no2umno

Archive for the ‘16 September 08’ Category

7 Lagi Bekas Adun BN bakal Ikuti Jejak Dato’ Fauzi !!

In 16 September 08, Anwar Ibrahim, Lompat parti on July 25, 2008 at 2:48 pm

marhaen | Tamparan hebat buat UMNO/BN Pahang, maklumat terkini diterima tujuh lagi bekas Adun BN bakal mengikuti jejak langkah Dato’ Fauzi Abd Rahman. Memang inilah yang ingin disaksikan sejak sekian lama, evolusi kehancuran “Dinasti UMNO” di Pahang akan bermula. Biarpun ada dikalangan pemimpin UMNO Pahang yang masih mempertahankan kononnya UMNO makin utuh biarpun tokoh UMNO Pahang itu menyertai PKR baru-baru ini. Namun mereka harus ingat dan sedar bahawa Fauzi bukan sembarangan. Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Ahli Parlimen, ADUN dan juga Ketua UMNO Bahagian. Bahkan, ayahandanya juga adalah merupakan bekas Menteri Pelajaran yang cukup terkenal di zaman PM Tuanku Abdul Rahman. Maka itu, UMNO Pahang harus menerima kenyataan bahawa kemasukan Fauzi bakal mendorong lebih ramai lagi pemimpin UMNO Pahang berbuat demikian.

MB Pahang, Dato’ Nan kini semakin kepanasan. Tidurnya juga mungkin tak lena. Mandi mungkin tak basah. Apa tidaknya, penyertaan Fauzi dalam PKR merupakan satu tamparan hebat buat kepimpinan beliau. Sebelum ini UMNO Pahang dikecohkan dengan tindakan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga bekas Adun Lepar, Dato’ Tajuddin Sulaiman meletakkan jawatannya. Kini angin semakin bertiup kencang bahawa negeri Pahang bakal menerima kejutan yang lebih besar selepas ini. Umum sudah mengetahui bahawa, sebuah syarikat pembalakan telah menyaman dan menfailkan tindakan mahkamah untuk menyita negeri Pahang. Ini kerana kegagalan UMNO Pahang untuk mematuhi arahan mahkamah yang mengarahkan kerajaan negeri membuat bayaran gantirugi jutaan ringgit terhadap syarikat terbabit, akibat penipuan isu balak. … selanjutnya.

Hari Penamaan Calon 04.09.08

In 16 September 08, Anwar Ibrahim, bubar Parlimen on July 25, 2008 at 2:15 pm

kerajaanrakyat | Datuk Seri Abdullah Badawi yang terkenal dengan berbagai kejutan sekali lagi memecahkan rekod terkejutnya dengan mengadakan dua pilihanraya umum dalam tahun yang sama setelah dia berjaya menyakinkan jemaah menterinya.
Hari ini 25hb July 2008. Pada 01.09.08 Parlimen akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-13.

Tarikh 04.09.08 adalah hari penamaan calon dan pada 13.09.2008 adalah hari pembuangan undi.

Pilihanraya umum ini terpaksa diadakan oleh Barisan Nasional demi menyelamatkan pengkhianat, pencuri, perompak, penyamun dan kaki bodek yang berada dalam umno daripada kehilangan kuasa.

Kebimbangan kehilangan kuasa ini membuak-buak apabila Bahagian Risikan Politik UMNO mengesahkan bahawa plan induk Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Pusat pada 16 September 2008 telah dirancang rapi dan akan benar-benar berlaku.

Andainya ke bawah DYMM SP Baginda Yang Dipertuan Agong memberi perkenan untuk parlimen dibubarkan. Apakah agaknya keputusan pilihanraya itu nanti?.

Apakah mungkin BN akan mendapat semula 2/3 majoriti di Parlimen? Apakah Samyvellu, Khir Toyo, Shahrizat Jalil akan kembali menjadi menteri selepas itu?. Mungkinkah Ezam Mohd Nor setelah melalak ke sana ke sini akan diangkat menjadi Menteri Hal ehwal Korupsi yang bertanggungjawab mengusung enam kotak taik?. … selanjutnya.