no2umno

Archive for March, 2008|Monthly archive page

GAJI KETUA KAMPUNG RAKYAT YANG BAYAR

In Khalid Ibrahim on March 31, 2008 at 11:51 pm

Pembayar cukai di Selangor membayar gaji saya sebagai menteri besar, katanya kepada pemberita selepas menutup bengkel pengurusan sukan bagi Kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2008 di sini.

Abdul Khalid diminta mengulas sokongan kepada Barisan Nasional (BN) semalam oleh 362 ketua kampung yang dilantik oleh Umno.

“Saya tidak fikir ketua kampung tersebut diambil kerja oleh Umno kerana jika begitu, gaji mereka seharusnya dibayar oleh Umno.

Jika gaji mereka dibayar oleh kerajaan persekutuan, ia bukan duit Umno tetapi pada dasarnya wang pembayar cukai,” katanya. more…

Advertisements

Berapa aset Khir Toyo?

In Roslan SMS on March 31, 2008 at 11:41 pm

n32.blogspot.com
Dalam ucapan saya dimajlis berkenaan saya telah mengulas kenyataan bekas MB dan bekas Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Dr Khir Toyo dalam Malaysiakini baru-baru ini. Beliau mendesak agar MB dan EXCO kerajaan Selangor yang baru ini agar segera mengisytiharkan asset masing-masing untuk pegetahuan umum. Ini berikutan kenyataan MB baru-baru ini bahawa keputusan tentang pengisytiharan itu belum diambil lagi atas sebab-sebab tertentu.

Kata Khir yang paling perlu mengisytiharkannya adalah Tan Sri MB sendiri dan Dato Dr Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor.

Khir memang berhak mendesak dan berbuat demikian, maklumlah beliau pun kini duduk dibangku pembangkang. Cuma bagi saya yang lebih utama kini adalah untuk “outgoing” MB atau MB yang melepaskan jawatan untuk isytiharkan hartanya, kerana beliau telah pegang kuasa sekian lama dan kini meninggalkan kuasa. Harta beliaulah yang perlu diisytiharkan kepada rakyat supaya rakyat dapat memastikan yang tiada yang lebih yang dibawa keluar! more…

ALFATIHAH … YUSNI JAAFAR MENINGGAL DUNIA

In Yusni Jaafar on March 31, 2008 at 11:16 pm

yusni jaafarSeniwati Yusni Jaafar telah meninggal dunia pada jam 2.30 pagi tadi. Allahyarhamah sebelum ini telah dimasukkan ke hospital akibat penyakit hati dan turut menyebabkan kerosakan buah pinggang beliau. Berita lanjut dan lengkap sedang dinantikan. …..

Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Yusni Jaafar.

Sama sama lah kita sedekahkah Al fatihah, semoga Rohnya dicucuri rahmat. Memang ….. beliau adalah diantara mereka yang mampu ceriakan hati ramai orang tetapi tidak semua orang boleh ceriakan dirinya. Maka …. ini lah masanya untuk kita membalas jasa beliau dengan bacaan doa dan ayat suci. Wassalam.

Berita sebelum ini,

SELANGOR, 12 FEB 2008 : Pelakon dan pelawak veteran, Yusni Jaafar, 62, atau lebih dikenali dengan panggilan Ibu kini berada dalam keadaan kritikal akibat kerosakaan pada hati yang dikesan sejak 3 bulan lalu. more…

Kisah Sufiah resahkan ibu

In Sufiah Yusof on March 31, 2008 at 10:48 pm

LONDON (B/Hairan): Pendedahan mengenai kisah pelajar pintar matematik, Sufiah Yusof, 23, yang dilaporkan menjadi pelacur untuk menyara kehidupannya, mengejutkan ibunya, Halimaton Yusof.

Halimaton, seorang rakyat Malaysia, dikatakan berada dalam keadaan tertekan dan enggan melayan panggilan wartawan yang tidak berhenti-henti cuba mendapatkan ulasannya.

Presiden Kesatuan Melayu United Kingdom, Hamidi Abdul Rahman, yang rapat dengan Halimaton berkata, laporan akhbar tabloid � News of The World � di sini kelmarin, juga mengejutkan kalangan masyarakat Malaysia di seluruh United Kingdom.

Hamidi yang dihubungi di sini, semalam berkata, pihaknya akan cuba mencari Sufiah dan membawanya pulang ke pangkuan ibu dan keluarganya.

Sufiah yang menjadi bahan berita sebagai kanak-kanak pintar apabila diterima memasuki Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun, kini dilaporkan terpaksa melacurkan diri di Salford, Manchester, untuk menyara kehidupannya.

Akhbar itu melaporkan Sufiah mengiklankan ‘perkhidmatannya’ melalui internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.

