no2umno

Jika Anwar terbunuh, wujud Mageran dan rusuhan …

In Anwar Ibrahim, Belit BN Belit UMNO on June 29, 2008 at 4:04 pm

detikdaily – […] Mari kita namakan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib sebagai pihak yang akan menggunakan kekerasan untuk menumpahkan darah rakyat. Semua ini ada asasnya. Abdullah pegang PDRM (polis). Najib kawal ATM (tentera).

Berdasar ‘track’ rekod sejarah, jiwa berontak Tun Razak yang menyusun rusuhan ke atas Tunku Abdul Rahman mengalir dalam jiwa Najib. Mari kita andaikan Najib akan mencetuskan rusuhan ini. Mustahil Abdullah cetuskan rusuhan. Abdullah lemah. Mustahil orang yang kerap tidur akan merusuh.

Lagi pun, Abdullah tidak perlu cetuskan rusuhan kerana dia sudah menjadi Perdana Menteri. Hanya orang yang ingin menjadi PM dan bakal PM akan mencetuskan rusuhan. Jadi kenapa Najib ingin membuat rusuhan kalaulah benar beliau ingin mewujudkan Mageran?

Pertama, Najib mungkin tidak percaya peralihan kuasa itu akan berlaku. Najib sendiri lebih tahu bahawa Pak Lah penipu besar. Bukan sekali dua Pak Lah menipu. Hakikat Abdullah menipu rakyat ini semua orang tahu.

Kita tentu ingat tentang tarikh pembubaran Parlimen. Jadi tak sukar untuk membuktikan bahawa Abdullah sememangnya seorang penipu.

Jika Najib tidak dapat menjadi PM melalui peralihan kuasa, memang inilah satu-satunya cara mudah untuk menjadi PM. Najib tidak dapat menjadi PM melalui Perhimpunan Agung Umno kerana Abdullah sudah berikrar akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno.

Dalam negara ini, Presiden Umno adalah Perdana Menteri Malaysia. Belum lagi dipecahkan kepercayaan ini sejak dulu. Untuk menukar kepercayaan ini amatlah sukar.

Sukar dipercayai bahawa Presiden PKR adalah PM, Presiden PAS adalah PM dan sebagainya. Kalangan cerdik pandai sendiri menyatakan, kalau Anwar mahu jadi PM, maka tiada jalan lain lagi, iaitu beliau mesti masuk Umno.… selanjutnya.

  1. With the latest development, Pm resigning, i still believed that Najip will not be the next pm. Unseen hands are at play….someone who never want najip to be PM… lots of drama will unfold.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: