes ini telah berlaku enam tahun yang lalu iaitu pada tahun 2002.

“Mana mungkin Dato’ Azalina boleh bangkitkan hal ini sedangkan beliau baru berkhidmat sebagai menteri Perlancongan selama dua bulan, kerana pada ketika itu menteri yang bertanggungjawab adalah Dato’ Seri Abdul Kadir Syeikh Fadzir yang kemudian diambil alih oleh Dato’ Tengku Adnan Tengku Mansor,” ujarnya. … selanjutnya.

UMNO dah tak ORI?

In Belit BN Belit UMNO, Belit Mahathir on May 21, 2008 at 6:12 am

Bharian – Datuk Mokhzani Mahathir mengesahkan bahawa beliau sudah menghantar surat keluar daripada Umno ke pejabat Umno Bahagian Merbok menerusi faks, semalam.

“Saya membuat keputusan untuk keluar Umno kerana bersetuju dengan pendapat ayah saya bahawa Umno yang ada sekarang bukan lagi Umno sebenar,” katanya.

Mokhzani, 47, bekas Ketua Pemuda Bahagian Merbok, kini lebih aktif dalam sektor korporat.

Semalam adik beliau, Datuk Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun, membuat keputusan untuk terus berada dalam Umno sungguhpun beliau bersependapat dengan bapanya mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meletak jawatan dengan segera “bagi menyelamatkan Umno”.
… selanjutnya.

1,649 missing children cases in 2007

In Belit BN on May 21, 2008 at 6:09 am

thestar - More than half of the 242 children reported missing between January and March this year are still lost according to police statistics, Deputy Women, Family and Community Minister Noriah Kasnon said.

Replying to an oral question by Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), Noriah said there were 1,649 cases of missing children reported last year.

“The ministry is serious about such cases and have taken numerous steps to tackle the issue,” she said.

Noriah said of the 1,649 cases in 2007, 86% were from the 14-17 age group and that there was a high possibility that they ran away on their own.

“It also cannot be denied that the number of cases may actually be higher than what is reported because families may be embarrassed about reporting such cases.”

… selanjutnya.

Sam kecam Mukhriz

In Belit Sam, Mukhriz on May 21, 2008 at 6:08 am

agendodaily – Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini mengecam tindakan anak buahnya Datuk Mukhriz Mahathir yang semalam umum beliau nak kekal dalam UMNO tetapi bagi syarat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti letak jawatan.”Saya tak boleh terima dalam konteks kesetiaan dan tergamaknya beliau untuk meletakan keahliannya dalam parti dengan memberi tempoh kepada Presiden untuk letak jawatan,”katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen.selanjutnya

Mukhriz akan di hadapkan ke jawatankuasa pengurusan parti

In Mukhriz on May 21, 2008 at 6:03 am

malaysiakini - [...] “Sebagai calon ketua Pemuda, beliau tidak boleh bersikap begitu,” kata ketua pergerakan itu Datuk Seri Hishammuddin Hussein di lobi parlimen hari ini.

Beliau menambah, sebagai ahli parti, Mukhriz tidak wajar meletakkan syarat sedemikian kepada presiden parti dan perdana menteri.

Beliau juga menyatakan desakan Mukriz semalam bukan kali pertama dan tindakannya itu tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku di peringkat akar umbi Umno.

“Saya menyeru pemimpin dan ahli Pemuda Umno melihat ke depan dan merapatkan barisan,” katanya…. selanjutnya.

GERAK kecewa pada BPR

In BELIT BPR, Gerak on May 21, 2008 at 4:10 am

malasiakini - [...] Dalam memorandumnya Ogos lalu kepada menteri belia dan sukan waktu itu Datuk Seri Azalina Othman Said, Yap mendakwa, elaun bulanan RM1,300 terus dimasukkan ke dalam akaun banknya bagi tempoh 14 bulan bermula November 2005 hingga Disember 2006 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM18,200.

gerak malaysia sports council pc 270807Dakwanya lagi, separuh daripada wang tersebut perlu diberikan kepada seseorang menjadi pengantara dengan MSN bagi membolehkan elaun tersebut dibayar kepadanya.

