Archive for May 31st, 2008
Strategi Memperkemas Pakatan Rakyat
In Anwar Ibrahim, PKR on May 31, 2008 at 8:56 pmanwaribrahimblog
Selain dari kerjasama Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (Pakatan), terdapat beberapa langkah tambahan bagi memantapkan lagi hubungan di antara ketiga parti.
Mesyuarat pimpinan yang turut dihadiri Azizah, Dr. Syed Husin Ali, Azmin dan Siva mewakili KeADILan, Sdr Lim Kit Siang, Karpal Singh, Dr. Chen Man Hin mewakili DAP, Ustaz Abdul Hadi Awang, mewakili Pas. Pertemuan terakhir adalah petang Isnin lalu yang turut memutuskan agar :
- Membentuk sekretariat bersama membicang semua isu berkaitan dan diketuai bersama Dr Syed Husin, Tan Kok Wai dan Kamaruddin Jaafar (Mereka juga ditugaskan menyiapkan deraf kerangka dasar bersama Pakatan);
- Melantik Jawatankuasa Penyelaras Parlimen di antara Azmin Ali, Dr. Tan Seng Giaw dan Sallahuddin Ayub bersama beberapa ahli parlimen lainnya untuk mempastikan wujudnya kerjasama erat dalam semua tindakan di Parlimen;
- Memboikot akhbar Utusan dan Mingguan Malaysia. Dengan ini Kerajaan Negeri Pakatan juga tidak akan membeli atau mengiklan di akhbar tersebut.
ANWAR IBRAHIM
Banner penyokong Mukhriz
In Mukhriz on May 31, 2008 at 8:52 pmklik selanjutnya …. di minaq jinggo
… selanjutnya.
Mars Berpusing dari Barat ke Timur
In Ilmu on May 31, 2008 at 8:42 pm
almuslimin – [...] Mars dan jupiter adalah dua planet yang menunjukkan retrograde motion iaitu kelihatan bergerak dari Barat ke Timur. Ini adalah kerana kelajuan bumi lebih melebihi kelajuan mars. Apabila bumi memotong mars maka mars akan kelihatan naik dari barat dan turun ke timur. Perkara yang sama mungkin akan berlaku kepada bumi dan matahari. Ini adalah kerana matahari turut mengelilingi solar sistem dan mungkin pada suatu ketika apabila berada di suatu lokasi dalam ruang solar sistem akan mengalami retrograde matahari secara relative dengan bumi.
Apabila kelajuan matahari dan bumi berada pada tahap yang tertentu maka kelihatan lah matahari naik dari Barat dan tengelam ke Timur untuk beberapa waktu. Mungkin masa itu orang sekular atau atheist akan mengatakan ini hanya fenomena biasa dan kiamat tidak akan berlaku. Orang mu’min mengetahui kiamat sudah hampir dan mereka yakin dengan hadith itu. Kita tidak tahu lah sebelum retrograde motion matahari berlaku sudah ada ulama usuk menafikan hadith sahih itu takut takut negara tidak maju kerana percaya perkara tahyul. Itu pun boleh berlaku di zaman jahiliyah modern dan dunia akhir zaman…. selanjutnya.
Kata Soberi Mahathir Auta
In Belit Mahathir, Msomelayu on May 31, 2008 at 8:28 pmmsomelayu – NASIB baikk juga saya tidak tahu dan diberi tahu mengenai majlis “Suntikan Semangat Satria’ bersama Dr Mahathir Mohamad yang diadakan hari ini. Kalau tahu atau diberitahu hendak tak hendak terpaksa juga pergi, kena kandar kamera dan buat catatan dalam blog. Kalau bukan atas keinginan sendiri pun mungkin kerana demi menghormati mereka yang menjemput kena pergi juga.
Penganjuran SUKMA Makin ‘Berserabut’
In Terengganu on May 31, 2008 at 8:26 pm
buletinonline – Selepas menghadapi situasi kelam kabut sepanjang persiapan SUKMA ke XII, menjelang majlis perasmian hari ini (31 Mei 2008), pihak penganjur dilihat semakin berserabut dengan masalah jadual pertandingan pula
Terkini masalah penjadualan pertandingan melibatkan permainan hoki wanita. Ketika bahang saingan semakin membara untuk dimulakan, perlawanan hoki wanita yang akan dilangsungkan di Stadium Hoki Batu Burok, Kuala Terengganu pada 1 Jun 2008 (Ahad) terpaksa ditunda lewat sehari daripada jadual asal berikutan masalah tiada bekalan air pancut menyirami padang.
Ketika taklimat ‘post-mortem’ perlawanan pembukaan hoki lelaki di padang hoki Kompleks Sukan Gong Badak, Setiausaha Persatuan Hoki Malaysia (PHM), Hashim Mohamed Yusof berkata, beliau terpaksa menghadapi serangan pihak media akibat perlawanan di Batu Burok terpaksa ditangguhkan.
Menurut beliau, perkara itu tidak dapat dielakkan akibat pemancut air yang akan digunakan, gagal disiapkan oleh pihak kontraktor yang berkenaan. … selanjutnya.
Ezam gali kuburnya sendiri
In Ezam on May 31, 2008 at 8:24 pm
tranungkite – [...] ” Setelah Ezam sertai semula UMNO ramai yang gelabah dan terkejut bercampur hairan dan kecewa kenapa beliau tiba-tiba kembali semua kepada UMNO yang pernah menghantarnya ke penjara. Kegemparan itu terjadi seolah-olah beliau adalah seorang tokoh yang terlalu penting dan menguntungkan UMNO yang sedang dilanda masalah itu. Mereka semacam tidak dapat menerima kenyataan terhadap peristiwa tersebut, tetapi lebih rela jika beliau menyertai parti lain selain UMNO.
Sebenarnya kembalinya Ezam kepada UMNO bukan sahaja mengejutkan penyokong PR, malahan juga menggusarkan pemimpin-peminpin muda UMNO sendiri yang risau dan sangsi dengan keikhlasannya. Jika keluarnya Mahathir dianggap membuang duri dalam daging UMNO, sebaliknya kemasukan Ezam dianggap kehadiran ular tedung ke dalam rumah tangga UMNO. Ular walau pun jinak dan tidak ganas tabiatnya, tapi awas pagutannya amat berbisa dan boleh membunuh mangsanya.
Perhitungan Ezam adalah silap jika beliau kembali kepada UMNO dengan menggalas impian agar beliau dilantik menjadi pemimpin besar UMNO. Beliau harus ingat, ahli-ahli UMNO baik peringkat akar umbi mahupun peminpin atasan, tidak akan respect kepada orang yang pernah murtad dari parti tersebut…. selanjutnya.
Berita menarik hari ini -[31-May-2008/Sabtu]
In Berita Semasa on May 31, 2008 at 8:11 pmNajib nafi petrol naik Ahad ini [utusmeloya]
Bandar Mahkota Cheras: No excessive force used by FRU, says deputy IGP [Nst]
UMNO perlu fikir masak-masak permohonan Ezam – Muhyiddin [utusmeloya]
Saya tulis dalam blog kerana tidak dapat layanan media, Kata Dr. Mahathir [utusmeloya]
Pengerusi Gerak baru ikrar teruskan agenda [hmetro]
65 pelatih cirit-birit sudah dirawat [hmetro]
uhakam mahu penjelasan FRU didakwa guna kekerasan [hmetro]
Tindakan Ezam Lompat Parti Seperti Katak, Kata Dr Mahathir [bernama]
Anak imam terjebak [hmetro]
Pelajar kunjungi ibu kota diperkosa teman lelaki [hmetro]
Umno Perlu Fikir Semasak-masak Permohonan Ezam, Kata Muhyiddin [bernama]
Mengapa Pakatan Rakyat tawar 5 ADUN Umno Pulau Pinang jawatan? [mstar]
Schoolgirl molested and forced to pose topless [theStar]
Azalina Gesa Mokhzani Letak Jawatan Sebagai Pengerusi SIC [bernama]
Kerajaan Pusat Bukan Tunduk Kepada Pembangkang, Kata Najib [bernama]
Zaid Tetap Mahu BN Ambil Tindakan Terhadap Mukhriz Dan Tajuddin [bernama]
Only 130,000 Illegal Migrants In Sabah [mysinchew]
Temporary victory good enough [theStar]
Put politics aside, says Tan [theStar]
Jangan politikkan lantikan saya – Kee Kwong [Mstar]
Cebisan badan milik bekas jutawan [bharian]
Satu kereta dua geran [kosmo]
Kecoh di stesen minyak Rantau Panjang [kosmo]
Kontrak kem PLKN kotor akan dibatal [kosmo]
MT akan tentukan keahlian Ezam [utusloya]
Peniaga terkejut harga ayam naik mendadak [utusloya]
Bring out the bloggers [theStar]
Perak: What was RM8mil used for? [theStar]
Suhakam to open inquiry on alleged police violence [theStar]
Dialogue on media freedom [theStar]
Dr M’s blog gets one million hits in just a month
FRU brutality causes father sleepless nights
In Malaysiakini on May 31, 2008 at 1:10 pm
malaysiakini – Sleepless nights plagued Chang Ah Kau after his son was brutally assaulted by the Federal Reserve Unit (FRU) during the Bandar Mahkota Cheras (BMC) fracas a few nights ago.… selanjutnya.
Politik TOTOK umno
In Belit UMNO on May 31, 2008 at 12:38 pmmamanview - Bila tersiar berita tentang kemasukan semula Ezam dan rakan-rakannya ke dalam UMNO, saya berkata didalam hati. ‘Ah, taktik lama UMNO masih berjalan lagi’. Semua orang tahu yang Ezam dan mereka yang memohon masuk ke dalam UMNO adalah bekas-bekas anggota PKR yang telah lama meninggalkan PKR waima sebelum pilihanraya ke 12.
Oleh itu apa yang nak di banggakan dengan kemasukan mereka kedalam UMNO. Kita sedia tahu yang ramai diantara mereka adalah mereka yang sudah tidak relevan dalam politik Malaysia.
Tetapi dalam keadaan politik yang penuh dengan kemelut ini, UMNO masih ingin bermain politik zaman totok, alas sebagai kononnya propoganda dan perang saraf keatas PKR.
Betapa ceteknya ilmu politik pemimpin UMNO sekarang ini. Kalau nak gertak pun, biarlah boleh menaikkan bulu tengkuk lawan, ini cuma pakai ‘geletek nakal’ aja yang hanya laku kalau nak mengorat ditepi ‘bus stop’…. selanjutnya.
The Current Situation Between BN and PR
In Analisa on May 31, 2008 at 12:35 pmjiawei - Over the past few weeks I have been monitoring Malaysia’s political situation by reading posts written by political analysts. The situations get more and more interesting each day. Before we proceed into the details, let’s review the Malaysia Parliament election results.
Number of seats in Dewan Rakyat = 222
BN = 144
PR= 82
Number of votes for BN = 4,082,411
Number of votes for PR = 3,796,464
Percentage (BN) = 50.6%
Percentage (PR) = 49.4%
Leader of BN = Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Leader of PR = Wan Azizah Wan Ismail
Little did we know that GE 2008 did not only cause BN to loss 5 states and denied from having a majority 2/3 in parliamentary. Now, with a strong political view, PKR de facto leader, Anwar Ibrahim is more than willing to to form a federal government through PR. To form a federal government, Anwar Ibrahim would need about 30 MP from BN to cross over to PR. To my suprised, I found out from Malaysiatoday, Anwar Ibrahim had 43 MPs in his pocket. But there is one big problem. The interesting question is, “What is the problem since he had obtained 43 MPs from Sabah and Sarawak?” The answer is simple, there is always an issue of racial tension in Malaysia. Anwar did have 43 MPs in his hand, but does he have a balance compsoition of Malays and non-Malays MPs? That is the main reason why he could not form the federal government just yet. …selanjutnya.
Isu BMC – GRAND SAGA sebenarnya bukanlah rumit…
In Grand Saga on May 31, 2008 at 12:15 pmtranungkite – [...] Kebiasaannya pemegang konsesi akan memagar sepanjang ROW mereka yang juga menandakan kawasan selenggaraan mereka. Kawasan diluar ROW mereka tidak akan diselenggara. Selalu kita dapati di lebuh2 raya ada papan tanda mengenai kawasan selenggaraan sesuatu pemegang konsesi ini.
Berbalik kepada isu dimana telah ada jalan sedia ada yang direntasi oleh lebuh raya, biasanya pihak lebuhraya mesti menyediakan jalan gantian atau terowong untuk melintasi lebuh raya tersebut. Namun ini semua bergantung kepada tender yang telah dipersetujui antara mereka dengan kerajaan. Jika dalam tender tersebut tidak ada jalan gantian, terowong atau apa2 penyelesaian kepada jalan sedia ada yang dipintas oleh lebuh raya ini, maka kesalahan tersebut terletak kepada pihak kerajaan yang meluluskan rekabentuk lebuh raya itu. Harus diingat, jalan gantian atau terowong ini adalah untuk melintasi lebuhraya, bukan untuk memasuki lebuh raya. Lebuh raya hanya boleh dimasuki melalui laluan2 (exit) yang telah ditetapkan sahaja.
Sekiranya semasa pembinaan lebuh raya tersebut, jalan pintas yang menjadi pertikaian penduduk BMC ini belum wujud, maka mereka tidak berhak mengganggu lebuh raya GS.
Kemungkinan jalan pintas tersebut dijanjikan oleh Narajaya Sdn Bhd (Pemaju BMC) tetapi tidak dapat dilaksanakan tanpa persetujuan GS…. selanjutnya.
Pendedahan Yayasan Selangor
In inspen on May 31, 2008 at 12:06 pmInpens yang ’sesak’ nafas kerana pelbagai masalah di Kampus Pulau Indah mendapat durian runtuh apabila diarahkan berpindah ke Kuala Selangor. Presidennya Dato’ Mydin dan CEO nya ‘Dr’ Aziz yang kedua-duanya ’Nana Tanjung’ bermain mata dengan orang-orang besar di SUK, bergegas ke Kuala Selangor bukan sahaja membawa imej koperat malah politik dengan pengakuan “Saya orang Pak Lah! Saya sedang membawa dana Kementerian Kewangan 5 juta untuk Inpens”di hadapan staf IKYS. Kecut perut staf marhain IKYS!
tranungkite – Pada 24 April 2008 satu surat ’umum’ arahan dari Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri agar Pengurus Besar Yayasan Selangor memberi kerjasama terhadap kemasukan Kolej Inpens yang diketuai Dato’ ’Nana’ Mydin dan ’Nana’ Dr.Aziz ke Kampus IKYS yang menyebabkan suasana agak tegang berlaku.
Bagaimana Inpens yang banyak hutang dengan Yayasan Selangor boleh ’telan’ IKYS? Lebih ’tegang’ lagi apabila budaya pelajar Inpens membawa imej ’International’ ke Kuala Selangor yang sebelumnya aman tenteram dan agak kekampungan kerana biasanya pelajar IKYS adalah lelaki disamping penekanan saksiah keagamaan sepanjang berkursus di IKYS.
Staf IKYS naik pusing kepala kerana keputusan yang dicatatkan pada kertas minit berbeza dari segi perlaksanaanya. Akibatnya ada ’kaduk dah naik junjung’ yang memanipulasi pengurusan ’lembam’ ibu pejabat Yayasan Selangor.
Sejak pemerintahan BN lagi sudah diberitakan IKYS dipindahkan ke Pusat Pertumbuhan Desa di Bagan Terap dengan projek pengubahsuaian lebih kurang RM7.2 juta yang diuruskan oleh kroni bekas MB melalui Yayasan Selangor …. … selanjutnya.
Konflik Tol Grand Saga menggelikan TONGKENG aku
In Belit BN, Grand Saga on May 31, 2008 at 11:44 amPolitik UMNO ni memang sungguh menggeli-gelemankan. Kalau ianya berlaku 50 tahun dahulu, mungkin orang percaya 100 percen. Tapi sekarang dunia dah semaking canggih. picit keyboard, semua jelas. Tambah tambah pada mereka yang tahu jalan cerita satu peristiwa …. orang lain punya jasa, alahai ada mamat tumpau sekole lak.
Nak tahu bagaimana penduduk berhempas pulas buat desakan …. nah ambik kau … !!!
[imej dari Cursing-Malay]
Tiba tiba … dengan selamba je … mamat sorang tu pulak cuba tumpang Tuiiii !!!….

dan media pun mainkan peranan…..Konflik penduduk-Grand Saga selesai – [rujuk imej] Menteri Kerja Raya, Ir. Mohd. Zin Mohamed (belakang lelaki baju belang) dan penduduk Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur melihat jentolak mengalihkan tembok yang dibina oleh syarikat konsesi lebuh raya Grand Saga setelah Kabinet semalam mengarahkan laluan kontroversi yang mencetuskan pertelingkahan selama dua tahun dibuka semula serta-merta. Seterusnya …
dan ditokok tambah garam dan gula secukup rasa ….. oleh mamat bibir merah ni pulak ….chewah !!!
Kerajaan pusat bukan tunduk kepada pembangkang – Najib
Keputusan kerajaan pusat mengarahkan supaya laluan Bandar Mahkota Cheras ke persimpangan Bandar Hussein Onn di Lebuhraya Cheras Kajang dibuka berkuatkuasa serta-merta bukan atas desakan atau tunduk kepada kehendak parti pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Sebaliknya, kata beliau keputusan itu dibuat kerana kerajaan pusat prihatin terhadap apa yang dikehendaki oleh penduduk di kawasan itu. – Utusan meloya
Komen aku – Alahai……. terasa teramat lah gelinya tongkeng aku.
Akibat Layanan adil FRU … ini yang berlaku.
In Belit POlis on May 31, 2008 at 11:11 am
Kalau memukul seorang individu beramai ramai dan menyebabkan mangsa berlumuruhan darah …. itu perkara biasa. Kalau mereka yang dipukul di bawa ke ICU …. itu pun perkara biasa. Polis kata, layanan mereka adalah secara adil. Mungkin polis anggap mereka mereka ini yang tidak adil.
Polis nafi guna kekerasan
MStar - Polis sekali lagi menegaskan bahawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tidak menggunakan kekerasan semasa tunjuk perasaan penduduk di Bandar Mahkota Cheras Selasa lepas.Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar berkata, dakwaan tersebut tidak berasas.
“Kita menerima banyak panggilan dari padapelbagai pihak untuk meminta kita menyiasat kejadian tersebut dan kita sedang menyiasatnya secara terperinci.
“Tetapi saya tegaskan anggota FRU yang ditempatkan di situ mengikut prosedur. Jika sekiranya saya dapati ada anggota yang menyalahgunakan kuasa, mereka akan menghadapi tindakan. Kita akan melayani setiap orang secara adil,” katanya kepada pemberita.
Beliau diminta mengulas tentang desakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) supaya disiasat kejadian di mana seorang mangsa Chang Jiun Haur, 21, didakwa telah dipukul oleh beberapa anggota FRU…. selanjutnya.
dan ini berita selepas kejadian di lokasi kejadian di sana dengan kaedah LAYANAN ALA-ADIL DARI POLIS yang disiarkan di dalam Malaysia kini ….
Bagaimanapun, apa yang berlaku, Chang Jiun Haur berlumuran darah selepas dibelasah oleh 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan cota dan ditendang.
Chang, 21, bersama adik perempuannya dan dua lagi rakan lelaki, sedang memandu keluar dari tapak benteng tersebut pada kira-kira jam 11.30 malam, apabila kereta yang mereka naiki dikepung oleh anggota polis yang sebelum ini, Seterusnya ….
Kalau kita masih ingat … ini lagi bukti layanan adil polis kepada rakyat ketika perhimpunan 100 Ribu Bersih di Kuala Lumpur tahun lepas …..
“Saya merayu supaya mereka jangan angkat saya kerana kaki saya patah. Tetapi mereka dengan kasar mengangkat dan menyepak lutut saya. Saya merayu tetapi mereka memaki saya dengan kata-kata kesat. Mereka tolak saya sehingga melanggar tangga trak polis. Saya merayu agar mereka angkat saya tapi mereka enggan dan saya naik sendiri dengan bantuan tahanan lain. Saya dibawa ke IPK Kuala Lumpur dan kemudian Ambulans St John bawa saya ke Hospital Kuala Lumpur. Saya patah kaki, tempurung lutut pecah dan sedang menunggu pembedahan.” – seterusnya dppkt.
SUKMA Kelam kabut
In Terengganu on May 31, 2008 at 11:09 am
buletinonline – [...] Demikian dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (Department of Art, Culture and Sport – DACS), Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Wan Mohd Hadib Wan Zain, ketika dihubungi Buletin Online hari ini.
Beliau berkata menguruskan kejohanan sukan bersepadu yang melibatkan pelbagai acara dan pertandingan memerlukan komitmen banyak pihak termasuk kerajaan negeri.
“Walaupun ada penafian bahawa sukan itu dipengaruhi oleh politik, namun pengalaman di Terengganu kali ini menunjukkan ada benarnya,
“penubuhan kerajaan yang agak terlewat selepas PRU 12 yang lalu, sedikit mengganggu kelancaran persiapan Sukma,” kata Wan Hadib.
Beliau berkata, perlantikan Exco sukan yang agak lewat ekoran kelewatan menubuhkan kerajaan mengakibatkan kerja-kerja penyudahan (finishing) kemudahan Sukma terutamanya Kompleks Sukan Gong Badak tidak diperhalusi.
”Kesan sebenarnya adalah apa kita lihat hari ini, pekerja kontrek masih sibuk dilapangan sewaktu para atlet sibuk memanaskan badan,
”kredibiliti Majlis Sukan Terengganu ‘sedikit’ tercalar apabila pengurusan bagi menyiapkan ‘venue’ pertandingan menghadapi pelbagai masalah,” kata Wan Hadib…. selanjutnya.
Sepertiga exco Pemuda tidak setuju dengan pucuk pimpinan
In Belit BN Belit UMNO on May 31, 2008 at 11:07 am
malaysiakini - [...] Ketika mendedahkan perkara itu, beliau berkata, ini menunjukkan pemimpin-pemimpin pergerakan itu bukan dayus.
