no2umno

Archive for January, 2008|Monthly archive page

DISKRIMINASI PENUNGGANG MOTOSIKAL

In Belit samy on January 31, 2008 at 9:53 pm


Penunggang Motosikal Dilarang Guna Lebuh Raya KLP, Kata Samy Vellu

SUNGAI BULOH, 31 Jan (Bernama) — Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa penunggang motosikal dilarang menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya (KLP) berkuatkuasa serta-merta bagi tujuan keselamatan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu berkata tindakan itu diambil setelah kerajaan mendapati sukar untuk membina lorong khas motosikal di lebuh raya sepanjang 26km yang melalui kawasan perumahan itu.

Lebuh Raya KLP yang berharga RM1.4 bilion itu bermula dari Bulatan Kampung Pandan di Kuala Lumpur sehingga ke Putrajaya, dan ia mula dibina pada 6 Dis 2004 dan siap sepenuhnya pada 5 Dis 2007.

Ia menghubungkan ibu negara ke tiga lokasi utama iaitu Putrajaya, Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

“Bahu jalan lebuh raya KLP itu juga hanya antara satu meter hingga 1.5 meter dan keadaan itu tidak selamat untuk penunggang motosikal,” kata Samy Vellu kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan “Respect Your Limits” sempena sambutan Tahun Baru Cina di Restoran Jejantas di sini.

Kempen anjuran PLUS Expressways Berhad (PLUS) itu bertujuan untuk mendidik pemandu agar mengelakkan kemalangan dengan menghormati kemampuan pemanduan sendiri dan kenderaan yang dipandu.

Sebelum ini, penunggang motosikal turut dilarang daripada menggunakan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur serta Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART).

Sementara itu, Samy Vellu menasihatkan para penunggang motosikal supaya menggunakan jalan persekutuan yang tidak mengenakan sebarang tol untuk ke destinasi pilihan mereka.

“Jalan persekutuan kini mempunyai empat lorong dan tidak mengenakan tol… oleh itu saya meminta penunggang motosikal untuk menggunakan laluan tersebut,” katanya.

Samy Vellu juga berkata para penunggang motosikal perlu memanfaatkan sepenuhnya polisi pengecualian tol yang dikenakan terhadap motosikal di Malaysia.

JUAL DULU, LARANGAN KEMUDIAN

In Pelik Malaysia on January 31, 2008 at 9:52 pm


Amaran: Minuman ringan guna label buah ada alkohol

Oleh FAIROL REDZA ISMAEL ALABAS

PULAU PINANG 31 Jan. – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memberi amaran kepada ibu bapa supaya berhati-hati ketika membeli minuman ringan untuk anak mereka kerana ada antara minuman itu mengandungi alkohol.

Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, minuman ringan itu, yang antara lainnya menggunakan label dan gambar buah-buahan, didapati mengandungi kadar alkohol sehingga 5.5 peratus.

‘‘Minuman itu dijual dalam botol dan tin yang berwarna-warni dengan tujuan untuk menarik perhatian golongan muda terutama kanak-kanak.

‘‘Kandungan alkohol 5.5 peratus itu tinggi, tetapi ia masih lagi bebas dijual kepada kanak-kanak,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat CAP di sini hari ini.

Mohamed mendakwa, maklumat mengenai kandungan alkohol dalam minuman itu dicetak dengan kecil dan sukar dibaca yang membuatkan pengguna menyangka bahawa mereka membeli minuman buah-buahan atau minuman ringan.

Beliau menegaskan, perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana undang-undang negara ini dengan jelas menyatakan penjualan minuman alkohol dilarang sama sekali kepada golongan berumur 18 tahun ke bawah.

‘‘Tetapi kini ia dijual dengan bebas kepada pelajar sekolah dan mudah diperoleh di pasar raya besar serta kedai roti sekitar ibu kota,” jelas beliau.

Menurutnya, CAP menerima banyak aduan ibu bapa yang menyatakan bahawa anak mereka sudah mula menggemari minuman ringan beralkohol itu.

‘‘Mereka bimbang anak mereka mungkin menjadi penagih alkohol disebabkan minuman ringan itu mengandungi kandungan alkohol yang tinggi,” ujarnya.

Ekoran pendedahan itu, Mohamed berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menjual minuman itu kepada golongan muda.

Belum bersalah dijatuhkan hukuman

In Belit BN on January 31, 2008 at 9:50 pm


Uniknya Malaysia: Belum bersalah dijatuhkan hukuman
Amin Iskandar @ Black
harakahdaily

Sebagai seorang penulis, adalah menjadi satu kebiasaan untuk menghadiri mana-mana perhimpunan aman yang dianjurkan oleh mana-mana pihak sama ada parti politik mahupun NGO. Tujuannya adalah untuk mendapatkan bahan-bahan penulisan.

