no2umno

Archive for July, 2008|Monthly archive page

Selepas UMNO kalah, baru nak bergabung

In Alahai Tajol, Belit Tajol Rosli on July 28, 2008 at 5:12 pm

MStar | Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, tawaran itu adalah bagi menyahut saranan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

“Umno Perak mahu memulakannya dengan langkah pertama ke arah penggabungan. Ini langkah awal elak perpecahan Melayu dan bagi mewujudkan kestabilan politik serta sebuah kerajaan negeri Perak yang lebih kukuh,” katanya kepada pemberita di pejabat Umno Perak di sini.

Bagaimanapun Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS dengan tegas menolak cadangan yang dikemukakan oleh Tajol itu.

“Pada PAS, kami akan bersama Pakatan Rakyat buat selama-lamanya. Kami tidak akan berpasangan dengan mereka (Umno). Kami adalah Pakatan Rakyat, komposisi PAS, DAP dan PKR,” kata beliau pada sidang di sini.… selanjutnya.

Susulan liwat Anwar, polis nafi tahan doktor bantu siasatan

In Sayfool suka liwat on July 28, 2008 at 5:10 pm

Mstar | Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan polis menahan seorang doktor bagi membantu siasatan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata beliau, dakwaan seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysia Today adalah tidak berasas kerana doktor lelaki itu hanya dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Portal itu juga menyiarkan salinan laporan pemeriksaan doktor sebuah pusat perubahan swasta yang mendakwa tiada kesan liwat.

“Laporan itu adalah tidak berasas. Kita hanya mengambil keterangan mengikut prosedur biasa, tidak timbul isu tahantahan seperti yang dilaporkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, doktor lelaki tersebut antara 18 saksi yang sudah dipanggil untuk direkodkan keterangan sebelum ini…. selanjutnya.

BENARKAH PAS BERI AMARAN PADA DAP?

In Muzakarah PAS UMNO on July 28, 2008 at 5:07 pm

tranungkite | …Nampaknya sehingga ke hari ini, jelas UMNO telah berjaya memerangkap dan menggunakan PAS untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat (PR). Memang diseluruh dunia, Parti Islamlah yang paling senang dianiayai dan tidak keterlaluan jika saya menggunakan istilah ‘diperdayakan’ oleh parti sekular. Yang mutakhir ialah di Palestin di mana HAMAS diperdayakan oleh FATAH. Begitu juga di Mesir di mana Ikhwanul Muslimin di perdayakan oleh Gamal Abdul Naseer.

Sifat pemimpin gerakan Islam yang naif, berbaik sangka, tawadhuk, tasammuh dan mesra pelanggan memang mudah dieksploitasi oleh musuh. Bukan sahaja pemimpin malah ahli-ahli PAS juga bersifat demikian. Dalam jamaah Islam termasuk PAS, memang ada segelintir dari kalangan ahli yang cuba mempamerkan sifat ‘low profile’ dan beralah dengan musuh kononnya sebagai taktik atau pendekatan untuk mendekati dan melembutkan hati musuh atau ‘mad’u’.

Golongan ini memang ‘gullible’. Kami kerap menyatakan bahawa dalam PAS kalau ada individu yang pandai bercakap sedikit, atau selebriti, maka pantaslah ia menjadi pemimpin. Kalau Siti Norhaliza atau Mawi masuk PAS, kami yakin, dalam masa setahun, mereka akan jadi pemimpin dalam PAS. Ini terbukti dengan senario di Kelantan dan di negeri-negeri lain bilamana ada pemimpin UMNO yang masuk PAS, lalu mereka dilantik sebagai senator dan ADUN atau MP. Mereka yang veteran dalam PAS dipencilkan seolah-olah veteran ini tidak layak untuk jadi senator atau ADUN atau MP.

Terdapat juga golongan yang tegas dan tidak mahu berkompromi dengan musuh dan mengambil sikap musuh tidak boleh dipercayai. Tetapi golongan yang kedua ini selalunya dipencil dan diperapkan dalam balang kerana lazimnya mereka dianggap sebagai tidak berilmu dan ekstrim.… selanjutnya.

Himpunan berita [28 July 2008/Isnin]

In Berita Semasa on July 28, 2008 at 5:03 pm

(MUTAKHIR] Wan Azizah: Hubungan masih mantap, PAS tetap kekal dalam Pakatan Rakyat | MStar
Umno Perak tawar bergabung dengan Pas | BH
Proposal that Umno and PAS form new Islamic party spaks debate | Sun2surf
Kadar fitrah di Perlis meningkat RM1 | UM
k percaya: BN belum terima khabar daripada SAPP | MStar
PPP syor semua komponen BN bubar untuk tubuh Parti BN | MStar
Ezam sedia cabar Anwar di Parlimen Bandar Tun Razak | UM
Elak idea yang boleh gugat parti – Mohamad Sabu | Harakah
Suspects nabbed over RM1.07m maintenance bill for Proton Perdana cars | Star
Jetstar chief now at the helm of Qantas | NST
Free audit on all state-owned cars as Proton seeks answers | NST
Ahmad Said mahu tunjuk kuasa pada Abdullah | Harakah
Royals start to flex their muscles | Malaysiainsider
Mukhriz kekal pendirian minta Pak Lah undur Disember ini | MStar
Usul: Surat Mukhriz kepada 22,000 cawangan Umno | MStar
Nik Sapeia diarah bela diri tuduhan cederakan Tun Dr. Mahathir | UM
Keputusan tidak tanding MT bukan desakan sesiapa: Shabery | BH
Pelajar Malaysia dibelasah di Melbourne | BH
3 pemilik bengkel senggara Perdana Exco Terengganu ditahan | UM
Media pula dipersalah | UM
Umno Gagal Gugat Pakatan Rakyat – DS Anwar | Tranungkite
AUKU: Awas, Pindaan Sekadar Gimik Politik UMNO Semata-Mata !! | Tranungkite
Perjumpaan YB-YB dari Pakatan Rakyat di Johor | Tranungkite
APabiLa Um..no BubaR | Tranungkite
Jadi mangsa ‘kontraktor hantu’ | kosmo
Perdana: Tiga pemilik bengkel ditahan BPR | kosmo
‘You Tube’ dorong seks bebas | kosmo
Konsert rock ‘kemas’ gegar Kota Bharu | kosmo
Panglima ‘Api’ Mad Said menjawab Hulubalang Deris | Buletin
Pemilihan Ketua Bahagian Semakin Panas – Surat layang terbang melayang-layang | Buletin
Muzakarah tidak ada, Pertemuan Peribadi Tidak Perlu Diambil Kira – Husam | buletin
Tindakan bekas MB tidak kena | buletin
Anwar goes for Kulim Bandar Baharu | MInsider
Exco Terengganu naik Mercedes sementara tunggu kes selesai | UM
Muzakarah Wanita UMNO, Muslimat Pas | UM
Kaji semula keanggotaan Pas | BH

Umno ada unsur Islam, tidak perlu dibubar kerana PAS – Adnan mansor

In Belit BN Belit UMNO, Belit Islam Hadhari on July 28, 2008 at 11:36 am

http://www.jahilgoblog.net/gambaq/main.php?g2_view=core.DownloadItem&g2_itemId=5502&g2_serialNumber=2

MStar | Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, cadangan pembubaran Umno dan PAS untuk bergabung menjadi satu parti berteraskan Islam adalah tidak perlu.

“Tidak perlu gabungan. Umno sebagai sebuah parti politik Melayu juga sememangnya berteraskan Islam,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa Umno dan PAS boleh bekerjasama dalam banyak perkara melalui perbincangan terutamanya bagi menanggani masalah orang Melayu dan Islam.

“Tidak semestinya kita bergabung, tanpa penggabungan juga kita boleh berbincang dan buat keputusan,” katanya.

Adnan turut mengakui bahawa beliau sendiri pernah mengadakan pertemuan peringkat individu dengan pemimpin PAS untuk berbincang mengenai masalah orang Melayu.

Tambah beliau penggabungan antara Umno dan PAS akan mewujudkan lebih banyak masalah kerana kedua-dua parti mempunyai prinsip-prinsip perjuangan yang berbeza…. selanjutnya.

Hilmi admits RM40 million blunder

In Penang Politics, Penang UMNO on July 28, 2008 at 11:31 am

sun2surf | ….Hilmi, the BN assemblyman for Teluk Bahang, surprised the assembly when he stood up to take responsibility for the “error” which occurred when he was the Religion, Land, Planning and Development Programmes Committee chairman from 1999 to 2004.

He said this when Chief Minister Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) was reporting to the assembly about their findings into several land transactions that went awry because of “negligence” and poor decision making, costing total estimated losses of RM124 million to the state.

“I feel responsible because the error happened then,” said Hilmi. “An error occurred and the decision was already made.”

According to Lim, this particular case may bring losses worth RM40 million while losses from the other cases involving questionable land acquisitions (collectively investigated as they involved the same government officer) amounted to RM84 million.

Lim revealed in his winding-up speech that the previous administration had approved a 10.6 acres (4.3ha) plot to an individual, apparently a quarry operator.

“A plot of land as big as 10.6 acres is too large to be given only to an individual, which should not have happened,” he said.

The case was brought to the courts when the state government cancelled the transfer of the land, he said. “Due to this, the state government incurred losses when the court’s decision sided with the concerned individual.”

Lim said a negotiation process to settle the case out of court was held. “In the negotiation process, at one stage the concerned individual agreed to receive compensation that was far lower, which was RM1.8 million, but the previous state government did not agree.” … selanjutnya.

Apa istimewanya SAYFOOL?

In Sayfool suka liwat on July 28, 2008 at 11:13 am

Lapuran perubatan beredar …… apa peliknya?
korang baca lapuran media arus perdana@hangguk hangguk …..

MSTar | …Sehubungan itu, Dr Latif berkata, jika benar ada laporan doktor mengenai isu liwat berkenaan disebarkan, Saiful sebagai pesakit boleh membuat aduan kepada Majlis Perubatan Malaysia. Jika doktor berkenaan disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah AKta Perubatan 1971. Ini kerana katanya, doktor mempunyai sumpah kerahsiaan dengan pesakit. Tambah beliau, mengikut etika tiada doktor boleh mendedahkan laporan pesakit kecuali laporan berkenaan mempunyai kaitan dengan siasatan jenayah dan dibawa ke mahkamah. Secara sinis beliau berkata, jika laporan pesakit segaja didedahkan “itu adalah di luar tabie”…. selanjutnya.

Luar tabie? Bagaimana dengan ini cerita ini? …….Gambar Bahan Bukti Post-Mortem Kes Nurin Jazlin…diterima melalui emel!

So … apa yang peliknya jika lapuran perubatan Saiful Bukhari ini beredar di internet ….. semuanya kerja siapa?

Sampai sekarang polis tak dapat kesan dimana punca nya gambar nurin tersebar …. Jika sekiranya Saiful boleh buat lapuran terhadap pendedahan tersebut, maka kenapa tidak disaran kepada Bapa Nurin Jazlin untuk buat lapuran dan kemudian saman hospital dan polis?

So ….. bro, Apa istimewanya SAIFUL?

Jailani jabar dan Hydrofuel?

In Berita, duit haram on July 28, 2008 at 11:01 am

Aku cuba mencari sebarang info tentang Dr Jailani Jabar yang menghadapi 106 pertuduhan berkaitan dengan money laundry. Dia di tuduh menerima deposit sebanyak RM222 juta secara haram. Tetapi apabila pihak mahkamah meletakkan jaminan sebanyak RM1 juta dan isterinya RM500 ribu, namun gagal di bayar. Klik berita ini untuk penjelasan …. Pasangan Mengaku Tak Bersalah Terima Deposit RM222 Juta Secara Haram
dan Pasangan suami isteri dituduh lakukan pengubahan wang haram RM170 juta

Apa yang di perolehi adalah ini ….. KLIK

Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dan keluarga dalam bahaya?

In Anwar Ibrahim, Belit Najib on July 28, 2008 at 10:44 am

Perkara ini tidak mustahil. Selepas Balasubramaniam hilang dari pandangan, kemungkinan Dr. Mohamed Osman akan menerima nasib yang serupa …..

malaysiakini – Setiausaha agung PKR menggesa keselamatan seorang doktor yang pernah memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilindungi oleh polis.

Datuk Salehuddin Hashim berkata parti itu berasa gusar dengan dakwaan polis telah menyiasat Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dan kini beliau dan keluarganya “sedang bersembunyi.”

“Semua jaminan mestilah diberikan untuk menjaga keselamatan dan memberikan perlindungan kepadanya,” kata Salehuddin.

Beliau juga mendakwa pendedahan laporan pemeriksaan terhadap pemuda 23 tahun itu menambahkan keyakinan PKR bahawa dakwaan terhadap penasihat parti itu “tanpa asas dan berniat politik.”

“Kewujudan laporan perubatan ini mengikis lagi keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan laporan polis yang dibuat (oleh Mohd Saiful) terhadap Anwar, satu laporan yang hingga kini kekal penuh kerahsiaan,” katanya.

“Kenapa laporan perubatan ini hanya muncul hari ini, sebulan selepas dakwaan itu dibuat, selepas Anwar terpaksa bermalam di lokap, dan selepas polis menghabiskan banyak masa dan wang menyiasat kes ini”

Dalam pada itu, berita pendedahan ini tersebar ketika Najib berada di luar negara di AFRIKA.

Police cannot be silent a single second

In Anwar Ibrahim, fitnah 2 on July 28, 2008 at 9:55 am

limnkitsiangblog | The Police cannot keep silent a single second on the latest shocking revelation in the second Anwar Ibrahim sodomy charge – that the first medical report on Mohd Saiful Bukhari Azlan found no evidence of sodomy four hours before he lodged the police report of sodomy against Anwar on June 28.

The revelation, which first appeared in Raja Petra Kamaruddin’s Malaysia Today news portal, and is reported in Malaysiakini, is based on a two-page medical report by Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid, the medical officer in Hospital Pusrawi (Pusat Rawatan Islam) in Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur after examining Saiful at about 2 p.m on June 28 – some four hours before Saiful lodged the police report against Anwar.… selanjutnya.