no2umno

Archive for October, 2008

Look beyond race in PKNS top job – MB

In PKNS on October 29, 2008 at 10:06 am

Sun2surf | ….”If there is a Malay manager who cannot benefit the Malays, then this is something we should view seriously,” he said.

“People are angry because we changed the people, but are they not angry about the billions lost? Which is better? Think about this,” he urged those who challenged the decision.

He reiterated that Low, who was due for retirement this month, was picked for her 33-year experience in the company.

He said she was aware that her appointment was temporary and that she would be there until a suitable Bumiputra candidate with proper qualifications and experience, preferably in real estate and housing development, could be found.

Pas led by Selangor commissioner Datuk Dr Hassan Ali had on Tuesday expressed the party’s displeasure over Low’s appointment and said the party will be looking for a suitable candidate to replace Low after meeting Khalid.

Low Siew Moi
Hassan said this had nothing to do with Low being a woman and a Chinese. He said there are two other deputy GMs who are also suitable for the job, and asked why they were not considered.

Former mentri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo had also said Khalid’s decision undermined the capabilities of Malays to run a company like PKNS…. selanjutnya.

Malaysia rated among ‘most risky’

In Ekonomi on October 29, 2008 at 10:04 am

malaysiainsider | Malaysia is rated as “high risk” while Singapore is well-positioned to weather the economic slowdown because of its political and social stability, says Hong Kong-based Political & Economic Risk Consultancy.

Its analysts ranked Singapore as having the least political and social risks next year among 16 territories in Asia-Pacific, according to a summary of its 87-page report released to the media yesterday. Malaysia,
Thailand and India were ranked as the most risky because of internal developments.

The unlikelihood of sudden political changes, stable labour relations and sound policies, including measures to help the poor, were among the factors in Singapore’s favour, said Perc’s managing director, Robert
Broadfoot.

“Singapore’s fiscal situation is strong enough for the fiscal incentives that are going to help the country get over the crisis and spread the pain of recession,” he said…. selanjutnya.

UMNO tiada pilihan

In Badut UMNO on October 29, 2008 at 12:54 am

Yang korup jadi pemimpin. Yang seleweng jadi ketua. Yang kotor jadi senator.
Apa lagi yang tinggal di dalam UMNO. Dah tak der pilihan, Tu sebab ada yang masih kekal. Atas serupa, bawah pun sama. Korek korek … semua satu spesis.

Baca rujukan ini.

“Umno tetap Umno masih tidak ada perubahan dasar dan perjuangan Umno tidak kukuh tidak menunjukkan satu kesedaran, ” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pemimpin yang mempunyai sahsiah yang baik dan bermoral wajar dijadikan asas kepada pemimpin kerajaan untuk dijadikan contoh terbaik kepada rakyat.

“Sepatutnya kerajaan yang bermaruah tidak mengambil beliau (Norhayati), ramai lagi pemimpin yang lain boleh diangkat, kena buktikanlah di mana Kerajaan Islam Hadhari?” tegas beliau. – harakah

Pada UMNO cukup mudah, biar pun tak der akhlak, yang penting mesti Melayu.
Kalau letak Cina atau India yang alim …. kecoh di buatnya.

PKNS: UMNO sudah mula guna kesempatan

In PKNS on October 29, 2008 at 12:38 am

Sudah ku bilang, sudah ku kata. UMNO akan ambil kesempatan kerana sekali lagi kesilapan yang dilakukan oleh MB Selangor di dalam menyelesaikan masalah yang terlalu mudah.

Baca berita ini ….

Beliau, yang juga ketua bahagian Umno Selayang, mendakwa tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bertujuan untuk mengekalkan sokongan bangsa lain terhadap Pakatan Rakyat.

“MB mencari kaedah untuk mengembalikan sokongan-sokongan bangsa lain kepada mereka tanpa mengira maruah bangsa (Melayu) yang dijual.

“Apa yang dibuat (keputusan tersebut), tidak nampak kepada pembelaan terhadap bangsa Melayu,” tambahnya, sambil menyebut kontroversi yang dicetuskan oleh Abdul Khalid berhubung kuota kemasukan pelajar bukan bumiputera ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ogos lalu.

Pemuda Umno Selangor akan menghantar surat bantahan berhubung pelantikan itu kepada menteri besar dalam masa yang terdekat, kata Abdul Syukur. “Selewat-lewatnya awal pagi Khamis (ini),” katanya. – Malaysiakini

Sebenarnya jika Melayu menjadi pengurus PKNS sejak dulu, tidak pernah di persoalkan oleh bangsa lain. Di dalam PKNS semua bangsa bekerja sama. Tak tau mana datangnya idea lalu MB menjadikan Mdm Low sebagai Pengurus sementara yang kononya cukup berpengalaman di dalam pengurusan PKNS.

Benda ni memang dah jangka. UMNO sedang menanti peluang yang cukup lumayan ciptaan MB Selangor. Sebagai penyokong kuat Pakatan rakyat, aku dah letih sebenarnya nak menjawab kalau kenyataan yang keluar dari MB Selangor menyimpang dari tujuan sebenar.

Kerapkali bila MB Selangor di sergah wartawan, jantung aku berdetup detap bimbang kemungkinan jawapan yang keluar. Bila jawapannya tersasar dan di politikkan oleh pihak satu lagi aku letih nak jawab.

Orang tanya aku …” Dulu kau kata PR bagus memerintah, kenapa sekarang ……..” ADuh letih laaaaa…….

MB ada setiausaha politik masing masing. Bukan tu sahaja malah ramai lagi EXCO EXCO yang pandai berpolitik untuk bantu. Soal menjawab wartawan ni, kalau tak bijak, jangan jawab. Wartawan pandai olah tajuk dan soalan sehingga menjadikan ianya sensasi dan mudah jual surat khabar. Itu MB kena bijak. Tapi biar lah tunduk sikit ke bumi untuk terima nasihat. Jangan jadi terlalu degil sampai jadi bodoh sombong.

Masalahnya bukan sekarang beb … tunggu 4 tahun lagi. Ketika waktu hampir pilihanraya dan tempoh berkempen. Ketika itu nanti baru lah sibuk nak cerita baik baik. Dengan isu ini juga, UMNO akan jadikan peluru untuk tembak Pakatan Rakyat. Itu jam … lu pikir la sendiri.

Itu sebab gua cakap ….

Ada akai …… pakai
Ada otak …. jangan simpan dalam kotak.

PKNS: Bukan soal bangsa

In PKNS on October 28, 2008 at 11:27 pm

Sebelum aku nak komen ni. Aku kena pikir bahawa berita yang akan aku ulas disini adalah datangnya daru media BARUA kerajaan. So … korang pun kena sikit terbuka dan berpikiran matang sekiranya berita ini tidak benar.

Namun jikalau ianya benar kenyataan yang datangnya dari MB Selangor … mari kita ulas.

Keratannya Utusan ini adalah seperti berikut,

Abdul Khalid mendakwa beliau tidak faham apabila ada pihak tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri melantik Siew Moi untuk memangku jawatan itu berbanding memikirkan PKNS didakwa hilang berbilion ringgit.

“Kita mesti memandang berat, marah tukar orang tapi tak marah hilang berbilion ringgit. Kalau ada pendirian berbeza sama ada memilih bumiputera kemudian bagi beratus juta ringgit, atau memilih orang Melayu tetapi hilang berbilion ringgit,” katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau sudah 35 tahun berkhidmat dengan PKNS dan pegang jawatan akaun yang mana beliau sudah biasa dengannya.

“Ini fakta dan pelantikan beliau adalah satu yang logik kerana difikirkan baik untuk PKNS dalam tempoh peralihan ini,” katanya.

Peringatan !!! Masalah berkenaan PKNS tidak ada kaitan dengan isu bangsa. Ada komen komen yang wak terima memang berkisar tentang ‘bangsa apa ‘yang memimpin PKNS. Waspada, isu berkenaan di putar belit kerana soal bangsa memang menjadi tajuk yang menarik untuk membawa korang ke lembah perbalahan. Itu media arus perdana punya kerja. Api kalau disimbah petrol boleh letup woooo. Kaedah sama buat bom Molokov cocktail. Korang jangan terjerat.

Soalnya di sini adalah kerugian berbilion ringgit di dalam PKNS. Tolong jangan lari tajuk.

Kejadian ini sudah belaku sejak dulu lagi. Madam Low bersama PKNS hampir 40 tahun. Dia adalah salah seorang yang berpangkat di dalam PKNS dari seorang yang hanya berjawatan pegawai akaun. Dia di naikkan pangkat ketika Datuk harun salim menjadi boss di PKNS dan serba sedikit terlibat dalam sebarang aktiviti sehingga PKNS kerugian berbilion ringgit.

Bukan masa nya untuk menuding jari antara mereka. Tapi kena bersihkan PKNS dari jalang jalang yang berada di dalam. Kita sebenarnya sudah terlambat dan kaedah yang paling baik adalah buang mereka semua. Siapa di dalam pKNS yang bersih? Susah nak cari. Semua nya dah korup. Jangan kata engineer tak terbabit, kerani tidak bersangkutan, sedankan sekarang semua nak cuci tangan. Kita tutup cerita itu dan langkah yang penting ketika ini adalah bersihkan pengurusan PKNS.

Khalid Ibrahim dah biasa dengan dunia keparat. Bila sebuah syarikat bercadang membeli syarikat lain, pembeli melantik consultant untuk menilai satu satu syarikat. Aset, hutang, rekod kakitangan, akaun dan macam macam butiran tentang syarikat akan diselidiki. kenapa langkah ini tidak dibuat pada peringkat awal dan membiarkan pengurusan lama yang memang dah ternyata korup terus berada di dalam PKNS sampai ke hari ini? Nak tunggu pencen baru nak siasat? Dan kerana Pengurus Besarnya pencen maka di lantik orang yang sekapal dengan nya untuk berada di tempat pengurus besar. Mungkin Madam Low bersih pada Khalid kerana dia tak dapat berita. Tapi kalau dah duduk meeting sekali di dalam membuat keputusan maka orang ni semua tak boleh pakai. Dan yang paling menarik … di lanjutkan tempoh untuk 1 tahun. Tapi aku percaya selepas ini tempoh ini tidak lagi disebut memandangkan, Dato Hassan Ali di tugaskan untuk mencari pengganti.

Kerajaan negeri lain yang mengalami perubahan kerajaan dah buat tindakan ini pada bulan April dulu lagi. Diorang dah siap siap tukar pengurusan anak syarikat dan jabatan di bawahnya.

Aku dapat desas desus dari EXCO dan kalangan kakitangan SUK sendiri bahawa MB Selangor ni keras kepala sikit. Tak mahu dengar nasihat orang lain kerana dia rasa dia dah cukup bijak. Korang ingat DS Anwar boleh tutup mata dengan semua bentuk silap yang dia dah buat? Hari ni nasihat, esok dia buat lagi. berapa banyak lagi kontroversi yang dia nak buat daaaa…..

Selepas ini masalah yang sama akan di hadapi ketika YDP dan Datuk Bandar sampai tempoh untuk di tukar. Di mana perkara ini tidak langsung di beri fokus. Korang bayangkan Datuk Bandar boleh perlekeh EXCO dalam buat keputusan sebab MB dah bagi kuasa pada mereka. Ini langsung tidak boleh di terima kerana ketika UMNO memerintah, taraf Datuk Bandar cuma balaci YB YB. Paling tidak pun respek la sikit kerana mereka kini berada di bawah bumbung yang sama. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum. Tapi YB pemimpin yang di pilih rakyat terpaksa tunduk pada mereka yang di pilih oleh pusat. Dah terbalik tu.

Kita tengokkan apa cerita terbaru pulak hari ini. Namun satu peringatan adalah isu PKNS dan Mdm Low bukan tentang bangsa dan kaum, tapi soal amanah untuk membongkar kehilanan berbillion ringgit wang rakyat Selangor. Melantik orang lama sedangkan MDM LOW sendiri pun perlu DISIASAT. Angka kehilangan bukan sikit beb. Boleh beli helikopter perang tu.

UMNO tak perlu debat – Radenjowo

In pemilihan UMNO on October 28, 2008 at 12:08 pm

Sejak dua menjak ni UMNO sibuk nak berdebat. Shabery Cheek kata dia setuju tapi Mukhriz pula macam tak gemar. Khairy kata di berani dan Agendadaily yang dilantik sebagai orang tengah, macam berat sebelah.

Di dalam UMNO isu berat sebelah ni dah biasa. Kalau dalam pilihanraya umum, UMNO memang bertindak berat sebelah. TV, akbar dan semua bentuk media .. dia yang punyai. Tapi perlawanan di dalam UMNO, tau pulak diorang benda ni tak baik. Sama la juga dengan politik wang. Istilah ini cuma ada pada pemilihan UMNO, kalau PRU … politik wang tak ujud. Semuanya ok dan ditanggung halal.

Apa yang UMNO takut berlaku di dalam debat adalah sekiranya tercetus acara kerusi terbang dan tarik rambut. Bukan pendebat tapi penyokong. Sedang kita tengok acara debat secara LIVE … tiba tiba kerusi naik atas pentas atau botol kepada kepala pendebat. Tak ke haru tu?

Korang tengok apa yang berlaku di Kelantan, Kuala Selangor dan Kota Tinggi. Malu di buatnya. Akibatnya langkah yang perlu di buat oleh dewan dewan sebelum pengundian di lakukan, semua kerusi akan di lekatkan di lantai agar perwakilan tak boleh baling kerusi. Di pintu masuk pula di letakkan pengawal keselamatan untuk ikat tangan mereka ke belakang untuk elak ketuk dahi.

Sekarang aku nak bagi pandangan ….

DEBAT SESUNGGUHNYA TIDAK PERLU. Kerana debat ini akan merosakkan nama UMNO sendiri. Aib masing masing akan di bongkar sesama sendiri. Di dalam UMNO, nko kenal aku, dan aku kenal engkau. Maka silap sikit … habis cerita bawah kain akan terbongkar.

http://www.ifsbank.com/images/Statement.jpgKalau korang tanya apakah cara yang paling baik untuk lihat betapa berkredebilitinya seorang pemimpin UMNO itu adalah melalui pembentangan rekod kewangan masing masing. Serahkan transaksi kewangan akaun setiap calon untuk di lihat oleh ahli ahli UMNO.

Kalau ada simpanan di dalam 10 bank, maka mereka perlu menyerahkan kesemuanya. Tak kira bank tempatan atau luar negeri. Sapa memiliki wang yang banyak dia akan di istiharkan pemenang. Jumlah paling banyak adalah untuk jawatan paling tinggi.

Gerenti tak gaduh, mudah dan berkesan.

Hassan Ali terpaksa tutup aib Khalid Ibrahim

In PKNS on October 28, 2008 at 11:39 am

Tindakan tergesa gesa MB Selangor melantik Madam Low Siew Moi sebagai Pengurus Besar PKNS telah mengundang rasa tidak puas sebilangan pihak. Ini berikutan prestasi yang buruk ketika beliau dan Bekas Pengurus Besar PKNS menerajui PKNS untuk tempoh yang panjang.

Tarikh luput mereka sudah sampai tapi mahu di ‘recycle’? wakakakakak ….

Pada 25hb October, satu memo telah di hantar kepada MB Besar oleh persatuan persatuan kakitangan PKNS untuk menolak perlantikan tersebut. Tapi MB teruskan jua hasratnya.

Dan kini, Y.B Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang juga ADUN Gombak Setia terpaksa campur tangan untuk meredakan keadaan.

Beritanya di SINI

The appointment of Low Siew Moi as Selangor State Development Corporation (PKNS) acting general manager (GM) for one year starting Nov 1, may well be reduced to a few days or weeks, depending on PAS’s ability to come up with a better and more suitable candidate, said Selangor PAS commissioner Datuk Dr Hassan Ali.

Hassan, who is also executive councilor for Islamic and Malay Affairs and Infrastructure and Public Amenities, said this after a brief meeting with Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim who had on Monday announced Low’s appointment, although she was due for retirement end of this month together with present GM Datuk Harun Salim.

Kenapa bersungguh sungguh benar MB mahu melantik seorang MADAM yang mempunyai rekod buruk di dalam PKNS tanpa rujukan di buat? Ada akai ka?

Dan menjadi tugas Dato’ Hassan Ali pula terpaksa tutup aib MB Selangor. Macam ni la … no2umno sarankan, MB Selangor duduk diam diam kat opis untuk sign cheque je. Selain dari itu tolong jangan campur. Asyik asyik kontroversi je.

Ethos Capital eyeing KWSP’s RM300 billion ?

In Belit Mahathir, Belit Najib on October 28, 2008 at 11:28 am


Minsider | …Writing in his popular chedet.com blog today, Malaysia’s former PM accused Ethos Capital of being a “hedge fund” and suggested the firm was eyeing RM300 billion from the Employees Provident Fund (EPF).

“Look at the role of ECM Libra. Will Ethos, who are also linked to the Fourth Floor, become another ECM Libra?

“They (Ethos) are interested in getting a portion of the EPF worth some RM300 billion, to manage its investments, apparently with returns of up to 40 per cent.”

Dr Mahathir said Najib should remember what happened to Orange County in the United States as it went bankrupt a number of years ago due to investments in hedge funds…. selanjutnya.

Another ECM Libra in the making …

Benarkah suami Low seorang kontraktor PKNS?

In PKNS on October 28, 2008 at 10:37 am

Di godek godek … di perolehi. Satu blog mendedahkan “Conflict of interest” madam low yang baru sahaja di lantik menjadi Penjawat Sementara Pengurus Besar PKNS untuk tempoh 1 tahun oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beberapa tajuk penting dan pembongkaran adalah di dalam artikel berikut …

Jawab jawab jawab
Kami juga mendapati terdapat unsur “conflict of interest” dalam struktur PKNS itu sendiri apabila terdapat sekumpulan pegawai kanan memegang saham 30% dalam anak syarikat PKNS, iaitu PKNS Infra Sdn Bhd…..

Alumni PNB, Alumni Guthrie, Alumni Queenssland, Kawan lama, Kroni atau saudara mara. Kita tunggu dan lihat. TS Khalid sanggup tunngu sehingga kawan-kawan dia datang. Siapa Saifudin Morat? Penasihat Ekonomi MB? Siapa Dr Anwar yang jaga pasir? Apakah kepandaian Dr Anuar dalam hal ehwal pasir? Zero…..

Bolehkah Madam Low menterbalikkan angka ini?. Adalah dimaklumkan bahawa Madam Low adalah pegawai yang bertanggung-jawab dalam urusan penswastaan dan anak-anak syarikat pada zaman Harun Salim. Benarkah suami Low adalah seorang kontraktor yang banyak mendapat peluang di PKNS?….

Seterusnya ….sebuah memo membantah perlantikan Madam Low

Memo untuk MB Selangor
(…) Persatuan-persatuan, kesatuan dan badan kebajikan di PKNS telah mendapat maklumat bahawa Y.A.B. Tan Sri telah mengeluarkan surat melantik Puan Low Siew Moi untuk memangku jawatan Pengurus Besar PKNS mulai 1 November 2008 ini. Perlantikan tersebut sesungguhnya adalah amat bertentangan dengan hasrat surat kami terdahulu yang meminta Y.A.B Tan Sri mempertimbangkan penyandang jawatan Timbalan Pengurus Besar (Pentadbiran dan Pembangunan) iaitu Tuan Haji Md Nasir bin Md Arshad untuk mengisi kekosongan jawatan Pengurus Besar PKNS.

Dan komen tentang Kenyataan Akhbar MB Selangor di atas siri penstrukturan PKNS.

(…) Setelah menghalusi perkara ini saya membuat kesimpulan, TSKI disalah nasihat oleh orang tertentu yang ada kepentingan. Sumber tertentu menjelaskan Harun Salim memainkan peranan utama dalam isu ini.

Tan Sri Khalid tidak perlu melibatkan pakatan Rakyat bila menghadapi masalah dalam satu satu isu. Ini kerana keputusan ini adalah olehnya sendiri tanpa berunding dengan rakan Pakatan Rakyat. “(Perlu ditegaskan, Kerajaan Pakatan Rakyat amat mementingkan pentadbiran secara telus dan bertanggungjawaban (transparency and accountability) dan berpendapat PKNS perlu mengubah corak pentadbiran supaya menghayati dan melaksanakan kepentingan ini.)”

Hairan dan pelik TSKI hanya mampu membuat dakwaan kosong tetapi tidak menyiasat akan penyelwengan yang disebutkan.

Kita tunggu dan lihat siapa yang akan tergolek lewat isu PKNS ini.

Lawati blog apatakkena untuk ketahui cerita lanjut tentang konflik di dalam PKNS. Soal diri … kenapa MB masih pilih Madam Low Siew Moi?

Bala masih hidup !!!

In Balasubramaniam on October 28, 2008 at 3:27 am

Nak jadi kaya? Jadi macam Bala. Dia masih hidup. Tak tahu berada di mana.
Yang ada cuma panggilan talipon untuk ucap selamat Hari Deepavali kepada keluarga.

Baca berita KOSMO

Penyiasat persendirian kontroversi, P. Balasubramaniam sempat menghubungi keluarganya kelmarin sempena Deepavali walaupun kini bersembunyi di luar negara.

Anak saudaranya, R. Kumaresan berkata, setelah agak lama tidak berhubung, Balasubramaniam berbuat demikian pukul 10 malam kelmarin untuk bertanya khabar sempena sambutan hari Deepavali.

“Kami semua amat sedih kerana tidak dapat menyambut Deepavali bersamanya kerana dia masih berada di luar negara.

“Dia sempat berpesan menjaga diri dan ibunya di kampung,” katanya ketika dihubungi semalam.

Berbanggalah dengan kemajuan yang kita ada

In Rogol on October 28, 2008 at 2:12 am

4×4 expedition in KL

In Pendatang on October 28, 2008 at 1:50 am

theStar | ……. Simply put, driving in Kuala Lumpur is not for the faint-hearted!

Any good driver will agree that driving in the city is very much like a 4×4 expedition, minus the off-road conditions, at least most of the time.

Sometimes, the road conditions, as a result of poor maintenance, get on our nerves, forcing us to be very alert, swift and composed to avoid getting our wheels stuck in the potholes.

We also have to be extra cautious to steer clear of the other vehicles on the road, especially the motorcycles whose riders seem to have a habit of zig-zagging through traffic.


selanjutnya.

Aku nak cerita tentang lawatan aku semalam ke KL. Dah kerana anak perlu pulang ke hostel, aku hentikan anak di stesyen bas berhadapan Central Market. Selepas itu, aku menyusuri jalan ke Puduraya dan belok kiri ke Masjid Jameq dan susur ke Dataran Merdeka untuk pulang ke Subang Jaya.

Semalam cuti sekolah jadi Kuala Lumpur jadi pusat dunia.

Aku dan keluarga jumpa macam macam muka. Pelancong mat salleh, bangla, pakistan, Indonesia, Sabahan [macam Philipino], Philipino, Myanmar dan macam macam lagi. Mereka ni memenuhi seluruh kawasan. Bahasa usah cerita la….macam pasar. Melintas jalan ikut sedap tekak.

Tak dapat gi oversea pun tak kesah, kerana kalau nak rasa kalu … lawat KL masa waktu cuti.

Suasananya sama seperti melawat Jogjakarta dan Mumbai. Di dalam kereta, anak kecil pegang tangan aku. Dia kata takut dengan makluk asing yang menjeling tajam ke arah dia. MAcam nak makan orang katanye.

Tapi itu lah KL yang berbeza sejak 20 tahun dulu.

Maju? Wakakakakakak … maju ke mende? !!!!
Hancusss !!!

Muslim UMNO … what say you?

In Badut UMNO on October 28, 2008 at 1:43 am

Wakakak …. mula mula DEB sekarang kita gadai UMNO … wakakaka

Sabah Umno out to woo non-Muslim bumiputras
Sabah Umno is setting up a special taskforce to attract more non-Muslim bumiputras from the state’s ethnic communities such as the Kadazandusuns and Muruts.

Penampang Umno chief Datuk John Ambrose, the party’s first non-Muslim division chairman, said the move was aimed at strengthening Umno in the state.

Opening the Penampang Umno meeting at Kampung Limbanak here on Monday, he said both party president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak had given the green light for setting up the taskforce.

“Sabah Umno is open to all races as the party fights for the rights of all bumiputras in the state. If Umno in Sabah is just serving one community, what would happen to the others?” he said…. selanjutnya.

Now another blunder to UMNO.
PEKIDA and UMNO … what say you?

Dont be shy … say ‘YESS’ if u wish to.

PKNS: Siapa Low Siew Moi?

In PKNS on October 28, 2008 at 1:22 am


Berita berkaitan … Irregularities in PKNS books: MB

INi bukan gossip …. tapi suruh kerajaan Selangor check sendiri dan kalau malas untuk check boleh suruh pegawai siasatan.

Menurut sumber dari dalam PKNS yang boleh di percayai … syarikat yang terbabit di dalam meng’uprade’ sistem komputer dan mendapat projek berkaitan perkuburan Cina .. ada cerita menarik.

Entah betul atau tidak, aku tak pasti. Tapi kalau rajin gi la check !!!

Soalan cepu mas
SIAPA LOW SIEW MOI ?

Shahrir … laporlah pada polis

In Belit Shahrir on October 28, 2008 at 12:28 am

Nak raih undi? Wakakakak … macam dah tak der cara lain. Kesian bila Menteri buntu akal untuk minta di calonkan. Sabaruddin Chik …. pun sindir. Baca berita Utusan berikut

Shahrir tiada hasrat lapor Lembaga Disiplin
sedikit keratan,

Jadi Shahrir kena pergi membuat laporan polis baru ada kes untuk dikaji jawatankuasa disiplin,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sabaruddin Chik berkata, ugutan tersebut mungkin datang daripada mereka yang hendak bertanding jawatan tertinggi parti tetapi belum mendapat pencalonan secukupnya.

Katanya, ugutan berkenaan perlu dipandang serius dan Shahrir perlu melaporkan hal itu kepada polis dan Jawatankuasa Disiplin UMNO.

”Saya pasti pihak polis boleh membantu mencari pemilik nombor berkenaan dan masalah boleh diselesaikan,” ujarnya.
- Utusan

Najib dah mula, MCA pun sokong, UMNO melopong

In Badut UMNO, Dasar ekonomi Baru on October 28, 2008 at 12:14 am

MB Selangor undur ke belakang

In Kerajaan Selangor on October 28, 2008 at 12:08 am

umnomore | ….Menjadi MB memang bukan perkara mudah. Tapi Rakyat boleh bantu. Malangnya kalau MB Sendiri pun lost control … tu lah yang masalah. Atau MB ada 20 tangan nak buat semua? Ayoyo appppaaaa !!!

EXCO kena berani sikit. Aku dengar EXCO pun ada yang takut takut nak buat kerja. Nak jaga hati MB konon. Cerita pasal berbini dua memang hebat. Semua orang boleh cerita. Atau MB sendiri keras kepala, tak mahu dengar kata EXCO.

PAda EXCO Selangor semua … belasah untuk jaga negeri, Jangan takut. Pada yang tak der telur … korang ampu je la MB tu. Angguk geleng jadi budaya sama macam UMNO. Tapi gua ada puji EXCO wanita. Nampak lembut tapi berpendirian.

Tapi pada EXCO lelaki … are u missing something …. check with ur doctor.selanjutnya.

Khalid Ibrahim punca PR gagal

In MB Selangor on October 27, 2008 at 4:02 pm

Baca komen menarik dari blog Charleshector tentang MB selangor …

Selangor MB behaves like an UMNO-led BN person yet again…

It is so sad when we still hear Selangor’s Pakatan Rakyat Menteri Besar still talk about Bumiputra and non-Bumiputra when it comes to appointing persons to the various entities owned and controlled by the Selangor government.

We cannot find a suitable Bumiputra — so for the time being we will have a non-Bumiputra head PKNS – while we look for a suitable Bumiputra.

I would have expected better from Pakatan Rakyat – like we will look for the best person …the best Human Being for the job…

Hypocrites they are …. no different really from the UMNO-led BN after all…or are they different?selanjutnya.

dan artikel berkaitan dengannya di umnomore …

Hari ini .. satu keputusan pelik yang dibuat oleh Menteri besar selangor melahirkan banyak pertanyaan. Ada percanggahan kenyataan yang di buat berbanding tindakan yang diambil. Antaranya adalah,
The Selangor Government today disclosed several “irregularities” in the accounts and management of its property development arm, the Selangor Development Corporation (PKNS). – The Sun

Irregulaties in the Accounts, tapi beliau bertindak, mengekalkan Accounting Manager sebagai Pengganti sementara Pengurus Besar PKNS untuk tempoh satu tahun, rujuk keratan berikut,

Ikut suka kau lah Khalid … Pisau tangan kau, timun pun di tangan kau. Kalau nak cincang rapat rapat, itu kau punya suka. Tapi ingat …. kita julang, jatuh terlentang. Kalau PKR gagal di dalam PRU 13 nanti …. punca nya adalah KAU !!!

Kekadang terasa betapa sia sianya sebuah perjuangan.

UMNO raja lawak

In Badut UMNO on October 27, 2008 at 12:13 am

Sapa yang tak tau perjuangan Melayu UMNO?
Lihat gambar kat atas … !!! Itu satu bukti perjuangan UMNO.
Nak hapuskan DEB … langkah mayat kami dulu.

Wakakakakkaka …
UMNO raja lawak !!!

klik berita penarikbeca
Baca komen rahman palil di SINI

“Kami tidak akan teragak-agak untuk mengadakan protes sekiranya ada tindakan untuk memberhentikan DEB. Kami akan bertindak bangun untuk pastikan DEB diteruskan.

