no2umno

Archive for May 23rd, 2008

Keluasan Batu Puteh hanya separuh padang bola sepak ….tapi

In Belit media, batu puteh on May 23, 2008 at 11:54 pm

Bharian – Pulau Batu Puteh yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura hampir 30 tahun adalah sebesar separuh padang bola sepak, yang terletak di luar pantai tenggara Pengerang, Johor.

Pulau seluas 2,000 meter persegi terletak di pertemuan Selat Johor dan Laut China Selatan itu menempatkan Rumah Api Horsburgh, menjadi rebutan antara kedua-dua negara sejak 1979.

Pulau Batu Puteh terletak kira-kira 12.8 kilometer dari Pengerang, Johor dan 64 kilometer ke timur Singapura. Batuan Tengah dan Tubir Selatan secara geologi bersambung dengan Pulau Batu Puteh.

Jarak antara Pulau Batu Puteh dengan Batuan Tengah ialah 0.96 kilometer manakala jarak Pulau Batu Puteh dengan Tubir Selatan kira-kira empat kilometer. Jarak antara Batuan Tengah dengan Tubir Selatan ialah tiga kilometer.

Pada 1979, Malaysia melakukan pemetaan sempadan maritim meliputi Pulau Batu Puteh sebagai wilayahnya kerana mendakwa Kesultanan Johor tidak pernah menyerahkan pulau itu ketika menyerahkan Singapura kepada British pada 1824.

Pulau itu diserahkan kepada British untuk tujuan pembinaan Rumah Api bagi memudahkan laluan kapal melalui perairan berkenaan.

Berikutan itu, Malaysia dan Singapura bersetuju membawa kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2003. ICJ mula membicarakan tuntutan terhadap pulau itu pada 6 November 2007.

Singapura diberikan empat hari antara 6 dan 9 November 2007 untuk menggulung hujah lisan pusingan pertama, sementara Malaysia diberikan giliran pada 13 hingga 16 November 2007.

Pusingan kedua oleh Singapura pada 19 dan 20 November dan Malaysia pada 22 dan 23 November 2007.

Delegasi Malaysia terdiri daripada ejen Malaysia, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad; ejen bersama, Datuk Noor Farida Ariffin, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd Isa serta wakil kerajaan Johor, Datuk Hamsan Saringat.

Delegasi Singapura pula terdiri daripada Timbalan Perdana Menterinya, S Jayakumar; Peguam Negara, Chao Hick Tin dan ejen Singapura, Prof Tommy Koh.

Berikut adalah antara hujah Singapura kepada ICJ iaitu negara itu menduduki Pulau Batu Puteh atau yang dipanggil Pedra Branca lebih 130 tahun sejak 1840 tanpa sebarang bantahan dari Malaysia.

Sepanjang tempoh itu, negara itu menyelenggara Rumah Api Horsburgh dan kemudahan lain di pulau berkenaan, selain membantu kapal yang belayar di kawasan itu dengan selamat.

Dalam tempoh 130 tahun itu juga Malaysia tidak pernah menuntut hak ke atas Pulau Batu Puteh, terutama pada 1965 ketika Singapura menjadi sebuah negara merdeka serta mempunyai hak kedaulatan ke atas pulau di dalam wilayahnya.

Singapura mendakwa memorandum pemangku Setiausaha Kerajaan Johor pada 1953 yang menyatakan negeri itu tidak membuat sebarang tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh yang ditadbir Singapura. Malah, dalam peta Malaysia sebelum 1974, menunjukkan pulau itu milik Singapura.

Malaysia mengemukakan hujah yang antaranya faktor sejarah dengan keterangan kukuh membuktikan perjanjian Johor-British dan British-Belanda pada 1824, mengesahkan Sultan Johor mempunyai hak milik asal terhadap Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Malaysia menafikan Pulau Batu Puteh adalah ‘Terra Nullius’ iaitu tidak bertuan seperti yang didakwa Singapura kerana pulau itu adalah tempat nelayan untuk berlindung apabila berhadapan dengan ribut kencang dan ancaman lanun.

Malah, perairannya menjadi kawasan penangkapan ikan yang strategi bagi Orang Laut di Pengerang dan Teluk Ramunia, Johor. Malaysia turut mengemukakan tujuh dokumen bertulis untuk mengukuhkan hujah mereka. … selanjutnya.

UMNO Terengganu ‘kian’ Parah

In Belit BN Belit UMNO, Buletin online, UMNO pening on May 23, 2008 at 11:38 pm

buletinonline - ni bermakna Pengerusi dan setiausaha tidak lagi mengeluarkan kenyataan rasmi.Kenapa? apa lagi kalau bukan umno Terengganu semakin parah.

Lihat bagaimana seluruh daerah di Terengganu dinaikan papaniklan mengucapkan tahniah kepada Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu,kecuali di Daerah Besut papaniklan tersebut sehingga kini masih belum boleh untuk dinaikan.

Baru-baru ini didalam perjalanan ke Kota Baharu, satu kain rentang yang tertulis” Kami warga Besut tetap teguh bersama Dato’ Seri Idris Jusoh”

http://buletinonline.net/images/pas/iklanmamaksaid.jpg

Sementara itu di Kuala Terengganu, walaupun papaniklan itu berjaya dinaikkan, ada sumber menyatakan 2 Keping daripadanya telah di simbah dengan cat berwarna kuning.

Menurut sumber tersebut papaniklan yang disimbah cat itu satu di bulatan batu bersurat sementara satu lagi di persimpangan cabang Tiga.
… selanjutnya.

Kes kehilangan kanak-kanak semakin serius, kementerian didakwa gagal

In Hilang anak on May 23, 2008 at 11:37 pm

harakahdaily – [...] Perkara tersebut ditegaskan oleh Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Aiman Athirah Al-Jundi, sebagai respons kepada kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato� Ng Yen Yen sebagaimana yang dilaporkan akhbar arus perdana yang menyatakan sebanyak 242 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Jelas Ng Yen Yen, sepanjang 2007, sebanyak 1,168 kes dilaporkan manakala pada 2006 pula, sebanyak 1,478 kes kanak-kanak hilang. Manakala sebanyak 3.5 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam sehari dan hampir 80 peratus kes tersebut membabitkan kanak-kanak perempuan.

Sementara itu, menurut Aiman Athirah, sejak awal lagi DMPP menyedari bahawa kes kehilangan kanak-kanak ini bukanlah kes terpencil atau sekadar melibatkan jumlah yang kecil tetapi telah mencecah ribuan kes pada setiap tahun.

“Statistik tersebut jelas menunjukkan berlakunya peningkatan terhadap kes-kes tersebut. DMPP mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya ibu bapa dan keluarga agar memandang masalah ini sebagai masalah yang serius dan perlukan perhatian yang sewajarnya ,” katanya, sewaktu dihubungi Harakahdaily. … selanjutnya.

120 kaum India Nibung Tebal sertai Kelab penyokong PAS

In Masuk PAS on May 23, 2008 at 11:34 pm

harakahdaily – Barisan Nasional (BN) Parlimen Nibung Tebal terus parah apabila 120 orang keturunan India beralih angin menyertai Kelab Penyokong PAS kata, Setiausaha PAS Cawangan Changkat, Aziz Ramli.

Ujarnya lagi, kemelut dalaman BN dan MIC membuatkan mereka yang tinggal di tiga kawasan estet bertindak demikian kerana kecewa terhadap lakonan yang sengaja dimainkan oleh kepimpinan atasan semata-mata untuk kepentingan kroni.

Kata beliau, PAS Cawangan Changkat berbesar hati apabila sekumpulan masyarakat India sudi bertemu sekali gus meminta borang untuk menjadi ahli kelab.

“Melihatkan perkembangan yang membanggakan itu, satu majlis penyerahan borang telah diatur untuk mereka bertemu pemimpin kita. Mereka bertekad mencari lebih ramai lagi ahli untuk memastikan Pakatan Rakyat terus menang di Parlimen dan Dun Sungai Bakap serta merampas Dun Sungai Acheh pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” terangnya. … selanjutnya.

Ada pemimpin ’suka bodek’

In Belit Rafidah on May 23, 2008 at 11:30 pm

utusmeloya - Sikap sesetengah pemimpin UMNO yang bermuka-muka dan suka ‘membodek’ menjadi punca Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mendapat maklumat tepat mengenai senario sebenar politik negara.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, pemimpin terbabit sepatutnya berani menegur dan memberikan pendapat sekiranya timbul sebarang masalah.

Beliau berkata, disebabkan sikap tersebut, Perdana Menteri tidak dapat membuat perancangan yang tepat terutama ketika menghadapi pilihan raya umum pada 8 Mac lalu.

“Saya nasihatkan ahli-ahli UMNO jangan menyokong secara membuta tuli, gunakan fikiran kita, ini tidak… ada antara kita salam cium tangan dan bila mesyuarat semua ‘yes, yes’ tetapi di belakang maki-hamun kata tidak guna dan minta tukar Presiden cepat-cepat.

… selanjutnya.

No2umno – Nek Fida ni tau tak dia cakap apa? Dia sendiri di kategori mana?

Pemindahan dana Balkis tak dituntut

In Balkis on May 23, 2008 at 11:24 pm

utusmeloya - Bagi tahun lepas, Balkis mengeluarkan RM100,000 bagi menganjurkan kegiatan sukan, program amal sempena Deepavali (RM200,000), program amal sempena Hari Raya (RM250,000), pakaian program amal (RM100,000), makanan semasa sukan (30,000) dan cenderahati orang kenamaan (RM36,000)

Selain itu, beliau juga mendedahkan perbelanjaan sebanyak RM158,000 untuk pakaian sukan anggota Balkis dan RM121,000 bagi baju batik untuk pasangan anggota Balkis sempena sukan pertubuhan itu.

Beliau berkata, Balkis memperoleh sumbangan sebanyak RM590,000 daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Kumpulan Darul Ehsan (RM670,000) dan Permodalan Negeri Selangor Bhd. (RM5.2 juta).

Abdul Khalid juga berkata, Pejabat Menteri Besar menghantar tiga surat kepada Pendaftar Pertubuhan pada 11 dan 23 April serta 15 Mei lalu bagi mendapatkan maklumat berhubung pembubaran Balkis. … selanjutnya.

Nipisnya iman kenegaraan kita!

In Msomelayu, batu puteh on May 23, 2008 at 11:22 pm

masomelayu - Bahkan mungkin ada rakyat Malaysia yang tidak menahu mengenai apa yang belaku di The Hague di Belanda hari ini. Apa itu Batu Puith atau Perda Blanca, atau di mana terletaknya South Ledge (Terumbu Karang Selatan) dan Middle Rock (Terumbu Karang Tengah).

Sebaliknya mungkin ada di kalangan rakyat negara ini yang tumpang bergembira dengan keputusan ICJ yang memberi hak kedaulatan Batu Putih kepada Singapura itu?
Rakyat negara kita bagaikan tidak peduli berhubung pertikaian ke atas pulau berkenaan yang berlaku sejak 28 tahun lalu. Generasi muda maupun generasi tua seakan membiarkan saja pertikaian itu kepada pihak kerajaan bersendirian tanpa ada usaha dan komitmen bersepadu daripada seluruh rakyat.

Misalnya kita tidak pernah terdengar rakyat negara ini bangkit menyatakan keprihatian mereka ke atas pulau berkenaan baik menerusi aksi fizikal maupun secara berdoa. Tidak ada apa-apa reaksi dalam hal ini. … selanjutnya.

Johor letter ‘gave island to Singapore’

In batu puteh on May 23, 2008 at 4:06 pm

malaysianinsider - Malaysia’s conduct since 1953 showed that sovereignty over Pulau Batu Puteh had passed over to Singapore, the International Court of Justice said today, ruling 12-4 in favour of the republic.

This decision resolves a thorny issue that has haunted bilateral ties between the countries for 28 years. But the ICJ decision will not be the final word on this matter in Malaysia where loss of territory to Singapore – even an outcrop of rocks – could turn into a political issue. For the past few weeks, Johoreans have been conducting special prayers in the hope that the court will decide in favour of Malaysia.

But the ICJ noted that the strength of Singapore’s claim lay in a letter sent by the state secretary of Johor in 1953 to the Singapore government where he informed that “the Johore government does not claim ownership of Pedra Branca.” It could not accept Malaysia’s argument that the state secretary did not have authority or legal capacity to disclaim or confirm ownership of the island, said Judge Awn Shawkat al-Khasawneh…. selanjutnya.

get full report :Click here for ICJ press release in full

UMNO bukan milik PM atau Dr. M dan keluarganya

In UMNO bergolak on May 23, 2008 at 4:04 pm

agendodaily – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir terus menerima ‘tekanan dan kritikan’ ekoran kenyataanya untuk terus kekal dalam UMNO tetapi pada masa yang sama mendesak sekeras-kerasnya Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan segera. Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengecam kenyataan Mukhriz dan hari Khamis, dua lagi rakan exco Mukhriz memberikan kenyataan pedas terhadapnya. Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin (kiri) pula berkata Pemuda UMNO Perak mencabar Mukhriz untuk keluar daripada parti dan mendesak Jawatankuasa Pengurusan UMNO untuk mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Jerlun itu... selanjutnya.

Malaysia dapat Terumbu Karang

In batu puteh on May 23, 2008 at 4:00 pm

mstar

Dr. Rais Yatim bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Prof. S. Jayakumar (kanan) di The Hague, Belanda ketika Mahkamah Keadilan Antarabangsa bersidang untuk mengumumkan keputusan tuntutan kedaulatan tiga pulau, petang ini. AP

[...] Kedua-dua negara telah memberi jaminan akan akur dengan keputusan ICJ, badan kehakiman utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

Malaysia dan Singapura juga berulang kali menyatakan bahawa apa sahaja keputusan tidak akan menjejaskan hubungan dua hala.

Penghakiman itu dibacakan oleh Naib Presiden ICJ, Shawkat AlKhasawneh, yang bersama dengan 15 hakim lain, telah mendengar penghujahan dari kedua-dua negara pada perbicaraan kes itu dari 6 hingga 23 November lalu…. selanjutnya.

Anak doakan Polis di langgar lori

In Abolish ISA on May 23, 2008 at 3:58 pm

harakahdaily – [...] “UMMI … tadi Suhaib dah doa supaya Mahathir dan SB semua kena langgar lori, mata keluar dan mati cepat …,” tiba-tiba Suhaib bersuara dalam kegelapan awal subuh, dalam perjalanan ke Taiping.

Saya yang sedang memandu ketika itu hanya menoleh sekejap ke kiri, sekadar memastikan anak saya itu tidak bercakap seorang diri.

“Kenapa doa macam tu? Ummi tak pernah ajar pun …?” Sengaja saya meneka, sedangkan dalam hati sama setuju dengan kata-kata Suhaib.

“Ye lah … polis Mahathir ambik abah malam-malam, dah lama sangat Suhaib tunggu, tak balik-balik. Suhaib susah hati lah tak ada abah …,” kata-kata itu diucapkan beberapa bulan selepas abahnya di bawa ke Kem Tahanan (Kemta)Kamunting, Taipng.

Pada masa itu, umur Suhaib lapan tahun lebih. Siapa kata saya tak sedih dengar kata-kata Suhaib yang masih kecil ketika itu.

Tiba di Kemta, sewaktu berjumpa abahnya, dia sebut lagi tentang doanya itu. Tetapi, terperanjat kami berdua dengan jawapan abah Suhaib.

“Tak payah doa macam itu. Kita doa supaya Allah saja yang balas setiap perbuatan mereka itu. Kita tak boleh fikir, apakah balasan yang Allah nak beri pada mereka tu nanti …” kata abah Suhaib, yang membuatkan kami terdiam. … selanjutnya.

Rais sifatkan keputusan ICJ sebagai kemenangan bersama

In Belit Rais Yatim on May 23, 2008 at 11:35 am

pulau batu puteh 140508 pulau batu putihUtusmeloya – Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura dan Terumbu Karang Tengah milik Malaysia, sebagai satu kemenangan bersama.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah di the Hague, Belanda, Rais berkata, walaupun kedaulatan Pulau Batu Puteh berpihak kepada republik itu, namun penting juga dilihat bahawa kedaulatan Terumbu Karang Tengah, yang dikenali sebagai Middle Rocks, diberi kepada Malaysia.

“Keputusan pada pagi ini (waktu Belanda) adalah memberi kemenangan kepada kedua-dua pihak…pada satu peringkat mahkamah ICJ memutus mengikut fakta sejarah dan perundangan antarabangsa serta menimbulkan kesan-kesan pentadbiran dan hal lain berkaitan tuntutan (Pulau) Batu Puteh.… selanjutnya.

No2umnO – Kemenangan bersama? Sedap kan hati?… Haprak punya menteri.

PKR + UMNO = Kerajaan Baru Malaysia

In Anwar Ibrahim on May 23, 2008 at 11:28 am

http://www.powerofculture.nl/files/images/jul07_anwaribrahim.jpgtranungkite – [...] Dia bermati-matian mengatakan yg DSAI akan join UMNO tapi dalam mekanism yg berbeza iaitu UMNO mesti berada dibawah pentadbirannya… Dulu mungkin agak mustahil, tapi dalam keadaan UMNO sekarang di tempat tercorot yg dahagakan sokongan,tak mustahil perkara itu berlaku…( UMNO semakin terhakis kuasanya & PKR pula dalam saat pengukuhan kuasa… sama2 memerlukan antara satu sama lain)

Juga dikhabarkan bahawa Pak Lah lebih rela memberikan kerusi panas Perdana Menteri kepada DSAI daripada Najib yg terlalu kurang daya inteleknya,kurang pengetahuan agamanya dan yg paling pasti Najib adalah diantara manusia yg terlalu takutkan bini…maka jika najib menjadi PM, siapa pemerintah sebenarnya??? Najib atau Rosmah??? Kalau najib jadi PM, maka setiap keramaian, pastinya akan ada acara karaoke yg mana menjadi acara kegemaran Rosmah botox itu…..(Eh…bukan botox la…kulit muka rosmah tegang & berseri2 sebab dia selalu ambik air sembahyang 5 waktu & selalu bangun malam bertahajjud la… jangan bersangka buruk tentang Rosmah…Kalau puji Rosmah,senang sikit nak dapat projek…hehehehe…)

DSAI lebih prefer bergabung dengan UMNO kerana darah UMNO telah mengalir lama didalam tubuh badan kaum utama dan terbesar di Malaysia iaitu Melayu & PKR sebenarnya sudah cukup untuk mewakili 3 kaum terbesar iaitu UMNO,MCA & MIC…Pada masa tesebut, parti komponen BN tadi mungkin akan hilang arah & demi untuk mengekalkan kuasa dan survival hidup, maka mereka terpaksa patuh sahaja kepada penggabungan tersebut atau ahli2 mereka akan masuk PKR.Ini kerana kalau mereka terus menjadi pembangkang pun, mungkin mereka akan akan jadi pembangkang yang lemah.

Setelah DSAI memerintah negara,maka dalam masa 10 tahun akan datang dan sebelum DSAI melepaskan jawatannya,DSAI akan secara perlahan2 meletakkan UMNO ditempatnya semula & pastinya kaum melayu akan memerintah negara ini semula.Ini kerana jika PKR masih menjadi majoriti pentadbir negara,kekacauan susun atur pemerintahan mengikut kaum agak sukar untuk dilaksanakan tanpa kelibat DSAI…Ketuanan rakyat yg dicanangkan oleh DSAI sebelum ini hanyalah sebagai talian hayat politiknya sahaja…Rakyat itu sebenarnya masih lagi terbahagi kepada 3 kaum utama iaitu Melayu,Cina & India. Jadi apa yg berbeza???Cuma approach nya sahaja yg bebeza.Mana mungkin DSAI dapat menafikan hak melayu seperti yg termaktub didalam perlembagaan malaysia…. selanjutnya.

THIS IS THE DBKL GOON

In Belit DBKL on May 23, 2008 at 11:22 am

[goon.JPG]

zorro unmasked – But this officer, AZLAN ABDULLAH disregarded the directive and sent out the wrecking crew. His immediate supervisor, one Mahadi was informed by email and sms about this 14 days stay of action. He claimed that he never read his sms for 5 days. This is quite incredible.

Two police reports have been lodged against an officer of DBKL, En Azlan bin Abdullah, at the Balai Polis Wangsa Maju this afternoon for 1) the continuing criminal demolition of private property; and 2) his criminal abuse of power and defiance of order from his superior to stop acting outside of his duties.

… selanjutnya.

Sheesh, they still don’t seem to get it

In Belit UMNO, Raja Petra on May 23, 2008 at 11:10 am

Imagemalaysiatoday - [...] Since 8 March 2008, Umno has been holding rallies, seminars and conventions all over Malaysia. I personally attended some of them and even brought my Indian and Chinese friends along so that they could witness for themselves what is being said at these events.

The Malays have lost political power. The Malay states have fallen into Chinese hands. It was a big mistake giving citizenship to the Indians and Chinese back in 1957. The Indians and Chinese are ungrateful and no longer support the government. This happened once before in 1969 and Umno ‘solved it’ by triggering the May 13 race riots. Kuala Lumpur was kicked out of Selangor and turned into the federal capital so that Selangor can remain a Malay state even if Kuala Lumpur falls into Chinese hands. Umno created Shah Alam as a ‘Malay city’ so that the Chinese and Indian population in the state can be ‘diluted’ whereby the Malays can retain power in Selangor.

I watched the faces of the Indians and Chinese in the assembly as they shook their heads in disbelief that the Umno Malays would utter statements that are not only provoking, downright racist, but a breach of Malaysia’s infamous Sedition Act as well. Of course, no police officer made a police report, as what happened in my case, and no computers were confiscated nor was anyone charged for sedition. But this is not because they were not seditious. It is because those who uttered these seditious statements are Umno Malays and Umno Malays are above the law.

Yes, Umno is suffering from an acute case of Acquired Intense Denial Syndrome. They somehow believe that the Malays have lost political power. The fact that this time around there are 121 Malay Members of Parliament as opposed to only 120 in 2004 seems to have escaped them. And the fact that the Malays voted for the Indians and Chinese even though they contested under the DAP banner, plus the fact that Barisan Nasional is in power because of the Indians, Chinese, Kadazans, Dayaks, Ibans, etc., also seems to have escaped them…. selanjutnya.

Klang MIC Chairman’s Police Report against Samy Velu, and son Vel pari

In Belit samy on May 23, 2008 at 10:51 am

Batu puteh: Tergadainya maruah

In Belit BN, UMNO Yahudi on May 23, 2008 at 10:30 am

Mukhriz tak layak bertanding Ketua Pemuda: anggota Exco Pemuda Umno

In Mukhriz on May 23, 2008 at 10:29 am

 detikdaily - Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir tidak layak menawarkan diri untuk bertanding Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Disember ini kerana meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan, kata anggota Exco Pemuda Umno Md Jais Sarday.

“Umno tidak perlukan ahli politik yang bersifat pembangkang terutama kepada pucuk pimpinan parti,” katanya.

Jais, yang juga Pengerusi Biro Latihan Pemuda Umno berkata bahawa pada masa ini semua anggota Umno perlu menumpukan perhatian kepada usaha memperkukuhkan parti dan bukannya bercakap mengenai jawatan.

Karpal buat laporan polis kenyataan Dr M mengenai hakim lobi jawatan

In Belit Mahathir on May 23, 2008 at 10:28 am

mahathir perdana global peace forum pcBharian – Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai ada hakim yang melobi kepadanya untuk pelbagai jawatan kerana perbuatan itu melanggar undang-undang.

“Tun sendiri boleh dikenakan tindakan undang-undang menurut Seksyen 17 Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana tidak membuat laporan polis atas tindakan hakim yang melobi beliau untuk jawatan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini.

Pada 17 Mei lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata bahawa semasa menerajui kerajaan, memang ada hakim yang melobi untuk pelbagai jawatan, namun beliau tidak dipengaruhi oleh sesiapa dalam pelantikan hakim itu

Pulau Puteh milik Singapura

In batu puteh on May 23, 2008 at 10:19 am

malaysiakini - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan diisytiharkan milik Malaysia.

RTM telah menyiarkan secara langsung pengumuman penghakiman tersebut dari Hague mulai jam 4 petang ini.

Penghakiman tersebut diumumkan oleh Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh. Beliau mengambil masa hampir dua jam untuk membaca keputusan tersebut.

Pulau Batu Puteh, yang dipanggil Pedra Branca oleh Singapura, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung pulau batu puteh 140508 pulau batu putihPenyusuh di Johor.

Panel 16 hakim membuat penghakiman 12-4 menyebelahi Singapura.

Bagi Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan pula, mereka membuat keputusan 15-1 memihak
kepada Malaysia.

Adun BN habiskan 90.1% peruntukan dalam masa dua bulan – MB

In Belit BN, Negeri Selangor on May 23, 2008 at 10:16 am

harakahdaily – Setiap wakil rakyat kerajaan BN Selangor diberi peruntukan tahunan sebanyak RM500,000 untuk kawasan masing-masing, namun apa yang menghairankan angka perbelanjaan setiap Dun menunjukkan jumlah yang sama.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempertikaikan jumlah perbelanjaan setiap wakil rakyat BN, di antara RM492,800 dan RM529,800.

Beliau turut menyebut 54 Dun telah menggunakan peruntukan tahunan itu dalam tempoh yang singkat sebelum Mac 2008.

Menurut Khalid, di antara Dun yang membelanjakan sehingga RM529,800 ia ialah, Sri Setia, Kota Anggerik, Seri Andalas, Sementa, Sabak, dan Sungai Panjang.

Tambahnya, Dun yang membelanjakan sebanyak RM492,800 pula antaranya ialah Subang Jaya, Pelabuhan Kelang, Batu Caves, Pandan Maran, Seri Pinang, Lembah Jaya, Dusun Tua, Sepang, Dengkil, Ulu Selangor, Ulu Bernam, dan Sekinchan.

Katanya, Seri Kembangan, Serdang, Gombak Setia, Hulu Kelang, Taman Templer, Gombak, Kajang, Bangi, Chempaka, Hulu Langat, Bukit Antarabangsa, adalah antara yang telah membelanjakan kesemua peruntukan itu.

“Saya pun hairan, mengapa angka-angka peruntukan ini sama,” celahnya semasa menjawab soalan yang dikemukakan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) dalam sesi soal jawab pagi tadi.

Khalid juga memberitahu, jumlah keseluruhan peruntukan yang dibelanjakan oleh wakil rakyat BN itu kira-kira RM26.6 juta dan bakinya sehingga akhir Mac 2008 sebanyak RM2juta.

“Dari segi peratusan, sebanyak 90.16 peratus daripada peruntukan telah dibelanjakan,” katanya.

Bagaimanapun, Khalid turut mempertikaikan Speaker Dewan Undangan Negeri yang bukan Adun telah membelanjakan RM600,000.

Justeru, beliau berkata, perkara itu harus dibincangkan di bawah Jawatankuasa Terpilih Akauntabiliti supaya dapat belajar bersama-sama bagaimana kegunaan wang itu dibelanjakan.

“Kita kena ambil serius tentang saranan Tuanku Sultan yang meminta kita berbelanja secara hemat dan berjimat demi masa depan rakyat Selangor,” katanya.

Nine NS trainees at Agro Resort Camp down with food poisoning

In PLKN on May 23, 2008 at 10:15 am

NST - Nine National Service trainees at the Agro Resort National Service Camp in Setiu came down with food poisoning after having their breakfast yesterday. State director of Health, Dr Nordiyanah Hassan said four of them have been warded in Setiu Hospital yesterday afternoon while the rest were given treatment at the camp.
… selanjutnya.

Siasat penyelewengan dan rasuah juga janji manifesto Pakatan Rakyat

In Pakatan Rakyat on May 23, 2008 at 10:13 am

harakahdaily – Sambil menyifatkan janji-janji dalam manifesto pakatan pembangkang semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 sebagai ‘permainan politik’, beliau dilapor menjelaskan bahawa manifesto bukanlah satu akta atau undang-undang yang boleh membawa kepada implikasi undang-undang.

“Oleh itu, tiada apa yang boleh dilakukan oleh Suhakam termasuk membawa perkara ini ke mahkamah kerana manifesto ialah kempen parti-parti politik dalam menghadapi sesuatu pilihan raya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Adnan diminta mengulas desakan segelintir pihak yang mahu Suhakam berbuat sesuatu terhadap pakatan pembangkang yang didakwa “sering mengubah manifesto mereka selepas menguasai beberapa negeri termasuk Selangor dalam pilihan raya umum” 8 Mac lalu.

Bagaimanapun Hamdan mengingatkan bahawa bukan hanya pakatan pembangkang sahaja yang tampil dengan manifesto pada pilihan raya umum yang lalu, sebaliknya kerajaan Pusat (atau lebih tepatnya BN) turut tampil dengan manifesto mereka.
… selanjutnya.

Ramai ahli UMNO hipokrit – Rafidah

In UMNO bergolak on May 23, 2008 at 10:12 am

utusmeloya - [...] “Hakikatnya tidak ada sesiapa yang berani cakap perkara yang menyakitkan hati ketua mereka. Ada yang berani tegur malangnya kalau ketua mereka sakit hati, terimalah padahnya, tapi yang pentingnya, perlu ikhlas dalam perjuangan.

“Ketua pun kenalah terima teguran anak buah dan anggap itu teguran membina. Dua-dua pihak sepatutnya lebih terbuka. Tapi cara tegur tu kenalah betul,” katanya.

Menyentuh isu peralihan kuasa, Rafidah berpendapat ahli UMNO tidak wajar terlalu mendesak dan seharusnya menyerahkan soal bila ia akan berlaku kepada pertimbangan Abdullah dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita janganlah nak letak banyak sangat syarat, biar orang nombor satu parti dan nombor dua berunding sebaik mungkin, mereka faham apa yang perlu dilakukan.

“Kalau sememangnya ada peralihan kuasa, biar mereka yang tentukan. Itu yang sebaiknya untuk parti, bukan baik untuk individu,” katanya... selanjutnya.

Ketua PKR Perak yang baru

In Matsamankati, PKR on May 23, 2008 at 5:27 am

matsamankati - [...] Dua hari sudah, ada member kontraktor dari Kuala Kangsar bagi tau., dia sumbang 500 ringgit kat Pakatan Rakyat Kuala Kangsar. Aku bagi tau kat dia, Pakatan Rakyat Perak pun belum terbentuk, macam mana kat Kuala Kangsar dah ada? Dah siap kutip derma pulak tu!

Perkara macam ni la yang boleh merosakkan PR Perak. Dan oleh kerana Ketua lama agak lembab sikit, maka Anwar tak ada pilihan, melainkan melantik Ketua yang baru, Hj. Ismail Yusop. (gambar)

Nak kata baru pun tak baru. Tahun 2006 dulu(kalau tak silap aku) , dia dilantik jadi Ketua PKR Perak. Tak sampai setahun jadi ketua, dia masuk hospital pasai sakit jantung, sekitar August atau September tahun lalu dan Ustaz Zul memangku jawatan Ketua sehinggalah pilihanraya 2008. Keluar hospital, Cek Mail go slow sikit. Dia jadi Pengarah Pilihanraya PKR Perak. Dalam dok sakit-sakit pun, dia pulun jugak. Buat kerja siang malam sedangkan dia sendiri tak bertanding.

Terima kasih kepada Anwar sebab mengambil tindakan yang wajar. PKR Perak memerlukan kepimpinan yang lebih aktif dan dinamik. Bukan nak kondem yang lama, tapi nak bagi ingat yang baru. Kalau lembek jugak, siap hang…. selanjutnya.

Mana lebih penting Mahathir keluar Umno atau Ezam masuk Umno?

In Belit Mahathir, Ezam, UMNO bergolak on May 23, 2008 at 5:25 am

msomelayu - [...]

Manakala bagi Mahatir pula beliau keluar Umno tidak ada kena mengena dengan cerita Ezam hendak masuk ke dalam partinya itu. Bukan kerana Mahathir tidak boleh melihat muka Ezam, meyebabkan beliau mencari alasan tidak suka kepada Abdullah lantas meninggalkan parti yang dihuninya lebih 60 tahun itu, tetapi kerana beliau tidak tahan dengan wajah selamba (lembu kenyang) Abdullah.

Kita percaya kalau Ezam menyertai Umno, bukan Umno Baru ciptaan Mahathir tetapi Umno yang mula-mula dulu yang ditubuh pada 13 Mei 1946.

Kerana desas desus mengenai Ezam ini berlaku setelah 72 jam Mahathir meninggalkan Umno maka orang mengira reaksi Ezam itu ada berhubung kait.

Boleh jadi reaksi itu timbul kerana berlaku kekosongan di dalam Umno maka Ezam perlu mengisinya! Atau pun Ezam mengira dengan kemasukan beliau dalam Umno boleh menguatkan kedudukan Abdullah. Maknanya penghirjarah Ezam itu bagi memperkuatkan sesuatu yang lembik!

Kalau bekas Ketua Angakatan Muda PKR itu menyertai Umno sehari dua ini, apakah yang beliau cari sebenarnya? Apakah kerana beliau sudah merasakan Melayu benar-benar terancam disebabkan bekas bosnya tidak pedulikan Melayu lagi atau kerana apa?

… selanjutnya.

Mampukah Ezam banteras rasuah dalam Umno?

In Ezam on May 23, 2008 at 5:24 am

Harakahdaily – [...] Ezam sangat dikenali ketika era reformasi kerana kegarangannya menentang dan mendedahkan pelbagai salah laku pemimpin Umno dari kes Mahathir hingga kepada Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Dato’ Seri Rafidah Aziz hingga beliau terpenjara dalam Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Ezam sendiri pernah bergelut dengan satu lagi akta yang cukup menjadi seteru kepadanya iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membuatkan beliau dan enam sahabatnya, Tian Chua (ahli Parlimen Batu), Hishamuddin Rais, Lokman Noor Adam, Ghani Haroon, N.Gobalakrishnan (kini ahli Parlimen Padang Serai) dan Saari Sungip (Adun Hulu Kelang) terpenjara lebih dua tahun tanpa perbicaraan.

Paling mengimbau kenangan, Ezam sendiri selepas keluar dari penjara bingkas membuat beberapa laporan ke atas Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan ahli keluarganya melalui NGO yang ditubuhkannya, Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak).

Kemudian, Gerak juga adalah pertubuhan yang mendedahkan kes membabitkan bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Dato’ Seri Zulkifli Mohd Noor yang menggemparkan negara.

Kes itu antara lain didakwa ada kaitan dengan beberapa pemimpin kerajaan antaranya bermula pada pemerintahan Tun Dr Mahathir hingga Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pelantikan ke jawatan itu.

Selain itu Zukifli juga dikaitkan dengan kes salah laku dan penyelewengan selain mendiamkan beberapa laporkan penyelewengan dan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan anak menantu Perdana Menteri. … selanjutnya.

Komplot jahat ‘3 Tan Sri’ lacurkan demokrasi

In Belit Gani, Belit POlis, Belit SPR on May 23, 2008 at 5:23 am

Harakahdaily - [...] Kemudian, hendak dijadikan satu sandiwara yang menarik, maka Pengerusi SPR membatalkan penggunaan dakwat itu empat hari sebelum hari mengundi kerana dua sebab. Pertama kerana keselamatan negara dan kedua kerana Perlembagaan Persekutuan. Soal keselamatan negara ini ditimbulkan kerana terdapat satu unsur sabotaj yang dilakukan oleh beberapa pihak untuk menimbulkan keraguan di kalangan ejen-ejen calon dan petugas SPR mengenai status pengundi itu. Ketua Polis Negara pula mengatakan bahawa pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap empat kes yang melibatkan empat individu yang berlainan. Dua kes berlaku di Perlis, dan yang lainnya berlaku di Kelantan dan Kedah.

Pengerusi SPR dan Peguam Negara juga mendakwa bahawa penggunaan dakwat ini bercanggah dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan. Barulah mereka sedar bahawa mengundi adalah hak asasi bagi seseorang pemilih yang telah berdaftar. Jawapan yang mudah dari mulut Pengerusi SPR adalah ‘overlooked’! Maka kalau betul-betul ingin melaksanakannya ahli-ahli Parlimen perlu pinda perlembagaan.

Ini yang menarik untuk diperhalusi. Pertamanya, ucapan yang disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri danlam Parlimen 14hb Mei yang lalu. Beliau berkata, “sebanyak tiga laporan polis diterima dan tiga kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 511, Kanun Keseksaan”. Hasil siasatan polis tiada sebarang tangkapan dibuat dan Peguam Negara mengarahkan untuk menutup kes. Beliau juga tidak mempunyai nama siapakah yang membuat laporan polis tersebut. Jika benar sepertimana yang didakwa kenapa dengan mudah SPR dan KPN membatalkan kaedah ini tanpa penyiasatan yang rapi dan tiada sebarang tangkapan reman yang dibuat dan tidak ada langsung pendedahan mereka yang ditangkap dan sebagainya. Kalau benarlah ia satu tindakan yang boleh menghuru-harakan negara, kenapa tak ditangkap dan dihumban sahaja dalam ISA. Sedangkan ramai lagi di dalam ISA ditangkap kerana didapati terlibat dengan JI dan DI tidak dibicarakan dan meskipun tahanan sendiri mengaku bahawa mereka tidak terlibat! Apatah lagi sebarang bukti pun tidak ada! … selanjutnya.

Penyu Menangis Pun Mahathir Tahu

In Belit Mahathir, kickdefella on May 23, 2008 at 5:22 am

kickdefella – [...]
Apakah strategi Mahathir?

Mahathir tahu dan faham benar sejarah UMNO. UMNO yang ada sekarang adalah UMNO ciptaannya. Mahathir tahu seruannya supaya ahli-ahli UMNO keluar sementara dari UMNO tidak akan dapat menumbangkan UMNO. UMNO telah dibuktikan sejarah tidak tumbang akibat ahli-ahli keluar parti dengan majoriti ahli UMNO berakar umbi dari perjuangan Melayu yang setia kepada pemerintah. Tradisi UMNO terus berpegang kepada sumpah Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun.
Mahathir juga tahu tradisi UMNO jelas dibuktikan sejarah bahawa jawatan tertinggi UMNO tidak pernah dimenangi menerusi pertandingan sebaliknya menerusi satu peralihan kuasa dengan pengunduran Presiden. Feudalisme di dalam UMNO masih kukuh, kuasa diserahkan secara bulat dan bukan dirampas menerusi undian.

Mahathir hari ini juga terus membuktikan bahawa tradisi UMNO kekal, dengan bekas Presidennya hidup di luar UMNO dan sejarah tidak menafikan kesemua bekas Presiden UMNO menghembuskan nafas terakhirnya diluar UMNO.

Sejarah juga membuktikan bahawa bekas Presiden UMNO akan lebih cenderung kepada perjuangan pembangkang secara langsung atau tidak langsung setelah tiada lagi didalam tampuk kuasa UMNO…. selanjutnya.

India blames World Bank, IMF for food and fuel crisis

In Berita luar on May 23, 2008 at 5:21 am

NST – Firmly rejecting the contention that rising consumption in developing nations was responsible for the soaring food and fuel prices, India has blamed the policies of World Bank and IMF and

“excessive and unsustainable” demand in developed countries for the crisis.
“This consumption trend has existed for more than a decade,” said Indian UN Ambassador Nirupam Sen, pointing out that over last two years, the demand for oil has gone up one per cent but prices in dollar terms have risen by 90 per cent.

Addressing a special meeting of the United Nations Economic and Social Council to consider the issue of rising food prices, he held financial crisis leading to weakening dollar and diversion of grains to production of bio-fuels among the major causes.

Sen also blamed the policies followed by the Bretton Woods Institutions (B.W.I.) responsible and severely criticised their advice to countries to shift from food crops for domestic population to cash crops for exports.
... selanjutnya.

Dr Hassan Ali Sediakan Senarai Baru Pegawai Pentadbir Masjid

In Kerajaan Selangor on May 23, 2008 at 5:20 am

bernama – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali berkata beliau telah menyediakan senarai nama dan pegawai pentadbir masjid yang baru di negeri ini.

“Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam menyiapkan senarai ini sebelum mendapat perkenan Sultan,” katanya ketika menjawab soalan Dr Abdul Rani Osman (PAS-Meru) dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Menjawab soalan Abdul Rani yang ingin tahu apakah asas-asas yang digunakan bagi melantik anggota jawatankuasa masjid dan surau di Selangor, Dr Hassan berkata pegawai dan pentadbir masjid yang bakal dilantik itu adalah di kalangan mereka yang mengutamakan integriti, amanah dan ikhlas dalam menjalankan tugas.

Semua pegawai dan pentadbir masjid yang akan dilantik itu akan dihantar mengikuti program Pembangunan Insan bagi memastikan mereka menjalankan tugas dengan perasaan takut kepada Allah, katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan mewujudkan e-khutbah sesuai dengan era baru kerajaan Pakatan Rakyat.

“Cara penyampaian khutbah hari ini membuatkan jemaah tertidur sedangkan khutbah sepatutnya menjadi corong ilmu, corong pembangunan ummah dan membangkitkan semangat jihad,” katanya…. selanjutnya.

Pengamal Media Perlu Berubah, Kata MB Perak

In Belit media, IR Nizar on May 23, 2008 at 2:57 am

bernama – Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata para pengamal media di Perak hendaklah memastikan cara penyampaian laporan mereka selari dengan perubahan iklim politik pasca pilihan raya umum lepas agar mereka terus relevan di hati masyarakat.

Beliau berkata para pengamal media yang tidak rela berubah sejajar dengan perubahan yang berlaku di kalangan masyarakat dan masih meneruskan pemikiran tradisional untuk mencari kesalahan pihak lain akhirnya akan dipinggirkan oleh masyarakat yang telah berubah.

“Akhbar-akhbar yang tidak rela menukar jenis-jenis analisis mereka, yang masih lagi membuat ‘monotonous reporting’ (laporan membosankan)… ‘one way reporting’ (laporan sehala)… dengan niat yang tak berapa nak sihat, lambat laun mereka akan disisihkan.

“Oleh kerana apa… oleh kerana masyarakat akan mencari sumber-sumber maklumat yang bertepatan dan bersesuaian dengan era pemikiran hari ini,” katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Bersama Media di kediaman rasmi Menteri Besar di sini malam tadi.

Beliau berkata umur dan hayat media adalah bermusim dan sejarah telah membuktikan banyak media terkenal di seluruh dunia dan sangat dihormati serta mempunyai jumlah pembaca yang tinggi akhirnya berkubur kerana enggan mengikuti arus perubahan politik yang berlaku.

Menurut Mohammad Nizar media yang enggan berlandaskan kepada kebenaran dan elemen keadilan di dalam laporan mereka juga tidak akan bertahan lama dan akhirnya akan turut dipinggirkan oleh masyarakat yang sentiasa dahagakan kebenaran.

Beliau menyarankan pengamal media di Perak membuat laporan yang benar dan melayani maklumat itu secara adil supaya ia bersesuaian dengan naluri manusia yang berkehendakkan kebenaran.

Mohammad Nizar berkata kerajaan Pakatan Rakyat di Perak bersikap terbuka, mesra media dan sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada media di sini supaya suara kerajaan negeri dapat didengari dan disampaikan kepada rakyat negeri ini.

Lebih 50 wartawan dan jurugambar media yang berpangkalan di Ipoh menghadiri majlis jamuan itu.

Siasatan Peguam Negara

In Anwar Ibrahim, Belit SPR, vk lingam on May 23, 2008 at 2:42 am

anwaribrahimblog

Peguam Negara Tan Sri Gani Patail diberi amanah menyusuli siasatan kes video Lingam. Agaknya apa kesudahannya nanti?

Kini berbangkit semula isu penipuan Suruhanjaya Pilihanraya dalam kes pembatalan dakwat hitam. Tan Sri Rashid dan jemaah menteri saling menuding. Sekali lagi peguam negara menyiasat?

Walhasil melepaslah lagi!

ANWAR IBRAHIM

Baca rujukan lain
BPR tidak siasat enam individu laporan klip video Lingam

Khir Toyo tiba tiba jadi perihatin

In Sidang DUN on May 23, 2008 at 2:30 am

Selepas 8 tahun menjadi MB Selangor, Khir toyo kononnya cuba mengkritik. Kelakar jugak jawa sekor ni apabila apa yang dikritik, ada kena mengena dengan pemerintahan dia sebelum ini. Kononya perihatin la tu …

Rujuk

“Sebenarnya, apa yang dikatakan oleh Yang Berhomat Sungai Panjang (Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo) hanyalah satu tuduhan. Saya telah melantik seorang peguam dan akan bawa perkara ini ke mahkamah,” katanya ketika mencelah semasa sesi perbahasan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah oleh ADUN Sri Serdang Datuk Mohamad Satim Diman.

Terdahulu, ketika sesi perbahasan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa kerajaan negeri yang baru gagal melaksanakan penguatkuasaan apabila pusat hiburan dibuka hingga lewat pagi dan bahan lucah seperti video dijual secara terbuka.

Tambahnya, keadaan bertambah buruk apabila salah seorang anggota mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Ronie Liu pula didakwa menghalang tugas-tugas polis daripada menutup sebuah pusat pelacuran di Subang Jaya.

“Perbuatan ini perlu diambil perhatian kerana boleh menjejaskan imej kerajaan negeri. Beliau menjaga pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya tidak bertindak begini,” katanya.

Dr Mohamad Khir berkata perlakuan maksiat tanpa kawalan dan pemerhatian kerajaan negeri boleh memberi kesan negatif kepada orang ramai khususnya masyarakat Islam.
MStar

SURAT LAYANG BURUKKAN DS ANWAR DI DALAM DEWAN PARLIMEN

In Belit BN Belit UMNO on May 23, 2008 at 2:26 am

Harakah - Dewan Rakyat gamat seketika apabila N Gobalakrishnan (KeADILan-Padang Serai) menarik perhatian sidang dengan sepucuk surat layang yang ditemui di dalam loker beliau di bilik loker ahli parlimen.

Surat yang ditemui itu mengandungi teks yang bertujuan untuk memburuk-burukkan mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Bagaimana surat fitnah Dato’ Seri Anwar boleh masuk ke loker ahli Dewan dengan sewenang-wenangnya? Kalau surat ini mengandungi bom, sudah tentu ia mengancam keselamatan diri dan nyawa semua orang di dalam bangunan ini?” katanya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz memberikan maklum balas dengan menyatakan bahawa apa yang terjadi merupakan implikasi sikap sebilangan ahli parlimen yang gemar menjemput sesiapa sahaja masuk ke bangunan ini sehingga menjadikan parlimen terlalu terbuka.

“Inilah masalahnya bila parlimen terlalu terbuka, apatah lagi ada yang suka membawa tetamu mereka masuk ke bangunan ini sesuka hati,” katanya sambil disahut sorakan parlimen di sebelah Pakatan Rakyat.

Pada akhirnya, Nazri memberi jaminan untuk mengambi tindakan lanjut dengan meletakkan pegawai di depan bilik loker ahli parlimen serta merekodkan kesemua penghantar surat menyurat.

Nazri menjawab soalan tersebut pada sesi penggulungan ucapan titah diraja bagi menjelaskan isu Badan Pencegah Rasuah.

HARGA BERAS MACAM SIAL

In Naik Harga on May 23, 2008 at 1:54 am

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/7/73/YosriBeras.jpg/300px-YosriBeras.jpgSemalam aku gi membeli belah barangan dapur. Barangan naik harga usah cerita la. Semua nak naik. Kalau dulu RM200 boleh belanja untuk setengah bulan tapi sekarang seciput je. Menyampah pun ada. Di dalam semua barangan mahal mahal, gaji masih macam itu lagi. Bayang kan mereka mereka yang bergaji rendah, beranak ramai. Pening dibuatnye.

Ku belek beras …. tersirap rasanya darah. Dulu beras yang aku selalu beli cuma RM26.00 untuk 10 kilo sekarang sudah naik sampai RM31.00.

Dalam hati menyumpah. Bukan tak tau tektik naik harga barang yang selalu kena pada rakyat. Tapi macam dah tak boleh buat apa apa. Bila barangan kurang di pasaran, dia katalah bencana itu dan bencana ini. Perang itu, perang ini. Banjir situ banjir sana dan banyak lah alasan bodoh diorang. Ambil kesempatan dengan keadaan dunia. Lepas tu bila keadaan menjadi pulih, barangan yang mahal, tidak pulak turun harga.

Kalau tak tipu, tak boleh ke kaya? Bila timbul isu lain, isu beras pun terus lenyap. Harga pun dah naik, rakyat pun terpaksa lah beli….Yang untung pemborong termasuk BERNAS. Sapa lah mangkuk mangkuk dalam sana?

Orang kata ada hari antara hari sial, tapi pada aku semua hari pun baik baik. yang sial adalah orang orangnya.

Ada persatuan pengguna pun tak peka, ada menteri tak boleh pakai, ada kerajaan pula tak boleh harap.

Anwar factor lurking on the sidelines says Tun Dr Mahathir

In Belit Mahathir on May 23, 2008 at 1:34 am

theSTar - FORMER Umno member Tun Dr Mahathir Mohamad continues to be defiant against the party leader in this interview in Tokyo. He reminds Umno of the “Anwar factor” lurking on the sidelines.

Q: After your announcement, there is no mass defection of Umno members? Are you disappointed that there is no “tsunami” of Umno members leaving the party?

A: I think it will take time for them to think because to leave the party is a very serious thing, they have been attached to the party for so long. Unless you get rid of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, at the next election I am sure and I have not been too wrong in my predication, Umnno, Barisan Nasional, MCA, MIC Gerakan will be finished. They will be totally irrelevant.

Q: When you say time, how much time do they need to leave the party? Your announcement came before the branch and division meetings start? Is that the deadline you are hoping to see

… selanjutnya.

Water tariffs in Klang Valley to go up by 37pc

In Air Percuma on May 23, 2008 at 1:27 am

NST – With the increase, water will cost RM1.90 per cubic metre, up from RM1.39. The rise will take effect on Jan 1.

This news was revealed in the state assembly yesterday by Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan), who said the increase was allowed in the concessionaire agreement between Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) and the state government.

He said assemblymen only knew about this when they were given a briefing by Syabas officials several weeks ago.

Ng said, according to the agreement, the state would have to pay compensation to Syabas if it did not approve the price hike. Consumers pay 57 sen for the first 20 cubic metres, RM1.03 for the next 15 cubic metres and RM2 for each cubic metre after that.

When met outside later, Ng said he was not sure how the price mechanism for consumers would work.

He urged the state government to review the concessionaire agreement and also questioned if there existed elements of fraud, corruption and abuse of power by anyone when the agreement was signed…. selanjutnya.

Crime scene was Sirul’s hunting ground

In Altantuya on May 23, 2008 at 1:12 am

NST - Corporal Sirul Azhar Umar had previously gone hunting in the area where Altantuya Shaariibu was murdered.

This was the startling testimony of senior investigating officer (SIO) Assistant Superintendent Tonny Lunggan yesterday.

He said only people familiar with the place would know the area.

Tonny said this yesterday under cross-examination by counsel Datuk Hazman Ahmad, who is representing another murder accused, Chief Inspector Azilah Hadri.

The statement came as a shock to those present at the High Court, especially Sirul’s counsel, Kamarul Hisham Kamaruddin, who objected to it, claiming it was prejudicial to his client…. selanjutnya.

Anwar vs Mahathir lagi …..

In Radenjowo on May 23, 2008 at 12:57 am

radenjowo

Peristiwa Penting


2002 – Mahathir letak jawatan sebagai PM
2003 – Ahmad Badawi menjadi Perdana menteri
2004 – Anwar bebas dari Kemunting
2005 – Gerak di tubuhkan
2006 – Gerak jalan kan operasinya
2008 – Pakatan rakyat menang PRU 12
2008 – Mahathir keluar parti
2008 – Ezam masuk parti

http://cache.daylife.com/imageserve/00PC4ja1q56xw/340x.jpgAku kecilkan skop … peperangan kuasa antara 2 orang penting di dalam negara. Selepas itu, jalinan politik, berkembang dan berjalinan ke bawah membentuk beberapa puak pula. Tapi yang penting …. pokok cerita, perbalahan antara 2 gajah putih yang menggemparkan seluruh binatang di dalam hutan. Baru jerit sedikit, anjing, kerbau, seladang, angsa dan ular bertempiran lari menyelamatkan diri.

Ntah aku ni sedikit degil orangnya. Masih dengan fikiran lama. Bukan tak mahu maju tapi aku rasa ada yang tak kena. Orang tanya kenapa, Mahathir berbalah dengan Pak Lah. AKu akan kata ada sangkut paut dengan dendam dan arahan. Dendam kerana tidak ikut kan perintah. Ku suruh sepenggal, kau buat dua penggal. Ku suruh tahan, kau lepaskan.

Pak Lah dikatakan mungkir janji. Itu kata Mahathir dan kerana alasan itu, maka Mahathir terus menghentam Pak Lah sehinggalah beliau meninggalkan parti. Pada ku alasannya di pesongkan kepada Jambatan Kembar dan macam macam lagi. Itu alasan dan takkan nak cerita betul betul. Tapi Anwar bebas setelah Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan hubungan antara Pak Lah dan Anwar melalui Khairy sudah berdesing sejak awal lagi. Dikaitkan pula dengan penghantaran Passport untuk Anwar ke luar negeri sejurus selepas Anwar dibebaskan dulu.

Akibat di cabar atau kecewa, Mahathir meninggalkan UMNO untuk kali keduanya pada 19/5/2008 yang lepas. Merujuk kepada sokongan Pak Lah yang kian berkurangan, kita beranggapan bahawa anggota UMNO akan turut meninggalkan beliau, tapi kenyataan ini meleset. Pemimpin tertinggi antaranya yang bercakap sekarang, masih berada di dalam kerana info dari luar sana menyatakan bahawa ada ‘orang luar’ akan sertai UMNO. Orang itu adalah Ezam.

Maka Tengku, Mukhriz dan beberapa orang kuat UMNO akan terus berada di dalam. Alasan tak diberi, tapi mereka pastinya menanti untuk pemilihan.

Selepas Ezam bersama Keadilan, beliau menubuhkan GERAK … di dalam usaha membongkar Rasuah dan penyelewengan di dalam Kerajaan. Kenapa? Itu mungkin dia yang cipta atau ada pihak yang mahu ianya dicipta. Penubuhan Gerak yang bukan dari latarbelakang politik tetapi NGO memberikan tentangan tambahan kepada kerajaan BN. Kalau dulu hanya Keadilan, sekarang Keadilan dan Gerak.

Tapi baik keadilan mahupun Gerak …. motif nya tetap sama …. asak kerajaan.

Biar pun orang kata Anwar dan Ezam berpecah, pada aku senang je. Anwar kekal sebagai idola Ezam dan kerana itu Ezam seperti telah di ubah bahasa dan loghat untuk terus berbicara dengan melodi dan liang lentuk Anwar Ibrahim. Lebih mudah nak jelaskan adalah, Ezam adalah klon Anwar. Cuma bangsanya berbeza, antara Oghang Utagha dan Jawa.

Ezam orang nya ‘loyal’ pada satu. Pendiriannya tidak berubah dan tindakannya berpandu kepada arahan. Itu yang aku nampak di dalam diri Ezam.

Anwar bebas, Ezam keluar menubuhkan Gerak dan sekarang bakal bersama UMNO atas jemputan Khairy. Itu kata desas desus. Untuk selamatkan Pak lah …. bagi meneruskan percaturan yang asal.

Kalau Ezam, menyertai UMNO, ada beberapa orang yang tersangat bimbang, yakni Mahathir yang sudah diluar dan Najib yang bakal menjadi Perdana menteri. Tengku dan Mukhriz sekarang tunggu arahan. Apa kat mukhriz [ 'I will continue to fight from inside']. Selain dari itu …. yang lain tak payah nak bimbang sebab boleh ubah selaju putaran jam dan arah mengikut arah serta kelajuan angin.

Kalau Ezam selepas ini mengutuk Anwar, itu biasa. Seperti Anwar kutuk pak Lah. Tak banyak berbanding kutukan terhadap Najib dan Mahathir. Berlakun di dalam politik adalah resipi biasa. Kalau tak di letak ajinomoto, masakan tidak enak, tapi kalau tak der ajinomoto, orang makan jugak. Cuma pemikiran kita dididik untuk terima Ajinomoto sebagai resepi yang ‘mesti’ berada di dalam masakan.

Adalah mudah untuk mempunyai seseorang di dalam dari menyerang dari luar. Kau beri aku info, kita bertindak. Kau arah aku buat dan kalau digabungkan kedua dua faktor ini, sudah cukup kuat.

Politik umpama permainan catur. Kau tolak ‘Kuda’, aku tolak ‘castle’. Kau tolak ‘bishop’ aku tolak ‘kuda’. Sorong tarik, tarik sorong dan akhirnya seserang akan angkat tangan mengaku kalah. Cuma masa menentukan. Kesilapan langkah, akan menghentikan peperangan.

Orang di bawah tak tahu….dia main sokong membabi buta. Diatas sana sedang menggengam kepala King dan Queen untuk meneruskan langkah seterusnya.

Susahnya nak fahamkan bahasa aku ni, tapi korang olah lah sebaik mungkin agar di terima kepala otak masing masing. Mana mana ada politik dan menulis di dalam keadaan tergesa gesa kerana isteri nak ajak gi pasar. Kena ikut kerana aku pun ada politik juga, Politik suami isteri ………