no2umno

Sudah sampai ajal UMNO

In Belit BN Belit UMNO on June 29, 2008 at 4:01 pm

aliasmohdyusof – […] Tetapi keyakinan saya kepada Pak Lah buat pertama kalinya hilang bila Yong Teck Lee, presiden parti politik SAPP Sabah dikenakan dakwaan rasuah oleh Badan Pencegah Rasuah hanya sehari selepas Yong Teck Lee membuat kenyataan terbuka tidak yakin dengan kepimpinan Pak Lah.

Sedangkan kes rasuah tersebut dikatakan telah berlaku sekitar 12 tahun yang lalu.
Tindakan Badan Pencegah Rasuah itu telah meloyakan tekak saya dengan kepimpinan Pak Lah. Nampaknya Pak Lah tidak banyak beza dengan Dr. Mahathir dalam cara menghapuskan penentang politiknya.

Selagi pemimpin-pemimpin politik disekelilingnya menunjukkan sokongan kepadanya selagi itulah kesalahan-kesalahan mereka tidak akan dibongkar, tetapi apabila mereka cuba hendak menggugat dan menentangnya maka bersedialah untuk menghadapi tindakan makamah dengan kesalahan-kesalahan yang telah mereka lakukan walaupun kesalahan itu berpuluh tahun telah berlalu.

Nampaknya Badan Pencegah Rasuah masih lagi menjadi tunggangan pemimpin politik yang memerintah untuk dijadikan sebagai senjata politik untuk mengugut penentangnya.

Kita berasa amat sedih dan kesal bila membaca pendedahan bagaimana Dr. Mahathir telah menguasai badan kehakiman dan badan perundangan bagi kepentingan politiknya semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu. Di bawah hakim-hakim itulah juga kes Anwar Ibrahim telah diadili.

Dan kini sekali lagi Anwar Ibrahim disabitkan dengan kesalahan liwat untuk kali keduanya selepas tahun 1998. Secara peribadi saya tidak yakin beliau akan dapat pengadilan yang seadilnya memandangkan tidak ada jaminan yang pemimpin parti memerintah tidak akan menggunakan polis dan badan kehakiman bagi menghapuskan penentang politiknya.… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: