no2umno

Derma: Ada kes terhadap Yahya

In Yahaya Shaari on July 2, 2008 at 12:41 pm


malaysiakini – Menteri besar Selangor mendedahkan hari ini terdapat kes prima facie terhadap bekas pegawainya Mohd Yahya Mat Sahri berhubung usaha memungut wang derma bagi sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata maklumat kes itu diperolehinya daripada pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) negeri Ja’afar Mahad dalam satu pertemuan petang semalam.

“Pengarah BPR Selangor … melaporkan terdapat kes prima facie berkaitan salah guna kemudahan pejabat menteri besar untuk meminta derma sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor,” katanya.

Dalam sidang medianya petang ini, Abdul Khalid berkata penggunaan kepala surat pejabat menteri besar berada di luar pengetahuannya.

Tambahnya, pengarah BPR juga memberitahunya, pegawai tugas-tugas khas itu menggunakan modus operandi yang sama dalam dakwaan awal berhubung isu pengagihan kontrak dan tender pembuangan sampah di Petaling Jaya.… selanjutnya.

no2umno – Gua di beritahu … ramai antara ahli PKR yang ditemui menyatakan bahawa Yahaya Shari adalah pemimpin PKR yang jujur dan boleh di percayai. Ramai yang terkejut apabila perkara ini berlaku. Ada antara sebab di terima adalah terdapatnya pengaruh luar. Diberitahu bahawa beberapa makhluk pelik berada bersama pemimpin ini dan antara nya adalah usahawan dan kontraktor kontraktor UMNO yang dahulunya bersama UMNO dan tiba tiba berubah menjadi PKR. Berubah parti bukan kerana ikhlas tapi kerana peluang. Kelibat manusia manusia pelik ini jelas kelihatan ketika ahli ahli PKR berkampung di Quality Hotel, baru baru ini. Benar atau tidak, Itu gua tak tau, tapi patutnya sendiri mau pikir la.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: