no2umno

Minyak untuk Anak, Subsidi untuk Menantu, Tunai untuk Singapura [Bhg 1]

In Belit Dollah, Dollah Pening, Minyak naik on June 29, 2008 at 11:52 am

bulanpenuh2012 – […] Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia hanya menanggung subsidi minyak untuk rakyatnya bermula tahun 2004. Mungkin ramai juga yang tidak menyedari bahawa sejak 1974 hinggalah ke tarikh itu, setiap orang yang membeli minyak di pam telah membayar duti jualan yang mencecah hingga 90% ke atas harga pasaran sebenar dunia bagi setiap liter petrol.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh orang kuat Petronas, Tan Sri Hasan Merican dalam temubual bersama pengamal media yang disiarkan oleh semua saluran TV kerajaan baru-baru ini. Menurut beliau, pada tahun 1983 rakyat Malaysia membayar RM1.15 untuk seliter petrol. Harga tersebut termasuklah duti jualan sebanyak 50 sen atau 77% ke atas harga pasaran sebenar iaitu 65 sen seliter.

Pada tahun 1984 pula, rakyat Malaysia membayar RM1.10 untuk seliter petrol. Harga tersebut termasuklah duti sebanyak 52 sen atau 90% ke atas harga pasaran semasa pada ketika itu iaitu 65 sen seliter.

Menurut beliau lagi, kerajaan hanya mula menghentikan pengenaan duti jualan petrol pada tahun 2004. Sejak itu, bagi setiap liter petrol yang dibeli di pam, struktur harganya adalah termasuk komponen subsidi yang ditanggung oleh kerajaan dengan menggunakan hasil keuntungan operasi Petronas…. selanjutnya.

bersambung
Minyak untuk Anak, Subsidi untuk Menantu, Tunai untuk Singapura (Bahagian Dua)
Minyak untuk Anak, Subsidi untuk Menantu, Tunai untuk Singapura (Bahagian Tiga)
Minyak untuk Anak, Subsidi untuk Menantu, Tunai untuk Singapura (Bahagian Empat)
Minyak untuk Anak, Subsidi untuk Menantu, Tunai untuk Singapura (Bahagian Lima)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: