no2umno

Gaji pekerja Felda di bawah paras kemiskinan

In Felda on April 6, 2008 at 1:59 pm


Kerani Felda
harakahdaily – Akhir-akhir ini, kejayaan Felda dalam meningkatkan taraf hidup sebahagian rakyat sering digembar-gemburkan. Tetapi sedarkah para pembaca sekalian bahawa ada kalangan pekerja-pekerja Felda yang seakan-akan dianaktirikan?

Sebagai contoh, gaji kakitangan bukan eksekutif seperti penyelia dan kerani berada di bawah paras kemiskinan, dengan gaji pokok RM700 sebulan tanpa elaun seperti Cola dan perumahan.

Nama Felda kononnya ke taraf global tetapi rakyat tidak tahu penderitaan kakitangan bawahannya. Malah kakitangan syarikat Felda terpaksa tinggal di kawasan pedalaman.

Sebenarnya pendapatan Felda banyak. Sebagai contoh, salah sebuah anak syarikat Felda iaitu Felda Plantations Sdn Bhd memperolehi keuntungan lebih RM1 bilion pada 2007 kerana harga komoditi sawit melebihi RM600 setan.

Bagaimanapun kakitangan Felda Plantations adalah di antara yang tersikit mendapat bonus tahunan. Tahun lepas ada kakitangan yang dapat hanya sebulan sahaja. Sedangkan syarikat lain walaupun punyai keluasan ladang 6,000 ekar mampu membayar bonus yang lebih tinggi.

Wang kumpulan Felda telah dibelanjakan secara boros sejak Felda diletakkan di bawah penguasaan politik, iaitu di bawah Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak. Pengerusi Felda kini ialah Tan Sri Dr Yusof Noor manakala Pengarah Urusan Felda Holding ialah Dato’ Mohamad Bakke Salleh yang baru dua tahun dilantik.

Penindasan paling terkini adalah kadar kenaikan gaji tahunan pada Januari 2008. Ada kakitangan yang hanya dinaikkan gaji sebanyak RM40 sedangkan pegawai atasan yang bergaji melebihi RM10,000 menerima kenaikan gaji pelarasan sehingga 25 peratus.

Untuk makluman, gaji penyelia dan kerani di semua anak syarikat Felda seperti Felda Plantations, Felda Agricultural, Felda Technoplant dan lain-lain adalah di bawah paras kemiskinan iaitu RM700 sebulan, sedangkan gaji pekerja asing daripada Indonesia dan Bangladesh telah dinaikkan sehingga ada yang melebihi RM1,000 sebulan. more …

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: