no2umno

Archive for April 3rd, 2008|Daily archive page

TOPIK PANAS PAGI JUMAAT

In Artis Hadhari on April 3, 2008 at 11:46 pm

Scroll ke bawah dan klip video disediakan ….. (Topik berikutnya)
dipetik: alalalan.com

Anda masih mempunyai peluang lagi ….
A Nite With… Anuar Zain yang akan berlangsung 2 Mei ini di Dewan Perdana Felda dibawakan oleh D’Mega Event & Ent Sdn. Bhd. dengan tema glamorous.

Dan jangan terperanjat jika melihat harga-harga tiket yang dijual. Semuanya berharga antara RM300, RM350, RM400 dan RM650. Tiket mahal? Kalau nak enjoy, kenalah melabur sikit kan. Dan inilah masanya kita menyokong pula artis tempatan kita. Dah banyak benar sejak akhir-akhir ini show dan konsert artis luar negara dan artis kita terpaksa berkongsi pentas bersama mereka. – Utusan Meloya

4 saat, 350 kali caj?

In Handphone on April 3, 2008 at 10:41 pm


ZAINAL ABIDIN menunjukkan senarai bil telefon bimbitnya menerusi rekod yang disimpan dalam komputer di Kuantan semalam.

Kosmo
KUANTAN – Dalam tempoh empat saat sahaja, 350 kali caj dikenakan.

Penyata dalam bil terperinci telefon bimbit sedemikian menyebabkan seorang peniaga, Zainal Abidin Shamsudin, 47, gelabah tidak tentu pasal kerana menanggung tunggakan bil sebanyak RM4,402.61.

Menurutnya, bil tersebut tidak masuk akal kerana dalam tempoh sesingkat empat saat, sebanyak 350 caj dikenakan antara 30 sen hingga RM10.10 dan dalam setiap saat caj dikenakan berpuluh-puluh kali.

“Biasanya saya dikenakan caj RM70 hingga RM130 sebulan sebelum kejadian ini,” katanya kepada Kosmo! selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kuantan semalam.

Beliau berkata, masalah tersebut telah dirujuk kepada pejabat syarikat telekomunikasi itu bagi wilayah Timur tetapi sehingga kini tiada penyelesaian, malah tunggakan terus dimasukkan dalam bilnya sejak empat bulan lalu. more…

Jalil Ngah telah kembali ke Rahmatullah (abg Manan Ngah)

In Jalil Ngah on April 3, 2008 at 10:14 pm

Murai
KUALA LUMPUR, 19 MAC 2008:
Sejak kebelakangan ini, ramai orang-orang seni kita berkarisma pergi menyahut seruan Ilahi. Tidak terkecuali pengarah konsert, pereka set dan krew teknikal yang sangat dikenali di dalam dan luar negara iaitu Abd Jalil Ngah, 51.

Abang kepada komposer Manan Ngah ini menghembuskan nafas terakhirnya di bilik operasi pembedahan Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 6.30 pagi semalam (Selasa) iaitu setengah jam sebelum pembedahan bypass dilakukan. Pembedahan itu perlu dilakukan selepas doktor mengesahkan bahawa arwah mempunyai 3 pembuluh darah yang tersumbat di jantungnya selepas seminggu dimasukkan ke pusat perubatan tersebut. more…

No2umnO Mungkin agak terlewat, tetapi wak nak mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Terkemudian tapi wak nak seranaikan berita ini didalam blog wak kerana wak pernah kenali beliau satu ketika dulu ….

ANDA NILAIKAN

In Artis Hadhari on April 3, 2008 at 10:08 pm

No2umnO – Aku tak nak komen apa apa tau ……

FILEM AKHIRAT MEMPERSENDA AGAMA

In Filem Malaysia on April 3, 2008 at 9:47 pm

ustaznasrudin-tantawi.
Saat ummat Islam seluruh dunia bangkit membantah dan melahirkan kemarahan mereka terhadap kebiadaban seorang ahli Parlimen Belanda Geert Wilders yang telah menyiarkan sebuah filem berjudul FITNA , ( dengan maksud menghina dan memfitnah agama Islam dan ummatnya.) , negara kita gempar dengan penayangan filem AKHIRAT yang tidak kurang hebat agenda penghinaan dan persendaan terhadap agama Islam .

Filem Akhirat adalah sebuah filem Malaysia yang bukan sahaja melepasi Lembaga Penapisan Filem Malaysia tetapi juga mendapat tempat selesa di pawagam . Sedang ia adalah sebuah filem yang jijik dan hina berbanding judul filemnya “AKHIRAT” .

Kebelakangan ini , negara kita cenderung menghasilkan filem yang diberi judul berbaur agama. Kononnya untuk melahirkan kesedaran dan keinsafan di akhir cerita buat penontonnya. Namun realiti filem tersebut hanyalah lebih menonjolkan adegan – adegan panas berbanding cerita atau dialog yang boleh menimbulkan keinsafan.

