no2umno

Sokongan Terhadap Anwar Tidak Berubah

In Anwar Ibrahim on July 1, 2008 at 10:56 pm

msomelayu – […] Malahan apa yang berlaku orang ramai begitu kesal, sedih dan marah atas apa yang berlaku. Fitnah itu memberi simpati berganda kepada Anwar! Setiap kali nama-nama yang dikaitkan sebagai orang bertanggungjawab menganiaya dan melakukan konspirasi untuk menjatuhkan Anwar disebut, orang ramai sepadu mecemuh dan memboonya.

Antara nama-nama yang disebut Anwar dan dicemuhi ialah Musa Hassan (KPN), Abdul Ghani Petail (Peguam Negara), Najib Razak (TPM) dan isterinya, Rosmah Mansor. Turut sama dimaki hamu ialah hamba Allah yang membuat laporan huduh ke atas Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, meskipun Anwar tidak menyalahkan lelaki berusia 23 tahun itu.

Di celah-celah laungan dan cemuhan itu terlantun juga nama Ezam Mohd Noor beberapa kali, tetapi Anwar seakan tidak mempedulikan dan memberi reaksi kepada nama itu (Ezam).


Mereka yang memenuhi stadium berkenaan semuanya seakan sepakat untuk menolak dakwaan yang dibuat oleh Saiful dan sepakat untuk berdiri teguh di belakang Anwar dan menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah pusingan kedua untuk memburukkan Penasihat PKR itu.

Gambaran dan suasana ditunjukkan oleh mereka yang hadir memberi gambaran bahawa fitnah terbaru itu sedikitpun tidak menjejaskan wibawa Anwar sebagai pemimpin dan bakal Perdana Menteri.

Orang ramai yang hadir sejak jam 7:30 malam lagi seakan tidak sabar untuk mendengar penjelasan Anwar. Sebaik sahaja Anwar tiba ke dalam stadium kira-kira jam 10:00 malam orang ramai bangun memberi penghormatan sambil melaungkan slogan keramat yang sinonim dengan Anwar, iaitu reformasi!... selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: