no2umno

Archive for December, 2007|Monthly archive page

Sikap pemimpin BN termasuk Najib akan ‘bankrupkan’ negara – Mahfuz

In Naik Harga on December 31, 2007 at 4:15 pm


harakahdaily

“Kerana kita ada akal lah kita menawarkan kepada rakyat penurunan harga minyak pada harga yang berpatutan.Kita tidak mahu rakyat nanti bankrup kerana kenaikan harga minyak.Kita juga tidak mahu angkara pemimpin yang menyeleweng, negara dan rakyat yang akhirnya menjadi bankrup,” ujarnya kepada Harakahdaily hari ini.

Mahfuz berkata, kenyataan Najib bahawa negara akan bankrup jika penurunan harga minyak dibuat hanya membayangkan bahawa pemimpin itu ‘hilang akal’.

“Negara tidak akan bankrup jika menurunkan harga minyak, sebaliknya pengurusan negara yang tidak beretika, tidak cekap, penyelewengan berleluasa, rasuah di kalangan pemimpin kerajaan akan menyebabkan negara menuju kepada kebankrupan,” katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.

Terdahulu semalam Najib semasa merasmikan program di Sabah menyatakan bahawa kerajaan akan bankrup jika harga minyak diturunkan dan kerajaan tidak akan boleh membina sekolah, universiti dan pembangunan jika tindakan itu dilakukan.

Pendidikan percuma, pembangunan terancang

Mahfuz yang mengulas lanjut kenyataan itu berkata, Najib tidak bijak dalam membuat kenyataan sedemikian kerana baginya sumber negara masih banyak dan negara tidak akan menuju ke arah bankrup jika menurunkan harga minyak.

Malah katanya keuntungan dari hasil minyak sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk sektor pendidikan (pendidikan percuma) dan pembangunan yang lebih terancang, katanya.

Bagaimanapun perkara ini tidak diamalkan oleh pemimpin kerajaan hari ini, sebaliknya mereka bermewah-mewahan dalam berbelanja selain mendapat ganjaran melampau hasil dari pengurusan negara ke arah ‘kantung sendiri’, katanya.

Sebagi bukti Kata Mahfuz, rekod dalam Laporan Audit negara 2006 menunjukkan bahawa penyelewengan dalam beberapa urusan pembelian dan kontrak bekalan peralatan kerajaan seperti pembelian helikopter, ‘screwdriver’ dan beberapa peralatan lain pada harga yang tidak munasabah adalah bukti betapa pengurusan kerajaan Barisna Nasional (BN) sangat lemah. |more…|

Musim selak kain Wazir Dolah

In Umno on December 31, 2007 at 4:11 pm


dipetik: Malaysiatoday
KAMAL AMIR MENULIS

MINGGU terakhir 2007 memperlihatkan rencam politik “selak kain sekandang” kalangan pemimpin yang mula berbalah sesama sendiri. Mungkin masih belum cukup atau “kurang tepu” kantung khazanah peribadi diisi hasil rampokan wang rakyat menjadikan mereka saling “tunjal menunjal” antara satu sama lain.

Belumpun genderang pilihan raya dinafirikan, sidang wazir Abdullah Ahmad Badawi sudah mula mengimbau kerusi yang membolehkan mereka meneruskan agenda “merampok” harta rakyat.

Mungkin kerana jawatan memanda wazir di kementerian dalam negeri kurang “berbaloi” serta tiada lagi hasil boleh dijana setelah kerajaan memutuskan urusan permit atau lesen membawa masuk buruh asing dikendalikan secara bersama antara Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia menjadikan Radzi Sheikh Ahmad mengintai kesempatan kalau-kalau ada ruang memboloskan dirinya diangkat sebagai Menteri Besar Perlis.

Bertolak dari percaturan “intai-mengintai” jawatan Menteri Besar Perlis memungkinkan Radzi Sheikh Ahmad melakukan ledakan pertama “menyelak” tembelang Shahidan Kasim dengan lontaran kenyataan secara terbuka berhubung persoalan “tempang” dan dangkalnya era beliau mentadbir negeri Perlis Indera Kayangan.

Kenyataan secara terbuka oleh Radzi yang menyatakan kepimpinan Shahidan tidak lagi relevan untuk diteruskan musim pilihan raya akan datang turut disifatkan sebagai tindakan membuka pekong di dada. |more…|

GAS DAPUR NAIK HARGA

In Naik Harga on December 31, 2007 at 4:01 pm

Menjelang 2008 ini, para pekedai disekitar Lembah Kelang telah memberitahu tentang kemungkinan kenaikan harga GAS MEMASAK. Harga sekarang sekitar RM25.00 setong bakal naik kepada RM30.00 setong. Desas desus tentang kenaikan ini sudah bertiup sejak beberapa minggu yang lepas dan bermula esok (1/1/2008), berkemungkinan besar harganya akan meningkat.

