no2umno

Archive for April 26th, 2008|Daily archive page

Rintihan kontraktor kecil Melayu

In Harakah on April 26, 2008 at 10:47 pm

harakahdaily – Apabila keputusan pilihan raya umum (PRU) diumumkan, barulah saya sedar betapa pihak yang diberi amanah mentadbir terlepas pandang dalam banyak isu membabitkan rakyat bawahan. Jadi tidaklah hairan kenapa berlaku tsunami politik 8 Mac lalu.

Secara jujur saya akui dapat menikmati hasil dari dasar perancangan kerajaan. Semua dasar yang digubal seperti DEB adalah baik. Namun perlaksanaan di peringkat bawahan tidak langsung diberi perhatian yang wajar dan adil.

Sejak kematian ayah, saya terpaksa membantu ibu menyara adik-adik. Sebab kurang minat bekerja makan gaji, saya berusaha mengikuti pelbagai kursus yang dianjurkan kementerian berkaitan.

Kemudian saya mohon pinjaman dari skim TEKUN sebagai modal tambahan. Kini saya dapat ruang berniaga di Putrajaya. Malangnya pelanggan masih lembab. Akibatnya, untuk balik modal pusingan bagi membayar semula pinjaman serta sewa pun belum tentu. Saya lantas berusaha memohon tender kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan. Tapi bila melihat syarat-syarat tender, amat mengecewakan.

Syarat-syarat tender amat memihak kepada mereka yang telah kukuh dari segi kewangan serta peralatan. Lebih menyakitkan hati adalah syarat pengalaman dua tahun, atau modal pusingan berpuluh ribu. Jadi kenapa adakan kursus dan skim bantuan, kemudian meletakan syarat yang tidak munasabah.

Jika saya tidak diberi peluang, sampai bila nak dapat pengalaman? Kenapa peluang tidak diberi sama rata. Jadi mana peluang bagi yang baru menceburi usaha? Sepatutnya, sayalah yang diberi peluang.

Saya akan usahakan juga sedaya upaya untuk mendapatkan tender. Jika sikap pentadbir masih sama, saya dan rakan senasib yang lain akan mencipta tsunami politik kedua.

Begini sekali rupanya keluhan rakyat. Siapa yang hendak disalahkan? Alangkah sedihnya bila kegemilangan yang dibina oleh Almarhum Tun Abdul Razak dan Tun Hussin Onn bakal lenyap ditelan zaman.

Semoga Allah mengutuskan kita pemimpin berwibawa seperti mereka.

ALAHAI …. PANDAINYA NAJIB CAKAP

In Belit Najib on April 26, 2008 at 10:34 pm

Gejala rasuah jejas integriti bola sepak

Bharian – Datuk Seri Najib Razak berkata, gejala rasuah yang berlaku dalam sukan bola sepak di Malaysia bukan saja menjejaskan integriti sukan paling popular itu, malah hasrat kerajaan untuk memajukan taraf sukan berkenaan.

Gejala rasuah itu, kata Timbalan Perdana Menteri menyebabkan penonton semakin hilang keyakinan terhadap sukan bola sepak.

Beliau mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengambil tindakan sewajarnya menangani isu itu. more…

No2umnO – Geli geleman tengkuk membawa ke anak tekak, bila Najib bercakap tentang rasuah ….

Balkis diminta ditarik balik pembubaran

In Balkis, Belit Khir Toyo on April 26, 2008 at 10:31 pm

Bharian – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semalam meminta pembubaran Pertubuhan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) segera ditarik balik kerana ia dibubarkan tanpa perbincangan dengan beberapa pihak dan ahli badan amal itu.

Katanya, kepemimpinan Balkis yang ketika itu diketuai isteri bekas Menteri Besar, Datin Seri Zahrah Kechik boleh dikenakan tindakan jika beliau gagal berbuat demikian.

“Saya berharap pembubaran itu ditarik balik dan jika berdegil, tindakan boleh diambil terhadap mereka oleh ahli Balkis atau penderma yang selama ini setia dengan Balkis.

“Kaedah pembubaran itu tidak mengikut tatasusila pertubuhan dan ia pasti akan mencetuskan persoalan di kalangan ahlinya yang selama ini tidak melihat sebarang masalah timbul dalam pertubuhan,” katanya pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini.