“Sejarah DEB harus dilihat dengan betul. Siapa yang nak nyahkan DEB ini sebenarnya mereka buta sejarah. Mereka lupa nikmat yang diperoleh hasil daripada DEB sejak 1974 lagi,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan penyokong Umno Bahagian Kapar dekat sini. – Bernama 15 Mac

Phuyooo !!! …. satu amaran yang keas dari Rahman Palil … menakutkan, dan ini pula kata bapok pegang keris.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata sebarang usaha untuk menolak DEB akan membawa kepada akibat negatif bukan sahaja kepada masyarakat Melayu tetapi negara Malaysia secara keseluruhannya.

Ini kerana tegas beliau DEB telah memainkan peranan amat penting dalam menentukan agihan ekuiti dan penyertaan ekonomi yang lebih seimbang sekaligus dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian kaum di kalangan rakyat majmuk selama ini. – pemudaumno . org

Bila Najib kata nak hapuskan DEB …. Semua barua barua UMNO terkedu lidah tak cakap sepatah. UMNO pening sebab tak tau nak sokong apa. Nak setuju atau tak?

nak tau lagi tentang perjuangan Melayu UMNO … KLIK SINI

Wakakaka …UMNO raja lawak sepanjang zaman.

Hah…aku serahkan korang untuk mengutuk UMNO sesedap rasa. Kutuk … jangan tak kutuk.
Si Bangang mana la yang masih caya pada UMNO … wakakakaka

Sains, Matematik dalam bahasa inggeris, satu langkah undur ke belakang

In Sains dan matematik on October 26, 2008 at 12:53 pm

Langkah kerajaan khusus Kementerian Pelajaran untuk mengekalkan bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik merupakan, Langkah ke belakang dan satu pemikiran yang dangkal,” tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian, Y.B. Salahuddin Ayub kepada Suara Keadilan Online hari ini.

“Kita mahu wujudkan satu pemikiran yang ‘world-class’, yang bertaraf dunia, yang bertaraf antarabangsa.

“Lihat sahaja orang-orang Jepun, Korea yang maju, khusus di dalam teknologi, contohnya; mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris malah menggunakan bahasa ibunda masing-masing,” sambung beliau seterusnya.

“Orang Vietnam guna bahasa Vietnamnya. Orang Sepanyol guna bahasa Sepanyolnya. Orang Perancis guna bahasa Perancisnya. Apapun, negara tersebut terus-menerus membangun dan maju ke hadapan. Sesebuah negara tidak akan mundur, semata-mata kerana menggunakan bahasa ibunda mereka. – Suarakeadilan

Malaysia to cut out the EC725 military helicopter contract?

In Belit Najib, eurocopter on October 26, 2008 at 12:43 pm

Deputy Prime Minister and Finance Minister Datuk Seri NajibAbdul Razak decided to cut out the EC725 military helicopter contract over the weekend when the government reviewed its expenses in light of falling revenues from crude oil and palm oil and slowing economic growth for the next few years. - malaysiainsider

hahaha … masa membahas Bajet 2009 oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, ada meminta kerajaan untuk mempertimbangkang semua bajet negara merujuk kepada keadaan ekonomi semasa. Dalam Kerajaan BN menghina tindakan Anwar … sekarang Najib tunduk akur akhirnya … Dia ‘HOLD’ sekejap.

Menurut berita lagi …

Opposition leaders and critics had savaged the purchase of the dozen EC725 helicopters, saying its RM193 million price tag per aircraft was more than double of Brazil’s contract for 50 EC725 helicopters, which came tom RM84 million per aircraft. The Public Accounts Committee (PAC) said it will investigate the deal.

‘KIV’ kerana bimbang KETAHUAN atau kerana kejatuhan minyak dan kelapa sawit?
Wakakakkaka … PAC cepat siasat !!!

Benarkah Shahrir di ugut?

In Belit Shahrir on October 26, 2008 at 12:36 pm

Budak bodoh yang berpura pura lemas akhirnya akan mati lemas sekiranya dia benar benar lemas. Orang dah tak mahu tolong kerana bimbang di perbodohkan oleh budak bodoh tadi.

Itu yang aku belajar masa sekolah dulu dan hari ini, Shahrir kata di ugut …

Shahrir, who is Johor Baru Umno division chief, explained that the sender told him to nominate two so-called running mates for the party’s top posts or face the consequences.

“The message told me to support the so-called running mates.

…. tak der ugut pun. SMS cuma “told him to nominate two so-called running mates”

Ubah sebelum Parah !!!

In MB Selangor on October 26, 2008 at 10:47 am

melalui email

Kenyataan berikutnya adalah merujuk kepada artikel di dalam HArakah,
baca di bawah ini,

Kerajaan negeri Selangor perlu bijak apabila mahu peneraju-peneraju anak syarikat negeri (GLC) terhadap penyelewengan yang telah dilakukan ketika menjalankan projek perumahan…..

Beliau melahirkan kebimbangan sekiranya peneraju syarikat GLC itu akan menjadi tangan-tangan ghaib BN yang akan mengagalkan perancangan kerajaan Pakatan Rakyat…..

Beliau berkata, jika peneraju GLC masih dimiliki oleh mereka yang pernah terlibat dengan penyelewengan yang lalu beliau yakin perancangan membantu rakyat akan menghadapi kegagalan.

“Jika ini berlaku bukan GLC akan disalahkan tetapi exco kerajaan negeri,”tegasnya.

Iskandar meningatkan bahawa pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat ada tiga atau empat tahun untuk membuktikan kemampuan dan dalam tempoh itu tidak ada masa untuk sebarang kesilapan.

Untuk mendapatkan kenyataan penuh, sila rujuk link Harakah yang di sediakan.

Berikut adalah kenyataan yang aku perolehi dari soal selidik yang di lakukan melalui perbualan bersama pemimpin pemimpin pakatan rakyat di Selangor.

Realitinya yang berlaku sekarang adalah kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor dah sedar tentang fenomena ini.
Namun mereka gagal melakukan perubahan kerana sikap acuh tak acuh Menteri besar sendiri. Jangan salahkan orang bawahan sedangkan yang di ataspun masih berpeluk tubuh.

Jika kenyataan tentang keujudan kroni kroni BN di dalam kerajaan negeri dan GLC (Anak syarikat kerajaan Negeri), ia adalah BENAR. Tiada perubahan TOTAL yang di lakukan kecuali senarai Ahli Majlis. Mereka mereka yang masih bersama adalah mereka mereka yang bergelumang dengan Penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ketika zaman pemerintahan UMNO dahulu.

Sebagai contoh yang jelas, peluang tender dan kontrak yang di keluarkan oleh PBT dan Majlis Tempatan, masih di monopoli oleh kontraktor UMNO. Keadaan ini semakin bertambah parah apabila Ahli Majlis yang di lantik dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat sendiri di tegah untuk campur tangan di dalam urusan tender. Nama nama mereka sememangnya tiada di dalam senarai AHLI JAWATAN KUASA TENDER.

Halangan ini menyebabkan, pengagihan projek dan tender tidak dapat di pantau dan ditangani untuk menjadikannya lebih telus. Aku tidak tahu kenapa kerajaan Negeri melalui menteri besar dan EXCOnya masih berdiam diri tentang keadaan ini.

Menurut sumber yang di perolehi, di dalam 10 kontrak yang ditawarkan, 7 daripadanya masih milik syarikat kroni UMNO dan sementara 3 lagi diagih agihkan kepada rakyat. Secara logiknya, wang keuntungan dari projek itu nanti akan di jadikan tabungan yang akan digunakan untuk membeli jiwa dan norani rakyat ketika PRU ke 13 nanti. Pada rakyat cukup mudah, siapa yang memberi, dia lah yang berjasa.

Setelah memerintah hampir 8 bulan, Pakatan Rakyat Selangor masih sukar untuk menyalurkan bantuan. Wang perbelanjaan untuk sebarang anjuran majlis bersama rakyat adalah peruntukan yang di perolehi oleh Para EXCO. Itu pun masih berkurangan dan sebahagian lagi dikutip dari ahli perniagaan yang hidup segan mati tak mau. Kerana bimbang akan kegagalan, maka penyokong Pakatan Rakyat bersusah payah mencari dana. Keadaan mereka sendiri umpama, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Lihat sendiri di sekeliling anda, siapa antara pemimpin Pakatan Rakyat yang mampu membatu di dalam masalah kewangan? Tidak seperti yang berlaku di zaman UMNO dahulu. Tabur tabur dan tabur dengan wang dan itu lah budaya yang diajar UMNO sejak zaman berzaman.

Adalah melucukan apabila seorang dari Ketua Ahli Majlis Pakatan Rakyat yang aku temui meneceritakan masalah yang sama dan beliau TIDAK MALU untuk mengaku bahawa ada ketikanya, di dalam sakunya hanya ada RM0.40. Dan di dalam masa yang sama, penduduk setempat meminta untuk dibantu. Sementara kelompok masyarakat di satu kawasan pendudukan mahukan bantuan lembu untuk meraikan anak anak yatim. Mana wang untuk di cekau?

Keadaan ini tidak pernah berlaku di zaman pemerintahan UMNO dahulu. Dimana kuota kuota kontrak di berikan kepada Ahli majlis yang terdiri dari ketua pemuda cawangan dan bahagian. Tanpa ada halangan mereka menyerahkan bantuan kerana mereka sendiri sudah mencipta kemewahan bermulanya jawatan di pegang. Kemewahan mereka mereka ini di terjemah dengan berdirinya banglo banglo mewah bernilai jutaan ringgit walaupun mereka hanya bergelar KETUA CAWANGAN.

