no2umno

LATIHAN POLIS DAN ASKAR HADAPI PROTES 6.7.08?

In demo minyak, Geramm on July 2, 2008 at 11:19 pm

tranungkite -[…] Kerap kali kita menyaksikan bagaimana polis menonjolkan sikap ‘bias’ dan tidak profesional mereka dalam mengendalikan kes rasuah, jenayah dan salahlaku yang lain. Ternyata ada tiga set undang-undang di Malaysia Boleh ini. Satu untuk UMNO, satu untuk pembangkang khususnya PAS (DAP dan PKR tidak begitu ketara) dan satu lagi untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Rakyat Malaysia yang terbuka mindanya akan berhimpun sejuta orang di Petaling Jaya pada 6hb Jun 2008 ini bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga minyak, kos sara hidup yang tinggi, dan kesempitan hidup yang semakin dirasai oleh rakyat marhaen di Malaysia. Kita menganggap pihak polis tidak mampu untuk menghadapi situasi ini dan kita yakin DS Najib telah mengarahkan askar supaya menghulurkan bantuan. Berdasarkan pengalaman, kita pasti polis akan menyekat kemaraan rakyat dari seluruh negara ke ibu kota pada hari tersebut.

Kemarahan rakyat ini diperkukuhkan lagi dengan peristiwa terbaru ciptaan UMNO tetapi memakai skrip drama yang lama terhadap DSAI. Rakyat yang prihatin sudah muak dan jemu dengan lakonan UMNO yang kononnya BPR akan menyiasat laporan yang dibuat oleh DSAI ke atas Musa Hasan dan Gani Patail secara profesional. Ya, kita akui mereka MUNGKIN siasat. Tapi siasat saja dan kertas siasatan akan dihumban ke dalam tong najis. Adapun laporan polis yang dibuat oleh pihak UMNO seperti dari Ezam, dan Saiful Bukhari itu akan diambil tindakan segera walaupun siasatan belum dibuat atau belum selesai.

Seperti biasa, media UMNO pun terus memalu kompang fitnah, pembelitan fakta dan provokasi bagi dihidang dan disantap oleh minda orang-orang melayu UMNO yang entah dari keturunan melayu mana akan menerima saja berita dari pemimpin mereka. … selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: