no2umno

Archive for May 25th, 2008

Kakitangan SPR di arah sedia

In Belit SPR on May 25, 2008 at 11:54 pm

SPR kata dia sudah sedia sekiranya ada pilihan raya tergempar

buletinonline - [...] Lebih 140,000 petugas yang terlibat dalam pilihan raya umum lalu telah dinasihatkan bersedia untuk kembali membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguruskan kemungkinan pilihan raya umum tergempar.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, beliau telah meminta mereka supaya bersedia untuk menghadapi apa saja kemungkinan walaupun bertegasgas tidak mahu membuat spekulasi mengenainya,

Beberapa pemerhati politik tidak menolak kemungkinan pilihan raya tergempar boleh diadakan dengan mengambil kira senario politik semasa dan boleh diadakan secara tiba-tiba tanpa sebarang penunjuk awal.

Malah, Abdul Rashid menjelaskan, ketika mesyuarat postmortem pilihan raya umum ke-12 sejak dua bulan yang lalu, beliau telah menyeru agar membuat persedian yang sepatutnya.

“Saya telah memaklumkan mereka dalam pertemuan sepanjang dua bulan yang lalu, sila membuat persediaan kerana pilihan raya (tergempar) boleh diadakan bila-bilan masa jua. Ini nasihat yang saya berikan kepada mereka,” katanya…. selanjutnya.

AMK Selangor adu polis

In PKR on May 25, 2008 at 11:48 pm

Angkatan Muda Keadilan buat tiga aduan polis

Bharian – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor membuat tiga laporan polis semalam mendesak pasukan itu menyiasat pembabitan enam watak utama yang dikaitkan dengan klip video VK Lingam, semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Selangor serta Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Ketiga-tiga laporan itu masing-masing dibuat oleh Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainudin; Naib Ketuanya, Hamsah Djabir dan Bendahari, Mohd Ali Hanapiah Ali Murtada, serentak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini jam 10.45 pagi.

Bercakap kepada pemberita, Khairul Anuar berkata kesahihan klip video VK Lingam terbukti benar berdasarkan Laporan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kes itu.

Katanya, laporan itu memberi kesimpulan mengenai pembabitan enam watak utama sehingga memberi kesan serius terhadap kebebasan serta integriti badan kehakiman dan ada alasan untuk mensabitkan sebahagian mereka berdasarkan peruntukan undang-undang. … selanjutnya.

Tindakan pancing wakil rakyat satu gerakan haram

In Belit BN Belit UMNO, Lompat parti on May 25, 2008 at 11:44 pm

utusmeloya – [...] Tindakan pakatan pembangkang cuba memancing wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyertai mereka dengan tujuan menubuhkan kerajaan baru adalah satu gerakan haram yang bertentangan dengan perundangan negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, tindakan demikian yang didalangi Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta sekutunya Pas dan DAP dilihat tidak selari dengan amalan dan pembentukan kerajaan negara ini kerana ia dibentuk melalui proses pilihan raya secara demokrasi.

Katanya, usaha pembangkang itu seolah-olah membelakangi suara majoriti rakyat yang telah memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac lalu. … selanjutnya.

No2umnO – Umno tau ke halal atau haram?

Bangunkan P. Pisang

In pulau pisang on May 25, 2008 at 11:41 pm

utusmeloya - [...] Katanya, jika ia dibiarkan tanpa sebarang pembangunan sama ada oleh Kerajaan Persekutuan atau negeri, ia dibimbangi boleh membawa kepada satu lagi tuntutan bertindih.

“Ini kerana Pulau Pisang kini menempatkan rumah api yang diuruskan oleh pemerintah Singapura seperti mana yang mereka jalankan ke atas Batu Putih sejak sekian lama,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perkumpulan Wanita (WI) Johor, di sini, semalam.

Oleh itu katanya, Kerajaan Pusat atau negeri perlu merangka pembangunan di Pulau Pisang sebagai mengambil iktibar daripada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Batu Putih yang kini menjadi milik republik itu.

“Cukuplah Singapura mempunyai hak ke atas Batu Putih dan menyerahkan sepenuhnya operasi rumah api di Pulau Pisang kepada Kerajaan Malaysia,” tegasnya.

Menurut beliau, Pulau Pisang yang mengandungi empat buah pulau kecil dengan keluasan 178.4 hektar jauh lebih besar daripada Batu Putih yang saiznya hanya 0.1 hektar…. selanjutnya.

No2umnO – Apa bangun bangun …. jualkan je….!!! Dah terhantuk baru nak terngadah.

Controversial picture… Show time

In Aksi Lucah, Artis Hadhari on May 25, 2008 at 4:24 pm

hard T - [...] Zarina admitted that the portrait she and her friends took at the beach party in the Port Dickson is for her private collection.
She said: “I’m sorry that my portrait has been misinterpreted. I never intended for this to happen and I apologise to my fans.”

This isn’t the first time Zarina has let a batch of what the general public has deemed as risque photos slip out onto the internet.

She’s being attacked.

First: Picture at the disco.
Second (Picture Below):
In another picture the sweetie is laying across a young male friend with her naked body – This naked picture that she claim is not her, but superimpose (photoshopped). Did this photos is superimpose? What entertainment reporter and journalis said? Can they comfirm all the three nude picture here? … selanjutnya.

Tun Salleh: Guilty or not guilty for judicial misconduct?

In Tun Salleh Abas on May 25, 2008 at 3:57 pm

bigdogdotcom – [...] It is incredible that after more than twenty years, the issue is still a matter for debate.

In the normal course of things, especially in trial matters, when an accused has exhausted all his legal rights and is found guilty, the matter of his guilt is deemed “settled”. The guilty party has to serve his punishment and then move on.

But in the case of Tun Salleh, the issue of his guilt still lingers on.

Why?

I blame it on the failure of the government at the material time to explain adequately to the people the reasons for the setting up of a Tribunal to investigate into the judicial misconduct of Tun Salleh, the former Lord President of the then Supreme Court of Malaysia.

This has led to the present sorry state of affairs concerning the Malaysian judiciary. How else can we explain that Pak Lah and his spin doctors can still exploit a “dead” issue to divert the attention of the people from his failures as a Prime Minister and the corrupt practices of his family in the process of amassing a fortune worth US$ billions?….more.

Mungkin ramai banduan didakwa bunuh tahanan reman

In Berita on May 25, 2008 at 3:54 pm

bharian – [...] “Jumlah sebenar banduan yang akan didakwa membunuh mangsa akan diketahui selepas penyiasatan selesai,” katanya kepada pemberita selepas menyuraikan perhimpunan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Hindraf di hadapan penjara itu, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi itu, mangsa sedang makan bersama beberapa rakan sebelum didatangi dua lelaki yang memaksanya mengikut mereka ke sebuah bilik berhampiran dewan itu.

Setibanya di bilik itu, hampir 20 banduan dikatakan membelasah mangsa dan rakanya menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian manakala rakannya berusia 24 tahun cedera di muka dipercayai ditikam dengan senjata tajam.

… selanjutnya.

Malaysians advised to stay away from Middle Rocks for a while

In batu puteh on May 25, 2008 at 3:51 pm

http://www.straitstimes.com/STI/STIMEDIA/image/20071106/ST7415560741556001_01_0001.jpg

NST – Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today advised Malaysians to stay away from Middle Rocks for a while until further advice from the government.

He said the country’s technical committee was still preparing the recommendations, following the International Court of Justice ruling on Friday that Malaysia had sovereignty over Middle Rocks and the recommendations were expected to be ready in two weeks’ time.

“The best thing is, wait for the technical committee to come up with its recommendations and then we will advise accordingly.

“Otherwise, there will be some confusion on the ground,” he told reporters after launching the national-level Unity Month Celebration at the Putrajaya International Convention Centre here.… selanjutnya.

read also -
Singapore cannot act unilaterally in greater Batu Puteh area now
Singapura tidak lagi bersendirian di Pulau Batu Puteh: Syed Hamid

PAS pertikai kewibawaan pemimpin negara tangani isu Pulau Batu Puteh

In Belit BN Belit UMNO on May 25, 2008 at 3:49 pm

harakahdaily – [...] “Insiden malang yang sangat mengaibkan seluruh rakyat negara ini tidak mungkin akan berlaku sekiranya Menteri Luar sebelum ini iaitu, Tan Sri Syed Hamid Albar, benar-benar komited dalam menangani isu ini.

“Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberikan Pulau Batu Puteh ini kepada Singapura membuktikan betapa tidak bersungguhnya menteri ini menjalankan tugasnya sebagai menteri luar, kata Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr Mahfodz Muhamad, di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan ICJ menyerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura yang diumumkan di Haque Belanda, Jumaat lalu,

Katanya, selain Syed Hamid, Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman dan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail, juga tidak menunjukkan usaha bersungguh-sungguh berhubung Pulau Batu Puteh ini.

“Sebagai Ketua Kerajaan Negeri, Ghani sepatutnya peka serta mengambil berat segala hal ehwal yang berlaku di negeri yang beliau terajui, pulau ini berada di wilayah Johor, maka sudah tentulah menjadi tanggung jawab beliau untuk mempertahankannya,” katanya.

Katanya, Ghani Patail pula sebelum ini begitu sibuk dan mengambil berat kes di Batu Buruk Terengganu, ini kerana kes tersebut membabitkan pembangkang sebab itu beliau begitu pantas bertindak. … selanjutnya.

Lagi laporan minta Dr M disiasat

In Belit Mahathir, vk lingam on May 25, 2008 at 3:48 pm

malaysiakini – Wan Khairul, yang diiringi 50 anggota AMK Kelantan, ketika ditemui selepas itu berkata laporan itu bertujuan meminta polis membuka kertas siasatan dan menyiasat segera keenam-enam individu berkenaan, lapor Bernama.

lingam tape 160508 reportTokoh-tokoh tersebut: mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dua bekas ketua hakim negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin, peguam kanan Datuk VK Lingam, bekas menteri pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga setiausaha agung Umno serta tokoh perniagaan Tan Sri Vincent Tan.

Di Terengganu, ketua AMK negeri Mohd Fariz Musa membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu kira-kira pukul 2 petang.

Mohd Fariz yang diiringi 20 anggota AMK negeri berkata laporan itu meminta polis menyiasat kes tersebut dengan telus dan tanpa pilih kasih terhadap keenam-enam individu terbabit…. selanjutnya.

Tentang Graduan UiTM yang menipu

In Belit BN Belit UMNO on May 25, 2008 at 12:16 pm

drhalimah

aNo2umnO - Aku biasa lalu lalang di depan kedai ni. Berhadapan dengan 7eleven ni ada stesyen bas. Tapi tak tau lah ada bas atau tidak sebab aku tak pernah nampak bas. Tapi pada sesiapa yang lalu lalang di depan ni. tolong tolong perhatikan penganggur ni. Mana lah tau kalau kalau perlukan kerja. Atau….. tolong bagi tau sekali nama syarikat di atas 7 eleven tu. Catitkan namanya dia berikan kepada blog ni.

Rasa aku….lepas ni ….pindah mangkuk ni ke tempat lain. Mana tidak, tiap hari asyik kena maki je. Itu pun kalau UMNO nak sponsor pindah office la. Kalau tidak, maka tahan je la telinga tu. Dan orang orang pun dah start pandang tajam kat dia. …. itu lah bahana nya nak cuba jadi HERO tapi niat jahat.

ALASAN KHIR TOYO

In Belit Khir Toyo on May 25, 2008 at 12:11 pm

Kerangka Minda Di sebalik Tuntutannya

In batu puteh, kuda kepang on May 25, 2008 at 12:00 pm

kudakepang - [...] Fakta-fakta inilah yang telah dihurai, dikupas, dipertikai dan diwarnakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengikut citarasa segelintir kuasa neoimperialis tertentu yang berkepentingan terhadap kegunaan strategik pulau berkenaan di bawah Singapura.

Ini bermakna, kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Batu Putih tidak akan tergadai jika fakta bukan sejarah tidak dijadikan asas utama tuntutan Singapura.

Ini bermakna, Singapura yang disifatkan sebagai sahabat Malaysia, jelas tidak menghormati fakta sejarah bila ia menuntut kedaulatan pulau tersebut.

Ini bermakna, ketulenan persahabatan Singapura terhadap Malaysia adalah sesuatu yang perlu sentiasa dikaji dan sentiasa dicurigai.

Ini juga bermakna, fakta sejarah tidak boleh dijadikan jaminan tunggal untuk Malaysia mempertahankan kedaulatan mana-mana wilayahnya yang berhampiran Singapura di hari muka.

Daripada hujah di atas, Singapura seolah-olah menuntut kedaulatan Pulau Batu Putih berasaskan kerangka minda bahawa mana sahaja wilayah jiran tetangganya yang difikirkan strategik kepada survivalnya, boleh dituntut dan dijadikan miliknya, asalkan wujud undang-undang dan ruang perundangan yang boleh diheret hingga ke ICJ…. selanjutnya.

3,500 years of the Sedition Act

In Raja Petra on May 25, 2008 at 11:52 am

ImageNO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin

malaysiatoday – [...] 62 years ago, Malayans too started opposing the British Monarchy. They did not like the British proposal to form the Malayan Union. The Malays then got together and formed an amalgamation of the many Malay movements, societies and associations, which they called Umno. And through Umno the Malays began to make seditious statements in their many road-shows that criss-crossed the length and breadth of Malaya.

As the movement gained momentum and Umno started winning the support of the Malayan population, in 1948 the British introduced the Sedition Act, more than 500 years after it was introduced in England. That was of course 60 years ago but the Sedition Act did not achieve its purpose. Finally, in 1957, Malaya managed to gain independence from Britain in spite of the Sedition Act.

Today, the Sedition Act that was introduced to punish Malayans who speak against the British still remains. But there is no longer a British Colonial government ruling Malaya. Today, Malaya is Merdeka and is now called Malaysia. But the law that makes it a crime to speak ill of the British still remains even though no one speaks bad about the British any longer other than Tun Dr Mahathir Mohamad who was Prime Minister of Malaysia for 22 years and who managed to get Margaret Thatcher’s knickers all twisted into knots.

Sigh….if the Pharaoh had been serious about the Sedition Act then there would be no Jews today. And if there were no Jews then there would be no Isa; so there would be no Christianity. And if the Mekah government too had been serious about the Sedition Act there would be no Islam today. And since there would be no Jews, Christians and Muslims, then all 26 million Malaysians would today still be Hindus, like they were more than 500 years ago. And since we would all be Hindus there would be no problems and therefore no need for Hindraf. And as there would be no Hindraf then Barisan Nasional would not have done so badly in the 8 March 2008 general election.

It is clear that the Sedition Act can solve all our problems. The Sedition Act, properly and seriously implemented, would result in the entire world sharing just one religion. There would not be so many religions, which, today, are the source of most of the world’s problems…. selanjutnya.

Tian Chua saran penduduk pertahankan tanah rizab Melayu

In Tian Chua on May 25, 2008 at 11:15 am

harakahdaily - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menyeru penduduk Kampung Padang Balang, Gombak, di sini supaya mewujudkan satu mekanisme bertujuan mendapatkan keputusan terbaik apabila kerajaan mengambil tanah mereka nanti.

Bercakap dalam satu majlis dialog bersama penduduk di situ, beliau menasihatkan penduduk mempertahankan tanah rizab Melayu dan tradisi serta budaya kampung supaya tidak mudah diambil kesempatan pihak berkuasa untuk kepentingan mereka.

Menurut beliau, Kampung Padang Balang termasuk dalam laluan landasan Transit Aliran Ringan (LRT) dalam draf pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bagaimanapun penduduk diberi masa sehingga Ogos ini bagi menyatakan masalah mereka terutama tanah yang akan diambil untuk projek tersebut. “Kita harap penduduk boleh buat satu jawatankuasa yang diwakili pelbagai pihak terutama tuan punya tanah terlibat. Kita harap pada Jun ini kita boleh bincang dengan jawatankuasa tersebut,” ujarnya yang juga terkenal sebagai aktivis perjuang tanah rizab Melayu sebelum menjadi ahli Parlimen lagi. … selanjutnya.

AMK T’GANU BUAT LAPORAN POLIS

In PKR on May 25, 2008 at 11:08 am

pisautoreh – Laporan di Balai Polis Kuala Terengganu.

25 mEI 2008
Kenyataan Media Ketua AMK Terengganu
Fariz Musa

KLIP VIDEO V.K.LINGAM:
Siasat Segera Dr, Mahathir Mohamad dan lima individu lain lagi.

Angkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu hari ini telah membuat laporan polis terhadap individu-individu berikut:


1. Dr, Mahathir Mohamad
2. Tengku Adnan Tengku Mansor
3. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim
4. Eusoff Chin
5. Vincent Tan
6. V.K.Lingam

Laporan inidi buat berdasarkan laporan Suruhanjaya Siasatan Klip Video Lingam yang telah menyatakan bahawa individu-individu di atas terlibat di dalam mengatur perlantikan hakim-hakim kanan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa terdapat cukup sebab untuk mengambil tindakan di bawah beberapa peruntukan undang-undang terhadap sebahagian daripada mereka.

Laporan polis ini bertujuan untuk membolehkan Polis DiRaja Malaysia membuka kertas siasatan dan menyiasat segera individu-individu terlibat, seterusnya mengemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.… selanjutnya.

69 dams in danger after earthquake

In Berita luar on May 25, 2008 at 11:03 am

In this May 15, 2008 file photo,  a view of the Zipingpu Dam ...Yahoonews – Nearly 70 dams scarred by the force of China’s most powerful earthquake in three decades were in danger of bursting, rattled again Sunday by one of the strongest aftershocks since the initial disaster.

Meanwhile, soldiers carrying explosives hiked to a lake formed by a blocked river near the epicenter, hoping to blast through debris to alleviate the threat of floods.

The confirmed death toll from the May 12 quake rose to 62,664, with another 23,775 people missing, the Cabinet said. Premier Wen Jiabao has said the number of dead could surpass 80,000.

An aftershock Sunday afternoon caused office towers to sway in Beijing, 800 miles away. There was no immediate information on any new damage.

The magnitude 5.8 aftershock was among the most powerful recorded, the U.S. Geological Survey said. The China National Seismic Network, which uses a different measurement system, said the aftershock was the strongest of dozens since May 12…. selanjutnya.

Batu Puteh: Bodohnya kita ….

In Radenjowo, artikel on May 25, 2008 at 9:19 am

Radenjowo
Surat dari Pemangku Setuausaha Kerajaan Negeri Johor yang dikeluarkan pada tahun 1953 telah cukup menimbulkan keraguan [Rujuk SINI]. Ianya kerana surat tersebut boleh diterima sebagai bukti sedangkan Jawatan tersebut tidak layak untuk berbicara tentang soal hak tanah dan negara. Kecualilah ianya datang dari Kesultanan Melayu dan Pemimpin Negara.

Namun selepas itu ada pula cerita baru tentang kehilangan surat asal pemilikan Pulau Batu Puteh, yang kononnya menjadi harapan untuk memiliki pulau itu. [Rujuk SINI]. Tiba tiba dan hilang dan sekarang ianya sudah lenyap.

Kita disedapkan hati oleh media media untuk menerima keputusan ICJ dengan harapan tiada timbul rasa tidak puas hati rakyat terhadap keputusan yang bakal di perolehi. Tetapi sesungguhnya semakin kita membaca, maka timbul curiga samaada Kehilangan Pulau Batu Puteh dari Peta Malaysia adalah kerana keputusan Mahkamah Keadilan Dunia (ICJ) semata mata atau ada pihak yang sememangnya menjual harta kepada negara asing.

Keputusan yang diperolehi seperti tidak cuba di bantah oleh sebarang pihak kecuali rakyat. Sedangkan membantah keputusan mahkamah, bukan lah kesalahan kalau dibuat secara betul dan pengikut prosidur. Semuanya seperti angguk dan terima apa sahaja keputusan. Bertawakkal kononnya.

Malah ….. beberapa hari sebelum keputusan di keluarkan, banyak berita di dalam akhbar media perdana, meminta agar rakyat Malaysia menerima apa jua keputusan yang bakal di beritahu. Tidak langsung menyatakan tentang harapan untuk memiliki Pulau tersebut. Bagaikan keputusan tersebut sudah diketahui sebelum di canangkan. Selepas keputusan di keluarkan pula, pemimpin meminta agar rakyat menerima. Kononnya ‘win-win situation’.

Secara logiknya, Tanah Singapura adalah sebahagian kepada Tanah Melayu. Itu sah terdapat di dalam sejarah. Di pisahkan berdasarkan desakan Pemimpin Singapura untuk merdeka pada 9 Ogos 1965. Kalau Batu Puteh termasuk di dalam peta Singapura, sudah pasti persempadanan Singapura dan Malaysia sudah pun ujud sejak dulu dan ianya tidak langsung menjadi pertikaian seperti sekarang. Umpama kita akui Singapura bukan lagi hak kita begitu juga Pattani di utara negara.

Tetapi hanya bermula pada tahun 1980, baru Singapura membantah hak Pulau tersebut kerana berpunca dari kenyataan dan peta yang di keluarkan di Malaysia dengan memasuki Pulau tersebut di dalam peta negara. Manakala antara alasan Singapura, pulau itu sudah diusahakan sejak 130 tahun dahulu.

Adakah mereka sudah tahu Pulau Batu Puteh adalah hak mereka dan ianya disenyapkan sehingga pada tahun 1980 seperti yang dinyatakan. Dan ketika itu … mereka berani berkata, memang itu hak mereka dan membawanya ke ICJ.

Sebelum ini, perjanjian membekal air, kemudian isu penjualan Pasir ke Singapura yang dibuat tanpa pengetahun rakyat Malaysia. Sekarang isu Pulau Batu puteh dan selepas ini adakah Wilayah Pembangunan Iskandar [WPI] pula? Jangan terkejut kerana Singapura berpisah dengan Malaysia, tiada siapa yang bantah. Membekal air ke Singapura pun tiada siapa yang halang dan kalau Wilayah Perdagangan Iskandar kita terus senyap, kemelut yang sama akan berulang, kemudian hari.

Kalau ianya berulang, siapakah yang kita perlu persalahkan? Atau sememangnya kita bodoh untuk menerima sahaja semua tindakan pemimpin? Sesungguhnya , tidak mustahil, dengan kebodohan di tahap yang seperti ini, kita akan tinggalkan bala kepada anak cucu kita.

Siapa tahu? Mungkin juga surat surat rasmi yang kita tidak tahu selama ini, tiba tiba muncul menjadi bahan bukti seperti surat yang ditulis oleh Pemangku SUK itu? Dan tidak mustahil juga, adanya dokumen yang tiba tiba hilang bila ianya di bawa ke mahkamah.

Perah kepala otak sikit … cuba selesaikan teka teki ini, samada semua ini dirancang, atau memang ianya cuba untuk disembunyikan? Siapa kah petualang diantara kita yang cuba memutarbelitkan fakta sejarah dan menjual hak kepada orang asing? Rakyat semakin bijak. Tapi kita buat buat tak tahu kerana kita tidak tahu, tidak di beritahu atau tidak minat untuk tahu. Sampai masa di satu hari nanti…kita semua melatah seperti sekarang. Semuanya kerana kita tidak ambil berat dan kita ghairah di perbodohkan oleh pangkhianat negara.

Political action moves to Sabah, Sarawak

In Anwar Ibrahim, Lompat parti, Tengku Razaleigh on May 25, 2008 at 9:17 am

malaysiainsider – [...] The power centre of Malaysian politics has shifted to East Malaysia. Anwar Ibrahim was in Sarawak on Friday, Tengku Razaleigh Hamzah is in Sabah today and Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will make arguably his most important speech since Election 2008 in Kota Kinabalu on May 31.

Each of them has an eye on Barisan Nasional and Umno politicians in the two states who have become restless and vocal over what they perceive to be second class treatment by the federal government in treatment, disbursement of funds and allocation of political positions. Anwar needs to mine this unhappiness and persuade them to cross over to Pakatan Rakyat and force the collapse of the Abdullah administration.

Tengku Razaleigh needs to show empathy and a plan of action for Sabah as he did last night in Kota Kinabalu when he suggested that more senior positions in the state civil service be set aside for Sabahans and endorsed a review of oil royalties for the state. In doing so, he hopes that some of the Umno divisions in Sabah will nominate him as a candidate for the party president’s position in December.

Abdullah needs to outdo everyone and offer East Malaysians something tangible on May 31. He has to address demands made by Sabah MPs Ghapur Salleh and Anifah Aman over inadequate representation in the Cabinet as well as wider concerns of encroachment in Sabah by the federal government. He also has to convince the politicians in Sabah and Sarawak that he has to ability to provide leadership past Umno elections in December.

The PM knows that if he fails to meet some of the demands of the Sabahans, it will persuade some of the BN MPs in the state to leave the coalition, form a new Sabah party and then join Pakatan Rakyat as a new partner.

… selanjutnya.

Hentikan propaganda murahan!

In Belit media on May 25, 2008 at 9:15 am

Mstar - HAMPIR setiap hari stesen TV menyiarkan propaganda memburuk-burukkan kepimpinan selain BN. Taktik biasa yang digunakan ialah memetik sebahagian sahaja kata-kata pemimpin-pemimpin bukan BN dan kemudiannya diberi tajuk besar yang negatif terhadap mereka.

Terbaru, petikan kata-kata Dato’ Mukhriz Tun Mahathir bahawa beliau masih dalam parti UMNO diberi tajuk besar seolah-olah beliau tidka sehaluan dengan bapanya, padahal bahagian seterusnya dipotong di mana beliau berkata bahawa beliau mahu PM berundur tidak disiarkan.

Begitulah juga banyak berita-berita yang diolah secara sekerat jalan dan menyembunyikan hakikat sebenar sesuatu perkara yang dilakukan.

Rakyat semua kini celik IT dan mereka membaca berita alternatif di internet dan seringkali kita melihat seolah-olah kita diperbodoh-bodohkan. Padahal tindakan mereka itulah yang bodoh dan membuatkan orang ramai semakin meluat.

Kini semua orang tersenyum sinis melihat berita. Yang hanya benar liputannya hanyalah rancangan hiburan yang semakin bercambah dan tak habis-habis melalaikan anak-anak muda kita.

Sering saya dengar di kedai-kedai makan perkataan “bodoh punya TV, banyak putar belit isu!”, “bodoh punya pembaca berita, muka selamba saja menipu orang” dan lain-lain perkataan yang kurang enak untuk didengar.

… selanjutnya.

MIC pula digesa ber blog

In Belit samy on May 25, 2008 at 9:13 am

malaysiakini – [...] Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mencadangkan pemimpin mendekatkan diri dengan laman blog dan melayari Internet setiap hari bagi memantau suara-suara tidak puas hati dan memberi maklum balas sewajarnya terhadap luahan perasaan itu, lapor Bernama.

“Kalau perlu, mereka sendiri perlu menjadi penulis blog,” katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan MIC Perak ke-62 di Ipoh hari ini.

Tambahnya, penulisan yang baik di blog mampu meningkatkan kredibiliti parti itu, selain dapat juga membetulkan salah tanggapan terhadap MIC, terutama selepas pilihan raya umum lepas.

Samy Vellu mengakui bahawa kekalahan banyak calon MIC baru-baru ini berpunca daripada “kekurangan” penggunaan Internet dan kegagalan memberi respons terhadap tuduhan yang dibuat oleh beberapa penulis blog.

Ibu pejabat MIC bersedia menghantar pakar teknologi maklumat (IT) melatih pemimpin parti itu tentang penggunaan Internet dan blog, katanya.
… selanjutnya.

Dokumen Asal BATU PUTEH dihilangkan

In batu puteh on May 25, 2008 at 9:08 am

 tranungkite – [...] Kerajaan Malaysia confident akan menang kes Pulau Batu Putih di ICJ kerana memilikki satu dokumen asal (original document) yang kuat membuktikan dengan jelas dan terang bahawa Pulau Batu Putih itu milik Tanah Melayu dan British hanya dibenarkan membina dan mengurus rumah api (light house) untuk keselamatan pelayaran kapal. Masalahnya dokumen asal ini telah hilang selepas kes Batu Putih diserakan ke ICJ. Hilang atau dijual kepada Singapura. Entahlah. Bila doukumen asal ini hilang, maka kes Malaysia yang mulanya begitu kuat itu telah menjadi lemah. Malah sejak kehilangan (atau dijual) dokumen asal tersebut kerajaan Malaysia sudah tahu akan kalah. Siapa hilangkan (atau jual dokumen asal tersebut)?

Kalau tidak silap saya pada 2003 atau awal 2004 pihak atasan di Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) gempar sebab salah satu salinan original perjanjian asal Pulau Batu Putih yang gerenti akan memberi kemenangan kepada Malaysia di ICJ telah dihilangkan.

Salah seorang yang menganggotai jawatankuasa Steering Committee untuk tuntutan ke atas Pulau Batu Putih adalah seorang pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) – nama dirahsiakan untuk keselamatan diri pensyarah UIA tersebut. Pensyarah UIA tersebut telah meminta dokumen asal yang amat penting itu untuk beliau kaji dan membantu mengubalkan hujah-hujah dalam pembentangan dokumen asal tersbut di ICJ nanti.

Dua tiga minggu kemudiannya Pensyarah UIA tersebut telah mengatakan bahawa dokumen asal yang amat penting sekali itu telah hilang.

Kehilangan dokumen asal tersebut (atau dijual ke Singapura – entahlah) oleh pensyarah UIA itu telah mengemparkan Wisma Putra dan Jabatan Peguam Negara. Malaysia sebenanya telah hilang Pulau Batu Putih sejak hilangnya dokumen asal tersebut. … selanjutnya.

Muhyiddin reveals his hand, he wants Pak Lah to go

In Muhyiddin Yassin on May 25, 2008 at 6:16 am

malaysianinsider - [...] His Cabinet colleagues have expected this day to come soon, noting that his body language and comments during meetings have been that of someone who was not on the same page with the prime minister. Muhyiddin was supposed to speak to the FT politicians about code of ethics but instead launched into an analysis of Abdullah’s leadership and the challenging political landscape.

In his speech to the FT politicians, he sketched the current scenario in the country, noting that Umno and Barisan fared badly in the polls and lost the support of the young. The only consolation was that the BN snared 140 seats, eight short of its customary two-third majority in Parliament. He quoted liberally from Dr Mahathir’s criticism of Abdullah, saying that there must be drastic action in the party and leadership.

“We need to change, so that we don’t go down and down. I’m quoting Dr M because he is a veteran leader who is worried that the Malays will lose power,” he said, adding that neither Abdullah nor Datuk Seri Najib Tun Razak nor supreme council members have framed the current political situation in these stark terms.

… selanjutnya.

Gani Patail.. Jaguh Kampung

In Gani 4 Tahil on May 25, 2008 at 6:13 am

atranungkite – Jawabnya senang saja sebab peguam yang dihantar Singapura adalah jaguh dunia manakala peguam yang dihantar Malaysia ialah jaguh kampung yang tak berguna juga. Maka kita hantar peguam yang tak berguna, maka kita dapatlah terumbu yang tak berguna. Singapura hantar peguam yang hebat, depa dapat Pulau Batu Putih yang banyak menfaat.

Itulah dia Peguam Negara Malaysia yang entah berapa kelasnya jika dibandingkan dengan Peguam Singapura yang ternyata lebih bijak, lebih berkarisma dan lebih bernilai daripada gani Patail yang semua orang meluat. Dulu madet suka pada dia sebab boleh dikulikan untuk buat aniaya kepada DSAi tapi sekarang madet pun benci kepada dia sebab sekarang dia jadi kuli Lah Bedui pulak. Itulah dia taraf AG kita yang hanya layak jadi kuli kepada pemerintah yang zalim.

Berbalik kita kepada kisah batu Putih. Batu Putih amat dekat dengan Johor jika dibandingkan dengan Singapura. Kalau secara logik akal sudah tentulah Pulau Batu Putih dapat kepada Malaysia sebab Johor Malaysia punya. Maka PBP adalah selogiknya hak Malaysia. Tetapi disebabkan dalam perbicaraan logik bukan persoalannya. Persoalannya ialah bagaimana peguam yang berhujah boleh mempengaruhi hakim . bagaimana peguam yang berhujah dapat membuktikan kebenaran berpihak kearahnya. Maka ternyata Gani Patail tidak kuat hujahnya berbanding peguam Singapura. Maka gani Patail dari negara yang besar seperti Malaysia kalah kepada peguam dari negara kecil seperti Singapura. Kalau Gani Patail ini jepun, rasa aku dah lama dia bunuh diri dengan harakiri. Mati secara terhormat lebih baik dari hidup jadi pengkhianat.… selanjutnya.

PKR Youth lodges police report over Lingam clip

In PKR, vk lingam on May 25, 2008 at 6:11 am

thestar – PKR Youth has lodged a report urging the police to investigate the six names mentioned in the Royal Commission of Inquiry report into the V.K. Lingam video clip.

PKR Youth chairman Shamsul Iskandar Mohamad Akin lodged the report at the Dang Wangi police station at about 3.15pm Saturday.

He was accompanied by the Selangor PKR Youth chief Khairul Anuar Ahmad Zainudin and Federal Territory Youth chief Mohd Zaman Mohd Tasi.

Earlier, the three marched about one kilometre to the police station from the Sogo Supermarket, with about 20 supporters carrying placards.

There was heavy police presence at the police station including those from the Light Strike Force.

Shamsul Iskandar said that the six – former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, former minister Tengku Adnan Tengku Mansor, former chief justices Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim and Tun Eusoff Chin, businessman Tan Sri Vincent Tan and lawyer V.K. Lingam — were allegedly involved in arranging the appointment of judges.… selanjutnya.

AMK Keadilan buat laporan polis serentak seluruh negara

In Keadilan, PKR on May 25, 2008 at 4:21 am

Shah Alam [25/5/2008] - 3 Lapuran polis telah di buat oleh Angkatan Muda Keadilan Selangor terhadap Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bekas DUN dan Balkis. Menurut kenyataan, lapuran polis serentah di buat terhadap individu terbabit di dalam kes video VK Lingam oleh Angkatan Muda Keadilan seluruh Malaysia.

Berikut adalah Kenyataan Media oleh AMK

Kenyataan Media
25/5/2008

Siasat Segera Dr Mahathir dan Lima yang lain

Kesahihan klip video Vk Lingam telah terbukti benar berdasarkan lapuran suruhanjaya Diraja mengenai klip video Datuk VK Lingam.

Lapuran telah menyuimpulkan bahawa penglibatan dan tindakan keenam enam watak utama telah memberikan kesan yang serius terhadap kebebasan dan intergriti badan kehakiman.

Lapuran juga telah menyimpulkan bahawa terdapat alasan yang cukup untuk menyabitkan sebahagian dari pada mereka berdasarkan peruntukan undang undang yang sedia ada.

Maka dengan ini Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor bersama AMK dinegeri negeri yang lain yang membuat lapuran serentak mendesak pihak polis dan peguam negara agar segera menyiasat dan mendakwa watak watak utama ini.

  1. Dr Mahathir Mohamad
  2. Tengku Adnan Tengku Mansur
  3. Ahmad Fairuz Sheikh Andul Halim
  4. Eusoff Chin
  5. Vincent Tan
  6. VK Lingam

Siasatan harus lah di jalankan tanpa rasa gentar dan pilih kasih. Siasatan segera isu ini akan membuka jalan ke arah pemulihan sistem kehakiman negara.

Ianya juga akan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan serius dalam mengembalikan integriti dan kebebasan sistem kehakiman di negara kita.

Tiada dalih lagi untuk sesiapa sahaja di dalam isu ini. Kelewatan bertindak menunjukkan kerajaan Abdullah Badawi tidak mempunyai ‘political will’ untuk memulihkan sistem kehakiman malahan tidak menghormati prinsip prinsip negara berperlembagaan.

Harapan Baru untuk Malaysia

Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin
Ketua AMK Selangor

Sementara kenyataan media tentang lapuran polis berkaitan bekas ADUN dan BALKIS pula …..

Kenyataan Media
25/5/2008

Siasat ADUN BN dan BALKIS

Membelanjakan hampir keseluruhan malah ramai yang menghabiskan sepenuhnya peruntukan tahunan kerajaan negeri untuk kawasan ADUN dalam tempoh 2 bulan pertama. Ada menjelaskan terdapat tadbir urus yang cuai atau mungkin disengajakan.

Tindakan yang dilakukan oleh kesemua wakil wakil rakyat Barisan Nasional penggal lepas ini adalah suatu tindakan yang tidak bertanggung jawab dan merampas hak rakyat.

Begitu juga dengan membelanjakan hampir RM280,000 untuk membeli pakaian bagi ahli dan pasangan oleh BALKIS. Perlakuan ini bukan sahaja amalan pembaziran yang keterlaluan malah yang lebih penting adalah salah guna dana rakyat yang diamanahkan kepada BALKIS untuk mengayakan kroni.

Kami yakin dan percaya telah berlaku salah guna kuasa. PEcah amanah dan terdapat unsur unsur penyelewengan dan rasuah yang jelas di atas isu isu ini yang melibatkan wang rakyat.

AMK SELANGOR dengan ini meminta Pihak POlis agar menyiasat segera lapuran lapuran kami ini dan kami akan terus memburu “perompak-perompak” wang rakyat ini sehingga mereka di adili di mahkamah.

HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA

Khairul Anuar bin Ahmad Zainuddin
Ketua AMK Selangor

Lapuran polis itu telah di buat pada jam 10.30 pagi disertai oleh AMK Selangor. Di ketuai oleh Khairul Anuar dan Halimey. Bersama mereka dianggarkan lebih dari 50 orang pemuda dan angota anggota Keadilan yang berbilang bangsa.

Selepas keluar dari Balai Polis seksyen 11, Shah Alam, mereka telah membuat kenyataan akhbar dan beberapa ketika kemudian mereka di panggil balik masuk oleh pegawai penyiasat.

Photo ketika dan selepas lapuran polis tersebut. [Klik untuk paparan lebih jelas]


Khairul Anuar ‘Jonah’ dan Halimey sedang menanti kedatangan para penyokong yang lain.


Pemberitahuan tentang tujuan laporan polis dibuat sebelum memasuki kawasan balai


Ketika laporan polis dibuat


Menghala keluar selepas membuat laporan


Kenyataan media dibuat sejurus diluar kawasan balai polis seksyen 11, Shah Alam.


Jeritan “Tangkap Mahathir” oleh AMK Selangor

Identiti sebenar Mohd Shaid Rosli

In Belit UMNO on May 25, 2008 at 12:34 am

aShaid – Penganggur@Usahawan???(dedah jangan tak dedah!)
tranungkite - Kenyataannya Shaid adalah seorang usahawan yg berjaya & mempunyai perniagaan sendiri di Seksyen 7 Shah Alam. Shaid juga disyaki digunakan oleh pihak tertentu yg mungkin bermotifkan politik untuk membuat laporan tersebut…

Seterusnya beliau berkata dia juga tidak tahu kenapa Shaid mendakwa dirinya penanggur sedangkan dia mempunyai perniagaan enterprise & dalam usaha membina syarikat Sendirian Berhad.hai Shaid…buat report tu dah satu hal…menipu tu lagi satu hal…

Nak tau lagi? Rakannya turut mendakwa,selain memiliki perniagaan yang semakin berkembang maju,Shaid juga memiliki sebuah kereta mewah dan aktif dalam sebuah pertubuhan politik…. Selain dari kedai ini(seksyen 7 Shah Alam)Shaid juga mempunyai satu lagi kedai di UiTM Shah Alam…walau bagaimanapun Shaid adalah seorang majikan yang baik & tegas serta amat mengambil berat tentang kebajikan pekerjanya...… selanjutnya.