Pada 26 Januari 2008, Gabungan Protes menganjurkan satu perhimpunan untuk membantah kenaikan harga barang yang telah menyebabkan infllasi. Saya juga tidak ketinggalan untuk menghadiri perhimpunan tersebut dengan membawa buku nota dan kamera. Tidak sangka kehadiran saya pada hari tersebut telah menyebabkan saya turut ditahan bersama 58 orang yang lain termasuk seorang wartawan dari Malaysiakini.

Bermula pada pukul 2.30 petang, saya ke Stesen LRT Ampang Park kerana dikatakan Gabungan Protes akan memulakan perhimpunan tersebut. Di kawasan luar Stesen LRT Ampang Park, masih belum ada apa-apa perhimpunan. Tetapi hanyalah penahanan. Saya melihat sendiri bagaimana beberapa orang aktivis ditahan termasuk seorang wartawan dari Malaysiakini yang sedang bertanya soalan kepada polis mengapa mereka menahan aktivis-aktivis tersebut. Tak sangka sekarang ini di zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi, wartawan juga boleh ditahan jika bertanya soalan kepada polis.

Dari pukul 2.30 sehinggalah pukul 4.30 petang, saya menyaksikan pelbagai individu dan kumpulan ditahan oleh pihak polis walaupun perhimpunan belum lagi bermula. Jadi pada pukul 4.40 petang saya dan dua orang teman, Adi dan Nora meninggalkan perhentian bas di hadapan Avenue K untuk ke KLCC. Dalam perjalanan masuk ke KLCC kami melihat polis-polis yang bertugas sudah mula membuka topi dan duduk bersantai seperti sudah habis bertugas.

Apabila di dalam KLCC sebelum turun turun ke tingat bawah, kami bertiga dikepung oleh sekumpulan polis yang berpakaian seragam dan yang berpakaian preman. Tanpa memberi penjelasan mengapa kami ditahan, kami dibawa ke dalam trak polis dan kad pengenalan kami diambil.

Kami di bawa ke IPKKL, Jalan Hang Tuah dengan trak polis yang dipandu begitu laju sehingga beberapa kali kami terjatuh di dalam trak. Tidak hairanlah mengapa statistik kemalangan jalanraya begitu tinggi di Malaysia. Polis juga memandu dengan laju dan merbahaya.

Di IPKKL, kami dibawa ke kantin tingkat satu untuk bersama dengan sekumpulan orang lagi yang ditahan. Saya terlihat Mat Sabu, Dr Dzulkifli Ahmad, Dr Hatta, Dr Nasir, Tian Chua, Jonson Chong, Badrul Amin dan ramai lagi di dalam kelompok tahanan. Saya dan dua orang lagi teman membuat laporan polis bagi membantah penangkapan kami. Yang menghairankan, salinan laporan polis tidak diberikan kepada kami.

Di dalam kumpulan tahanan, polis turut menghantar seorang “pengintip” untuk duduk bersama-sama tahanan. “Pengintip” ini berlagak seperti orang yang ditahan. Beliau turut berbual-bual dengan tahanan dan makan apabila tahanan yang lain makan. Sampai begitu sekali takutnya polis kepada aktivis di Malaysia, sesudah menahan, “pengintip” turut dihantar untuk mendapatkan maklumat dari orang tahanan!

Kata-kata kesat

Ramai teman-teman yang berada di luar IPKKL memberikan sokongan. Sorakan dan jeritan slogan mereka telah menggegarkan IPKKL dan memberikan semangat kepada tahanan.

Sembilan jam kami dibiarkan di kantin IPKKL sambil polis mengambil keterangan secara bergilir-gilir dari tahanan sehinggalah ASP Anand mengumumkan bahawa kami semua akan dibawa ke lokap IPKKL yang dahulunya dikenali sebagai Penjara Pudu. Saya, Dr Hatta dan Tian Chua enggan untuk dibawa ke lokap sehinggalah polis terpaksa mengangkat kami untuk dimasukkan ke dalam trak.

Semasa diangkat oleh polis, mereka menggeluarkan kata-kata kesat kepada saya dan menggugut untuk mencampakkan saya ke tingkat bawah. Tali pinggang saya terputus dan baju terkoyak akibat tindakan ganas beberapa orang polis yang mengangkat saya selepas menerima arahan dari ASP Anand.

Kami kemudian dibawa ke Penjara Pudu di dalam trak yang begitu sesak. Di Penjara Pudu, hampir semua tahanan membuat laporan polis. Saya turut membuat satu lagi laporan polis berkaitan dengan cara ganas dan kasar polis membawa saya ke dalam trak polis.

Sebelum masuk ke lokap, kami perlu menyerahkan barangan berharga dan diberikan t-shirt oren. Kasut kami turut diambil. Manakala tahanan wanita dibenarkan masuk kedalam lokap dengan pakaian mereka tanpa perlu memakai t-shirt oren.

Segala urusan penyerahan barang dan pengambilan t-shirt lokap selesai pada pukul 5 pagi sebelum kami dimasukkan ke dalam lokap. Di dalam block E tempat yang dikhaskan untuk kami sudah kelihatan Arutchelvan dan dua orang penyokong PAS yang telah dimasukkan lebih awal. Arul tersenyum menanti kedatangan kami.

Lokap di Penjara Pudu sungguh kotor dan berbau hancing. Polis-polis yang menjaga kami tidak menjalankan tugas dengan sempurna. OKT (Orang Kena Tahan) yang telah duduk lama akan menjalankan tugas-tugas polis untuk menghantar makanan kepada kami. Perkara ini telah dibangkitkan oleh Dr Hatta di hadapan majistret pada 27 Januari 2008 dan telah menyebabkan polis menghantar sendiri makanan kepada kami pada hari kedua tahanan.

Di dalam lokap, polis yang menjaga kami tidak senang duduk. Maklumlah yang ditahan kebanyakannya sudah berpegalaman dan arif tentang undang-undang lokap. Pada hari pertama saya tinggal satu sel dengan Tian Chua dengan seorang aktivis yang masih lagi muda. Seorang tahanan dari blok lain turut menyatakan kehairanannya kepada saya. Beliau berkata, inilah pertama kalinya mereka melihat polis-polis yang menjaga kami tidak senang duduk dan seperti dibuli.

Didakwa di mahkamah

27 Januari 2008 bersamaan dengan hari Ahad , Majistret dibawa untuk tujuan menyambung reman kami. Majistret yang hadir pada pukul 2 petang terpaksa pulang pada pukul 1 pagi untuk mendengar testimoni dari setiap tahanan. Sepuluh orang terpaksa dilepaskan akibat kesilapan polis menulis menangkap dan menulis laporan manakala yang selebihnya ditahan untuk sehari lagi.

Saya masih lagi tidak dapat melelapkan mata seperti pada malam pertama. Kali ini saya telah bertukar ke sel untuk bersama-sama dengan teman saya Adi dan Syed Jaymal, wartawan dari Malaysiakini. Saya menghabiskan masa berbual-bual dengan wartawan dari Malaysiakini tersebut.

Keesokan harinya selepas waktu Subuh, kami tidak lagi masuk ke dalam sel masing-masing. Kami berkumpul di luar sambil menunggu untuk dibawa ke mahkamah. Seperti biasa polis melengah-lengahkan tugas mereka. Akibat menunggu terlalu lama, kami sepakat untuk melantik Dr Dzulkifli dari PAS dan Selvam dari PSM untuk menjadi wakil kami untuk ke pejabat pengurusan Penjara Pudu bagi menanyakan status kami.

Polis yang bertugas terkejut dengan keputusan dan akhirnya menawarkan diri untuk pergi sendiri bagi menanyakan status kami. Begitulah di dalam lokap, semuanya memerlukan aksi dan perjuangan, barulah akan mendapat layanan yang lebih cepat.

Selepas itu kami dibawa ke mahkamah Jalan Duta. Kesemua kami dituduh menyertai perhimpunan aman manakala wartawan dari Malaysiakini dituduh menganggu penjawat awam menjalankan tugas. Kesemua kami tidak mengaku bersalah dan akan dibicarakan pada 16- 18 Jun 2008.

Kami dibebaskan dengan ikatjamin RM1000 dan syarat untuk tidak menyertai mana-mana perhimpunan “haram” selepas ini sehinggalah kes kami dibicarakan. Belumpun kami dibuktikan bersalah, syarat telah diberikan. Jika melanggar syarat, wang jaminan kami akan dirampas dan akan ditahan semula.

Begitulah uniknya Malaysia. Wartawan dan penulis turut akan menjadi mangsa. Oleh kerana pemerintah takutkan kuasa mereka tergugat, orang yang belum dibuktikan bersalah telah dijatuhkan hukuman dengan syarat aneh untuk tidak menyertai mana-mana perhimpunan “haram” pada masa akan datang.

Sehingga hari ini saya masih lagi tertanya-tanya, apakah ke KLCC untuk bertemu dan bersiar-siar bersama rakan-rakan adalah satu perhimpunan “haram”?

