no2umno

Archive for the ‘100 hari PR’ Category

Penduduk miskin Perak dapat 20 meter padu air percuma

In 100 hari PR, PERAK Govt on July 7, 2008 at 9:12 am

bernama | Kerajaan Negeri Perak akan membekalkan 20 meter padu air percuma kepada penduduk miskin yang berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan bermula Ogos ini, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata seramai 15,000 penduduk miskin di negeri ini telah dikenal pasti untuk menerima kemudahan itu dengan anggaran kos perbelanjaan yang ditanggung Lembaga Air Perak (LAP) sebanyak RM2 juta sebulan.

“Pemberian air percuma itu adalah sebahagian daripada sumbangan kerajaan negeri kepada penduduk miskin di Perak bagi meringankan beban mereka berikutan harga barang yang semakin meningkat,” katanya kepada pemberita di sini hari Isnin.

Mohammad Nizar yang juga pengerusi LAP berkata, bekalan air percuma itu akan diberikan kepada mereka yang mempunyai meter individu di kediaman masing-masing.

Perak kini merupakan negeri kedua selepas Selangor yang membekalkan 20 meter padu air percuma mulai 1 Jun lepas sebagai memenuhi janji dalam manifesto pilihan raya umum Mac lepas.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar berkata kerajaan negeri juga memberi ganjaran RM1,000 seorang kepada anak negeri ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Katanya bagi menuntut wang ganjaran itu, pelajar perlu datang sendiri berjumpa dengan Exco pendidikan, Nga Kor Ming dan perlu membawa dokumen pengenalan diri dan surat tawaran ke IPTA.… selanjutnya.

100 hari Pakatan Rakyat

In 100 hari PR, Matsamankati on June 25, 2008 at 11:04 am

matsamankati - [...] Aku tak mau buat ranking, tapi aku cuma rangkum.

Dari segi ketokohan, Guan Eng masih pilihan pertama. Melayu, Cina India, semua setuju, kecuali orang Umno. Pilihan kedua aku bagi kat Nizar. Bila dia cakap, semua orang faham. Tapi dia kena buat garis pemisah sikit, diantara status dia sebagai MB dengan penceramah Pas. Dalam banyak ceramah dia yang aku dengar, masih banyak belum berubah. Gaya dan pertuturan masih macam penceramah jalanan macam aku.

Pilihan Ketiga, Khalid. Masih macam tokoh korporat. Khalid kena ingat, dia bukan CEO Sime Darby. Dia naik pasai politik. Bila dah naik, jangan lupa orang bawah. Sekarang, orang bawah dah merungut, silap-silap, depa rentap balik kebawah. Last sekali Azizan Razak. Senyap sepi, tak tau apa dia buat. Tup-tup di jatuhkan bom, nak tebang sejuta pokok balak. Kalau ada nombor lima, aku bagi dia nombor lima, tapi pasai aku rangkum sampai nombor empat, nasib dia la.

Pasai apa empat saja? Kelantan tak boleh ditegur. Kalau ditegur, depa suruh aku pi mengaji. Depa dah pandai, tak payah dengar cakap kutu berahak macam aku. Dah tua pun nak rock lagi.

Ketelusan.Penang nombor satu. Selangor nombor dua, Perak nombor tiga dan Kedah nombor empat. Orang tanya, pasai apa Kedah nombor empat, sedangkan depa tak ada buat salahpun? Betui la. Orang yang tak buat apa-apa, memang tak buat salah. Lagi banyak yang dia cuba, lagi banyanyak risiko kesalahnnya.… selanjutnya.

PAS kurang senang wang derma masuk tabung PKR

In 100 hari PR, PAS dan PKR on June 24, 2008 at 11:49 pm

klpos - [...] Justeru, beliau mendesak pucuk pimpinan negeri yang diterajui PKR, Pas dan DAP menubuhkan Majlis Perundingan Pakatan Rakyat bagi memastikan kesilapan yang diakui sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu tidak berulang lagi.

“Saya fikir benda-benda macam ini berlaku disebabkan tidak ada satu pakatan atau jawatankuasa di peringkat parti, yang ada cuma perbincangan peringkat kerajaan negeri.

“Disebabkan itulah berlaku kebocoran seperti ini tanpa pengetahuan. Selagi tidak ada jawatankuasa peringkat parti, selagi itu tindakan yang membelakangkan semangat pakatan pembangkang akan berlaku, masing-masing ambil tindakan sendiri.

