no2umno

Anwar di Stadium Melawati Shah Alam malam ini

In Anwar Ibrahim on July 1, 2008 at 5:12 am

harakahdaily – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berceramah dalam satu perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam, malam ini 1 Julai 2008. <!–

–>

Menurut Naib Presdien Keadilan, Azmin Ali, dalam ceramah tersebut, Anwar akan menjelaskan kedudukan dirinya dan situasi politik semasa.

Katanya lagi, semua pimpinan KeADILan Pusat akan hadir pada majlis tersebut dan beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak runsing mengenai keselamatan.

“Dato’ Seri Anwar Ibrahim sehingga kini masih lagi menjadi Ketua Umum Parti KeADILan,” kata Azmin yang ditemui di lobi Parlimen pagi ini.

Mengenai pilihan raya kecil yang melibatkan Awar, Azmin berkata ia masih belum diputuskan oleh parti tersebut berhubung bila ia akan diadakan.

Namun demikian katanya, beberapa orang ahli parlimen KeADILan telahpun bersedia memberikan laluan kepada Anwar.

Leave a comment