Kaum India Johor bertekad buktikan ‘Makkal Sethi’ pada PRU Ke-12

In Hindraf on January 31, 2008 at 9:48 pm


Salman Hussin
harakahdaily

JOHOR BAHRU, 31 Jan (Hrkh) – Kaum India Johor bertekad untuk merealisasikan ‘makkal sethi’ atau ‘kuasa rakyat’ pada Pilihan raya Umum Ke-12 akan datang, setelah kecewa dengan kegagalan MIC dan Barisan Nasional (BN) membela nasib kaum itu di negara ini.

Setelah 50 tahun negara merdeka, kaum India di negara ini mendakwa dinafikan hak mereka sebagai rakyat, bahkan mereka juga mendakwa sebilangan besar kaum India masih dibelenggu kemiskinan dan ini menurut mereka menunjukkan kegagalan MIC membela nasib kaum India di negara ini.

Atas kesedaran ini kaum India khususnya di Johor bertekad untuk melakukan perubahan pada Pilihanraya Umum (PRU) akan datang, mereka yakin dengan ‘makkal sethi’ bagi merubah nasib kaum India di negara ini.

Hasrat ini dibuktikan dengan kesediaan kaum India di Johor mendekati PAS mutakhir ini, rentetan daripada beberapa siri pertemuan dan perbincangan yang diadakan sebelum ini, bermula dengan sesi dialog beberapa wakil kaum India di Kota Tnggi bersama Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang, serta beberapa pimpinan PAS Pusat beberapa bulan lalu, akhirnya mereka menyatakan sokongan terbuka kepada PAS dan Barisan Alternatif (BA) pada pilihan raya umum akan datang.

Kesungguhan ini direalisasikan dengan penubuhan secara rasmi Kelab Penyokong PAS Johor (India) pada 27 Januari lalu, majlis pelancaran kelab ini telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, di sebuah hotel terkemuka, di sini.

Hadir sama pada majlis ini, Pengerusi Kelab Penyokong PAS (India) Malaysia, N. Gobalakrishnan, Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Halimah Abdullah, Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr. Mahfods Mohamad, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Johor, Dzulkifly Ahmad, serta Pengerusi Kelab Penyokong PAS Johor (India), Logeswaran a/l Rahman.

Semasa berucap melancarkan kelab ini, Salahuddin, yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian Kelantan, sekali lagi mengulangi dua tawaran kepada rakyat sebagai pilihan seperti yang sering diucapkannya sebelum ini.

“Pertama, jika rakyat merasa yakin BA mampu dan layak untuk memerintah negara ini, maka rakyat perlu memberi mandat yang besar kepada BA bagi membolehkan kita memerintah negara ini, dengan kuasa yang diberi rakyat ini BA akan mengkotakan tawaran yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini, iaitu, menurunkan harga petrol dan juga memberi pendidikan percuma kepada seluruh rakyat.

“Kedua, sekiranya rakyat merasakan BA masih belum mampu atau layak untuk memerintah negara ini, maka memadai sekiranya rakyat meningkatkan kekuatan BA dengan memberi lebih banyak kerusi sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Dun), dengan jumlah suara yang lebih besar ini maka sudah tentu kerajaan akan lebih berwaspada dalam setiap tindakan mereka selain suara pembangkang akan lebih terserlah dalam membangkitkan isu-isu rakyat,” katanya.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan kepada sokongan padu serta komitmen yang ditunjukkan kaum-kaum di negara ini terhadap BA akhir-akhir ini, BA yakin keputusan PRU akan datang akan menyaksikan satu kejutan yang besar.

“Selain sokongan padu rakyat, faktor lain yang dilihat mampu untuk menyebelahi kita pada PRU Ke-12 nanti ialah, perbalahan sesama mereka yang sekarang ini sudah tidak dapat disembunyikan lagi, serang menyerang di kalangan mereka dibuat secara terbuka.

“Lobi melobi dan jatuh menjatuh di kalangan pimpinan Umno-BN untuk menjadi calon PRU akan datang membabitkan pucuk pimpinan negara sedang berlaku dengan begitu dahsyat sekarang ini, kesan perbalahan ini akan menyebabkan proses pemilihan calon bagi mewakili BN pada PRU akan datang sudah pasti begitu rumit untuk diselesaikan pucuk pimpinan BN.

“Situasi yang begitu menggawatkan ini memberi isyarat yang cukup jelas kepada rakyat supaya bijak menilai suasana yang sedang berlaku ini dan seterusnya membuat pilihan yang tepat pada PRU nanti,” katanya.

Jelasnya, rakyat semua kaum hari sudah dapat melihat dengan jelas segala macam kepincangan serta kelemahan Kerajaan Umno-BN sepanjang diberi amanah memerintah negara ini.

