no2umno

Archive for the ‘ADI PUTRA’ Category

Adi Putra wows them all

In ADI PUTRA on April 28, 2008 at 3:26 am

Adi Putra Abd Ghani explaining his workings to visitors at the Malaysian Unit Trust Week 2008 exhibition in Malacca.
Adi Putra Abd Ghani explaining his workings to visitors at the
Malaysian Unit Trust Week 2008 exhibition in Malacca.

NST – Ten-year-old Adi Putra Abd Ghani is one little Einstein.
Yesterday, he made solving complicated mathematical equations look easy and so, captured the hearts of visitors to the Malaysian Unit Trust Week (MSAM) 2008 exhibition here.

The pint-sized prodigy was comfortable on stage as he interacted with the audience and stunned them with his calculating prowess, especially when teaching some Sijil Pelajaran Malaysia candidates.

His mother Seri Hana Elias, 32, said Adi always planned his day ahead to fit in activities like play-time and study.

“He is very dedicated and disciplined,” she said, adding that he had a “bad” habit of sleeping late which started at an early age.
Yesterday, the boy slept at 4.30am, only to be at the MSAM event by 9am. More…

Keistimewaan lain Adi Putra

In ADI PUTRA on January 28, 2008 at 8:53 am


kosmo
Oleh ZAMRI RAMBLI

Genius matematik dari Bagan Serai, Adi Putra Abdul Ghani berusia genap sembilan tahun hari ini.

SAYA pertama kali bertemu Adi Putra pada November 2005 di rumah datuknya di Tanjung Malim, Perak. Dalam pertemuan itu, Adi Putra telah menyelesaikan masalah darab matematik sepantas empat saat, sedangkan saya baru separuh jalan menekan punat nombor kalkulator. Adi baru berusia enam tahun ketika itu.

Saya juga terkejut dengan kepantasan Adi Putra mencongak, beberapa kiraan pendaraban yang lain seperti ribu dengan ribu, pengiraan isi padu silinder, pecahan dan perpuluhan di atas. Dalam diam, saya mengagumi kepintaran Adi Putra dan sekali sekala berasa diri saya kerdil di hadapannya.

Dua tahun kemudian, minggu ini, saya teruja lagi dengan pemilik wajah comel ini – Adi Putra dikatakan memiliki kelebihan lain selain matematik iaitu apa yang dipanggil deria keenam atau gerak hati.

Ahad lepas, Adi Putra berkunjung ke rumah keluarga Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang di Taman Medan, Petaling Jaya, sejak 9 Januari lalu. Menurut Adi Putra, beliau sedang cuba mencari Sharlinie menggunakan ‘caranya’.

Ketika lawatannya, Adi Putra turut memberikan formula berbentuk pil bagi menenangkan perasaan ibu dan bapa Sharlinie selain pergi ke padang tempat Sharlinie dilihat sebelum kehilangannya.

Kemudian, Adi Putra membawa sekumpulan anggota polis ke Ulu Yam, Gombak selepas mendapat petunjuk Sharlinie pernah berada di situ. Walaupun, kecewa kerana hanya mendapat jejak kosong, penemuan satu tulisan bertulis ‘media’ di atas tanah memang mengejutkan. Ia dikatakan ditulis oleh penculik terbabit yang marahkan pihak media. (No2umno – Berita ini pernah tersiar diakhbar lain tetapi tidak diberitahu punca penemuan tersebut. Ada pihak yang tidak mahu nama Adi Putra dikaitkan. Kenapa ye?)

Menurut bapanya, Abdul Ghani Abdul Wahid, 49, sebenarnya ini bukanlah bantuan pertama yang diberikan oleh Adi Putra berkaitan orang hilang.

“Pernah sekali seorang kanak-kanak dipercayai lemas sudah 18 hari tidak ditemui. Keluarganya datang pun untuk minta tolong kalau-kalau boleh diberi petunjuk walaupun hanya untuk dapatkan tulang anaknya.

“Kami turun sendiri ke kampung mangsa untuk mencari. Bayangkan kami mencari di sebatang sungai dari tengah malam sampai pukul 5 pagi. Kemudian Adi Putra ajak balik. Sekitar pukul 7 pagi, keluarga mangsa telefon memberitahu mereka sudah menemui mayatnya dan ia masih dalam keadaan baik,” cerita Abdul Ghani.

Akui beliau, Adi Putra tidak mahu menemui mayat mangsa secara terus kerana tidak suka mendabik dada. “Adi Putra usahakan dan biarkan orang lain yang temui, jadi orang tidak terlalu mengaitkannya dengan Adi Putra,” katanya.

Dan Khamis lalu, saya berpeluang berbual santai dengan Adi Putra untuk menyelami kepintaran matematiknya dan bagaimana anak kecil ini melihat dunia. Saya juga ingin memahami sisi lain seorang Adi Putra.

