no2umno

Archive for April, 2008|Monthly archive page

UMNO BIMBANG PEMINDAHAN PENGARAH JAIP

In PERAK Govt on April 30, 2008 at 11:42 pm

Pendapat mereka yang arus kebiru biruan ….

‘Tindakannya langsung tidak menggambarkan konsep keadilan yang seringkali disuarakan kerana pengarah itu tidak diberikan hak untuk mempertahankan diri,’’ katanya di sini hari ini. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir

dan

‘‘Titah Sultan Perak dan Raja Muda Perak semasa Keputeraan Sultan Perak pada 13 April lalu menegaskan supaya masjid dan urusan agama adalah di bawah baginda dan meminta kerajaan Perak supaya tidak menjadikan masjid sebagai medan politik tetapi sebagai pusat penyatuan ummah.

‘‘Tindakan Menteri Besar ini jelas bertentangan dengan kenyataan beliau yang sebelum ini akan bekerjasama dengan semua pegawai kerajaan dan pernah meminta ketua-ketua kampung jangan meletakkan jawatan,’’ – Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin

dan

‘‘Pengarah JAIP bukan macam guru besar boleh ditukar ikut suka, beliau menjaga kepentingan agama Islam di negeri ini,” kata Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Bakar

dan lagi

‘Persekutuan Seruan Islam bimbang dengan situasi baru ini dan ia boleh menyebabkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu dan Islam,” kata Setiausaha Agung Persekutuan Seruan Islam Perak, Abdul Rashid.

dan yang terakhir …

‘‘Bagaimanapun, apa yang menjadi tanda tanya ialah kenapa arahan pertukaran itu dilakukan dalam tempoh 24 jam kerana ia menggambarkan sesuatu yang tidak kena dan rakyat ingin tahu apa masalah yang berlaku.

‘‘Lebih-lebih lagi ia membabitkan seorang Pengarah JAIP dan beliau turut menjadi Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dengan Raja Muda Perak menjadi Yang Dipertuanya,” – pengamal undang-undang negeri Perak, Saiful Azli Mohd. Arshad

Semua ini anda boleh baca di dalam Utusan Meloya, lidah media muntah kahak anda di atas tajuk “Pertukaran Pengarah JAIP membelakangkan Sultan”

Advertisements

SHABERY SEDANG CIPTA ALASAN HENTI SIARAN LANGSUNG

In Belit Shabery Cheek, Sidang Parlimen on April 30, 2008 at 11:29 pm

Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Andalas, M. Jochim berkata, dia dan rakan-rakan sebelum ini menjangka sidang Dewan berjalan secara profesional dengan ahli-ahli Parlimen membangkitkan pelbagai isu.

Bagaimanapun, dia mengakui terkejut melihat ahli Parlimen bertindak seperti kanak-kanak apabila menggelarkan satu sama lain dengan panggilan tertentu.

‘‘Saya menjangka persidangan ini akan berlangsung dalam suasana formal apabila ahli-ahli Parlimen mengemukakan pandangan mereka tetapi lain pula yang berlaku.

‘‘Saya tak sangka mereka saling memanggil satu sama lain dengan pelbagai panggilan, seperti budak-budak,” katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini. more – Utusanloya

No2umnO – Pelajar pun tonton, BN tambah malu …..Diatas adalah berita Utusan Meloya, kaedah tambahan untuk jelas kenapa Siaran langsung perlu dihentikan. Apa muslihat Shabery dan atas arahan siapa kah usaha tersebut di lakukan? Propaganda lagi …….. Halang usaha pembatalan ini adalah usaha tidak demokratik. Ada muslihat tersembunyi. Ketakutan dan kekalutan pemimpin negara kita. Mahu di halang sidang ganas Parlimen, belum sampai tahap membaling kerusi. Tapi di saluran lain masih banyak cerita romantik, cium ciuman lucah, serang tembakan ganas dan macam macam lagi …… Apa bezanya?

Pendapat cetek akal wak adalah …. teruskan. Sesiapa yang bertindak kurang sopan di kenakan tindakan. Yang kurang ajar di dedahkan clip tingkah laku mereka sebelum di berikan nasihat. Ini semua adalah pada kuasa Yang di Pertua Dewan. Kalau bijak, semua masalah selesai. So siapa yang sebenarnya yang bimbang?

Balkis setaraf dengan JKKK

In Balkis on April 30, 2008 at 11:21 pm

siasahdaily – Anggota Parlimen Kuala Langat, Dr Che Rosli Che Mat menyifatkan tindakan para isteri Adun Barisan Nasional (BN) di Selangor yang bernaung di bawah Balkis selama ini sama saja tarafnya dengan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Jika anggota JKKK membawa lari semua kerusi dan meja dari dewan-dewan orang ramai milik kerajaan selepas BN kalah, mereka ini membawa lari wang RM9.9 juta milik rakyat,” kata beliau kepada Siasah.

No2umno – Balkis setaraf dengan JKKK – satu tajuk yang menarik, membuatkan wak menyunting artikel ini. Ada kebenarannya …… Apa yang berlaku selepas kemenangan Pakatan Rakyat, gedowak gedowak UMNO dan BN, lari meninggalkan sarang membawa bersama harta yang kononnya milik mereka. Fail di bakar, Buku di curi, kerusi meja di angkut dan sebagainya. Balkis … sama seperti JKKK dan tidak lupa pada GURU SEKOLAH KEMAS. Mentaliti UMNO, kalau bukan mereka, tiada hak untuk bantu rakyat. Mana diorang sekolah? Sesiapa boleh tolong jelaskan …..?

MANA KAWAN … YAHUDI ATAU IRAN?

In Belit BN Belit UMNO on April 30, 2008 at 11:14 pm

Syed Hamid said the government does not consider the visit by Chelsea’s Israelis’ as a threat, stressing that the issue should not be politicized.

Some Malaysian Muslim activists have warned they might stage demonstrations if the government allows the visit.

“We have not recognized Israel (diplomatically) as it does not fulfill its international obligations,” Syed Hamid was quoted as saying by Bernama. “But in sports, we can allow their athletes in. I’m a Chelsea supporter too.”

Malaysia allowed Israel to play in an international cricket tournament in 1997, but it led to demonstrations by Muslim groups. – Sinchew

No2umnO – Pendirian Kerajaan BN terhadap YAHUDI memang tak tegas atau mereka sebenarnya menyokong? Sedangkan Iran yang hanya datang untuk mengunjungi pameran senjata pun dihalang. Nah ….. kalian pikirkan, dimanakah logiknya semua ini? Adakah Malaysia dikuasai Barat sehingga Barat dan Yahudi mampu menjinakkan naga naga di negara kita atau sememangnya masih ramai anjing anjing yang berkeliaran menggantungkan lesen yahudi dileher masing masing tapi masih melolong lolong kononnya mereka pemimpin Islam.

Opposition Flexes Muscles As Malaysia Parliament Descends Into Chaos, Insults And Jeers

In Sidang Parlimen on April 30, 2008 at 11:11 pm

mysinchew – (AP)Malaysia’s resurgent opposition flexed its newfound muscles Wednesday (20 Apr), disrupting Parliament’s first business session with noisy arguments as lawmakers from both sides traded insults and jeers.

The record 82 opposition lawmakers who were elected to the 222-member Parliament in the March 8 elections shouted down, in one voice, ruling National Front coalition lawmakers in an argument over a technicality.

Karpal Singh, from the opposition Democratic Action Party, called National Front member Bung Mokhtar Radin a “Bigfoot,” who retaliated by calling Singh a “Big Monkey.”

“This is not meant to be a shouting match!” yelled Speaker Pandikan Amin Mulia, trying to calm the screaming rival partisans who rose up to vociferously support Singh or Bung Mokhtar.

The chaotic scenes were shown live on national television, the first time proceedings are being broadcast, albeit only the first 30 minutes every day.

The scenes looked more like the often-rambunctious parliament sessions of India or Taiwan rather than the sedate meetings that Malaysia has been used to for the last 51 years. more…

Iran Says It Was Willing To Remove Exhibits That Got It Barred From Malaysia Defense Show

In Belit Najib, Iran on April 30, 2008 at 11:09 pm

mysinchew – Iran was willing to remove weapons exhibits that got it kicked out of an international defense exhibition here but was not given the opportunity to do so, the embassy said Wednesday (30 Apr).

Malaysia told Iran on April 22 to leave the Defense Services Asia show after it displayed missiles, missile systems and other equipment that contravened United Nations resolutions banning Iranian arms exports.

In a statement received Wednesday, the Iranian Embassy said Iran was barred from last week’s defense show, billed as one of the largest in Asia, because of “a misunderstanding.”

“After objection raised by the exhibition organizer, the Iranian delegation decided to fulfill the Malaysian demands,” the statement said. “But regretfully, the decision has been already made and the organizer insisted on the closure of the Iranian stands as the only solution and option to end the case.”

The statement said the displays had been “a scale model of the productions” of Iran, only used for presentation.

Malaysian officials could not immediately be reached for comment, but Deputy Prime Minister Najib Razak said last Thursday (24 Apr) that Malaysia had no other option but to tell Iran to leave because of its exhibits. Najib is also defense minister. more…

Shabeery Cheek Menteri Wayang Pacak

In Belit Shabery Cheek, Sidang Parlimen on April 30, 2008 at 11:04 pm

msomelayu – Khabarnya Saheery sedih dan kesal apa yang berlaku dengan siaran langsung berkenaan. Apa yang beliau sedih kerana pembangkang telah mengambil kesempatan dengan siaran langsung berkenaan untuk political mealage. Memanglah perkara itu tidak dapat dielakkan. Orang politik akan berpolitik di mana saja tidak kira di dalam tempayang atau pun dalam kadang kambing.

Tidak salah! Tok Guru sendiri mengatakan masjid adalah tempat paling sesuai untuk berpolitik, berdakwah dan menyebarkan risalah Islam. Cuma Khir Toyo saja tutup dan kunci masjid dan surau daripada digunakan untuk berpolitik.

Apabila Shabeery telah membuka RTM untuk orang politik (Ahli Parlimen) maka bodohlah mereka kalau tidak menangguk di air keruh, eksploitasikan siaran langsung berkenaan untuk faedah mereka kerana ianya diikuti oleh jutaan penonton. Khabarnya setakat Shabeery jadi menteri pentonton RTM berlipat ganda hampir menewaskan pentonton TV3? more….

ADAKAH ROYALTI PUNCA HENTI SIARAN LANGSUNG SIDANG PARLIMEN?

In Belit Shabery Cheek on April 30, 2008 at 10:52 pm

Royalti: Speaker tolak usul pembangkang
Dalam usulnya Salahuddin berkata, meskipun kerajaan negeri Terengganu kini diperintah Umno/BN, namun PAS tampil untuk membela hak rakyat Terengganu yang dinafikan sejak tahun 1999 sewaktu PAS memerintah negeri itu.

Menurut Salahuddin, rakyat dan kerajaan Terengganu berhak mendapat royalti itu memandangkan banyak perkara yang dirancang untuk dibangunkan.

Sewaktu PAS memerintah kerajaan negeri pada tahun 1999, hak itu dinafikan sebaliknya kerajaan BN ketika itu menggantikan royalti kepada wang ihsan yang lebih bersifat politik, katanya.

Justeru kata beliau, hak tersebut perlu dikembalikan segera bagi membolehkan rakyat hidup dengan pembangunan yang dirancang dan membawa manfaat kepada semua peringkat.

Salahuddin yang berang dengan penolakan usul berkenaan, secara bersopan bangun bagi mempertikai dan menyatakan beliau mendapat sokongan lebih 15 ahli dewan untuk memastikan usul itu boleh dibahaskan.