“Kegagalan demi kegagalan ini sudah tidak dapat dilindungi lagi, rakyat sudah dapat melihat bagaimana amalan rasuah yang semakin teruk, kadar jenayah yang terus meningkat, kehidupan rakyat yang terus dibebani kenaikan harga barang keperluan harian yang tidak terkawal, kos pendidikan yang tinggi selain pembaziran wang negara yang begitu melampau,” katanya.

Katanya, negara kita begitu kaya dengan segala macam sumber, sepatutnya dengan kekayaan ini seluruh rakyat dapat sama menikmati hasil kekayaan ini secara adil dan saksama, bukan dimonopoli segelintir manusia sahaja, seperti yang berlaku sekarang ini.

Sekiranya kekayaan negara ini diagih secara telus dan adil maka sudah tentu segala tekanan dan bebanan hidup yang menghimpit kehidupan rakyat hari ini tidak akan berlaku, katanya.

Justeru katanya, jika PAS dan BA diberi mandat memerintah negara ini, PAS dan BA akan pastikan kekayaan negara diagih secara adil kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik.

“Sebagai kerajaan yang memerintah, kita juga berjanji tanggungjawab untuk membela nasib serta kebajikan seluruh rakyat negara ini akan diberi keutamaan, kita juga akan memastikan seluruh rakyat mendapat hak mereka yang sewajarnya.

“Terpulanglah kepada rakyat untuk membuat pilihan, kita pulangkan janji kita kepada rakyat untuk membuat pilihan kerana kuasa sebenar untuk menentukan kepimpinan negara pada masa depan ada di tangan rakyat, dengan itu gunakanlah kuasa ini dengan sebaik-baiknya, jika rakyat mahukan perubahan maka inilah masa yang terbaik untuk melakukannya, janganlah dipersia-siakan peluang keemasan yang hanya datang lima tahun sekali ini, ujarnya lagi. – mns

Mendengar suara ghaib membaca al-Quran di sisi Kaabah

In Ilmu on January 31, 2008 at 9:46 pm


Kisah Dari Tanah Suci: Mendengar suara ghaib membaca al-Quran di sisi Kaabah
Abdul Wahab Muhammad Noor
harakahdaily

Ahmad dapat menunaikan haji selepas bertahun-tahun bersusah payah menabung dalam Tabung Haji. Sewaktu di Makkah, sedang Ahmad beribadat di depan Kaabah, tiba-tiba dia mendengar suara orang membaca kitab suci al-Quran, dengan suara merdu di situ.

Ahmad tercengang kerana ada suara sedangkan pembacanya tidak kelihatan. Dia berfikir, mungkin yang membaca itu malaikat suruhan dan utusan Allah untuk memberkati Baitullah dan Masjidilharam.

Selepas tamat musim haji, Ahmad menuju ke kota suci Madinah al-Munawwarah bersama-sama jemaah haji sekumpulan dengannya.

Di Masjid Nabawi dia berpeluang bersolat fardu berjemaah, solat sunat, berzikir dan berdoa, untuk kesejahteraan hidupnya di dunia dan di akhirat. Ahmad suka bersedekah kepada orang yang memerlukannya.

Pada suatu malam, kira-kira jam 11.00, sedang dia beribadat di dalam Masjid Nabawi, tiba-tiba datang seorang lelaki Arab kacak dengan wajahnya bersih nian, memberikan isyarat jari telunjuk kepada Ahmad.

Lantas Ahmad terlintas di dalam hati untuk memberikan sedekah kepada Arab tadi. Tiada wang kecil dalam koceknya, kecuali sekeping wang kertas 100 Rial (kira-kira RM100).

Tanpa berfikir, terus saja diberikannya kepada Arab tadi. Apabila dia menoleh ke belakang, lelaki Arab tadi telah ghaib daripada pandangannya.

Mungkinkah lelaki Arab itu malaikat Allah, yang berpura-pura memohon sedekah, untuk menguji ketulusan dan kemurahan hati seorang hamba Allah, apakah dia bersyukur atau kufur dengan segala limpah rezeki dan nikmat-Nya, demikian fikir Ahmad. – lanh

Khir Toyo dan calon nya

In Sang Kelembai on January 31, 2008 at 9:45 pm

sangkelembai2006

Dewan Rakyat bukannya Parlimen seperti yang disebut oleh orang yang tak baca Perlembagaan Malaysia yang akan dibubarkan bila-bila dari sekarang bagi laluan untuk di adakan PRU- Pilihan raya Umum yang ke 12 dan seterus nya menyerahkan balik kepada rakyat untuk memilih satu Parti atau kumpulan orang yang boleh dipercayai mentadbirkan negara untuk jangka masa lima tahun ke hadapan.

Sudah banyak dikatakan oleh Pembesar Parti Politik, sama ada yang bernama UMNO dan rakan sekutunya dalam Barisan Nasional yang mengandungi 13 Parti lain atau juga Parti Pembangkang yang bergabung atas nama Barisan Alternatif dalam soal menentukan calon – calon yang bertanding. Dan jika di persetujui oleh Raja dan Yang Di Pertua Negeri, Dewan Undangan Negeri juga akan turut dibubarkan bagi tujuan yang sama.

Di peringkat Persidangan Dewan Rakyat, persidangan nampaknya kerap berlaku dan akan memakan masa yang panjang. Persidangan menjadi panjang kerana Dewan bersidang hanya 4 hari dalam seminggu dan tidak seperti mula-mula Dewan Rakyat diwujudkan, bukan sahaja Persidangan lima hari dalam seminggu tetapi waktu bermula Dewan mulai jam 9 pagi dan berakhir 5 petang tetapi sekarang bermula jam 10 pagi dan tamat jam 5 petang.

Sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat tidak diketahui orang atau pengundi bahawa banyak antara mereka yang tidak hadir di dalam Dewan semasa persidangan berlangsung terutama yang memegang jawatan sebagai anggota pentadbiran awam. Kalau BN berani dan telus, sila bentangkan secara terbuka jumlah hari Dewan bersidang dan jumlah kehadiran. Yang sudah pasti kehadiran yang paling sikit ialah “Saya Perdana Menteri” yang mungkin sampai kiraan 50 kali hadir pun susah hendak mencapai dalam lebih dari empat tahun Dewan sudah bersidang.

Dari itu apakah ukuran yang Abdullah Hj Ahmad untuk mengekal calon-calon untuk bertanding semula bila mana dia sendiri jarang hadir ke persidangan Dewan Rakyat dan jika hadir pun kerana hendak menjawab soalan dan jauh sekali untuk hadir dan mendengar pandangan sama ada cadangan atau kritikan dasar-dasarnya.

Jauh bezanya di zaman Tunku Abd Rahman dan Tun Razak Hussein yang boleh dikatakan akan hadir dalam persidangan Dewan Rakyat walau pun tidak memberi apa-apa jawapan soalan Dewan Rakyat, sebaliknya hadir untuk mendengar pandangan-pandangan ahli Dewan Rakyat, tidak kira Parti pemerintah atau pembangkang. Itu sebab kesemua soalan dapat ditangkis dengan mudah oleh Tunku Abd Rahman dan kerajaannya kerana kesemua Menteri yang berkenaan berada dalam persidangan Dewan semasa ahli Yang Berhormat membahaskan usul-usul. Di zaman Tun Dr Mahathir Mohamed pula walau pun dia tidak hadir di Persidangan Dewan Rakyat tetapi laluan rakaman secara langsung dipasang di Pejabatnya sama ada semasa di Jalan Dato Onn atau pun Perdana Putra.
more…

Should I ..

In Belit UMNO on January 31, 2008 at 9:44 pm

alertintrovert

Petang tadi ada customer tempat aku kerja datang print surat jemputan ke Majlis Asyura UMNO cawangan dia. Macam-macam jenis orang yang dijemput, tapi basically semuanya orang UMNO lah. Dari Tan Sri sampai lar ke rakyat-rakyat biasa ni.

Selama mamat ni duk datang guna perkhidmatan kat tempat aku kerja ni, tak tau la pulak aku dia ni ahli UMNO. Since dah tau dia ni ahli UMNO, terpikir pulak aku nak buat baik dengan dia. Ye lah, duk kat Malaysia ni, kita kena ramai ‘orang-orang besar’ untuk maju dalam perniagaan ke apa ker. Dan biasanya, ‘orang-orang besar’ ni berlambak dalam UMNO.

Tapi masalahnya, camne aku nak cakap erk, aku benci kat UMNO ni. Tapi, tu lah. Nak dapat apa-apa projek ni, kita kat Malaysia ni kena ada konteks dengan orang UMNO. Aku tau, kalu aku cuba baik-baik dengan orang UMNO ni, aku macam jual my soul to the devils. Nak wat camne, memang kita rakyat Malaysia ni dah dididik untuk beranggapan macam tu.

Nak maju dalam perniagaan ke apa ke, kena baik-baik dengan UMNO or any parties yang seangkatan dengannya.

Tak ke giler macam tu.

Tapi, kalu aku nak cuba majukan perniagaan, should I change my hatred towards them into ‘lurveee’?

