no2umno

Archive for February, 2008|Monthly archive page

Malaysian minister warns bloggers

In Opinion on February 29, 2008 at 11:59 pm

rotijalah

In the recent Malaysia election campaigns, Malaysia opposition mounts campaign in cyberspace. Opposition parties turn to cyberspace, mainly are using blogs and youtube to express their anger towards government. The opposition parties are rarely mentioned, but thanks to the internet they have begun campaigning feverishly in cyberspace with the aim of reaching young, urban, educated voter. Major mainstream media are filled with flattering stories on the government and its achievements ahead of March 8 general elections.

“They control the television but we’ve got YouTube now,” said 31-years-old Lee Sean Li, an account who avidly surfs the internet for alternative news and complains there are only negative glimpses of the opposition in the main media.

Blogs in Malaysia are becoming the last bastion of freedom of speech. In this age of convergence (which I would like to define as the death of traditional media as we know it), blogs have provided an environment for people like Jeff Oii.

In fact, more netizens were posting more controversial issues in the blogs. Opposition bloggers in particular are getting influential, their news being noticed and listened to by government, mainstream media and the public. Thus, increase public awareness and expose a lot of wrongdoings in the government.

The opposition leader Lim Kit Siang posted a speech on the upcoming elections, just minutes after Prime Minister Abdullah Badawi dissolved parliament earlier this month. The opposition leader is very professional and clever in using of technology. “Blogging is one way to get word out and an opportunity to circumvent media control,” said Lim from the Democratic Action Party (DAP), which is aiming to dent the government’s thumping majority in the upcoming vote. “We cannot neutralize the state-controlled media,” he told AFP. “But Internet pick-up rates will keep getting higher. We will not be blacked out forever.”

Media watchdog Reporters Without Borders ranks Malaysia 124 out of 169 on its worldwide press freedom index, and says the main media are “often compelled to ignore or to play down the many events organised by the opposition”.

Political dissident and ex-deputy premier Anwar Ibrahim also writes his own blog which has news links and videos of his Keadilan party’s campaign activities. Anwar last year used the site to release a video clip which allegedly showed a high-profile lawyer brokering top judicial appointments — a scandal which triggered a full royal commission of inquiry.

Thus, it is no doubt that Malaysian minister has warned bloggers that they are being monitored. Malaysian government has also tried to introduce internet laws to control bloggers and prevent the, from spreading “disharmony, controversial materials on their blogs.

Credits : http://news.id.msn.com/regional/article.aspx?cp-documentid=1253126

BONGKAR !!! Calun BN Kedah gelapkan wang zakat RM400,000

In Bongkar, Rasuah BN on February 29, 2008 at 11:57 pm

Helmi Khalid
harakahdaily

ALOR STAR, 29 Feb (Hrkh) – Lagi skandal penyelewengan dan salah guna kuasa pemimpin Umno yang menjadi calon BN Kedah dalam pilihan raya kali ini terbongkar, kali ini melibatkan wang zakat sebanyak RM400,000.

Kenyataan Abdullah Badawi kononnya calon tajaan BN kali ini telah melalui beberapa tapisan hanya cakap bohong, kerja jahat melarikan wang Jabatan Zakat Negeri ini dilakukan oleh salah seorang pimpinan politik tertinggi negeri ini.

Jika Che Omar Saad, calon BN Dun Bukit Pinang terpalit dengan kes menggelapkan wang koperasi guru, perbuatan ini lebih jijik kerana ia adalah wang untuk golongan yang selayaknya menerima seperti anak yatim dan fakir miskin.

Difahamkan, wang zakat bernilai RM400,000 ini disalurkan oleh sebuah syarikat untuk Jabatan Zakat Negeri Kedah melalui pemimpin ini, bagaimanapun wang yang diterima pada Disember tahun lalu itu tidak diberikan kepada jabatan tersebut hingga berita ini ditulis.

Pihak jabatan telah beberapa kali meminta wang tersebut diserahkan tetapi pemimpin berkenaan meminta jabatan meluluskan sahaja wang itu untuk beliau.

Perkara ini juga telah sampai kepada pengetahuan Tuanku Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah.

