no2umno

Archive for the ‘Masalah rakyat’ Category

Proton atau Mercedez?

In Masalah rakyat, Proton, Terengganu on July 21, 2008 at 12:24 am


MOTHER LOSES THREE CHILDREN IN SMASH UP: Siblings Tan Jun Hui, 4; Jun Wah, 11; and Jun Nia, 12; and their cousin Wong Yui Yen, 7; were killed on the spot in a head-on collision between the Proton Wira they were in and a lorry. Another sibling, Jun Kwang, 8; and cousin, also named Wong Yui Yen, 6; sustained serious head and body injuries, along with Lee. Their Indonesian maid Kismi Wati, 23, also died instantly … selanjutnya.

Sedih. Sejak awal Proton di jual dan di perkenalkan, berapa ramai yang telah terkorban. Tengok gambar kereta tu, separuh bahagian atasnya hilang entah kemana. Kekadang rasa betul juga kata MB Terengganu. Dari Proton baik Mercedez, sekurang kurangnya, maintenance pun rendah, keselamatan ada sikit terjamin.

Wajah-Wajah Rakyat Desperate

In Masalah rakyat, Minyak naik on July 20, 2008 at 3:15 pm

cursingmalay | Aku dah perasan dekat Petronas rumah aku ada notis letak muka pencuri dekat tepi pintu.Masa first2 dulu ada gambar satu brader pakai baju kemeja datang dengan kereta Wira.Brader ni perompak.
Baru2 ni gambar tu dah di update.Ditukar pulak dengan gambar satu family yang datang tiga beranak yang suka mencuri benda2 kecik,macam coklat ke.

Dekat rumah aku jugak ada satu Econsave,dekat Econsave ni lah tempat aku membeli barang keperluan setelah aku sedar selama ni aku membeli belah di Jusco dengan harga yang maha tinggi.Dekat Econsave ni ada notice board muka-muka mereka yang “wanted” atau ditangkap oleh kamera CCTV telah mencuri barang dari pasaraya tersebut.

Pada mulanya hanya ada gambar seorang brader melayu,gambar dia sorang je.Minggu lepas aku pegi tambah gambar sorang perempuan melayu.Hari ni aku pegi ada dah tambah gambar beberapa orang dah.Maknanya kes kecurian kat situ makin menjadi-jadi.

… selanjutnya.

38% of households struggling to make ends meet

In Kemiskinan, Masalah rakyat, Minyak naik on July 10, 2008 at 1:16 am

aninetto | …….. If you assume that families earning below RM2,000/month are having a really tough time making ends meet, then 38 per cent of all families are in that predicament.

If we take RM3,000 as the threshold for those who are barely coping, then that makes it more than 50 per cent of Malaysian families who are going through lean times.

This is the real problem in Malaysia today – not the inter-ethnic income disparities.

And the government still doesn’t want to heed the MTUC’s call for a minimum wage of RM900/month and a cost of living adjustment of RM300?

After nearly 40 years of fairly rapid FDI-driven economic growth and over 20 years of neo-liberal policies, to what extent has the quality of life for families really improved – even with more than one person in the household working or the breadwinner taking up an extra job? Instead, we have a vast gulf between the rich and the poor, as a sense of disillusionment sets in. This partly explains why the BN did badly at the polls.

Now the question is what kind of solutions can the PR offer if they come to power to tackle such structural disparities – apart from the urban-rural poverty gap? Will eradication of corruption alone solve the problem – or is the problem a more deep-rooted structural one?… selanjutnya.

Dimana wakil rakyat kita?

In Masalah rakyat on June 15, 2008 at 9:21 am

desakerayongindah – […] Lima projek itu ialah Taman Lestari Perdana, Taman Lestari Puchong, Taman Lestari Permai, Saujana Puchong dan Saujana Putra adalah antara yang terbengkalai sejak tahun 2003 di sekitar Puchong dan Seri Kembangan.

Lawatan ke Taman Lestari Permai turut dihadiri sekurang-kurangnya 150 pembeli rumah projek perumahan itu, yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila projek yang dijadual siap sepenuhnya pada 2006 masih terbengkalai. Sementara itu, Hamzah berkata kementerian akan mengetatkan lagi akta-akta yang terkandung di dalam Dasar Perumahan Negara (DPN) untuk mengelakkan berlakunya projek perumahan terbengkalai. “Apabila perkara itu mendapat persetujuan dari semua pihak yang terlibat dalam industri perumahan, ia akan kita (kementerian) kemukakan kepada jemaah menteri akhir tahun ini,” katanya. [seterusnya]

Agak malang bagi nasib sesetengah pembeli rumah yang lain kerana langsung tidak mendapat perhatian daripada pihak yang sepatutnya samada daripada Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat. Kalau semasa era pemerintahan BN di Selangor sebelum 8 Mac 2008 yang lalu, Pembeli Desa Kerayong Indah dilayan seolah-olah seperti melukut di tepi gantang apabila berhadapan dengan EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Mantan Menteri Besarnya apatahlagi, langsung tidak ambil peduli dengan Projek Pemberimilikan Tanah Terancang tersebut…. selanjutnya.

300 penduduk adakan demonstrasi bantah operasi kilang pasir

In Masalah rakyat on June 3, 2008 at 11:59 am

bharian - Kira-kira 300 penduduk di Kampung Bangau Parit di sini mengadakan demonstrasi memohon Kerajaan Negeri Pahang supaya campur tangan bagi memindahkan sebuah kilang pasir yang didakwa mereka mendatangkan pelbagai kesan buruk termasuk pencemaran bunyi, hakisan tebing sungai dan kerosakan jalan.

Penduduk mendakwa, kilang yang beroperasi sejak enam tahun lalu itu menyebabkan mereka mengalami masalah kesihatan seperti batuk dan berkudis, selain terpaksa hidup dalam keadaan amat berdebu.

Wakil penduduk, Ramli Mat Lela, 52, mendakwa pihaknya pernah melaporkan masalah berkenaan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh serta Jabatan Alam Sekitar (JAS), namun tiada tindakan diambil sehingga kini, menyebabkan mereka bertindak mengadakan demonstrasi secara aman berhampiran kilang itu.

Lebih 1,000 setinggan, cuma sebuah yang dirobohkan?

In Masalah rakyat on May 22, 2008 at 11:31 pm

SULAIMAN (kiri) bersama ahli keluarga melihat rumahnya yang dirobohkan pihak berkuasa kelmarin di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang semalam.

Kosmo - “Lebih 1,000 rumah setinggan di Kampung Pasir Puteh, Pasir Gudang ini, mengapa hanya rumah saya seorang yang dirobohkan?”

Itulah persoalan yang ‘menghantui’ Sulaiman Hashim, 48, dan lapan ahli keluarganya yang sedih dan kecewa.

Katanya, rumah yang baru dibina berdekatan rumah lamanya lebih sebulan lalu di kawasan berkenaan dirobohkan pihak berkuasa kelmarin.

Sulaiman yang mengusahakan warung secara kecil-kecilan berkata, rumah yang dibina dengan kos lebih RM25,000 itu dirobohkan setelah notis selama sebulan untuk mengosongkan rumah itu tamat kelmarin.… selanjutnya.

No2umnO – Macam politik je.

BILA BAPAK KAYA …. ANAK CELAKA

In Masalah rakyat on May 22, 2008 at 11:40 am

Padah tegur anak VIP
Hmetro – […] “Ketika minum, anak VIP itu menghubungi telefon bimbit saya dan memberitahu mahu menemui saya bagi menyelesaikan perselisihan faham,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sekumpulan lelaki datang menemuinya tidak lama kemudian dan mendakwa dia mengusik ‘adik’ mereka dan menyerang serta terus membelasah dirinya.

Mangsa berkata, rakannya, Shamsul Kamal yang cuba melindunginya turut dibelasah dan mereka hanya berhenti membelasahnya selepas melihat dia tidak bermaya.

“Ketika kejadian, anak VIP itu turut bersama kumpulan berkenaan dan saya serta Shamsul Kamal dibawa ke hospital untuk menerima rawatan kecemasan,” katanya.

Wan Mohd Aznam berkata, Shamsul Kamal membuat laporan polis pada Isnin lalu dan dia akan melakukan perkara sama sebaik dibenarkan keluar dari hospital.

Menurutnya, tindakan kumpulan lelaki terbabit yang mendakwa diri mereka anggota sebuah pertubuhan cuma memburukkan nama baik pertubuhan yang ditubuhkan dengan matlamat mengamalkan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta membela nasib Melayu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan sedang dijalankan.

“Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan berdasarkan siasatan awal, kejadian itu berlaku akibat perselisihan faham,” katanya…. selanjutnya.

Hasrat Bang Mat kahwin ke-4 tangguh lagi

In Masalah rakyat on May 18, 2008 at 10:54 pm

Utusanmeloya - […] Pada akhir perbicaraan selama satu setengah jam, Hakim Shaikh Ahmad berkata: “Saya boleh membuat keputusan hari ini tetapi keputusan saya bergantung penuh kepada keterangan yang diberikan oleh Mohamed Nor dalam mahkamah. Kalau Mohamed Nor tidak mahu memberi kerjasama, saya tidak boleh luluskan permohonan berkahwin lagi.”

Beliau berkata, mahkamah akan memberi peluang kepada Mohamed Nor untuk menyediakan saksi-saksi bagi mengukuhkan lagi keterangan mengenai kemampuannya dari segi ekonomi untuk berkahwin lagi.

Terdahulu, Mohamed Nor yang memiliki 18 orang anak ketika membaca afidavit tambahan permohonannya untuk mengahwini isteri keempat berkata, beliau sebenarnya berpendapatan RM3,500 sebulan dan bukan RM1,500 seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Menurutnya, pendapatan tersebut adalah hasil daripada kerja mengangkut kayu getah dan getah beku dengan lori selain membaiki kereta dan motosikal.

“Selain itu, saya bersama isteri ketiga, Noraini Daud, 40, mempunyai pendapatan tambahan daripada kebun getah seluas 2.4 hektar selain isteri pertama, Wan Rukiah Mat Yusof, 50, memiliki kebun kelapa sawit seluas 0.8 hektar,” ujarnya…. selanjutnya.

No2umnO – Selama ini pun gajinya cuma RM1,500 tetapi Bang Mat mampu kawin 3. Semua isteri, bakal isteri dan Bang Mat pun dah setuju. Cara betul, kaedah betul tetapi mahkamah ragu ragu. Kekadang terpikir ada logiknya kenapa rakyat Malaysia kahwin di sempadan. Kalau nak kira pendapatan, sekarang pun mungkin ramai yang disara oleh isteri. Nak kawin senyap senyap atau cara betul?

Serumah dengan ulat

In Masalah rakyat on May 17, 2008 at 2:19 am

hmetro – “Kami dua beranak seakan-akan berkongsi rumah dengan ratusan ulat sampah sejak tiga bulan lalu,” kata seorang penduduk yang tinggal bersebelahan tempat buangan sampah di Blok C, Seksyen 10, Wangsa Maju di sini.

Fauziah Malik, 43, berkata masalah ulat mula timbul sejak dia sekeluarga menduduki kawasan perumahan itu lima tahun lalu, namun semakin parah sehinggakan kehidupan harian mereka terpaksa dikongsi bersama ratusan ulat.

Katanya, situasi itu menyebabkan dia bersama ibu yang kurang upaya (OKU) tinggal dalam keadaan tidak selesa ditambah pula dengan bau busuk sampah bersebelahan rumahnya.

Menurutnya, masalah itu berpunca kegagalan pihak berwajib mengutip sampah mengikut jadual ditetapkan termasuk ada ketikanya sampah diangkat selepas dua minggu.

“Saya pernah mengajukan aduan mengenai masalah itu kepada pemaju perumahan, namun tiada tindakan susulan sehinggakan ibu dan adik sering mengadu sakit kepala akibat menghidu bau busuk.

“Dakwa mereka (pemaju), segala urusan berkenaan sudah diserahkan sepenuhnya kepada sebuah syarikat konsesi, namun apa yang dikesali kini ialah syarikat terbabit bersikap sambil lewa.
>> selanjutnya

Girl with 10A1s shocked by PSD’s rejection

In Belit BN, Masalah rakyat on May 14, 2008 at 2:57 pm

MStar - […] What was worse was that her application for a matriculation programme was also rejected.

Kamine, 17, said she had her heart set on becoming a doctor and even participated in an attachment programme in April that exposed her to a doctor’s job.

“I couldn’t believe my eyes when I found out on Sunday through the PSD website that my application was unsuccessful,” she said yesterday, adding that she checked the result of her application several times.

“I felt that my world collapsed that day,” said the former student of SMK Ahmad Boestamam in Sitiawan, about 90km from here….selanjutnya [KLIK DI SINI]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.