no2umno

Anwar , Cabarlah Mereka Untuk Bermubahalah!!!!

In Anwar Ibrahim, Belit Najib on July 3, 2008 at 11:50 pm

sheikh – telukintan | … Walaupun teman bukan lagi peminat setia , bakal Perdana Menteri Kerajaan, Pakatan Rakyat, teman kesian juga dengan nasib yang menimpa ke atas beliau. Sepuluh tahun dulu, dia kena tuduh benda yang sama. Sekarang kena lagi. Jadi, teman bercakap sorang sorang:” apalah kena dengan nasib kau ni Anwar!. Asik asik dituduh meliwat”.

Sebenornya, teman geli dengan perkataan ‘sadomi’ dan liwat’. Dan teman mungkin termuntah sampai terkojol , kalau tiba-tiba teman tertengok seorang lelaki sedang meliwat lelaki lain. Nasib baiklah teman , jenis insan kamil seperti bang dollah , tak pernah tertenggok perlakuan yang luar biasa sumbangnya. Syukurlah.

Dan teman tak pernah terfikir walaupun sesaat , bakal Perdana Menteri Malaya kita itu , mempunyai kesukaan luarbiasa meliwat sini sana. Rasanya macam tak masuk akal dia yang pernah menjadi Presiden ABIM, yang dulunya sering melaungkan ungkapan ‘the rising tide of Islam’ , ‘Islam hakikiyun’ ‘ibadul rahman’ dan pelbagai perkataan yang cukup memukau, sanggup melakukan perbuataan yang menjijikkan dan amat berdosa itu .

Mungkin bagi bakal Perdana Menteri Malaya , tuduhan liwat ke atasnya, adalah skrip lama yang sedang diulang semula sebagai sesuatu yang berunsur fitnah untuk menjahanamkan masa depan politiknya.

Apapun, teman fikir adalah wajar sekali beliau segera membersihkan nama baiknya. Setakat menafikan tuduhan itu tidak benar, adalah tidak memadai. Mencabar Peguam Negara dan Ketua Polis Negara kerana terlibat dalam pemalsuan fakta dalam kes yang sama pada tahun 1998-1999, pun teman rasa masih tidak memadai.… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: