no2umno

Archive for May 22nd, 2008

Berhati-hati beli ikan di pasar

In Pengumuman on May 22, 2008 at 11:50 pm

isuhangat - Jika anda prihatin sila sebarkan maklumat ini terutamanya bagi orang Islam. (Ini adalah maklumat penting yang perlu disebarkan khususnya pada semua umat Islam.) Tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar ikan-ikan yang Kita makan setiap Hari adalah diimport dari negara Thai. Setelah ditangkap oleh perusahan para nelayan di sana ,ikan-ikan itu dimasukan ke dalam kontena Dan ditimbus dengan ketulan-ketulan air
batu supaya ianya boleh bertahan lama sepanjang perjalanan ke Malaysia & Singapura.
Perjalanan biasanya mengambil masa selama 6 atau 7 jam… Dan masa itu Ikan-ikan tersebut tiba di Malaysia Dan Singapura dengan keadaan lesu Dan kurang segar. Untuk mengelakkan berlakunya perkara ini… Pihak
pengusaha perikanan di negara Thai kini menggunakan teknik baru.Tahu kah anda semua.. Teknik baru yang digunakan itu? … selanjutnya.

Penduduk tidak disoal siasat

In Altantuya on May 22, 2008 at 11:42 pm

utusmeloya – Pegawai penyiasat kes bunuh Altantuya Shaariibuu mengakui tidak menyoal siasat penduduk kampung berdekatan, pekerja di Empangan Tasik Subang, pemilik warung dan pemilik tanah (kawasan pembunuhan) berhubung bunyi, gegaran atau cahaya letupan di tempat kejadian di Puncak Alam pada malam mangsa dilaporkan hilang 19 Oktober 2006.

Asisten Superintendan Tonny Anak Lunggan, ketika memberikan keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini semalam, mengakui tidak mengambil keterangan semua individu berkenaan walaupun mereka berada satu kilometer dari tempat kejadian.

Saksi ke-75 pendakwaan itu turut mengakui hanya meminta anggotanya merakamkan percakapan beramaran daripada dua anggota polis bantuan yang bertugas syif malam di pondok polis di simpang jalan masuk berhampiran tempat kejadian…. selanjutnya.

No2umnO – Kalau dah tahu Manchester U menang dalam game lepas…..nak tengok pun tak der mood.

Lebih 1,000 setinggan, cuma sebuah yang dirobohkan?

In Masalah rakyat on May 22, 2008 at 11:31 pm

SULAIMAN (kiri) bersama ahli keluarga melihat rumahnya yang dirobohkan pihak berkuasa kelmarin di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang semalam.

Kosmo - “Lebih 1,000 rumah setinggan di Kampung Pasir Puteh, Pasir Gudang ini, mengapa hanya rumah saya seorang yang dirobohkan?”

Itulah persoalan yang ‘menghantui’ Sulaiman Hashim, 48, dan lapan ahli keluarganya yang sedih dan kecewa.

Katanya, rumah yang baru dibina berdekatan rumah lamanya lebih sebulan lalu di kawasan berkenaan dirobohkan pihak berkuasa kelmarin.

Sulaiman yang mengusahakan warung secara kecil-kecilan berkata, rumah yang dibina dengan kos lebih RM25,000 itu dirobohkan setelah notis selama sebulan untuk mengosongkan rumah itu tamat kelmarin.… selanjutnya.

No2umnO – Macam politik je.

AWAS …. Wang RM100 Palsu

In Pengumuman, kosmo on May 22, 2008 at 11:30 pm


kosmo - Awas! jika anda berurusan dengan seseorang menggunakan wang kertas RM100, anda perlu berhati-hati kerana ada kemungkinan wang tersebut palsu.

Menyamai wang tulen hampir 90 peratus, penggunaan wang palsu tersebut dikatakan semakin bebas digunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Micheal Chong memberitahu, sehingga bulan ini sebanyak empat kes telah dilaporkan melibatkan penipuan licik ini.

… selanjutnya.

Hukuman tidak hadir PLKN diubah

In PLKN on May 22, 2008 at 11:28 pm

kosmo – Individu yang gagal menghadirkan diri untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) boleh dikenakan tindakan menjalankan khidmat masyarakat bagi menggantikan hukuman denda dan penjara, apabila cadangan pindaan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 diluluskan.

Rang Undang-undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008 itu yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat (semalam), bertujuan membenarkan mahkamah memerintahkan seseorang pesalah untuk melaksanakan khidmat masyarakat dan bukannya denda atau dipenjara sebagai suatu bentuk hukuman kerana tidak menghadiri latihan khidmat negara. … selanjutnya.

No2umno – Suka kau la labu ……

MB Perak mahu Sains, Matematik dalam BM

In Sains dan matematik on May 22, 2008 at 11:17 pm

Utusmeloya – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima, pelajar-pelajar di negara maju seperti China, Korea, Jepun, Jerman dan Perancis yang belajar dalam bahasa ibunda lebih cemerlang dalam kedua-dua subjek itu berbanding negara lain yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara.

”Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu (BM) pada asalnya, pun banyak melahirkan siswazah dari universiti yang hari ini banyak menduduki institusi-institusi profesional seperti jurutera, doktor dan angkasawan.

”Kalau tidak mengajar (Sains dan Matematik) dalam bahasa ibunda, baik bahasa Mandarin, Tamil dan Melayu, ia bertentangan dengan Akta Pendidikan, Akta Bahasa Kebangsaan dan tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.

Mohammad Nizar berkata, kerajaan pakatan pembangkang tidak menafi dan memperkecilkan penguasaan bahasa Inggeris tetapi bukannya melalui pengajaran Sains dan Matematik.

Sebaliknya, kata beliau, ini boleh dilakukan dengan memperkenalkan pengajaran subjek bahasa Inggeris dan kesusasteraan bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah lagi bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris…. selanjutnya.

No2umno – Kalau Matematik dalam Bahasa malaysia, tak boleh pulak nak gi Bulan….

Mampat buat laporan polis

In Wang Ehsan on May 22, 2008 at 11:14 pm

Utusmeloya - [...] Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) membuat laporan polis berhubung dakwaan mereka tentang kehilangan wang royalti petroleum Terengganu di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Terengganu di sini hari ini.

Laporan tersebut dibuat oleh Pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah kira-kira pukul 11 pagi ini.

Dalam laporan polis itu, Mohamad Fauzi merujuk laporan akhbar yang memetik kenyataan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa beliau tidak mengetahui jumlah sebenar wang yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri.

//buletinonline.net/images/pas/mampat.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Idris hanya menyatakan bahawa wang yang diterima oleh Terengganu ketika itu hanya berjumlah RM1.3 bilion setahun.

Bagaimanapun, menurut Mohamad Fauzi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham Aziz mendedahkan pada Sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, bahawa jumlah itu adalah RM7.3 bilion… selanjutnya.

Rujuk – Mampa buat lapuran polis [buletinonline]

Macam macam cara nak popular

In Kerajaan Selangor on May 22, 2008 at 11:10 pm

Banyak kaedah nak jadi popular Antaranya Akademi Al Quran, Akademi Fantasia, masuk sukan renang, bantu golongan miskin dan macam macam lagi. Kepada yang tak berkebolehan dalam semua itu …. boleh cuba yang ini,

Graduan UiTM lapor pula kepada Suhakam
Kecewa selepas polis tidak dapat mengambil tindakan terhadap dua laporannya sebelum ini, Mohd. Shaik Rosli hari ini membuat laporan pula kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terhadap kerajaan negeri Selangor.

Seperti dakwaan sebelumnya, graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu bertindak demikian selepas mendapati kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas, gagal menunaikan janji manifesto pakatan parti-parti itu pada pilihan raya umum lalu.

Laporan tersebut diserahkan kepada Pegawai Bahagian Aduan Siasatan Suhakam, Azizi Azmi di pejabat suruhanjaya itu di sini hari ini.

Sebelum ini, Mohd. Shaik, 25, telah membuat dua laporan polis mendakwa kerajaan campuran di Selangor memungkiri janji berhubung penghapusan cukai pintu untuk rakyat negeri itu dan pemberian insentif RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

”Saya mahu manifesto pembangkang dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan supaya Menteri Besar Selangor mengotakan apa yang dijanjikannya kepada rakyat negeri ini,” katanya.

Dia mengakui kecewa kerana polis tidak ada kuasa untuk bertindak terhadap kerajaan negeri berdasarkan dua laporan polis yang dibuat oleh pemuda itu.

”Saya mahu pakatan pembangkang yang tidak memenuhi janji mereka seperti yang terkandung di dalam manifesto dan disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) didakwa di bawah undang-undang jenayah,” kata Mohd. Shaik. – Utusmeloya.

BPR tidak siasat enam individu laporan klip video Lingam

In BELIT BPR on May 22, 2008 at 11:08 pm

Utusmeloya - Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak akan menyoal siasat enam individu berprofil tinggi yang disebut dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V. K. Lingam.

Timbalan Ketua Pengarah BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, mereka tidak disoal siasat kerana siasatan pihaknya kini lebih tertumpu kepada usaha untuk mencari maklumat tambahan.

Menurut beliau, tumpuan BPR adalah untuk menyelesaikan siasatan kes Lingam yang tertangguh sewaktu Suruhanjaya Siasatan Diraja menjalankan siasatan ke atas kes tersebut.

”Enam individu tersebut tidak terbabit dalam siasatan BPR melainkan beberapa orang tertentu yang sudah dikenal pasti dalam kes Lingam dan Eusoff untuk memberi keterangan tambahan,” katanya di sini hari ini.

Enam individu yang disebut-sebut dalam laporan tersebut ialah ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan; bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Eusoff Chin; bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Lingam.

Abu Kassim berkata, BPR telah mengenal pasti beberapa orang lagi yang dikaitkan dalam klip video V. K. lingam dan akan dipanggil untuk mendapatkan maklumat tambahan.

”Siapa yang akan dipanggil sudah dikenal pasti dan mereka akan dipanggil dalam masa terdekat ini,” katanya…. selanjutnya.

DBKL playing politics and its action unreasonable, inhumane!

In Belit DBKL on May 22, 2008 at 4:10 pm

weechookeong - The photographs above show the inhumane attitude of the officers of Jabatan Perancang and Jabatan Penguatkuasaan of DBKL. DBKL took drastic actions against the hawkers at Taman Desa Setapak. I would like to thank one of the hawkers for sending these photographs to me.

I have seen notices from Jabatan Perancang pertaining to this matter and I knew that this matter had been outstanding for many years. I have seen a letter signed by the previous MP of Wangsa Maju (Datuk Yew Teong Look) asking for extension of time for him to resolve the matter. Unfortunately this matter was not resolved.… selanjutnya.

Adnan Gadai Tanah Melayu

In Adnan Yaakob on May 22, 2008 at 4:06 pm

http://www.utusan.com.my/pix/2007/0119/Utusan_Malaysia/Politik/po_01_big.jpgsuarakeadilan – KeADILan membongkar sindiket menggadai tanah melayu di negeri Pahang membabitkan Menteri Besar negeri itu, Adnan Yaakob, dan pemimpin-pemimpin Umno negeri.

Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin pada 17 Mei lalu mendedahkan pembabitan Adnan Yaakob menjual tanah-tanah orang kampung seluas 30,000 di mukim Ulit, daerah Maran kepada seorang towkey.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dalam ucapannya di Dewan Rakyat mengkritik keras skandal penjualan tersebut. Dianggarkan Adnan Yaakob menjual tanah orang Melayu kepada towkey itu pada RM600 juta ringgit.

“Adnan Yaakob telah memperdaya rakyat Melayu Pahang. Di kala rakyat Pahang sedang menghadapi pelbagai kesusahan, gelagat rakus dan gelojoh MB Pahang ini menjadikan rakyat, khususnya orang Melayu, tidak selamat di bawah Umno-BN,” tegas Fuziah.

Bukti salahlaku Adnan ini disebut dalam laporan Umno Bahagian Paya Besar kepada Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi pada 5 Mei lalu. Sehingga ke tarikh berita ini dibuat, Abdullah tidak mengumumkan sebarang siasatan dibuat keatas penjualan tanah orang Melayu ini.

Sementara itu juga, KeADILan berjaya memperoleh rekod Jabatan Tanah dan dokumen dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuktikan salahguna kuasa Menteri Besar Pahang ini.

ACA quizzes Kota Belud MP

In BELIT BPR, Belit BN on May 22, 2008 at 3:59 pm

Sun2surf - The Anti-Corruption Agency (ACA) has started an investigation into a disclosure in Parliament by Kota Belud MP Datuk Abdul Rahman Dahlan that he was offered enough money to last “two or three future generations” to defect to Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Its Director of Investigation Datuk Mohd Shukri Abdul told theSun when contacted today that an ACA officer had lodged a report on the disclosure which was reported in the newspaper, adding that Abdul Rahman is also being investigated on why he failed to report the bribery attempt.

Shukri agreed with a statement by Transparency International-Malaysia (TI-M) president Tan Sri Ramon Navaratnam that it was an offence not to report bribery attempts and that Abdul Rahman had also a moral responsibility to do so, as a people’s elected representative.

Shukri said once the investigation is completed, the ACA will submit investigation papers to the Attorney-General (A-G) and it is up to the A-G to make decision on whether there was a case for prosecution…. selanjutnya.

Teh: Wanita MCA leader used money to buy 5 branches

In Belit MCA, Rasuah BN on May 22, 2008 at 3:56 pm

sun2surf - Klang MCA chief Datuk Teh Kim Poo claims a Wanita leader eying his post is playing money politics and has “bought over” at least five branches under the division in preparation for the party elections this year.

Oriental Daily News reported today that Teh, the former Pandamaran assemblyman, said the Wanita leader has used money to lobby for support with the help of two community leaders cum businessmen.

He said the five branches “bought over” by her are mainly new branches which have good ties with leaders of local community groups and temple associations.

Teh disclosed this during an interaction session with visiting MCA state liaison chief Datuk Ong Tee Keat in the division’s new building in Pandamaran on Tuesday (May 20) night.

Commenting on Teh’s allegation, Ong, who is party vice-president and Transport Minister, said he will meet up with deputy president Datuk Seri Chan Kong Choy, who heads the party’s disciplinary committee, next week to discuss the matter.

Earlier, Teh told the interaction session, which was also attended by youth and wanita leaders, that although a number of problems cropped up within the party following its dismal performance in the March 8 polls, Klang MCA has remained united and continued to serve the people…. selanjutnya.

Projek penswastaan Selangor rugi RM35 bilion – MB

In Belit BN on May 22, 2008 at 3:47 pm

harakahdaily – Menteri Besar, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan projek-projek usahasama yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Selangor tidak menguntungkan, sebaliknya kerajaan negeri terpaksa menanggung risiko yang tinggi hasil keuntungan yang tidak menentu.

Menurut beliau, ia ekoran daripada pembelian tanah yang dilakukan oleh kerajaan BN-Umno melalui perjanjian usahasama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan syarikat swasta.

Beliau kesal kerana pemaju mempunyai kuasa terhadap tanah apabila kerajaan negeri membeli tanah melalui PNSB dengan pegangan 30 peratus manakala pemaju tanah Sepang Bay Sdn.Bhd sebanyak 70 peratus.

“Saya telah meneliti semua perbelanjaan negeri malangnya segala kekayaan itu tidak dapat disalurkan kepada rakyat ekoran kerugian melebihi 35 bilion,” katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Adun Batu Caves, Amiruddin Shari.

Dalam sesi soal jawab lisan, Adun Batu Caves (KeADILan) minta penjelasan tentang syarikat-syarikat kerajaan negeri seperti PKNS dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang ada membuat projek pembangunan yang dijalankan secara usahasama dengan syarikat swasta.

Menjawab soalan tersebut, Khalid menjelaskan, antara syarikat projek usahasama yang terlibat Sepang Gold Coast Sdn.Bhd. (Usahasama antara Sepang Bay sdn.bhd. dan PNSB).

Katanya, syarikat tersebut bercadang membina pembangunan berkonsepkan pelancongan di atas tanah seluas 3,686 ekar di daerah Sepang dan 935 ekar di Kuala Langat.

Beliau menjelaskan, sebahagian daripada pembangunan Sepang Gold Coast melibatkan penggunaan teknologi on-stilt (bangunan atas tiang) iaitu menanam cerucuk di atas tanah laut yang melibatkan kos tinggi.

Manakala syarikat Lebar Daun Development Sdn. Bhd. pula bercadang membina dan menyiapkan pusat membeli belah, pejabat dan kediaman di atas Precint 2.9 seksyen 14, Shah Alam dengan keluasan tanah 3.475 ekar.

Malangnya menurut beliau pembinaan itu belum dapat dibina sejak perjanjian usahasama ditandatangani 21 November 2002.

Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar (PAS) mengajukan soalan tambahan, apakah kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan sistem yang diamalkan oleh kerajaan dahulu, BN.

Khalid menjawab; “Saya telah minta semua syarikat PKNS, PKPS tidak lagi membuat perjanjian usahasama sehingga semua usahasama yang ada diselesaikan.”

Menurut beliau, kerajaan BN telah menyerahkan kuasa tanah pada syarikat-syarikat tersebut dan kerajaan negeri hanya memperolehi 6 peratus keuntungan daripada usahasama itu jika berjaya.

“Semua pengusaha syarikat itu telah lari dan perkara ini amat serius,” tegas beliau.

Beliau turut simpati dengan ketakutan pegawai terlibat yang mengigil ketika menyerahkan minit berhubung pembelian tanah.

“Saya mempertikaikan tentang perjanjian pembelian tanah itu yang agak cepat, malangnya pegawai tersebut hanya menjawab; “Saya ikut arahan.”

Gadai ….terus gadai …

In Belit BN on May 22, 2008 at 3:36 pm

Gadai selagi ada kuasa …..gadai. Rakyat setakat dapat MYKAD dengan hak mengundi. Kerja kena buat, cukai kena bayar …. akhirnya untung, orang lain yang dapat. Belasah lah pemimpin, selagi ada nafsu tamak haloba. Ntah bila lah rakyat boleh hidup bahagia.

 WPI: Johor akan jadi “Singapore occupied territory” ala Israel
Saya merujuk kepada artikel “Wilayah Pembangunan Iskandar = Wilayah Pembangunan Singapura” oleh abeemonster yang diterbitkan oleh TKO pada 21 May 2008 dan juga artikel “Zionis Sudah Sampai Ke WPI” oleh orangjohorlama yang diterbitkan pada 22 May 2008.

Saya ingin pula menambah sedikit mengenai ancaman kerjasama dua hala dengan Singapura dalam membangunkan WPI terhadap keselamatan dan kemerdekaan negeri Johor. Berdasarkan ‘Singapore’s defence blueprint’ (kertaskerja pertahanan) yang digubal oleh kerajaan Singapura pada awal tahun 1970an dan dikemaskinikan dari masa kesemasa, Johor itu dianggap penting sekali bagi ekonomi dan pertahanan Singapura. Kalau kita kaji kertaskerja pertahanan Singapura (defence bluprint) tersebut, maka kita akan faham makna yang tersirat apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa kerajaan Abdullah Badawi mahu menjual negara kita kepada Singapura.

Johor perlu dijadikan ‘hinterland’ ekonomi dan ketenteraan bagi Singapura samada secara aman melalui penjajahan ekonomi atau pun secara penaklukkan ketenteraan, iaitu Johor ditakluki dan dijadikan ‘occupied territory’ sama seperti Israel menakluki dan menjajah ‘occupied territories’ di negara-negara Arab.

Dari mana saya dapat maklumat tentang kertaskerja pertahanan Singapura ini. Bukankah ini rahsia besar kerajaan Singapura. Adakah saya hendak ada-adakan sesuatu yang tak wujud? – tranungkite…

Indelible ink ‘conspiracy’: Report lodged

In Belit SPR on May 22, 2008 at 12:45 pm

Surat Ehud Barak: Mahathir menjawab

In Belit Mahathir on May 22, 2008 at 12:36 pm

Ini surat yang dimaksudkan -

dan ini pula alasan yang Chedet bagi….

“Letter” to Prime Minister of Israel
chedet
1. There is a letter being circulated purporting to be from me when I was Prime Minister, to Ehud Barak, Prime Minister of Israel congratulating him on his appointment and requesting for the “Clinton Fund”, for “the purpose of withstanding the onslaught of Islamic Fundamentalist in Malaysia”.

2. This letter is not from me or from my office. Firstly, the font used is not the same as the type in all my letters from the Prime Minister’s office.

3. The Malaysian Coat of Arms at the top is not similar to the one on all my letters from the Prime Minister’s office.

4. The address at the side of the Coat of Arms is not the same as on my official paper. Often no address is printed, only “Prime Minister Malaysia” on the top right-hand corner.

5. The contents of the letter is totally different from the one I sent to Ehud Barak. Unfortunately, the Government of Abdullah Ahmad Badawi refuses permission to reproduce my letters to Israeli Prime Ministers condemning them for their oppression of the Palestinians. This action by the Abdullah Government will lend credence to the letter that is being circulated.

6. I deny categorically that the letter which is being circulated with annotation “Sumbangan kakitangan JPM untuk Rakyat Malaysia” originated from me. This is the kind of dirty tricks that my detractors have to resort to because they have found nothing to blacken my name with.

Tindakan Mahathir Mula Berkesan!

In Msomelayu on May 22, 2008 at 12:17 pm

msomelayu – PENGUNDURAN Dr Mahathir Mohamad dari menjadi ahli Umno sedikit sebanyak memberi kesan kepada beberapa program yang dianjurkan oleh pihak tertentu yang melibatkan pemimpin kerajaan.

Ekoran tindakan Mahathir tersebut menyebabkan Umno terpaksa memanggil sidang MT tergempar malam tadi.

Sekali lagi kepercayaan ahli MT diambil bagi menyatakan sokongan kepada Abdullah Ahmad Badawi.
Begitulah setiap kali ada kejutan, maka MT diendorse untuk menyatakan sokongan kepada Presiden Umno. Sebelah petangnya di Parlimen ahli Parlimen Umno telah dipanggil untuk bertemu dengan Abdullah Badawi. Mereka juga diminta menyatakan sokongan kepada Abdullah…. selanjutnya.

Dewan Rakyat: ISA being reviewed

In Sidang Parlimen on May 22, 2008 at 12:15 pm

Star - [...] He said the review of certain sections of the ISA was being re-looked into by Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Syed Albar, Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail and himself.

Zaid said the Cabinet had tasked them with review in its meeting on May 2.

“There is no plan to abolish ISA as we still need this preventive measure in this country but we are open minded and sensitive toward peoples’ demands,” he said while replying to points raised during the motion of thanks to the Royal Address.

As for the Special Complaints Bill, which originated from the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) bill, he said it was was tabled for first reading in Dewan Rakyat last year.

The bill, scheduled for its second reading on Dec 18, was deferred to this year.… selanjutnya.

Betul ke ni Ezam? Bah. 2

In Ezam on May 22, 2008 at 12:05 pm

pasbangi - Pada bahagian pertama 1 April 2008 saya telah menulis dalam blog ini tentang ke mana arah tuju Ezam dan apa terjadi pada Ezam, samada mula bersekongkol dengan be end atau mencuri perhatian pemimpin be end untuk masuk ke dalam atau ini sememangnya fitnah be end untuk melaga-lagakan Ezam dan DSA dan menanam rasa curiga dalam kepimpinan PR yang baru ditubuhkan. Saya menganggap berita tersebut hanyalah mainan virus-virus politik yang sedang berusaha untuk mengganggu umat ini bila merujuk kepada tajuk akhbar mengenai komen Ezam yang merujuk kepada laporan akhbar Israel tentang Anwar.

Dalam laporan Utusan Malaysia 1 April itu Ezam berpendapat rakyat mempunyai sebab untuk curiga dengan laporan sebuah akhbar Israel yang meramalkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamed Ezam Mohamed Noor berkata, walaupun tidak mempunyai bukti atau mengetahui apakah motif sebenar laporan sedemikian dikeluarkan, umum mengetahui Israel bijak memanipulasi keadaan demi kepentingannya.‘‘Sejak kebelakangan ini, sudah terlalu banyak percaturan politik yang menggadaikan maruah negara.“Saya juga ada alasan untuk bimbang mengenai perkara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia dikala diminta mengulas atau meminta mengulas mengenai laporan akhbar Jerusalem Post bertajuk Anwar Ibrahim: Malaysia’s Future Prime Minister yang sebelum itu turut mendapat reaksi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seorang bekas pemimpin PKR, S. Nallakarupan. Dr. Mahathir menyifatkan sekiranya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia, ia hanya akan membawa satu malapetaka kepada negara ini. Nallakarupan pula melihat akhbar itu tidak jelas mengenai perjalanan politik negara apabila membuat ramalan sedemikian.Mengulas lanjut,

Terkini 22 Mei Bernama melaporkan DS Wan Azizah terkejut dengan hasrat Ezam Masuk Umno semula. “Itu adalah keputusannya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini memetik sumber mengenai hasrat Ezam itu. DS Wan Azizah berkata walaupun Ezam sudah meletak jawatan dari PKR tahun lepas, hubungan mereka masih baik. Katanya beliau tidak terkilan dengan hasrat Ezam itu dan ia juga tidak menjejaskan kedudukan PKR kerana parti itu mempunyai ramai lagi anggota. Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib pula berkata Umno tiada halangan untuk menerima kembali Ezam jika beliau boleh menerima dasar perjuangan parti dan berhasrat untuk mengukuhkan lagi Umno. “Kita alu-alukan sekiranya dia berminat nak menyertai Umno secara sukarela, barangkali dia sudah tidak yakin lagi dengan dasar dan perjuangan parti yang disertainya sebelum ini,” katanya. … selanjutnya.

Mokhzani Dah Keluar Umno(Baru)! Mukhriz Bila Lagi?

In Belit Mahathir, UMNO bergolak on May 22, 2008 at 12:01 pm

via email: ciklee

Satu Malaya dah tahu, Mokhzani sudah keluar Umno mengikuti bapa dan ibunya. Tapi pasti yang bertanya kenapa sampai sekarang Mukhriz masih lagi berada dalam Umno. Dan dalam masa yang sama bersedia untuk menghadapi apa saja halangan dan rintangan. Sedangkan bila-bila masa sahaja beliau akan dikenakan tindakan oleh MT Umno.

Di sini, mungkin rakyat marhaen macam saya boleh jadi keliru. Mengapa Tun Mahathir dah keluar, Mukhriz masih lagi di dalam. Derhaka ke si Mukhriz ni, seperti mana Opah Fidah yang derhaka itu. Teringat saya semasa persidangan Umno(tak ingat bila), Opah Fidah la yang meluru dan datang memeluk Tun Mahathir apabila Tun mengumumkan untuk meletakkan jawatan. Dah tak kisah halal haram masa itu. Kan Tun itu ibarat ayahnya sendiri? Tapi kini, di kala Tun dah tak ada apa-apa kuasa dalam Umno, ke mana pergi nya pengikut-pengikut yang mengerumuni beliau dan memaksa beliau supaya jangan meletakkan jawatan itu?

Berbalik kepada Mukhriz, bagi saya ini salah satu strategi politik yang dirancang oleh Tun sendiri. Ibarat bermain catur, satu pergerakan di atur untuk mengelirukan pihak lawan dan melindungi pergerakan yang sebenar. Tun akan mengatur gerak dari luar, sementara itu Mukhriz akan bergerak dari dalam.

Jangan dilupa, persoalan utama di dalam Umno sekarang adalah untuk mengesa Pak Lah berundur dari posisinya sebagai presiden parti. Buat seketika, seolah-olah isu ini telah senyap seketika. Semua ahli-ahli Umno seolah-olah berdiri teguh di belakang Pak Lah. Najib pun seolah-olah akan mempertahankan Pak Lah habis-habisan.

Jangan lupa, ini dunia politik. Seribu kemungkinan boleh terjadi. Najib tidak akan membiarkan Pak Lah terus berkuasa dan dia pula bersabar untuk menunggu peralihan kuasa. Semakin jelas sebenarnya kedudukan Pak Lah semakin lemah dari atas dan dari bawah. Lihat pula bagaimana reaksi daripada Muhyiddin Yassin dan Ku Li sendiri. Ahli-ahli Umno sendiri tidak sabar-sabar untuk melihat Pak Lah rebah dan beredar dari kerusi no.1 Umno itu.

Setiap seorang seolah-olah mempunyai perancangan masing-masing. Tidak hairan dan pelik jika Tun keluar dari Umnno. Yang pastinya seperti kata Musa Hitam, duri sudah dicabut. Perhatian ahli Umno sekarang lebih fokus bagaimana untuk memastikan Pak Lah jatuh dan Khary dicampak daripada Umno. Dan sudah tentu sekali, Pak Lah dan Khairy tidak akan menunggu masa untuk ditalkinkan. Mereka juga mempunyai senjata masing-masing yang sedang dan akan dikeluarkan bila-bila masa mendesak.

Oleh itu, Saudara Anwar. Percepatkanlah perolehan kuasa. Terlalu banyak perkara yang perlu diubah. Jangan sampai musuh kita kembali kuat dan bersatu setelah duri-duri dari badan mereka dicabut. Dan kepada pemimpin pakatan rakyat, janganlah terlalu mudah memaafkan Mahathir. Banyak sangat perilakunya yang kita tidak sukai suatu masa dahulu. Lagipun dia keluar Umno selagi Pak Lah berkuasa. Kalau orang lain berkuasa belum tentu lagi.

http://azzlie.blogspot.com

Nujum Pak Belalang

In Matsamankati on May 22, 2008 at 11:47 am

matsamankati - [...]

Aku tak tau, Pak Lah jumpa Datuk Yap Cheng Hai, Lilian Too atau K. Subramaniam. Ketiga-tiga ni pakar Feng Shui dan Astrologer terkenal. Kita imbas kembali ramalan mereka untuk tahun 2008, yang dibuat pada penghujung 2007 yang lalu.

In addition, our Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, who was born in the Year of the Rabbit, will be having a very good year. Lilian Too.

Yes Madam! Very good indeed!

So far, so good. Tapi kita kena ambil perhatian tentang apa yang dikatakan oleh K. Subramaniam. “There will also be more chaos as I see some people will take to the streets again,” Hah! Mungkin kah Mahathir pulak nak berdemonstrasi?

Yap also thinks BN would emerge victorious, but warned that it could lose some 10 per cent of its votes. Yang tu, aku pun tau. Tapi tak kan tak tau, 5 negeri akan tumbang?

Subra said he did not see any major natural disasters occuring in the region, but thinks there would be man-made ones such as landslides. He also predicted a major earthquake in the northwest region of Africa, where many lives would be lost. selanjutnya.

BILA BAPAK KAYA …. ANAK CELAKA

In Masalah rakyat on May 22, 2008 at 11:40 am

Padah tegur anak VIP
Hmetro – [...] “Ketika minum, anak VIP itu menghubungi telefon bimbit saya dan memberitahu mahu menemui saya bagi menyelesaikan perselisihan faham,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sekumpulan lelaki datang menemuinya tidak lama kemudian dan mendakwa dia mengusik ‘adik’ mereka dan menyerang serta terus membelasah dirinya.

Mangsa berkata, rakannya, Shamsul Kamal yang cuba melindunginya turut dibelasah dan mereka hanya berhenti membelasahnya selepas melihat dia tidak bermaya.

“Ketika kejadian, anak VIP itu turut bersama kumpulan berkenaan dan saya serta Shamsul Kamal dibawa ke hospital untuk menerima rawatan kecemasan,” katanya.

Wan Mohd Aznam berkata, Shamsul Kamal membuat laporan polis pada Isnin lalu dan dia akan melakukan perkara sama sebaik dibenarkan keluar dari hospital.

Menurutnya, tindakan kumpulan lelaki terbabit yang mendakwa diri mereka anggota sebuah pertubuhan cuma memburukkan nama baik pertubuhan yang ditubuhkan dengan matlamat mengamalkan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta membela nasib Melayu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan sedang dijalankan.

“Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan berdasarkan siasatan awal, kejadian itu berlaku akibat perselisihan faham,” katanya…. selanjutnya.

Bola dikaki Anwar

In Analisa, Anwar Ibrahim on May 22, 2008 at 11:34 am

malaysiainsider - Kita akan menjadi ekor sepanjang masa jika menyertai Umno walaupun dia sedang nazak sekarang,” kata naib presiden PAS Datuk Husam Musa ketika membentangkan kertas kerjanya di Ijtimak PAS Selangor Isnin lepas.

“Tak kan selepas 40 tahun lebih kita lanyak Umno, tiba-tiba apabila dia nak mati kita nak hantar ambulan kat dia untuk diselamatkan,” tambah beliau lagi.

Ini bukan kali pertama Husam bercakap begini. Sebaik sahaja lepas pilihan raya 8 Mac lalu dalam satu sidang medianya, apabila ditanya oleh wartawan tentang khabar angin adanya usaha Umno dan PAS untuk bekerjasama, Husam memberikan amaran keras kepada para pemimpin PAS berkenaan.

“Kita akan pecat mereka (pemimpin yang nak bekerjasama dengan Umno),” kata Husam.

Kenyataan Husam itu disokong oleh seorang lagi naib presiden PAS, Haji Mohamad Sabu. Bagi beliau, melalui pilihan raya baru-baru ini, rakyat telah menghantar mesej yang jelas, mereka mahukan PAS terus bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Bagi Mohamad, persepakatan antara PAS, DAP dan PKR ini akan terus kekal jika tidak ada serang menyerang antara satu sama lain.

“Kalau kita nak kalah senang je. Kita pakat kutuk sesama kita. PAS kutuk DAP, DAP kutuk PAS. PKR curigai DAP dan PAS, manakala PAS pula curigai PKR. Akhirnya kita pun akan bergaduh dan bila tiba pilihan raya kita kalahlah,” kata Mohamad.

… selanjutnya.

Kerajaan Selangor digesa segera peruntukkan rumah untuk setinggan

In Kerajaan Selangor on May 22, 2008 at 11:30 am

Harakahdaily – [...] Beliau yang berucap dalam perbahasan menjunjung titah ucapan Tuanku Sultan pagi tadi kesal kerana 68 penduduk Melayu di kampung Berembang tidak mendapat pembelaan di bawah pemerintahan kerajaan BN selama 50 tahun.

Katanya, kerajaan BN selama ini tidak berusaha membela mereka sebaliknya menggelar mereka sebagai penyangak atau samseng kerana enggan berpindah daripada Kampung Berembang.

Azmin berharap kerajaan Selangor perlu menyegerakan bantuan kepada penduduk setinggan dengan mengadakan peruntukkan rumah kos rendah.

“Dalam hal ini saya menegur Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) lebih berpihak kepada pemaju dan tidak peduli dengan golongan miskin seperti di Kampung Berembang,”tegasnya.

Beliau berkata, PNSB mesti segera mendesak pemaju supaya memberi keutamaan kepada peneroka bandar dengan membina rumah kos rendah dengan harga RM35 ribu seunit.

Dalam perbahasan itu beliau turut menyelar sikap dan tindakan pimpinan Umno yang cuba membela nasib orang Melayu malangnya ia dilaksanakan selepas pilihan raya umum, 8 Mac lalu. … selanjutnya.

Mari kita serbu Parlimen!

In Belit BN, Sidang Parlimen on May 22, 2008 at 11:28 am

harakahdaily - Dalam bisik-bisiknya, Awang Selamat merungut seperti berikut:

Apa sudah jadi dengan keadaan di bangunan Parlimen kita? Sejak penggal baru persidangan Dewan Rakyat bermula bulan lalu, suasana lobi Parlimen jauh berubah.

Lobi Parlimen sepatutnya ruang yang dihadkan untuk Ahli Parlimen dan mereka yang berkenaan atas tujuan tugas seperti pegawai kementerian dan wartawan.

Tetapi kini hampir semua orang boleh berada di situ. Ada yang mahu menyebarkan risalah, menyerahkan memorandum dan berhimpun untuk mendesak kerajaan, menjadikan suasana hingar-bingar.

NGO tertentu seperti HINDRAF boleh mengadakan sidang akhbarnya, malah sampai ke tahap mengadakan majlis hari jadi di situ, sebagaimana yang ber- laku semalam.

Awang geleng kepala macam tidak percaya. Maka tidak hairanlah ramai yang menganggap kawasan Parlimen kita seperti pasar dan kelab sukaria. Mungkin kita tidak peduli tentang aspek keselamatan dan eksklusif Parlimen sebagai bangunan strategik.

Rasanya tidak ada negara lain membenarkan keadaan sedemikian di bangunan Parlimen atau Senat mereka.

Jika begini keadaannya, jangan terkejut kalau ada kumpulan manusia yang pelik-pelik akan berkampung di situ se- lepas ini.

Awang � Banyak geleng kepala.

Ini negara demokrasi. Awang Selamat ada hak demokratik untuk merungut. Akhbar Awang Selamat juga menyiarkan berita bertajuk “Lobi Parlimen jadi kelab suka ria”. Tidak mengapa. Itu juga hak demokratik mereka.

Saya pun pergi Parlimen semalam. Hantar seorang ahli Parlimen. Memang ramai rakan-rakan dari kaum India.

Walaupun sekejap sahaja saya pergi, seingat saya, rakan-rakan dari kaum India itu hanya menziarahi para pemimpin yang bersimpati dengan mereka. Mereka tak buat kacau apa pun. Kalau nak dikirakan, keadaan di luar Dewan jauh lebih aman dari di dalam Dewan.

Memanglah, nak ziarah ahli-ahli Parlimen untuk memohon mereka menyuarakan masalah kita, kena pergi Parlimenlah. Di situlah ahli-ahli Parlimen berkumpul. Boleh jumpa mana-mana ahli-ahli Parlimen yang kita jangka bersimpati dengan kita.

Sama seperti hendak berjumpa mak ayah kita. Memang boleh jumpa di tepi jalan, tepi longkang, di warung teh tarik, di kedai pasu bunga atau hon dari jauh sambil pecut kereta. Tetapi lebih elok kalau kita balik kampung jumpa mak ayah kita. Jumpa di rumah mereka lebih selesa. Macam-macam kita boleh cerita atau mengadu.

aya tak tahu la. Tetapi jarang benar saya dengar mak ayah yang komplen “apa ni mari ramai-ramai ni! Daripada aman tenteram dan jadi riuh-rendah rumah aku. Dah jadi macam Central Market. Ni sambut pulak hari jadi di sini. Dah jadi macam kelab suka ria pulak!” … selanjutnya.

Exco Pemuda sedia hadapi tindakan

In Belit Mahathir on May 22, 2008 at 11:13 am

Malaysiakini – [...] “Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Saya tidak takut dikenakan tindakan atau dipulaukan oleh exco dan ahli pemuda,” kata Kamarulzaman Kamdias.

“Saya juga tidak boleh bertanding jawatan dalam Pemuda lagi kerana telah lebih usia.

“Saya menyokong perjuangan Mukhriz untuk memulihkan semula Umno,” tambahnya.

kamarulzaman kamdiasKamarulzaman (foto) berkata demikian ketika diminta mengulas kehadirannya bersama dua lagi exco pergerakan itu – Harison Hassan dan Hazizul Nizam Bidin – dalam sidang media Mukhriz di sebuah hotel di ibu negara Selasa lalu.

Dalam sidang media tersebut, Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun telah mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan semua jawatan – presiden, perdana menteri dan pengerusi Barisan Nasional (BN).… selanjutnya.

Dimana Prinsip Ezam?

In Ezam on May 22, 2008 at 11:10 am

Kutuk dan kemudian bersama. Semua orang pelik dengan sikap Ezam. Memang hak beliau, tapi macamana dengan prinsip? Ikuti komen Wan Azizah ….

Keputusan Ezam ‘aneh’, kata Wan Azizah
keadilan wan azizahMalaysiakini – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyifatkan sebagai aneh bagi bekas ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Ezam Mohd Nor menyertai semula Umno.

Ketua pembangkang itu berkata, ia kerana Ezam sendiri begitu kritikal terhadap parti Umno.

“(Tetapi) ini pilihannya. Selepas apa yang dilakukannya untuk parti, selepas dipenjara, dia memilih untuk kembali semula kepada mereka (Umno),” katanya ketika diminta mengulas laporan media yang Ezam akan menyertai semula Umno.

Wan Azizah bagaimanapun menolak andaian bahawa tindakan Ezam itu akan membawa kerugian besar kepada PKR. .… selanjutnya.

Sukar nya beri air percuma….

In Air Percuma on May 22, 2008 at 9:12 am

Bukan mudah nak berikan air percuma kepada masyarakat. Segala usaha baik, bakal ada yang menghalang. Kepada rakyat Selangor. telitikan isu ini. Kalau ada yang terbengkalai, bukan lah soal kegagalan kerajaan Selangor. Mungkin ada kaitannya dengan usaha sabotaj pihak pihak tertentu untuk menggagalkan usaha murni kerajaan Baru. Dan bila gagal, kecoh lah BN kutuk dan kritik. Itu Biasa la……

Apa kata Rozali Ismail….

http://www.eoy.com.my/images/master_rozali02.jpgTidak ada sebarang kos percuma bagi setiap liter atau meter padu air yang yang dihasilkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam perjanjian konsesi yang dimeterai dengan kerajaan negeri Selangor, kata Pengerusi Eksekutif Syabas Tan Sri Rozali Ismail.

Beliau berkata pelbagai aspek perlu diteliti terutamanya membabitkan operasi perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.

Rozali berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu di Selangor bermula 1 Jun ini sebagai memenuhi satu daripada janji pakatan pembangkang dalam manifesto ketika kempen pilihan raya umum 8 Mac lepas.

“Kita tunggulah, saya no komen, kita tunggu sehingga akhir bulan ini, bermula 1 Jun,” katanya yang juga Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holding Sdn Bhd pada sidang media di sini Khamis.

Terdahulu, Puncak Niaga menandatangani perjanjian jual beli dengan Global Environment Solutions Ltd dan perjanjian pemegang dengan Environmental Holdings Pte Ltd.

Berhubung penukaran meter individu di kediaman bertingkat di Selangor dalam usaha memastikan pemberian air percuma boleh dilaksanakan dengan menyeluruh seperti yang dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini, Rozali berkata pemasangan meter individu di kediaman bertingkat adalah di bawah penyeliaan Perbadanan Pengurusan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Sehingga hari ini hanya 11 skim kediaman bertingkat yang mendapat kelulusan untuk menggunakan meter individu dan ada beratus lagi yang masih menanti (kelulusan),” katanya.
Bernama.

Memang tiada kos percuma. Tapi untung tu kasi kurang sikit lah deyyyyy…… Kalau biasa balik kampung naik helikopter….lepas ni balik kampung naik kereta la. Itu pun nak kena ajar?

Kerajaan Pusat tak faham demokrasi – Yaakob Sapari

In Kerajaan Selangor on May 22, 2008 at 8:22 am

Duuuusshhhhhh….sebiji kena kepada kerajaan Pusat berkaitan isu JKKK di Selangor. Baca berita berikut

Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Negeri Yaakob Safari berkata ini kerana pemegang jawatan- jawatan itu hanya berhak dilantik oleh kerajaan negeri mengikut peraturan yang termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri.
“Ketua kampung dan JKKK adalah di bawah struktur kerajaan negeri. Seandainya kerajaan pusat hendak melantik, kita menganggap bahawa ketua kampung yang dilantik adalah tidak sah.

“Kerajaan pusat kalau faham prinsip demokrasi, dia tidak akan melantik ketua kampung atau JKKK di negeri,” katanya ketika menjawab pertanyaan Dr Mohd Nasir Hashim (PKR-Kota Damansara) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Khamis.

Yaakob berkata tindakan kerajaan pusat mencampuri urusan pelantikan ketua kampung di Selangor dianggap tidak wajar kerana hanya Menteri Besar boleh mengesahkan dan menyokong pelantikan individu tertentu sebagai ketua kampung.

Ketika ditemui pemberita, Yaakob berkata kerajaan negeri akan memecat ketua kampung yang dilantik kerajaan Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka tidak memberi kerjasama baik kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

“Jika ketua kampung mempunyai pandangan berbeza dan tidak menyokong, kita sedia untuk menamatkan perkhidmatan mereka dan digantikan dengan ketua kampung yang mempunyai fahaman yang sama,” katanya. – Utusmeloya


Jonah SAH Ketua AMK Selangor?

In PKR on May 22, 2008 at 7:56 am

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin yang mesra di panggil ‘Jonah’ sudah pasti meletakkan dirinya sebagai Ketua AMK (Angkatan Muda Keadilan) Negeri Selangor.

Isu ini menjadi panas pada minggu lepas apabila rombakan yang dibuat oleh Keadilan pusat telah mendapat bantahan dari penyokong penyokong Halimey, yakni bekas Ketua AMK Selangor sehingga menyebabkan keadaan menjadi gawat dengan jeritan ‘Katek’ dan ‘Dugong’. [Rujuk: SINI]

Masih menanti kepastian dari lapuran …. setakat ini untuk mengetahui kedudukan Organisasi AMK, sila rujuk: SINI

Kita tunggu berita lanjut …..

Apa kata Ezam tentang ISA dan Rasuah nanti?

In Ezam on May 22, 2008 at 7:21 am

http://amk.disagrees.net/wp-content/uploads/2007/04/070411ezam.jpgMahathir keluar, Ezam masuk.

Dua tajuk yang jauh menyimpang. Masih panas dengan isu Mahathir keluar UMNO, Ezam pula berhasrat untuk masuk pula. Ketika ini Ezam masih berada di luar negara dan tidak mendapat kepastian dari beliau sendiri. Baca [sini]

Nak tahu berkenaan Ezam dan perjuangannya bersama Gerak …. baca ini pula. [liku perjuangan pendekar jawa]

Menentang ISA ketika bersama Keadilan dan anti Rasuah di dalam Gerak … dan beliau menuju ke Parti ke memang lubuk kepada dua perkara ini.

Berjayakah Ezam membersihkan Rasuah UMNO atau Ezam sendiri akan terseret di dalam kancah rasuah bersamanya?

Terbayang juga bagaimana nanti kalau hanya Ezam seorang di dalam UMNO menentang ISA sedangkan di keliling nya nanti semua setuju. Bayangkan kalau Ezam bercerita tentang Rasuah tetapi di kelilingi oleh Pemimpin yang mesra Rasuah.

Dengar cerita, Khairy terlibat di dalam usaha membawa masuk Ezam. Dan kalau Khairy menjadi musuh di dalam UMNO, apa akan jadi pada Ezam?

Tentunya menarik dan rasanya silap silap ….. dengan UMNO, Ezam bermula, dengan UMNO juga dunia politik Ezam akan berakhir.

Apa kata matsamankati tentang Ezam – Tahniah! Ezam dah masuk Umno.

‘Komplot’ 3 Tan Sri

In Belit BN, Belit POlis, Belit SPR on May 22, 2008 at 7:04 am

‘Komplot’ 3 Tan Sri batal dakwat kekal
malaysiakini - [...] Dalam laporan polisnya, jurucakap gabungan itu Faisal Mustaffa mendakwa usaha terancang itu melibatkan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

“Saya meminta agar pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia untuk membuat penyiasatan ke atas pengerusi SPR, perdana menteri dan ketua polis negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia,” kata Faisal.

Aduan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi tadi.

Minggu lepas Abdul Rashid mendedahkan, kabinet memutuskan pada hari pembubaran parlimen 13 Februari untuk menolak pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada hari yang sama bagaimanapun menafikan kabinet mengarahkan suruhanjaya itu berbuat demikian…. selanjutnya.

Uthaya mohon ‘habeas corpus’ baru

In Hindraf on May 22, 2008 at 7:02 am

uthayakumar court habeas corpus application 220508 01malaysiakini - Permohonan baru habeas corpus difailkan oleh seorang pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) terhadap Kementerian Dalam Negeri dan pusat tahanan Kamunting kerana didakwa tidak mendapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya.

Peguam N Surendran memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur High hari ini bagi pihak P Uthayakumar yang mendakwa telah dinafikan rawatan perubatan sewajarnya bagi penyakit kencing manis yang dihidapinya.

Uthayakumar juga mendakwa, pihak berkuasa pusat tahanan tersebut enggan memasukkannya ke Institut Jantung Negara (IJN) walaupun diminta oleh doktor supaya berbuat demikian.
… selanjutnya.