Saya dibenarkan menemu bual Adi Putra secara bersendirian tanpa ditemani ibu bapanya – sesuatu yang jarang diperoleh media lain.

ADI PUTRA: FERRARI YANG SURUH JALAN MACAM KANCIL

In ADI PUTRA on January 19, 2008 at 4:18 am

Sistem pendidikan Malaysia, umpama paksa kereta ‘Ferrari’ jadi ‘Kancil’
Mat Zain Mat Isa
harakahdaily

Jika tidak kerana sorotan khas oleh sebuah stesen televisyen swasta selama dua malam berturut-turut mengenai kedudukan terkini Adi Putra Abdul Ghani, nescaya tidak ramai yang tahubahawa budak pintar Matematik itu kini sedang menghadapi hari-hari sukar menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan negara.

Bahkan, ditolak jiran-jiran dan keluarga terdekat, barangkali semua pihak menyangka Adi Putra kini sudah ditempatkan di kelas khas sebagaimana disaran dan dijanjikan pelbagai pihak sebelum ini.

Tinggalkan sekolah, belajar di rumah

Tidak akan ada yang menyangka betapa budak itu kini terpaksa meninggalkan bangku persekolahan dan memilih kaedah pembelajaran sendiri di rumah.

Sorotan perkembangan terkini Adi Putra disiarkan menerusi slot Buletin Utama TV3 dua malam berturut-turut bermula Rabu (16 Januari). Sebelum itu akhbar-akhbar arus perdana juga ada menyiarkan keadaan beliau sekali dalam beberapa ketika.

Menurut pengakuan dibuat ibu bapanya, Adi Putra tidak lagi meneruskan persekolahan di Sekolah Islam Antarabangsa (IIS), Gombak. Sebelum berpindah ke situ pada April 2006, Adi Putra hanya sempat bersekolah selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buloh, Bagan Serai. Itu pun Adi Putra kerap tidak hadir ke sekolah kerana mendapati pembelajaran di sekolah sangat membosankan. More…

Adi Putra vs Menteri Pondan Siam

In ADI PUTRA on January 17, 2008 at 10:03 pm


dipetik: orangdalam.

bukan adi putra pelakon tu tapi adi putra yang genius..berjaya mencipta formula matematik dan menyelesaikan jawapan sehingga berpuluh titik perpuluhan..otak dia lebih boleh mengalahkan budak2 U yang bodoh..boleh mengalahkan otak menteri2 yang majoritinya otak udang termasuk si pondan siam ni..dan semestinya megi boleh kalahkan otak si tua yang kuat tido tu..tu bukan otak udang dah..otak kejang namanya..asik bengap tak tahu je..

kenapa menteri bangang ni tak dapat setelkan kes adi putra?inilah akibat terlalu ikut sangat skema pelajaran..ada ke paksa budak tu pegi sekolah biasa..pehtu paksa amik UPSR gak..budak tu mmg tak terer subjek lain..otak dia mmg khas untuk jadi genius matematik je..sebab tu si pondan ni rasa adi putra masih ado kekurangan..macamla si pondan siam ni pandai dalam semua hal dunia..sejak pegang kementerian mcm gampang je jadinya..yuran merepek2..tu pun gagal nak setelkan..

den rasa ada beberapa sebab sebenarnya si pondan dan kementerian tak ambik berat sgt pasal adi putra:

adi putra pernah bercakap/memberi seminar/mengajar di dalam dewan di utm jalan semarak..diceritakan orang..lepas abis bercakap dia bertakbir..orang UMNO ni pantang bertakbir..lebih2 lagi jenis tak solat..sebab tu si pondan ni hangin semacam je dgn adi putra..
ataupun adi putra ni pandai jampi orang..yela orang UMNO mana percaya jampi2 ni..anti haron din..anti air jampi..tak beriman dengan kuasa Allah..den sendiri mendengar abg ipar adi putra yang bgtau dia boleh ubat org..
atau sebab adi putra ada produk untuk kecerdasan otak..mungkin si pondan ni suruh gak adi belajar kat sekolah biasa untuk pow yuran kaw2 punya dr adi..yela kecik2 dah buat bisnes..haha

kesimpulannya..selagi adi putra tak bagi kepentingan politik kepada BN dan UMNO selagi tu depa takkan tolong MELAYU genius ni..mana ketua putera rempit umno malaysia? tak nampak pon nak tolong..mana keri kera jambanludin?tak berdemo ke tuntut pendidikan yg bagus untuk adi putra?selain kementerian, mana persetubuhan2 melayu yang lain?babi btol la! penipu bangsa je korang semua ni!

p/s:”cita2 adi dah besar nanti nak cipta komputer untuk idola adi” idola yang dimaksudkan adalah senator OKU tu..lupo plak den..tapi senator tu pon dah kecewa dgn adi..kenapa ek?org tua pon majuk dgn budak umur 8 thn..