Mashitah Memang Tidak Buat Kerja

In Ustazah Hadhari on January 31, 2008 at 9:42 pm


idhamlim

Kerusi Parlimen Baling nampaknya semakin bergolak dan timbul keadaan tuduh menuduh yang memalukan. Hari ini Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Baling kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen Baling, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang mendakwa kononnya ada pihak memburuk-burukkan beliau dan mempertikai prestasinya sebagai wakil rakyat.

Ketua pergerakan itu, Safiah Abdul Rahman berkata, kenyataan Mashitah, yang juga Setiausaha Parlimen Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), ibarat membuka pekung di dada dan tidak wajar dibuat kerana ia tidak kena pada masa dan tempat.

Pendedahan dalam Harian Metero terdapat rakyat dalam Parlimennya terpaksa menjual labi-labi membuktikan dia tidak buat kerja. Magsa terlibat ada menyebut bahawa dia sudah mengadu masalah kesempitan hidupnya tetapi tidak dipeduli oleh Mashitah.

Dia banyak menyibuk mengenai masaalah yang tidak ada katitan dengan rayat dikawasannya. Baru-baru ini dia menyibuk mengenai kenapa ramai orang Malaysia khawin dengan orang Indonesia. Maka selayaknya Mashitah disungkurkan ditempatnya sekarang. Kita gantikan dengan wakil rakyat BA yang lebih bertanggung jawab dan buat kerja.

Latest Update:Gordon Brown to meet HINDRAF leader Mr.Waythamoorthi.

In Hindraf on January 31, 2008 at 9:40 pm


25nov2007.

1st Feb 2008,Mr.Murugesh an HINDRAF supporter with 4 others will stage hunger strike in Trafalgar Square in London.And we are also understand that about 1000 people will gather at Downing Street(where Mr.Brown’s office is located).

And some sources saying that British PM official had been approached by HINDRAF,and the officials gave positive reply where 6 of the represantives(Including Mr.Waythamoorthy,HINDRAF chief) were invited to closed-door meeting.Some unconfirmed news are saying that Mr.Gordon Brown himself will meet the 6 represantives.

As we all known,about 150 years before,British had brought Indians to then Malaya as labourers for their rubber estates.Most of the Indians came to Malaya stayed,and became part of uniqe nation.And even after 50 years the colonialize powers left the country,but indians situation in the country is still same as 50 years ago.Further more,Indians were marginalised in past 50 years.

Aware or not,British goverment should take responsiblity for our situation.And they’re(British Govt) ready to talk with us.

But the great Malaysian BN Govt(led by UMNO) is not ready even to discuss about our plight.What they did was,snubbed HINDRAF for once and all.Even after Indians showed their dissatisfaction during Nov 25th Eye Opener Rally,Malaysian govt still argues that it’s not true!!

This what BN leaders proud-off always,sincere!!!

While the nation that brought us to Malaya is sincere in settling our problems,the nation(tanah tumpah nya darahku) that home for us for past two century,snubbed us!!
But we’ll continue to struggle and win the fight for the rights!!

Makkal Sakthi Vellum!!!

Get Out! Malaysia Tells Migrants. Again.

In Pendatang on January 31, 2008 at 9:36 pm

Imran Imtiaz Shah Yacob
asiasentinel

The cycle of blaming foreign workers for its woes has begun in Malaysia.

The Malaysian government’s recent decision to send home at least 200,000 foreign workers by 2009 and to push more out of the country by 2015 hints at the deep divisions that the migrants, legal and illegal alike, have stirred in their host country.

As with most countries, when hard times start to appear – and Malaysia’s economy is starting to turn down – migrants get the blame for rising crime, stealing jobs from the locals, cultural pollution, overloading school systems, not carrying their share of the tax burden and even spreading HIV, almost none of which is true. Nonetheless, the government of Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi feels it has no choice but to put a stop to the influx in an effort to solve many of the country’s problems, which analysts say isn’t going to do much good, and in fact could do considerable harm.

“The immediate effect (of the expulsions) is that the labor supply will be significantly depleted, upsetting local as well as multinational employers relying on migrant workers,” says Tricia Yeoh, Senior Research Analyst at the Centre for Public Policy Studies. “There will be a time-lag while waiting for local Malaysians to fill in the menial labor gaps.”

The question is whether Malaysia will ultimately back away from the plan. The government periodically decides to expel overseas workers, as it did in 1994, when it forced about 380,000 out of the country with threats of imprisonment and caning, only to beg them to come back later to fill jobs Malaysians wouldn’t take. Some analysts believe the government is raising the subject for political advantage in advance of a possible election and that it will die off when the election is over.

Nonetheless, government officials say a whopping 2.3 million registered foreign workers are trying to make a living in this thriving Southeast Asian nation of 26 million people, although most observers believe the total, including illegal migrant workers, is much higher. Much like in the rest of the world where development depends on inexpensive labor, Malaysia, richer than most of its neighbors, has become irresistible for poor workers from the wider region.

They hail from across Asia – Indonesia, the Philippines, India, Pakistan, Burma, Nepal and Bangladesh. Most are unskilled and indentured to the recruitment agencies responsible for importing them, taking jobs as everything from waiters and janitors to hotel clerks and security guards. Even the personnel at the Kuala Lumpur International Airport are imported, much to the irritation of the government, which says it would like tourists to see a “Malaysian” face when they arrive in the country. Some are also prostitutes. Earlier this week, 34 women were picked up from a Kuala Lumpur budget hotel after being found in a secret compartment.

Prostitutes or not, migrants face widespread abuse from the Royal Malaysian Police, immigration officials and volunteer quasi-vigilante groups known by he acronym RELA, which translates to “people’s voluntary corps.” In 2006, RELA forces set upon 60 Indian nationals protesting the fact that their employers hadn’t paid them for two months in front of the Indian High Commission in Kuala Lumpur, kicking and beating them, some so badly that bones were broken.

More than 1,000 migrants arrive daily at the international airport in and many are forced to sleep in a car park, sometimes for days, while they await processing by their new employers. Tens of thousands more arrive annually by boat, illegally across the Strait of Malacca or from Kalimantan into Sabah and Sarawak, large numbers of them working the country’s rubber and oil palm plantations.

The plight of the workers is the rarely-seen underbelly of Malaysia’s economic success. Immigrant labor by and large built the skyscrapers that clutter the Kuala Lumpur skyline, as Malaysians have begun to shun hard labor, preferring instead to work in modern office surroundings with better pay.

Recent events are straining the economy and that limit the use of migrant labor. With the slowing of the US economy, the Malaysian Institute of Economic Research has revised Malaysia’s economic growth down to 5.1 percent in 2008 from 6.1 percent in 2007. The institute’s director, Mohammad Arif, says growth could fall to as low as 4 percent if the U.S. falls into a full-blown recession.

“Our economy in 2008 may not be performing as well as it did in 2007, although authorities are putting on a brave face, but we think we should brace ourselves for a slowdown,” he says. The institute also put the rate of inflation at 3.2 percent in 2008 due to an anticipated oil price hike if heavy oil and gas subsidies that cost the Malaysian government approximately US$10 billion (35 billion ringgit) annually are eased. The government had earlier promised no further price hikes for oil and gas.

The lackluster economic indicators have put the ruling Barisan Nasional on alert for voter fallout ahead of national elections that may be held as early as March to head off any backlash from discontent over the cost of living and inflation. An independent local non-governmental organization, the Merdeka Centre for Opinion Research, recently published a poll showing Abdullah Badawi’s popularity at an all-time low of 61 percent.

Thus, the government is bracing for harder times and not taking any chances. Jobs that were once considered unworthy of Malaysians may now be attractive again – or maybe not. In western countries, recent experience is that menial jobs go begging even while people look for work.

In the service sector the government is seeking to implement measures to compel employers to hire Malaysians. In another move, a ban is to be imposed on hiring foreign workers for front-line positions at hotels and the airport.

That measure may not go down well. One business owner told Asia Sentinel that “I would rather hire foreign workers, as they are more committed and hardworking. The locals will just up and leave when they have better offers. I have to deal with a lot of attitude at work with Malaysians.”

The issue of migrant workers has also soured relations between Indonesia and Malaysia. Some 60 percent of migrant workers are from Indonesia but the alleged mistreatment of Indonesia’s Pahlawan De Visa, or foreign exchange heroes, who remit some 4.85 billion ringgit (US$1.5 billion) every year to Indonesia, is a sore point in Jakarta.

Relations with India have also turned sour, culminating in a squabble resulting in a reduction of the number of Indian workers sent to Malaysia after the Indian government raised issues behind closed doors about the treatment of Malaysia’s ethnic Indians, who make up about 7 percent of the population. Recently the Hindu Rights Action Force, which claims to represent economically disadvantaged ethnic Indians, led street protests following which some of the organization’s leaders were detained without trial under the Internal Security Act.

The rise of violent crime is another factor that dogs the migrant issue. Abdullah Badawi himself was stunned by a 45 percent rise in the National Crime Index since the time he took office. The Chinese community, which regards itself as the biggest victim because of its relative wealth, is most vocal. Immigrant workers, particularly Indonesian construction workers, have been blamed, contrary to a Parliamentary Select Committee on Integrity hearing which concluded that 80 percent of crimes in the country are committed “by our own people.” Frustrated by the decline in public safety, fingers are pointed at the migrant workers, so whether they deserve it or not, they take the brunt of the disapproval.