Namun slepas Salahuddin meminta ahli dewan bangun menyokong usul itu, Speker masih menolak, dan ketika itu Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena) bingkas bangun untuk mendesak peruntukan perkara 18 (3) bahawa jika ada 15 ahli dewan yang bangun menyokong usul, usul itu boleh dibahaskan atas budi bicara Speker Dewan Rakyat. – Kelantankini

No2umnO – Berat rasa hati mengatakan ini lah punca Kenapa ada usaha untuk menghentikan siaran secara langsung persidangan Parlimen. Namun alasan lain di berikan agar, ia nya kelihatan bagaikan kerajaan tidak bimbang dengan isu, tetapi kerana sikap Ahli Parlimen yang bercakaran …. Apa pendapat anda, anda cadangan lain?

Kos siaran langsung Parlimen RM1juta Penipu..

In Belit Shabery Cheek on April 30, 2008 at 10:46 pm

atranungkite – (…) RTM melalui menteri barunya yang juga seorang penentang kerajaan satu ketika dahulu, telah membangkitkan isu kos, baru baru ini. RM1 juta setiap kali siaran langsung dibuat. Bermakna jika sebulan bersidang, duit pembayar cukai sebanyak RM30juta disalurkan untuk kos penyiaran persidangan Parlimen, yang belum tentu boleh memberikan kita kepuasan, kerana ruang masanya yang sangat terhad, selama sejam.

Gua faham, apabila mereka membangkitkan mengenai airtime dan juga kos penyiaran. RTM memberi alasan mereka perlu menukar segala peralatan bagi memastikan mutu siaran langsung adalah yang terbaik, walaupun mutu siaran RTM selama ini adalah tidak langsung baik.

Kos ODB van (van putih besar yang berfungsi sebagai studio ketika siaran langsung di luar) boleh dibuang dengan cara RTM set up satu mini studio yang berbentuk kekal, di bangunan Parlimen. Mengapa di PWTC boleh semasa bebal-bebal UMNO sedang meracau? Tuan menteri penerangan, jangan kena tipu dengan kos-kos ini semua. Belajar lah sikit dulu tentang penyiaran sebelum menjadi menteri penerangan.

Keduanya, kos air time. Memang wujud, tapi salurannya sekarang ialah RTM (baca: tv kerajaan). Dan waktunya pula ialah jam 10 pagi. Masa tu, mak gua aje yang tinggal kat rumah dengan anak gua. Orang semua pegi kerja, bebudak pegi sekolah. Kalau orang tengok pun, mereka yang di tempat kerja.

Mulalah lepas ni RTM nak berlagak dengan rating siaran Parlimen mereka, kalau lu tak percaya tunggu sehari dua lagi. Jadi kos airtime itu sangat tidak logik. Dan syarikat kopi tongkat ali yang mana sanggup beli airtime sejam waktu pagi? Siaran langsung pulak tu.

Ketiganya, kos kakitangan. Setahu gua para pekerja RTM adalah sebahagian daripada kakitangan kerajaan di bawah Kementerian Penerangan. Gaji mereka dibayar oleh kerajaan. Memang wujud kos tambahan untuk kerja di luar terutama siaran langsung. Serta memang satu kegemaran RTM untuk membuat kerja luar. Drama di tengah sawah contohnya, boleh shoot di Tanjung Karang, tapi mereka akan ke Pendang supaya dapat claim lebih. Itu contoh.more….

Pengerusi Maju Perak Berhad letak jawatan

In PERAK Govt on April 30, 2008 at 2:37 pm

bharian – Pengerusi Maju Perak Berhad, Datuk Nadzri Ismail mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa hari ini.

Nazri, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manjoi, berkata, beliau membuat keputusan itu disebabkan soal prinsip kerana pelantikannya dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Surat peletakan jawatannya itu dihantar kepada lembaga pengarah syarikat hari ini.

“Saya berharap siapa saja yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat Perak, beliau akan meneruskan wawasan meningkat ekonomi orang Melayu di negeri ini,” katanya.

Beliau menjawat jawatan itu selama empat tahun.

No2umnO – Alhamdulillah, Masih ada yang GENTLEMAN …..