Perkara ini sukar dibendung lagi kerana jabatan sering kali dihubungi oleh syarikat berkenaan yang mahukan resit penerimaan wang RM400,000 itu bagi urusan pengecualian cukai dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Sumber memberitahu, pemimpin berkenaan menyatakan bahawa dia telah mengagihkan semua wang itu, bagaimanapun tidak dimaklumkan siapa penerimanya.

“Wang zakat bukan boeh digunakan sewenang-wenangnya, kita amat kesal dengan perbuatan pemimpin kerajaan ini, dia tidak boleh membezakan antara jawatan dan kepentingan kegunaan wang zakat, wang zakat hanya boleh diterima oleh asnaf-asnaf yang telah Islam tetapkan, bukannya untuk kegunaan peribadi,” jelas sumber itu. – mns

Malaysia’s blogger-politician raises almost US$32,000 online

In Jeff Oii on February 29, 2008 at 2:55 pm

MyPaper_080227.jpgSINGAPORE: A Malaysian blogger-turned-opposition-politician launched an online fundraising campaign last week.
And within such a short time, blogger Jeff Ooi has almost reached his target of raising 100,000 ringgit (US$32,000).

At last count two days ago, this candidate from the opposition Democratic Action Party (DAP) just needed another 5,000 ringgit to meet that target.

He said: “It’s tremendous response from the local people, I think. Donations through cash as well as online transactions constitute some 85 percent of the total amount received. About 15 percent came through Paypal.” The rest came in through a local bank account that he had set up.

But not all the identities of donors are known.

“I really do not know who they are. They are basically my readers. They are frequent commentators on my blog, but I have never met them in person,” said Jeff.

But he does know of two anonymous big donors, whom he calls “crazy guys” – in jest, of course – on his blog. One of them has apparently sent Jeff an email, pledging 30,000 ringgit in three instalments.

Jeff said he has all his contact details, including his mobile phone number, on his blog. That is how his donors have been communicating with him.

As for the other big contributor, Jeff said they have made contact.

“I have spoken to him on the phone and he has intellectually challenged me on a few things. I didn’t meet him because he chose to deposit the cheque with the party, not me,” he added.

If this 52-year-old former business intelligence analyst wins his seat on 8 March, he could go down in history as the first Malaysian blogger to become a Member of Parliament.

Claiming to be the underdog in this election race, Jeff believes he stands a fair chance. He also said he is heartened by the positive response to his online fundraising campaign.

The money raised will go into running the party operations centre and polling machinery, among other things.

Jeff said he has already started to dispatch some of the money to his political colleagues who need financial help. – Channel NewsAsia

To the People of Rembau

In Beruk Rembau on February 29, 2008 at 2:12 pm

myprivatethots

Samada sedar atau tidak, the fate of this proud nation is somewhat in your hands!
Untung nasib negara ada dalam tangan kamu!

Ya.

Imagine the abuse of power, the biased decisions, the sucking up to foreign powers, the ridiculing of islam, etc that would be when THE son in law sits in a cabinet meeting and holding an important portfolio together with the father in law, the prime minister.

Imagine the power this man has and is capable of wielding. I’d like to allow my imagination run wild… forgive me, I may sound emotional and irrational, but I can feel it… it’s like Sauron rising. We… the little people.. the hobbits.. must do something to stop this. We must save our middle earth!

Destroy the ring! WE CAN do it!

Rumble in Rembau

In Beruk Rembau on February 29, 2008 at 2:06 pm

bolehtalk
Malaysiakini report on Election 2008:

PKR alleges BN hooliganism in Rembau!

Aiyoh, Rembau kah?

PKR candidate in Rembau, Badrul Hisham Shaharin has accused BN of using ‘hooligan tactics’ in the fight (excuse the deliberate pun) to win the parliamentary seat. He claimed that PKR’s campaign posters were ripped off. Then in Rantau, BN supporters had aggressively stopped his supporters from putting up the party’s campaign posters.

Were there motorcycle sounds nearby? You know, those Rembau Rempits?

According to Badrul, his BN opponent, none other than AAB’s SIL, has been severely rattled by PKR’s posters and leaflets that exposed the ECM Libra-Avenue merger scandal involving SIL.

As Malaysiakini explained, the ECM Libra-Avenue merger had raised eyebrows when the deal was approved by AAB shortly after Khairy had bought a RM9.2 million worth of direct stake in ECM Libra. This led to wide criticisms of cronyism as AAB was overseeing government-linked companies (GLCs) in his capacity as finance minister.

The family that stays together ‘shares’ together – an Islam Hadhari dictum?

REMBAU OH REMBAU !!!

In Beruk Rembau on February 29, 2008 at 1:51 pm

Bulan Gerhana Di Rembau

SEREMBAN, 29 Feb (Bernama) — Tidak ramai berani meramal pembangkang iaitu PAS mahu pun Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpeluang menawan kerusi Parlimen Rembau mahupun empat kerusi Dewan Undangan Negeri dalam kawasan itu pada pilihan raya umum kali ini.

Sekian lama, kerusi Rembau serta DUN Paroi (23,060 pengundi), Chembong (12,997), Rantau (15,124) dan Kota (11,715) menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Kali ini, Rembau menjadi tumpuan apabila kerusi Parlimen itu ditandingi Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sehingga wartawan asing juga tidak ketinggalan membuat liputan di situ.

“Nampaknya bulan gerhana (bagi pembangkang) di Rembau,” demikian disimpulkan seorang pemerhati apabila ditanya peluang PAS mahupun PKR untuk menumbangkan BN.

Madah Ilong, 60, pesara tentera yang juga Imam Masjid Taman Tuanku Jaafar (TTJ) di sini berkata pembangkang tidak mempunyai harapan di kawasan itu memandangkan rekod baik kerajaan negeri pimpinan BN.

No2umnO – Memang lah gerhana. Samseng dah cabut bendera PAS dan Keadilan. Maklumlah orang rombau bukan berani sangat kalau SARIP DOL dari KL yang datang serang. Tambahan lagi, nak tunjuk jaguh dari jaguh dikampung. Yang sakit poning, orang orang tuo yang risau kalau Beruk KL menang. Dulu BN sekarang pun BN, tapi BN dulu lain, sekarang lain. Budaya BN sekarang ni budaya mat rempit, samseng. Kalau nak Rembau hancur, undi lah Beruk KL. Kang ado pulak mak ayah yang kono terajang kalau budayo samseng meresap ke jiwa anak muda Rombau. Selamat merempit lah budak budak remaja Rombau.

AWAS ORANG ROMBAU !!!

In Beruk Rembau on February 29, 2008 at 1:38 pm

Tanah Adat Rembau Akan Tergadai !
rembau-hari-ini

Akhbar Utusan Malaysia bertarik 21 Februari 2008 antara lain menyebut bahawa Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bahawa kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil. Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar , Rembau. Menurutnya lagi kawasan itu adalah TANAH KAMPUNG.

Kita tidak menolak sebarang pembangunan, buatlah landasan kapalterbang tak kiralah besar atau kecil.

Cuma persoalannya sekarang kenapa perlu ambil TANAH KAMPUNG ? Adakah tanah kampung ini merupakan TANAH ADAT ? Sekiranya ianya Tanah Adat berapakah pampasan yang akan diberikan kepada pemilik tanah ? Adakah menurut nilaian Tanah Adat , Tanah Pertanian , Tanah Perumahan atau Tanah Industri ? Memang Tanah Adat di Rembau ini tiada nilai langsung jika hendak dijual, ini adalah kerana Tanah Adat hanya boleh dijual di kalangan adik beradik perempuan sahaja , lelaki tiada hak langsung untuk mendapatkan Tanah Adat. Sehinggakan ada yang menawarkan untuk membeli tanah adat ini dengan harga RM 5000 sahaja untuk suku ekar.

Tapi sekiranya Tanah Adat ini ditukar status ke Tanah Industri , barangkali ianya boleh mencecah berjuta-juta ringgit untuk satu ekar.

Janganlah orang kampung tergila-gilakan pampasan yang beberapa puluh atau beberapa ratus ribu ringgit. Dapatkah katakan RM 100,000 ringgit sekarang ini menggantikan satu ekar Tanah Adat yang sudah tergadai ? RM 100,000 hanya dapat membeli sebuah rumah teres 20 kaki kali 60 kaki.

Kenapa perlu ambil Tanah Adat milik orang Melayu ? Ambil saja Tanah Kerajaan , Tanah Swasta , Tanah Badan Berkanun , Tanah Estet dan sebagainya.

Orang-orang Adat di Rembau ini , seharusnya mempertahankan Tanah Adat di Rembau ini. Ianya haruslah dimajukan untuk kebaikan pewaris-pewaris yang sah. Moyang kita bersusah payah datang dari Sumatera , meneroka bumi Rembau ini , sekarang kita keturunan cucu cicitnya hendak menggadaikan Tanah Adat yang tinggal sekangkang kera ini atas nama pembangunan ? Kalau benar atas nama pembangunan , pastikan pampasan yang diberikan adalah setimpal dengan nilaian Tanah Komersial bukannya Tanah Adat.

Mana pergi semangat perjuangan UMNO 1951 , atau orang UMNO Rembau ini sudah lupa sejarah perjuangan UMNO di bumi Rembau ini ? Sila rujuk buku “A Share of the Harvest – Kinship, Property, and Social History among the Malays of Rembau” yang ditulis oleh Michael Gates Peletz terbitan University of California Press pada tahun 1988
AShareofTheHarvest
Dalam buku itu menyebutkan berlaku Kontoversi Adat yang besar pada tahun 1951. Pada tahun 1951 Biro Agama UMNO Bahagian Rembau telah mengeluarkan satu memorandum bahawa terdapat beberapa amalan Adat Perpatih yang bertentangan dengan hukum Islam , dan sesiapa yang mengamalkannya adalah berdosa. Ramai pihak telah menyokong memorandum tersebut. Sehingga mendapat sokongan Undang dan Yam Tuan Besar pada ketika itu dimana dalam buku itu memetik “…Yang diPertuan Besar then brought the matter to the Council of State, proposing a review of Chapter 215 of the Customary Tenure Enactment of 1926 on the grounds that it was unfair to men” (Yang Dipertuan Besar kemudian telah membawa perkara tersebut pada Majlis Negeri, mencadangkan agar dikaji Bab 215 Akta Adat 1926 atas alasan ianya tidak berlaku adil kepada pihak lelaki)

Bagaimanapun memorandum ini tidak berjaya dilaksanakan kerana ianya mendapat tentangan dari orang-orang Adat di peringkat bawahan.

Dengar sini ahli UMNO, dengar sini Puteri UMNO, dengar sini Putera UMNO. Ingat ! dulu lagi UMNO dah perjuangkan Tanah Adat ini agar diberi sedikit kelonggaran kepada anak lelaki untuk mendapatkan bahagian, agar anak lelaki dapat SOLOMPAP tanah untuk dibuat rumah empat tiang. Tapi sekarang UMNO atas nama pembangunan perjuangkan Tanah Adat untuk dibangunkan sebagai Tanah Komersial. Sanggupkah kita tengok adik beradik lelaki kita hidup menumpang tanah orang , berebutkan rumah PPRT sedangkan Tanah Adat masih ada ?

Jangan pertahankan UMNO , jangan pertahankan PAS , jangan pertahankan PKR. Pertahankan Tanah Adat kita. Bawa berunding dengan orang-orang Adat, orang UMNO, orang PAS, orang PKR. Supaya Tanah Adat di Rembau ini dapat dikongsi bersama dengan adik beradik kita yang lelaki. InsyaALLAH Rembau ini akan maju dan akan mendapat rahmat ALLAH swt.

Jangan sampai kita disumpah oleh nenek moyang kita yang meneroka tanah Rembau ini , kerana kita menggadaikan Tanah Adat atau tidak mengusahakan Tanah Adat !

SIAPA HEBAT? DATO’ ABDULLAH DAHAN ATAU BERUK KL

In Beruk Rembau on February 29, 2008 at 1:30 pm

Ini baru pejuang Rembau yang sebenar
rembau-hari-ini

Nak tahu pejuang Rembau yang sebenar, yang memperjuangkan nasib orang kampung di Rembau? Inilah dia anak jati Rembau yang sepatutnya menjadi ikutan pemuda Rembau masa kini. Ya ALLAH , cucurilah rahmat kepada Moyang ku Dato Abdullah bin Haji Dahan.