Mengenai tindakan Zahrah memindahkan aset Balkis bernilai RM9.9 juta ke dalam akaun Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti), Abdul Khalid berkata, ia dilakukan tanpa mengikut undang-undang.

Katanya, Majlis Peguam menerangkan tindakan Zahrah itu salah di sisi undang-undang dan ia boleh disabitkan dengan ‘pecah amanah’.

Pengusaha teksi seleweng 3,000 permit

In Belit BN on April 26, 2008 at 10:29 pm

Bharian – Lebih 20 syarikat pengusaha teksi di Lembah Klang di kenal pasti menyelewengkan kira-kira 3,000 permit yang mereka peroleh sejak 1999 dengan ‘menyewakannya’ kepada orang lain pada kadar antara RM300 hingga RM500 sebulan bagi setiap permit.

Malah, ada di antara pengusaha teksi terbabit yang menggunakan sistem sewa beli dengan mengenakan bayaran antara RM30 hingga RM50 sehari kepada pemandu.

Ketika mendedahkan kegiatan itu, Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia, Yusof Lahir, berkata bagi mengabui mata Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), mereka akan memperbaharui permit teksi berkenaan setiap tahun.

Katanya, ada pengusaha teksi yang memperoleh 500 permit tetapi hanya mempunyai 250 teksi, sedangkan mereka sepatutnya ada 500 teksi kerana setiap permit dikeluarkan untuk satu teksi.more…

No2umnO – Lambat……..

Do you really trust Keris-Man or Desperate Housewife?

In Balkis, Belit Khir Toyo, Belit Sam on April 26, 2008 at 9:36 pm

theSun 10 million siphonedstocktube – oday is an interesting day if you read the local pro-government newspaper theStar. I can’t remember when was the last time I paid for the hardcopy, not that I can’t afford it but because it’s not worth paying for the bulks of advertisements. I read the electronic copy which is free and I think it’s sufficient if what you need is to browse through major news. There’re two major news that attracted me, not so much of the contents because I’ve read it from other sources that had reported it earlier and theStar was merely repeated what was published, but the way how both news were prioritized.

Another English newspaper, theSun, reported on Friday how Zaharah Kechik, the wife of former theSun 10 million siphonedSelangor Chief Minister Khir Toyo, plotting to dissolve a welfare body and remove almost RM10 million from its bank accounts after her husband lost power to rule the most developed state. I was wondering if theSun didn’t expose the news on Friday, would theStar dare to publish the news the following day, Saturday. Now, the new Selangor government is seeking legal advice on the issue. more…

Cendol span Kemaman

In Berita on April 26, 2008 at 9:32 pm


kosmo – Rasanya macam cendol tetapi awas ia sebenarnya span yang biasanya digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk.

Itu taktik terbaru segelintir peniaga air cendol di negeri ini yang dipercayai berbuat demikian kerana mahu menjimatkan kos perniagaan mereka.

Imej: MAT DAUD menunjukkan cendol tiruan yang diperbuat daripada span di Kemaman semalam.

Penggunaan ‘cendol palsu’ itu didedahkan seorang pekerja di sebuah kedai, Mat Daud Ariffin, 39, yang membeli lapan cawan cendol daripada seorang peniaga di sebuah gerai di sini, Khamis lalu.

Ujarnya, ketika itu kesemua cendol yang berharga RM1 setiap cawan, dibahagikan kepada rakan-rakan sekerja yang sedang berehat untuk makan tengah hari.

“Sedang asyik menikmati air cendol, tiba-tiba seorang rakan saya menyemburkan cendol yang diminumnya kerana merasa ada sesuatu yang tak kena.

“Selepas itu saya sendiri rasa lain macam dan meluahkan cendol yang ada dalam mulut ke tanah,” katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Selepas meneliti bahan yang terkandung di dalam cawan itu mereka dapati ia adalah span yang dihiris halus menyerupai cendol.

Cabul: Polis siasat CCTV hotel, saksi baru

In Raba punggong on April 26, 2008 at 9:28 pm

kosmo – Selepas memanggil seorang bekas menteri yang didakwa terlibat dengan kes cabul seorang penyelia wanita kelmarin, siasatan polis kini tertumpu pada kandungan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mad berkata, siasatan terhadap CCTV itu sebahagian prosedur biasa bagi mengukuhkan laporan siasatan terhadap kes terbabit.

“Siasatan terhadap rakaman CCTV itu merupakan sebahagian daripada proses untuk melengkapkan siasatan yang dijalankan pada kes itu,” katanya di sini semalam.

Menurut Abdul Samah, selain meneliti rakaman CCTV tersebut, polis juga akan mengambil keterangan beberapa orang lagi saksi yang mungkin boleh membantu siasatan.

Kes raba: Saya akan putuskan seadil mungkin, kata Peguam Negara

In Gani 4 Tahil on April 26, 2008 at 3:49 pm

kelantankini – PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memberi jaminan akan membuat keputusan seadil-adilnya berhubung siasatan terhadap seorang bekas menteri bergelar ‘Datuk Seri’ yang didakwa mencabul kehormatan seorang pelayan hotel, minggu lalu.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya perlu memberi ruang kepada polis menyelesaikan siasatan terlebih dahulu termasuk proses merekodkan keterangan bekas menteri berkenaan dan juga wanita terbabit.

Ditanya sama ada wanita itu telah menggunakan prosedur yang betul ketika menarik balik tuduhan dengan membuat Akuan Berkanun menerusi peguamnya, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Abdul Gani enggan mengulas mengenainya.

”Saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut, saya perlu meneliti dahulu kertas siasatan polis sebelum membuat sebarang keputusan,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.

Abdul Gani menyatakan demikian ketika ditanya perkembangan kes tersebut selepas bekas menteri Kabinet itu dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini. more…

No2umnO – Gani 4tahil ……. Hmmmm…susah nak caya nihhh… Bukan tak boleh, tapi tak pernah caya pun.

Dakwat kekal: Beza Nepal-M’sia

In Ilmu on April 26, 2008 at 3:42 pm

nepal election indelible ink 230408 casting voteMESTI BACA !!!
malaysiakini – Tanggal 10 April 2008 mencatat sejarah buat rakyat Nepal apabila mereka mengundi untuk memilih wakil rakyat dalam pilihanraya Dewan Perwakilan Rakyat yang pertama di negara itu.

Sehingga kini, Parti Komunis Nepal berfahaman Maoisme masih mendahului keputusan pilihanraya di seluruh Nepal, meninggalkan Parti Kongres Nepal, Parti Komunis Nepal berfahaman Marxisme-Leninisme dan parti-parti lain di belakang.

nepal election indelible ink 230408 casting voteKeputusan rasmi pilihanraya ini akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Nepal dalam jangka masa terdekat.

Saya bersama beberapa rakan dari Malaysia mewakili Institut Nasional Untuk Integriti Pilihanraya menyertai delegasi Asian Network for Free Election (ANFREL) seramai 100 orang dari 27 negara untuk memantau perjalanan pilihanraya yang bersejarah itu. more…

Majlis Ku Li Di Subang Villa Di Sebotaj?

In Tengku Razaleigh on April 26, 2008 at 3:36 pm

tengku razaleighmsomelayu – HAMPIR 1,000 orang hadir pada majlis penerangan berhubung isu semasa dalam Umno yang dihadiri Tengku Razaleigh Hamzah yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Subang Jaya petang ini walaupun ianya dikatakan disebotaj.

Ketua Umno Cawangan dan Ketua Wanita Bahagian Subang dikatakan telah dibawa keluar dari Selangor untuk mengelakkan daripada menghadiri majlis berkenaan.

Ketua-Ketua cawangan Umno dibawa ke Sarawak manakala Ketua Wanita ke Melaka.

Ketua Penerangan Umno Malaysia, Muhammad Muhd Taib yang juga Ketua Bahagian berkenaan diudang bagaimana tidak hadir.

Ketidakhadiran Muhammad itu dianggap kurang bijak kerana beliau sepatutnya mengambil peluang menjelaskan perkembangan di dalam Umno dan berhadapan dengan ahli dan penyokong peringkat bawah. more…