Sebaliknya, kata bekas setiausaha parlimen kementerian sumber asli dan alam sekitar, “masih ramai singa dalam Pemuda Umno”.
Baru-baru ini tiga ahli exco Pemuda Umno – Harisson Hassan, Kamarulzaman Kamdias dan Azizul Nizam Bidin – menghadiri sidang akhbar seorang lagi exco pergerakan itu, Datuk Mukhriz Mahathir yang mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan.
Sazmi juga mendedahkan bahawa ada di kalangan pemimpin Umno yang menasihatkannya supaya jangan menghadiri majlis hari ini yang dinamakan ‘majlis suntikan semangat satria’ di Petaling Jaya hari ini.
Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyampaikan ucaputama di majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 500 orang, di sebuah hotel di Petaling Jaya…. selanjutnya.
Ahli-ahli Umno digesa berani desak Abdullah undur
In Belit Mahathir on May 31, 2008 at 11:04 amharakahdaily – [...]“Kalau ahli-ahli nak (keluar umno) dan tidak akan rugi apa-apa, dan istihar kami keluar Umno dengan syarat kalau umno tukar kepimpinan kami akan kembali kepada Umno, ini sahaja cara berkesan untuk mengusir dia (Abdullah Badawi),” katanya di hadapan hampir 1000 peserta yang mengikuti wacana ‘Suntikan Semangat Satria Tun Mahathir’ anjuran Minda Melayu Kreatif Kelab Cinta Amanah Melayu Arena PJS14 di sebuah hotel di Petaling Jaya pagi tadi.
Tegasnya, peletakan jawatan oleh Abdullah lebih berkesan jika wakil Rakyat Umno sanggup bertindak sedemikian seperti ahli Umno yang lain.
Dalam pada itu, Mahathir juga tidak percaya pada pemilihan Umno pada bulan Disember nanti yang akan berjalan secara telus.
“Kita tidak boleh harapkan kepada ketua-ketua bahagian kerana mereka mempunyai kepentingan tertentu.
“Nanti kalau saya sokong, saya tidak dapat itu..tidak dapat ini..,” katanya yang diikuti sorakan gemuruh oleh hadirin.
Sehubungan itu, beliau juga menegaskan tidak akan menubuhkan parti lain sebaik keluar Umno minggu lepas kerana jiwanya masih kepada Umno. … selanjutnya.
Dr M issues ‘kick me out’ dare
In chedet on May 31, 2008 at 11:01 am
malaysiainsider – At a press conference after delivering his keynote address at the “Suntikan Semangat Satria” (Injecting a Knightly Spirit) forum here, organised by the Minda Melayu Kreatif, Kelab Cinta Amanah Melayu and Arena PJS 14, Dr Mahathir said he was ready to quit as advisor to four government organisations.
“They can take away my position as advisor (to Petronas). I’m not dependent on them, not even if they give me RM15,000 a month. I’m not interested. I didn’t even ask for it to begin with.
“I’m also advisor to Proton, Langkawi (Development Authority) and Tioman (Island Development Authority). If they say, ‘Get out’, I’ll get out. No problem … but I’d prefer it if they kicked out me out,” he smiled…. selanjutnya.
Bullshit Islam from bullshit Muslims
In Raja Petra on May 31, 2008 at 8:47 am
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
malaysiatoday – [...] True Muslims practice amar maaruf, nahi munkar. True Muslims treat fardu ‘ain as one aspect of Islam and fardu kifayah as an even more important aspect. This means you uphold good and oppose evil. This also means you serve your community in the name of God while sacrificing your own interest (plus, in particular, party interests) for the good of the community. This means you uphold the teachings of Prophet Muhammad by opposing racism and the Umnoputera ‘caste system’ that exists in Malaysia.
But Umno and ABIM do the opposite to all this. They serve the party and uphold racism. They don’t care about the community. Party interests come first even if the community suffers. They oppose and violate everything that Islam stands for. They are munafik and fasik. Remember these two words: munafik and fasik. That is what Umno and ABIM are. Yet the pretend they are true Muslims. Bullshit! This is bullshit Islam practiced by bullshit Muslims. What they uphold and practice is everything that Islam opposes.
Uphold good and oppose evil: says Islam. Do not discriminate: says Islam. Race does not count: says Islam. Serve only God and your community: says Islam. But Umno and ABIM do the opposite of this. Umno and ABIM violate what Islam stipulates. Umno and ABIM are enemies of the community. Umno and ABIM are enemies of Islam. Umno and ABIM serve the party and their own race. Umno and ABIM are not true Muslims. Umno and ABIM are bullshit Muslims. Umno and ABIM are practicing bullshit Islam. True Islam practiced by true Muslims prohibits the serving of any other than the community and God. True Islam practiced by true Muslims prohibits racism and discrimination.
How ironical. The kafir (infidel) Chinese from Barisan Nasional are prepared to work with Pakatan Rakyat for the good of the people. These kafirs that Muslims say are all going to go to hell think of the people. On the other hand, the Muslims from Barisan Nasional sabotage Pakatan Rakyat even if the people have to suffer. These Muslims that Muslims say will be guaranteed heaven do not care about the people. How ironical that the kafirs practice amar maaruf, nahi munkar, and fardu kifayah, whereas Muslims violate these Islamic requirements. How ironical that the kafirs are better Muslims than Muslims. How ironical indeed.… selanjutnya.
Salam perpisahan buat Ezam
In Ezam on May 31, 2008 at 8:39 am
roslansms - [...] Kalau baca dari komen di atas sahaja bagi mereka yang tajam analisanya sudah dapat menggambarkan ada sesuatu yang sedang bergelora dalam jiwa sahabat saya itu. Saya mengenali Ezam melalui penglibatan politik dan pernah mewawancara beliau di WTV8. Secara jujur beliau adalah seorang yang baik budi pekerti dan akhlaknya, tajam fikiran dan mudah dibawa berbincang.
Tetapi beliau masuk Umno!
Saya sendiri sukar membaca apakah rasional disebalik tindakannya itu walaupun ada menerima beberapa maklumat tetapi tidak datang secara langsung dari diri beliau sendiri. Ringkasnya itu hak beliau, dan sebagai seorang kawan saya sekadar dapat mengucapkan salam perpisahan, kerana kita kini berlainan haluan. Bagi saya tindakan beliau itu tidak bijak dan bakal merumitkan lagi kedudukannya, apa pun, lawan tetap lawan. Seluruh artikel.
artikel dan berita lain
Tujuh Jahanam, bukan Enam Jahanam!…..opppss….ezam masuk … [proreformasi]
Ezam Masuk UMNO Anwar Bila lagi? [gurujqaf]
Dirty politics! [meiyen]
Siapa Ezam sebenarnya [dev.mober]
Bila ahli UMNO meroyan | Nasib Kaulah Ezam! [albanjari]
Ezam sudah masuk “Rumah Banglo” [hashimhabeed]
EZAM & FASAL 20 PERLEMBAGAAN UMNO: Majlis Tertinggi UMNO Akan … [whitenaval]
WAS EZAM MOHD NOOR PAID RM2 MILLION TO REJOIN UMNO ? [kamaltalkmalayasia]
What to make of Ezam in UMNO? [mindacergas]
Alkisah Sdr. Ezam dan ‘wahdatain’ kita…
In Ezam on May 31, 2008 at 8:32 amzainulfaqar - [...] KITA jarang bertanya mengapa UMNO sedia menerima Sdr. Ezam semula?
Yang selalu kita baca dan tertanya-tanya dalam isu Sdr. Ezam adalah – mengapa Ezam menyertai UMNO semula?
Berapa banyak wang atau keistimewaan telah diperolehi oleh Sdr. Ezam setelah mengambil keputusan berani dengan menyertai UMNO semula?
Jika Sdr. Ezam kecewa dengan individu tertentu dalam PKR sekali pun, mengapa sampai menyertai UMNO semula?
Kenapa tidak menyertai parti-parti oposisi yang lain, seperti PAS yang jelas memelihara ketinggian Islam dan kepentingan Melayu?
Sebenarnya banyak lagi soalan yang sudah pasti menjerat maruah dan kredibiliti Sdr. Ezam.
Sebagai blogger ‘kecil’, saya cuba meneladani suatu pepadah Inggeris – Silence is golden; supaya saya tidak dijerat bersama dalam mana-mana blok politikus nasional…. selanjutnya.
Adakah BN Benar-Benar Menanggung Subsidi Negara?
In Belit BN on May 31, 2008 at 8:29 ammarhaen – [...] Formula ekonomi apa yang kerajaan BN pakai. In ekonomi tipu muslihat!!! Saya pernah melawat pusat pemprosesan di Kerteh – luasnya beratus hektar. Adakah ianya tak cukup luas untuk menampung bekalan domestic. Ini dah jadi macam kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Dan mengapa pula tak pernah dikeluarkan kertas fakta hitam putih untuk menerangkan semua ini.
Rakyat berhak untuk melihat bukti mengapa harta rakyat (hasil petroleum) tidak dapat dibelanjakan dengan adil, bukan setakat propaganda di dalam media. Kami nak tengok bukti!!
Hanya kerana kerajaan BN tak cukup wang untuk membiayai tembolok besar pemimpin utama dan kroni, duit rakyat diperah, beban ekonomi dipindahkan kepada rakyat. Biar rakyat fikir macam mana nak hidup sedangkan mereka cekup harta rakyat sesuka hati.
Dan setiap hari media utama mencanangkan kerajaan menanggung beban subsidi sebanyak 53 billion ringgit. Jangan cakap saja, tunjukkan buktinya juga. Mana journalnya, mana buku akaunnya, balance sheetnya. Kami bukan nak dengar berita je, kami nak tengok bukti…!!!
Begitu juga dengan isu kenaikan harga beras, dicanang dalam media kerajaan menanggung subsidi sebanyak 700 juta lebih untuk harga eksport. Diberitahu juga bahawa harga beras import naik daripada RM1700 per tan kepada RM2300 per tan. Naik sebanyak 35%. Tetapi mengapa harga beras di pasaran Malaysia naik sebanyak 70%. Dahulu harga beras Jasmine untuk 5 kg adalah sebanyak RM10.00, tetapi sekarang ni dah RM17.00
Persoalannya dimanakah kos subsidi itu, kalau harga dah jadi macam ni. Kat mana kos subsidi kerajaan… nak menipu lagi ke?? Kalau betul kerajaan tanggung subsidi harga beras sepatutnya lebih rendah daripada RM13.00…. selanjutnya.
Penang deputy CM explains offer to Umno men
In Penang Politics on May 31, 2008 at 8:22 ammalaysianinsider – [...] The offer was made purely on the understanding that there are “colleagues” capable and skilful in administrative matters besides providing the opportunity for developing the state together, he said.
“The offer shows that we are matured and professional in the matter of developing the state,” he told reporters after officiating the third round of the Malaysian Paintball Official Circuit (MPOC) for the Penang Yang di-Pertua Negeri trophy at the City Stadium here.
Mohamad Fairus also said the offer showed that the state government was prepared to establish a new culture of political maturity and quality by discarding the differences in political ideology.