Nasionalisma dan reformasi ketika pemerintahan Dato Abdullah (1922–1938)

Kebanyakan kegiatan sosial dan budaya yang berkembang di merata Rembau dan seluruh Negeri Sembilan pada tahun 1920an dan 1930an adalah bertitik tolak dari aspirasi dan kejayaan Dato Abdullah bin Haji Dahan, yang menjadi Undang Rembau dari 1920 hingga 1938 dan diingati diperingkat Rembau sebagai seorang pemerintah yang berani dan pahlawan budaya moden. Cerita lanjut di Blog WAGHIH

No2umnO – Orang rembau dengan banyak adat jangan dok berbangga dengan pendekar dan perjuangan Melayu REmbau. Wak cuma nak nasihatkan … kalau BERUK KL tu monang, pendekar entah kemano, adat ROmbou ontah kemano ….. Pepatah orang nogori tak tau boleh guna lagi ke entah …. Biar mati anak jangan mati adat. Berani ko orang rombou, untuk ubah pepatah, biar mati anak borok, jangan mati adat.

Khairy Main Ganas di Rembau?

In Beruk Rembau on February 29, 2008 at 1:16 pm

rembau nomination khairy 240208 khairymsomelayu
Budaya Pemuda Tahan Lasak Diamal Semula

BUDAYA barbarian yang diamalkan oleh Pemuda Tahan Lasak Umno di tahun 1960-an dihidupkan semula oleh Pemuda Umno era Islam Hadhari hari ini. Pemuda Tahan Lasak Umno tahun 1960 bertindak kejam terhadap parti pembangkang terutamanya Pas di Kelantan.

Banyak penyokong dan ahli Pas menjadi mangsa penapar tawar, penapar Jepun, lutut Siam, ugutan dan dipukul oleh Pemuda Tahan Lasak Umno. Mereka bersikap demikian kerana terdesak apabila sejak awal lagi mereka merasakan ditolak oleh rakyat. Walaupun Pas ketika itu menghadapi ugutan dan serangan Pemuda Tahan Lasak Umno, namun berkat semangat dan iltizam memperjuangkan Islam Pas tetap juga menang di Kelantan.

Nampaknya budaya itu kini hidup kembali dan diamalkan pada pilihan raya ke -12 ini. Apakah Umno kini sudah benar-benar terdesak dan akan kalah?

Laporan yang diterima dari Rembau sekejap tadi memberi tahu perbuatan tidak gentlemen sudah pun bermula. Bendera dan banting Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah dicabut dan dibuang sekurang-kurangnya di lapan lokasi.

Ianya dipercayai dilakukan oleh Pemuda Umno dibawah skuad Gempur Pemuda BN yang dikepalai Khairy Jamaluddin.

Mengulas mengenai kejadian itu calon PKR Parlimen Rembau, Badarul Hisham Shahrin (Cikgu Bard) perbuatan gnaas itu tidak sedikit pun melemahkan semangatnya dan para penyokong PKR khasnya dan pembangkang amnya.

Bahkan menurutnya keganasan itu menjadikan beliau dan rakan-rakan menjadi tambah bersemangat dan lebih bersedia menghadapi apa saja ‘permainan’ Khairy.

Menurut pelapor itu, cikgu Bard sebagai juga sebagai berkata keganasan dan perbuatan menyalahi peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sebagai tanda-tanda awal kekalahan Khairy Jamaluddin yang bertanding di situ.

Cikgu Bard dipetik sebagai berkata, kalau Umno dan Khairy berada dalam keadaan selesa di Rembau mereka tidak akan bertindak di luar batas dan peri demokrasi begitu.

Manakala dalam perkembangan lain, beberapa orang yang tidak dikenali telah turun membantu calon PKR di Rembau itu.

Bebagai bentuk bantuan dihulurkan kepada Cikgu Bard termasuk ada yang menghadiahkan beberapa ekor lembu untuk disembelih bagi mengadakan kenduri. Keganasan yang dilakukan oleh skuad Gempur BN itu sedikit sebanyak memberi simpati kepada PKR dan Cikgu Bard.

Perkembangan di Rembau itu agak menarik memandagkan inilah kali pertama menantu Perdana Menteri (Khairy) menguji kekuatan dan pengaruhnya. Apa-apa yang tidak baik berlaku ke atas Khairy ia boleh membantutkan usahanya untuk menduduki kerusi Ketua Pemuda Umno.

Apa lagi takdir beliau kalah angan-angan untuk menduduki kerusi Ketua Pemuda secara automatik selepas pilihan raya ini hanyut begitu saja. Laporan selanjut secara terus dari Rembau akan dimuatkan selewat-lewatnya esok.