10 untuk aku dan 1 untuk rakyat. Begitulah keadaan yang berlaku dulu, namun 1 kepada rakyat pun sudah cukup mewah. Bayangkan mewahnya kuota 10 untuk pemimpin. Malangnya, kerana terlalu yakin pada parti mereka, pemimpin UMNO berubah menjadi bongkak, tamak, rakus dan ego sehingga memonopoli semua kontrak yang ada. Maka bermula dari itu lah timbulnya ketidak seimbangan di dalam kekayaan dan peluang. Ahli UMNO terlalu kaya, sementara rakyat biasa menderita. Keadaan ini telah meyebabkan UMNO kecundang di Selangor pada Pilihanraya UMUM yang lepas.

Bila kerajaan sudah berubah kuasa kepada Pakatan Rakyat, Selangor tidak melakukan rombakan seperti yang berlaku di Perak dan Pulau Pinang. Di negeri kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain, mereka menggantikan semua jawatan penting di dalam kerajaan dan anak syarikat negeri kepada penyokong Pakatan Rakyat. Sebaliknya yang berlaku di Selangor, Menteri Besar Selangor terus mengekalkan orang lama yang memang mahir di dalam penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Sebagai rakyat yang tidak tahu tentang pergolakan dan masalah di atas, mereka tidak berminat untuk mencungkil semua masalah. Apa yang mereka mahu adalah bantuan kepada orang miskin, ibu tunggal, kanak kanak cacat dan anak yatim dapat terus diberikan. Perkembangan politik yang jelas pada pandangan mereka adalah kehadiran Pemimpin di kampung kampung dan Majlis Pemimpin bersama rakyat. Itu sudah cukup memadai. Namun sebanyak mana ianya boleh di adakan dengan peruntukan yang sedikit dan kini semakin berkurang?

Merujuk kepada pengalaman Di Hari Raya baru baru ini. Kawasan dan BAhagian yang di pegang oleh UMNO dan BN, telah memberikan bantuan yang lumayan kepada rakyat di kawasan mereka. Ada antara mereka yang menerima sehingga 3 kali bantuan di dalam hanya bulan Syawal. Ada juga yang memberitahu bahawa sebelum ketibaan bulan Ramadhan, sudah ada berkontena kontena bantuan tiba yang sedia untuk di agihkan.

Penduduk Tanjung Karang membawa ke Sabak Bernam cukup mewah. Antara rumah yang aku lawati menunjukkan bahawa masih ada bantuan yang diserahkan, masih tidak dibuka untuk digunakan kerana terlalu banyak yang diterima.

Tidak tahu kenapa, MB Selangor, Tan Sri Khalid masih mendiam kan diri akan keadaan seperti ini. Aku adalah penyokong kuat pembangkang perbezaan keadaan ini menyebabkan aku berasa sedih dengan KELEMBAPAN yang di tunjukkan oleh Menteri Besar Selangor ini. Sikap nya yang murni, untuk menjadi telus telah diambil kesempatan oleh UMNO untuk terus mengugguli pengaliran keuntungan dari projek dan peruntukan kerajaan negeri. MB mungkin tidak sedar kerana mungkin beliau sendiri sudah cukup mewah bergelar jutawan atau beliau tidak tahu apa yang berlaku di bawah. Maklumlah … beliau meletakkan EXCO dan orang bawahannya untuk membuat kerja dan dia sibuk di atas untuk buat entah apa apa.

Sejauh mana Khalid Ibrahim serius di dalam perkara ini?

INI berita yang baru aku terima. Tempoh pertukaran Datuk Bandar Di PBT sudah tiba. Sehingga kini aku masih gagal untuk meninjau Sejauh mana kerajaan Selangor mahu menukar barua ini kepada wakil wakil mereka.

Aku ulang apa yang tercatit di atas …

“Iskandar meningatkan bahawa pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat ada tiga atau empat tahun untuk membuktikan kemampuan dan dalam tempoh itu tidak ada masa untuk sebarang kesilapan.”

Benar … Pakatan Rakyat cuma ada baki 3 ke 4 tahun untuk memerintah. Sekiranya fenomena ini berterusan, tidak mustahil kepercayaan rakyat Selangor yang semakin berkurangan akan menyebabkan Pakatan Rakyat di Selangor akan tumbang menyembah bumi.

Ada pihak yang mahu kita bersabar, “Kerajaan PR baru 8 bulan memerintah”. Tapi soalnya…bila lagi?

Berlawan dengan UMNO yang cukup berpengalaman menentang musuh politik, bukan lah satu perkara yang mudah. PKR menang kerana UMNO berpaling tadah. Bukan kerana prestasi. Itu harus ingat dan untuk terus menjadi kerajaan, PR mesti lebih hebat dari UMNO.

Sedarkah kita bahawa, kalau dahulu, walaupun Menteri Besar UMNO bertukar sesama mereka, rombakan bersar akan berlaku? Kenapa tidak kita?

Tapi kita masih beranggapan, kononnya menjadi TELUS sudah cukup untuk menawan hati rakyat. Sedangkan dunia sekarang, wang memainkan peranan yang penting untuk membeli jiwa. Siapa tidak mahu wang? Adakah masih rakyat yang hanya mahu Kerajaan menjadi telus sudah cukup untuk mereka terus sokong? Berapa ramai kah rakyat yang bersikap begini?

Sekarang tanya pada rakyat….Apa bezanya UMNO dan PR?

Semakin telus dan semakin meyusahkan. Keadaan ekonomi dunia dan kelemahan Pemimpin Kerajaan Negeri akan merosakkan lagi nama Pakatan Rakyat. Lembab dalam segala hal. 20 meter padu air tidak cukup untuk membeli undi rakyat. Rakyat yang sukar berhadapan dengan kehidupan akan kembali menuding jari kepada kerajaan yang lemah. Itu adalah realiti kehidupan.

Dan waktunya akan tiba, kalau Kerajaan Selangor masih dibuai mimpi dan syok sendiri, PR akan menggigit jari.
Kesimpulannya …….. Ubah sebelum parah.

Tuhan berkaraoke?

In ayah pin on October 26, 2008 at 12:18 am

“Ketika itu saya lihat kira-kira 60 lelaki berpakaian serba hitam mengiringi seorang lelaki yang memakai topi berjalan sambil tunduk.

“Mereka dilihat memasuki tiga buah bilik di sebuah premis karaoke di ibu negara dan tidak membenarkan sesiapa masuk serta menampal kata-kata aluan meraikan kedatangan pemimpin ‘Kerajaan Langit’.

Demikian cerita seorang lelaki yang mendakwa menyaksikan sendiri kemunculan semula seorang lelaki ala Ayah Pin berdekatan tempat kerjanya di ibu negara kira-kira sebulan lalu. ….

Menurut Shah, antara kata-kata itu termasuk ‘Selamat ulang tahun God Grandfather yang ke-4… Selamat sejahtera dan gilang gemilang dari Kawalan Bumi dan Kerajaan Langit’.- Kosmo

Korang biar betul …. wakakaka. Nanti Tuhan langit sumpah wartawan ni tak masuk syurga.
Pihak berkuasa … tak buat apa apa ke?

Keutamaan untuk Rakyat Selangor

In AMK Keadilan on October 26, 2008 at 12:05 am

melalui email

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Selangor

22 Oktober 2008

Peluang pekerjaan harus diutamakan kepada rakyat negeri Selangor

Melihat kepada senario ekonomi negara yang agak merudum kebelakangan ini, pentadbiran kerajaan negeri Selangor didesak agar memberikan peluang-peluang yang ujud dan akan ujud dari anak-anak syarikat
kerajaan negeri Selangor diutamakan kepada rakyat negeri Selangor yang berkelayakan.

Difahamkan oleh sebahagian kakitangan yang berkhidmat di dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri, terdapat beberapa individu yang dikenal pasti bukannya rakyat negeri selangor atau permastautin negeri
Selangor telah mendapat peluang pekerjaan di organisasi terlibat. Ini telah menimbulkan tandatanya di kalangan mereka.

Kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim di seru agar memantau dengan serius keadaan yang kurang menyenangkan perasaan rakyat negeri ini. Kenapa harus diberikan peluang kepada orang luar jika rakyat sendiri ramai yang masih menganggur ? Mengambil pepatah Melayu, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan!

AMK Selangor bertegas agar penomena ini disedari oleh kepimpinan negeri Selangor samada kepada barisan Exco kerajaan yang ada sebahagiannya bukan anak jati Selangor mahupun Menteri Besar. Memang
kita akui, di negeri Selangor ini peluang kerjaya banyak untuk di isi tetapi berikanlah keutamaan kepada rakyat negeri ini yang mempunyai kelayakan.

Bukan bermaksud untuk menyemai semangat kenegerian tetapi adalah menjadi satu obligasi yang utama memastikan rakyat negeri Selangor diberikan peluang yang seadil-adilnya.

Keadilan untuk rakyat negeri Selangor.

Vasu Yaranian
Timbalan Ketua Penerangan AMK Selangor

Kah kah kah … bodohnya polis ni

In Belit POlis on October 25, 2008 at 11:50 pm

A policeman and two of his friends who claimed to be Bukit Aman policemen were arrested after one of them allegedly punched and threatened a manager at a karaoke lounge in Senawang….

“One of the men stood up and said the karaoke owners did not give him face although they were all from Bukit Aman and that he would make life miserable for them,” said state MCA deputy youth chief Siow Koi Voon yesterday….

The policeman then took out several RM50 notes and threw it on the floor. However, the supervisor took just RM90 and returned the rest to the policeman, said Siow.

“The policeman had repeatedly told the workers that the entire group was from Bukit Aman and that he would act against the lounge if it operated after 1am. He even told the workers to have a good look at his face as he would be back with a vengeance.” – Star

Ramai kot yang sama cam ni …. tapi nasib mamat ni tak baik …wwakakakaakaa.
Korang baca berita tu sampai .. habis. Kelakar giler ….

UMNO pun tak sukar LEBAR !!!

In Belit Hamid Lebar on October 25, 2008 at 11:36 pm

Patutlah bersungguh sungguh Hamid Lebar ni bercakap kat TV semalam.
Tak pernah, dia tojah tangan ke kanan dan kiri macam orang bersilat.
Isterinya yang duduk di sebelah pun … dok menung tengok laki. Agaknya dalam hati … “Laki aku ni betul ke?”

Temubual di buat ketika Sambutan Hari Raya untuk kementeriannya. Dia komen tentang Hindraf, tapi rupanya marah pada perkara lain.

Baca ni …. berita hari ini,

Semalam seramai 60 orang ketua dan ahli jawatankuasa Umno cawangan dalam bahagian Kota Tinggi yang merupakan perwakilan ke mesyuarat bahagian Isnin ini menghantar bantahan kepada Perhubungan Negeri dengan mendakwa Syed Hamid mengamalkan politik wang dan telah melakukan perkara yang ditegah Perlembagaan UMNO iaitu memegang jawatan Umno dalam dua cawangan berbeza pada tahun yang sama, tahun lepas.

Wakakaka …. UMNO pun tak suka si Botak !!!
Tapi yang menarik … bila hamid pakai songkok … macam natural je.

Filipino with ‘connections’ gets Mykad – Suhakam

In Pendatang on October 25, 2008 at 10:58 am

police abuse suhakam pc 050808 simon sipaunmalaysiatoday| …Case No 1

A Filipino who had been arrested under the Internal Security Act (ISA) and deported a few years ago, had re-entered Sabah three weeks ago to collect his MyKad when informed it was ready.

He complained to Suhakam that the state NRD did not want to release the document because they found out that he had previously been detained under the ISA.

Asked by Suhakam officials how he managed to re-enter the state, he replied: “Entering Sabah is as easy as walking from CentrePoint (a shopping complex in Kota Kinabalu) to Kampung Air (across the road). I was not alone. There were 50 of us.”

Noted Sipaun (left): “Here we have a Filipino who said he had connections in the state NRD and it was through them that he had obtained a MyKad. And (yet) we have locals who have been waiting for years to get their MyKad.

“There is an urgent need to strengthen enforcement along Sabah’s border. Saying that the border is long and porous is inexcusable. Sarawak has a even longer border with Indonesia and yet its problems with illegal immigrants are not as severe.”… selanjutnya.

Terkejutnya aku !!!

In Belit Shahrir on October 25, 2008 at 10:46 am

Bayangkan anda bersendiri di rumah. Rasa nak terkencing dan untuk ke tandas, lampu dapur di pasang. Sejurs lampu di pasang, kelihatan kelibat hantu yang sedang mencangkung di atas singki dapur merenung tepat ke arah anda.

Kaki terketar … mulut tidak mampu menjerit dan di susuli dengan aliran air kencing yang mengalir deras dan panas melalui celah seluar tidur.

Sekiranya anda dapat bayang kan diri anda berada di dalam situasi tersebut, anda faham maksud ‘TERKEJUT”.

Petang ni ku cari cari berita KEJUTAN yang sejak semalam di janjikan oleh menteri rambut putih dan ini berita yang kita dapat.

Penurunan harga minyak tak melebihi 15 sen – Shahrir Samad

Baca tajuk tu korang ada rasa macam terserempak hantu sampai nak terkencing?
Kalau tidak, bermakna anda tidak lagi mencapai tahap terkejut yang sepatutnya.

Rasuah politik perwakilan Umno cecah RM20,000?

In Rasuah Parah on October 25, 2008 at 6:29 am

Ketika gejala politik dalam pemilihan Umno hangat diperkatakan, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mendakwa berdasarkan perkembangan semasa setiap perwakilan mampu memperoleh sehingg RM20,000.

Sambil menekankan amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai, Dr. Mahathir berkata: “Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000.”

“Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok.

“Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa,” kata beliau yang mengulas isu yang sama buat kali kedua dalam seminggu menerusi blognya.

JAWATAN DITENDER

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Lembaga Disiplin Umno akan mengumumkan beberapa tindakan yang akan diambil berhubung politik wang, dalam masa terdekat ini.

Beliau yang kini merupakan calon tunggal untuk jawatan Presiden Umno berkata, parti itu telah menyerahkan mandat kepada jawatankuasa yang dipengerusikan Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Ismail itu untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang didapati mengamalkan politik wang…. seterusnya.

Cerita Farish A. Noor tentang TG Nik Aziz

In TG NIK AZIZ on October 25, 2008 at 6:21 am

As an aside to the academic work I normally do, last week I was given the opportunity to meet Datuk Nik Aziz Nik Mat, the spiritual leader (Murshidul Am) of Pas at his office in Kelantan. Despite the frail health of the man and his taxing schedule, we managed to pack in close to two hours worth of interview on tape.

http://boz.bloboz.net/wp-content/uploads/2008/02/317a2rocw5l_aa280_.jpg

One thing struck me somewhere during the second half of our meeting. I remarked to him that his home was suprisingly similar to that of Ho Chi Minh’s in Hanoi, Vietnam, and that both he and the revered “Uncle Ho” chose to give up their stately government mansions to live in humble wooden houses. I also said that he was using the same cheap, plastic BIC ballpoint pen that I had seen him use when we first met in 1999. This occasioned a laugh and a smile from him, but it struck us both that these observations were far from pedestrian. The truth is that for both revolutionary Islamic and Communist movements alike the world over, the democratic impetus and the drive for revolutionary politics were accompanied by a strong sense of disdain for worldliness, and a respect for a Spartan way of life. Whatever you may say about Ho Chi Minh, one thing you could never accuse him of was corruption and the easy life. The same applies to Nik Aziz as the spiritual leader of Pas…. selanjutnya.

Jadi mesin pun susah

In Rompakan on October 25, 2008 at 5:37 am

Bila kita di timpa masalah, kita akan bayang kan benda yang indah indah. Kalau susah nak cari duit … kita akan kata … “Alangkah baiknya kalau aku jadi Menteri Pertahanan.”

Buka tender supply kapal selam, helikopter … sendiri balun tender. Untung beratus juta. Tapi kata orang tua tau … ,manusia tamak, tak kenal di untung. Mula mula nak RM0.10 sen. Pastu nak RM1.00, kemudian nak RM1,000 akhirnya beratus juta dan berbillion billion pun masih tak cukup. Mau tidak .. kalau gi shopping, macam dunia ni aku yang punya.

Itu kalau jadi Menteri. Tapi kalau setakat pencuci pinggan mangkuk macam aku ni .. cukup sekadar jadi mesin ATM. Orang simpan banyak duit. Tapi dah beberapa hari ni asyik kena bom pulak. Baik jadi pencuci pinggan je.

Aku teringat cerita Mat Saman Kati di dalam Perak Express tentang HIDUP SUSAH, MATI PUN SUSAH. Begitu lah juga nasib mesin ATM. Dia ingat dia senang … duduk dalam bilik aircond, dalam perut ada duit. Tiba tiba ada mamat pshyco masuk kan mercun dalam perut … bertabur duit keluar.

Letup dan bank hilang RM30,600. Cerita nya DISINI. OK gak … raya sakan la mamat tu.
Tapi ada orang letup awek sebab nak jimat RM500 juta. Haaa…itu korang tau siapa.

Bila muka tak lawa .. nak jadi yang cun. Kita tak pernah bersyukur dan akhirnya awek cun pun kena bom.

Jadi lebih baik jadi orang biasa .. tak payah ada duit banyak, tapi jangan la tekan kuat kuat. Tambah tambah lagi … masa minyak, beras, tepung dan barang dapur naik ni. Pening kepala di buatnya.

Ada orang pening, pergi buat kerja lebih, ada yang buat kerja part time. Tapi ada orang yang pening, dia gi bom mesin ATM dan rompak orang lain. Korang baca cerita berikut … kerana RM5, leher nyaris di kelar.

For RM5, a man almost lost his life when his throat was slashed with a dagger by a teenager, last night.

Kalau jadi mesin tak selamat, awek’cun’ pun tak selamat ……. aku nak jadi apa?

Buat dulu baru bincang … pandainye

In Belit DBKL on October 25, 2008 at 5:13 am

Bukit Bintang MP Fong Kui Lun (left) looking on while a trader points at the new road sign.

Ini satu lagi pembaziran DBKL … seronok juga belasah peruntukan kerajaan. tambah tambah lagi kalau minta …dapat …. minta …. dapat.

Itu baru tanda jalan, belum cerita benda benda lain. Mungkin pada kita jumlah itu tidak besar, tapi geledah DBKL dan tengok kos yang ujud kalau satu jalan berubah nama

Tektiknya mudah
Ubah nama jalan ikut sedap tekak sendiri. Cipta kos kos yang terlibat dan kongxi fat chaiii … raya sepanjang tahun. Bila dah ubah, jalan dah tukar, map berubah, semua dah berganti, penduduk pun bising. Dan sekarang nama ditukar kembali.

Rujuk Berita SINI.

It is understood that the decision was made by him after listening to feedback from the public and City Hall following the uproar over the name change of the world-renowned street to Jalan Kejora.

Dan selepas nama di tukar kan kembali. Keluarkan kos baru … tukar nama jalan semula, ubah peta KL, itu dan ini. Semuanya cerita pasal kos.

Aku dulu di ajar untuk buat kertas kerja, kaji selidik sebelum membuat sebarang perubahan. Nak buat pinjaman pun kena ada kertas kerja. Kalau tak …. LOAN tak boleh dapat. Tapi yang berlaku di dalam DBKL mungkin di sebaliknya. Dan sekarang … semuanya MEMBAZIR.

Korang bayangkan kalau 20 jalan berubah dan berapa agaknya kos yang terbabit?
Kalau ada kawan kat DBKL … kontraktor boleh kaya.

Jalan ALOR kepada Jalan KEJORA ….
Rasanya Datuk Bandar DBKL adalah peminat setia Kumpulan Rock ‘Search’….

Sinaran matamu bak KEJORA
Di tengah malam
Menyuluh kedamaian hati

Halusnya lengan mu sehalus
Sutra cina
Melembutkan setiap kata

Harum kasturi harum rambutmu
Ingin ku belai
Bertambah harum kita

bla bla bla …..

Hamid Albar sekali lagi tuduh tanpa bukti

In Belit Hamid Lebar on October 25, 2008 at 1:29 am

Pada peringkat awal Hindraf di kritik, ada beberapa mangkuk yang berayun gagal memberikan bukti yang jelas tentang kaitan Hindraf dan militan. Selain cakap cakap kosong je.

Semalam, Hamid Albar, sekali lagi memberikan amaran kepada sebarang NGO untuk tidak mencampuri dan menyokong pertubuhan haram itu.

Sedikit … petikan berita

“Tak kira apa nama yang mereka gunakan, tindakan akan diambil…. Ini bukan tindakan terhadap kaum India atau Hindu, tetapi tindakan terhadap kumpulan ekstremis yang ada kaitan dengan kegiatan militan dan berpendirian ekstrem, sebab itulah kita ambil tindakan.

Kita sedang menanti sebarang bukti bertulis dari pihak Kementerian Dalam Negeri tentang kaitan Hindraf dan sebarang aktiviti pengganas di luar sana. Kat dalam negera tak ada lagi bom bom … kecuali bom mesin ATM.

Shahrir Samad gagal buat kejutan

In Belit Shahrir on October 25, 2008 at 1:13 am

Kalau ikut berita yang tersiar lebih awal. Shahrir di katakan akan buat kejutan. Sehingga ke pagi ini, lapuran yang di perolehi melalui Berita BERNAMA di TV, cuma menjelaskan penurunan susu … jenama sebuah syarikat dan tepung yang turun sebanyak RM0.12 sen sahaja.

Rujuk berita STAR TV ….. di SINI
dan Berita awal di SINI

Anda akan terkejut dengannya,” katanya kepada media di lobi Parlimen.

Kejutan sebenar yang berlaku adalah pada April tahun ini selepas tepung harga tepung naik mendadak.

Persatuan Pengilang-Pengilang Tepung Malaysia bulan lalu telah menaikkan harga tepung gandum berprotein tinggi dan sederhana sebanyak RM10 daripada RM62.15 bagi setiap 25kg .

Kenaikan RM0.40/sekilo dan peningkatan harga itu menyebabkan barangan lain termasuk mee, roti canai dan lain lain barangan yang menggunakan barangan asas tersebut turut naik.

Jika di banding antara kenaikan dengan penurunan, jelas … penurunan harga mengikut kenyataan Shahrir tidak mengejutkan sebagaimana yang di gembar gemburkan.

Ada sesiapa yang terkejut?

Note: Di ulang … gambar di atas tiada kaitan dengan sebarang berita di sini.

MB serah BPR siasat bekas Timbalan Naib Canselor

In Berita on October 24, 2008 at 11:19 pm

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat bekas Timbalan Naib Canselor sebuah universiti yang didakwa meniru tanda tangan untuk menyambung kontrak perkhidmatannya.

Beliau berkata, adalah tidak adil baginya untuk membuat sebarang ulasan atau mengadili perkara itu.

“Biarlah BPR saja yang menyiasat perkara ini termasuk mengambil tindakan jika ada bukti kukuh,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. … selanjutnya.

Bodoh aku tak der la sampai ke tua, macam Timbalan naib Canselor ni.

Masa sekolah sekolah dulu, rajin gak aku tiru tanda tangan bapak. Kalau laporan periksa [report card] ada dakwat merah, tak kan berani aku nak serahkan report card pada bapak. Orang tua tu tak der la pelepah bontot, sepak terajang, tapi tengok muka dia, seriau sampai tulang. Kalau lah orang tua tu libas muka aku … zaman kegemilangan hensem aku mungkin akan berakhir… jadi aku ada cukup alasan untuk sign sendiri report card kerana mahu terus hensem ….. cewahhhh ..

ANtara bapak bapak pelajar kelas. Tandatangan bapak aku tu, antara yang paling hebat. Berbelit belit dan macam macam tektik lagi. Itu masalah besar yang aku hadapi setiap 3 kali setahun. Ujian awal, pertengahan dan peperiksaan akhir tahun.

Bila buat sekali tak jadi, buat dua kali tak jadi … report card dah macam kertas tandas.

Dulu tak der cecair pemadam pen seperti yang korang ada sekarang, kitorang padam guna pemadam pen zaman dulu. Sama seperti pemadam pensil biasa, tapi dia seperti berpasir. Kalau tak der pemadam pen, kitorang guna pemadam biasa, tapi letak air liur sikit.

Kalau orang lama tentu tau. Oleh kerana salah, padam, salah, padam. tempat ’sign’ dah koyak. Tempat koyak tu siap di tampal dengan kertas lain dan kemudian tiru ’sign’ lagi.

Bila dah sekali menipu, tak kan berani nak bagi report card ka bapak lagi. Dia tengok pun boleh tau punya. Bila kita bagi report card pada cikgu, diorang jeling jeling kita. Cikgu pun dah boleh agak.

Tapi sejak dah besar ni aku tak buat lagi… Kita dah ada tahu pasal undang undang dan kalau ciplak tandatangan … dah kira salah besar tu.

Tapi Timbalan Naik Canselor berita di atas adalah antara ORANG TUA YANG TAK PANDAI PANDAI. Dah berumur tapi perangai macam zaman aku sekolah dulu. Nama universiti, tidak di sebut, tapi kalau melibatkan MB Selangor … kita dah boleh agak IPTA yang mana satu.

Tiada bukti anak VIP dan Menteri sertai PLKN

In PLKN on October 24, 2008 at 11:06 pm

Sejak awal lagi, aku tak nampak sebarang bukti yang jelas bahawa anak VIP atau menteri ada menyertai PLKN.

Dan sebagai bukti yang cukup mudah, korang pergi ke tempat menghantar anak anak ke PLKN. Disana korang pandang bentuk dan jenama kenderaan yang kebanyakannya adalah kenderaan kelas pertengahan. Tiada sebarang kenderaan yang mempunyai pemandu khas ataupun kelibat VIP yang datang hantar anak mereka. Tiada kenderaan mahal dan berjenama.

Maka .. boleh di pertahankan bahawa tuduhan ini tiada anak anak VIP dan Menteri sertai PLKN, mungkin benar.

Hari ini JLKN bagi alasan lagi …

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) hari ini menafikan dakwaan bahawa anak-anak orang kenamaan (VIP) boleh dikecualikan daripada mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pemilihan pelatih-pelatih PLKN dari seluruh negara dilakukan secara rawak dengan menggunakan sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

”Kami tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengecualikan mana-mana pelatih daripada mengikuti PLKN dan mereka yang telah dipilih perlu menghadirkan diri setelah menerima surat pemberitahuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JLKN di sini hari ini.

Setakat bagi alasan …. buktinya mana? Kita bukan bodoh untuk terima alasan sedemikian sedangkan tiada kenyataan. Berikan senarai penyetaan mereka yang lepas lepas.

Jelaskan …. anak menteri mana dan anak VIP mana yang sertai PLKN?

Shahrir Samad buat kejutan?

In Belit Shahrir on October 24, 2008 at 12:59 pm

Shafie Apdal masa pegang potfolio macam Shahrir Samad ni, tak der lah berbelit sangat cakapnya. Cuma dia banyak tidur. Tapi bila kena pada Shahrir… mak aiii … punya lah banyak gelembong. kelentong, pembohong dan lotong.

Kalau ikut berita ni … Shahrir umum penurunan harga barangan keperluan petang ini

ini ceritanya …

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dijangka akan mengumumkan penurunan beberapa harga barang keperluan pengguna yang bukan di bawah kawalan kerajaan hari ini.

Beliau dijangka akan mengumumkan penurunan beberapa barangan keluaran sebuah syarikat pengeluar dan pengilang yang mempunyai pasaran dunia yang agak besar pada pukul3 petang ini dalam sebuah majlis di Subang Jaya.

Anda akan terkejut dengannya,” katanya kepada media di lobi Parlimen.

Perghhhhh … menteri rambut putih ni kalau cakap … memang hebat. Tapi setakat cakap le. Betul tak betul tu belakang cerita.

Aku tunggu jugak apa cerita nya … sampai jam 9.04 malam ni aku tak dapat apa apa info. Cuma masa dalam kereta ketika pulang kerja tadi … di dalam radio dia ada cakap nak turunkan harga minyak. Tapi harga tak sebut.

Korang ada rasa macam terkejut terkejut ke ?
Kalau termasuk kali ini … ntah berapa kali la mamat ni menipu.

Gambar di bawah ni tak der kena mengena dengan berita kat atas….saja aku suka suka nak letak.

" Siasat Najib " – Ketua AMK

In Belit Najib, eurocopter on October 24, 2008 at 12:43 pm

The Pakatan Rakyat Youth wings today lodged a report at the Anti-Corruption Agency (ACA) headquarters here against Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak for alleged involvement in the RM2.3 billion Eurocopter helicopter deal.

“We want them to open an investigation against Najib,” said PKR Youth chief Shamsul Iskandar who led the group which included DAP Youth secretary Anthony Loke and Pas Youth secretary Ahmad Sabki Yusuf.

The three representatives said they submitted several documents to assist the ACA, including a research paper over a similar purchase for the military helicopters by Brazil but for a significantly reduced sum…. malaysianinsider

Kita sekadar berharap, walaupun mereka yang kita harap tu memang dah SAH tak boleh harap. BPR? Badan Pancaragam Rock.

Wakakakakak ….

Dah bagi amaran … dah mula siasat ?

In Belit Hamid Lebar on October 24, 2008 at 12:27 pm

syed hamid interview 05  221008Utusan Malaysia telah “diberi amaran” oleh kerajaan berhubung beberapa artikel kontroversi yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar.

Beliau bagaimanapun, tidak menjelaskan lebih lanjut mengenainya, apabila ditanya mengapa tindakan diambil terhadap beberapa akhbar, tetapi tidak terhadap Utusan.

Akhbar tersebut menjadi sasaran kritikan hebat kerana menyiarkan satu cerpen mengenai pembunuhan seorang ahli politik yang didakwa oleh DAP dimaksudkankepada ahli parlimennya, Teresa Kok.

