no2umno

Archive for the ‘Belit ASTRO’ Category

ASTRO tipu pelanggan

In Belit ASTRO on July 27, 2008 at 2:42 am

Di ambil dari FOMCA

Saya ingin membuat aduan mengenai talian khidmat pelanggan yang digunakan oleh pihak Astro.Saya telah membayar caj bulanan saya sebanyak RM60,tetapi perkhidmatan Astro saya dihentikan.

Oleh yang demikian saya terus menghubungi talian khidmat pelanggan astro(1300 82 3838) namun panggilan saya tidak dilayan.Lebih kurang 10 kali saya menghubungi Astro,namun gagal untuk disambungkan kepada operator,(talian sedang sibuk).

Saya amat kecewa dengan pihak astro kerana walaupun gagal bercakap dengan operator tetapi bil kredit telefon saya ditolak dengan banyak.Saya rasa ditipu seolah-olah caj bulanan yang dikenakan tidak berbaloi dan perkhidmatan yang diberikan amat mengecewakan.

Caj bulanan sudah dibayar namun saya masih tidak dapat menggunakannya. Apa yang diinginkan oleh pihak astro sedangkan talian yang digunakan gagal membantu pengguna seperti saya? – Fomca

Tu satu dari rungutan Pelanggan kepada syarikat Ananda Krishan, kroni Mahathir dulu. Sekarang kuasa pelanggan dah tak ada. Yang ada kuasa syarikat kroni yang memonopoli perniagaan. Yang terus kena adalah rakyat dan pelanggan.

Aku yang sudah melanggan ASTRO sejak lama dulu, memang selalu kena tipu. Oleh kerana selalu kesempitan wang, Siaran ASTRO kerap di potong. Dah jadi lumrah, kalau tak bayar, di potong. Tapi kalau di kaji, banyak prosidur yang mereka tetapkan tidak memihak kepada pelanggan langsung.

Dah la kena bayar RM20 untuk penyambungan, selepas dibayar, penyambungan akan di buat di dalam tempoh 4 hari selepas tarikh pembayaran. Kalau dulu cukup sekadar beritahu nombor resit pembayaran dan jumlah kepada operator ASTRO, sekarang kena pastikan wang masuk dulu ke akuan diorang, baru diorang nak sambung. Untuk dapatkan operator pun satu masalah. Bil talipon melambong, talian operator tak di sambung. Dah dapat cakap, terhegeh hegeh nak sambung siaran. Bukan diorang datang rumah untuk sambung siaran. Mereka hanya bekerja di center, picit punat, maka siaran pun ada. Kekadang rasa seperti sengaja di lambatkan.

Duit dah bayar, tunggu 4 hari. Di dalam tempoh itu, tiada siaran. Sedangkan bil pada bulan tersebut, ASTRO tak tolak pun caj jumlah ASTRO tidak digunakan. Kalau penyambungan hanya di buat selepas 4 hari, maka di dalam tempoh itu lah pelanggan berada di dalam kerugian kerana bayar bil bulanan tapi siaran. Kalau sebulan RM90.00, sepatutnya, bill yang anda akan dapat adalah RM90.00 – [2hari bil] = RM84.00. Tapi realitinya, RM90.00 + [penyambungan RM20.00]= RMRM110.00. Yang untung masih lagi ASTRO dan yang rugi masih lagi pelanggan.

Kita tidak salah melanggan ASTRO. Seperti kita membeli kenderaan. Beli atau tidak, itu hak pengguna dan rakyat. Kalau mampu, langgan, kalau tidak, tak payah. Tapi …. tidak ada pihak yang benar benar berkuasa untuk membela pelanggan. Pelanggan yang melanggan kerana terdorong kepada iklan dan promosi yang di pamerkan. Tapi selepas di langgan, ASTRO tolak ketepi hak pengguna, dan mereka terus mencari pelanggan baru.

Di luar negara, sekiranya pelanggan membeli barangan, mereka di lindungi oleh hak pengguna. Sehinggakan penghisap rokok masih boleh saman pengilang selepas mereka sakit kerana menghisap rokok. Alasannya, mereka di tipu oleh iklan merokok. Kalau nak bandingkan hak kita dengan mereka di luar sana, kita dah lama terbiar. Persatuan tak cukup power, kerajaan pun tak ambil tahu. Itu sebab orang kata, rakyat Malaysia ni bodoh bodoh semuanya. Mudah terpedaya dengan iklan syarikat, tapi dibiarkan berjuang sendiri. Termasuk lah aku.

Gambar ‘lucah’ di siaran Astro

In Belit ASTRO on July 27, 2008 at 1:59 am

MStar | DUA hari lepas saya terserempak dengan satu cerita channel astro yang memaparkan kisah orang asli di luar negara. Apa yang mengejutkan saya siaran itu memaparkan wanita tanpa baju secara terang dan jelas.

Siaran tu rasanya dalam satu jam. Memang tak ada tapis-tapis langsung. Amat memalukan dan lebih sakit hati, org-orang lelaki dirumah sampai tak berkelip mata tengok. Suruh tukar channel lain baru tukar.

Kenapa tak ada orang bising-bising pasal ni? Tak ada ke orang tapis siaran macam tu? Selama sejam seolah-olah penonton dihidangkan dengan filem lucah secara percuma.

Kalau artis pakai seksi ramai orang bising tapi ini bukan seksi tapi dah kira tahap bogel. Tolonglah siapa-siapa yang prihatin buatlah sesuatu.

Eina Reina

Astro told to buck up

In Belit ASTRO on April 8, 2008 at 10:06 am

thestar – Astro will not be allowed to introduce new channels until the Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) is satisfied with its efforts to enhance present services to its two million over subscribers.

Energy, Water and Communications Minister Datuk Shaziman Abu Mansor said there were a host of problems that Astro needed to iron out following complaints by its customers. These include matters like poor service, billing problems and charges that burden users.

He said among complaints were a charge of RM10 for late payment, RM20 for re-connection and a fee of RM50 for services provided by the technical team. He added that another major grouse was that Astro services would be unavailable during bad weather more/…

ASTRO TIPU PELANGGAN !!!

In Belit ASTRO on January 13, 2008 at 10:20 am


Unsur penipuan kuiz interaktif di televisyen: Pelanggan perlu tampil

KUALA LUMPUR: “Pelanggan yang mendakwa ditipu perlu tampil dan memberi maklumat terperinci seperti nombor telefon, tarikh dan waktu mereka melakukan panggilan.”

Demikian jawapan Astro berhubung dakwaan program Fulus Mania yang disiarkan di saluran Astro Ria lebih menjurus kepada penipuan.

Berikut jawapan diberi Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah terhadap soalan bertulis Metro Ahad yang diajukan kepadanya melalui e-mel:

METRO AHAD (MA): Berapa caj panggilan yang dikenakan kepada pemanggil?

ASTRO : Caj premium setiap panggilan adalah RM3 (tidak termasuk caj biasa Telco/syarikat telekomunikasi). Informasi ini disampaikan dan dipaparkan jelas kepada penonton menerusi hos program, ‘crawlers’ di program, laman web, mesej SMS dan talian tetap.

METRO: Sejauh mana kuiz ini telus daripada segi pembayaran hadiah seperti bonanza membabitkan hadiah berpuluh ribu dan sebagainya?

ASTRO: Sehingga tarikh ini, kami memberi hadiah wang tunai lebih RM900,000. Kami ada dokumen sah pemenang sebagai bahan bukti.

METRO:Berapa ramai pernah mendapat hadiah yang ditawarkan – harap dapat beri maklumat penerima hadiah untuk dihubungi.

ASTRO: Sehingga tarikh ini, kami ada beberapa ratus pemenang.

METRO: Berapa ramai pengguna mendapat hadiah utama/bonanza – harap dapat beri maklumat penerima dan nombor telefon untuk dihubungi.

ASTRO: Segala dokumentasi butiran diri pemenang adalah sulit.

METRO: Wujud dakwaan pelanggan panggilan telefon yang sudah dapat masuk, tetapi tiba-tiba terputus.

ASTRO: Dakwaan pelanggan itu hanya boleh disahkan jika mereka tampil dengan memberi butiran dakwaan seperti nombor telefon mereka dan tarikh serta waktu melakukan panggilan.

Selepas mendapat semua butiran ini, kami boleh merujuk kepada log panggilan syarikat telekomunikasi untuk mengesahkan dakwaan itu.

METRO: Ada mendakwa SMS mengenai kedudukan pengirim yang tidak tetap, contohnya SMS pertama nombor ke-40, SMS kedua daripada pemanggil sama kedudukan pada nombor ke-20.

ASTRO: Dakwaan ini tidak benar sama sekali. Waktu setiap panggilan dan SMS yang diterima akan direkodkan di dalam sebuah ‘sistem’. Sistem ini akan menyenaraikan setiap posisi panggilan dan SMS di dalam tempoh waktu ditetapkan.

Apabila tempoh waktu teka-teki yang ditetapkan berakhir, kami akan menelefon pemanggil yang ke-50, dan jika dia tidak dapat menjawab soalan berkenaan, kami akan menelefon pemanggil ke-50 yang seterusnya.

METRO:Dianggarkan berapa banyak panggilan diterima dalam satu-satu rancangan?

ASTRO: Purata lebih daripada 100 panggilan setiap episod.

METRO: Dianggarkan panggilan telefon yang diterima sepanjang tahun lalu bagi rancangan kuiz ini?

ASTRO: Jumlah panggilan yang diterima sangat menggalakkan.

METRO: Berapa jumlah kos panggilan telefon seorang individu paling besar pernah direkodkan?

ASTRO: Secara purata, kebanyakan peserta kami menggunakan tidak lebih daripada RM30 setiap bulan atau tidak lebih daripada RM1 setiap hari untuk menyertai Fulus Mania. Namun begitu, mereka tidak menyertai program ini setiap episod atau setiap hari.

METRO: Adakah pihak tuan menerima aduan daripada pengguna dan apa maklum balas daripada pihak tuan?

ASTRO: Setiap komen yang diterima kami ambil secara serius. Kami akan siasat komen itu dan memberi maklum balas kami kepada pemberi komen berkenaan.

METRO: Adakah program ini diuruskan oleh syarikat televisyen atau sebuah rancangan terbitan syarikat lain tetapi disiarkan oleh pihak tuan?

ASTRO: Walaupun program ini daripada syarikat berlesen antarabangsa, keseluruhan program diterbitkan oleh Astro. Program kami terus telus dengan mengaplikasikan dan mengikut syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.

No2umno - Sebenarnya isu penipuan FULUS MANIA memang sudah lama diperkatakan. Cuma ianya tidak ditimbulkan dan diperbincangkan. Biasalah ….. isu terpilih sahaja yang akan keluar di dalam mana mana berita. Ramai yang rasa dirinya tertipu akan berhenti untuk menghantar SMS ke ASTRO. Namun cuba anda perhatikan dan cuba anda menyertainya. Mungkin anda perlu belanja sebanyak RM6 atau RM9 ringgit. Dan jawapan yang anda berikan menerusi SMS itu tetap akan salah dan pihak ASTRO akan menghantar SMS ucapan terima kaseh kerana menggundi kepada anda. Selepas itu anda akan tahu bagaimana liciknya ASTRO mengutip wang dari orang ramai.

Tambah menarik, juruacara yang terdiri dari bekas pelajar Akedemi Fantasia akan cuba untuk menggoda anda untuk terus mengundi.

Penipuan ini dirancang dengan cukup teliti sebelum di lancarkan. Ini bermakna, apa pun yang cuba anda buktikan, ASTRO mempunyai jawapannya dan kerana itu apa jua anda cuba buktikan, mereka dengan mudah untuk menanganinya. Cuba dan anda akan rasa. Cara yang paling selamat adalah….lupakan dan jangan libatkan diri dengan permainan ini.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.