“Of importance is giving priority to the people’s interests and carrying on with the development of the state for the good of the people,” he said.
The Pakatan Rakyat government offered posts to the five assemblymen — Datuk Azhar Ibrahim (Penaga), Datuk Mahmud Zakaria (Sungai Acheh), Datuk Ariff Shah Omar Shah (Seberang Jaya), Muhammad Farid Saad (Pulau Betong) and Shabudin Yahaya (Permatang Berangan) — on the Consumer Affairs Monitoring Committee last week after they had rejected a similar offer about a month ago…. selanjutnya.
Walimatulurus: Mat Ezam & Ummi Mariammah Nagore Omar
In Matsamankati on May 31, 2008 at 8:21 ammatsamankati – [...] Aku tak pernah tengok janda Mat Ezam ni, sebab aku kenal Mat Ezam selepas dia bercerai dengan isterinya. Masa tu, dia kahwin dengan anak saudara aku, tahun 99. Abang aku kawin dengan sorang perempuan Cindian, mak Cina bapa India. Bila abang aku dapat anak, tak tau nak bubuh nama apa. Nak sedapkan hati semua pihak, dia bubuh nama, Pauline Khairunissa Raj. Fair and square. Sapa pun tak kecil hati.
Tapi perkahwinan tu tak lama. “Susah ,Yob! Pagi nasi lemak, tengahari tosai, malam Char Kuey Teow, perut selalu meragam!” rungut Mat Ezam.
Bapak Chom Bee ni ‘money changer ‘ kat lebuh Chulia. Depan Restoran Kapitan. Dah puluh tahun depa duduk kat situ. Sebelah kedai depa ada satu masjid, Masjid Nagore Shariff, sempena nama Tok dia. Bila Mat Ezam dapat tahu bapak Chom Bee dah balik keChennai, Mat Ezam rasa dia ada chance nak rujuk balik. Apatahlagi, semua bisnis orang tua tu dah pass kepada Combi. Meleleh la air liur Mat Ezam… selanjutnya.
Pemaju besar besar engkar persetujuan bersama
In Penang Politics on May 31, 2008 at 8:09 amharakahdaily - [...] “Penduduk rasa hairan kenapa pemaju tidak peduli langsung keputusan YDP tempoh hari. Selepas keputusan bersama dibuat, pemaju terus buat kerja sampai malam.
“Semalam, penduduk membertahu MPSP mereka datang menghalau pekerja di situ tapi tidak diendahkan,” jelas jurucakap penduduk, Amirudeen Saidu Mohamed pada Harakahdaily petang tadi.
Sepatutnya, pihak pemaju mengambil langkah mengikut sahaja keputusan tersebut tetapi sebaliknya lain pula berlaku seolah-olah ada pihak yang menjadi dalang sehingga membuatkan mereka begitu berani bertindak membelakangkan arahan YDP MPSP.
Baru-baru ini Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Fairuz Khairudin mengadakan lawatan ke tapak berkenaan dan mendapati lorang 6,7 dan 8 Taman Sutera Prima retak teruk dan ada antaranya tidak boleh diduduki di ruang atas rumah bernilai RM173 ribu itu.
Keadaan ini terus meresahkan penduduk kerana bantahan mereka tidak dihiraukan oleh Adun Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah untuk menyuarakan hak penduduk yang diwakilinya walaupun diajak berunding…. selanjutnya.
Rough seas or calm ahead?
In batu puteh on May 31, 2008 at 2:57 ammalaysianinsider – A week after the world court’s judgment that Pedra Branca belongs to Singapore, the strategising over competing maritime claims in the area has shifted gear.
With the issue of ownership settled, the issue that now seems in contention is the meaning of the terms island and rock.
Malaysia’s Foreign Ministry apparently wants a subtle name change.
It has asked the media on its side of the Causeway to drop the word “Pulau” and stick to “Batu Puteh” or “Pedra Branca” — white rock in Malay and Portuguese respectively.
Alternative news website The Malaysian Insider reported on Monday that checks with two national dailies confirmed such a request.
Singapore, on its part, maintains that Pedra Branca is an island.
Why make a mountain out of what seems a molehill?… selanjutnya.
Mokhzani didesak letak jawatan Pengerusi SIC
In mokhzani on May 31, 2008 at 2:36 am
harakahdaily - [...] Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ismail Sabri Yaakob Ismail berkata, ekoran tindakan Mokhzani menurut jejak langkah bapanya keluar dari Umno, maka beliau mesti melepaskan jawatan pengerusi SIC kerana ia milik anak syarikat Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) yang dikuasai kerajaan melalui Khazanah Holdings.
“Jawatannya itu adalah hak kerajaan. Bila dia (Mokhzani) keluar Umno, secara prinsipnya, beliau kena lepaskan jawatan dalam kerajaan,” kata Menteri Belia dan Sukan Dato’ Ismail Sabri Yaakob Ismail Sabri.
Menurut laporan Bernama yang dipetik Malaysiakini, Mokhzani dilantik menjadi Pengerusi SIC pada 2003 menggantikan Tan Sri Basir Ismail, yang merupakan Pengerusi SIC yang pertama.
Dalam reaksi balas, Mokhzani, 47, yang juga bekas bendahari Pemuda Umno berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana tiada arahan daripada MAHB atau Kementerian Kewangan.