Pengarah siasatan BPR Datuk Shukri Abdul berkata, selepas merakam percakapan 14 saksi termasuk Yap sendiri dan menjalankan siasatan bermula 12 September tahun lalu, BPR mendapati tiada bukti berlakunya permintaan rasuah oleh pegawai MSN terbabit.

“Kita juga sudah sedaya upaya mengesan mereka yang terbabit walaupun Yap tidak menyatakan nama dan jumlah wang yang diminta.
… selanjutnya.

Perhimpunan bulanan di pejabat SUK Selangor

In Kerajaan Selangor on May 21, 2008 at 3:58 am

Hah…perhimpunan di SUK. Menarik rujuk berita lanjut dari blog Teressa Kok.

Mokhzani quits Umno

In Belit Mahathir on May 21, 2008 at 3:50 am

//www.cuti.com.my/news/200803111029insidepix1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

TheSTar - Businessman and former Youth wing treasurer Datuk Mokhzani Mahathir announced Wednesday that he was quitting Umno.

His announcement comes two days after his father Dr Mahathir resigned from the party.

On Tuesday, Umno Youth exco member and Jerlun MP Datuk Mukhriz, who is also Mokhzani’s brother, had announced that he will not quit the party.

He however called on Prime Minister and Umno president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to resign.

Selangor Baru 22 Jun

In Kerajaan Selangor, MB Selangor on May 21, 2008 at 3:44 am

tranungkite – [...] Kalangan pengundi, penyokong Pakatan Rakyat, dan rakyat pendukung PKR, khususnya, pula mahu melihat perubahan yang dijanjikan semasa kempen PRU-12.

Menurut Haji Mohd Yahya Sahri, pegawai khas Tan Sri Khalid, lebih 20 item dalam manifesto PR bakal dinikmati rakyat Selangor, menjelang 2012. Yakni, secara berperingkat!

Menurut Tan Sri Khalid selaku MB, mulai Jun ini, rakyat Selangor mendapat air bersih percuma bagi kegunaan sehingga 20 meter padu setiap bulan, bersamaan RM11.40.

Para pelajar yang mendapat tempat belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta, bakal menerima bantuan khas sehingga RM1000.

“Bagaimana pula dengan pertukaran ketua-ketua jabatan dan bo-bos syarikat milik kerajaan negeri, yang “diragui” tindak tanduk mereka, atau kini masih “memihak” kepada Dr. Khir Toyo dan geng Umno?” Tanya penyokong, petugas, pemerhati @peminat PR.

Dr. Khir Toyo menerusi blog sendiri, dan Senator Tan Sri Muhamad Taib, menerusi media arus perdana, terus berusaha meneropong, mengkritik dan ‘mengambil berat’ terhadap pentadbiran negeri Selangor yang diterajui Tan Sri Khalid@PKR.

“Bila lagi Tan Sri Khalid nak bertindak, tukar itu, ubah ini, buat itu…Mengapa lambat sangat?” Tanya penyokong, petugas, pemerhati@peminat PR.

Mungkin selepas 100 hari pertama. Tunggu tarikh 22 Jun 2008. Era Selangor baharu, mesti dimulakan. Kita yakin, Tan Sri Khalid (dan barisan kepemimpinan PR) tentu sudah sedia dengan senarai pelan tindakan konkrit yang bakal direalisasikan mulai tarikh tersebut.

“Kita harap ketua-ketua jabatan atau bos-bos syarikat milik kerajaan negeri, yang berasa diri mereka bakal “diganti” selepas 100 hari PR mentadbir Selangor, segeralah undur secara terhormat, atau ‘dihapuskan’”. Tegas kumpulan ‘advocat’ PKR.

