no2umno

Archive for the ‘Sufiah Yusof’ Category

Dr Mashitah angry with Sufiah

In Sufiah Yusof on April 11, 2008 at 6:25 am

malaysia-today
By Little Bird

When I was active in UMNO, I used to work with the ulama types (surprise!) when we were fighting PAS (back in the old days). My friends and I were all fired up with enthusiasm and ready to go anytime.

One time we were cruising around Kuala Terengganu with a camera looking to take a picture of someone’s brand new second (or was it third) wife). We went through so many kampongs which are actually located smack in the middle of Kuala Terengganu. I can still smell the goats and chicken droppings.

But we could not locate the girl nor get the picture, thus being unable to prove the rumours that the new wife existed. Almost ten years have passed and it is a fact now that the second wife story was true. The young woman had offered herself directly to the old man and he had found it impossible to refuse. Now she is a ten year old wife I assume.

But while we were doing our bit for ’cause and country’ free of charge and full of passion, our ulamak friends in UMNO were always looking out for what was in it for them. This means money lah. For every single thing that we thought up, they made money out of it. If there was a briefing to be had for party members about religion or PAS, they would organise the food catering, the printing of pamphlets, the rental of premises, etc. All paid for using other people’s money. They always made a buck out of everything. I am not talking kuchi rats here but big names among the ulamak in UMNO. If any of you have seen Tan Sri Abdul Hamid Othman’s house you will know what I am saying.

Which is why Dr Mashitah is upset with Sofiah Yousof. Sofiah is of course our homegrown prodigy who also went to Oxford. She is the second Oxfordian from here who finds solace in doing unusual things for money. Unusual meaning not something the average non Oxfordian would do in a day.

Mashitah who sometimes looks like a religious tart is Deputy Minister of something. She pounced on the Sofiah case and ‘volunteered’ to lead a delegation of women to London to help rescue Sofiah. Of course the delegation would include say ten or fifteen women, all paid for by Encik Taxpayer. Along the way they would make the mandatory visits to Oxford Street (cos Sofiah is an Oxford graduate stupid) and do the required shopping.

Kerajaan henti usaha selamatkan Sufiah

In Sufiah Yusof on April 10, 2008 at 5:39 am

BHarian – Kerajaan mengambil keputusan menghentikan sebarang usaha menyelamatkan Sufiah Yusof di England yang kini dikatakan terbabit dalam kegiatan pelacuran, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, beliau berkata kerajaan sebaliknya mahu majlis agama Islam di setiap negeri menumpukan usaha menyelamatkan gadis tempatan yang menghadapi masalah sama seperti Sufiah.

Sufiah tak kesal jadi pelacur

In Sufiah Yusof on April 7, 2008 at 12:10 am

B/Hairan – Seminggu selepas kisah hidupnya sebagai pelacur terbongkar, wanita pintar matematik, Sufiah Yusof, membuat satu lagi kejutan apabila mengakui tindakannya menjual tubuh memberinya kehidupan jauh lebih seronok dan glamor, berbanding kejayaannya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.

Malah, Sufiah membuat pengakuan berani sebagai ‘wanita penuh berahi’ yang suka membaca kisah hidup dan watak pelacur dalam drama televisyen serta mampu menerima bayaran £1,000 (RM7,000) bagi setiap sesi perkhidmatannya atau pendapatan tahunan kira-kira £60,000 (RM420,000).

Anak ketiga daripada lima beradik itu juga mengakui masih trauma dan terus dihantui pengalaman peritnya ketika zaman kanak-kanak apabila didera bapanya, Farrooq Yusof, termasuk sehari suntuk belajar matematik di dalam bilik amat sejuk atas alasan dapat menambah daya ingatannya.

Sufiah, janda berusia 23 tahun, mendakwa hubungannya dengan keluarga kini semakin renggang.

“Saya tergamam dengan apa yang berlaku kepada ibu. Ya, saya ada menghubungi mereka, tetapi saya tidak mahu mengandaikan pandangan mereka terhadap kehidupan baru ini. Saya tidak rasa kesal langsung. Saya lebih yakin dengan tubuh ini serta pekerjaan saya,” katanya dalam temubual dengan wartawan tabloid, News of The World. more…

No2umno – Malaysia sudah sampai ke angkasa …. pencapaian yang sungguh membanggakan. Eh eh eh … aku silap tajuk ke?

Berita sebelum ini:

Rujuk juga:

Shock confession of maths prodigy who turned to life of vice

In Sufiah Yusof on April 6, 2008 at 10:26 pm

newsoftheworld

“My clients love the fact that I can stimulate their minds AND their bodies,” she boasts in a shockingly frank interview with the News of the World.

“And I don’t believe my education has been wasted—in fact I usually take problem sheets with me to solve before appointments.”

MATHS genius turned hooker Sufiah Yusof reveals how she drives men wild… by reciting EQUATIONS to her clients as they have sex. more…

WARNING: INTERVIEW CLIP (18SG)

PENGAKUAN SUFIAH YUSOF

In Sufiah Yusof on April 6, 2008 at 10:23 pm

Kosmo – Dalam temu ramah dengan akhbar News of the World yang disiarkan semalam, Sufiah membuat pengakuan itu selepas akhbar yang sama mendedahkan dia bekerja menjual tubuh dengan bayaran £130 (RM828) sejam pada 29 Mac lalu.

Dia yang memiliki wajah menarik itu mendakwa kehidupan menjual tubuh adalah lebih glamor berbanding ketika dia pergi ke Universiti Oxford.

“Pelanggan saya melayan saya seperti seorang puteri. Seorang lelaki yang saya temui di London membawa saya membeli-belah di Bond Street.

“Dia membeli saya sehelai pakaian hitam Gucci yang berharga £700(RM4,461) dan kemudian membawa saya ke Selfridges dan memberitahu saya supaya memilih mana-mana beg tangan yang saya suka,” kata Sufiah.

“Saya memilih sebuah beg tangan Gucci berharga £600 (RM3,824). Saya berasa seperti Julia Roberts (aktres) dalam filem Pretty Woman,” tambahnya.

Menurutnya, selepas itu, mereka pergi makan malam di mana dia memakai pakaian Gucci.

Sufiah sebelum itu bekerja sebagai seorang pembantu pentadbiran dengan memperoleh gaji £16,000 (RM101,976) setahun di Manchester apabila seorang bos agensi teman sosial mendekatinya di sebuah bar empat bulan lalu.

Ketika itu, Sufiah mempunyai hutang tertunggak kad kredit dan sewa sebanyak £3,500 (RM22,307). more…

Sufiah oh Sufiah

In Belit UMNO, Sufiah Yusof on April 6, 2008 at 12:12 am

the article has no longer in this blog. Requested by owner ….
Hehhhh …. thanx

Ibu rayu Sufiah pulang ke rumah

In Sufiah Yusof on April 5, 2008 at 11:36 pm


Kosmo – Ibu kepada Sufiah Yusof iaitu gadis yang pernah menjadi kanak-kanak pintar tetapi kini menjadi pelacur merayu kepada anaknya itu supaya pulang ke rumah, lapor sebuah akhbar semalam.

“Saya menggeletar setelah saya mengetahui apa yang terjadi pada dirinya,” kata ibu Sufiah, Halimahton yang berasal dari Muar, Johor.

“Tidak ada seorang pun ibu yang menjangkakannya dan sebahagian diri saya diselubungi dengan tanggapan bahawa kami (beliau dan suaminya) menyebabkan dia ke arah itu,” tambahnya.

“Saya tidak mengetahui apa yang berlegar di fikirannya tetapi saya enggan menghakimi dia dan saya mahu dia mengetahui pintu saya sentiasa terbuka bahawa saya di sini untuk dirinya,” kata Halimahton.

Sepanjang minggu ini, dia berusaha untuk menghubungi anak perempuannya itu tetapi nombor telefon lama Sufiah berdering tanpa dibalas dengan sebarang jawapan.

“Saya tidak pernah melihat gambar-gambarnya dalam akhbar dan saya tidak mahu melihatnya (gambar separuh bogel Sufiah). more…


Hanya Sufiah yang tahu
PERJALANAN hidupnya sangat berliku walaupun dianugerahkan otak yang cukup pintar dalam matematik serta ditambah dengan wajah menarik. Namun kejayaan memasuki Universiti Oxford yang tersohor itu pada usia 13 tahun seolah-olah tidak memberi apa-apa kelebihan kepada Sufiah Yusof (gambar) dalam meniti hari dewasanya.

Lebih menyedihkan, menginjak usia 23 tahun, Sufiah yang sepatutnya mampu hidup sebagai wanita kaya dengan kepintarannya, kini terjerumus ke dalam pekerjaan hina iaitu pelacur di Britain. more…

Kisah Sufiah Yusof cetus kemarahan

In Sufiah Yusof on April 2, 2008 at 9:28 pm

Kosmo

LONDON – Pendedahan kisah Sufiah Yusof yang menjadi pelacur untuk menyara kehidupannya selepas melarikan diri dari Universiti Oxford mencetuskan kemarahan seorang kolumnis akhbar The Obsever, Nikita Lalwani, semalam.

Dalam ruangannya semalam, dia berasa marah selepas melihat gambar-gambar separuh bogel Sufiah disiarkan oleh akhbar News of the Worlds pada Ahad lalu.

Menurutnya, gambar-gambar itu dirakamkan oleh wartawan akhbar berkenaan tanpa kebenaran Sufiah.

Beliau berkata, artikel mengenai kisah hidup tragis Sufiah yang pernah menjadi kanak-kanak genius ketika berumur 12 tahun kerana kepintaran matematiknya itu mencetuskan kemarahan dirinya di luar jangkaan.

Lalwani berkata, Sufiah yang kini berumur 23 tahun dianggap oleh beberapa syarikat akhbar sebagai bahan (berita) yang berharga buat beberapa akhbar.

Jelasnya, hak-hak Sufiah tidak dipedulikan semata-mata atas alasan ‘hak awam’. more…

Kisah Sufiah resahkan ibu

In Sufiah Yusof on March 31, 2008 at 10:48 pm

LONDON (B/Hairan): Pendedahan mengenai kisah pelajar pintar matematik, Sufiah Yusof, 23, yang dilaporkan menjadi pelacur untuk menyara kehidupannya, mengejutkan ibunya, Halimaton Yusof.

Halimaton, seorang rakyat Malaysia, dikatakan berada dalam keadaan tertekan dan enggan melayan panggilan wartawan yang tidak berhenti-henti cuba mendapatkan ulasannya.

Presiden Kesatuan Melayu United Kingdom, Hamidi Abdul Rahman, yang rapat dengan Halimaton berkata, laporan akhbar tabloid � News of The World � di sini kelmarin, juga mengejutkan kalangan masyarakat Malaysia di seluruh United Kingdom.

Hamidi yang dihubungi di sini, semalam berkata, pihaknya akan cuba mencari Sufiah dan membawanya pulang ke pangkuan ibu dan keluarganya.

Sufiah yang menjadi bahan berita sebagai kanak-kanak pintar apabila diterima memasuki Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun, kini dilaporkan terpaksa melacurkan diri di Salford, Manchester, untuk menyara kehidupannya.

Akhbar itu melaporkan Sufiah mengiklankan ‘perkhidmatannya’ melalui internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.

Dengan memakai nama samaran Shilpa Lee, Sufiah antara lain menggambarkan dirinya sebagai pelajar bijak dan seksi yang menyediakan perkhidmatan setiap hari dari jam 11 pagi hingga 8 malam.

Hamidi berkata, secara peribadi beliau yakin Sufiah tidak begitu terdesak sehingga sanggup melacurkan dirinya, sebaliknya mungkin ada faktor lain yang mempengaruhinya berbuat demikian.

“Selepas perceraian Sufiah dengan suaminya, Jonathan Marshall, tiga tahun lalu, dia membawa diri dan mengasingkan diri daripada keluarganya sehingga ibu bapanya tidak tahu di mana dia berada.

“Keluarga Sufiah juga memberitahu ada menerima e-mel daripadanya meminta mereka supaya tidak menghubungi atau mencarinya,” kata Hamidi.

Ibu Sufiah berasal dari Muar, Johor, manakala bapanya, Farooq Yusof dari Pakistan dan kini dipenjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan dua gadis.

Pengajian Sufiah di Universiti Oxford mendapat tajaan kerajaan Malaysia walaupun beliau bukan warga negara.

Hamidi berkata, Kesatuan Melayu United Kingdom yang sebelum ini turut membantu keluarga Halimaton menjejaki Sufiah ketika gadis itu menghilangkan diri selama dua minggu di tahun akhirnya di Universiti Oxford, berharap dapat mencarinya berdasarkan maklumat daripada akhbar terbabit dan sistem daftar pengundi.

“Walaupun usaha ini bukan mudah sebab ia memerlukan masa dan kos, kami akan cuba mendapat bantuan daripada mereka yang bersimpati serta mahu melihat Sufiah kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Keluarga Sufiah di Malaysia terkejut

In Sufiah Yusof on March 31, 2008 at 10:04 pm

MUAR 31 Mac (Utusan Meloya)– Keluarga Sufiah Yusof di Malaysia terkejut dan sedih membaca berita mengenai tragedi hidup gadis pintar matematik itu yang kini dilaporkan terpaksa menjadi pekerja seks di London.

Bagi mereka, berita yang disiarkan itu bukan sahaja menggemparkan ahli keluarga Sufiah, malah mengejutkan seluruh rakyat yang sebelum ini mengagumi kepintaran gadis itu yang layak memasuki University Oxford pada usia 13 tahun.

Seorang ahli keluarga rapatnya yang ditemui di sini hari ini berkata, semua ahli keluarga tidak mengetahui kesengsaraan yang ditanggung oleh Sufiah sehinggalah berita mengenainya tersiar dalam akhbar hari ini.

“Sememangnya kami terkejut dengan berita ini, malah kami tidak tahu perkembangan Sufiah sejak beliau berkahwin.

“Ibunya, Halimahton pula kali terakhir pulang ke Malaysia ialah pada 2005,” katanya yang enggan dikenali.

Dia tidak mahu gambar dan identitinya didedahkan bagi menghormati ahli keluarga Sufiah yang lain.

Penderitaan gadis pintar itu dibongkar oleh wartawan News of The World yang menyamar sebagai pelanggan di flat murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford, Manchester.

Sufiah dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu, untuk menyara hidupnya sejak beberapa tahun lalu.

Menurut akhbar itu, Sufiah dilaporkan mengiklankan ‘khidmatnya’ melalui Internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.

Kisah malang gadis itu hari ini dimuatkan dalam kebanyakan akhbar tempatan.

Menurut ahli keluarga Sufiah itu lagi, ibu gadis itu, Halimahton yang merupakan anak keempat daripada lapan beradik, masih menetap di London bersama empat orang anaknya yang lain.

Sufiah, menurutnya, ialah anak ketiga daripada perkongsian hidup Halimahton dan Yusof Farooq.

Bapanya kini dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya.

Datuk dan nenek Sufiah telah meninggal dunia masing-masing pada 1989 dan 2006.

“Kami sekeluarga masih terkejut dengan berita ini dan berharap dapat berkumpul sesama semua ahli untuk berbincang mengenai masalah ini seberapa segera.

“Jika Sufiah berada di negara ini sudah tentu masalah ini akan dapat diatasi tetapi masalahnya dia kini jauh di sana,” katanya.

Sementara itu, Pon @ Fatimah Ali, 74, ketika ditemui di rumahnya di Batu 2, Jalan Bakri di sini turut sedih dan terkejut membaca berita mengenai anak saudaranya itu.

Dia dan suami, Samat Salam, 72, yang juga sepupu Halimahton berdoa semoga Sufiah kembali ke pangkal jalan dan berharap dia dapat pulang ke pangkuan ibunya.

“Walaupun hanya pernah berjumpa beberapa kali dengan Sufiah ketika dia masih kecil, saya begitu sedih kerana kanak-kanak itu cerdik dan pintar, tidak sangka semuanya jadi begini,” katanya.

Menurut Pon, dia mengetahui kisah Sufiah itu selepas melihat siaran berita di televisyen tengah hari ini.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.