“Kebocoran ini bukan hanya akan menguntungkan pihak lain termasuk Barisan Nasional (BN) yang akan mencari isu untuk didedahkan, tetapi bakal mengundang persoalan di kalangan rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid semalam yang mengakui wang sumbangan syarikat-syarikat swasta untuk sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor dimasukkan ke akaun PKR dan bukan kepada kerajaan negeri seperti sepatutnya.

Perbuatan itu dipercayai menimbulkan rasa kurang senang pengerusi penganjur sambutan itu, Datuk Dr. Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor…. selanjutnya.

no2umno – aku mula berfikir, adakah ini punca Yahaya Shaari di gantung jawatannya? … Emhhhh… aku nak jumpa Nujum Pak Belalang, suruh tenung mangkuk ajaibnya …..

Duit S’gor masuk akaun PKR

In 100 hari PR, MB Selangor on June 23, 2008 at 9:50 am

malaysiakini - “Saya diberitahu ada usaha untuk mengutip derma yang saya rasa tidak perlu,” kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika diminta mengulas dakwaan Mohamad Ezam Mohd Nor.

Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa bahawa kutipan wang derma bagi penganjuran majlis sambutan itu telah didepositkan ke dalam akaun PKR.

Menurut laporan Bernama, Abdul Khalid berkata wang kutipan itu yang menurut kiraan beliau “tidak seberapa jumlahnya” akan dibekukan.

Tambahnya, ahli-ahli Pakatan Rakyat sebagai satu pasukan akan berbincang bagaimana wang itu akan digunakan dan jumlah kutipan itu akan diberitahu kepada kerajaan negeri.

“Adalah malang kutipan dan pemindahan ke dalam dana Parti Keadilan. … selanjutnya.

Gambar Sekitar Perhimpunan 100 hari PR Selangor.

In 100 hari PR on June 21, 2008 at 5:06 am

tranungkite - “Assalamu’alaikum…

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.perhimpunan 100 hari Pakatan Rakyat Selangor berjaya mengumpul bukan sedikit malah puluhan ribu pengunjung pada sebelah malamnya…acara bermula selepas solat maghrib…tidak ada apa yang dapat dilaporkan kerana tidak sempat membuat sebarang nota lantaran terlalu sibuk mengambil gambar suasana sekitar & juga menjawab panggilan talifon dari rakan-rakan yang silih berganti bertanyakan situasi.

Hanya gambar yang dapat menceritakan segalanya…









Sila lawat blog : http://perisikrakyat.blogspot.com/ untuk melihat lebih banyak gambar.

100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat negeri Selangor

In 100 hari PR on June 21, 2008 at 12:12 am

Sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Shah ALam. Kedatangan para pengunjung bermula jam 4.00 petang. Agak perlahan kemudian sebelum Maghrib kedatangan semakin rancak. Deretan kereta memenuhi kawasan letak kereta dan di tepian jalan luar menyesakkan lagi kawasan tersebut. Anggaran pengunjung adalah sekitar 40,000 ke 50,000 orang. Berikut adalah gambar yang diambil sejak sebelum, ketika dan selepas upacara …..

Sekitar jam 5.00 petang di hadapan pintu masuk utama. Masih kurang yang datang … peniaga berderetan. Dianggarkan lebihkurang 100 gerai di sediakan. Macam macam boleh beli.. Tapi biasalah…minyak naik harga… kena kawal nafsu beb.

Parti Keadilan menyediakan tempat pendaftaran ahli baru

Penyokong Keadilan menggantung banner di sekitar kawasan dalaman Stadium

Ketika menanti waktu Sembahyang Maghrib – MB Selangor Khalid Ibrahim berada di Syaf depan bersama Ustaz Badrul Amin di sebelah kanannya.

Sembahyang Maghrib bermula di Imamkan oleh Iman Besar Masjid Shah Alam, Imam Firdaus ..
Disusuli dengan sembahyang Hajat 2 rakaat…

Upacara di Dalam stadium bermula selepas waktu Isyak .. kira kira jam 9.00 malam. Aku di beritahu, kawasan padang tidak boleh digunakan kerana pada malam esoknya, akan adakan Perlawasan Bolasepak Selangor menentang Kedah. Maka pengunjung kena duduk di Grandstand …. lepak dan panas

Skrin di sediakan di dua sudut menghadap ke depan dan belakang, tapi sound nya tak berapa clear di beberapa lokasi ….

Ucapan pertama adalah dari Ustaz Hassan Ali, selepas itu tetamu undangan dari Kerajaan Negeri Kelantan, Ustaz Nik Amar dengan laungan Takbirnya. Pendek ucapan tapi berkesan, menyampaikan salam TG Nik Aziz dan ucapan tahniah kepada Selangor kerana berjaya menumbangkan Parti Barang Naik.

Kemudian disusuli dengan ucapan dari TS Khalid Ibrahim. Memberikan penerangan tentang perancangan kerajaan. Untuk rakyat Selangor yang menarik selain dari Air percuma yang sudah pun di nikmati oleh rakyat bermula 1 jun lepas… Kerajaan Negeri Selangor turut memberikan insuran percuma kepada Kanak kanak yang lahir pada Januari 2008 seterusnya. Insuran tersebut terus diberikan sehingga kanak kanak berumur 18 tahun. Dalam masa yang sama bantuan RM1,000 untuk pelajar yang melanjutkan pelajaran ke IPTA dan caruman kebajikan kepada warga emas. Tidak lupa bantuan perubatan percuma pada golongan ini …. Selepas itu Dato Seri Anwar Ibrahim pula memberikan ucapan. Setelah tamat ucapan tersebut aku bergegas keluar ….. kerana nenek dah suruh balik.

Ketika keluar terserempak pula dengan rombongan pulang DS Anwar di pintu VIP. Gambar [di bawah] menunjukkan pintu laluan keluar yang dilalui oleh DS Anwar Ibrahim …. 8 biji moto besar mengiringi beliau sudah bersedia. Bersama di dalam kenderaan adalah Saudara Azmin Ali …. Barisan orang ramai sudah ramai menanti beliau di laluan tersebut. Tak perasan …. Kawan aku terselit di dalam imej, matanya melirik lirik mencari aku yang sedang ghairah mengambil gambar ..

Sekian terima kaseh, Adios ….. dan Tahniah kepada rakyat Selangor.

100 Hari Pentadbiran PR .. malam ini !!!

In 100 hari PR on June 20, 2008 at 7:58 am


didedah: piorumno

Roslan Aziz mohon maaf

In 100 hari PR on June 19, 2008 at 12:01 pm

malaysiakini - Komposer terkenal Roslan Aziz memohon maaf kepada ahli PAS kerana kenyataannya yang dianggap menghina parti itu berhubung tindakan Dewan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu, sempena 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu.

“Sebagai seorang manusia yang beragama Islam, (juga) bapa, suami dan anak yang masih menagihkan ilmu pengetahuan dan keredhaan-Nya, saya dengan merendah hati memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat khususnya ahli-ahli PAS atas perlakuan saya itu,” kata Roslan dalam blognya Roslan Aziz Production (http://roslanaziz.blogspot.com) semalam.

Kelmarin, Roslan menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan “ego” golongan agama dan bermotifkan politik.

“Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci,” katanya kepada Malaysiakini…. selanjutnya.

No2umnO – Tuhhh !!! Minta maaf dengan Tuhan. Baik lagi kalau TAUBAT !!!

100 hari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

In 100 hari PR on June 19, 2008 at 4:52 am

malaysianinsider – [...] “Besar…memang tetapi kalau you datang mengunjungi setiausaha akhbar sebelum saya, lagi terperanjat. Di bilik ini dulu ada dua komputer, mesin fax sendiri, telefon ada di dua meja dan sebagainya.

“Seolah-olah bila tuan punya bilik ini dulu duduk kat meja itu, walaupun dalam bilik ini juga, di situ akan ada komputer dan telefon untuk membantu dia bekerja.

“Tetapi, bila saya masuk ke sini, semua kena kontrol oleh Tan Sri. Konsep beliau adalah merakyatkan ekonomi. Sebab itu, nak tukar meja ini pun tak boleh. Yang dikeluarkan adalah,” cerita Arfa.

Inilah yang berlaku di pusat kegiatan kerajaan negeri Selangor dalam tempoh 100 hari selepas kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk. Semua kegiatannya mematuhi pendekatan yang dikehendaki oleh MBnya, Merakyatkan Ekonomi.

“Maksudnya, setiap wang yang diperolehi hasil kemajuan ekonomi Selangor, akan disalurkan kembali kepada rakyat jika tidak kesemuanya, sebagian besar akan dikembalikan kepada mereka,” jelas Arfa.

Untuk 100 hari pertama, MB mengikat semua sekali perbelanjaan yang hendak dibuat. Semua kertas cadangan yang sampai akan dilihat di hujung kertas dahulu iaitu di bahagian implikasi kewangan.

“Inilah ajaran bos saya. Bila datang proposal, lihat di hujung dahulu,” kata Elisabeth Wong, salah seorang Exco kerajaan negeri ketika saya berjumpa dengan beliau baru-baru ini.

Saya membawa satu cadangan kepada Ely agar kerajaan negeri Selangor menerbitkan buku pengembaraan dua rakyat Malaysia ke seluruh dunia dengan kereta pacuan empat rodanya. Yang pertama komen beliau adalah sejumlah wang yang terpaksa dibelanjakannya untuk menerbitkan buku itu bukannya manafaat yang bakal diperolehi dari buku itu khasnya untuk portfolio beliau.

Seorang pegawai khas kepada exco kerajaan negeri juga mempunyai ceritanya tersendiri tentang cara pengurusan Tan Sri Khalid.

“Sekarang ini, semua projek pengeluaran pasir dibekukan secara blanket,” cerita Izham Hashim, Pegawai Khas kepada Datuk Dr Hassan Ali. Ini kerana, pengeluaran pasir telah menjadi isu besar kepada Selangor kerana bahan ini menjadi rebutan berikutan keperluan pasir untuk projek-projek pembangunan di negeri ini. Pihak yang mendapat permit mengeluarkan pasir di Selangor boleh menjadi orang kaya baru dengan serta merta berikutan permintaan terhadap pasir yang tinggi.… selanjutnya.

Menjelang 100 hari Pakatan Rakyat

In 100 hari PR on June 18, 2008 at 12:28 am

email oleh: zaidixx@xxx.com.

Menanti 100 hari kepimpinan Pakatan Rakyat, Lembah Kelang berubah. Dari di penuhi dengan wajah wajah pemimpin Barisan Nasional. Kini sudah berubah …bukan ganti, tapi berjaya di tutup.

Contohnya ini ……

All about ‘cleaning up the mess’

In 100 hari PR on June 17, 2008 at 11:29 pm
Free water… something M. Buguna at Taman Puchong Permai low-cost flats would appreciate. — pictures by Choo Choy May

malaysianinsider – This week, Selangor approaches 100 days of Pakatan Rakyat government since Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim was sworn in as menteri besar on March 13. In the Jules Verne novel, Phileas Fogg managed to go around the world in less than that, but taking over a state after 50 years of Barisan Nasional rule is far more challenging.

Like many Malaysians, most of us were surprised at the outcome of the election. Personally for me, it was about managing expectations, having seen how difficult it is to overcome the BN machinery in previous years in spite of the apparent desire for change among the people. I preferred not to set my expectations too high, only to be disappointed.

But change Selangor did. As the night of March 8 stretched into the next day and the EC still not wanting to verify the results, we feared the worst. I had to speak to our anxious supporters, telling them, “If we can wait for 50 years, we can wait for the next few hours.” Keadilan garnered 15 seats, DAP 13 and PAS 8. As a result, the Pakatan Rakyat government has a comfortable 16-seat majority over BN.

While on the day of March 9 itself, I immediately had obligations to fulfill – the funeral of a BN local leader as well as the wedding of a supporter – I was immediately asked by Tan Sri Khalid to help him in the preparation to take over the state government on March 10. It felt surreal. … selanjutnya.

Raden kata …. “Aci!!! Jangan buang air, nanti orang negeri lain jealous sama kita.”

100 RIBU SEMPENA 100 HARI KERAJAAN BARU SELANGOR

In 100 hari PR on June 16, 2008 at 4:26 am

selangortoday - Dijangkakan 100 ribu orang akan memenuhi Stadium Shah Alam sempena 100 hari usia Kerajaan Baru Selangor pimpinan TS Khalid Ibrahim.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar amanat DS Anwar Ibrahim pada 20 Jun 2008 di Stadium Shah Alam.

Pegawai Khas MB Selangor mengesahkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz akan berucap, MB Kedah Dato’ Azizan Razak akan berucap, CM Lim Guan Eng akan berucap. Salain itu 3 pemimpin Parti Pakatan Rakyat, Tuan Guru Haji Hadi, MP Lim Kit Siang dan MP Datin Wan Azizah dijangka akan membuat satu deklarasi bersama pada malam itu.

Mari beramai-ramai datang sambil melahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan prihatin, bersih, dan berkebajikan Selangor.

Tan Sri Khalid akan memberi ucaptama yang dijangka akan melegakan rakyat Selangor.

Program akan bermula pada 7.30 malam dengan Solat Maghrib dan Sunat Hajat di perkarangan Stadium dan akan diteruskan didalam stadium dengan ucaptama YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, di ikuti ucapan oleh lain-lain pemimpin utama Pakatan Rakyat.