“Tan Sri Khalid dan barisan kepemimpinan PR Selangor, pasti sudah menyediakan sejumlah pakar dan korporat yang lebih profesional, berpengalaman, tidak rasuah, berjiwa rakyat, jujur, amanah, dan tekun bekerja, yakni lebih hebat daripada tinggalan MB Selangor terdahulu. … selanjutnya.

No2umnO – Kekadang kita kena jadi RAKUS seperti UMNO. Kalau tak, rakyat tak paham.

10 bergilir ‘ratah’ pelajar

In Lucah on May 21, 2008 at 3:41 am

Hmetro – Seorang pelajar perempuan tingkatan dua di negeri ini terpaksa melalui detik hitam apabila menjadi hamba seks kepada 10 lelaki, termasuk kekasihnya ketika ponteng sekolah selama tiga hari.

Mangsa berusia 14 tahun itu mendakwa dirogol lebih 10 kali oleh semua suspek dalam tempoh terbabit sejak 9 Mei lalu.

Dia dikesan keluarganya, Sabtu lalu, selepas sembilan hari dilaporkan hilang berikutan memencilkan diri di rumah seorang rakannya di Muar, Johor.

Menurut sumber, mangsa terpaksa menceritakan penderitaannya apabila didesak keluarga yang kemudian membuat laporan polis, sekali gus membawa kepada penangkapan sembilan suspek pada hari sama…. selanjutnya.

Suami Mas Anizan, Dato Ali Bapoo … meninggal dunia

In Berita on May 21, 2008 at 3:39 am

Hmetro - Datuk Ali Bapoo, ahli perniagaan yang mengahwini artis terkenal 90-an, Mas Anizan Mohd Shahid, meninggal dunia di rumahnya di ibu negara akibat serangan angin ahmar jam 7.55 petang kelmarin.

Allahyarham yang berusia 61 tahun yang juga bekas adik ipar Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran Makam Diraja Pekan di sini, kira-kira 12 tengah hari semalam.

Allahyarham meninggalkan dua anak, Mas Aliza, 13 dan Mohd Masli Daniel, 8, hasil perkongsian hidup dengan Mas Anizan.

Menurut Mas Aliza, keadaan kesihatan arwah bapanya tidak memuaskan sejak beberapa tahun lalu hingga memaksa arwah menerima rawatan hampir setiap bulan.
… selanjutnya.

Surat Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman … dulu la

In Belit Mahathir on May 21, 2008 at 1:26 am

Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu “bertolak-ansor,” ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai “The Happy Prime Minister” walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku “naïve” dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari
Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula “lose control over the armed forces”. Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi “Happy Prime Minister” tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai “happiness” apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata “satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya”. Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-
biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)

Ada yang layak jadi Presiden Israel – Mahathir

In Mahathir on May 21, 2008 at 1:21 am

harakahdaily – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional ekoran tidak menyokong usul terhadap Palestin pada sidang baru-baru ini. <!–

–><!–

–>

“Usul dibuat untuk memberi sokongan kepada orang-orang Palestin yang dihalau keluar daripada tanah mereka oleh kuasa-kuasa besar. Kuasa-kuasa besar telah mengalu-alukan kelahiran Israel yang ke-60 baru-baru ini,”ujarnya pada ceramah ‘Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan raya Ke-12′ anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah yang diadakan di Hotel Star City di sini baru-baru ini.

Dengan penuh kesal, beliau menyatakan tindakan tersebut seolah-olah menyokong penubuhan Israel.

“Dewan Rakyat kita yang dipenuhi wakil-wakil kita tidak menyokong usul untuk menunjukkan simpati kita terhadap Palestin. Sebab itu dalam negara kita ini ada orang yang layak jadi Presiden Israel tetapi tidak layak jadi Presiden Singapura,”ujarnya penuh sinis.