Mokhzani berkata Ismail Sabri sepatutnya merujuk perkara tersebut (peletakan jawatan) kepada MAHB atau Kementerian Kewangan.… selanjutnya.
berita lain – Kini Mokhzani pula jadi sasaran… [malaysiakini]
PSM: Pakatan Rakyat macam BN
In Belit BN, Pakatan Rakyat on May 31, 2008 at 1:54 ammalaysiakini - [...] “Malangnya pentadbiran dan pengagihan kerja berkisar pada kuota parti yang berjaya dan mengikut kuota kaum,” kata pengerusi penaja PSM, Dr Mohd Nasir Hashim dalam ucapan dasarnya.
“Tindakan seperti ini tidak berbeza dengan pemerintahan lalu. Maka demi menjaga kuota, kualiti akan dirobohkan.”
Beliau, yang juga wakil rakyat Kota Damansara di Selangor yang menang atas tiket PKR, menyifatkan Pakatan mempunyai “hala tuju yang tidak jelas yang berpaut pada sistem yang berunsurkan penindasan dan berlandaskan pada mengejar keuntungan yang maksimum.”
“Sistem ini pada dasarnya mendorong pada penggunaan kaum dan agama bagi mengatur dasar pembangunan negara.
“Sifat berjinak pada sistem kapitalis akan memunculkan era pemerintahan yang pada mulanya berbentuk liberal, diikuti dengan era cogan kata dan diakhiri dengan pemerintahan kuku besi,” tambahnya di kongres tahunan ke-10 parti di Port Dickson.
… selanjutnya.
no2umno – dunia beb …. dunia.
WHAT BLOGGERS SAY: Toll fracas, Najib in the crosshairs
In Grand Saga, Sidang Parlimen on May 31, 2008 at 1:43 amNST – Petaling Jaya Utara MP Tony Pua expressed his frustration over the rejection of Serdang MP Teo Nie Ching’s request for the matter to be debated in Parliament on Thursday.
“The deputy speaker rejected Serdang’s motion to debate police inaction over the Bandar Mahkota Cheras-Grand Saga toll controversy, which resulted in individuals being hurt by thugs in full police presence and another being beaten up by some 20 police officers.
“Despite this issue hitting the headlines over the past three days or so, the deputy speaker ruled that the motion was not urgent,” wrote Pua.
Bernard Khoo of zorro-zorro-unmasked.blogspot.com took exception to Deputy Home Minister Chor Chee Heung saying the police did not intervene in the scuffle initially because they were waiting for back-up.
“The (10) police officers had guns, the (15) thugs had parangs and pipes. What back-up were they waiting for?”…. selanjutnya.
Pix taken from …. sg long
Why did cops shoot our son?
In Belit POlis on May 31, 2008 at 1:41 amNST - Grieving parents of former lorry driver Tan Chin Teik are questioning the police for shooting their 37-year-old son instead of arresting him after a car chase which ended in Simpang Koboi, in Kampar early last week.
insidepix2
“Even if he committed a crime, they should follow the law. They never gave him a chance to surrender. Why did they shoot him? What did he do?” asked Chin Teik’s mother, Phang Yoon Moy, 60.
She said her son had turned over a new leaf three years ago when he was released from jail after serving a two-year sentence for house-breaking.
Phang and her husband, 62-year-old tractor driver Thean Tiang Eang @ Tan Tiang Eng, denied that their son was in possession of a parang, as claimed by police…. selanjutnya.
FRU lepas, Samseng pun lesap
In Belit POlis on May 31, 2008 at 1:29 am
[Atas] Lepas pukul, di gari …..
Ni lagi satu … samseng. Hebat betul dia nih….macam dah dapat power bagi dek penguatkuasa. Mungkin dalam hati kata “Gua takut apa…semua gua kenal”. Confident giler.
selanjutnya… Sg long ….
Tiada ijazah, kenapa Rosmah dilantik Canselor Unisel?
In Rosmah Najib on May 31, 2008 at 12:56 amPerkauman Sebagai Modal
In chedet on May 31, 2008 at 12:47 amchedet – Tetapi di Malaysia walaupun bahasa kebangsaan adalah bahasa pribumi, ramai rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur bahasa tersebut, malahan secara lazimnya tidak menggunakan bahasa itu di rumah mahupun dengan rakyat Malaysia yang lain. Apabila orang asing bercakap dalam Bahasa Malaysia mereka akan menjawab dalam Bahasa Inggeris. Orang asing tidak mengerti mengapa mereka kelihatan merendah-rendahkan bahasa kebangsaan mereka sendiri. Di dalam masa yang sama mereka ini menyoal mengapa tiada Bangsa Malaysia.
Sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa negara asal mereka bukan sahaja dibenarkan malahan dibiayai oleh Kerajaan. Cuba cari sekolah sebegini di Asia Tenggara ataupun di negara-negara maju yang dianggap liberal dan didakwa tidak berlaku diskriminasi kaum. Sebenarnya terdapat lebih ramai orang keturunan India di United Kingdom daripada di Malaysia. Tetapi tidak ada sebuah sekolah pun yang mengguna bahasa-bahasa India sebagai bahasa pengantar di United Kingdom.
Orang seperti Param tidak akan nampak semua ini. Sebaliknya dia melihat sebarang usaha untuk meningkatkan keupayaan rakyat pribumi supaya setanding dengan rakyat bukan pribumi sebagai bersifat perkauman. Dengan bongkak dia seolah-olah mahu melihat rakyat pribumi semuanya mengemis didalam negara mereka sendiri.
Saya mengaku saya bercakap mengenai Ketuanan Melayu semasa di Johor. Sebelum itu, cendekiawan-cendekiawan Melayu telah begitu lama bercakap mengenainya. Tidak pernah ada pandangan bahawa mereka itu bersifat perkauman ataupun ada cadangan supaya mereka ditahan dibawah Akta Dalam Negeri (ISA – Internal Security Act).… selanjutnya.