No2umnO – Lihatkan betapa barisan kenderaan Samseng berwarna hitam berderetan. Orang rembau kena ingat ….. kenderaan LandCruiser bernilai anggaran RM600,000 bernombor pendaftaran ‘KJ10Q’ adalah kenderaan RAJA ORANG UTAN yang cuba menawan REmbau …..

BN SAMSENG DI REMBAU

In Beruk Rembau on February 29, 2008 at 1:00 pm

PKR dakwa BN guna taktik samseng
malaysiakini.com
Syed Jaymal Zahiid | Feb 29, 08 7:37pm

rembau nomination khairy 240208 pkr candidateAhli-ahli PKR di Rembau menuduh Barisan Nasional (BN) menggunakan ‘taktik samseng’ untuk memenangi kerusi parlimen tersebut dalam pilihanraya umum kali ini.

Calon PKR bagi parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendakwa, poster kempen partinya telah dikoyak manakala di Rantau pula, penyokong BN bertindak agresif menghalang penyokongnya menaikkan poster kempen.

Ekoran itu, wakil dan penyokong Badrul telah membuat laporan polis pagi tadi di ibupejabat polis daerah Rembau.

“Penyokong BN mahu menghalau penyokong kami dan cuba menghalang mereka daripada memasang poster. Mereka mendakwa, PKR tidak dikehendaki di Rembau dan kawasan tersebut memang selama ini milik BN,” dakwa Badrul.

rembau nomination khairy 240208 khairyPertandingan di kerusi parlimen Rembau menjadi tumpuan ramai kerana ia membabitkan calon BN, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang juga merupakan menantu perdana menteri.

Dalam pilihanraya umum yang lalu, calon BN, Firdaus Muhammad Rom Harun menang dengan majoriti 18,656 undi, menewaskan calon PAS, yang juga merupakan ketua penyelidik parti tersebut, Dr Dzulkefli Ahmad.

Bagi Khairy, atau lebih dikenali dengan panggilan KJ, ini adalah kali pertama beliau bertanding dalam pilihanraya umum. Parlimen Rembau mempunyai seramai 61,690 pengundi.

“Khairy terkenal semata-mata kerana hubungan kekeluargaan dengan Abdullah Ahmad Badawi. Inilah yang kita panggil politik kroni dan mendedahkan semua ini dalam risalah kami,” katanya kepada Malaysiakini.

Skandal ECM Libra

khairy ecm libra 050806Menurut Badrul lagi, salah satu daripada banyak isu yang dibangkitkan dalam risalah tersebut ialah skandal penggabungan ECM Libra-Avenue yang membabitkan Khairy.

Penggabungan ECM Libra-Avenue menarik perhatian ramai apabila ianya diluluskan oleh Abdullah sejurus selepas Khairy membeli RM9.2 juta saham ECM Libra.

Ia mengundang kecaman hebat kerana Abdullah juga menyelia syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) dalam kapasitinya sebagai menteri kewangan.

Selepas itu, Khairy terpaksa menjual semua sahamnya dalam ECM Libra pada Ogos 2006.

“Kita masih tertanya-tanya bagaimana Khairy mendapatkan wang sebanyak itu untuk membeli saham tersebut? Perkara kedua ialah bagaimana sebuah syarikat kecil seperti ECM Libra boleh bergabung dengan syarikat besar seperti Avenue Capital,” tambah Badrul.

Badrul mendakwa, pendedahan tersebut telah menakutkan Khairy dan oleh itu bertindak menggunakan taktik samseng terhadap penyokong dan kempen PKR.

Walaupun begitu, , Badrul berkata, PKR telah mendapat sokongan yang baik daripada akar umbi di Rembau dan berikrar untuk meningkatkan lagi kempennya.

Rembau merupakan kawasa majoriti Melayu (68.9%), diikuti pengundi India (15.8%) dan Cina (15.2%).

Empat kerusi negeri di bawah parlimen Rembau – Paroi, Chembong, Rantau dan Kota – merupakan kubu kuat BN. Menteri Besar, Datuk Mohamad Hasan adalah penyandang kerusi Rantau dan bertanding mengekalkan kerusi tersebut, menentang calon PKR, Aisah Lamsah.