Dengan memakai nama samaran Shilpa Lee, Sufiah antara lain menggambarkan dirinya sebagai pelajar bijak dan seksi yang menyediakan perkhidmatan setiap hari dari jam 11 pagi hingga 8 malam.

Hamidi berkata, secara peribadi beliau yakin Sufiah tidak begitu terdesak sehingga sanggup melacurkan dirinya, sebaliknya mungkin ada faktor lain yang mempengaruhinya berbuat demikian.

“Selepas perceraian Sufiah dengan suaminya, Jonathan Marshall, tiga tahun lalu, dia membawa diri dan mengasingkan diri daripada keluarganya sehingga ibu bapanya tidak tahu di mana dia berada.

“Keluarga Sufiah juga memberitahu ada menerima e-mel daripadanya meminta mereka supaya tidak menghubungi atau mencarinya,” kata Hamidi.

Ibu Sufiah berasal dari Muar, Johor, manakala bapanya, Farooq Yusof dari Pakistan dan kini dipenjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan dua gadis.

Pengajian Sufiah di Universiti Oxford mendapat tajaan kerajaan Malaysia walaupun beliau bukan warga negara.

Hamidi berkata, Kesatuan Melayu United Kingdom yang sebelum ini turut membantu keluarga Halimaton menjejaki Sufiah ketika gadis itu menghilangkan diri selama dua minggu di tahun akhirnya di Universiti Oxford, berharap dapat mencarinya berdasarkan maklumat daripada akhbar terbabit dan sistem daftar pengundi.

“Walaupun usaha ini bukan mudah sebab ia memerlukan masa dan kos, kami akan cuba mendapat bantuan daripada mereka yang bersimpati serta mahu melihat Sufiah kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Inflasi serang China

In Berita luar on March 31, 2008 at 10:41 pm

KENAIKAN harga makanan yang mendadak di China menyebabkan kerajaan pimpinan komunis itu berusaha untuk mengawal kadar inflasi tanpa mengulangi kesilapan lalu.

Analisis menyatakan keseluruhan inflasi di China meningkat kepada 6.9 peratus pada November tahun lepas, iaitu kadar tertinggi sejak 10 tahun lalu.

Kadar inflasi yang semakin menjadi-jadi itu berlaku disebabkan oleh kenaikan harga makanan terutama daging utama, khinzir yang melonjak kepada 60 peratus.

Beberapa minggu kebelakangan ini, harga barangan berhadapan tekanan kenaikan kerana cuaca buruk yang melumpuhkan sistem pengangkutan negara ketika permintaan terhadap barangan amat tinggi apatah lagi selepas perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini. more…

Hakim Syarie hadapi tuduhan tambahan

In Uncategorized on March 31, 2008 at 10:37 pm

Basuri @ Hassan Basri Markum @ Shafie, 54, yang bertugas sebagai Hakim Syarie dalam pertuduhan tambahan pertama didakwa menerima suapan wang berjumlah RM20,000 daripada Yoong Hor Kit melalui Sharif Abdul Ghani sebagai dorongan untuk meringankan hukuman dan wang ikat jamin berhubung kes jenayah.

Dalam pertuduhan tambahan kedua pula, Basir didakwa menerima wang suapan berjumlah RM10,000 daripada orang sama bagi tujuan meringankan hukuman kes jenayah dan mendapat semula wang ikat jamin.

Pada 30 November lalu, tertuduh telah dihadapkan ke mahkamah yang sama atas lima tuduhan meminta dan menerima rasuah melibatkan wang tunai RM5,200 dalam tiga kes berasingan antara Ogos dan September lalu.

Hakim Tan Hooi Leng menetapkan perbicaraan kes tersebut pada 16 dan 17 Jun. – Kosmo

Hollywood Stars HAd to Say About ARAB

In Arab, Hollywood on March 31, 2008 at 10:29 pm

see the rest of comments : Blalang
appreciation to: isuhangat

A Blogger’s Letter to Mr. Khairy Jamaluddin

In Belit BERUK on March 31, 2008 at 10:14 pm

alexzanderjohnson.

Subject: THE LION THAT ROARED HAS LOST HIS VOICE (AND NERVE)
To: Khairy Jamaluddin khairy@rembau.net

Hello KJ,

How come you are so quiet, now that GE12 is over and BN– notably UMNO Semenanjung–got a thrashing? Cat got your tongue? Or perhaps you are mulling over the disastrous consequences of your half-baked strategy and your utterly stupid macho tactics.

Your comical bravado, your fiery but empty rhetoric and your theatrical keris-brandishing antics have backfired spectacularly And your kuncu, that arse-hole Patrick Lim (what a f@@#ing showoff), has proved to be a massive liability in more ways than one.

The election results, which I’m sure you and your father-in-law never expected, drove home the point to many of us your utter failure as a campaign strategist.

You are just a snot-nosed novice trying to do a job best left to the professionals. You are, to use a military analogy, an uncouth and gung ho subaltern trying to do the work of a battle hardened three-star corps commander.

And what happened? UMNO got a severe mauling, not to mention Gerakan (wiped out), MIC (almost wiped out) and MCA (crippled for life). Thanks to a Mr Know-All like you.

It’s only a matter of time before your once-respected but now reviled father-in-law gets booted out, thereby putting an end to your much vaunted ambition to be Malaysia ’s youngest PM. What a joke!!! Cakap besar tak berguna bro. You’ve still got a lot to learn kiddo.

The speeches you gave at the political rallies have exposed you as a punch dr unk and power-crazy political novice. Your big mouth, your execrable arrogance, your heavy- handedness, your over confidence, your presumption that the voters are all gullible idiotsand your failure (or refusal) to read the tell tale signs, have landed you and your cronies (not to mention your lembab FIL) in one hell of a mess. The articulate debaters in the parliamentary opposition are going to eat you and your kind for breakfast when Parliament convenes. I can’t wait for the war of words to commence. And the bloggers too are waiting to see how an egotistical braggart like you perform.

I look forward to receiving your reply (if you have the balls to do so), which I will circulate among all the bloggers.

Cheers mate.

P.S. You should read Tsun-Tzu’s The Art of War if you haven’t done so already. The principles he enunciated apply as much to political warfare as they do to ground –as opposed to naval and air–warfare.

Written By,

A Blogger!

Hindraf leader’s wife denies seeing Samy Vellu

In Hindraf on March 31, 2008 at 10:10 pm

(STAR) KLANG: ISA detainee and Kota Alam Shah assemblyman M. Manoharan’s wife S. Pushpaneela has denied seeking MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu’s help for the release of her husband.

“I didn’t go and see Samy Vellu,” Pushpaneela said.

She was commenting on Samy Vellu’s statement on Sunday that she had gone to see him to seek his help.

She added that she did not understand why Samy Vellu wanted to appeal to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi for the release of the five Hindraf members detained under the ISA (Internal Security Act) at this juncture.

“Why now, when he could have done it earlier?” said Pushpaneela.

She added that the onus had been on Samy Vellu to advise the Prime Minister not to detain the Hindraf 5 under the ISA.

However she did not dismiss the possibility that their relatives had gone to see Samy Vellu to seek his help.

“We have many relatives who are MIC members and strong supporters of the party,” said Pushpaneela.

Manoharan’s father M.S. Malayalam is the Kanchong Laut MIC branch chairman while Pushpaneela’s sister S. Thangeswari is the Perak MIC Wanita chief.

Pushpaneela also added that if she needed any help she would turn to DAP chairman Karpal Singh.

“Mr Karpal is my pillar of strength, and if I needed anyone’s support or help, he would be the one would I turn to.”

Meanwhile R. Kenghadaran’s wife Dr M. Kalaivani said that she and her husband’s family did approach Samy Vellu during the early days of the Hindraf 5’s detention.

“It must have been two or three weeks after their detention, and we went to see Samy Vellu in his capacity as the leader of the Indian community,” she said.

She said they had gone to see Samy Vellu in the hope of securing Kenghadaran’s release.

Jangan bebas tahanan Hindraf – Ali Rustam

In Ali Rustam, Hindraf on March 31, 2008 at 10:07 pm

https://i0.wp.com/static.flickr.com/70/215061493_fec0b17fb7_o.jpgOleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

MELAKA 31 Mac – UMNO membantah tindakan MIC meminta kerajaan membebaskan lima anggota pertubuhan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Naib Presiden parti, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, permintaan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu membebaskan lima tahanan tersebut tidak wajar.

Beliau menegaskan, kelima-lima tahanan itu telah melakukan tindakan yang sangat bahaya sehingga mengancam keselamatan orang ramai dan negara.

“Kalau mereka tidak ditahan di bawah ISA, keadaan negara mungkin menjadi lebih teruk,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Negeri Melaka di Taman Botanikal Melaka, Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau mengulas permintaan Samy Vellu supaya kelima-lima anggota Hindraf itu dibebaskan dengan alasan pilihan raya umum telah pun berlalu dan tidak ada apa-apa peristiwa serius selepas ini.

Mohd. Ali berkata, beliau yakin jika tidak ada ISA, akan berlaku lagi perarakan lain yang boleh bertukar menjadi ganas tanpa membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat.

“Takkan kita hendak lepaskan begitu sahaja orang yang buat keganasan dan mengganggu-gugat keselamatan negara?

“Saya fikir Samy tidak sepatutnya mengutarakan permintaan itu sebaliknya beliau menyokong tindakan menahan tahanan itu,” katanya.