Aku sendiri telah diberitahu oleh pekedai runcit berhampiran yang turut mengatakan perkara yang sama. Maka dengan ini penjimatan ‘yuran sekolah’ yang kononnya RM4.00 setahun itu bakal di seleweng kepada kenaikan harga gas yang dianggar sebanyak RM5.00 setong (Tanpa upah penghantaran). Kalau sebulan anda menggunakan 2 tong gas, maka tambahan kos anda akan meningkat kepada RM10.00 sebulan atau lebih. Maka jika dengan jumlah tersebut, setahun anda akan perlu mengeluarkan belanja sebanyak RM144.00 hanya untuk gas memasak.

Bijak sungguh kerajaan berbohong dengan rakyat. Soal yuran masih belum selesai dan sekarang kenaikan harga barang sudah mula meningkat berikutan kenaikan caj tol dan sebagainya.

Bersyukur benar lah mereka yang menyokong UMNO selama ini. RM4.00 yuran yang kononnya dikurang untuk membantu rakyat, kerajaan naikkan pula TOL, MINYAK, GAS dan bermacam macam lagi. Membuatkan aku BENCI dan MELUAT pada BARISAN NASIONAL dan penyokong penyokongnya.

HAPUSKAN BN UNTUK KESEJAHTERAAN NEGARA

YURAN: KERAJAAN MENAMPAH MAUT

In Penipuan Yuran Sekolah on December 31, 2007 at 3:42 pm

JANGAN TERKEJUT KALAU ADA YANG MENGAMUK

Isu Yuran sekolah menjadi semakin panas. Ini berikutan beberapa orang bapa dan penjaga sudah mula melahirkan rasa kecewa mereka kerana menerima borang pendaftaran sekolah anak anak mereka. Wajah mereka yang baru sahaja keluar dari kawasan sekolah kelihatan murung dan berang melihat kan betapa kerajaan telah membuat pembohongan yang terlalu nyata, mampu difahami oleh rakyat dengan mudah.

Pada awal bulan Oktober, sudah ada blog yang menyiarkan tentang kemuskilan yang timbul akibat kenyataan yang bercelaru dari Menteri dan Pengarah Pelajaran. Dalam pada itu, media turut bertanya kepada menteri dan jawapan mereka terlalu mudah sehingga sukar untuk difahami.

Tiba tiba media dan akhbar sudah berubah tajuk, memetik beberapa wawancara yang tidak mempersoalkan tentang yuran malah bersyukur dengan pemberian buku pinjaman. Tindakan itu sebenarnya tidak melegakan rakyat yang berpendapatan rendah tetapi membanti golongan elit yang memperolehi buku percuma untuk anak anak mereka.

Jangan hairan kalau pada hari pembukaan sekolah nanti, akan ada guru yang tunjuk berang kerana ibu bapa tidak mahu membayar yuran dan jangan hairan pula kalau ada ibu bapa yang bakal mengangkat kerusi bersedia untuk membaling ke tingkat bawah kerana marah.

Kepada kerajaan, jangan anggap rakyat terlalu bodoh untuk di perbudak budakkan. Belum cuba belum tahu dan masalah yang bakal timbul ini akan membawa kepada kejatuhan kerajaan Barisan Nasional yang selama ini cukup selesa dengan bantuan dari media arus perdana dan pihak berkuasa. Tapi jangan anggap semua ini mudah.

Masalah rakyat sudah bertompok dan rakyat sudah tidak dapat bertahan lagi dengan karenah barua dan pengkhianatan para pimpinan kerajaan selama ini. Kalau semua barang naik dan ketika itu kerajaan kononnya membantu rakyat tetapi melakukan sebaliknya, maka sesungguhnya tindakan membohongi rakyat adalah satu tindakan menempah maut.

bakpo lagu ni nih…

In Penipuan Yuran Sekolah on December 31, 2007 at 3:30 pm

gatebesar.blogspot

Apa dah jadi. Kegembiraan ibu bapa yuran sekolah rendah dan menengah dimansuhkan tidak bertahan lama, sebaliknya ketika menghantar anak-anak ke sekolah hari ini yuran lebih RM100 dikenakan. Malah ramai terkejut apabila diberitahu pihak sekolah mengenai kadar yuran tersebut.

Paling murah yuran dikenakan terhadap pelajar sekolah rendah sebanyak RM80. Ada juga sekolah mengenakan yuran sehingga RM200. Apa maknanya semua ini. Sedangkan kerajaan mengumumkan yuran rasmi sekolah dimansuhkan pada tahun 2008, sebaliknya ketika ramai ibu bapa menghantar anak ke darjah satu dan tingkatan satu, yuran dikenakan lebih RM100.
Baru-baru ini, Kementerian Pelajaran menegaskan yuran rasmi sekolah tetap dimansuhkan mulai penggal persekolahan tahun depan, sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Bajet 2008. Bayaran tersebut iaitu RM4.50 bagi pelajar sekolah rendah dan RM9 (sekolah menengah). Itu pun belum lagi diambil kira perbelanjaan membeli kelengkapan persekolahan anak-anak, di mana harganya sudah meningkat berbanding sebelum ini. Bagi ibu bapa yang mempunyai bilangan anak yang ramai, tentunya berdepan dengan banyak kesukaran.

Yuran Sekolah yang tidak percuma

In Penipuan Yuran Sekolah on December 31, 2007 at 3:27 pm

mendidik.blogspot.

Saya melihat dalam kotak email saya masih ramai ibu bapa yang keliru sama ada sengaja atau tidak, terkeliru dan dikelirukan dengan ‘Pemansuhan Yuran Sekolah’ dan ‘Pendidikan Percuma’ yang diwar-warkan dalam Bajet 2008 dulu.

Sekolah saya pula baru selesai kutipan yuran pada hari semalam, maka ini adalah komen saya:

YURAN SEKOLAH adalah merujuk pada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.13/2007 pemansuhan Yuran Khas dan garis panduan sistem pakej bayaran tambahan kepada perkhidmatan dan kemudahan di sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

Yuran khas sekolah yang DIMANSUHKAN ini ialah yang HANYA berjumlah RM4.50 bagi sekolah rendah dan RM9.00 bagi sekolah menengah.

Adapun yang lain-lain yang perlu ibu bapa bayar, macam sekolah saya adalah seperti berikut:

Bahagian A (WAJIB):
1. KoKurikulum RM3.00
2. Kertas Ujian Dalaman RM8.00
3. Sukan Tahunan Sekolah RM8.00
4. Kegiatan Pendidikan Islam RM8.00
5. Skim Perlindungan Diri RM1.50
6. MSSM RM2.00
JUMLAH RM30.50

Bahagian B:
Sumbangan PIBG RM20.00 (Setiap keluarga perlu bayar sekali sahaja)

Bahagian C (PILIHAN):
Ini termasuklah macam tali leher, lencana, kelab komputer, t-shirt sukan, t-shirt PJ dsb.

Memang yuran yang dimansuhkan itu hanya sedikit sangat, berbanding saya lihat sendiri purata bayaran yang MASIH PERLU DIBAYAR oleh ibu bapa bagi setiap anak mereka adalah di antara RM50-RM150!

Yuran kemasukan sekolah rendah melampau!

In Penipuan Yuran Sekolah on December 31, 2007 at 3:17 pm

Malaysia Today
Oleh Hazmi Sham

APA dah jadi dengan bayaran yuran kemasukan di sekolah rendah untuk tahun satu yuran kemasukan sehingga RM 145? Mana ada kurang tapi lagi bertambah adalah.

Minta Pihak Kementerian Pelajaran tegaskan masalah ini yang potong cuma RM 4.50. Sebagai contoh lihat di Sekolah Kebangsaan Pandan Kawasan Dun Panching Kuantan Yuran untuk Kemasukan Tahun Satu Amat Melampau.

Jangan buat pengumuman yuran di sekolah tidak akan menbebankan rakyat! Minta pantau segera.

hunger strike to protest ethnic Indian detentions in Malaysia

In Hindraf on December 31, 2007 at 1:05 pm

Singapore artist goes on a hunger strike to protest ethnic Indian detentions in Malaysia
Yahoo News

SINGAPORE – A Singaporean artist went on a hunger strike Monday to protest the indefinite detention of five leaders of an ethnic Indian group by authorities in neighboring Malaysia.

Wearing a placard around his neck that said, “Give them fair trial,” Seelan Palay, 23, stood outside the city-state’s Malaysian High Commission.

He said he would stay there for the next five days, consuming only water.

“This is a personal commitment and a plea for the international community to pay attention to this serious human rights issue,” Seelan, a visual artist, told The Associated Press. “Each day is in dedication to each of the detainees.”

Five leaders of the Hindu Rights Action Force in Malaysia were arrested in December under the Internal Security Act, which allows indefinite detention without trial.

The protesters were arrested after leading a massive rally Nov. 25 in Kuala Lumpur to highlight what the group says is racial discrimination faced by ethnic Indians, who form 8 percent of Malaysia’s population. Malays, who are Muslims, make up 60 percent, while ethnic Chinese account for 25 percent.

Seelan said he joined the Nov. 25 rally in downtown Kuala Lumpur, at which police used tear gas and water cannon to quell the protest.

“I am determined to express my … discontent at what is a high-handed approach by the Malaysian government,” he said. “The people gathered that day with peaceful intent for a just cause.”

Phones at the Malaysian High Commission rang unanswered Monday while Singapore police had no immediate comment.

Protests are rare in Singapore, where police permits are required for outdoor gatherings of more than four people.

Mansuh RM4.50, kena bayar pula lebih RM100

In Penipuan Yuran Sekolah on December 31, 2007 at 12:59 pm

Yuran sekolah: Mansuh RM4.50, kena bayar pula lebih RM100

Maslan Yusoh
harakahdaily

PENGKALAN CHEPA, 31 Dis (Hrkh) – Apa dah nak jadi. Kegembiraan ibu bapa yuran sekolah rendah dan menengah dimansuhkan tidak bertahan lama, sebaliknya ketika menghantar anak-anak ke sekolah hari ini yuran lebih RM100 dikenakan.

Malah ramai terkejut apabila diberitahu pihak sekolah mengenai kadar yuran tersebut.

Paling murah yuran dikenakan terhadap pelajar sekolah rendah sebanyak RM80. Ada juga sekolah mengenakan yuran sehingga RM200.

Apa maknanya semua ini. Sedangkan kerajaan mengumumkan yuran rasmi sekolah dimansuhkan pada tahun 2008, sebaliknya ketika ramai ibu bapa menghantar anak ke darjah satu dan tingkatan satu, yuran dikenakan lebih RM100.

Anggota parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, pengumuman kerajaan memansuhkan yuran sekolah tidak memberi sebarang makna.

“Sebaliknya ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah minggu lepas dan hari ini berdepan dengan kadar yuran antara RM80 hingga RM200,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar miskin di Pejabat PAS Kota Bharu, di sini, hari ini.

Seramai 70 ibu bapa hadir pada program itu. Setiap mereka menerima RM100 yang disampaikan Abdul Halim. Sumbangan bantuan tersebut termasuk ditaja Tabung Kemiskinan Harakah dan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK).

Hadir sama Timbalan Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa, Haji Yusof Ludin dan penghulu kawasan parlimen terbabit.

Baru-baru ini, Kementerian Pelajaran menegaskan yuran rasmi sekolah tetap dimansuhkan mulai penggal persekolahan tahun depan, sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Bajet 2008.

Bayaran tersebut iaitu RM4.50 bagi pelajar sekolah rendah dan RM9 (sekolah menengah).

Abdul Halim berkata, pengumuman pemansuhan yuran tersebut tidak memberi sebarang makna apabila ramai ibu bapa yang berpendapatan rendah berdepan dengan masalah kewangan sekarang.

“Itu pun belum lagi diambil kira perbelanjaan membeli kelengkapan persekolahan anak-anak, di mana harganya sudah meningkat berbanding sebelum ini.

“Bagi ibu bapa yang mempunyai bilangan anak yang ramai, tentunya berdepan dengan banyak kesukaran,” ujarnya.

Sementara itu, ibu bapa yang menerima sumbangan tersebut melahirkan rasa lega, setidak-tidaknya dapat menjelaskan sebahagian yuran persekolahan anak-anak.

Hampir 200 lagi pelajar di kawasan parlimen Pengkalan Chepa akan diberi bantuan serupa dalam masa terdekat ini.

RTM tambah masa untuk siar cerita karut

In Media on December 31, 2007 at 12:45 pm

https://i2.wp.com/foto.home.net.my/img/13871/1/tv1.gif

Warta Perdana RTM Dilanjutkan Kepada 45 Minit Mulai Esok

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) — Warta Perdana di RTM1 akan bersiaran selama 45 minit mulai esok dalam usaha stesen televisyen itu menyajikan lebih banyak bahan berita dan maklumat kepada para penonton.

Perubahan sempena tahun baru 2008 itu membolehkan penonton menyaksikan warta perdana dari pukul 8 malam hingga 8.45 malam, iaitu tambahan 15 minit daripada waktu siaran sekarang.

“Menariknya, ciri baru yang ditampilkan dalam pengisian kandungan berita ialah lebih banyak berita `human interest’, selain berita-berita utama dalam dan luar negara, berita ekonomi, sukan dan cuaca,” kata stesen TV itu dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam usahanya menjadikan Warta Perdana lebih mantap dan berinformasi, RTM akan menyampaikan lebih banyak maklumat terkini kepada penonton menerusi liputan lintas langsung selain temubual secara langsung dengan tetamu di studio bagi membincangkan isu atau topik yang mendapat perhatian ramai.

Laporan khas yang lebih terperinci akan turut dimuatkan dari semasa ke semasa, tambahnya.

No2umnO – Maka bermula lah propaganda politik BN sempena menyambut pilihanraya yang ke 12. Membazir….tak der sapa nak tengok. Baik tonton Al Jazeera.