Insyaallah , Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengkaji secara lebih mendalam perkara ini dan satu memorundum berkait dengan perkara ini akan dikemukakan kepada Kementerian Penerangan. Harapan kita , melalui Menteri Penerangan baru yang dikatakan mempunyai sedikit latar belakang pengajian agama akan mengambil langkah wajar bagi menangani isu ini.

Perubahan Dasar

Perubahan landskap politik tanahair akibat dilanda gelombang tsunami politik tempohari mestilah dipastikan agar ia turut menjangkau perubahan dasar dan prinsip pentadbiran negara .

Menanti dan menunggu pemimpin UMNO dan BN menginsafi perkara ini , saya rasakan ia terlalu lambat malah masih ada yang kebelakang . Maka Pemuda PAS insyaallah akan mengambil langkah proaktif untuk memastikan arus perubahan politik negara hari ini turut mendesak berlakunya perubahan dalam pentadbiran dan pemerintahan .

Mesyuarat DPPP akan datang , insyaallah akan turut memikirkan bagaimana tindakan dan langkah yang akan diambil bagi menangani isu seperti ini demi memelihara masa depan ummah agar tidak dicemari pemikiran mereka , tidak dimusnahkan peribadi mereka dan tidak juga diselewengkan aqidah mereka melalui filem dan aktiviti propaganda hiburan yang lain .

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

Rujuk juga
filem akhirat, sinopsis filem akhirat, ulasan filem akhirat …
Kementerian Penerangan Malaysia – Filem “Akhirat” Bertemakan Kisah
KOMEN FILEM AKHIRAT

Umno berada dalam ‘zon bahaya’ – Muhyiddin

In Umno talkin on April 3, 2008 at 4:23 pm

(…)Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno kini berada dalam ‘zon bahaya’ dan perlu dipulihkan segera bagi mengembalikan keyakinan rakyat.

Beliau juga mahu semua pihak hentikan sebarang spekulasi kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan meletak jawatan kerana ia tidak membawa sebarang faedah kepada negara.

“Sebarang spekulasi berhubung kedudukan kepimpinan negara akan memberikan kesan negatif kepada kemasukan pelabur asing dan situasi itu juga tidak akan menguntungkan rakyat.

Muhyiddin mahu spekulasi sedemikian perlu dihentikan segera kerana ia tidak membawa sebarang keuntungan kepada rakyat dan negara.

Menurutnya lagi, spekulasi tersebut secara tidak langsung boleh mengancam kestabilan negara.

“Ketidaktentuan dalam arena politik di mana-mana negara sekalipun yang disebabkan oleh spekulasi seperti ini tidak membawa keuntungan malah merugikan rakyat. Itu yang perlu kita elakkan,” kata Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. more…

Mahkamah tolak saman pemula Dun Sanglang

In Perlis PRU12 on April 3, 2008 at 4:16 pm

Harakahdaily
(…)Selain itu katanya, mahkamah mengarahkan plaintif memfailkan petisyen pilihan raya dan mahkamah akan menyediakan penghakiman.

“Kami telah berhujah panjang tadi tapi mahkamah tidak mahu mendengar merit tentang kes ini dan sebaliknya kata mereka, menurut perlembagaan negara, kes ini perlu difailkan petisyen pilihan raya,”jelasnya.

Bagaimanapun menurut Mohamed Hanifa, dalam penghujahan yang dibuat, pihak peguam plaintif membangkitkan sekiranya difailkan petisyen pilihan raya, mahkamah akan mengisytiharkan pilihan raya perlu dibuat semula sedangkan yang berlaku hanya kesilapan sahaja.

“Kami beranggapan yang berlaku hanyalah “human error”. Hujah kita tadi, keputusan pilihan raya belum digazet dan belum muktamad jadi kes ini boleh dibicarakan. Tapi mahkamah tidak menerimanya.

“Jika difailkan petisyen dan diarahkan mengadakan pilihan raya semula, ini seolah-olah SPR tidak menghormati keputusan rakyat yang memilih Ustaz Hashim sedangkan yang berlaku itu hanyalah satu kesilapan,” jelasnya. more…

Musnahkan sistem kerajaan, Mahathir perlu dibicarakan

In Belit Mahathir on April 3, 2008 at 4:13 pm


(…) Ezam, dalam kenyataannya berkata pendedahan UN Special Rapporteur, Dato’ Param Cumaraswamy di dalam akhbar The Star, hari ini jelas menunjukkan bagaimana Tun Mahathir terlibat dalam memusnahkan sistem kerajaan di Malaysia.

Katanya, biarpun hampir keseluruhan rakyat sebulat suara bersetuju bahawa sistem kerajaan telah dicemari dengan amalan rasuah, berdasarkan keputusan pilihan raya umum lalu, kesalahan amalan rasuah ini tidak boleh diletakkan ke atas PM, Abdullah Ahmad Badawi semata-mata .

“Ini kerana, kelemahan yang berlaku di bawah pentadbiran beliau (Abdullah) bukan terjadi dalam masa semalaman, tetapi diwarisi dari pentadbir sebelumnya. Sehubungan itu, Tun Mahathir sewajarnya disalahkan ke atas krisis yang berlaku dalam bidang penghakiman, polis dan BPR,” tegas beliau.

Malah, tambah Ezam adalah tidak menghairankan badan seperti BPR bertindak tidak relevan sebaliknya menjadi ‘kedai dobi’ untuk pengamal rasuah membersihkan nama mereka.

Oleh itu, tegas beliau Gerak sebagai badan bukan profit dan NGO anti korupsi yang prihatin terhadap kesejahteraan rakyat Malaysia menyokong penuh kenyataan Param untuk menyiasat dakwaan terhadap Tun Mahathir. more…

AMANAT DOLLAH AHAD INI

In Dollah Hadhari on April 3, 2008 at 4:08 pm


PUTRAJAYA 2 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyampaikan amanat kepada kepimpinan bahagian dari seluruh negara pada Majlis Penerangan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Ahad ini.

Ia merupakan pertemuan tertutup pertama Perdana Menteri dengan kepimpinan akar umbi parti selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini mengesahkan program tersebut antara lain akan membincangkan tentang hala tuju parti dalam tempoh lima tahun ini.

‘‘Kita sedang menyusun senarai jemputan, buat masa ini saya tidak dapat mengulas lanjut kerana persediaan sedang diatur untuk menjayakan majlis ini,” katanya di sini.

Seminggu lalu, Abdullah mengadakan pertemuan dengan para perwakilan badan perhubungan UMNO negeri-negeri yang antara lain mahukan mereka berusaha memulihkan kembali sokongan rakyat kepada parti selepas pencapaian merosot Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum baru-baru ini.

Abdullah juga pada pertemuan itu mahu wakil rakyat UMNO dan kepimpinan parti meliputi peringkat cawangan dan bahagian turun padang lebih kerap untuk meneliti dan menyelesaikan masalah rakyat.
BN yang ditunjangi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-12 menerima tamparan teruk apabila buat pertama kali sejak gabungan yang ditubuhkan pada 1974 dari Perikatan gagal memperoleh majoriti dua pertiga.
Parti pemerintah itu hanya kurang lapan kerusi daripada 148 kerusi Parlimen yang diperlukan untuk membentuk kerajaan yang selesa.

Selain gagal meraih dua pertiga, BN turun kehilangan Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah, gagal merampas kembali Kelantan dari Pas serta hanya memperoleh satu kerusi daripada 11 kerusi Parlimen yang ditandingi di Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, sumber parti memberitahu, Abdullah akan ke Sarawak Jumaat ini sebelum menemui kepimpinan BN Sabah pada Isnin. — utusan.com.my

Dr M sekat BPR bongkar rasuah

In Belit Mahathir on April 3, 2008 at 4:04 pm

param cumaraswamymalaysiakini.com
(…) “Dr Mahathir juga harus dipersalahkan atas krisis yang muncul kini dalam badan kehakiman, polis dan BPR,” katanya, “dan jika kita sebagai satu bangsa mahu maju lagi, kita mesti membetulkan kecacatan dalam sistem bernegara dengan membongkar akar umbi permasalahan dan membanterasnya depan-depan.”

Menurut Param, seperti kenyataannya yang diedarkan kepada media semalam, sebahagian keterangan yang beliau maksudkan seperti berikut:

Peguam bela: Adakah Datuk menggeledah pejabat ketua pengarah EPU di JPM?
Saksi (Shafee): Ada

Peguam
: Ada sesiapa yang meminta anda menutup kes itu?
Saksi: Ya, perdana menteri (Dr Mahathir).

Peguam: Ceritakan keadaan yang menyebabkan perdana menteri meminta anda menutup siasatan itu.
Saksi: Ya, saya dimarah, “beraninya anda menyerbu pejabat pegawai kanan saya?” Saya terperanjat dan menjawab “ia dibuat berdasarkan satu aduan pihak yang terlibat.”

Saya menjalankan tugas seperti diperuntukkan undang-undang. Beliau (Dr Mahathir) menuduh saya cuba memerangkap bekas ketua pengarah EPU.

Saya menjawab, tidak benar sama sekali kerana salah di sisi undang-undang memerangkap seseorang. Sebagai seorang Islam, berdosa besar mengenakan orang lain.

Beliau bertanya saya “apakah Anwar menyuruh anda menggelidah pejabat itu?” Saya jawab “tidak”.
More…