Arca kenit rekaan ANEH

In Berita luar on May 22, 2008 at 4:05 am

bharian – SEORANG lelaki yang dianggap lembap kerana menghidap disleksia memukau orang ramai dengan seni ukir paling halus.

Peter PanWillard Wigan dari Birmingham, England membuat kejutan luar biasa menerusi seni mikroskopik paling terperinci pernah dihasilkan manusia.

Karya Wigan melampaui logik akal manusia kerana menghasilkan arca yang tidak dapat ditatap dengan mata kasar sebaliknya bantuan mikroskop diperlukan bagi menghayati keindahan objek itu yang berukuran tiga ribu kali halus berbanding sehelai rambut. Ia terlalu seni hingga boleh dimuatkan di celah lubang jarum, diletak di kepala jarum peniti, hujung bulu mata malah turut boleh mengisi sebutir pasir…. selanjutnya.

PBS @ Polis Bela Samseng

In Belit POlis, Rasuah Polis on May 22, 2008 at 4:00 am

malaysiatoday - [...] Pada lebih kurang jam 3.30 petang, 20 Mei 2008, saya dan pekerja saya dihalang masuk ke kebun yang didaftarkan atas nama isteri saya, ROSE LAMBASING (PT 91240583) oleh sebelas orang lelaki yang mendakwa diri mereka bekerja dengan Alimuddin Mohd Ajay dan David Udin yang menceroboh tanah kami di Skim Pekebun Kecil Tingkayu, Kunak. Saya melihat empat orang lelaki menceroboh, menyabit dan mencuri buah kelapa sawit di kebun saya. Jalan menuju ke kebun saya juga dihadang dengan rantai dan dikawal ketat. Saya datang ke balai membuat laporan agar polis menyiasat dan menangkap Alimuddin dan semua samseng upahannya kerana mereka mengingkari Injunksi Mahkamah dan juga arahan Pesuruhjaya Polis Sabah. Laporan ini juga dibuat agar polis menyiasat dan menangkap Pengerusi Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad, Hajjah Alinah Usman Suing kerana bersubahat dengan Alimuddin melakukan jenayah ‘criminal tress-passing’, ‘Contemp of Court’ dan mencuri buah kelapa sawit saya. Sehingga hari ini, lebih kurang 150 tan buah kelapa sawit saya bernilai RM105,000 telah dicuri oleh Alimuddin. Alimuddin juga turut memusnahkan rumah saya dan mencuri barang-barang yang terdapat dalam rumah tersebut yang bernilai lebih kurang RM10,000.

SURAT…. Rajinnya Pesuruhjaya Polis Sabah menulis surat pada hari cuti umum. Hai ada apa-apa ke?

Image
… selanjutnya.

Cara desak Abdullah letak jawatan

In Belit Mahathir on May 22, 2008 at 3:45 am

detikdaily

Oleh Dr Mahathir Mohamad

1. Kita banyak dengar tentang kemungkinan ahli parti Barisan Nasional lompat masuk parti lawan.

2. Jika 35 ahli masuk parti lawan, parti BN akan jatuh. Parti lawan akan menang dan akan dirikan Kerajaan.

3. Apa akan jadi pada wakil rakyat BN yang lompat? Mereka tidak akan jadi Perdana Menteri kerana sudah tentu pemimpin Pakatan akan jadi PM. Ahli-ahli Pakatan yang lain juga ingin jadi Menteri dan Timbalan Menteri.

4. Berapa tempat yang tinggal pada ahli BN yang lompat? Tentu tidak semua mereka akan dapat tempat. Mereka akan terus jadi pengikut Pakatan sahaja, seperti mereka mengikut Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum mereka lompat.

5. Jika Ahli Dewan Rakyat BN keluar dari BN tetapi tidak masuk parti lawan mereka akan bebas menyokong atau menolak undang-undang atau dasar parti Kerajaan atau usul-usul parti lawan. Mereka bebas mengecam parti Kerajaan jika melakukan kesalahan, demikian juga apabila parti lawan membuat atau pun melakukan perkara yang salah.

6. Jika jumlah yang tinggal BN cukup untuk kurangkan penyokong Kerajaan supaya tidak ada majority lagi, Kerajaan pimpinan Dato Seri Abdullah akan jatuh.

7. Kerajaan baru hanya boleh didirikan jika dipersetujui oleh ahli-ahli yang keluar BN, kerana mereka memiliki cukup undi untuk menentukan BN atau Pakatan yang menjadi majoriti dalam Parlimen.

8. Jika BN ganti Dato Seri Abdullah dengan orang lain yang berani, kumpulan yang keluar dari BN boleh sokong BN semula dan BN akan kembali jadi Kerajaan.

9. Ini adalah satu cara untuk memaksa Dato Seri Abdullah letak jawatan. Kemudian semua yang lompat boleh masuk balik parti masing-masing.

10. Percayalah, mereka daripada parti komponen BN yang telah sokong parti lawan PRU 12 akan kembali sokong BN apabila Dato Seri Abdullah bukan lagi Perdana Menteri.

Keluar Umno dan dipecat dari Umno, siapa lebih mulia?

In Belit Mahathir on May 22, 2008 at 3:43 am

detikdaily – Apabila Mahathir keluar daripada Umno, sesetengah pihak menganggapnya sebagai wira kerana tindakan itu menurut mereka sangat berhasil memberi tekanan kepada Pak Lah.

Tetapi, Mahathir kata bahawa pihaknya akan kembali semula ke pangkuan Umno jika Abdullah berundur, lalu jawatan itu diisi oleh mana-mana pemimpin yang disifatkan Mahathir sebagai lebih kuat daripada Abdullah.

Antara nama-nama yang disebutkan beliau ialah Najib, Muhyiddin, Tengku Razaleigh. Tetapi, tidak pula Mahathir menamakan Anwar Ibrahim. Ini pun satu kepelikan dan keganjilan juga.

Padahal, tidaklah mustahil jika Anwar masuk Umno semula. Dalam dunia politik tiada yang mustahil. Dan, hal inilah yang perlu kita bincangkan sedikit.

Pertama, adakah Anwar keluar Umno atau dikeluarkan daripada Umno? Anwar dipecat setelah diminta meletakkan jawatan, tetapi Anwar enggan.

Maka, beliau dipecat dan ekoran pemecatan itu beliau dianggap perwira. Dan, selepas itu berbondong-bondong mereka semua keluar Umno, masuk KeADILan. Ada sesetengah mereka kemudiannya ‘murtad’, masuk Umno semula.

Keluarnya Mahathir daripada Umno tidaklah melibatkan kebanjiran ramainya orang Umno mengikutinya. Walhal, Umno ini adalah Umno yang diterajuinya sekitar pertengahan 1980-an ketika Umno berkrisis.

Jadi, tindakan Mahathir keluar Umno itu sikap perwira (setelah protes terhadap PM Abdullah yang didakwa beliau sebagai tersilap pilihan) atau dipecat keahlian itu dianggap sebagai perwira? … selanjutnya.

Halliburton di Negara Islam Hadari

In halliburton on May 22, 2008 at 3:36 am

zul4kulim – Parlimen Malaysia dikejutkan pagi ini Rabu 15 J’Awal 1429/21 Mei apabila Timbalan Menteri MITI mengesahkan bahawa Syarikat Halliburton dari US diberi keizinan untuk melabur di Wilayah Pembangunan Iskandar [WPI]. Umum mengetahui Halliburton adalah syarikat Yahudi yang telah mengaut keuntungan berbillion dollar hasil penaklukan Iraq. Malahan kontraktor keselamatan Halliburton telah dilapur membunuh rakyat Iraq dengan sewenang-wenangnya. Mereka bertindak saperti koboi yang tiada langsung berperikemanusiaan.

Jadi sangatlah mengejutkan apabila Malaysia yang mendabik dada sebagai negara Islam Hadhari boleh membenarkan pembunuh kemanusiaan saperti Halliburton melabur hasil keuntungan haram mereka di negara ini. Apakah kita rela darah rakyat Iraq dihalalkan atas nama pembangunan ekonomi. Moga rakyat Malaysia membuka mata dengan perkosaan kedaulatan negara ini oleh golongan yang rakus ini. Umum mula memperkatakan tentang penguasaan WPI oleh Singapura. Terdapat dakwaan bahawa Singapura mendapat sokongan rejim Yahudi dalam pelbagai bentuk termasuk nasihat ketenteraan. Apakah kemasukan syarikat Halliburton ini sebagai sebahagian agenda Yahudi! Moga negara kita dilindungi ALLAH.

Adios

Zulkifli Noordin.

Siapa sebenarnya "duri dalam daging"?

In Belit Mahathir, UMNO bergolak on May 22, 2008 at 3:26 am

harakahdaily - [...] Tun Musa Hitam dakwa saya adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.’

Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging Umno tahun 1986 – 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden Umno. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya. …. selanjutnya.

Lagi ….
Singkirkan Abdullah untuk selamatkan Melayu – Mahathir..
Mahathir jawab kecaman Musa ‘duri dalam daging terkeluar’
Mukhriz nafi keluar Umno Julai
Umno terima Dr. M keluar parti, nasib Mukhriz diserah Pemuda
Mubarak mahu temukan Mahathir-Abdullah kali kedua
Dr M kepada Musa dan Shahrir: “Tepuk dulang paku serpih”
Pemimpin Umno caci Dr Mahathir ditegur
Strategi 2 kutub Dr. M, Mukhriz desak Pak Lah undur?

Ezam to rejoin Umno

In Ezam, Lompat parti on May 22, 2008 at 1:52 am

http://thestar.com.my/archives/2007/6/30/nation/31ezam.jpgStar - Former PKR Youth leader Ezam Mohd Nor will be rejoining Umno after receiving the green light from the top Umno leadership.

He will also cease to head the anti-corruption NGO, Gerak, from June 1 in preparation for his return to Umno. Mohd Nazree Yunus has been named to take over as chairman of Gerak.

Sources said he has met both the Umno president as well as deputy president for discussions in connection with his move.

His return to Umno is expected to be announced soon and will be seen as a blow to PKR.

Ezam, 40, was a rising star in Umno when he chose to follow Datuk Seri Anwar Irahim out of Umno after the latter’s sacking in 1998.

He was then Anwar’s political secretary and had also gone to jail under the ISA and OSA.

He resigned from PKR last year after an internal power struggle with PKR vice-president Azmin Ali. At the time of his resignation, he criticised Anwar for his “dictatorial politics” and accused Azmin of being “a schemer who dominates Anwar.”… selanjutnya.

Ezam to rejoin Umno

In Ezam on May 22, 2008 at 1:49 am

http://gshunt.net/cvm/FrogJump_files/image001.jpgwarongkopi - Former PKR Youth leader Ezam Mohd Nor will be rejoining Umno after receiving the green light from the top Umno leadership.

He will also cease to head the anti-corruption NGO, Gerak, from June 1 in preparation for his return to Umno. Mohd Nazree Yunus has been named to take over as chairman of Gerak.

Sources said he has met both the Umno president as well as deputy president for discussions in connection with his move.

His return to Umno is expected to be announced soon and will be seen as a blow to PKR.

Ezam, 40, was a rising star in Umno when he chose to follow Datuk Seri Anwar Irahim out of Umno after the latter’s sacking in 1998.

He was then Anwar’s political secretary and had also gone to jail under the ISA and OSA…. selanjutnya.

"Undi tidak yakin untuk guling BN" Anwar

In Anwar Ibrahim on May 22, 2008 at 1:42 am

klpos - PEMPIMPIN Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata satu undian tidak yakin terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, adalah ‘pilihan terbaik’ untuk menggulingkan parti yang memerintah negara itu.

‘Anda gunakan cara berperlembagaan untuk membuktikan sokongan majoriti dewan rakyat untuk mengetengahkan usul bagi mengalahkan perdana menteri itu,’ kata Datuk Seri Anwar kepada wartawan di Singapura semalam.

Datuk Seri Abdullah, 68 tahun, kini menghadapi lebih banyak tekanan untuk meletakkan jawatan selepas parti campuran kerajaan yang dipimpin beliau, Barisan Nasional (BN), kalah teruk dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Keputusan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, 82 tahun, untuk keluar daripada Umno Isnin lalu adalah satu daripadanya.

Datuk Seri Anwar, yang memimpin pakatan tiga parti pembangkang utama Malaysia dan memerlukan 30 kerusi lagi dalam parlimen untuk mendapatkan kuasa majoriti, pula sedang cuba memujuk lebih ramai anggota parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat, yang memenangi lima daripada 13 negeri dalam pilihan raya lalu.… selanjutnya.

Anwar insists it’s for real

In Anwar Ibrahim, Lompat parti on May 22, 2008 at 1:39 am

malaysianinsider - [...] Once the former Malaysian Deputy Prime Minister and now torch-bearer for the Opposition has the numbers to make up a simple majority in Parliament, Anwar said he will call for a vote of non-confidence in Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi’s government.

The numbers game is a simple one.

Twenty-nine more seats — that is what his grand coalition called Pakatan Rakyat needs to send an embattled Abdullah and his ruling Barisan Nasional (BN) packing.

But his audience did not seem totally convinced. A sense of expectation mixed with scepticism was evident among the foreign journalists, some of whom have followed his sensational roller coaster political career with professional zeal.

Do you really have the numbers, or is it just good psychological warfare, asked veteran journalist Barry Wain, who is now writing a book on former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar smiled somewhat coyly, then replied: “I’ve said it on April 14. Yes, we have the numbers.” Where does this confidence come from? Not wanting to give too much away, he said it came from reading the mood among the BN backbenchers. As though anticipating the follow-up question, the man who believes he is within kissing distance of becoming prime minister gave an example: Only three or four of Abdullah’s diehards — and not 30 or 40 parliamentarians — rush to his defence every time Umno’s top leadership comes under attack.

Want more evidence? Well, look no further than what the grand old man of Malaysian politics, Dr Mahathir, said recently.

Said Anwar: “Even Mahathir has conceded: Yes, there is a possibility of Anwar taking over. He didn’t say it is going to be a turmoil, or a disaster or politically disastrous for the country.”

… selanjutnya.

Kenapa Rashid Perlu Berbohong?

In Belit Rashit/SPR on May 22, 2008 at 1:37 am

atranungkite - “aSiapa sangka Pengerusi SPR Rashid Abdul Rahman muncul sebagai watak yang popular semenjak beliau mengambil alih pimpinan SPR pada tahun 2001. Sepanjang menyandang jawatan tersebut, beliau berjaya memuaskan hati kerajaan kerana tugas yang diberi dapat dilaksanakan dengan baik tanpa bantahan.

Beliau banyak menggalas isu kontraversi yang tercetus dalam SPR dan bersedia pula berdepan dengan pihak parti pembangkang dan NGO bagi mempertahankan tindakannya sekali pun keputusan bukan dibuat oleh SPR, tetapi datangnya dari pihak lain yang lebih berkuasa. Sikap lurus bendul menyebabkan beliau sering diperkudakan oleh elit pemerintah bagi memenuhi tujuan politik mereka yang memerlukan kerjasama SPR.

Antara isu yang pernah dipertikaikan ialah persempadanan semula kawasan piliharan raya yang dikatakan mempunyai motif politik, terutama bagi kawasan-kawasan yang agak kritikal bagi parti kerajaan, perpindahan nama pengundi ke kawasan lain tanpa pengetahuan pengundi terbabit, kemasukan nama pengundi asing dalam senarai pengundi kawasan lain yang dikenali dengan pengundi hantu, sistem undi pos yang menguntungkan pihak kerajaan dan banyak lagi.

Beliau menyedari berlaku kes pemindahan nama pengundi ke kawasan lain yang dilakukan oleh segelintir kakitagannya. Usaha yang dilakukan oleh kakitangan SPR itu tentunya ada kaitan langsung dengan kerja-kerja aktivis politik dari parti-parti tertentu yang mahukan nama orang-orang tertentu dipindahkan dari kawasan pilihan raya tempatan atas sebab-sebab tertentu. Namun tidak diketahui apakah kakitangan terbabit dikenakan tindakan tata tertib di bawah Peraturan Am Perkhidmatan (GO).… selanjutnya.