Syed Hamid juga berkata, polis juga sedang menyiasat bekas ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail atas dakwaan hasutan dan tindakan akan diambil terhadapnya tidak lama lagi. – malaysiakini

Kita melencong sikit…..

Wak nak bagi nasihat … pada kaum lelaki. Pompuan ni kalau percaya … memang percaya habis habis. Tapi kalau dah terserempak suami pegang tangan dengan awekkksss …. sampai mati pun tak caya dah.

Sumpah abang tak jumpa Siti !!! … Dan Bini pun jawab, ” Ye la tu ….. “
Dalam hati isteri “Piiiraaah mabok !!!”

Ada jenis isteri yang simpan di hati. Ada isteri yang serang depan depan.
Kalau jumpa suami main kayu tiga… dia tarik rambut, sampai botak tengah tengah kepala. Bila kepala dah botak, duduk tepi cermin tingkap, orang tak tau mana satu cermin, mana satu kepala.

Moral of the storey ? Jangan suka menipu dan jangan duduk sebelah cermin.
Wakakaka ….

DEB bakal di hapuskan …. apa kata UMNO?

In Badut UMNO, Belit Najib on October 24, 2008 at 12:23 pm

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang berakhir 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (NEP) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.

“Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila Bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri…. selanjutnya.

Kalau Lim Kit Siang buat usul, UMNO kata … “Hoi gila ka?”
Kalau Najib kata ….. UMNO jawab …. “Yesss BOSSS !!!!”

Gila …..

Berita Khas untuk orang lelaki sahaja

In Nasihat on October 24, 2008 at 7:48 am

Satu kajian terbaru mendakwa amalan beristeri ramai atau poligami boleh memanjangkan usia lelaki yang mengamalkannya.

Penyelidik Universiti Sheffield, Virpi Lummaa. berkata kajian terbabit melihat perbezaan sosio ekonomi membabitkan lelaki berusia lebih 60 tahun dari 140 negara. – Bharian.

Aku tak ajak dan aku tak suruh ….

Berita di atas di siarkan oleh Berita Harian bukan no2umno.
Blog ini tidak bertanggung jawab di dalam sebarang kemungkinan yang berlaku.

Projek main air di teruskan

In Monsoon Cup on October 24, 2008 at 12:58 am

Baca dulu berita INI.

http://media1.malaysiakini.com/61/29731ccb9fcae1ab2a420a1664ea3baa.gif

Piala Monsun akan di teruskan. Ratusan juta habis untuk anjurkan Piala Monsun. Infrastruktur dan kata Mohd Said anjuran Piala Monsun tahun lepas cuma telan belanja RM22.6 juta. KLIK SINI
Kenapa sikit sangat? belasah la bilion bilion … banyak sikit. Kalau kaya pun boleh tahan sampai kiamat.

Jutaan Ringgit tu kalau diberikan kepada Nelayan untuk start business Nelayan Laut Dalam, ramai orang pantai timur yang kaya raya dan kita pun dapat makan ikan segar yang murah murah. Pilihanraya nanti gerenti undi BN.

Ingatkan Piala Monsun ni dah tak der lagi selepas YB Besut jatuh pangkat. Rupanya ….. lebih kurang je.

Maca ada syarat pulak … “Kalau kau nak jadi PM, Piala Monsun jangan kacau”

Kita marah sebab kita tak ada niat untuk bantu orang jadi kaya. Tu sebab kita sentiasa tak puas hati. Mari aku ajar macamana nak REDHA membantu orang kaya.

Bila nak beli barang dapur … hati kena ikhlas. Duit cukai beli barang nanti … korang kena pasang niat
10% duit cukai ni aku serahkan pada Piala Monsun,
10% duit cukai ni untuk Broadband seluruh negara,
10% untuk projek Keretapi Berkembar.
dan 70% untuk komisyen pihak terlibat.

Bila bagi dengan niat, baru tak der komen komen. Kena ikhlas membantu. Jangan jadi beruk siku.

Pada yang potong gaji untuk EPF …. ini niat untuk korang…..

” Bismillahirrahmanirrahim …….. Sahaja aku aku serahkan Potongan EPF aku bulan ini, untuk bantu VALEUCAP SDN BHD. “

Di sudahi dengan salaman AKAD. Goncang sikit dan lepas ni korang semua hati senang. RM5 billion? Tak der hal, kita bantu, esok murah rezeki.

HINDRAF: Di jemput tidak, menjemput pun salah

In Hindraf on October 24, 2008 at 12:46 am

Eh hhh …. tangan Pak Lah ada duit raya … Yahoooo !!!
Esok bila berita keluar … HINDRAF kena belasah cukup cukup dek media. Hamid Albar pun tambah bagi secukup rasa.

Apa nak jadi dengan nasib Hindraf?
Nak jadi baik tak boleh, jahat jangan sekali.

Dulu diorang kena fitnah masa hadir Rumah Separa Terbuka PM di PWTC. Masa PM ambik gambar dengan diorang, senyum sampai telinga. Tapi bila keluar cerita lain pulak jadinya.

Dah dijemput pun kena, sekarang Hindraf nak menjemput …. PUN KENA !!!!
11 orang di tahan kerana nak jemput PM berhari raya.

Aku ingat diorang ni bukan rakyat malaysia. Nak raya dengan Pemimpin pun tak boleh.
Kalau orang tak der IC pun dapat datuk ..

Ishhhkkk …. kalau gitu kenapa tak tarik aje kerakyatan diorang? Kan senang.
Pasal politik, Raya pun macam tak Raya.

Kenapa PM bodoh sangat. Ikut cakap orang keliling. Kalau di ajak bincang, duduk baik baik, letak syarat. Aku ingat boleh selesai. Tapi mangkuk hayun kat keliling ni buat api api …. biar terbakar sentimen perkauman.

Mana Pohon ‘RTB’ ?

In Belit Najib, Rosmah Najib on October 24, 2008 at 12:40 am

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melambai ke arah orang ramai dan penjaja ketika meninjau Bazar Deepavali di Brickfields, petang semalam. Beliau  diiringi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Timbalannya, Datuk M Saravanan, dibawa melawat sekitar kawasan bazar yang dikendalikan 1,000 penjaja kecil kaum India sempena  Deepavali.

Klik SINI untuk berita.

Bakal PM, di kelilingi oleh bodyguard, polis dan kaki ampu.
Orang kalau pakai bodyguard seramai ni selalunya ada masalah. Pedulik taik sama dia.

Sejak tempoh pemilihan berlangsung, yang aku perasan, BIG MOMMA aka RENDANG TAK BERBUAH (RTB) , tak kelihatan. Mana gi? Wakakakak …..

Kelantan Government may take legal action against publications

In Belit media on October 24, 2008 at 12:34 am


Star | Another newspaper was cited in the State Legislative Assembly here for alleged misreporting and this time, the paper cited was Harian Metro, a sister publication of Berita Harian.

State Local Government committee chairman Datuk Takiyuddin Hassan (BN-Bunut Payung) said the paper had headlined that the Sultan of Kelantan called for a review of the declaration of Kota Baru as an Islamic City.

The paper apparently published the headline based on the reporting of the Ruler’s opening address of the seven-day Budget sitting…. selanjutnya.

Ni lagi satu …. Fitnah di dalam media. Dah terang lagi jelas … saman je. Apedehal .. duit banyak. Diorang boleh bayar. Langganan tertinggi di Malaysia. Tak caya KLIK SINI

CUEPACS menghasut?

In Cuepacs on October 24, 2008 at 12:12 am


No plan to retrench 50,000, says govt

NST | PUTRAJAYA: The Public Services Department (PSD) has rubbished talk that more than 50,000 contract employees in the civil service would be retrenched by the end of this year due to budget constraints…. selanjutnya.

Sebelum ini … kenyataan di buat oleh CUEPACS ….

Ditanya sama ada ianya kerana kerajaan menghadapi kekangan kewangan, beliau berkata, ia mungkin disebabkan tiada lagi peruntukan gaji untuk kakitangan awam kontrak.

Bagaimanapun, katanya, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan, kerana yakin kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan mereka. – Malaysiakini

Kalau CUEPACS berjaya menimbulkan keresahan kepada penjawat awam yang seramai 50,000 orang itu, maka apalah salahnya sekali sekali cuba di kenakan AKTA HASUTAN 1948

Tunjuk bukti dana RM5b manfaatkan KWSP – Syed Shahrir

In Belit KWSP on October 23, 2008 at 10:30 pm


Utusmeloya | Presidennya, Syed Shahrir Syed Mohamud berkata, MTUC mahu pihak berkenaan menunjukkan bukti yang kukuh bahawa dana sebanyak RM5 bilion itu tidak akan disia-siakan begitu sahaja.

”Kalau KWSP hendak meminjamkan wang kepada kerajaan, maka pihak berkenaan harus memastikan tiada unsur penyelewengan yang akan berlaku dan wang tersebut perlu digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

”Kita juga ingin tahu siapa dia dan bagaimana mereka menggunakan hasil titik peluh pekerja yang disimpan untuk pelan bersara,” ujarnya…. selanjutnya.

no2umno -Mudahnya dapat loan. tak payah tunjuk track record, bank statement, company profile dan colleteral. Lepas ni kita pakat duduk depan KWSP minta buat loan untuk bukak restoran, bengkel baik pulih kenderaan, niaga komputer, rumah urut, pub, kedai talipon ….

Tak payah RM5 biliion … RM5,000 pun ok.

Jangan sakiti hati kaum lain

In Belit Najib on October 23, 2008 at 10:26 pm


Utusmeloya | ….. “Inilah warisan yang mesti kita pertahankan dan dengan semangat ini akan membolehkan kita bersama-sama menyambut perayaan kaum-kaum lain dengan perasaan muhibah,” katanya.

Dalam pada itu, Najib menegaskan, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan kaum India dan ia terbukti apabila beliau sendiri, ketika mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu, membangkitkan isu antara 20,000 hingga 30,000 kaum itu tidak mempunyai sijil beranak dan kad pengenalan…. selanjutnya.

Politik sesumpah. Kejap perkauman kejap muhibbah.